You are on page 1of 18

WP 10.

9 : PENETAPAN KADAR DAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN


KEPAKARAN DARIPADA KALANGAN BUKAN PEGAWAI AWAM DALAM
PROGRAM RASMI KERAJAAN

GARIS PANDUAN JANM

1. TUJUAN

1.1. Garis panduan ini adalah bertujuan menetapkan kadar dan perolehan
perkhidmatan kepakaran daripada kalangan bukan pegawai awam dalam
program rasmi kerajaan/latihan yang dilaksanakan mengikut:

1.1.1. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PP/PK7.1) - Perolehan Bagi


Penganjuran Majlis Rasmi/Acara Rasmi Kerajaan Dan Jamuan
Keraian Rasmi Kerajaan;

1.1.2. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PP/PK7.2) – Perolehan


Perkhidmatan Kemudahan Latihan Secara Pakej;

1.1.3. Peraturan kewangan lain yang masih berkuatkuasa.

1.2. Pekeliling PP/WP 10.9 terpakai kepada semua Agensi Kerajaan yang
melaksanakan program rasmi Kerajaan melibatkan golongan sasar dan
keperluan perolehan perkhidmatan kepakaran individu atau kumpulan
daripada kalangan bukan pegawai awam. Dengan penguatkuasaan
pekeliling ini, surat MOF bil. (24) dalam rujukan MOF.PAM.600-29/78/1
bertarikh 19 Ogos 2020 adalah terbatal.

1.3. Pekeliling ini TIDAK terpakai kepada:

1.3.1. Perolehan perunding di bawah PP/PK3; dan

1.3.2. Perolehan Perkhidmatan Penyiaran Pengiklanan Melalui Saluran


Media Berbayar Oleh Setiausaha Akhbar Kepada Anggota
Pentadbiran di bawah PP/PK7.14.

2. TAKRIFAN

2.1. “Golongan sasar” merujuk kepada orang awam yang mana


penglibatannya menjadi sebahagian daripada objektif dalam penganjuran
program rasmi Kerajaan seperti pelajar sekolah, petani, nelayan, orang
kelainan upaya dan lain-lain penyertaan individu bukan pegawai awam
sebagai sukarelawan dalam program rasmi Kerajaan.

1
2.2. “Perkhidmatan kepakaran” merujuk kepada perkhidmatan daripada
individu khusus yang memiliki bakat, pengetahuan dan pengalaman
dalam bidang tertentu atau mempunyai pengiktirafan daripada badan
yang berkaitan. Contohnya, tenaga kerja kreatif, artis, pakar budaya,
penceramah, pancaragam, pengacara, social media influencer (SMI) dan
lain-lain yang seumpama dengannya.

2.3. “Bukan pegawai awam” adalah ditafsirkan tidak melibatkan pegawai


dalam mana-mana perkhidmatan awam sebagaimana diperuntukkan di
bawah Perkara 132(1) Perlembagaan Persekutuan.

2.4. “Program rasmi Kerajaan” merangkumi:

2.4.1. “Majlis/acara rasmi Kerajaan” merujuk kepada mesyuarat/


persidangan/konvensyen yang diadakan di peringkat Antarabangsa/
Kebangsaan/Kementerian/Jabatan, program meraikan pelawat iaitu
orang kenamaan atau rombongan rasmi dari dalam atau luar Negara
yang diakui terwajib diraikan secara rasmi berkaitan dengan urusan
Kerajaan, acara pelancaran atau perasmian serta penutup sesuatu
projek/pertandingan oleh Kementerian/Jabatan;

2.4.2. “Latihan” adalah ditafsirkan sebagai proses perkongsian ilmu dan


kemahiran bertujuan menambah pengetahuan, kompetensi dan
sikap yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan serta tuntutan
semasa sesebuah organisasi. Ia meliputi konvensyen, kursus,
bengkel/retreat, makmal (lab), seminar/taklimat, kolokium, forum,
simposium, lawatan rasmi/korporat/sambil belajar, klinik kaunseling
dan program lain yang memenuhi definisi latihan; dan

2.4.3. Kempen atau program bertemu pelanggan oleh Agensi Kerajaan


yang melibatkan penyertaan orang ramai.

