You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA MASAI

MINIT DIALOG PRESTASI PENGURUSAN KURIKULUM BIL 2/(2019)

Tarikh : 15 Mei 2019

Masa : 1.45 petang – 3.45 petang

Tempat : Bilik Seminar

Pengerusi : Puan Zarina binti Sanadi

Kehadiran(Bilangan) : 63 orang

Turut Hadir (Jika ada) :Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI / KATA-KATA ALU-ALUAN


1.1 Yang Berusaha Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru dalam Mesyuarat
Pengurusan Kurikulum Bil 2/2019.
1.2 Ucapan terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang sesi
persekolahan 2019 walaupun terdapat pelbagai dugaan yang dihadapi (Bencana Sungai
Kim Kim).
1.3Ucapan tahniah kepada guru-guru yang telah mendapat cahaya mata. Ucapan takziah
kepada guru-guru yang telah kehilangan ahli keluarga terdekat. Moga roh mereka
ditempatkan dalam kalangan
1.3 Perjumpaan ini perlu untuk mengingatkan kembali tugasan-tugasan yang perlu disiapkan
sebelum cuti sekolah dan membuat penambahbaikan atas teguran-teguran yang diberi.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Puan Marina binti Suleiman.
Disokong untuk pengesahan oleh Puan Fathiah binti Alias.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Respon perkara 4.2.2 tentang peringatan-peringatan penting dalam Pengurusan
Peperiksaan Pertengahan Tahun dimaklumkan dan diedarkan melalui Pelan Tindakan Unit
Peperiksaan.

Makluman.

1
4 FOKUS MESYUARAT
4.1. Peperiksaan Pertengahan Tahun
4.1.1Penandaan kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun mesti dihabiskan sebelum cuti
penggal atau dalam masa cuti sebelum Hari Raya Aidil Fitri.Tarikh SAPS dibuka pada
17/5/2019 dan tutup pada 16/6/2019. Dalam masa yang sama, Unit Peperiksaan akan
membuat analisis keseluruhan bagi membolehkan pelaksanaan audit total dan dialog prestasi
dijalankan serta Program Hari Bertemu Pelanggan yang dijadualkan pada 23 Jun 2019
berlangsung.
Tindakan:Penyelaras Peperiksaan.
4.2 Kelas Tambahan Sebelum Cuti
4.2.1. Pada 24 dan 25 Mei (Jumaat dan Sabtu) akan dijalankan kelas tambahan untuk
menghabiskan silibus dan juga pelaksanaan kerja kursus disebabkan jadual yang padat tahun
ini.
Tindakan:Penyelaras Program Kecemerlangan.

4.2.2 Selain itu juga untuk memberi peluang semua guru melaksanakan penandaan kertas
Peperiksaan Pertengahan Tahun dalam suasana bekerja (bukan suasana santai). Semua guru
diwajibkan berada di sekolah daripada jam 8.00 pagi – 12.30 tengah hari. Walau
bagaimanapun, ada cadangan supaya tarikh dipinda untuk dibawa lebih awal iaitu pada
hujung minggu ini iaitu pada 17 dan 18 Mei 2019. Tetapi 19 Mei ialah hari Wesak. Pilihan
yang lain, guru sesi petang datang jam 9.00 pagi setiap hari manakala guru sesi pagi balik jam
4.30 petang dari hari Isnin hingga Khamis. Berdasarkan undian yang dibuat semua guru
bersetuju untuk hadir bertugas awal setiap hari pada minggu depan.
Makluman.

4.2.2 Guru-guru perlu melakukan penandaan dan penghantaran skrip untuk penyemakan
kepada pentadbir mesti dibuat sebelum cuti / dalam waktu cuti sekolah. Penyelaras Unit
Peperiksaan perlu menyiapkan senarai mata pelajaran dengan guru untuk dihantar kepada
penyemak.
Tindakan: Penyelaras Unit Peperiksaan.

4.3 PBPPP
4.3.1 Mengikut Takwim PBPPP, 8 April – 28 Jun 2019 merupakan Penilaian Fasa 1.
Sepatutnya semua guru telah berjumpa dengan PP1 masing-masing dan membawa evidens
yang berkaitan. Proses perbincangan mesti berlangsung untuk menetapkan sasaran. Borang
keberhasilan yang telah diberi markah oleh PP1 hendaklah diserahkan kepada PP2 untuk
penilaian seterusnya.
Makluman.

