You are on page 1of 5

SK JELAPANG JAYA

30200 IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN
ABA2065
Tel: 05-5261511 Fax: 05-5261511

MINIT CURAI
2021
A. Butir Laporan
TAKLIMAT LIBAT URUS PEMULIHAN KHAS BIL. 3 2021
1. Tajuk CATCH-UP PLAN LITERASI DAN NUMERASI DAERAH KINTA
UTARA 2021
2. Mesyuarat/Seminar/Bengkel Mesyuarat
3. Pengerusi Puan Azlina bt Ibrahim Lastar (Penolong PPD Pemulihan Khas)
4. Tarikh 8 Disember 2021 (Rabu)
5. Masa 2.30 petang
Premis masing-masing (Google Meet di pautan
6. Tempat https://meet.google.com/cxn-nrme-vnp)

7. Anjuran Unit Pemulihan Khas PPD Kinta Utara


8. Nama Pegawai Pelapor Puan Nor Haslina bt Che Yup ( SK Jelapanag Jaya)
Puan Azlina binti Ibrahim Lastar (Penolong PPD Pemulihan
Khas)
Puan Irdayu bt Adnan (Penolong PPD Pemulihan Khas)
En. Mohd. Mubarak bin Haji Husin (Penolong PPD Pemulihan
9. Pegawai Lain Yang Hadir
Khas)
Dr. Rosli bin Ibrahim (Penolong PPD Pemulihan Khas)
Semua guru Pemulihan Khas & Penyelaras Pemulihan Khas
Daerah Kinta Utara

B. Perkara Yang Dibincangkan


Bil Perkara
KATA-KATA ALUAN (PUAN IRDAYU BINTI ADNAN)

1.1 Puan Irdayu mengalu-alukan kehadiran guru yang dapat meluangkan masa pada
petang ini.
1.2 Bacaan al-Fatihah dan doa oleh En Mohd Mubarak bin Haji Husin.
1.3 Memaklumkan agenda mesyuarat : APDM
1.
: CATCH-UP PLAN
: MODUL LITNUM
: DPEM 2022

Tindakan : Makluman
PEBENTANGAN DARI ( PUAN AZLINA BT IBRAHIM LASTAR )

APLIKASI PENGKALAN DATA MURID


Guru Pemulihan Khas perlu membuat persediaan PDPC Januari 2022.
Pn. Azlina mengucapkan tahniah kepada semua guru Pemulihan Khas Kinta Utara selesai
DPEM Oktober 2021 dengan pencapaian yang semakin baik.
Bengkel APDM ini telah dibuat penataran awal pada September 2021.

2.1 Guru pemulihan perlu memastikan admin APDM sekolah telah membuka laluan
kepada guru Pemulihan Khas dalam Sistem APDM sekolah.

2.2 Guru Pemulihan Khas atau Penyelaras yang mempunyai ID


2. 2.2.1 Boleh menyemak kata laluan masuk yang betul.
2.2.2 Mengisi dan kemaskini maklumat murid Pemulihan Khas mengikut data
Oktober 2021 mengikut status penguasaan konstruk murid.

2.3 Guru Pemulihan Khas atau Penyelaras yang tiada ID


2.3.1 Perlu beri maklumat murid Pemulihan Khas kepada Admin APDM untuk tujuan
pengisian dan pengemaskinian malumat murid melalui Modul Pemulihan Khas
dalam PADM.

2.4 Tarikh masuk kunci data APDM pada 14-25 Februari 2022. Jika ada masalah untuk
masukkan ID guru boleh maklumkan kepada PPD Pemulihan Khas Kinta Utara.

Tindakan : Guru Pemulihan Khas


CATCH-UP PLAN
3.1 Pemulihan Khas tiada Fasa 1 dan Fasa 2 Catch-Up Plan. Pemulihan Khas tiada
kandungan asas kurikulum. KPI Pemulihan Khas masih belum capai. Catch-Up Plan
perlu dibuat bagi meneruskan perancangan PDPC pada Januari hingga Februari 2022
supaya KPI tercapai. Semakan KPI yang telah ditetapkan.

3.2 Dilaksanakan sepanjang bulan Januari hingga Febuari 2022.

3.3 Mengemas semula gerak kerja guru Pemulihan Khas. Susun semula pengajaran dan
Pembelajaran.

3.4 Lihat semula headcount murid pemulihan khas. Cuba capai apa yang belum capai
3. berdasarkan KPI sekolah.

3.5 Tumpuan kepada murid tahun 3 (2021) supaya lebih fokus kepada murid tahun 2 dan
tahun 3(2022).

3.6 Sekolah-sekolah telah diminta hantar headcount dan KPI tetapi ada sekolah yang
belum hantar. Nama sekolah akan dimasukkan di dalam group rasmi Guru Besar
Kinta Utara. Link penghantaran headcount akan dikongsikan semula di dalam telegram
Pemulihan Khas Kinta Utara. Diminta sekolah yang belum hantar dapat menghantar di
dalam link tersebut.

Tindakan : Guru Pemulihan Khas


MODUL LITERASI DAN NUMERASI (LITNUM)

4.1 STATUS PENGGUNAAN MODUL


4.1.1 Pertanyaan dari Puan Azlina sejauh mana penggunaan penggunaan modul ini di
dalam pengajaran dan pembelajaran atau sama sahaja dari seperti bahan lain
yang sedia ada.

Maklum balas daripada guru menyatakan modul in sebagai latihan pengukuhan


kepada murid.
4.1.2 Modul Literasi dan Numerasi adalah bahan sokongan latihan kepada
murid. Memudahkan guru-guru mengajar murid-murid.
4.1.3 Buku ini bukan penentu KPI murid. Latihan yang ada sebagai garis panduan dan
bahan sokongan.