2.5. “Pengendali Latihan (Training Provider)” adalah syarikat yang


menyediakan perkhidmatan latihan merangkumi penceramah, bahan
kursus, dan sijil.

3. KAEDAH DAN HAD NILAI PEROLEHAN

Merujuk kepada Surat Permohonan Penurunan Kuasa Daripada Pegawai


Pengawal Bagi Penetapan Kadar Dan Perolehan Perkhidmatan Kepakaran
Daripada Kalangan Bukan Pegawai Awam Dalam Program Rasmi Kerajaan
(PP/WP10/9) yang berkuatkuasa kepada pegawai perakaunan di bawah

2
kawalannya kepada pegawai di JANM mengikut had nilai dan Pihak Berkuasa
Melulus (PBM) seperti berikut:

Had Nilai (*) Pihak Berkuasa Melulus

Sehingga RM20,000 Pengarah Bahagian / Pengarah JANM


Negeri / Pengarah JANM Cawangan
Melebihi RM20,000 sehingga **Jawatankuasa Sebut Harga JANM
RM500,000 (Ibu Pejabat)
Melebihi RM500,000 LembagaPerolehan Kementerian
Kewangan

* Jumlah keseluruhan perbelanjaan melibatkan kadar perkhidmatan,


pembelian hadiah berbentuk barangan, pemberian wang tunai, bayaran /
tuntutan perjalanan / pengangkutan (termasuk letak kereta, tol dan bayaran
pengangkutan awam yang disokong dengan resit), bayaran makan minum,
penginapan dan lain-lain yang terlibat bagi bayaran kepada golongan sasar
dan bukan pegawai awam tersebut dalam program rasmi Kerajaan.

* Jawatankuasa Sebut Harga adalah berpusat di Ibu Pejabat bagi semua


permohonan.

4. PENDAFTARAN DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN

4.1. Golongan Sasar


Dikecualikan.

4.2. Individu/Kumpulan tanpa naungan syarikat (freelancer)


Dikecualikan.

4.3. Individu/Kumpulan di bawah naungan syarikat tempatan


Perlu berdaftar dengan MOF.

4.4. Individu/Kumpulan di bawah naungan syarikat asing sekiranya tiada


kepakaran tempatan
Dikecualikan.

5. SYARAT PEROLEHAN

Sebelum membuat permohonan, penganjur program rasmi kerajaan hendaklah


memastikan perkara berikut dipatuhi:

3
5.1. Peruntukan telah diluluskan dan mencukupi.

5.2. Pematuhan peraturan kewangan yang berkuat kuasa.

5.3. Pematuhan PP/PB3.1 dan memastikan perbelanjaan dibuat secara


berhemah.

5.4. Perolehan ini adalah tertakluk kepada penguatkuasaan Akta Cukai


Pendapatan 1967 dan Akta Cukai Perkhidmatan 2018 [Akta 807].

5.5. Pelaksanaan PROTEGE adalah sebagaimana ketetapan dalam PP/PK1


kecuali bagi golongan sasar, sekiranya mencapai nilai ambang RM10 juta
di bawah kategori Sektor Lain.

5.6. Penganjur Program hendaklah memastikan kelulusan program diperolehi


terlebih dahulu sebelum mendapatkan kelulusan kadar bagi Perolehan
Perkhidmatan Kepakaran Daripada Kalangan Bukan Pegawai Awam
Dalam Program Rasmi Kerajaan. Walaubagaimanapun kadar bayaran
sebenar tertakluk kepada kelulusan PBM PP/WP 10.9

5.7. Semua permohonan hendaklah dibawa ke Jawatankuasa Penilaian


terlebih dahulu untuk penilaian dan perakuan kepada PBM seperti berikut:

