You are on page 1of 16

TOKOH TAMADUN JEPUN

MAHARAJA MEIJI
(3 November 1852 - 30 July 1912)
Pemerintahan Pendahulu Pengganti Keluarga 3 Februari 1867 30 Julai 1912 Maharaja Kmei Maharaja Taish Ayahanda dan Bonda: Maharaja Kmei dan Nakayama Yoshiko Isteri: Maharani Shken Anakanda: Putera Raja Yoshihito Puteri Masako Puteri Fusako Puteri Nobuko Puteri Toshiko

SUMBANGAN DAN PERANAN MAHARAJA MEIJI DALAM PEMBANGUNAN TAMADUN JEPUN


Maharaja Meiji merupakan pemerintah Jepun selepas kejatuhan era kesyogunan dan Tokugawa. Tempoh pemerintahan Maharaja Meiji turut dikenali sebagai Zaman Pemulihan Meiji. Jepun telah mengalami perubahan atau evolusi yang besar dalam sejarah negara itu sendiri semasa dan selepas tempoh pemerintahan baginda.

Pemansuhan Sistem Feudalisme


Penghapusan sistem feudal lama yang dipraktikkan dalam sistem pemerintahan Jepun sebelumnya. Oligarki Meiji telah mempengaruhi golongan daimyo (tuan tanah) supaya menyerahkan tanah secara sukarela kepada maharaja >>> penghapusan semua tanah feudal pada 29 Ogos 1871.

Sistem hierarki sosial dihapuskan. Golongan samurai kehilangan hak istimewa dan hak mereka menggunakan pedang di tempat-tempat awam. September 1871, samurai secara rasminya diharamkan menggunakan pedang dan hilang status sebagai pahlawan.

Pemodenan Angkatan Tentera Darat dan Laut


Maharaja Meiji telah meminta bantuan daripada pihak British untuk mengajar mengenai cara dan strategi berperang.
pegawai tentera laut dari British diambil sebagai jurulatih Tentera Laut.

Angkatan Tentera Laut ditubuhkan pada 1872.

Sewaktu penubuhan Angkatan Tentera Laut, Jepun sudah memiliki sebanyak 17 buah kapal tentera laut.

Pada 1876, kapal laut besar telah dibeli dari Britain dan secara tidak langsung menguatkan lagi kekuasaan Tentera Laut Jepun. Sehingga 1894, kerajaan Maharaja Meiji telah mempunyai sebanyak 28 buah kapal moden, 24 buah anak kapal dan juga torpedo. Kemudahan tentera laut telah dipertingkatkan tahun demi tahun dengan memperbaiki kemudahan limbungan, membeli kapal-kapal dan senjata-senjata baru. Atas usaha ini, Jepun telah berjaya menawan China pada tahun 1894/1895 dalam peperangan ChinaJepun.

Pendidikan
Pendidikan merupakan asas terpenting dalam usaha untuk menjadi sebuah kuasa ekonomi dan militari yang moden dan sistematik.

Sekolah-sekolah telah dibina oleh peladang-peladang untuk menunjukkan sokongan rakyat terhadap Maharaja Meiji >>>pendidikan adalah kunci kecemerlangan.
Kementerian Pelajaran Jepun telah ditubuhkan pada 1871 untuk menyusun dan menyeragamkan sistem pendidikan.

Kawasan di Jepun telah dipecahkan kepada 8 bahagian. Di setiap bahagian dibina sebuah universiti, 32 buah sekolah menengah dan 210 sekolah rendah. Kanakkanak Jepun mula ke sekolah ketika berumur 6 tahun dan perlu belajar selama 16 bulan. 1886, pelajaran sekolah rendah telah ditetapkan kepada 8 tahun dan sekolah menengah selama 4 tahun. Wujud sekolah tinggi yang menawarkan bidang pengajian perubatan, ketenteraan, pelayaran, pertanian, perdagangan dan perikanan. Kerajaan Jepun juga telah menggaji sebilangan besar pakar dari luar untuk mengajar kemahiran kepada rakyat Jepun.

1886, penubuhan Universiti Diraja Tokyo bertujuan menyediakan sekolah latihan dalam perkhidmatan awam dalam bahagian urusan pentadbiran, pusat pendidikan dan juga pusat penyelidikan.
Universiti ini menekankan pelajar-pelajarnya supaya menghormati Maharaja dan negara. Pelajar-pelajarnya diajar berdasarkan sistem pendidikan barat dan ditekankan aspek moral yang disadur dari etika Kung Fu Tze.

Undang undang
Sistem undang-undang moden telah diperkenalkan untuk meyemak semula perjanjian-perjanjian berat sebelah di antara Jepun dan negara-negara barat yang dibuat sekitar tahun 1850an dan 1860an. Kerajaan Jepun telah melantik seorang peguam Perancis yang bernama Gustave Roissonade de Fontarabe sebagai penasihat keadilan kepada Kementerian Keadilan. Hasilnya, undang-undang baru yang lebih moden telah diperkenalkan dengan menghapuskan perjanjianperjanjian yang berat sebelah suatu ketika dahulu.

Undang-undang yang telah digubal ini telah dikuatkuasakan pada 1882 dan dinamakan sebagai undang-undang jenayah moden. Undang-undang sivil dan perdagangan pula telah digubal pada 1888.

Ideologi dan Agama


Peranan ideologi pada zaman pemerintahan Meiji telah disasarkan sebagai alat untuk meningkatkan semangat nasionalisme. Ideologi ini berhubung kait dengan kerohanian masyarakat Jepun dan sebahagian darinya memberikan kesetiaan dan ketaatan yang sepenuhnya kepada Maharaja Jepun yang dianggap suci. Pada zaman Tokugawa, agama Kristian telah diharamkan. Tetapi, pada zaman Meiji, agama Kristian telah diterima masuk semula dalam masyarakat Jepun.

Ekonomi
Pemodenan ekonomi telah dimulakan di sektor pertanian >>> menyumbang sebanyak 80% daripada jumlah pendapatan Jepun pada 1870 1880. Sebelum ini hak milik tanah adalah dalam kekuasaan golongan diraja. Setelah konsep pemilikan tanah diperkenalkan daripada Barat, semua rakyat mempunyai tanah masing-masing walaupun dia adalah seorang petani. Keadaan ini telah membolehkan kerajaan mengenakan cukai tanah yang menggantikan bayaran cukai kepada golongan feudalisme.

Dasar Kewangan
Setelah Kementerian Kewangan ditubuhkan, sistem matawang telah diselaraskan dengan mengambil kira sistem kewangan dari Barat.
Wang kertas telah ditukarkan daripada Ryo kepada Yen. Sistem perbankan moden pula telah diserap berasaskan konsep perbankan Amerika Syarikat.

Perhubungan
Perkhidmatan kereta api telah di perkenalkan. Memudahkan sistem pengangkutan untuk penumpang dan juga barangan ekonomi. Menjelang 1881, Jepun telah mempunyai landasan kereta api sejauh 26 batu.

You might also like