4.3.2 Borang Keberhasilan perlu dihantar sebelum cuti sekolah kepada PP2 masing-masing.
Walaupun tarikhnya pada 28 Jun 2019 tetapi semua guru mesti telah dinilai oleh PP1 masing-
masing sebelum cuti sekolah bermula.
Makluman.

4.3.3 Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, guru-guru perlu membuat temu janji
penetapan tarikh perbincangan mengikut kesesuian.

2
Makluman.

4.4 Penghantaran Fail Rancangan Pembelajaran dan Pengajaran


4.4.1 Dapatan daripada penyemakan penghantaran, terdapat guru-guru yang ingkar dengan
arahan penghantaran seperti yang telah dimaklumkan dalam mesyuarat kurikulum bil.1/2019.
FRPP hendaklah dihantar pada hari terakhir minggu (Khamis) dan jika tidak berkesempatan,
hendaklah menghantar pada hari Ahad berikutnya dan berjumpa dengan pegawai yang
menyemak.
Makluman.
4.4.2 Ada guru yang tidak menghantar FRPP daripada bulan Februari hingga sekarang.
Peluang untuk hantar pada Khamis ini (16/5/2019) sebelum tindakan lanjut dikenakan
(Memo yang akan dimasukkan ke dalam fail peribadi guru). FRPP adalah dokumen wajib
yang perlu dibawa bersama apabila guru masuk ke kelas untuk pdpc.
Makluman.
4.4.3 Mengikut Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)
1997 (P.U.A. 531) – “ seseorang itu boleh didenda tidak kurang daripada RM 500” jika gagal
menunjukkan RPH sekiranya diminta berbuat demikian.
Makluman.
4.4.4 Selain menjejaskan markah prestasi, boleh juga menjejaskan perkhidmatan guru.

Makluman.
4.4.5 Penghantaran FRPP sebelum cuti iaitu pada 23 Mei 2019 (Khamis).
Hantar FRPP induk (fail tebal yang lengkap kesemuanya) kepada PP2 masing-masing –
masukkan dalam kotak yang disediakan.
 Kandungan yang wajib dilengkapkan:
a. RPH ikut minggu
b. Jadual waktu yang ditampal
c. Rekod pengesanan 100% pengajaran guru
d. Rekod transit PBD (subjek KSSM) dan borang offline PBD
e. Headcount subjek / kelas
f. Lampiran L
g. Lampiran K (catatan perbincangan pemantauan)
h. Kad penilaian bersepadu yang dikemaskini
Makluman.

3
4.5 Pengurusan Kelas, Bilik-bilik Khas dan Papan Kenyataan
4.5.1 Dapatan pemantauanan terdapat kelas masih tidak ceria dan dalam keadaan tidak
terurus. Pelekat pada pintu yang tertanggal atau koyak, langsir yang tidak dipasang dengan
sempurna, maklumat pada papan dan sebagainya.
Tindakan:Penyelaras Keceriaan Kelas.
4.5.2 Keadaan yang sama dalam bilik-bilik khas seperti skirting yang tertanggal, susunan
kerusi meja yang tidak teratur, kebersihan yang tidak terjaga. Gambar-gambar yang lama
perlu diturunkan, carta organisasi perlu ubah kepada yang baru. Papan kenyataan yang tidak
dikemaskini dan maklumatnya masih 2018.
Tindakan: Penyelaras Bilik-bilik Khas.

4.5.3 Ada juga papan kenyataan yang maklumatnya tercabut tetapi dibiarkan sahaja tanpa
diurus dengan baik yang memberi gambaran negatif kepada pihak luar terutamanya.
Penyelaras dan guru tingkatan, pastikan bilik darjah, bilik khas dan papan kenyataan diurus
dengan baik sebelum cuti sekolah. Peranan guru media dalam memastikan pengurusan
dilaksanakan dengan baik. Pastikan bilik-bilik khas dibersihkan seminggu sekali. Tubuhkan
jawatan kuasa yang terdiri daripada pelajar. Boleh beri penghargaan kepada pelajar dalam
bentuk sijil. Penyerahan kunci bilik khas sebelum cuti kepada guru media.
Tindakan: Penyelaras Bilik-bilik Khas.

