You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

PEMULIHAN KHAS

SK LKTP JENGKA 10

BIL 1 / 2021

Tarikh: 2 Mac2021

Masa: 1.00- 2.00 pm

Tempat: Bilik Gerakan SK LKTP Jengka 10

KEHADIRAN

1. Zaleha Binti Mohd Khalil Guru pemulihan khas


2. Mohd Fauzi Guru Bahasa Melayu Tahun 4 & 5
3. Zarina Abdul Razak Guru Bahasa Melayu Tahun 1
4. Nur Azmah Mat Husin Guru Bahasa Melayu Tahun 2 & 3
5. Arzunainiah Binti Khazin Guru Bahasa Melayu Tahun 6
6. Rahimah Misran Guru Matematik Tahun 2 & 6
7. Cik Rogayah Guru Matematik Tahun 1 , 3 & 4
8. Samsul Azman Guru Matematik Tahun 5

AGENDA MESYUARAT

1. UCAPAN ALUAN PENGURUSI

1.1
Merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat
1.2
Pengerusi menerangkan bahawa pemulihan bukan panitia tetapi ia merupakan program yang
diimplementasikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tindakan : Maklum
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Tiada.

3. PERKARA PERKARA BANGKIT


3.1 Tiada.

4. PDPR 2.0 PEMULIHAN KHAS


4.1 Pdpr yang dijalankan sepanjang pandemic covid 19 menggunakan modul BM 1 hingga modul
… BM 5
4.2 Saringan satu untuk literasi membaca dan menulis akan diadakan pada bulan Mac hingga
………..April.

Tindakan : Makluman

5. PERANCANGAN PROGRAM ASAS 3M PEMULIHAN KHAS

5.1 Guru penyelaras Asas 3M ialah Puan Zaleha Binti Mohd Khalil
5.2 Pra Ujian diadakan pada bulan Mac pada murid yang terlibat
5.3 Program Asas 3M dijalankan pada bulan April hingga Oktober

I. Program Serlah Bacaan


II. Program Adikku Manja
III. Program Token Minda

5.4 Ujian IPP2M /IKAM dilaksanakan pada bulan Mei dan September
5.5 Pengisian data pemulihan peringkat PPD dilaksanakan pada bulan Januari , Jun dan Oktober
5.6 Bengkel Perkongsian Ilmu bagi murid murid pemulihan dilaksanakan sekurang kurangnya
sekali pada setiap tahun .
5.7 Perjumpaan dengan ibu bapa dilaksanakan pada bulan Jun

Tindakan : Makluman

6. DATA MURID PEMULIHAN

6.1 Bilangan terkini murid pemulihan yang belajar di kelas pemulihan adalah seperti berikut :

 Tahun 1 - belum belajar di kelas pemulihan


 Tahun 2 – 5 orang
 Tahun 3 – 4 orang
 Tahun 4 – tiada
 Tahun 5 – tiada
 Tahun 6 – tiada

Jumlah keseluruhan : 9 orang


6.2 Murid – murid tersebut diambil daripada data pemulihan 2020 dan cadangan daripada guru
mata pelajaran

Tindakan : Guru pemulihan

7. LAPORAN UJIAN SARINGAN


7.1 Guru pemulihan memaklumkan tiga orang murid telah menguasai kemahiran membaca
dan mengira iaitu Muhammad Ikqram ( 2A ) , Muhammad Faris Adam ( 3B ) dan
Muhammad Farish Hakimi ( 3B ) . Murid –murid ini akan kembali belajar ke kelas perdana.
7.2 Guru pemulihan juga memaklumkan bahawa 4 orang murid di dalam kumpulan sederhana
dan 2 orang murid pula dalam kumpulan lemah

8. HAL HAL LAIN

Guru pemulihan menghadapi masalah dengan seorang murid Muhammad Asyraf Bin Nor Azam
( 4B ) atas sebab kerap tidak hadir ke sekolah

*Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2 petang

Disediakan oleh Disahkan oleh

……………………………………….. …………………………………………

( Zaleha Binti Mohd Khalil ) ( Alias Bin Huri )

Guru Pemulihan Khas Guru Besar

SK LKTP Jengka 10 SKLKTP Jengka 10

You might also like