5.7.1 Bagi program yang melibatkan amaun sehingga RM20,000 tidak


lewat daripada 30 hari sebelum tarikh program berlangsung;

5.7.2 Bagi program yang melibatkan amaun melebihi RM20,000 tidak


lewat daripada 45 hari sebelum tarikh program berlangsung;

5.8. Sekiranya, permohonan program rasmi yang akan diadakan melibatkan


perolehan secara pakej permohonan hendaklah dibuat seperti berikut:

5.8.1 Permohonan penetapan kadar dan perolehan perkhidmatan


kepakaran daripada kalangan bukan pegawai awam perlu dihantar
ke Jawatankuasa Penilaian WP10.9 di IPN dan

5.8.2 Permohonan perolehan secara pakej perlu dihantar ke UP,SPKP


tertakluk kepada Garis Panduan Permohonan Perolehan Pakej
Rasmi (PK7.1) dan Garis Panduan Permohonan Latihan Secara
Pakej (PK7.2).

4
6. JAWATANKUASA PENILAIAN

6.1. Jawatankuasa Penilaian hendaklah terdiri daripada tiga (3) orang iaitu
seorang pengerusi dan dua (2) orang ahli, di mana sekurang-kurang
seorang daripadanya hendaklah terdiri daripada pegawai Kumpulan
Pengurusan dan Profesional atau setaraf. Pelantikan hendaklah dibuat
secara bertulis oleh Akauntan Negara Malaysia

6.2. Jawatankuasa Penilaian JANM telah dipusatkan di Institut Perakaunan


Negara (IPN) dengan keanggotaan seperti berikut :

6.2.1. Pengerusi
Timbalan Pengarah (Pusat Akademik dan Kompetensi)

6.2.2. Pengerusi Ganti


Timbalan Pengarah (Pusat Pembangunan Profesional)

6.2.3. Ahli
1) Pendaftar (Pejabat Pendaftar)
2) Ketua Program (Sistem Maklumat Perakaunan)
3) Ketua Program (Kewangan)
4) Ketua Program (Perakaunan)
5) Ketua Program (Pembangunan Kerjaya & Kepakaran)
6) Ketua Penyelaras (Pengurusan Latihan)
7) Ketua Penolong Pengarah (Profesional)
8) Ketua Penolong Pengarah (Penyelidikan)

6.3. Tanggungjawab Jawatankuasa Penilaian adalah seperti berikut:

6.3.1. Memastikan semua permohonan hendaklah dibawa ke


jawatankuasa ini terlebih dahulu untuk penilaian dan perakuan
kepada PBM;

6.3.2. Membuat penilaian dan memperaku cadangan kadar bayaran,


pelantikan dan jumlah kos keseluruhan bayaran bagi program
rasmi kerajaan yang terlibat kepada PBM tempoh 10 hari dari
tarikh terima permohonan yang lengkap daripada Penganjur;

6.3.3. Kajian pasaran dan rundingan harga sepertimana dalam


PP/PK7.15 dan PP/PK7.16 adalah dikecualikan. Namun
jawatankuasa perlu sedaya upaya membuat perbandingan harga
di pasaran bagi memastikan kadar yang dikenakan adalah
berpatutan. Rujukan boleh dibuat kepada Kementerian/Jabatan
yang mempunyai pengalaman dalam mendapatkan perkhidmatan

5
yang setara sebagai penanda aras kepada kadar bayaran yang
dinilai;

6.3.4. Sekiranya Jawatankuasa tidak bersetuju dengan cadangan kadar


bayaran, pelantikan dan jumlah kos keseluruhan bayaran bagi
program yang terlibat, Jawatankuasa perlu mengesyorkan
cadangan yang bersesuaian dan seterusnya diangkat kepada
PBM WP 10.9; dan