4.6 Pengurusan Cuti dan Keberadaan Guru


4.6.1 KPI keberadaan guru ialah mengekalkan 95%. Pada tahun lepas, kita berjaya mencapai
KPI tersebut. Tov 2019 ialah 95% tetapi makin berkurangan setiap bulan. Semasa bencana
Sungai Kim-Kim ramai yang sakit dan tidak boleh dielakkan.
Makluman.

4.6.2 Guru Cuti Bersalin sudah ramai dan ditambah dengan guru yang bercuti (Cuti Sakit,
Cuti Rehat Khas dan lain-lain). Untuk kekalkan KPI, 1 hari hanya 8 orang guru dibenarkan
cuti (termasuk Cuti Bersalin). Guru tidak dibenarkan cuti bersambung kecuali perkara yang
tidak dapat dielakkan. Guru perlu mengurus cuti dengan sebaik-baiknya seperti sebelum ini.
Cuti Rehat Khas sebanyak 10 hari setahun purata pengambilan 1 hari dalam 1 bulan.
Makluman.

4.6.3 Permohonan cuti kepada pengetua. Seterusnya perlu dimaklumkan kepada PKP untuk
tujuan sokongan cuti dalam Hrmis. Makluman kepada jawatankuasa pembuat relief. Guru
perlu memberitahu 1 hari lebih awal dan bukan pada pagi hari kejadian (kecuali kecemasan).
Makluman.

4.6.4 Sebelum memohon cuti, guru mesti memikirkan beberapa perkara yang berkaitan
dengan core bussiness kita sebagai guru (bilangan guru yang tiada pada hari berkenaan
berkait dengan guru ganti / relief, keperluan / kepentingan cuti. Jika boleh dielakkan, mesti
elak, pelajar yang tertinggal silibus dan sebagainya).
Makluman.

4.6.5 Kehadiran guru pada waktu pagi sebelum 7.15 pagi dan petang sebelum jam 12.00
tengah hari. Terdapat guru yang setiap hari lambat dan perlu mengaturkan masa dengan baik.

4
Makluman.

4.6.6 Keberadaan di tapak perhimpunan adalah wajib untuk menunjukkan kebersamaan guru
dan pelajar bagi program yang dirancang. Guru yang memegang kunci bilik guru, perlu
memasastikan bilik dikunci selepas jam 7.00 pagi. Program bacaan yasin jam 6.50 pagi /
12.00 tengah hari.
Makluman.
4.6.5 Guru bertugas dan guru penyayang didapati lewat. Sepatutnya berada di pagar dan
tempat yang ditetapkan pada jam 6.50 pagi bagi sesi pagi dan 11.30 pagi bagi sesi petang.
Apabila mula lewat akan menyebabkan kelewatan masuk ke kelas. MMI tidak tercapai.
Begitu juga dengan guru lewat masuk kelas (waktu 1 dan lepas rehat).
Makluman.

4.6.6 Cuti / keluar / kursus mesti ditulis dalam kad penilaian bersepadu guru. Guru juga perlu
mengisi borang keluar untuk rekod atau pada buku keluar masuk guru (kaunter pejabat). Guru
mesti thumbprint setiap kali masuk dan keluar sekolah. Surat Cuti Sakit mesti diserahkan ke
pejabat pada keesokan hari guru bekerja. Permohonan CRK mesti 2/3 hari lebih awal dan
dimaklumkan segera.
Makluman.

4.7 Pengurusan Kecemerlangan / Intervensi


4.7.1 Ketua panitia perlu merancang program kecemerlangan / intervensi bagi Peperiksaan
Percubaan dan juga Peperiksaan Akhir Tahun selepas mendapat analisis Peperiksaan
Pertengahan Tahun. Lihat kesesuaian program dengan keputusan pelajar. Ketua Panitia perlu
ada senarai baru pelajar mengikut kumpulan berdasarkan pencapaian semasa.
Tindakan:Penyelaras Program Kecemerlangan.

4.7.2 Jawatankuasa Kecemerlangan juga perlu menyusun jadual induk untuk disesuaikan
dengan program panitia. Kumpulan pelajar cemerlang dan sederhana perlu diberi penekanan
selain daripada kumpulan walus.
Tindakan:Penyelaras Program Kecemerlangan.

4.8 Penghantaran Borang Offline PBD


4.8.1Borang rekod offline PBD mesti dihantar kepada penyelaras tingkatan untuk
dimasukkan dalam fail induk. Dalam fail panitia juga perlu ada simpanan.
Tindakan:Penyelaras PBD.

