You are on page 1of 217

www.SayangiKeluarga.

com

RAYUAN SUMBANGAN

Tuan/puan yang mulia;


Saya adalah seorang pesakit buah pinggang yang sedang menjalani
rawatan haemodialisis kendalian St. John Ambulans Malaysia. Kos
dialisis yang saya tanggung ialah RM330 seminggu (contoh resit
disertakan di bawah). Kos setahun ialah RM15,840 (RM330 x 4 x 12).
Di bawah ini adalah sebuah buku susunan saya bertajuk ‘Bahagia-
kah Rumahtangga Anda?’ Bersama buku ini saya mohon sumbangan
sekadar termampu dari Tuan/Puan untuk membiayai kos dialisis
tersebut. Andainya tiada sebarang sumbangan, buku ini tetap saya
izinkan untuk membacanya. Sumbangan boleh dibuat melalui akaun
bank di bawah ini. Di atas jasa baik tuan/puan saya ucapkan ribuan
terima kasih.

Soid b. Sulaiman Muhammad Musytahab b. Soid


(hp: 012-3213 747) atau (hp: 012-3671 823)
No. akaun bank BSN: No. akaun MAYBANK:
02113-28-83884356-3 1620 1266 0636

Contoh resit:
www.SayangiKeluarga.com

Bahagiakah
Rumahtangga
Anda?

susunan
Shuib b. Sulaiman
(Soid b. Sulaiman)
www.SayangiKeluarga.com

Bahagiakah
Rumahtangga Anda?

Susunan
Shuib b. Sulaiman
(Soid b. Sulaiman)

© Shuib Sulaiman

Semua hak cipta artikel dalam buku ini adalah terpelihara. Sebarang bahagian
daripada artikel dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan
dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan, dalam
sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik,
mekanik, penggambaran semula, perakaman dan
sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada pihak
Penyusun.

Kali pertama diterbitkan


Disember 2008

ISBN 983 XXXX XX - X

Teks diset dalam


Charter BT 11.5 poin

206
www.SayangiKeluarga.com

Kandungan

Prakata iv
Mengapa Buku ini Perlu Dibaca vi
Muqaddimah ix
1. Bahagia Dengan Tuhan 1
2. Perkahwinan Ibarat Membangunkan Masjid 36
3. Hidup Bersama Tuhan 41
4. Semua Manusia Perlukan Kasih Sayang 48
5. Ego Menghancurkan Keharmonian 58
6. Selesaikan Masalah dengan Taqwa 64
7. Akibat Tidak Bertaqwa 66
8. Cukuplah Mati Sebagai Penasihat 76
9. Mengenal Manusia 89
10. Tersilap Dalam Memberi Kasih Sayang 102
11. Suami Berwibawa 110
12. Persiapan Taqwa 128
13. Kes-Kes Contoh 148

iii
207
www.SayangiKeluarga.com

Prakata

D alam buku panduan kecil ini saya tidak memper-


katakan tentang syarat rukun rumahtangga, sah batal
rumahtangga, meminang, perkahwinan, mas kahwin.
Juga tidak dimasukkan persoalan tentang nusyuz, talak,
zihar, rujuk, nafkah, giliran bagi yang berpoligami. Perbin-
cangan, perbicaraan dan pendedahan seumpama itu sudah
banyak dan sering diperkatakan. Tambahan pula kursus dan
pengajian tentang perkahwinan dan rumahtangga juga
sudah amat banyak. Buku-buku dalam topik yang sama juga
turut membanjiri pasaran.
Modul kecil ini lebih menitikberatkan tentang motivasi
rumahtangga. Lebih memberi penekanan kepada aspek

iv
208
www.SayangiKeluarga.com

PRAKATA

menyuburkan jiwa, memberi kekuatan, dorongan dan rang-


sangan dalam membina keluarga. Dan turut juga memberi
kefahaman tentang falsafah dan tujuan rumahtangga. Me-
mahamkan betapa pentingnya rumahtangga sebagai tapak
pembinaan masyarakat dan negara, bahkah umat seluruh-
nya. Sekaligus membawa melihat bahawa persoalan rumah-
tangga bukan perkara kecil dan remeh. Kerana rumahtangga
ada hubung kait dengan keselamatan dan kesejahteraan
masyarakat. Ada kaitan dengan nasib masa depan umat
Islam, sama ada secara sedar atau tidak, sama ada secara
langsung atau tidak secara langsung.

Penyusun
Shuib b. Sulaiman

v
209
www.SayangiKeluarga.com

Mengapa Buku ini


Perlu Dibaca

A ntara sebabnya adalah seperti berikut:


• Menurut ajaran Islam, dalam urusan dan
persoalan apa pun faktor manusialah yang
paling utama. Manusia adalah asset, manusia adalah
pembuat dasar, manusia adalah penentu, manusia adalah
pelaksana, manusia adalah pentadbir, manusia adalah
pengurus dan lain-lain.
• Sesuatu sistem dan pelaksanaan sangat bergantung
kepada faktor manusia. Baik buruknya, maju mundur,
positif negatif, kuat lemah, sempurna kurang sesuatu
sistem dan pelaksanaan dalam mana-mana institutsi,
manusialah yang menjadi faktor utama.
• Apabila disebut manusia, di mana harus bemula? Tuhan
yang mencipta alam semesta termasuk manusia, maka
Tuhanlah yang memberi jawapan kepada persoalan di
mana harus bermula. Tuhan telah memberi tahu dengan
firman-Nya:

vi
210
www.SayangiKeluarga.com

MENGAPA BUKU INI PERLU DIBACA

Maksudnya: “Sesungguhnya Tuhan tidak mengu-


bah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah
apa yang ada dalam diri mereka.” (Ar-Ra’d: 11)
• Manusia terdiri dari empat unsur iaitu roh, nafsu, akal
dan jasad. Apa yang Tuhan maksudkan ‘mengubah apa
yang ada dalam diri’ ialah perubahan roh, nafsu dan akal,
sementara jasad mengikut sahaja.
• Roh, nafsu dan akal itu merupakan unsur-unsur yang
memang sifatnya boleh bahkan sentiasa berubah. Namun
yang paling utama sebagai paksi atau pusat perubahan
itu adalah roh atau hati. Ini dijelaskan pula oleh Rasu-
lullah SAW dengan Hadisnya:

Maksudnya: “Dalam diri manusia itu ada seketul


daging yang kalau baik maka baiklah seluruh diri
manusia, kalau rosak maka rosaklah seluruh diri
manusia. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati
(rumah kepada roh).”
• Roh atau hati merupakan raja diri. Nafsu, akal dan jasad
diperintah oleh roh atau hati. Sikap, tabiat atau akhlak
lahiriah manusia itu terbit dari hati. Hati yang baik, yang
berisi dengan iman dan taqwa, atau memiliki rasa keham-
baan dan rasa bertuhan atau merasai takut dan cinta
kepada Tuhan akan terzahirlah pada manusia itu sikap,
tabiat, tingkah laku, perangai atau akhlak yang terpuji.
Atau terzahirlah berbagai-bagai sifat positif. Apa sahaja
sifat positif yang diidamkankan oleh manusia semuanya
terbit dari hati yang takut dan cintakan Tuhan. Buku ini
memandu agar:
1. Membawa hati kenal Tuhan, merasai kehambaan dan
merasai bertuhan.

vii
211
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

2. Benar-benar mengubah dan mencorak hati, nafsu dan


akal.
3. Terbinalah peribadi-peribadi yang memiliki segala
sifat-sifat dan sikap-sikap positif yang sangat diperlu-
kan oleh manusia.
4. Dari sifat-sifat dan sikap positif itu terhasil pula ber-
bagai-bagai faedah, manfaat, keuntungan dan kejayaan
kepada mana-mana institutsi, seperti institusi keluarga.
5. Tuhan datangkan bantuan, pertolongan dan rahmat-
Nya kepada mereka yang bertaqwa.
6. Mengetahui matlamat hidup yang jelas dan kaedah
mencapai matlamat itu.
7. Terjalin hubungan, atau ikatan hati, kasih sayang,
lemah-lembut, bertolak ansur, bersatu-padu, bertolong-
bantu sesama manusia, yang mana semua ini sangat
diperlukan oleh semua manusia.
Kesimpulannya umat Islam perlu faham dan yakin bahawa
andainya Tuhan mahu manusia ini membangunkan tamadun
material semata-mata, nescaya cukup Tuhan utus ahli fikir
dan para intelektual. Tetapi oleh kerana Tuhan mahu manu-
sia ini membangunkan rohaniah, bahkan itu lebih utama
maka Tuhan utus para Rasul dan pemimpin yang berwatak
Rasul. Apabila roh manusia terpimpin barulah semua aspek
lain dalam kehidupan manusia menjadi baik dan berman-
faat.

viii
212
www.SayangiKeluarga.com

Muqaddimah

A pabila kita melihat dua pihak sedang berperang,


masing-masing menggunakan berbagai senjata
yang memuntahkan peluru yang saling berbu-
nuhan. Yang sebenarnya kita sedang melihat mazmumah
yang bersarang di hati kedua-dua pihak itu, yang dizahirkan
melalui senjata.
Apabila kita dipaparkan berita tentang perogolan, kita
sebenarnya sedang membaca berita mengenai manusia yang
hatinya sudah dikuasai oleh nafsu dan syaitan.
Apabila kita melihat atau mengetahui mengenai manusia
yang rakus dan tamak haloba hingga sanggup merompak,
mencuri, menyamun, menipu, rasuah, menyeleweng, salah
guna kuasa, kita sebenarnya menyaksikan manusia yang
hatinya rakus dan tamak haloba, dikuasai nafsu dan sentiasa
terdorong untuk membuat maksiat dan kemungkaran.
Apabila kita mendengar dua orang atau dua pihak yang
sedang berkrisis, bermusuhan, bertelagah, bertengkar, saling
membenci, tuduh menuduh, caci maki, kata nista, sumpah
seranah, mengumpat, mengadu domba, mengutuk, kita

