You are on page 1of 7

1.

1 TOKOH TAMADUN JEPUN


MAHARAJA MEIJI

Maharaja Meiji ialah tokoh asia yang terkenal dalam bidang politik, ketenteraan
dan pendidikan. Selain itu, beliau merupakan antara tokoh terkini yang hidup hingga
awal abad ke-20.
Seterusnya, Maharaja Meiji ialah Maharaja Jepun yang ke-122. Nama sebenar
beliau ialah sachinomiya, kemudian tukar nama kepada Mutsuhito. Disebabkan
memerintah ketika zaman Meiji beliau telah dikenali sebagai Maharaja Meiji.
Seterusnya, beliau dilahirkan pada 3 November 1852. Tambahan pula, Maharaja Meiji
merupakan anakanda kepada Maharaja Komei dengan gundik diraja, Nakayama
Yoshiko.
Selain itu, Maharaja Meiji telah memerintah sejak tahun 1868. Beliau telah
melaksanakan Era Pemulihan Meiji, iaitu revolusi politik, sosial dan perindustrian yang
menjadikan Jepun sebagai salah sebuah kuasa besar di pentas dunia. Seterusnya,
Maharaja Meiji mangkat pada 30 julai 1912.

SUMBANGAN

Maharaja Meiji merupakan pemerintah Jepun selepas kejatuhan era kesyogunan


dan Tokugawa. Pemerintahan Jepun diambil alih oleh Maharaja meiji bermula pada
tahun 1868 dan berakhir pada tahun 1912. Di bawah pemerintahn Maharaja Meiji,
Jepun telah mengalami perubahan atau evolusi yang besar dalam sejarah negara itu
sendiri. Banyak perubahan-perubahan yang telah dilaksanakan oleh beliau sebagai
ketua masyarakat Jepun.
Antara sumbangan yang dilakukan dalam pemerintahan Meiji termasuklah
mengadakan hubungan luar. Jepun mula mengadakan hubungan secara rasmi
dengan dunia luar pada Mac 1866 atas nasihat daripada samurai-samurai muda yang
menyedari akan kepentingan mengubah dasar laut jepun yang lama itu. Seterusnya,
jepun telah mendapat satu pengajaran bahawa Jepun tidak mampu menentang kuasakuasa Barat seperti yang berlaku ke atas kagoshima dan selat Shimonoseki apabila
diserang oleh tentera Barat, maka Jepun belajar dari Barat dalam pelbagai bidang
tentera dan ekonomi. Terbuktilah sumbangan Maharaja Meiji seperti mangadakan
hubungan luar dapat menjadikan Jepun sebagai salah satu kuasa besar di pentas
dunia.
Selain itu, sistem pentadbiran yang teratur dan cekap juga adalah
sumbangan Maharaja Meiji terhadap Jepun. Seterusnya, dalam usaha mencapai
pemodenan, Jepun harus mempunyai satu sistem pentadbiran yang baik. Maka satu
piagam telah digariskan untuk dijadikan panduan kepada pegawai untuk menjalankan
tugas. Piagam yang mempunyai lima perkara penting itu telah ditandatangani pada 6
April oleh Maharaja Meiji. Antara lima perkara tersebut ialah:
1. Dewan-dewan perbahasan akan ditubuhkan dan semua undang-undang
haruslah ditentukan oleh pendapat ramai.
2. Semua pegawai kerajaan mesti sepakat dalam melaksanakan dasar
kerajaan.

3. Semua

rakyat

mesti

dibenarkan

mengembangkan

bakatnya

dan

menggunakan hak-haknya untuk memenuhi aspirasinya.