6.3.5. Memastikan syarat perolehan seperti di perenggan 5 dipatuhi.

6.3.6. Selepas selesai penilaian, tindakan berikut perlu diambil:

i) Bagi permohonan sehingga RM20,000 – permohonan terus di


serahkan ke Bahagian/ Negeri/ Cawangan utk kelulusan
PBM. (Rujuk perenggan 3)

ii) Bagi permohonan melebihi RM20,000 – permohonan perlu


dikemukakan ke UP,SPKP untuk kelulusan PBM. (Rujuk
perenggan 3)

7. KADAR DAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN

7.1. Kadar penyediaan bagi makan minum hendaklah menggunakan kadar


yang ditetapkan seperti berikut:

Jadual 1: Kadar Makan Minum

Bil. Waktu Makan RM/Seorang

1 Sarapan Pagi 10.00


2 Makan Tengahari 20.00
3 Minum Petang 10.00
4 Makan Malam 25.00
Jumlah 65.00

* Pengiraan kadar makan minum hendaklah merujuk kepada tentatif


program.

7.2. Penetapan kadar penginapan dan pengangkutan bagi perkhidmatan


kepakaran daripada kalangan bukan pegawai awam adalah seperti berikut:

6
Jadual 2: Kadar Penginapan dan Pengangkutan
Perkhidmatan Kepakaran Individu/Kumpulan tanpa Naungan
Syarikat (freelancer)
Jawatan Penginapan Kos Perjalanan Kemudahan
Kapal Terbang
Ahli Lembaga Pengarah/ Kelas Perniagaan
Pengurus Besar/ Ketua RM400 500km pertama
Pegawai Eksekutif = 85 sen
Pengurus Kanan 501km dan Kelas Ekonomi
Eksekutif
seterusnya = 75
Orang Awam/ Pelajar sen
Pesara RM240
Artis/berkaitan
kebudayaan
Lain-lain

7.3. Bagi tuntutan perjalanan oleh penyedia perkhidmatan kepakaran, layak


untuk menuntut kos penginapan dan logistik yang tidak disediakan oleh
penganjur berdasarkan kadar seperti di Jadual 2.

7.4. Penetapan kadar bayaran perkhidmatan kepakaran Individu/Kumpulan


tanpa naungan syarikat (freelancer) adalah seperti berikut:

Jadual 3: Kadar Bayaran Perkhidmatan Kepakaran


Individu/Kumpulan tanpa Naungan Syarikat (freelancer)

Kelayakan Akademik Kadar sejam

Kadar Sijil ke bawah RM100


Bayaran Diploma RM150
Perkhidmatan Ijazah/Sarjana Muda RM250
Kepakaran Sarjana RM350
Doktor Falsafah (PhD) RM450

7.4.1. Bagi individu/kumpulan tanpa naungan syarikat yang mempunyai


pengalaman atau kepakaran khusus sama ada dari dalam atau
luar Negara, bayaran elaun ex-gratia tertakhluk kepada
pertimbangan Jawatankuasa Penilaian dan kelulusan PBM

7.5. Sekiranya terdapat keperluan mengadakan pertandingan di dalam


program, kelulusan mengadakan pertandingan perlulah diperolehi terlebih
dahulu daripada Akauntan Negara Malaysia. Penetapan kadar bayaran
bagi Juri dan Hadiah Pertandingan adalah seperti berikut:

7
Jadual 4: Kadar Juri dan Hadiah Pertandingan

Kadar Peringkat Jabatan:

Kadar Juri:
Ketua Juri RM100/jam
Juri RM80/jam
Kadar Hadiah:
Pertama RM1,500
Kedua RM1,000
Ketiga RM850
Saguhati RM200

7.6. Tuntutan perbelanjaan bagi bahan/peralatan dan berkaitan dengan


pelaksanaan program layak dituntut dengan berpatutan dan munasabah.

