You are on page 1of 9

KEMAMPUAN TULISAN UNTUK MENYINGKAP PERSONALITI SESEORANG

INDIVIDU.

PENDAHULUAN
Perkataan Pisikologi diambil dari perkataan greek iaitu psyche yang bermaksud
minda dan logos yang bermaksud belajar ataupun ilmu. Dari gabungan dua perkataan
tersebut kita dapat simpulkan bahawa Pisikologi ini merupakan kajian yang berkait dengan
minda seseorang. Terdapat pelbagai jenis cabang yang boleh dikaji dalam pisikologi. Saya
memilih untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang personaliti seseorang individu melalui
tulisan. William Shakespeare pernah berkata satu ketika dulu: berikan aku contoh tulisan
seorang wanita dan aku akan menceritakan keperibadiannya. Ayat yang dituturkan oleh William
Shakespeare ini merupakan petanda bahawa kita dapat membaca personaliti seseorang melalui
tulisannya. Bagaimana seseorang psychologists meengetahui personaliti individu melalui tulisan
akan saya bincangkan dalam bahagian isu pebincangan. Kajian saya mengunakan objective
dalam pisikologi iaitu explain, predict dan control dalam memahami tulisan dan personaliti
seseorang individu.

ISU PERBINCANGAN
Apakah yang dimaksudkan oleh personaliti?. Personaliti mengikut buku psychology
concept and applications adalah The relatively stable constellation of psychological
characteristics and behavioral patterns that account for our individuality and consistency over
1

time.(Freud, 2003, m.s 468). Freud merupakan orang pertama yang mengeluarkan teori
psychodynamic tentang personaliti. Freud percaya bahawa personaliti dibentuk melalui asas
konflik menentang kuasa-kuasa di dalam minda. Freud psychoanalytic theory adalah complex
namun dapat dibahagiakan dalam empat konsep utama iaitu tahap sedar, suktur personaliti,
mekanisme pertahanan dan peringkat pembangunan psychosexual.
Persoalannya, bagaimanakah untuk seseorang memahami personaliti individu melalui
tulisan?.

Menurut surat khabar Kosmo! dalam Kolum Menyelami Hidup Anda(2015)

kaedah yang digunakan untuk memahami personaliti seseorang melalui tulisan dipanggil
grafologi. Grafologi merupakan satu kajian tentang tulisan tangan seseorang, terutamanya
menganalisis atau mengenali keperibadian orang itu. Ia juga merupakan kajian tentang sistemsistem tulisan. (Nabiha, 2015, m.s 22). Barry L. Beyerstein pula mengatakan dalam kajiannya
Graphology is the allegedly scientific practice of determining people's psychological, social,
occupational, and medical attributes from the configuration of their letters, lines, and
paragraphs on a page. (2002). Apa yang dapat saya simpulkan grafologi adalah kajian yang
mendalam tentang tulisan dan personaliti seseorang individu.
Menurut buku Signature For Success tulisan kita sebenarnya 'ditulis' oleh otak, bukan
oleh tangan. Rangsangan minda dan emosi seseorang mampu mempengaruhi tulisannya.
Menurut buku Tulisan Cerminan Personaliti Diri tulisan terhasil dari minda separa sedar
kita. Tulisan terhasil sumber dari bahagian otak yang mengawal pertuturan atau bahasa kita. Jika
bahagian otak ini mengalami kecederaan kebolehan menulis dan bertutur akan terjejas. Ahli
grafologi akan menganalisis sifat huruf, tekanan pen atas kertas, kedudukan huruf dalam zon-zon
tertentu untuk mengetahui tentang sifat-sifat kita.

