You are on page 1of 21

Senarai Edaran :

1. Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

2. Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam

3. Pengarah
Bahagian Pendidikan Khas

4. Pengarah
Bahagian Pendidikan Swasta

5. Pengarah
Bahagian Pendidikan dan Latihan Vokasional

6. Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh

7. Pengarah
Bahagian Matrikulasi

8. Setiausaha Bahagian
Bahagian Genius

9. Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia

10. Setiausaha Bahagian


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
( u.p : Unit Saraan, Kemudahan dan Hubungan Kesatuan )

11. Setiausaha Bahagian


Bahagian Kewangan
( u.p : Cawangan Kewangan dan Kemudahan )

12. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
Jalan Tun Abdul Razak
01990 Kangar
PERLIS

13. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Kompleks Pendidikan
Jalan Stadium
05604 Alor Star
KEDAH
14. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Jalan Tun Abdul Razak
30640 Ipoh
PERAK

15. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
Jalan Bukit Gambir
11700 PULAU PINANG

16. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Jalan Jambu Bol 4/3E
Seksyen 4
40604 Shah Alam
SELANGOR

17. Pengarah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
50604 KUALA LUMPUR

18. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Jalan Dato’ Hamzah
70990 Seremban
NEGERI SEMBILAN

19. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
Jalan Istana
75450 Bukit Beruang Melaka
MELAKA

20. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Wisma Pendidikan
Jalan Tun Abdul Razak
80604 Johor Bahru
JOHOR

21. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Bandar Indera Mahkota
25604 Kuantan
PAHANG

22. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
Jalan Bukit Kecil
20604 Kuala Terengganu
TERENGGANU
23. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Bandar Baru Tunjong
16010 Kota Bharu
KELANTAN

24. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Jalan Diplomatik Off Jalan Bako
Petra Jaya 93050 Kuching
SARAWAK

25. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Jalan Punat Tanah, Likas
88450 Kota Kinabalu
SABAH

26. Pengarah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan
Aras 10, Blok 4
Kompleks Ujana Kewangan
Peti Surat 81097
87020 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.

27. Pengarah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Lampiran A

TATACARA PROSEDUR PERMOHONAN LAWATAN MURID DAN


GURU/PENSYARAH UNTUK AKTIVITI PERTANDINGAN DAN
PERKHEMAHAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA (KE LUAR NEGARA)

1. TUJUAN

Tatacara ini merujuk sepenuhnya kepada surat siaran yang dikeluarkan oleh
Bahagian Kewangan dengan nombor rujukan KP.1587/17/H/Jld.18(sk7)(20)(1)
bertarikh 13 April 2012;Garis Panduan Permohonan Bertugas Rasmi di Luar
Negara. Tatacara ini disediakan sebagai rujukan dan panduan kepada semua
Ketua Jabatan bagi memastikan guru/pensyarah dan murid di bawah seliaan
mereka mengemukakan permohonan bagi kelulusan ke luar negara untuk aktiviti
pertandingan/perkhemahan di peringkat antarabangsa secara teratur dan
menepati peraturan yang ditetapkan.

2. LATAR BELAKANG

Berdasarkan kepada Arahan Pegawai Pengawal 2023, Perkara 8: Permohonan


Pengurusan Bertugas Rasmi di luar negara menyatakan bahawa semua
permohonan bagi ke luar negara perlu melalui Bahagian yang telah dilantik
sebagai penyelaras mengikut jenis program.

Bagi tujuan aktiviti pertandingan dan perkhemahan di peringkat Antarabangsa,


Bahagian yang dilantik sebagai penyelaras adalah Bahagian Sukan,
Kokurikulum dan Kesenian (BSKK).

Berdasarkan ketetapan ini, semua permohonan melibatkan guru/pensyarah dan


murid yang akan menyertai program tersebut perlu melalui BSKK kecuali
Bahagian Matrikulasi (BM), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan
Bahagian Genius (BG). BM, IPGM dan BG akan menyelaras dan mengurus
penghantaran dokumen sendiri terus ke pejabat Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia (KPPM) dan Bahagian Kewangan (BKew), KPM menggunakan format
yang telah diselaraskan.