7.7. Penetapan kadar bayaran perkhidmatan kepakaran Individu/Kumpulan


Dengan Naungan Syarikat akan dibayar secara sekaligus (lumpsum)
termasuk kos penginapan, pengangkutan, kos pentadbiran dan kos-kos
lain yang munasabah dan berpatutan berdasarkan sebutharga yang
dikemukakan. Sebagai kawalan dalaman JANM, penganjur perlulah
membuat rundingan harga bagi memberi nilai faedah terbaik kepada
kerajaan. Pengesahan rundingan harga sebelum dan selepas hendaklah
dikemukakan.

7.8. Perolehan perkhidmatan pengendali latihan (training provider)


hendaklah:

7.8.1. Mengguna pakai tatacara perolehan di bawah PP/PK2.1 –


Kaedah Perolehan Kerajaan (pembelian terus / sebut harga ‘B’ /
sebut harga / tender) dan PP/PK5.1 - Perolehan Secara
Elektronik); dan

7.8.2. BUKAN daripada kalangan syarikat yang berdaftar di bawah


kategori Perunding (Kod pendaftaran syarikat bagi Perunding
465-XXXXX)

8. ASAS PERTIMBANGAN PENETAPAN KADAR

Bagi tujuan pematuhan PP/WP10.9, Penetapan Kadar dan Perolehan


Perkhidmatan Kepakaran Daripada Bukan pegawai Awam dalam Program
Rasmi Kerajaan akan diperakukan oleh Jawatankuasa Penilaian sebelum

8
diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus berdasarkan kepada asas
pertimbangan seperti berikut:

8.1. Justifikasi Penetapan Kadar Bagi Golongan Sasar

8.1.1. Penganjur perlu mengenal pasti kadar kelayakan bagi makan


minum dan penginapan yang setara seperti Jadual 1 dan Jadual 2
sebagai kos penganjuran program.

8.1.2. Kelayakan kadar makan minum dan penginapan ini tidak boleh
ditukar dalam bentuk tunai.

8.2. Justifikasi Penetapan Kadar Bagi Perkhidmatan Kepakaran

8.2.1. Kos penginapan / Kemudahan Kapal Terbang/ Tuntutan


Perjalanan/ bayaran Perkhidmatan Kepakaran/ boleh dituntut
berdasarkan kadar kelayakan yang setara seperti Jadual 2 dan
Jadual 3.

8.2.2. Kriteria-kriteria yang boleh dipertimbangkan untuk penetapan


tahap perkhidmatan kepakaran adalah seperti berikut:

i) kelayakan akademik / kemahiran;atau


ii) pengiktirafan pakar rujuk/kemahiran/sumbangan dari badan di
iktiraf kerajaan dan berkaitan;atau
iii) pengalaman dalam bidang berkaitan;atau
iv) pernah memenangi mana-mana pertandingan (kebangsaan /
antarabangsa);atau
v) rujukan daripada jabatan kerajaan/agensi lain (sijil
penghargaan, surat sokongan);atau
vi) kajian harga daripada kalangan jabatan kerajaan yang telah
menerima perkhidmatan; atau
vii) lain-lain asas pertimbangan yang berkaitan

8.2.3. Bagi penetapan anggaran kos perkhidmatan kepakaran, sebut


harga yang dikemukakan oleh individu/kumpulan di bawah
naungan syarikat boleh mengambil kira kos pentadbiran atau kos-
kos lain yang munasabah dan berpatutan.

9
9. PESANAN KERAJAAN

9.1. Golongan Sasar

9.1.1. Pengeluaran Pesanan Kerajaan dikecualikan tanpa had nilai.

9.1.2. Bayaran boleh dibuat secara terus kepada golongan sasar


berdasarkan kadar yang telah diluluskan oleh PBM dalam
tempoh 14 hari selepas perkhidmatan selesai.

9.2. Individu/Kumpulan tanpa naungan syarikat (freelancer)

9.2.1. Pengeluaran Pesanan Kerajaan dikecualikan bagi perbelanjaan


sehingga RM20 ribu.

9.2.2. Bayaran boleh dibuat melalui Invois Tanpa Pesanan Tempatan


di Sistem iGFMAS dalam tempoh 14 hari selepas invois lengkap
diterima.