ix
213
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

sebenarnya sedang melihat kedua-dua orang atau pihak itu


saling memuntahkan mazmumah dari hati masing-masing
melalui lidahnya.
Bolehlah dikiaskan kepada apa jua bentuk gejala negatif,
sikap buruk dan perbuatan keji dan mungkar lain yang se-
muanya berpunca dari hati.
Begitulah sebaliknya, segala sifat positif, mencintai ke-
baikan, banyak berbuat kebajikan dan berbakti, inginkan
kemajuan dan kemakmuran, idamkan kesejahteraan dan ke-
harmonian, semuanya datang dari hati yang subur sifat-sifat
mahmudah atau sifat-sifat terpuji dalam hati.
Tuhan perintahkan manusia supaya takut kepada-Nya.
Kerana apabila manusia takut kepada Tuhan, manusia
menjadi baik. Apabila manusia menjadi baik, bukan Tuhan
yang untung. Faedah dan manfaat dari kebaikan manusia
itu kembali kepada manusia sendiri. Kehidupan manusia
menjadi aman damai, tenteram dan harmoni.
Tuhan perintahkan manusia supaya cinta kepada-Nya. Ke-
rana apabila manusia mencintai Tuhan, manusia akan
berkasih sayang sesama sendiri. Apabila manusia berkasih
sayang, bukan Tuhan yang untung. Faedah dan manfaat dari
manusia yang berkasih sayang itu kembali kepada manusia
sendiri. Manusia akan bersatu-padu, bertolong-bantu, bela-
membela dan saling mengenang budi dan jasa antara satu
sama lain.
Dunia hari ini bingung dalam menghadapi berbagai ma-
salah dan krisis kemanusiaan. Golongan yang bermasalah
tidak tahu mengatasi dan menyelesaikan masalah dan tidak
tahu di mana tempat mengadu. Pihak yang berusaha meng-
atasi dan menyelesaikan masalah juga bingung kerana
setelah dicuba ternyata gagal. Masalah bukan saja tidak ber-
kurangan bahkan semakin merebak dan berkembang. Lebih
menghairankan berbagai gejala baru pula timbul.

x
214
www.SayangiKeluarga.com

MUQADDIMAH

Bukan sedikit tenaga, masa, biaya dan idea yang dicurah-


kan. Berbagai kajian turut dibuat, berbagai cara juga sudah
silih berganti dilaksanakan, namun tidak menampakkan hasil
yang diharapkan.
Mari kita mengambil iktibar dan pengajaran mengapa Ra-
sulullah SAW mengambil masa 13 tahun memperjuangkan
Tuhan yang satu berbanding hanya 10 tahun memper-
juangkan syariat yang beribu. Sebabnya ialah agar manusia
kenal Tuhan, mengagungkan Tuhan, membesarkan dan
mengutamakan Tuhan. Merasai takut dan cinta kepada
Tuhan. Agar menjadikan Tuhan segala-galanya dan sekaligus
sebagai matlamat. Apabila ini dimiliki oleh manusia maka
manusia akan menjadi beriman dan bertaqwa yang natijah-
nya Tuhan tolong, Tuhan bantu untuk kecemerlangan, keme-
nangan dan kejayaan dalam apa jua aspek. Inilah ubat dan
jawapan kepada segala persoalan manusia. Bahkan inilah
faktor yang membawa kepada kegemilangan umat terdahulu
yang telah dipaparkan dalam sejarah.
Di sini barulah disedari bahawa amat penting manusia
ciptaan Tuhan ini kembali kepada mengenal Tuhan, me-
mahami kerja Tuhan, memiliki rasa kehambaan dan rasa
bertuhan. Kerana dengan cara ini sahaja sesuatu masalah
dan krisis itu dapat diatasi secara tuntas. Bukan setakat itu
sahaja, bahkan manusia akan lebih berjaya, cemerlang, baha-
gia, selamat dan harmoni dalam segala aspek kehidupan.
Lebih-lebih lagi sejahtera di akhirat yang kekal abadi.

xi
215
www.SayangiKeluarga.com

Bahagia dengan
1 Tuhan

anyak teori, fomula, pendapat dan saranan yang

B dikemukakan oleh berbagai pihak yang bertujuan


untuk membina rumahtangga bahagia. Apakah
saranan-saranan yang begitu banyak benar-benar berjaya
dan memberi kesan kepada mencapai tujuan membina
rumahtangga bahagia? Untuk menjawab persoalan ini, ianya
harus melihat kepada realiti yang berlaku kepada rumah-
tangga dewasa ini. Apabila realiti menjadi ukuran, sepintas
lalu didapati kesan atau hasilnya amat sedikit. Sebab itu
tidak hairan krisis rumahtangga masih berleluasa. Kes-kes
perceraian masih tinggi. Anak-anak liar masih membim-
bangkan. Sekurang-kurangnya harus juga diakui iaitu ke-
resahan dalam rumahtangga sering sahaja melanda dan
sukar diatasi. Keadaan begini tidak mengenal peringkat usia
dan juga berlaku di semua peringkat serta golongan masya-
rakat. Di mana silapnya?
Salah satu sifat wajib bagi Rasulullah SAW ialah sifat
Fathanah. Menurut bahasa biasa, Fathanah diertikan sebagai
cerdik atau pintar atau bijak. Sebenarnya tiada satu per-
kataan yang boleh diseertikan dengan Fathanah. Fathanah