Menurut Freud terdapat tiga tahap kesedaran iaitu sedar, pra sedar dan tidak sedar
ataupun bawah sedar. Melalui teori iceberg(1935) Freud mengandaikan minda manusia sebagai
aisberg yang besar. Seperti aisberg pemukaan yang paling besar berada di bawah air bergitu juga
minda manusia seperti figura 1.1 (lihat lampiran). Tahap sedar berada di bahagian paling atas
aisberg, tahap sedar adalah tahap dimana kesedaran sekeliling seperti apa yang kita fikirkan dan
rasakan pada sesuatu masa. Tahap pra sedar dimana kita menyimpan maklumat tentang
pengalaman masa lalu atau pembelajaran. Maklumat ini dapat diambil semula dari memori dan
dibawa ke dalam kesedaran pada bila-bila masa. Contohnya seperti nombor pin bank. Kita tidak
selalu memikirkan tentang nombor pink bank tetapi apabila mahu mengeluarkan wang kita dapat
mengingat tentang nombor tersebut. Ini kerana nombor tersebut tersimpan dalam minda pra
sedar kita. Tahap tidak sedar ataupun bawah sedar merupakan bahagian aisberg yang paling besar
beraa di bawah air. Tidak seperti pra sedar yang dapat dibawa kepada sedar, tahap bawah sedar
ini tidak dapat dibawa terus kepada sedar dengan hanya menfokuskan terhadapnya. Minda
bawah sedar ini hanya dapat dibawa kepada sedar dengan kesukaran yang amat besar. Hal ini
mempegaruhi cara berfikir, perasaan, pengamatan dan gerak hati dan lain-lain.
Seperti dijelaskan dalam perenggan sebelum ini tentang tahap kesedaran. Dapat kita
ketahui Grafologi termasuk dalam kategori separa sedar atau bawah sedar. Mengapa dikatakan
tulisan berada dalam kategori separa sedar. Menurut Khadijah:
semasa kecil belajar menulis bermakna kita terpaksa membayangkan bentuk
huruf sebelum menulis huruf tersebut. Oleh sebab itu huruf yang terbentuk itu
kelihatan bergetar. Cuba anda lihat tulisan anda ketika di tadika atau tulisan adikadik atau anak-anak anda yang baru mula belajar.
(2007. m.s 9)

Tambahan khadijah untuk menulis seseorang individu perlulah memikirkan bagaimana


hendak membentuk sesuatu huruf, membayangkan bentuk huruf dan dalam jangka yang sama
perlu menulis huruf tersebut. Apabila kemahiran menulis sudah dicapai, minda separa sedar akan
mengambil alih tugas membentuk huruf. Dan akhirnya, kita akan mula menulis tanpa perlu
membayangkan huruf yang mahu ditulis.
Menurut buku Tulisan Cerminan Personaliti Diri penganalisaan tulisan bermanfaat dalam
mencapai tiga tujuan iaitu analisa pesonaliti atau keperibadiaan penulis, mengubah pola
rangsangan saraf dan seterusnya sifat peribadi individu (grafoterapi) dan juga untuk memerikasa
dan mengesahkan dokumen. Mengikut pengasas Akademi Grafologi Malaysia (AGM) Dr.
Hanida untuk menganalisis tulisan belaiu akan memberi kertas A4 dengan mata pen bulat kepada
individu. Menurut beliau analisis keatas kertas kosong adalah lebih tepat.
Tulisan terbahagi kepada tiga iaitu tulisan menegak, tulisan condong ke kiri dan tulisan
condong ke kanan.Secara umumnya, orang yang mempunyai tulisan menegak adalah seorang
yang pendiam, berfikiran logik, mengekang emosi, tidak gemar menunjukkan emosi, dan
mengelakkan diri daripada rapat dengan sesiapa. Manakala orang yang mempunyai tulisan
condong ke kiri adalah seorang yang sukar difahami, tidak suka bergaul, suka memendam
perasaan, tidak menunjukkan sebarang reaksi dan tidak pandai menyatakan perasaan. dan orang
yang mempunyai tulisan condong ke kanan pula adalah seorang yang mudah bersimpati, biasa
menyerlahkan emosi, cenderung mengikut perasaan, selalu berinteraksi dengan orang lain, dan
selalu menunjukkan emosi yang berlebihan. Menurut Dr. Hanida Harun. hakikatnya, gaya
tulisan seseorang berbeza-beza mengikut suasana dan mood individu. Menurut kajian tulisan kita
mampu berubah sebanyak dua atau tiga kali sehari.(2015)