4. Segala adat lama yang tidak berfaedah adalah dihapuskan.
5. Jepun hendaklah mengambil semua pengetahuan dan kemahiran dari dunia
luar untuk menjadikan Jepun negara yang moden dan kuat.
Pemindahan ibu negara diraja dari Kyoto ke Edo merupakan tanda-tanda negara
Jepun menerima perubahan. Tambahan pula, Maharaja Meiji yang muda telah muncul
dari tempat pengasingannya di Kyoto ke Edo. Pada bulan Disember 1868, Edo telah
ditukar kepada Tokyo yang bermaksud Ibu Kota Timur. Pemilihan Tokyo sebagai ibukota
baharu kerana Bandar ini dianggap sangat sesuai menjadi pusat pentadbiran bagi
seluruh negara.
Sumbangan yang seterusnya termasuklah penghapusan sistem feudal.
Oligarki Meiji khususnya Kido, Okubo, Okurua dan Itagaki telah menyedari tentang
kepentingan pemusatan kerajaan. Mereka telah mempengaruhi golongan daimnyo
ataupun tuan tanah supaya menyerahkan tanah mereka secara sukarela kepada
maharaja. Pada 3 Mac 1869, satu memorandum bersama yang meletakkan tanahtanah mereka di bawah penguasaan maharaja telah diserahkan. Pada Julai 1869,
daimyo-daimyo lain diperintahkan oleh kerajaan Meiji supaya menyerahkan kuasa
tanah mereka kepada kerajaan. Pada Ogos 1871, maharaja telah mengumumkan
penghapusan semua tanah feudal dan semua tanah menjadi hak milik diraja. Pada
bulan berikutnya, semua tentera feudal telah dibubarkan. Seluruh Jepun dibahagikan
kepada 45 daerah atau hen yang ditadbir oleh pegawai kerajaan pusat. Dengan itu
berakhirlah daimyo-daimyo sebagai pembesar feudal. Mereka kemudiannya diberi
pembayaran dalam bentuk bon-bon kerajaan atau bayaran beras atas
mereka. Golongan
kerajaan

telah

persaraan

samurai yang tidak mendapat jawatan dalam jabatan-jabatan

mengalihkan

tumpuan

mereka

terhadap

perniagaan

dengan

menggunakan wang persaraan yang mereka terima sebagai modal perniagan masingmasing.

Seterusnya, berikutan dengan keperluan ilmu pengetahuan dalam menghadapi


pelbagai cabaran pemodenan , kerajaan Meiji mengalakkan rakyatnya untuk
mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Sejajar dengan itu, kerajaan Meiji mengubah
sistem pendidikan yang lama kepada sistem pendidikan moden. Selain itu, Kementerian
Pelajaran telah ditubuhkan pada awal tahun 1871 dan langkah-langkah telah diambil
untuk mewujudkan sistem pendidikan yang seragam di Jepun. Bermula tahun 1872,
kerajaan Jepun telah mewajibkan rakyatnya secara berperingkat untuk memasuki
sekolah rendah selama lapan tahun dan menengah selama empat tahun. Kira-kira
54000 buah sekolah rendah telah didirikan ketika itu.
Di samping itu, kerajaan Jepun turut menghantar ramai pelajar ke Eropah untuk
mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Dalam tahun 1871, terdapat kira-kira 54
pelajar telah dihantar ke Britain untuk mempelajari aspek angkatan laut dan perkapalan
perdagangan. Seterusnya ke Jerman untuk mempelajari aspek tentera darat dan ilmu
perubatan.Tambahan pula, ke Amerika Syarikat pula untuk mempelajari perkaraperkara tentang perdagangan dan ekonomi.
Ekoran daripada kesedaran bahawa Jepun tidak boleh bergantung hanya
kepada pusat pengajian Barat, maka kerajaan Jepun telah mendirikan pusat-pusat
pengajian tinggi seperti Universiti Tokyo yang telah ditubuhkan di Sapporo, Sendai,
Kyoto dan Fukuoka. Selain sistem pelajaran negara, sekolah-sekolah, maktab-maktab,
dan univesiti-universiti swasta juga telah ditubuhkan. Terbuktilah memajukan sistem
pendidikan yang dilakukan oleh Maharaja Meiji dapat melahirkan masyarakat yang
berilmu pengetahuan.

