You are on page 1of 4

KERJA LAPANGAN ( LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH )

Pentaksiran dalam pendidikan awal kanak-kanak merupakan salah satu proses yang amat
penting yang berperanan untuk mengukur tahap perkembangan kanak-kanak yang berumur
0 hingga 8 tahun. Menurut Noraini Idris (2008), pentaksiran yang dirancang dan
dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran yang bersifat
formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk
menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh
ditaksir melalui ujian bertulis. Kaedah pentaksiran ini amat sesuai untuk digunakan untuk
mentaksir kemahiran pelajar. Dalam sistem pentaksiran yang baharu ini, guru akan
mengelola, merekod, menterjemah, melapor dan membuat pertimbangan tentang prestasi
murid semasa dan sepanjang (formatif) dan di hujung (sumatif) proses pembelajaran dan
pengajaran. Ini dapat memberikan penilaian yang adil di mana guru akan menggunakan
kepelbagaian maklumat bagi membuat penilaian dan melaporkan tentang prestasi, potensi,
pencapaian dan keperluan murid sama ada secara verbal dan/atau bertulis berdasarkan
standard prestasi yang ditetapkan (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2011). Hal ini
menunjukkan pentaksiran terutama dalam pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk
mengetahui tahap perkembangan mereka dalam setiap domain perkembangan untuk
memastikan kanak-kanak dapat berkembangan mengikut peringkat perkembangan yang
sepatutnya iaitu domain perkembangan kognitif, domain perkembangan psikomotor dan
domain perkembangan afektif.

Pentaksiran meliputi pelbagai kaedah yang dapat dilaksanakan untuk mengumpul


maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu terdapat
beberapa kaedah pengumpulan maklumat yang sesuai dijalankan untuk pentaksiran
prasekolah berdasarkan pemerhatian yang dijalankan semasa program Pengalaman
Berasaskan Sekolah selama seminggu yang dijalankan di sekolah. Berdasarkan
pemerhatian yang dijalankan, antara kaedah yang sering digunakan oleh guru tersebut
untuk mentaksir murid-murid ialah melalui pemerhatian. Guru akan memerhatikan tingkah
laku murid ketika berada di dalam bilik darjah tanpa mengubah persekitaran kanak-kanak
dan akan mencatat setiap kelakuan murid-murid mengikut masa kejadian kelakuan tersebut
berlaku. Disamping itu, guru juga akan menyediakan menyediakan aktiviti untuk melihat
perkembangan murid misalnya, guru akan melakukan aktiviti fizikal seperti sukaneka untuk
melihat perkembangan fizikal murid. Hal ini demkian kerana menurut Rohani Abdullah
(2001), kaedah pemerhatian sistematik biasanya digunakan untuk mengesan kelakuan
sebenar kanak-kanak. Pemerhatian terbahagi kepada dua iaitu, pemerhatian semula jadi
(naturalistic observation) dan pemerhatian berstruktur (structured observation). Bagi
pentaksiran prasekolah kedua-dua kaedah pemerhatian ini sesuai dilakukan. Hal ini
demikian kerana kaedah ini amat mudah digunakan dimana guru sememangnya akan
menjalankan pemerhatian terhadap murid-murid ketika dalam kelas. Pemerhatian akan
dijalankan semasa aktiviti berkumpulan ataupun berseorangan, hasil kerja, dan aktiviti-
aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah. Setelah itu, guru akan memindahkan maklumat
yang diperhatikan terhadap instrumen penilaian yang telah dibangunkan. Antara instrumen
penilaian dan pentaksiran yang sering digunakan ialah rekod skala kadar, rekod senarai
semak, rekod anekdot, rekod berterusan dan sebagainya.

Selain melihat perkembangan semasa kanak-kanak, pemerhatian juga dapat


membantu guru untuk mengesan jika terdapat murid yang berkeperluan khas sejak di
peringkat awal lagi. Oleh itu guru akan memerhati dan merekod jika terdapat tingkah laku
yang dianggap tidak normal yang ditunjukkan oleh murid. Hal ini demikian kerana menurut
Chua Yan Piaw (2006) melalui pemerhatian berstruktur pengkaji mengumpul data
berdasarkan tingkahlaku yang diperhatikan, di mana tingkah laku-tingkah laku tersebut telah
disenaraikan dalam borang pemerhatian. Selain itu, berdasarkan pemerhatian saya, rekod-
rekod perkembangan murid yang telah direkod oleh guru penting untuk rujukan ibu bapa
juga. Rekod-rekod tersebut telah disusun semula oleh guru tersebut dalam bentuk termuda
supaya mudah difahami oleh ibu bapa. Rekod tersebut akan ditunjukkan oleh setiap ibu
bapa kanak-kanak apabila tamat penggal 1 untuk disemak dan di tandatangan. Oleh itu
jelaslah bahawa, melalui pemerhatian, guru dapat mengenalpasti dengan lebih jelas tahap
perkembangan kanak-kanak. Misalnya semasa dalam bilik darjah guru akan menjalankan
aktiviti yang melibatkan aspek-aspek perkembangan seperti fizikal, mental, emosi , sosial
dan moral [ CITATION Roh01 \l 17417 ].

