You are on page 1of 4

Edited November 2021

PROGRAM
RECOGNITION OF PRIOR EXPERIENTIAL LEARNING ( RPEL )
PERLAKSANAAN TAHUN 2022/2023

TERMA DAN RUJUKAN


PERLANTIKAN PEGAWAI PEMBIMBING

BAHAGIAN LATIHAN KOMERSIAL DAN PPT


Edited November 2021

1.0 Pengenalan

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera telah memperolehi kelulusan khas daripada Jabatan
Kemahiran Malaysia (JPK), Kementerian Sumber Manusia sebagai Agensi pelaksana Sistem Persijilan
Kemahiran Malaysia (SPKM) melalui kaedah Pengikhtirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) bagi Tahap 1 hingga
3, tahap 4, tahap 5 untuk anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tahap 1 hingga 4
secara Single Tier Khas untuk anggota tentera dalam perkhidmatan sahaja.

(Rujukan: JPK 703/1 /24/WB (PERHEBAT)- JLD 21 (22) bertarikh 2 Dis 2020 dan JPK 703/1 /11 JLD 1 ( )
bertarikh 27 April 2021 ).

Perlaksanaan program ini akan dilaksanakan dengan tajaan pasukan untuk anggota yang layak dan
dana Program Reskilling and Upskiling Veteran (PRUV) untuk veteran ATM yang layak. Anggota /veteran yang
tidak layak untuk tajaan pasukan atau PRUV atau mana - mana tajaan boleh menyertai program ini dengan
menggunakan pembiayaan sendiri untuk bayaran yuran perlaksanaan.

Bagi memastikan proses perlaksanaan program ini berjalan dengan lancar, PERHEBAT telah
melantik Pegawai Pembimbing (PPg ) dikalangan anggota /veteran ATM dan personel awam yang
berkelayakan bagi membantu PERHEBAT dalam urusan promosi,melaksanakan analisa jurang kepada calon
dan melaksanakan khidmat nasihat dan bimbingan pengetahuan, Amali dan pembangunan Laporan
Pencapaian Ketrampilan Terdahulu ( LPKT ) serta membantu semasa verifikasi dijalankan.

2.0 SYARAT DAN KELAYAKAN UNTUK PERLANTIKAN SEBAGAI SEORANG PEGAWAI PEMBIMBING

2.1 Komited terhadap tugas, berintergriti dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam proses
membimbing

2.2 Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam kemahiran/bidang yang dibimbing
(mempunyai DKM/DLKM dalam bidang yang dibimbing akan diberi keutamaan untuk perlantikan )

2.3 Mempunyai pengetahuan yang tinggi berkaitan JPK dan keperluan-keperluan untuk perlaksanaan
PPT-Penilaian khas .

2.4 Menghadiri Kursus Induksi yang anjurkan oleh pihak PERHEBAT untuk tujuan pelantikan sebagai
PPg

2.5 Menerima Surat Perlantikan Rasmi sebagai Pegawai Pembimbing program RPEL yang
ditandatangani oleh KETUA PENGARAH PERHEBAT.
Edited November 2021

3.3 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PEMBIMBING

3.1 Membantu PERHEBAT untuk mempromosi program RPEL kepada anggota dan Veteran ATM.

3.2 Merekodkan maklumat lengkap calon-calon di bawah bimbingannya.

3.3 Melaksanakan Analisa Jurang terhadap calon-calon di bawah bimbingannya agar calon benar
benar layak untuk mengikut program RPEL.

3.4 Merancang dan memajukan kepada Urusetia perancangan sesi bimbingan dan penilaian bagi
kumpulan calon di bawah bimbingannya.

3.5 Memastikan setiap kempulan calon di bawah bimbinganya TIDAK MELEBIHI 25 calon di dalam
satu kumpulan.

3.6 Sesi Bimbingan kepada kumpulan calon perlu dilaksanakan dalam tempoh sekurang-kurang
25 jam dengan pemantauan daripada urusetia PERHEBAT.

3.7 Perlu memajukan kepada urusetia senarai nama calon yang bersedia untuk dinilai dalam
tempoh 3 minggu daripada tarikh penilaian yang dirancang untuk dilaksanakan.

3.8 Perlu memastikan tempoh perlaksanaan program pada setiap kumpulan calon di antara
sepertimana yang dinyatakan dalam surat penugasan.