1
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

itu adalah anugerah Tuhan yang luar biasa kepada Rasulullah


SAW. Maka kalau hendak disebut juga sebagai cerdik, maka
ianya tidak sama sekali dapat disamakan dengan mana-mana
manusia super genius sekalipun. Tiada manusia yang dapat
mencapai tahap cerdik, pintar, bijak dan super genius yang
dimiliki oleh Baginda SAW.
Terlalu luar biasanya Fathanah Rasulullah SAW itu
sehingga andainya berhadapan dengan masalah, Baginda
SAW mampu mengatasinya dengan keupayaan Fathanah
yang Tuhan bekalkan kepada Baginda SAW. Di sinilah umat
Islam perlu fahami bahawa biarpun begitu Fathanahnya
Rasulullah SAW, namun dalam menghadapi masalah, Ba-
ginda SAW menggunakan Wahyu Allah SWT. Yakni Rasu-
lullah tidak menggunakan akal semata-mata, melainkan
menyelesaikan apa jua masalah dengan panduan dari Tuhan
iaitu Wahyu. Masalah akan selesai secara tuntas dan tanpa
adanya sebarang side-effect.
Rumahtangga atau keluarga adalah sebuah institusi
masyarakat yang kecil. Namun perlu difahami bahawa
masyarakat yang kecil ini memainkan peranan yang amat
besar kepada kesejahteraan umat keseluruhannya. Masya-
rakat dan negara sangat ditentukan oleh rumahtangga. Ke-
musnahan rumahtangga akan turut menjejaskan perestasi
masyarakat dan negara. Cuma adakalanya tidak dapat dirasai
secara langsung. Umpamanya kerosakan rumahtangga boleh
melahirkan ramai penagih dadah. Akibatnya kos yang
kerajaan tangung untuk merawat mereka amat besar dan
suasana tidak tenteram pula berlaku dalam masyarakat.
Kesimpulannya di sini ialah bahawa persoalan rumah-
tangga adalah satu perkara yang besar. Tidak boleh di-
pandang remeh. Tidak boleh diabaikan dan tidak boleh
ditangani secara sambil lewa atau ambil mudah. Pendekatan
yang perlu dibuat mestilah atas dasar wahyu dan bukan teori-
teori akal atau fomula yang diceduk entah dari mana sumber-

2
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIA DENGAN TUHAN

nya. Kebanyakan fomula rumahtangga itu kadang-kadang


bersandarkan kepada pandangan bijak pandai Barat yang
tidak pernah terbukti berjaya. Lihat saja kepada institusi ke-
luarga di Barat yang sudah punah ranah. Terdapat juga teori
atau saranan yangt bersifat belum pasti berkesan. Ianya
sebagai satu percubaan kalau-kalau berhasil positif. Pen-
dekatan ini juga bahaya kerana terhadap manusia tidak boleh
dicuba-cuba. Kalau terhadap haiwan atau tumbuhan, boleh
dicuba-cuba kerana kalau gagal pun boleh dicuba lagi. Kalau
gagal lagi tidak rugi apa-apa, hanya musnah bagitu saja.
Terhadap manusia kalau gagal amat buruk padahnya kerana
akan membawa kesannya sepanjang hidup di dunia bahkan
yang paling dahsyat ialah ke neraka di Akhirat kelak. Kaedah
wahyu bukan pendekatan cuba-jaya. Ianya pasti berjaya.
Sekali lagi diulang di sini bahawa inilah kaedah yang dibawa
oleh Rasulullah SAW dalam memimpin manusia termasuk
pembinaan rumahtangga. Ada jaminan kejayaan dunia dan
Akhirat. Dunia dapat rahmat Tuhan, petunjuk, Syurga yang
disegerakan dengan kasih sayang, kebahagiaan, tenang,
harmoni, aman damai, manakala Akhirat nanti dapat Syurga
yang penuh nikmat yang kekal abadi.
Kebahagiaan rumahtangga sangat ditentukan atau diukur
atau dinilai dengan sejauh mana seluruh anggota keluarga
itu bahagia dengan Tuhan. Inilah penunjuk aras atau pengu-
kur yang pertama, paling asas, paling utama dan paling
pokok. Sekiranya anggota keluarga itu masing-masing ber-
bahagia dengan Tuhan maka mereka memiliki sembilan
puluh peratus kebahagiaan sebenar rumahtangga. Unsur-
unsur lain hanya pelengkap sahaja, iaitu sepuluh peratus
sahaja lagi untuk sempurna seratus peratus.
Oleh itu setiap rumahtangga yang hendak di bina mestilah
atas dasar semua anggota keluarga itu kenal Tuhan, takut
dan cintakan Tuhan, mengutamakan Tuhan, memperjuang-
kan Tuhan, hidup bercita-cita untuk mendapatkan Tuhan,

3
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

hidup bersama Tuhan dan matlamatnya adalah Tuhan. Setiap


anggota keluarga mesti faham peranan atau kerja Tuhan.
Gabungan semua inilah yang menjadikan hidup berumah-
tangga itu ibarat Syurga yang disegerakan sebelum Syurga
yang hakiki di Akhirat kelak. Kalau ini menjadi ukuran
utama, sekarang mari kita melihat ke dalam diri dan sekali-
gus melihat kepada keluarga yang sedang kita bina, dan lihat
juga kepada mereka yang bakal membina rumahtangga.
Apakah perkara pokok itu sudah diketahui sebelum ini dan
sedang dihayati? Andainya belum, maka munasabahlah
selama ini kita lebih banyak menggunakan akal semata-mata
dan munasabah maka rumahtangga kita tidak mendapat
kebahagiaan. Sejauh manalah cerdik dan pintarnya otak kita
berbanding Rasulullah yang Fathanah itu. Namun Rasulullah
SAW sangat merujuk kepada wahyu Allah SWT.
Rasulullah SAW ada bersabda dengan maksud; “Seseorang
akan membenci terhadap apa-apa yang tidak diketahui menge-
nainya.” Ini samalah dengan rangkai kata yang biasa disebut
iaitu “tak kenal maka tak cinta.” Rangkai kata ini lazimnya
disebut apabila dikaitkan dengan sesuatu benda atau perkara
yang tidak disukai oleh sesiapa yang tidak mengenali sesuatu
perkara atau benda. Lantaran itulah mereka tidak menyu-
kainya. Kenal di sini bermaksud mengetahui dan memahami
hakikat sesuatu. Misalnya mengenal sesuatu jenis makanan
itu ialah dengan mengetahui sifat dan rupa bentuk, bahan
yang terkandung hinggalah makan atau merasai makanan
tersebut.
Demikianlah sebagai misalan untuk menghampirkan
kefahaman dalam konteks untuk mengenal Tuhan. Maha suci
Tuhan tidak menyerupai makanan. Mesti bermula dengan
ada ilmu tentang Tuhan, berkait dengan sifat-sifat Tuhan.
Mesti ada ilmu mengenai peranan atau perbuatan Tuhan.
Ilmu-ilmu itu hendaklah difahami sesuai dengan Tuhan yang
sebenar yang tidak boleh ada sebarang penyerupaan dengan

