You are on page 1of 5

Soalan: Bincangkan kesan – kesan Perand Dunia Kedua dari aspek politik, ekonomi

dan sosial ke atas negara Jepun (Percubaan Kelantan, 2019)

PENGENALAN
1. Perang Dunia Kedua tercetus apabila Jerman bertindak melancarkan serangan
terhadap Poland pada 1 September 1939. Peperangan ini berakhir apabila Jepun
menyerah kalah secara rasmi pada 2 September 1945.
2. Perang ini melibatkan Kuasa Berikat yang terdiri daripada Britain, Perancis, Rusia
dan Amerika Syarikat dengan Kuasa Paksi yang terdiri daripada Jerman, Itali dan
Jepun.
3. Setelah Jepun, kalah, Amerika telah menduduki Jepun selama 6 ½ tahun dari 2
September 1945 hingga 28 April 1952. Pendudukan Amerika telah memberi kesan dari
segi politik, ekonomi dan sosial ke atas negeri Jepun.

a) Politik
1. Pembubaran angkatan tentera
- Pendudukan tersebut telah dilaksanakan oleh Amerika Syarikat melalui Jeneral
Douglas MacArthur yang telah dilantik Pemerintah Agung Kuasa-kuasa Berikat
(Supreme Commander for the Allied Powers - SCAP).
- Salah satu tugas utama SCAP lalah untuk membubarkan angkatan tentera Jepun. Ini
adalah untuk memastikan bahawa negeri Jepun tidak akan lagi mengancam keamanan
dan keselamatan dunia. Jentera perang Jepun telah dimusnahkan. Angkatan tentera
Jepun dan kira-kira 1300 buah persatuan nasionalis lampau telah dibubarkan.
- Kilang-kilang membuat senjata telah ditutup. Peperangan diharamkan. Semua tentera
dan orang awam Jepun di seberang laut yang berjumlah kira-kira 3 juta telah dibawa
balik ke negeri Jepun. Pembicaraan orang Jepun yang dianggap penjenayah perang
telah diadakan.
- 7 pemimpin Jepun termasuk Tojo telah digantung dalam bulan Disember 1948.
- SCAP telah juga menyingkirkan kira-kira 200000 orang pegawai tentera, kerajaan dan
pemimpin perniagaan yang dipercayai terlibat dengan dasar perluasan negeri Jepun.
2. Pengenalan unsur-unsur demokrasi
- Pengenalan unsur-unsur demokrasi merupakan kesan terpenting pendudukan
Amerika. Satu perlembagaan demokratik baru telah diperkenalkan pada tahun 1947.
-Negeri Jepun telah mengamalkan semula sistem kerajaan berparlimen dengan
keunggulan Diet. Diet yang terdiri dari Dewan Rakyat dan Dewan Councillor dijadikan
organ kuasa negara yang tertinggi dan organ kuasa negara yang tertinggi dan organ
perundanfan yang tunggal. Diet juga diberi kuasa penuh ke atas hal-hal kewangan.
- Perlembagaan baru mensyaratkan bahawa Perdana Menteri Jepun harus dipilih
daripada kalangan ahli Diet.
- Majoriti menteri-menteri kabinet juga merupakan ahli Diet.
- Kuasa kerajaan pusat telah diagihkan dannpilihanraya tempatan digalakkan. Pihak-
pihak berkuasa tempatan diberi kuasa yang lebih dalam hal-hal cukai dan
perundangan. Kementerian Dalam Negeri yang menguasai polis dan pentadbiran
tempatan telah dibubarkan.
- Perlembagaan baru ini telah menjamin hak-hak asasi seperti persamaan dari segi
undang-undang, kebebasan pemikiran, kebebasan akhbar dan hak-hak suami dan isteri
yang sama. Orang tahanan politik dibebaskan.
- Perlembagaan baru Jepun telah juga mengubah kedudukan Maharaja Jepun yang
dianggap sebagai suci. Maharaja Jepun dijadikan hanya lambang negara dan
perpaduan rakyat Jepun. Baginda tidak lagi mempunyai sebarang kuasa berkaitan
dengan pentadbiran negara. Kerajaan Jepun telah menjadi sekular.
- Parti Liberal Demokratik telah muncul sebagai parti yang paling penting dan
berpengaruh. Menjelang pertengahan tahun-tahun 1950-an, negeri Jepun telah
mencapai semula paras ekonomi sebelum perang.

b.Pemulihan ekonomi
1. Akta Pembaharuan Tanah 1946
- Pemulihan ekonomi merupakan kesan jangka panjang pendudukan Amerika yang
penting. Beberapa pembaharuan ekonomi yang bertujuan menggalakkan pembahagian
pendapatan yang lebih luas di kalangan rakyat Jepun telah diperkenalkan.
- Pihak berkuasa pendudukan telah melaksanakan satu program pembaharuan tanah
yang bertujuan menambahkan pemilikan tanah oleh petani-petani. Melalui Akta
Pembaharuan Tanah 1946, pihak berkuasa pendudukan telah membeli tanah-tanah
kepunyaan tuan-tuan tanah tidur (absentee landlords).
Tanah-tanah ini kemudiannya dijual dengan harga rendah kepada petani-petani. - -
- Program tersebut tamat dilaksanakan pada tahun 1950 dan telah membolehkan 3 juta
orang petani memperolehi tanah seluas 5 juta ekar. la juga berjaya menstabilkan
ekonomi luar bandar.