3.9 Perlu membuktikan deraf LPKT semua calon 100 % siap sebelum memajukan senarai nama
calon untuk pra penilaian.

3.10 Memajukan borang tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk tujuan tuntutan dalam
tempoh 7 Hari daripada tarikh calon lulus pra penilaian dan telah di daftarkan ke sistem my
spike JPK / disahkan lulus penilian akhir oleh JPK.

3.11 Perlu berada bersama calon pada hari perlaksanaan penilaian akhir dan bertanggungjawab ke
atas mana-mana calon yang bermasalah agar perlaksanaan program berjalan dengan lancar.

3.12 Mewujudkan ‘Group Wassap/Telegram‘atau apa-apa media sosial yang bersesuaian bagi tujuan
bimbingan.Bimbingan tambahan melalui online meet juga digalakkan.

3.13 Memastikan calon-calon menghadirkan diri dan membantu urus setia PERHEBAT semasa sesi
semakan LPKT, Penilaian LPKT PP-PPT dan Verifikasi PPL-PPT.

4.0 BAYARAN KHIDMAT PEGAWAI PEMBIMBING PROGRAM RPEL- PPT – PENILAIAN KHAS AMALI
SERTA LAPORAN PENGALAMAN KETERAMPILAN TERDAHULU (LPKT)

Pembayaran Khidmat Pegawai Pembimbing akan dibuat secara berperingkat seperti berikut :

a. TUNTUTAN PERTAMA : 50% daripada jumlah tuntutan selepas calon didaftarkan ke sistem
MYSPIKE JPK dan lulus pra penilaian.
Edited November 2021

b. TUNTUTAN KEDUA : 50% selepas calon disahkan lulus verifikasi oleh pihak JPK.

4.1 Pegawai Pembimbing Jemputan (Bukan Kakitangan PERHEBAT)

4.1.1 Pegawai Pembimbing Jemputan akan dibayar RINGGIT MALAYSIA DUA RATUS (RM200.00)
untuk setiap calon bagi Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4) atau Diploma Lanjutan
Kemahiran Malaysia (Tahap 5).

Bayaran ini meliputi khidmat bimbingan pembangunan profil, pengetahuan, amali,


pembangunan LPKT, Elaun Makan, Perjalanan dan Penginapan.

4.1.2 Pegawai Pembimbing Jemputan akan dibayar RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS LIMA PULUH
(RM150.00) untuk setiap calon bagi tahap 1-3. Bayaran ini meliputi khidmat bimbingan
pembangunan profil, pengetahuan, amali, Elaun Makan, Perjalanan dan Penginapan

4.1.3 Sesi bimbingan kepada calon boleh dilaksanakan di luar Kompleks PERHEBAT atau
kompleks PERHEBAT (dengan kelulusan) berdasarkan kepada keperluan atau secara
online dan bukti bimbingan perlu disertakan.

4.1.4 Pegawai Pembimbing Jemputan perlu melengkapkan Borang PERHEBAT/PPT-Khas 3-


2021 (J) dan mengemukan borang tersebut kepada Seksyen PPT, Bahagian Latihan
Komersial dan PPT (BLKPPT) PERHEBAT untuk tujuan pembayaran Khidmat PPg bersama
dokumen lain seperti berikut :

a. Salinan Kad Pengenalan


b. Pengesahan akaun bank untuk pembayaran
c. Salinan surat Penugasan PPg
d. Senarai lengkap calon dibimbing
e. Rekod kehadiran kelas bimbingan calon

4.2 Pegawai Pembimbing Dalaman (Kakitangan PERHEBAT)

4.2.1 Pegawai Pembimbing Dalaman akan dibayar RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS SAHAJA
(RM100.00) untuk setiap calon bagi semua tahap . Bayaran ini adalah untuk khidmat
bimbingan pembangunan profil, pengetahuan, amali dan pembangunan LPKT.

4.2.2 Jika Sesi bimbingan kepada calon dilaksanakan diluar Kompleks PERHEBAT (dengan
kelulusan) Pegawai Pembimbing boleh membuat tuntutan perjalanan berdasarkan terma
Skim Perkhidmatan sedia ada.

4.2.3 Pegawai Pembimbing Dalaman perlu melengkapkan Borang PERHEBAT/PPT-Khas 3-


2017(D) dan mengemukan borang tersebut kepada Seksyen PPT, Bahagian Latihan
Komersial dan PPT, PERHEBAT untuk tujuan pembayaran Khidmat PPg.

You might also like