You are on page 1of 7

 Pemimpin Oligarki Meiji menyumbang kepada kejayan pemodenan Jepun.

 Oligarki Meiiji berkuasa penuh dan terdiri daripada pemimpin-pemimpin muda


iaitu bangsawan-bangsawan luar ( Daimyo Tozama ) dari puak-puak Tozama,
Chushu, Toza dan Hizen.
 Mereka telah melancarkan pemodenan dengan kebenaran daripada Maharaja
Meiji.
 Pemimpin-pemimpin mempunyai kesedaran dan semangat yang tinggi utnuk
memodenkan Jepun melalui penggunaan pengetahuan dan teknologi barat.
 Kejayaan Meiji dan pemimpin membentuk satu masyarakat yang terpelajar melalui
sistem pelajaran dan pendidikan yang moden telah membolehkan kepimpinan
yang berkesan di Jepun.
 Jepun mngamalkan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan dan melalui dewan
rakyat dan Dewan Penasihat Diraja, rakyat diberi peluang untuk bersama-sama
berbincang, memberi idea dan menjalankan usaha pembangunan negara.
 Kejayaan Jepun menyemak semula perjanjian-perjanjian dengan barat yang sangat
menyekat perkembangan perusahaan Jepun.
 setelah mengadakan tolak ansur dengan negara-negara barat, satu perlembagaan
baru telah dibuat dan berikutnya pada tahun 1894, syarat-syarta tentang hak dan
wilayah lebihan telah diubah.
 tahun 1911, Jepun mula mempunyai sistem tarifnya sendiri. Dengan ini, Jepun dapat
melaksanakan dasar perlindungan barangan kilang Jepun supaya dapat bersaing
dengan barangan import.
 Kejayaan Jepun memodenkan perusahaan tradisional melalui pelbagai usaha
seperti memberi bantuan, kemudahan-kemudahan bank, cukai-cukai yang
sederhana telah dilancarkan.
 Dalam bidang pertanian pula, sistem komunikasi dan kemudahan pengairan telah
diperbaiki. Pengenalan kepada biji benih yang baik, cara penanaman yang lebih
canggih serta penggunaan baja kimia yang intensif telah mendorong kepada
kejayaan dalam bidang ini.
 Penghapusan sistem feudal dan kejayaan membentuk satu masyarakat moden.
 Penghapusan sistem feudal pada tahun 1871 ini memudahkan kerajaan pusat
menyelaraskan dasarnya, menjalankan pemerintahan yang seragam di seluruh
Jepun.
 Kerelaan Daimyo menyerahkan tanah dan kuasa kepada kerajaan pusat
mengukuhkan kekuasaan kerajaan Meiji untuk menjalankan pemodenan tanpa
sekatan dan halangan.
 Tekanan kuasa barat yang berlaku pada abad ke 19 tidak dapat dihalang oleh
mana-mana negara termasuk Jepun.
 Oleh itu, untuk keselamatan, Jepun tidak mempunyai pilihan lain kecuali
mengamalkan dasar buka pintu dan berusaha untuk memodenkan negara supaya
setanding dengan barat.
 Persetian Inggeris-Jepun tahun 1902 juga telah menjamin keselamatan Jepun
daripada ancaman luar.
 Persetiaan ini juga menjamin kebebasan Jepun bertindak di Korea serta
menghalang mana-mana kuasa asing daripada campurtangan di Korea.
 Ini mengalakkan perkembangan perindustrian dan ekonomi Jepun kerana
peningkatan kegiatan Jepun di Korea.
 Perang Russia-Jepun 1904-1905 juga telah memberi sumbangan yang besar
kepada ekonomi Jepun.
 Di mana industri berat seperti besi, keluli dan alat kelengkapan perang yang
sangat diperlukan oleh tentera Jepun telah berkembang di Jepun.

You might also like