ii. Hapus Monopoli Ekonomi golongan Zaibatsu


- Pihak berkuasa pendudukan telah juga mengambil langkah-langkah untuk
menghapuskan monopoli ekonomi negeri Jepun oleh golongan zaibatsu. 83 buah
syarikat induk zaibatsu telah dibubarkan.
-Harta-harta zaibatsu telah dibekukan. Ahli-ahli keluarga dan eksekutif zaibatsu telah
disingkirkan. Pihak erkuasa pendudukan telah menggalakkan penubuhan kesatuan-
kesatuan sekerja.

iii. Akta Kesatuan Sekerja 1945


- Akta Kesatuan Sekerja 1945 telah memberi pekerja-pekerja hak mogok dan berunding
secara kolektif. Bilangan ahli kesatuan sekerja telah meningkat dengan pesat.
- Menjelang tahun 1949, kira-kira 6.5 juta orang pekerja telah menyertai kesatuan
sekerja. Dasar ekonomi pihak berkuasa pendudukan telah berubah selepas tahun
1948.
Akibat Perang Dingin antara dunia Barat dan Timur, langkah-langkah telah diambil
untuk mengukuhkan negeri Jepun sebagai sekutu dunia Barat untuk menentang
Komunisme.
-Pembayaran ganti rugi perang oleh negeri Jepun telah dihapuskan. Amerika Syarikat
telah memberi bantuan ekonomi dan mempergiatkan langkah-langkah untuk
memulihkan ekonomi negeri Jepun. Perdagangan eksport negeri Jepun telah
digalakkan.
- Dalam tahun-tahun 1960-an pula, ia telah muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi
yang utama di dunia.

iv. Dasar hubungan luar berasaskan ekonomi dengan Amerika Syarikat


- Dasar luar negeri Jepun adalah berasaskan pada hubungan yang erat dengan
Amerika Syarikat dan prinsip susunan dunia perdagangan yang aman dan terbuka.
- Menjelang tahun 1980, negeri Jepun telah muncul sebagai kuasa ekonomi yang ketiga
terbesar (selepas Amerika Syarikat dan Rusia) di dunia.
c. Sosial
1. Penyusunan semula sistem pendidikan
-Pihak berkuasa pendudukan telah menyusun semula sistem pendidikan Jepun dengan
berasaskan model Amerika Syarikat.
- Prinsip-prinsip yang mempengaruhi penyusunan semula pendidikan Jepun lalah
demokrasi, kebebasan, pengagihan kuasa pusat, pendidikan massa, kepelbagaian dan
internasionalisme.
-Pendidikan wajib dari 6 tahun ke 9 tahun Kursus-kursus lama mengenai etik yang telan
menggalakkan perkembangan fanam ketenteraan telah digantikan dengan kursus-
kursus sains sosial. Pentadbiran pendidikan diletakkan di bawan kerajaan tempatan.
Beberapa universiti telan ditubuhkan di peringkat prefecture. Buku-buku teks telah
ditulis semula dan kaedan-kaedah pengajaran baru diperkenalkan. Penekanan dalam
buku-buku teks diberi ke atas aspek demokrasi dan hak-hak individu.

ii. Pengaruh budaya barat


- Bilangan penduduk Jepun di kawasan-kawasan bandar telah bertamban dengan
pesat.
- Satu kelaspertenganan yang baru telah muncul. Masyarakat Jepun semakin
dipengaruhi olen kebudayaan Barat. Kadar pertumbuhan pendudukan Jepun telah
merosot.
-Pergaulan antara lelaki dan wanita telah menjadi lebih bebas. Perasaan "kekitaan"
masih kuat di kalangan orang jepun.

KESIMPULAN:
1. Pada keselurunannya, pendudukan Amerika di negeri Jepun telan berjaya dan
diterima baik oleh rakyat Jepun.
2. ia telan membantu negeri jepun memulihkan ekonominya dan mengamalkan sistem
kerajaan berparlimen. Pada 8 September 1951, Amerika Syarikat dan 47 buah negara
lain telah menandatangani satu perjanjian perdamaian dengan negeri Jepun di San
Francisco.
3. Melalui perjanjian ini, Jepun mencapai semula kemerdekaannya pada 28 April 1952
tetapi terpaksa menggugurkan segala tuntutan ke atas bekas koloni-koloninya
Catatan: Calon seharusnya dapat mengemukakan kesan-kesan dari segi politik,
ekonomi dansosial ke atas negara Jepun

You might also like