4
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIA DENGAN TUHAN

sesuatu yang lain. Dan tidak boleh dibanding-bandingkan


dengan apa atau sesiapa pun. Dan tidak boleh Tuhan itu di
khayal-khayalkan. Biar pun terhadap Tuhan juga masih
menggunakan istilah yang sama dengan yang digunakan
terhadap makhluk, namun hakikat pengertiannya tetap tidak
sama.
Hendaklah merasa yakin dengan sepenuh keyakinan
terhadap Tuhan. Dari keyakinan itu maka mesti pula dihayati
dengan merasai sungguh-sungguh terhadap sifat-sifat dan
peranan Tuhan itu. Terutama asasnya iaitu rasa takut dan
cintakan Tuhan. Apabila semua ini dilakukan, barulah kita
dikatakan kenal Tuhan. Kalau sekadar memiliki ilmu tentang
Tuhan, belumlah dikatakan sebagai kenal Tuhan. Itu baru
peringkat tahu sahaja. Mengenal Tuhan mesti dengan rasa.
Memiliki berbagai rasa yang selayaknya terhadap Tuhan,
barulah dinamakan kenal Tuhan. Rasa-rasa terhadap Tuhan
itu seperti merasai Tuhan itu Maha Agung, Maha Berkuasa,
Maha Pencipta, Maha Bijaksana, Maha Adil, Maha Melihat,
Maha Mengetahui, Maha Mendengar dan lain-lain. Apabila
rasa bertuhan itu dihayati maka rasa kehambaan pun secara
automatik akan dimiliki. Iaitu rasa-rasa yang selayaknya
sebagai hamba seperti rasa takut, rasa bimbang, rasa cemas,
rasa hina, lemah, dikuasai, cinta, rindu, harap dan lain-lain.

BEBERAPA CONTOH MENGENALI SIFAT TUHAN


1. Tuhan Maha Besar
Kalimah Allahu Akbar memang sering dilafazkan teruta-
manya dalam sembahyang. Kita hanya tahu maknanya iaitu
Allah Maha Besar. Hakikat kebesaran Tuhan memanglah
tidak terjangkau oleh ilmu dan fikiran kita. Kita tahu ertinya
itu belum tentu dapat merasakan bahawa Tuhan itu Maha
Besar menurut yang sebenarnya tentang kebesaran Tuhan
itu. Namun dengan adanya ilmu, setidak-tidaknya sudah ada

5
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

asas untuk merasai kebesaran Tuhan. Selama ini umat Islam


sendiri tidak pernah dapat memahami maksud Tuhan Maha
Besar, jauh sekali dari menghayati. Selama ini terhenti
setakat tahu maknanya saja yang tidak sampai menjadikan
kita benar-benar membesarkan Tuhan.
Allah Maha besar bermaksud segala sifat-sifat Maha ada-
lah hanya milik Allah SWT. Kebesaran Tuhan itu ertinya
semua dua puluh sifat-sifat Tuhan yang wajib diketahui dan
segala nama-nama Tuhan yang popular iaitu sembilan puluh
sembilan yang sekaligus itu juga sifat-sifat Tuhan adalah ter-
himpun dalam kalimah Allahu Akbar. Setelah kita faham
maksud Allah Maha Besar dan kita hayati, dengan menyebut
Allahu Akbar sudah amat menggerunkan kita. Betapalah pula
andainya kita memahami setiap nama-nama dan sifat-sifat
Tuhan satu persatu, tentulah kita menjadi orang yang benar-
benar takut, gerun, bimbang dan cemas terhadap Tuhan.
Dengan demikian itu datanglah pula rasa cinta. Takut itu
ertinya cinta juga. Takut kehilangan cinta agungnya iaitu
Tuhan.

2. Tuhan Maha berkuasa


Maha berkuasanya Tuhan itu tiada satu kuasa pun yang boleh
atau dapat menyamai-Nya. Kuasa yang tidak dapat diban-
ding-bandingkan dengan apa-apa pun. Bahkan semua makh-
luk ciptaan-Nya berada dalam genggaman kekuasaan Tuhan.
Kalau ada pun kuasa pada makhluk, itu hanyalah persamaan
pada istilah tetapi tidak sama pada hakikat. Bahkan kuasa
makhluk itu sangat terbatas, sangat lemah dan berlaku hanya
dengan izin Tuhan. Kuasa makhluk hanyalah kuasa pin-
jaman, Kuasa sebenar atau kuasa hakiki adalah milik Allah
SWT. Sebab itu kuasa makhluk banyak yang tidak berhasil
atau banyak berlaku kegagalan. Kuasa makhluk juga tidak
berlaku menurut kehendak makhluk itu sendiri. Cuba lihat

6
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIA DENGAN TUHAN

ketika manusia itu masih bayi, terlalu amat tidak berupaya.


