You are on page 1of 9

Urutan Alternatif Meredakan Selesema, Hingus Meleleh & Hidung Ter... about:reader?url=https://www.majalahpama.my/urutan-alternatif-mereda...

majalahpama.my

Urutan Alternatif Meredakan Selesema,


Hingus Meleleh & Hidung Tersumbat
Anak - Pa&Ma
Wan Amalia -
7-8 minutes

Anak bila semakin lasak demam, batuk dan selesema mesti


bergilir-gilir. Disebabkan hal ini, ada sesetengah anak akan
merengek tak selesa.

Selain makan ubat untuk meredakan selesema anak, ada lagi


alternatif lain yang boleh dilakukan seperti menyedut hingus dan
urutan refleksologi.

Perkongsian dari Puan Yatie Eimra mengenai urutan meredakan


selesema, hingus meleleh atau hidung tersumbat mungkin boleh
dipraktikkan.

1 of 9 21/03/2019, 10:26 AM
Urutan Alternatif Meredakan Selesema, Hingus Meleleh & Hidung Ter... about:reader?url=https://www.majalahpama.my/urutan-alternatif-mereda...

Urut setiap point 3-5 minit

Kali ni saya nak share cara urutan refleksologi untuk meredakan


selesema, masalah hingus meleleh & hidung tersumbat lak. Saya
bukan profesional ye, saya hanya tunjukkan point yang saya selalu
gunakan & setakat ni alhamdulillah memang berkesan pada saya
sekeluarga.

Saya nak terangkan sikit supaya jelas, urutan


refleksologi/acupressure ni bukannya macam ubat, urut sekali jer
boleh terus sembuh. Keberkesanan urutan refleksologi ni dapat
dilihat kalau urut secara konsisten (walaupun bagi sesetengah kes,
kesan urutan refleksologi dah nampak lepas pertama kali urut).

2 of 9 21/03/2019, 10:26 AM
Urutan Alternatif Meredakan Selesema, Hingus Meleleh & Hidung Ter... about:reader?url=https://www.majalahpama.my/urutan-alternatif-mereda...

Picit setiap point kemudian urut sepanjang meridian paru-paru (A,


B, C) menghala ke bawah

Urutan refleksologi berfungsi lancarkan peredaran darah, buang


toksin, mengekalkan keseimbangan sistem badan & merangsang
mekanisma pemulihan tubuh badan secara semulajadi. Tubuh
perlukan rangsangan secara konsisten & perlukan masa gak untuk
bertindakbalas.

Mungkin ada yang tak baca posting saya sebelum ni tentang urutan
melegakan batuk. Jadi saya tuliskan sekali lagi tip mengurut
terutamanya untuk urut anak kecil

Rangsang refleks point D untuk meningkatkan sistem imun tubuh


badan

Tip Mengurut

3 of 9 21/03/2019, 10:26 AM
Urutan Alternatif Meredakan Selesema, Hingus Meleleh & Hidung Ter... about:reader?url=https://www.majalahpama.my/urutan-alternatif-mereda...

?Kalau boleh, mak² cari setiap point yang saya tunjukkan ni pada
diri sendiri dahulu supaya lebih mudah faham. Bila dah tahu
kedudukan setiap point, lebih mudah nak urut/picit anak nanti.

?Sebelum urut, sebaik²nya sapukan minyak pada kawasan nak


diurut untuk memudahkan proses urutan. Biasanya saya sapukan
minyak bawang putih atau boleh juga gunakan vicks (boleh
gunakan vicks baby balsam jika anak bawah 2 tahun).

?Jika anak baring, kedudukan kepala perlu ditinggikan sikit supaya


saluran pernafasan tak terganggu/tersekat.

?Bayi setahun ke bawah, memadailah urut pada tapak kaki & tapak
tangan je.

?Jika urut anak kecil/warga emas, JANGAN TEKAN/PICIT


DENGAN TERLALU KUAT. Urut point gunakan hujung jari dimulai
dengan perlahan & tambahkan sikit tekanan (sederhana kuat).

?Urut membulat selama 2-3 minit, kemudian tekan/picit je (tekan


kuat sikit) dalam 3-5 saat lagi untuk rangsang refleks dalam tubuh
badan.

?Perlu urut kedua² belah tapak tangan/kaki untuk organ yang


mempunyai dua bahagian (contohnya paru² kanan & kiri)

?Buat urutan dengan kerap sekurang²nya 2-3x sehari untuk


dapatkan kesan terbaik.

?Sebaik²nya lepas urut galakkan anak minum air untuk singkirkan


toksin yang terhasil dalam badan

Point Untuk Redakan Selesema

Kalau anak dijangkiti selesema (terutamanya jika selesema


berpanjangan), selalunya saya picit refleks point pada tapak tangan

4 of 9 21/03/2019, 10:26 AM
Urutan Alternatif Meredakan Selesema, Hingus Meleleh & Hidung Ter... about:reader?url=https://www.majalahpama.my/urutan-alternatif-mereda...

je. Tapi kalau selesema disertai hingus meleleh atau hidung


tersumbat, saya memang wajib urut point² pada muka.

5 of 9 21/03/2019, 10:26 AM
Urutan Alternatif Meredakan Selesema, Hingus Meleleh & Hidung Ter... about:reader?url=https://www.majalahpama.my/urutan-alternatif-mereda...