Selain kecondongan aspek lain yang dilihat adalah penekanan mata pen atau pensil ke
atas kertas. Semakin dalam tekanan pada kertas, semakin dalam emosinya. Individu yang sedang
marah mempunyai kencenderungan untuk menekan tulisannya dan kesan tekanan tersebut dapat
dirasai di belakang tulisan. Selain itu saiz tulisan dan kesambungan tulisan juga turut diambil
kira. Tulisan individu yang bersambung menunjukkan seseorang itu berfikiran logik dan menilai
sesuatu melalui pengalaman. Menurut Dr. Hanida lagi orang yang mempunyai tulisan
bersambung ini merupakan orang yang gemar menayangkan emosi secara terangan. Manakala
orang yang menulis huruf satu persatu menunjukkan bahawa individu tersebut seorang yang kuat
berimaginasi dan membuat penilaian mengikut gerak hati.
Menurut kajian, gaya tulisan akan kekal apabila seseorang individu mencapai umur
dalam lingkungan 20 tahun dan ke atas. Kanak-kanak tidak mempunyai gaya tulisan yang kekal
kerana mereka masih tercari-cari gaya tulisan dan sering meniru gaya tulisan ibu bapa atau
kawan-kawan mereka. Hal ini dapat dilihat dalam peningkatan umur dimana tulisan kanak-kanak
sering berubah mengikut peringkat umur.
Adakah grafologi merupakan kajian tentang tulisan dan personality semata-mata?
Jawapannya adalah tidak. kelebihan kajian tulisan tangan ini ialah kita dapat mengubah
personaliti seseorang individu. Kaedah ini dinamakan grapfoterapi (graphotherapy), kaedah ini
merupakan kaedah yang paling mudah dalam mengubah sifat peribadi seseorang. Menurut pakar
analisis tulisan Vishwas Heathhcliff:
Graphotheraphy is a means of making conscious alterations in your handwriting
in order to effect desired subconscious changes in your personality. This is a
reversal of the normal writing process: now, your hand sends messages to your
brain the root of various ills such as lack of persistence and determination;
absence of concentration, frustration and waywardness in material life, including
sex; depression; low self-esteem and inability to get over past affairs and failures.
5

(2013)
Seperti menganalisis tulisan tangan, pengubahan tulisan juga perlu dilakukan secara menyeluruh.
Pengubahsuaian tulisan dapat memanipulasikan sifat negatif individu supaya menjadi positif.
Selain itu, terdapat juga sifat yang perlu dibuang, dan yang perlu disimpan. Pengubahan tulisan
tanpa memahami ilmu grafologi akan merosakan personaliti seseorang. Walaubagaimanapun,
jika betul caranya, kesan bagus akan didapati. Garis panduan paling penting dalam mengubah
personaliti diri melalui grafoterapi ialah kesabaran, kerana sifat yang sudah sebati mengambil
masa yang lama untuk berubah. Menurut Vishwas Heathhcliff dan sumber-sumber yang lain.
Grafoterapi dapat dilakukan dalam masa 30 hari selama 15 minit setiap hari tanpa henti. Tetapi
Grafoterapi tidaklah sukar seperti permulaan untuk menulis menurut beliau. Vishwas juga
mengatakan seseorang individu itu tidak sepatutnya membuat latihan menulis tanpa ahli
grafologi. Hal ini kerana penulisan yang salah boleh membakar diri sendiri.
Pekara yang dapat diubah menggunakan grafoterapi adalah sikap panas baran, pemalu,
kemahiran komunikasi dan peningkatan matlamat peribadi bagi kanak-kanak, perncarian bakat
terpendam seseorang dan juga penyelesaian masalah dalam perkerjaan.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa individu menolak pengunaan grafologi dalam
mengukur personality seseorang individu. Menurut Pakar Sosiologi Dan Motivasi University
Putra Malaysia (UPM) Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran
Setiap orang mempunyai gaya tulisan yang berbeza-beza mengikut mood. Ketika
moodnya ceria, tulisannya cantik, begitulah sebaliknya. Kita tidak boleh melabel
secara asas bahawa tulisan yang comot itu pemalas atau negatif.