Bagitu juga ketika berusia terlalu tua, kembali seperti bayi
dalam keadaan nyanyuk dan tidak bermaya. Akhirnya mati.
Tiada siapa yang berupaya menahan dan menangguhkan
mati kecuali Tuhan sendiri dengan kehendak dan izin-Nya.
Setelah dikebumikan, mayat itu menjadi reput dan hancur
menjadi tanah. Manusia juga tidak mampu menahan datang-
nya sakit. Dan tidak dapat menyembuhkan diri sendiri atau
orang lain menurut kehendak manusia kecuali dengan
kehendak dan izin Tuhan juga.
Ubat-ubatan dan berbagai kaedah rawatan yang diguna-
kan manusia hanyalah sebab musabab dan sebagai usaha
sahaja. Ubat dan rawatan itu datangnya dari Tuhan juga
dan tidak semestinya sembuh kecuali Tuhan kehendaki.
Bahkan terdapat dua orang dengan penyakit yang sama tapi
tidak sembuh dengan ubat atau rawatan yang sama. Ada
juga yang langsung tidak sembuh dengan menggunakan
bermacam-macam ubat. Manakala ada pula yang sembuh
tanpa ubat dan rawatan. Begitulah Maha Kuasa Tuhan ter-
hadap tiap-tiap sesuatu.
Apa-apa yang berlaku sesama makhluk semuanya tidak
memberi bekas sama ada yang bersifat lahiriah mahupun
yang bersifat maknawiyah. Ianya sekadar hukum sebab aki-
bat atau juga disebut sebagai sunnatullah. Sunnatullah atau
sunnah Allah atau ketetapan Allah itu tidak berubah. Tuhan
sudah disiplinkan bagitu. Sunnatullah atau ketetapan atau
disiplin yang Tuhan buat, umpamanya kenyang oleh makan,
hilangkan haus dengan air, membakar oleh api, memotong
sesuatu dengan parang atau pisau, menyembuhkan penyakit
dengan ubat, mahukan anak melalui perkahwinan, mahukan
ilmu dengan berlajar, berguru atau membaca, mahukan
wang ringgit dan harta benda melalui bekerja. Hidupnya
tanaman bersebabkan tanah, air, cahaya dan udara. Sebab-
sebab yang bersifat maknawiyah pula seperti mengusahakan

7
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

taqwa untuk mendapat berbagai bentuk pertolongan Allah


SWT tanpa diduga, membanyakkan doa untuk Tuhan tunai-
kan hajat, membanyakkan sedekah kerana sedekah itu lebih
tajam berbanding dengan doa, mendapatkan berkat dari ibu
bapa, guru-guru dan orang soleh.
Tuhan sendiri yang sudah menetapkan atau mendisiplin-
kan bagi tiap sesuatu itu melalui sebab. Mengusahakan sebab
itu adalah sunnah Allah SWT yang juga adalah perintah Allah
SWT. Mengusahakan sebab itu selain akan mendapat hasil,
sekaligus itulah juga sebagai saluran untuk mendapat pahala.
Menolak sunnah Allah ini pasti binasa atau tidak mendapat
hasil. Umpamanya tanam pokok atas batu atau pelihara
haiwan tanpa beri makan, atau tanaman dibiarkan tanpa
pagar atau mahukan anak tanpa kahwin. Namun usaha itu
hanya berhasil dengan kehendak dan izin Tuhan. Supaya
manusia tidak rosak aqidah dengan menyangka bahawa
Tuhan dalam keadaan terpaksa terikat debgan sunnah-Nya
dan juga sebagai bukti Tuhan saja yang memberi bekas dan
memiliki kuasa mutlak, maka Tuhan jadikan beberapa ke-
jadian di mana sebab tidak memberi bekas seperti Nabi Adam
dicipta tanpa ibu dan ayah. Nabi Isa hanya ada ibu tanpa
bapa. Nabi Ibrahim tidak terbakar selama empat puluh hari
berada dalam api. Nabi Yunus tidak lemas tanpa udara, tanpa
makan minum selama empat puluh hari dalam perut ikan
nun. Inilah erti Tuhan Maha berkuasa berbuat menurut ke-
hendak-Nya. Tiada siapa berhak mempersoal dan mempro-
tesnya.
Tuhan Maha berkuasa. Apabila Tuhan hendak menjadikan
sesuatu, Tuhan berkata ‘Jadi’ maka akan terjadilah sesuatu
itu. Dan tiada sebarang kuasa yang dapat menghalangnya.
Tuhan berkuasa menjadikan atau mengadakan berbilion-
bilion benda bahkan tiada batasan banyak dengan sekelip
mata saja tanpa ada halangan. Dan Tuhan boleh musnahkan
seluruh alam semesta ini serentak tanpa halangan. Tuhan