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Bayaran duit keraian RM 5.00 sebulan oleh guru-guru DG 44 – 52. Pentadbir RM 10.00
sebulan merupakan tanda kerjasama semua guru dalam meraikan tetamu yang hadir ke
sekolah.
Makluman.
5.2 Etika berpakaian:
 Hari Ahad – baju korporat (wajib)
 Hari Isnin (perhimpunan) – baju rasmi.
 Perempuan baju kurung Johor dan bertudung merah. Bukan Islam baju yang sopan

5
dan ada kombinasi warna merah.
 Lelaki kemeja putih tali leher merah dan blazer.
 Berkasut (bertutup)
 Minggu ketiga – baju kokurikulum mengikut unit masing-masing.
 Hari Rabu – baju kokurikulum yang lengkap
 Hari Khamis – perempuan baju kurung Johor.
Lelaki berbaju Melayu dan bersamping serta berkasut.

Daripada pemerhatian yang dibuat, terdapat guru perempuan yang memakai blouse / baju
fesyen dan memakai sandal / kasut tidak bertutup. Manakala guru lelaki pula tidak memakai
tali leher dan pakai sandal pada hari Khamis.
Makluman.

5.3 Semua lawatan pelajar ke luar sekolah adalah tertakluk pada bidang kuasa koperasi.
Guru-guru diminta untuk memberi sokongan kepada program-program koperasi kerana
koperasi perlu mencari sumber pendapatan lain selain daripada menjual makanan.
Keuntungan koperasi akan dipulangkan semula kepada warga sekolah.
Makluman.
5.4 Pertandingan kitar semula ditangguhkan.
Makluman.

5.5 Sebelum bercuti, pastikan buku latihan pelajar dikembalikan kepada pelajar. Tiada buku
latihan / modul yang ditinggalkan di luar bilik guru seperti cuti yang lalu. Berikan kerja
rumah untuk pelajar sepanjang cuti penggal. Bagi kelas peperiksaan gunakan bahan G10.
Penyelaras G10 perlu bertindak segera. Pastikan bahan G10 diserahkan selewat-lewatnya
pada hari Selasa minggu hadapan.
Tindakan:Penyelaras G10.

5.6 Kumpulan guru TBBK yang telah ditemuduga pada tahun lepas dan awal tahun ini begitu
juga dengan yang belum ditemuduga, akan diberi tugasan / projek untuk dilaksanakan.
Kumpulan ini akan dipanggil naik cuti nanti. Tahniah kepada guru yang telah mendapat
kenaikan gred iaitu Pn Norazlin Razak. Guru-guru yang telah mendapat borang daripada
Pn Norazwani diminta untuk bersedia dengan folio masing-masing.
Makluman.

5.7 Bayaran sumbangan PIBG dan kecemerlangan. Mohon guru tingkatan kutip dan
selesaikan. Kutipan 2018 tidak mencapai seperti yang diharapkan. Ditambah dengan kejadian
Bencana Sungai Kim Kim menyebabkan kesukaran mengutip hutang tertunggak disebabkan
tempat agihan slip SPM yang berubah-ubah. Guru tingkatan perlu beri nama kepada Pn
Roslaili untuk tindakan selanjutnya.
Tindakan:Bendahari PIBG.
Setiausaha Kurikulum.

6
6 PENUTUP
6.1. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang dan mesyuarat kurikulum ketiga akan
ditentukan kemudian. Pengerusi mengharapkan semua guru bersama-sama dalam memacu
kecemerlangan SKOMAS. Kita ibarat satu keluarga, perlu saling menjaga dan mengingatkan
kepada yang lupa. Kita hendaklah bekerja secara sepasukan bukan berpasukan dan bergerak
sederap untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Kejayaan yang dinikmati lebih manis
untuk dikecapi beramai-ramai berbanding sendiri dan usaha yang ikhlas akan membuahkan
hasil yang manis untuk dikecap. Kita perlu sedar bahawa semua guru SKOMAS mempunyai
satu matlamat untuk dicapai.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.

Disediakan oleh,

(ZAIMAH BT SELAMAT)
SETIAUSAHA
Mesyuarat Pengurusan Kurikulum.
Tarikh : 17 Mei 2019.

You might also like