Tambahan pula, memajukan sistem ketenteraan juga adalah sumbangan


Maharaja Meiji seperti menghapuskan hak-hak keistimewaan golongan samurai. Ini
kerana tentera kerajaan sebelum ini dikuasai oleh golongan samurai. Seterusnya,
Maharaja Meiji kemudiannya telah menubuhkan angkatan tentera moden sama ada
darat mahupun laut. pasukan tentera ini dianggotai oleh semua lapisan masyarakat
termasuk petani. Selain itu, udang-undang kerahan tenaga untuk menjadi tentera
diluluskan pada tahun 1872. Setiap orang diwajibkan untuk menjalani latihan
ketenteraan. Sehingga beberapa tahun kemudian kerajaan telah berjaya meningkatkan
anggota pasukan tentera seramai setengah juta orang yang dilengkapi senjata canggih,
terlatih dan berdisiplin. Industri Jepun pula difokuskan kepada aspek pertahanan seperti
membuat senjata perang moden, sehingga peralatan perang yang dihasilkan pada
waktu itu adalah yang terkuat dan termoden.

Akhir sekali, bidang perindustrian yang dimajukan oleh Maharaja Meiji


termasukla tekstil, simen, kaca, kertas dan perkakas elektrik

1.1

TOKOH TAMADUN CHINA


LOA TZE

Loa Tze merupakan antara tokoh terkemuka yang wujud ketika zaman
pembangunan tamadun China. Beliau bukan sahaja tidak buta huruf walaupun hidup
berabad yang lampau, malah menyumbangkan karya yang menjadi pegangan
masyarakat cina pada hari ini.
Seterusnya, nama sebenar beliau ialah Laozi atau dalam bahasa Mandarin
moden ialah Laoshi. Nama beliau Lao yang bermaksud yang terhormat atau tua
manakala Tzi adalah tuan. Beliau dilahirkan pada 570 SM atau ketika zaman
pemerintahan Dinasti Zhou di Luoyang yang merupakan ibu negeri Cina pada zaman
itu. Loazi dianggarkan telah hidup sekitar abad ke-6 SM. Mengikut kajian yang
dijalankan oleh sejarawan Barat, Loazi telah muncul seawal abad ke-4 SM. Loazi dilihat
sebagai seorang yang sangat tinggi ilmunya hingga ada sebahagian ahli sejarawan
yang mengaggap laozi adalah jelmaan beberapa orang tokoh sejarawan yang hebat
pada zamannya itu.
Di samping itu, terdapat juga beberapa kisah lagenda yang disampaikan oleh
masyarakat Cina mengatakan bahawa Loazi adalah mahaguru kepada seorang tokoh
terkemuka tamadun India, iaitu Siddartha Gautama Buddha. Sepanjang kehidupannya,
Loazi mempunyai beberapa orang murid yang sangat setia kepada ajaran yang dibawa
olehnya. Beliau juga telah menulis sebuah karya yang menjadi panduan dan peraturan
hidup anak-anak didik, iaitu sebuah buku yang berjudul Tao Te Ching. Kitab ini
merupakan tulang belakang serta tunjang pegangan penganut agama taoisme.

SUMBANGAN

Lau Tze merupakan pemikir utama kepada ajaran Taoisme. Buku yang ditulis
oleh beliau dikenali sebagai Tao Te Ching atau Book of Tooist Virtue. Buku Tao Te Ching
merupakan sebuah buku yang ditulis dalam bahasa China. Buku ini amat ringkas dan
hanya mengandungi lebih kurang 5000 perkataan bahasa China dalam bentuk puisi
tradisional yang berunsur

falsafah. Tao Te Ching menekankan gaya puisi dan

pengajaran dengan penuh kebijaksanaan yang teliti dan mendalam.


Lau Tze mengkritik keganasan. Menurutnya setiap jeneral adalah pembunuh
kerana kejayaannya terbina daripada kematian ribuan nyawa yang tidak berdosa. Bagi
Lau Tze, setiap

You might also like