8
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIA DENGAN TUHAN

boleh gerakan sebahagian benda dan dalam waktu yang


sama Tuhan boleh diamkan sebahagian yang lain. Tuhan
berkuasa menjadikan semua rambut disatu kepala itu hitam
atau semuanya uban atau sebahagiannya uban dan sebaha-
giannya hitam. Tuhan berkuasa menjadikan dagu lelaki
tumbuh janggut manakala dagu wanita tiada janggut.
Tuhan berkuasa menjadikan bulu mata dan bulu kening
tidak memanjang manakala janggut pula boleh memanjang.
Tuhan jadikan manusia dan haiwan bernyawa tetapi tidak
pula diketahui di mana nyawa itu berada. Tuhan jadikan
otak boleh menyimpan ilmu. Tetapi otak orang yang memiliki
banyak ilmu tidak merasai berat dan otak orang jahil tidak
pula terasa ringan. Tuhan jadikan hati manusia boleh merasai
seperti rasa takut, ngeri, suka, benci, jemu, bosan, meluat,
marah, cinta, sayang, rindu dan lain-lain. Tidak pula dike-
tahui bagaimana perasaan itu terbentuk dan berada di mana.
Ini semua adalah bukti-bukti Maha Berkuasa Tuhan yang
menjadikan berbagai perkara yang tidak terjangkau oleh
akal.
Bermula dengan berfikir dan mengenang betapa hebatnya
kuasa Tuhan, natijahnya akan datang pula rasa Maha Hebat-
nya Tuhan. Secara otomatik datanglah rasa kehambaan yang
mendalam. Datanglah rasa takut, cemas, bimbang dan ber-
bagai rasa kehambaan. Rasa bimbang dan cemas itu bukan
sekadar tinggal dalam bentuk perasaan semata-mata. Tetapi
bimbang itu adalah terhadap nasib diri yang tidak tahu
bagaimana kedudukan disisi Allah SWT. Bimbang dan cemas
kerana Tuhan berkuasa berbuat apa saja terhadap makhluk
ciptaan- Nya. Bimbang dan cemas kerana kita tidak tahu
apa sukatan atau ketentuan Tuhan terhadap diri kita. Kita
tidak tahu bagaimana nasib kita di dunia ini. Kerana kaya,
miskin, sihat, sakit, usia panjang atau pendek, kecelakaan
atau musibah, gagal atau jaya, senang atau susah semuanya
di tangan Tuhan. Setiap hari dan di mana saja kita lihat

9
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

berbagai bencana dan malapetaka yang menimpa manusia,


semuanya dalam keadaan tidak terfikir oleh kita dan berlaku
tidak disangka-sangka. Tsunami, gunung berapi, gempa
bumi, ribut taufan, kapalterbang jatuh, bas masuk gaung,
kemalangan jalan raya, rumah runtuh, banjir dan berbagai
bentuk lagi. Semuanya berlaku tanpa dapat dibendung
kerana manusia amat lemah dan tidak berupaya. Sedang
nasib kita belum tahu. Hanya Allah saja yang tahu.
Di atas tadi adalah ketentuan Tuhan dalam perkara yang
bersifat lahiriah. Itu pun sudah amat menakutkan kita.
Bagaimana pula sukatan Tuhan terhadap kita dalam
perkara yang bersifat maknawiyah. Kalau kita faham ini
lebih-lebih lagi menggerunkan kita kerana padah yang bakal
ditanggung adalah neraka yang azabnya amat dahsyat.
Antaranya adalah seperti berikut:
1. Ada orang yang Tuhan beri petunjuk, keimanan, kebaikan
dan dalam kebenaran dan dalam ketaatan dari awal
hingga akhir hidupnya.
2. Ada orang yang Tuhan sesatkan, dalam kejahatan dan
kedurhakaan dari awal hingga akhir hayat.
3. Ada orang yang di awalnya Tuhan tidak beri petunjuk,
dalam kejahatan dan dalam kedurhakaan tapi di akhirnya
Tuhan beri petunjuk, iman, kebaikan, dalam kebenaran
dan ketaatan.
4. Ada orang yang di awalnya Tuhan beri petunjuk tetapi
di akhir hidupnya Tuhan sesatkan.
Bagi orang yang kenal Tuhan, dengan rasa bertuhan yang
tinggi dan rasa kehambaan yang mendalam, tidak pernah
merasa tenteram dalam hidupnya. Sentiasa tertanya-tanya
apa akan berlaku kepada dirinya. Kerana dirinya dalam
genggaman kekuasaan Tuhan. Tuhan adalah penentu dan
pemutus. Tuhan adalah segala-galanya. Tuhan berkuasa ke

10
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIA DENGAN TUHAN

atas tiap-tiap sesuatu. Tuhan saja yang berkuasa ke atas


dirinya. Sebab itu ada orang yang menghadapi berbagai
halangan dan rintangan untuk taat dan berbuat kebaikan.
Dengan kehendak dan kuasa Tuhan dia tetap kekal dapat
berbuat taat dan dalam kebaikan. Ada pula orang mem-
punyai peluang, memiliki kemudahan, ada kebebasan untuk
berbuat baik dan ketaatan tetapi dalam hidupnya penuh
dengan kejahatan, kedurhakaan dan maksiat.
Melihat ke dalam diri, di situ nampak dan dapat me-
rasakan kekuasaan Tuhan. Melihat keluar diri iaitu kepada
alam semesta, di situ dapat melihat dan merasakan ke-
kuasaan Tuhan. Bencana alam dan berbagai musibah dan
malapetaka yang Tuhan jadikan. Tiada siapa yang dapat
menghalangnya. Itu juga salah satu cara Tuhan hendak men-
didik manusia supaya merasa kerdil dan lemah, betapa tidak
berupaya dalam berhadapan dengan kuasa Tuhan. Supaya
manusia insaf dan sedar bahawa diri kita juga Tuhan ber-
kuasa perlakukan berbagai perkara kerana Tuhan Maha
Berkuasa untuk melakukannya.