4.2 ARAHAN DAN TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN OLEH GURU PEMULIHAN KHAS
4.2.1 Mesti menggunakan Modul LitNum dan mencatat pencapaian murid dalam
Modul LitNum.
4.2.2 Menjadikan latihan dalam modul sebagai bahan ujian pelepasan atau
pengesanan murid.
4.2.3 Modul Numerasi bagi SJK tiada dalam bahasa ibunda.Bagi sekolah yang ingin
mendapatkan modul Numerasi (versi BM) boleh hubungi Encik Mubarak.
Sekolah perlu elak sebarang isu di kalangan ibubapa murid.
4.
4.3 ISU MENGENAI BUKU MODUL LITERSI DAN NUMERASI
4.3.1 Lebihan modul boleh diagihkan kepada mana-mana murid Pemulihan Khas atau
boleh disimpan untuk kegunaan 2022. Rekod penggunaan setiap buku tersebut.
4.3.2 Modul yang diberi boleh disimpan di sekolah bagi memudahkan guru mengajar
murid. Sedaya mungkin guna modul tersebut jangan ditinggalkan kosong.
Gunakan sebagai latihan tambahan.

4.4 JSU UJIAN PELEPASAN


4.4.1 Ujian Pelepasan dikeluarkan oleh BPK bagi murid LITNUM (Tahap 1).
4.4.2 Membina soalan berdasarkan JSI bagi Daerah Kinta Utara.
4.4.3 Soalan boleh digunakan oleh sekolah sebagai Ujian Pelepasan murid
Pemulihan ke aliran perdana dan sebagai Ujian Pengesanan murid mengikuti
Program Pemulihan Khas (DPEM Januari).

4.5 PEREKODAN PENCAPAIAN MURID


4.5.1 Cikgu perlu tanda perkembangan murid dalam Modul Literasi dan Numerasi.
Supaya pencapaian murid dapat dilihat dan dijadikan sebagai satu perekodan.
4.5.2 Jika terdapat murid yang berpindah sekolah, buku ini perlu dibawa bersama
murid tersebut.
4.5.3 Cikgu boleh gunakan modul ini sebagai ujian pelepasan dan pengesanan tahap
pencapaian murid.
Tindakan : Guru Pemulihan Khas
DATA PEMULIHAN (DPEM)BAGI TAHUN 2022
5.1 Belum ada sebarang arahan untuk pengisian Data Pemulihan bagi tahun 2022.
5.
5.2 Guru Pemulihan Khas / Penyelaras perlu bersedia untuk kutipan Data Pemulihan
berakhir Januari 2022.Tarikh akhir hantar data peringkat PPD pada 18 Februari
2022.

5.3 Guru Pemulihan Khas / Penyelaras boleh melaksanakan program Catch-Up Plan
sepanjang Januari- Februari.

5.4 Murid di DPEM boleh ditambah atau dikurangkan mengikut data semasa sekolah.
Jika ada perubahan headcount/KPI sekolah juga perlu disemak semula.Pada 10
Januari 2022 Guru Besar akan membentangkan (CUP) sekolah masing-masing.

5.5 Guru perlu melaporkan kepada Guru Besar segala perancangan yang telah dibuat
supaya Guru Besar dapat melaporkan kepada PPD.

5.6 Perancangan Catch-up Plan dibuat di dalam satu slaid sahaja. Link penghantaran
akan dimasukkan di dalam telegram.

Tindakan : Guru Pemulihan Khas

HAL-HAL LAIN.
6.1 DPEM Oktober 2021
Puan Azlina mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga atas pengisisan data
Oktober yang semakin cemerlang. Data DPEM dapat dianalisis dengan mudah.

6.2 Dapatan daripada 31 seskolah fokus. Bilangan murid telah minimum.

6.3 Murid yang tidak hadir ke sekolah. Guru hubungi murid tersebut. Boleh membuat
kaedah pembelajaran secara online.

6.4 Sekolah yang ramai murid di tahap 1. Lancarkan satu program yang melibatkan guru
lain berkerjasama dan memberi komitmen meningkatkan tahap pencapaian murid.
Contohnya Program Semua Guru Adalah Guru Pemulihan.
6
6.5 Laporan PBD-versi murid pemulihan
6.5.1 Mendapat beberapa dapatan daripada Pengawai Sektor Pembelajaran mengenai
tahap penguasaan murid di sekolah. Terdapat sekolah meletakkan tahap murid
Pemulihan Khas menguasi TP 3 dan TP 4 untuk mata pelajaran yang melibatkan
bahasa terutama mata pelajaran Bahasa Melayu.
6.5.2 Murid Pemulihan Khas boleh mendapat TP 5- TP 6 untuk mata pelajaran lain
tetapi bukan mata pelajaran yang melibatkan bahasa.
6.5.3 Jangan letak TP yang tinggi jika murid tidak boleh menguasai dan masih di dalam
konstruk 3-5. Murid perlu menguasai konstruk 9-12 untuk mendapat TP 3. Guru
diminta jelaskan kepada guru perdana menganai hal ini.
6.6 Guru diingatkan kemaskini fail Profail Murid Tahun 6.

Tindakan : Makluman
Mesyuarat bersurai jam 4.30 petang.

C. Tandatangan Pegawai Pelapor

…………………………………………………
(NOR HASLINA BT CHE YUP)

D. Tarikh laporan disediakan : 13.12.2021

You might also like