Penetapan tersebut adalah kerana Kolej Matrikulasi dan Institut Perguruan


Malaysia di negeri berada dibawah pengurusan Pengarah dan Bahagian tersebut.
Pencapaian pelajar/pelatih mereka juga tidak diambil kira dalam pengiktirafan
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) manakala BG pula
menguruskan murid KPM dengan pegawai pengiring terdiri daripada kalangan
warga KPM dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

1
Namun begitu, segala urusan permohonan yang melibatkan BM, IPGM dan BG
dalam aktiviti pertandingan dan perkhemahan di peringkat antarabangsa (ke luar
negara) masih perlu mengikut tatacara dan prosedur yang telah diselaraskan oleh
BSKK.

3. TANGGUNGJAWAB BAHAGIAN PENYELARAS

BSKK selaku bahagian penyelaras perlu memastikan bahawa setiap permohonan


mematuhi perkara dibawah:

3.1 Program yang dinilai akan dilaksanakan mengikut keutamaan;


3.2 Memastikan peruntukan mencukupi untuk melaksanakan program yang
diluluskan;
3.3 Memastikan permohonan yang dikemukakan adalah lengkap dan betul;
3.4 Memberikan justifikasi kukuh bagi permohonan yang melebihi tiga orang
pegawai mengenai keperluan penyertaan setiap pegawai dan
fungsi/tugasan mereka dalam permohonan untuk pertimbangan BKew dan
kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia; dan
3.5 Menyaring dan menghadkan permohonan penyertaan pegawai terlebih
dahulu terutamanya yang melibatkan peruntukan besar dengan
menekankan konsep value-for-money serta menepati objektif/sasaran
program tersebut

Bagi memastikan permohonan tidak bermasalah, semua Bahagian/JPN perlu


memastikan setiap permohonan yang baharu mematuhi semua perkara perkara
diatas.

4. JENIS PELEPASAN/CUTI BAGI GURU/PENSYARAH YANG DILANTIK


MENYERTAI PERTANDINGAN DAN PERKHEMAHAN DI PERINGKAT
ANTARABANGSA (KE LUAR NEGARA)

4.1 Permohonan bertugas rasmi ke luar negara:

KOAKADEMIK / PERKHEMAHAN
SUKAN
KESENIAN

▪ Perjalanan/lawatan yang ada kaitan dengan tugas rasmi pejabat


termasuk menghadiri mesyuarat, persidangan, rundingan, simposium,
seminar, bengkel dan kursus jangka pendek yang dihadiri di luar Malaysia.

▪ Bertugas rasmi bermaksud semua tugas yang diarahkan oleh ketua


jabatan dan berkaitan dengan urusan rasmi dan tugas hakiki pegawai
berkenaan atau jika sesuatu tugasan itu merupakan arahan Pegawai
Pengawal, ia adalah dikira sebagai tugas rasmi pegawai tersebut.

2
KOAKADEMIK / PERKHEMAHAN
SUKAN
KESENIAN

▪ Pegawai Pengawal membuat keputusan dengan memastikan pegawai


yang diberi kelulusan ke luar negara adalah pegawai yang terlibat secara
langsung dan perjalanan tersebut memberi manfaat kepada
Kementerian/Jabatan.

4.2 Permohonan ke luar Negara atas urusan persendirian :

SUKAN PERKHEMAHAN
Punca kuasa: Punca kuasa:

i. Pekeliling Jabatan i. Pekeliling Jabatan


Perkhidmatan Awam Perkhidmatan Awam (MyPPSM
(MyPPSM Ceraian SR 5.5.1) Ceraian SR 5.5.3)
ii. Perintah Am 46 Bab C ii. Surat Rasmi Jabatan
iii. Pekeliling yang perlu dibaca Perkhidmatan Awam Malaysia
bersama-sama dan masih dengan No Rujukan : KPA 43/7
berkuatkuasa. (SV 141) bertarikh 30 Ogos
2002
iii. Perintah Am 42(a) Bab C
iv. Pekeliling yang perlu dibaca
bersama dan masih
berkuatkuasa.