9.3. Individu/Kumpulan di bawah naungan syarikat tempatan yang


berdaftar dengan MOF

9.3.1. Pesanan Kerajaan hendaklah dikeluarkan melalui sistem


ePerolehan sebelum perolehan dilaksanakan selaras dengan
Arahan Perbendaharaan (AP) 176.1(e) bagi perbelanjaan
sehingga RM20 ribu.

9.4. Individu/Kumpulan di bawah naungan syarikat asing sekiranya


tiada kepakaran tempatan

9.4.1. Pengeluaran Pesanan Kerajaan dikecualikan bagi perbelanjaan


sehingga RM20 ribu.

9.4.2. Bayaran boleh dibuat melalui Invois Tanpa Pesanan Tempatan


di Sistem iGFMAS dalam tempoh 14 hari selepas invois lengkap
diterima.

10. SURAT SETUJU TERIMA

10.1. Individu/Kumpulan tanpa naungan syarikat (freelancer)

10.1.1. Agensi hendaklah mengeluarkan Surat Setuju Terima secara


manual berdasarkan format di PP/PK4.2 bagi perbelanjaan

10
melebihi RM20 ribu.

10.2. Individu/Kumpulan di bawah naungan syarikat tempatan yang


berdaftar dengan MOF

10.2.1. Agensi hendaklah mengeluarkan Surat Setuju Terima melalui


sistem ePerolehan bagi perbelanjaan melebihi RM20 ribu.

10.3. Individu/Kumpulan di bawah naungan syarikat asing sekiranya


tiada kepakaran tempatan

10.3.1. Agensi hendaklah mengeluarkan Surat Setuju Terima secara


manual berdasarkan format di PP/PK4.2 bagi perbelanjaan
melebihi RM20 ribu.

11. BON PELAKSANAAN

11.1. Pengecualian daripada mengenakan Bon Pelaksanaan diberikan bagi


perolehan ini tanpa tertakluk kepada sebarang had nilai.

12. DOKUMEN PERJANJIAN

12.1. Pengecualian daripada mengadakan dokumen perjanjian diberikan bagi


perolehan ini. Walau bagaimanapun, terma dan syarat bagi
perkhidmatan hendaklah dinyatakan dengan jelas bagi memastikan
kepentingan Kerajaan terpelihara dan dilampirkan bersama Pesanan
Kerajaan atau Surat Setuju Terima.

13. TANGGUNGJAWAB PTJ

13.1. Memastikan pematuhan peraturan yang ditetapkan di dalam pekeliling ini.

13.2. Mewujudkan kawalan dalaman bagi menetapkan kadar perbelanjaan


yang melibatkan bukan pegawai awam untuk memastikan perkara
berikut dipatuhi:

13.2.1. Tiada penompokan kuasa selaras dengan Akta SPRM 2009;

13.2.2. Perlu ada elemen semak dan imbang dalam menentukan kadar;

13.2.3. Mengelakkan pembaziran melalui prinsip nilai faedah terbaik; dan

11
13.2.4. Prinsip integriti dipatuhi.

13.3. Sebarang permohonan dan pengecualian berhubung perkara di


Perenggan 4 hingga 9 Garis Panduan ini hendaklah dikemukakan
kepada Unit Perolehan, Seksyen Pengurusan Kewangan dan
Perolehan, BPPP untuk dipanjangkan kepada Bahagian Perolehan
Kerajaan, Kementerian Kewangan.