Point di Tapak Tangan

? Picit refleks point “pituitari” pada ibu jari untuk merangsang


penghasilan endorfin yang berfungsi sebagai pain killer semulajadi
dalam badan.

*point ni wajib picit kalau anak nampak lemah/selesema teruk


sangat

? Picit refleks point “sinus” pada setiap jari

? Urut secara membulat pada refleks point “paru-paru” bagi


melegakan kesukaran bernafas akibat selesema

? Picit “meridian paru-paru” sepanjang ibu jari hingga pergelangan


tangan. Boleh juga diurut secara memanjang ke bawah

? Urut point D untuk meredakan selesema & tingkatkan sistem


imun. Kedudukan point D – selepas bonggolan tulang pada
pergelangan tangan & sedikit ke dalam.

6 of 9 21/03/2019, 10:26 AM
Urutan Alternatif Meredakan Selesema, Hingus Meleleh & Hidung Ter... about:reader?url=https://www.majalahpama.my/urutan-alternatif-mereda...

Point Untuk Hentikan Hingus Meleleh

Baru 2 minggu Fydh sembuh dari demam selesema, Khamis lepas


dia dijangkiti selesema lagi. Masuk je pasaraya, Fydh tiba²
terbersin & hingus mula meleleh². Dah habis 2 paket tisu baru
teringat nak buat urutan pada point kat muka. Tak lama lepas urut,
hingus dah kurang mengalir. Lepas 2-3x urut (selang 10-15 minit)
hingus dah berhenti mengalir walaupun Fydh masih selesema lagi.
Untuk hentikan hingus meleleh, biasanya saya urut 2 point ni je

? Point A
• Hujung mata (sebelah dalam) berdekatan pangkal hidung.
• Melegakan selesema & juga sakit kepala akibat selesema

? Point B
• Tulang pipi pada sisi hidung (alae)

Point Untuk Redakan Hidung Tersumbat

Bulan lepas, saya kena serangan resdung yang teruk akibat alahan
makanan. Mata jadi gatal, bersin nonstop & hidung lak jadi
tersumbat sebelah. Kebetulan anak pun tak sihat masa tu, jadinya
saya terlupa nak buat urutan untuk diri sendiri nak² asyik busy jer.
Alhamdulillah kelmarin saya sempat buat urutan ni, hidung yang
dah tersumbat lebih sebulan pun dah clear.. Tapi sebabkan lama
sangat hidung tersumbat sebelum ni, lepas clear tu akan jadi sakit
kepala beberapa jam. (sebab tu jangan biarkan hidung tersumbat
lama²)

Fydh ni, bila hingus dah berhenti meleleh, dia jadi hidung tersumbat
lak. Untuk tau hidung anak tersumbat atau tak, boleh gunakan
teknik gunakan sudu besi (tengok post saya yang lama). Kalau sikit

7 of 9 21/03/2019, 10:26 AM
Urutan Alternatif Meredakan Selesema, Hingus Meleleh & Hidung Ter... about:reader?url=https://www.majalahpama.my/urutan-alternatif-mereda...

je wap keluar dari lubang hidung, mungkin saluran pernafasan


separa jer tersumbat, tapi kalau langsung takde wap bermakna
saluran pernafasan tersumbat sepenuhnya & bahaya untuk anak
kecil.

Urutan ni bukan setakat elok untuk hidung tersumbat tapi elok juga
untuk clearkan rongga sinus/masalah resdung. Jika buat urutan ni
pada anak, PASTIKAN ANAK MINUM AIR SECUKUPNYA
SEMASA & SELEPAS BUAT URUTAN sebab masa urut tu,
selalunya akan rasa mukus turun dalam saluran tekak & boleh
menyebabkan gatal² tekak. Kalau mukus terlalu pekat, boleh juga
menyebabkan rasa tak selesa & rasa nak muntah akibat lendiran
melekat pada kerongkong (terutamanya anak kecil).

?Point A
• Pada bahagian lengkungan mata, diantara tulang soket mata &
tulang kening.
• Urut bahagian ni menghala ke luar & lurutkan sepanjang kening
untuk clearkan sumbatan pada frontal sinus (salah satu punca
hidung tersumbat)

?Point B
• Tulang pipi pada pada sisi hidung (alae)

?Point C
• Tulang pipi, selari dengan kedudukan anak mata.
• Urut bahagian ni untuk clearkan mukus pada bahagian maxillary
sinus. (sumbatan pada rongga ini juga boleh menyebabkan hidung
tersumbat)

Extra : Urutan Limfatik Pada Bahagian Muka

Boleh buat urutan limfatik ni untuk clearkan mukus pada rongga²


sinus. Kalau anak ada masalah resdung tu, memang elok

8 of 9 21/03/2019, 10:26 AM
Urutan Alternatif Meredakan Selesema, Hingus Meleleh & Hidung Ter... about:reader?url=https://www.majalahpama.my/urutan-alternatif-mereda...

sangatlah buat urutan ni. Yang takde masalah resdung pun, saya
galakkan gak buat urutan ni untuk lancarkan sistem limfatik pada
bahagian muka.

Perlu diingatkan ye, urutan refleksologi/acupressure ni BUKAN


MENYEMBUHKAN PENYAKIT tapi sekadar kaedah alternatif untuk
MENGURANGKAN SIMPTOM. Pastikan dapatkan rawatan doktor
sekiranya perlu.

Sumber: Yatie Eimra

Tinggalkan Komen

9 of 9 21/03/2019, 10:26 AM

You might also like