Cuti yang diberi atas sebab Cuti yang diberi bagi aktiviti melibatkan
penglibatan dalam pertandingan Persekutuan Pengakap Malaysia dan
sebagai: Persatuan Pandu Puteri sahaja:
i. Atlet;
ii. Pegawai Sukan (Official); i. Dipilih atau diundang untuk
• Ketua Kontinjen; mewakili negara menyertai
• Pegawai Pengiring; aktiviti berkenaan
• Pegawai / Penolong ii. Aktiviti berkenaan hendaklah
Pasukan; atau dianjurkan oleh badan luar
• Pegawai Penyelaras negara yang mempunyai
(Pegawai Pentadbir
matlamat selaras dengan
Pasukan).
iii. Jurulatih; atau pertubuhan dan persatuan yang
iv. Ahli Majlis atau Jawatankuasa dianggotai oleh pegawai di
Pertandingan Sukan Malaysia
Kebangsaan atau iii. Mendapat pengesahan
Antarabangsa. daripada pihak berkuasa
Pertubuhan/Persatuan yang
*Anjuran dan lantikan daripada agensi
sukan/ persatuan sukan kebangsaan/ dianggotai
badan sukan

3
SUKAN PERKHEMAHAN
iv. Kemudahan cuti ini hanya boleh
digunakan sekali sahaja dalam
tempoh tiga tahun bagi setiap
pegawai bagi membolehkan
lebih ramai pegawai berpeluang
mendapat pendedahan ini

Tempoh Maksima Cuti: Tempoh Maksima Cuti:

30 hari dalam setahun. Sekiranya 14 hari dan tambahan dua hari bagi
melebihi 30 hari, kelulusan adalah perjalanan pergi dan balik
Kuasa Tertentu. (BPSM, KPM)

Pihak berkuasa melulus: Pihak berkuasa melulus:

Kurang daripada 30 hari Kuasa Kuasa Tertentu (BPSM, KPM)


Tertentu (BPSM, KPM)

Lebih daripada 30 hari, Kuasa


Tertentu (BPSM,KPM)

Sekiranya permohonan bertugas rasmi tidak diluluskan oleh Pegawai Pengawal


dan guru/pensyarah terlibat masih berhasrat untuk mengikuti program/aktiviti
tersebut, mereka perlu memohon kebenaran ke luar negara atas urusan
persendirian dan memohon kemudahan cuti yang berkelayakan seperti Cuti
Tanpa Rekod (bergantung kepada pekeliling JPA yang sedang berkuatkuasa)
atau cuti-cuti lain yang dibenarkan oleh perkhidmatan.

5. BILANGAN PEGAWAI/PESERTA DAN SUMBER PERUNTUKAN

5.1 Semua lawatan rasmi ke luar negara yang melibatkan murid perlu
mematuhi jumlah guru/pensyarah pengiring mengikut nisbah 5 murid : 1
guru bagi sekolah rendah dan nisbah 8 murid : 1 guru bagi sekolah
menengah/BG/IPGM/BM tertakluk kepada keperluan dan peruntukan
sedia ada. Sekiranya terdapat keperluan untuk menghantar melebihi 3
orang pegawai bertugas, justifikasi dan senarai tugas setiap pegawai perlu
dikemukakan.

5.2 Bagi nisbah murid kepada guru untuk murid berkeperluan pendidikan khas
(MBPK) boleh rujuk kepada jadual berikut:

4
Nisbah
Bil Kategori MBPK
Guru Murid
1 Ketidakupayaan penglihatan B1 1 1
(B1 adalah kategori MBPK ketidakupayaan
penglihatan yang mengalami masalah mobility
ringan dan betul-betul buta @totally blind)
2 Ketidakupayaan penglihatan B2 1 2
(B2 adalah kategori MBPK ketidakupayaan
penglihatan yang tidak menghadapi masalah
mobility dan betul-betul buta @ totally blind)
3 Ketidakupayaan penglihatan B3 1 4
(B3 adalah kategori MBPK ketidakupayaan
penglihatan yang tidak masalah mobility dan
rabun)
4 Ketidakupayaan pendengaran sekolah rendah 1 5

5 Ketidakupayaan pendengaran sekolah menengah 1 7

6 Masalah pembelajaran Sekolah rendah 1 5

7 Masalah pembelajaran sekolah menengah 1 7

8 Ketidakupayaan fizikal 1 1

Manakala nisbah Pembantu Pengurusan Murid kepada murid MBPK


adalah seperti berikut:

Nisbah
Bil Kategori MBPK
Guru Murid
1 Semua kategori MBPK Sekolah Rendah 1 10

2 Semua Kategori MBPK Sekolah Menengah 1 15

5.3 Kelulusan khas perlu dimohon daripada Perbendaharaan (Kementerian


Kewangan) sekiranya terdapat keperluan untuk menambah bilangan
pegawai yang terlibat (rujuk APP tahun semasa).