13.4. Laporan kelulusan kadar perlu disediakan secara berkala bagi setiap
suku tahun (31 Mac, 30 Jun, 30 September dan 31 Disember)
berdasarkan format di Lampiran 1. Laporan ini perlu dikemukakan
selewat-lewatnya pada 7 haribulan bulan berikutnya iaitu pada 7 April, 7
Julai, 7 Oktober dan 7 Januari kepada :

Jabatan Akauntan Negara Malaysia


Bahagian Pembangunan Pengurusan Dan Perakaunan
Seksyen Pengurusan Kewangan Dan Perolehan
Aras 7, Komleks Kementerian Kewangan
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62594 PUTRAJAYA
(up: Unit Perolehan)

14. TARIKH KUAT KUASA

14.1. Peraturan ini berkuat kuasa mulai pada tarikh ianya dikeluarkan.

12
APENDIX – SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN KETERANGAN

Lampiran 1 Laporan Kelulusan Kadar Bukan Penjawat Awam Yang Terlibat Dalam
Program Rasmi Kerajaan
Carta Aliran Proses Kerja Penetapan Kadar Dan Perolehan
Lampiran 2 Perkhidmatan Kepakaran Daripada Kalangan Bukan Pegawai Awam
Dalam Program Rasmi Kerajaan (Tanpa Pakej)
Carta Aliran Proses Kerja Penetapan Kadar Dan Perolehan
Lampiran 3 Perkhidmatan Kepakaran Daripada Kalangan Bukan Pegawai Awam
Dalam Program Rasmi Kerajaan (Dengan Pakej)

13
Lampiran 1

LAPORAN KELULUSAN KADAR BUKAN PENJAWAT AWAM YANG


TERLIBAT DALAM PROGRAM RASMI KERAJAAN

TARIKH LAPORAN : 31 MAC 20xx/ 30 JUN 20xx/ 30 SEPTEMBER 20xx/


31 DISEMBER 20xx
KEMENTERIAN : KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
JABATAN/ AGENSI : _______________________________________

Bil. Perkara / Program Kelulusan Kadar Bukan Penjawat Awam


1. Contoh 1: Contoh :
Program : Kadar Hadiah

Kembara Puisi Peringkat Negeri Tempat Pertama : RM1,000


Tempat Kedua : RM800
Tarikh Kelulusan: Tempat Ketiga : RM500
Oktober 2020
Juri (bukan penjawat awam) : RM300/orang
Tarikh Program:
Januari 2021 Makan Minum : RM15/orang
2. Contoh 2: Contoh :
Program: Bayaran Artis:

Konsert Orkestra Tradisional Artis A : RM7,000/orang


Artis B : RM7,000/orang
Tarikh Kelulusan:
Xx Januari 2021 Bayaran Pemain Muzik:
RM2,000/orang
Tarikh Program:
Xx Februari 2021

3.
4.

14
LAMPIRAN 2

CARTA ALIRAN PROSES KERJA PENETAPAN KADAR DAN


PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEPAKARAN DARIPADA KALANGAN
BUKAN PEGAWAI AWAM DALAM PROGRAM RASMI KERAJAAN
(TANPA PAKEJ)

Bil. Proses Kerja Carta Aliran Tempoh Masa


A Proses Penetapan Kadar
Dan Perolehan Perkhidmatan
Kepakaran Daripada Kalangan
Bukan Pegawai Awam Dalam Mula
Program Rasmi Kerajaan
Sehingga RM20,000 (Tanpa Pakej)
Permohonan Program

1. Semak permohonan program PTJ 3 hari


bersama PPT berserta dokumen
sokongan yang berkaitan.
Hantar perrmohonan penetapan
kadar ke Jawatankuasa Penilaian.
Semakan dan penilaian ke atas

2. permohonan oleh Jawatankuasa IPN 10 hari


Penilaian WP10.9 di IPN
Angkat kelulusan PBM (Pengarah 5 hari

3. Bahagian/Negeri/Cawangan). PTJ

Kelulusan PBM bagi Permohonan

4. WP10.9 (Pengarah
Bahagian/Negeri/Cawangan). LULUS
Tidak
Ya

PTJ

Tamat

15
Bil. Proses Kerja Carta Aliran Tempoh Masa
B Proses Penetapan Kadar Dan
Perolehan Perkhidmatan
Kepakaran Daripada Kalangan
Bukan Pegawai Awam Dalam Mula
Program Rasmi Kerajaan Melebihi
RM20,000 (Tanpa Pakej)
Permohonan Program 3 hari

1. Semak permohonan program PTJ


bersama PPT berserta dokumen
sokongan yang berkaitan.
Hantar perrmohonan penetapan
kadar ke Jawatankuasa Penilaian.