(2015, m.s 23)


6

Barry L. Beyerstein dalam kajiannya How Grafology Fool People juga menolak grafologi.
Beliau berpendapat bahawa sistem tulisan tidak dapat mencerminkan personaliti diri. beliau
melabelkan kajian Grafologi bersifat Pseudoscience beliau menjelaskan melalui petikan Bunge
M. Pseudosciences are thinly disguised occultisms that have the trappings and usurp the
prestige of science but lack the attitudes, the methods, and the repeatable findings that define a
real science. (1984). Beliau berhujah menolak grafologi kerana bagi pendapat beliau grafologi
dibuat tanpa dasar sains, tanpa bukti yang kukuh. Baginya teori-teori yang dilahirkan
penganalisis tulisan bersifat meragukan dan memerlukan bukti yang sahih.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, bagi pendapat saya grafologi boleh digunakan sebagai salah satu cara
untuk mengkaji personaliti tetapi tidaklah secara menyeluruh. Sesetengah individu seperti saya
sendiri mempunyai tulisan yang berubah-ubah bergantung kepada jenis pen dan pensil yang
digunakan. Jadi agak sukar menentukan jenis personaliti hanya melalui tulisan. Saya juga
bersetuju dengan pendapat Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran tentang penulisan
seseorang boleh berubah mengikut mood. Bagi pendapat saya jika seseorang berada dalam mood
yang baik tulisannya akan menjadi lebih baik berbanding semasa seseorang berada dalam mood
gelisah atau tergesa-gesa. Kemungkinan besar tulisannya akan menjadi lebih comot jika
seseorang itu tergesa-gesa semasa menulis. Selain itu, analisis tulisan(grafologi) lebih bersifat
tilikan dari sains. Walaubagaimanapun, saya merasakan kajian grafologi menarik untuk
dipelajari.
LAMPIRAN
7

Figura 1.1

Rujukan

[freud iceberg]. Retrieved from


http://www.carleton.edu/departments/ENGL/Alice/Images/criticismImages/psychoanalyt
ic300.jpg
Retrieved from http://www.facebook.com/grafologi.malaysia
Beyerstein, B. L. (2002, August). How Graphology Fools People. Retrieved from
http://www.quackwatch.org/01QuackeryRelatedTopics/Tests/grapho.html
Heathhcliff, V. (2013). What is graphotherapy? Learn how to change your handwriting | Write
Choice. Retrieved from
http://www.writechoice.co.in/writechoice/index.php/2010/05/what-is-graphotherapy/
Heathhcliff, V. (2013). Learn how graphotherapy can change your life | Write Choice. Retrieved
from http://www.writechoice.co.in/writechoice/index.php/2012/03/how-graphotherapycan-change-your-life/
Imberman, A., & Rifkin, J. (2003). Signature for success: How to analyze handwriting and
improve your career, your relationships, and your life. Kansas City, MO: Andrews
McMeel Pub.
Khadijah, I. (2007). Tulisan cerminan personaliti diri. Kuala Lumpur: Al-Ameen Serve
Holdings.
Nabiha Mohd Yusof. (2015, February 21). Gaya tulisan serlahkan personaliti diri.Kosmo!,
pp. 22-23.
Nevid, J. S. (2003). Psychology: Concepts and applications. Boston, MA: Houghton Mifflin.

You might also like