5.4 Aktiviti pertandingan dan perkhemahan di peringkat antarabangsa


(ke luar negara) yang menggunakan peruntukan dari sumber kumpulan
wang kerajaan perlu mengangkat permohonan rasmi dan mendapat
kelulusan Pegawai Pengawal (KSU) sebelum digunakan bagi program
tersebut.

5
5.5 Perjalanan bertugas rasmi ke luar negara yang menggunakan peruntukan
sendiri, peruntukan khas atau sumbangan dari pihak luar termasuk
agensi dan persatuan sukan perlu mengikut nisbah yang telah
ditetapkan dan menyertakan justifikasi sekiranya melebihi daripada
TIGA (3) orang pegawai.

6. KAEDAH PERMOHONAN

6.1 Sukan

Bagi permohonan yang melibatkan tajaan dan jemputan daripada Agensi


Sukan/Persatuan Sukan Kebangsaan perlu melalui sistem permohonan
dalam talian, ePelepasan. Nama guru dan murid yang akan mengikuti
kejohanan/pertandingan tersebut perlu dimasukkan ke dalam sistem oleh
pemohon yang terdiri daripada Persatuan Sukan Kebangsaan, Majlis
Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri. Setiap pemohon telah dibekalkan
ID dan kata laluan bagi mengakses sistem oleh pihak BSKK.

Selepas surat sokongan dijana, murid perlu mendapat sokongan


pelepasan secara bertulis daripada pengarah JPN/Bahagian masing-
masing. Manakala guru/pegawai boleh membuat permohonan Kelulusan
Keluar Negara Persendirian dan memohon Cuti Tanpa Rekod sekiranya
perlu (sila rujuk tatacara 4.2).

Manakala bagi kejohanan/pertandingan yang dirancang sendiri


penyertaannya oleh pihak sekolah perlu menggunakan permohonan
Bertugas Rasmi ke Luar Negara.

6.2 Koakademik/Kesenian/Perkhemahan

Permohonan mendapatkan surat sokongan dan penyertaan murid dibuat


secara manual dengan menggunakan surat dan borang rasmi yang telah
diselaraskan oleh BSKK.

Berbeza dengan aktiviti sukan, surat sokongan akan dikeluarkan setelah


permohonan disemak oleh BSKK. Surat permohonan sokongan
penyertaan dan Borang Permohonan Keluar Negara (Lampiran A) perlu
dihantar bersama ke BSKK. Hanya bagi permohonan Kebenaran Bertugas
Rasmi ke Luar Negara yang diluluskan oleh Pengawai Pengawal sahaja
akan diberikan surat maklumbalas sokongan penyertaan oleh BSKK.

6
Setiap permohonan yang dihantar ke BSKK, pihak Jabatan Pendidikan
Negeri dan Bahagian yang terlibat perlu memperakukan permohonan dan
menyatakan justifikasi bagi kelulusan permohonan tersebut. Justifikasi ini
akan disemak dan dipertimbangkan oleh BSKK sebelum diangkat untuk
ulasan oleh KPPM.

Sila rujuk carta alir bagi proses permohonan yang lengkap.

Bagi BM, IPGM dan BG, permohonan boleh diangkat terus ke pejabat
KPPM dan BKew untuk kelulusan Pegawai Pengawal namun masih perlu
mengikut prosedur dan borang yang telah diselaraskan oleh BSKK.