2. Semakan dan penilaian ke atas


permohonan oleh Jawatankuasa IPN 10 hari
Penilaian WP10.9 di IPN
3. Angkat kelulusan PBM (JKSH/LPKK 7 hari

berdasarkan nilai)
BPPP
4. Kelulusan PBM bagi Permohonan 15 hari – JKSH

WP10.9 (JKSH/LPKK berdasarkan 19 hari - LPKK


nilai)
LULUS

Tidak

Ya

PTJ

Tamat

16
LAMPIRAN 3

CARTA ALIRAN PROSES KERJA PENETAPAN KADAR DAN


PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEPAKARAN DARIPADA KALANGAN
BUKAN PEGAWAI AWAM DALAM PROGRAM RASMI KERAJAAN
(DENGAN PAKEJ)
Bil. Proses Kerja Carta Aliran Tempoh Masa
A Proses Penetapan Kadar Dan
Perolehan Perkhidmatan
Kepakaran Daripada Kalangan
Bukan Pegawai Awam Dalam Mula
Program Rasmi Kerajaan
Sehingga RM20,000 (Dengan
Pakej)
3 hari
1.Permohonan Program PTJ
Semak permohonan program
bersama PPT berserta dokumen
sokongan yang berkaitan.
Hantar permohonan
i) penetapan kadar ke
Jawatankuasa Penilaian.
ii) Permohonan perolehan secara
pakej perlu dihantar ke UP,SPKP

2. Semakan dan penilaian ke atas 10 hari


IPN
permohonan oleh Jawatankuasa
Penilaian WP10.9 di IPN 5 hari
Angkat kelulusan PBM (Pengarah
3. PTJ
Bahagian/Negeri/Cawangan). Tidak

Lulus

Ya

4. UP, BPPP akan mengangkat TAN/ANM


permohonan untuk pertimbangan dan 5 hari
keputusan TAN/ ANM.

UP, BPPP
5. Unit Perolehan, BPPP 5 hari
mengemukakan keputusan
permohonan kepada PTJ.
PTJ

Tamat

17
B Proses Penetapan Kadar Dan
Perolehan Perkhidmatan
Kepakaran Daripada Kalangan Mula
Bukan Pegawai Awam Dalam
Program Rasmi Kerajaan Melebihi
RM20,000 (Dengan Pakej)

PTJ 3 hari
1. Permohonan Program
Semak permohonan program
bersama PPT berserta dokumen
sokongan yang berkaitan.
Hantar permohonan
i) penetapan kadar ke
Jawatankuasa Penilaian.
ii) Permohonan perolehan secara
pakej perlu dihantar ke UP,SPKP

Semakan dan penilaian ke atas 10 hari


2. IPN
permohonan oleh Jawatankuasa
Penilaian WP10.9 di IPN

UP, BPPP Tidak


3. Jawatankuasa Penilaian Pakej 7 hari
bermesyuarat bagi mengesyorkan
pemilihan penyedia kemudahan
program yang layak berdasarkan
permohonan kelulusan pakej 3 hari

Lulus

4. Sekiranya dipersetujui, syor


Jawatankuasa Penilaian Pakej dan Ya
syor Jawatankuasa Penilaian
WP10.9 diangkat untuk kelulusan: 15 hari – JKSH
JKSH/ LPKK 19 hari – LPKK
i. Jawatankuasa Sebut Harga
(JKSH) sekiranya nilai pakej
melebihi RM20,000 sehingga
RM500,000.
ii. LPPK sekiranya nilai pakej
melebihi RM500,000.

Unit Perolehan, BPPP


5. UP, BPPP
mengemukakan keputusan 3 hari
permohonan kepada PTJ.

PTJ

Tamat

18

You might also like