Di samping itu, kaedah yang sesuai untuk dilaksanakan untuk pentaksiran murid
prasekolah ialah melalui temu bual. Guru akan mengajukan soalan soal selidik kepada
murid-murid mengikut laras bahasa yang sesuai dengan peringkat umur mereka. Misalnya, “
siapa disini suka baca buku?”, “buku apa yang awak sering baca”. Menurut Rohani Abdullah
(2001) tujuan temu bual terbuka adalah supaya pengkaji mendapat satu gambaran yang
sempurna mengenai fikiran dan perasaan kanak-kanak berkaitan tajuk perbualan tersebut.
Pengkaji dalam penyataan tersebut ialah guru dapat melihat tahap kogntif, afektif dan juga
psikomotor apabila murid-murid di temu bual. Tambahan pula kaedah ini bukan sahaja
membantu guru dalam mentaksir murid, malah ianya dapat membantu murid-murid dalam
meningkatkan konsep kendiri. Hal ini demikian kerana, menurut [ CITATION Azi061 \l 17417 ]
kaedah temu bual digunakan untuk memperkembangkan kemahiran komunikasi di kalangan
kanak-kanak. Temu bual dari orang dewasa kepada kanak-kanak mendidik kanak-kanak
didedahkan kepada pengalaman baru yang lain dari rakan-rakan sebayanya. Selain
menemu bual murid-murid, guru juga menjalankan pentaksiran secara kolaborasi dengan
ibu bapa murid. Misalnya ketika ibu bapa hadir ke pusat prasekolah, guru akan menemu
bual ibu bapa tentang tingkah laku murid-murid ketika di rumah dan perkembangan-
perkembangan yang dapat dilihat seperti murid sudah boleh membaca suku kata mudah.
Semasa sesi temu bual, guru harus mempunyai adab tertentu untuk mengekalkan hubungan
yang positif bersama ibu bapa kekal baik. Selain ibu bapa, guru juga ada menjalankan
pentaksiran dengan bantuan pembantu pengurusan pra sekolah yang terdapat di pusat
prasekolah. Hal ini demikian kerana, selain guru pembantu pengurusan murid merupakan
individu yang bersama-sama kanak-kanak semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Lantaran itu, kaedah temu bual ini amat sesuai digunakan untuk proses
pentaksiran prasekolah kerana memudahkan guru mendapatkan maklumat secara terus.

Seterusnya ialah penilaian terhadap hasil kerja murid-murid yang telah dikumpulkan
dan menjadi sumber maklumat kemajuan kanak-kanak, kekuatan, kelemahan, konsep, dan
kemahiran yang mereka ketahui dan kuasai. Berdasarkan hasil kerja yang dihasilkan
semasa aktiviti di dlam bilik darjah di kumpulkan seperti hasil lukisan, mewarna, lakaran,
tulisan, buku skrap, kraf tangan, lembaran kerja, dan sebagainya akan dimasukkan dalam
fail portfolio individu murid-murid. Melalui hasil kerja guru juga dapat mengesan tahap
kefahaman murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.
Menurut Saayah Abu (2007), dalam memastikan keseluruhan aspek perkembangan kanak-
kanak dinilai secara seimbang, kajian menunjukkan penilaian terbaik adalah pemerhatian
hasil kerja, tingkah laku dan interaksi kanak-kanak. Oleh hal yang demikian, penilaian
penting untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari
semasa ke semasa serta untuk mengesan keberkesanan pengajarannya. Jika guru
mendapati masih ada segelintir murid yang menunjukkan kefahaman yang rendah atau
sederhana, maka guru akan membuat tindakan susulan untuk membantu murid tersebut.
Hal ini demikian menunjukkan bahawa penilaian hasil kerja amat sesuai dilaksanakan bagi
pentaksiran prasekolah.

Kesimpulannya, pelbagai kaedah yang dapat digunakan untuk pelaksanaan


pentaksiran prasekolah. Namun ianya bergantung kepada kesesuaian aspek yang hendak di
lihat. Misalnya, untuk perkembangan fizikal, kaedah temu bual tidak begitu efektif untuk
melihat perkembangan kanak-kanak. Kaedah pemerhatian yang berstruktur iaitu guru
menyediakan satu keadaaan dengan sengaja untuk membangkitkan kelakuan tertentu yang
ingin diperhatikan [ CITATION Roh01 \l 17417 ]. Oleh itu, guru perlu merancang terlebih dahulu
untuk membuat pentaksiran terhadap kanak-kanak untuk menentukan kaedah yang sesuai
dan efektif dilaksanakan.
RUJUKAN

Azizi Yahaya , Jaafar Sidek Latif , Shahrin Hashim, & Yusuf Boon . (2006). Psikologi Sosial Alam
Remaja . Batu Caves : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan Buku 1. Kuala Lumpur: McGraw Hill (Malaysia) Sdn Bhd.

Lembaga Peperiksaan Malaysia . (2011). Apa yang anda perlu tahu tentang Pentaksiran Sekolah.
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rohani Abdullah. (2001). Perkembangan Kanak-kanak Penilaian Secara Portfolio. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.

Saayah Abu. (2007). Menjadi Guru Tadika. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

You might also like