7. DOKUMEN TAMBAHAN

7.1 Sijil Vaksinasi


Tertakluk kepada peraturan semasa prosedur negara yang ditetapkan oleh
Majlis Keselamatan Negara (MKN

7.2 Insuran
TUGAS RASMI PERSENDIRIAN
Insuran wajib disediakan bagi Insuran wajib disediakan dan
setiap peserta selepas dikepilkan bersama-sama
permohonan diluluskan oleh permohonan ke luar negara.
Pegawai Pengawal.

7.3 Jadual Perjalanan


Jadual terperinci pergerakan setiap hari sepanjang berada di luar negara
perlu dinyatakan dalam kertas kerja dengan mengambil kira maklumat
berikut:

i. Tarikh ketibaan sekurang-kurangnya dua (2) hari sebelum


kejohanan/ pertandingan
ii. Satu (1) hari penyesuaian padang/persiapan
iii. Tempoh kejohanan/pertandingan
iv. Tarikh pulang selewat-lewatnya sehari selepas selesai
pertandingan/aktiviti

7.4 Surat Jemputan


Nyatakan juga secara lanjut bentuk tajaan (jika ada)/perkara berkaitan.

7.5 Perancangan Jadual Penerbangan


(Tarikh keluar Malaysia dan sampai dinyatakan dalam kertas kerja)

7.6 Kertas kerja yang telah diakui sah oleh Pentadbir Sekolah/Jabatan.

7
7.7 Surat Kebenaran Pelepasan Murid daripada Pengarah Jabatan Pendidikan
Negeri/Bahagian KPM*

7.8 Surat Permohonan Pengiktirafan PAJSK (Jika perlu)*

7.9 Borang Kebenaran Ibu bapa/Penjaga*

*Jika turut melibatkan penyertaan murid

8. PERTIMBANGAN PEGAWAI PENGAWAL

Pertimbangan dan kelulusan Pegawai Pengawal bagi Permohonan Kelulusan


Bertugas Rasmi ke luar negara selaras dengan Pekeliling dan Peraturan yang
sedang berkuatkuasa.

Bil Situasi Tindakan


1 Permohonan kelulusan Bertugas Bahagian Kewangan akan
Rasmi ke luar negara dikemukakan mempertimbangkan
kurang daripada 7 hari bekerja dan: permohonan untuk
pertimbangan dan kelulusan
i. Pegawai masih belum Pegawai Pengawal.
melakukan perjalanan ke
luar negara; dan
ii. Mempunyai alasan yang
kukuh seperti lewat
mendapat jemputan.

2 Permohonan kelulusan Bertugas Bahagian Kewangan tidak akan


Rasmi ke luar negara dikemukakan mengemukakan permohonan
kurang daripada 7 hari bekerja kelulusan Bertugas Rasmi ke
menggunakan peruntukan “One-Off” luar negara kepada Pegawai
Bertugas Rasmi ke luar negara. Pengawal.

3 Permohonan kelulusan Bertugas Bahagian Kewangan tidak akan


Rasmi di luar negara dikemukakan mengemukakan permohonan
kurang daripada 7 hari bekerja dan kelulusan Bertugas Rasmi ke
pegawai telah melakukan perjalanan luar negara kepada Pegawai
ke luar negara tanpa kelulusan Pengawal dan terus dirujuk
Pegawai Pengawal dengan kepada Jawatankuasa Siasatan
menggunakan peruntukan “One-Off” bagi menyiasat perkara
Bertugas Rasmi di Luar Negara / ditaja tersebut.
/ dibiayai sendiri oleh pegawai
berkenaan.

8
9. PERAKUAN KETUA JABATAN/KETUA PERKHIDMATAN

Semua tugas rasmi yang melibatkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan


hendaklah mendapat perakuan/sokongan KPPM, manakala bagi pegawai dan
kakitangan bukan guru daripada Ketua Jabatan sebelum dikemukakan kepada
Pegawai Pengawal untuk kelulusan.

10. TEMPOH PERMOHONAN

10.1 Semua permohonan perjalanan tugas rasmi ke luar negara yang


menggunakan peruntukan Akaun Amanah/Kumpulan Wang Amanah
mesti dikemukakan ke BSKK tidak kurang daripada 42 hari bekerja
sebelum tarikh perjalanan untuk mendapatkan persetujuan Ketua
Perkhidmatan sebelum diangkat untuk kelulusan Pegawai Pengawal.

10.2 Semua permohonan bertugas rasmi ke luar negara hendaklah diterima


oleh BSKK tidak kurang daripada 30 hari bekerja sebelum tarikh
perjalanan. Manakala bagi permohonan yang memerlukan kelulusan khas
Kementerian Kewangan Malaysia Malaysia, permohonan hendaklah
diterima oleh BSKK tidak kurang daripada 42 hari bekerja. Sekiranya
terdapat kuiri di dalam permohonan tersebut, Pemohon perlu
mengemukakan semula dokumen dalam tempoh 5 hari bekerja.

11. LAPORAN PENGIKTIRAFAN PAJSK

11.1 Satu salinan laporan program yang dijalankan perlu dihantar kepada
BSKK, KPM mengikut format seperti di Lampiran 1 ttidak lebih dari 30 hari
selepas tamat program. Laporan ini juga perlu diisi secara dalam talian
melalui alamat url berikut:

https://bit.ly/pelaporanbskk

12. TANGGUNG JAWAB KETUA JABATAN

12.1 Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan permohonan yang


dikemukakan menepati semua peraturan yang ditetapkan. BSKK tidak
akan menyokong permohonan perjalanan rasmi ke luar negara untuk
ulasan/akuan KPPM dan kelulusan Pegawai Pengawal sekiranya:

a) permohonan lewat diterima dari tempoh yang ditetapkan;


b) permohonan tidak disertakan dokumen yang lengkap;

c) peruntukan Jabatan/Bahagian tidak mencukupi; atau


d) perjalanan telah dilakukan terlebih dahulu.
9
12.2 Perjalanan yang dilakukan tanpa kelulusan Pegawai Pengawal akan
menyebabkan tuntutan tidak boleh dibayar dan boleh dikenakan
tindakan tatatertib.

13. BORANG

Semua permohonan kelulusan perjalanan bertugas rasmi ke luar negara bagi


aktiviti pertandingan/perkhemahan di peringkat antarabangsa hendaklah
dihantar ke BSKK dalam dua (2) salinan menggunakan borang yang telah
diselaraskan dan boleh dimuat turun melalui pautan ini.

https://bit.ly/borangkeluarnegara

Senarai borang adalah seperti dibawah :

i. Lampiran A-1 & A-2 (Minit Kelulusan Pegawai Pengawal Permohonan


Kelulusan Perjalanan Atas Tugas Rasmi Ke Luar Negara)
ii. Lampiran A (Perincian Permohonan)
iii. Lampiran B (Implikasi Kewangan)
iv. Lampiran C (Senarai Peserta)
v. Lampiran D (Surat Akuan Bebas daripada Senarai Hitam Bahagian Tajaan,
KPM)
vi. Lampiran E (Senarai Semak Permohonan)
vii. Borang Akuan Ketua Jabatan
viii. Jadual Program
ix. Justifikasi Keperluan Lebihan Pegawai Bertugas (Sekiranya perlu)

14. CARTA ALIR KERJA

Carta aliran kerja permohonan bertugas rasmi ke luar negara adalah seperti
dalam Lampiran.

10
15. RUJUKAN
Dalam menguruskan permohonan perjalanan tugas rasmi ke luar negara, semua
Ketua Jabatan/Bahagian hendaklah sentiasa merujuk Pekeliling, Surat Pekeliling
Kewangan dan Surat Edaran seperti berikut:

i. Pekeliling Perbendaharaan WP 1.4: Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun,


Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana
Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Anggota Tentera Dan Anggota
Polis);
ii. Pekeliling Perbendaharaan WP 1.10: Kadar dan Syarat Tuntutan Elaun,
Kemudahan dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Semasa
Berkursus Kecuali Kursus Pra-Perkhidmatan;
iii. Pekeliling Perbendaharaan PB 2.4: Perbelanjaan Bagi Perjalanan Tugas Rasmi
Ke Luar Negara;
iv. Pekeliling Perbendaharaan PB 3.1: Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan
Awam;
v. Pekeliling Perbendaharaan WP 2.5: Kemudahan Perjalanan Udara Rasmi;
vi. Pekeliling Perbendaharaan WP 10.4: Tatacara Pengurusan Akaun Amanah/
Kumpulan Wang Amanah;
vii. Pekeliling Perbendaharaan PK 2.1: Kaedah Perolehan Kerajaan;
viii. Surat Pekeliling Kewangan BT 3 : Garis Panduan Pengurusan Kewangan dan
Perakaunan dan Peruntukan Khas Sekolah Berprestasi Tinggi KPM;
ix. Surat Pekeliling Kewangan KK 3 : Kadar Kelayakan Makan dan Penginapan
Murid/ Atlet/ Pelajar KPM Yang Terlibat Dalam Pelaksanaan Aktiviti Kurikulum,
Kokurikulum dan Sukan Dalam atau Luar Negara; dan
x. Pindaan-pindaan pekeliling dan surat edaran berkaitan yang berkuat kuasa
pada tahun semasa.

Disediakan oleh:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian

Tarikh : 3 November 2022


Semakan : 31 Januari 2023

11
CARTA ALIR KERJA PROSEDUR PERMOHONAN MENYERTAI AKTIVITI PERTANDINGAN /
PERKHEMAHAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA (LUAR NEGARA)

Permohonan MULA
semula
JPN/Bahagian SOS menyemak dokumen yang dihantar oleh sekolah
masing-masing

Tiada permohonan JPN/Bahagian SOS hantar permohonan kepada BSKK beserta ulasan /
semula cadangan untuk pertimbangan

TAMAT BSKK menyemak permohonan yang diterima

Permohonan
tidak disokong

Permohonan disokong

Surat sokongan dikeluarkan

Permohonan Keluar
Negara (Pegawai)diurus
oleh BSKK
Tidak Rasmi
( Persendirian )
2. Permohonan Cuti Tanpa Rekod
- Perintah Am Bab C;
1. (b) Permohonan Kelulusan
- MyPPSM-SR 5.5.1;
1.(a) Permohonan Kelulusan Rasmi KPM.100-2/5/7 Jld293(88)
- MyPPSM-SR 5.5.3
KP.1587/17/H/JLD.18(sk7)(20)(1) 30 Nov 2018
13 Apr 2012
Ketua Jabatan
Permohonan (JPN/PPD) kemukakan
Dokumen yang lengkap pegawai kepada permohonan pegawai
diangkat untuk ulasan KPPM PPD / JPN kepada BPSM, KPM
Dokumen yang lengkap Surat sokongan KPM
wajib dilampirkan
diangkat kepada Caw. Kew.
semasa menghantar BPSM meluluskan / tidak
& Kemudahan, BKew permohonan keluar meluluskan
negara
Caw. Kew. & Kemudahan
semak dan angkat kepada
Pegawai Pengawal untuk Keputusan permohonan
kelulusan dimaklumkan kepada
PPD / JPN
BKew maklum keputusan meluluskan/ tidak Ketua Jabatan
(lulus/tidak lulus) kepada meluluskan
BSKK
Keputusan permohonan
dimaklumkan kepada
pegawai
Keputusan permohonan dimaklumkan
kepada pemohon Rekod dalam Buku
Perkhidmatan Kerajaan
Keputusan permohonan pegawai
dimaklumkan kepada pegawai

TAMAT TAMAT

12
Lampiran 1

LAPORAN PENGIKTIRAFAN PAJSK

(NAMA AKTIVITI / PROGRAM)

1.0 Nama Program/Aktiviti:


2.0 Tarikh Pelaksanaan:
3.0 Mod Pelaksanaan :
4.0 Penyertaan (jantina/bangsa):

DAERAH / JANTINA BANGSA JUMLAH


KOD
BIL SEKOLAH NEGERI /
SEKOLAH
NEGARA LAIN-
L P MELAYU CINA INDIA MURID GURU
LAIN
1
2
3
4
5
6
7
JUMLAH

5.0 Jadual Pengisian / Pelaksanaan Aktiviti:

6.0 Peruntukan / Perbelanjaan yang Diturunkan: (***Jika berkaitan)

7.0 Tetamu Kehormat (VIP): (***Jika berkaitan)

8.0 Pemenang: (***Jika berkaitan)


KATEGORI PERTANDINGAN
Kedudukan Nama NO KP Sekolah Kod JPN
murid murid Sekolah
Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat
Kelima

9.0 Isu dan cabaran:

10.0 Elemen Human Governance yang dilaksanakan:

11.0 Cadangan penambahbaikan:

12.0 Gambar:

Disediakan Oleh:
Tarikh
Lampiran 2

1. Jadual kadar kelayakan makan dan penginapan luar negara murid

BIL KATEGORI MURID / PELAJAR / ATLET


NEGARA MAKAN PENGINAPAN
1 I 90 200
2 II 95 220
3 III 105 210
4 IV 115 260
5 V 125 280

Sumber : KP(BKEW)(PK)1587/6/A-4 Jld.2 ( )

2. Jadual Kadar kelayakan makan dan penginapan luar negara guru/pegawai

BIL KATEGORI PEGAWAI


NEGARA ELAUN PENDAHULUAN ELAUN LOJING
MAKAN DIRI SEWA HOTEL
1 I 175 400 100
2 II 195 440 120
3 III 215 480 140
4 IV 235 520 160
5 V 255 560 180

Sumber : Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP1.10 Lampiran C

3. Jadual Kategori Negara

KATEGORI 1
Afghanistan Egypt Kosovo Maldives Syria Tunisia
Aruba Georgia Kyrgyzstan Nepal Tajikistan Uzbekistan
Azerbaijan India Libya Pakistan Turkmenistan
KATEGORI 2
Albania Bulgaria Gabon Malawi Palau Somalia
Algeria Burkina Faso Gambia Malaysia Paraguay Sri Lanka

Angola Burundi Ghana Mali Peru Tanzania


Argentina Cameroon Guinea Mauritania Philippines Timor Leste
Armenia Cape Verde Guinea-Bissau Mexico Republic of Togo
Congo
Bangladesh Central African Indonesia Moldova Romania Turkey
Republic
Belarus Chad Iran Mongolia Russia Uganda
Benin Colombia Iraq Montenegro Rwanda Ukraine
Bhutan Comoros Ivory Coast Morocco Sao Tome and Vietnam
Principle
Bolivia Democratic Kazakhstan Niger Senegal Western
Republic of Sahara
Congo
Bosnia And Equatorial Laos Nigeria Serbia Zambia
Herzegovina Guinea
Botswana Eswatini Liberia North Sierra Leone
Macedonia

KATEGORI 3
Belize Cuba Guatemala Mayotte Saudi Arabia Tonga
Brazil Czech Republic Honduras Mozambique Slovakia Tuvalu
Brunei Djibouti Hungary Myanmar South Africa Vanuatu
Cambodia Ecuador Kenya Namibia Sudan Wallis and
Fatun
Cayman El Salvador Latvia Nicaragua Suriname
Island
Chile Fiji Lesotho Palestine Thailand
China French Guiana Lithuania Poland Tokelau
Croatia Grenada Madagascar Portugal

KATEGORI 4
Bahrain Ethiopia Jamaica Oman Spain Zimbabwe
Costa Rica Gilbratar Jordan Panama Trinidad And
Tobago
Cyprus Greece Kuwait Papua New Turks and
Guinea Caicos
Islands
Eritrea Guyana Mauritius Slovenia Uruguay
Estonia Haiti North Korea Solomon Islands Yemen
KATEGORI 5
Andorra Cook Islands Iceland Macau Qatar Sweden

Anguilla Denmark Ireland Malta Puerto Rico Switzerland


Antigua dan Dominica Isle of Man Marshall Island Saint Helena Taiwan
Barbuda
Australia Dominican Israel Micronesia Saint Kits dan United Arab
Republic Nevis Emirates
Austria Faroe Island Italy Monaco Saint Lucia South Sudan

Bahamas Finland Japan Montserrat Saint Vincent United


dan Kingdom
Grenadines
Barbados France Jersey Nauru Samoa United States
Belgium Germany Kiribati Netherlands San Marino United States
Virgins Islands
Bermuda Greenland Lebanon New Zealand Seychelles

British States Guernsey Liechtenstein Niue Singapura


Virgins Islands

Canada Hong Kong Luxembourg Norway South Korea

You might also like