3. Tuhan Maha Mendengar


Tuhan mendengar semua bunyi serentak. Tiada suatu bunyi
pun yang Tuhan tidak dengar. Di sisi Tuhan semua bunyi
didengari-Nya sama saja. Pendengaran Tuhan tiada bezanya
antara yang jauh atau yang dekat. Pendengaran Tuhan tidak
berbeza kerana Tuhan mendengar bukan dengan peran-
taraan alat seperti telinga. Tiada jauh dan dekat di sisi Tuhan
kerana Tuhan tidak bertempat, ertinya Tuhan tidak mengam-
bil jarak dan ruang maka tiada dekat dan jauh di sisi Tuhan.
Maha Suci Tuhan dari sebarang kelemahan. Mustahil juga
kalau sesuatu bunyi itu kuat maka Tuhan dengar pun kuat
dan kalau sesuatu bunyi itu perlahan maka Tuhan dengar
perlahan. Maha suci Tuhan hanya mampu mendengar satu

11
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

bunyi pada satu masa. Sedangkan seluruh bunyi dari apa


yang berbunyi Tuhan dapat mendengarnya serentak. Bahkan
bisikan hati seluruh manusia serta segala jenis bunyi dari
makhluk yang berbunyi pun Tuhan boleh mendengarnya
serentak.
Mengenali sifat Tuhan yang Maha Mendengar ini sudah
tentulah manusia bertambah rasa kehambaan. Betapa Tuhan
sentiasa mengawasi semua suara termasuk suara hati ma-
nusia hatta kepada apa yang terdetik dan terlintas oleh hati.
Sama ada suara atau bisikan itu terhadap yang baik mahu
pun yang buruk semuanya didengari oleh Tuhan. Menghayati
sifat Tuhan ini manusia tidak boleh berpura-pura terhadap
niat atau apa yang terpendam di hati. Manusia boleh ber-
pura-pura atau menipu manusia, namun tidak tersembunyi
sesuatu pun malainkan Tuhan mendengarnya. Bukan sekadar
Tuhan itu mendengar semata-mata, bahkan semuanya Tuhan
tidak lupa. Mungkin manusia sudah melupainya. Di sisi
Tuhan tidak demikian. Di Akhirat segalanya akan terbongkar.
Tuhan akan dedahkan kembali dalam rekod catatan amal
setiap manusia.

4. Tuhan Maha Melihat


Tuhan melihat bukan dengan mata seperti makhluk ciptaan
Tuhan. Makhluk melihat sangat terbatas. Kita bahas khusus
tentang manusia. Manakala makhluk lain itu sama saja.
Manusia melihat dengan mata yang dicipta oleh Allah. Peng-
lihatan manusia amat terbatas. Mata manusia tidak dapat
melihat tanpa adanya cahaya. Kalau cahaya kabur maka apa
yang dilihat juga samar-samar. Namun kalau cahaya terlalu
terang, mata manusia tidak mampu melihat juga. Sebab itu
manusia tidak mampu melihat matahari. Bahkan ketika
mengalami sakit mata, melihat cahaya lilin pun tidak ber-
upaya.

12
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIA DENGAN TUHAN

Dari segi jarak pula, kalau terlalu jauh tidak tercapai oleh
mata untuk melihat sebarang benda. Contohnya terlalu
banyak bintang yang jaraknya terlalu jauh tidak dapat dilihat.
Adakalanya sesuatu itu dapat dilihat oleh mata tetapi tidak
dapat pula mengenal pasti benda itu. Mata manusia juga
tidak dapat melihat kalau sesuatu objek itu terlalu dekat.
Benda-benda yang tersembunyi, terlalu halus, terdinding,
terlindung, mata manusia tidak dapat melihat benda-benda
itu. Perkara yang zahir tapi kedudukannya di belakang, mata
manusia tidak dapat melihat benda itu. Ketika manusia me-
mandang kepada satu-satu arah atau benda atau objek maka
manusia terlepas pandang kepada arah, benda, atau objek
lain. Ertinya tidak dapat melihat banyak benda serentak pada
satu-satu masa.
Tuhan melihat seluruh alam semesta atau apa saja se-
rentak. Tuhan melihat tiada beza antara yang jauh dan yang
dekat, yang lahir atau tersembunyi, yang besar atau yang
kecil. Tiada beza penglihatan Tuhan dalam gelap atau terang.
Di sisi Tuhan tiada gelap dan terang, tiada jauh dan dekat.
Tiada depan dan belakang. Tuhan tidak melihat yang jauh
itu kecil atau samar dan tidak pula yang dekat itu besar dan
nyata atau jelas. Tuhan melihat yang zahir dan ghaib sama
saja. Di sisi Tuhan tiada ruang dan jarak, tidak bertempat,
tiada gelap dan terang, tiada masa dan keadaan kerana
semua itu adalah ciptaan Tuhan.
Kalau demikian sifat Maha Melihat Tuhan itu dan kita
fahami serta kita hayati, bagaimana dapat terlepas dari
pandangan Tuhan? Dapatkah manusia lari atau bersembunyi
dari Tuhan? Manusia yang tidak mengenal Tuhan saja yang
merasa bebas dan tenteram lantas berbuat apa saja sewe-
nang-wenangnya. Manusia yang tidak mengenal Tuhan saja
yang merasa selamat, lantas berani membuat berbagai ke-
mungkaran sepanjang hidupnya.

13
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

MEMAHAMI PERANAN ATAU KERJA TUHAN


Aspek yang amat penting dalam usaha untuk hidup bahagia
bersama Tuhan ialah memahami peranan Tuhan. Tidak
faham peranan atau kerja Tuhan menjadikan manusia mudah
kecewa, putus asa, buntu seolah-olah tiada tempat bersandar
terutamanya apabila mengalami masalah dan musibah.
Apabila dilanda masalah tidak tahu jalan keluar dan tidak
ada tempat mengadu. Seolah-olah merasakan sesuatu masa-
lah itu tidak ada maksud baik dan didikan Tuhan. Dalam
konteks rumahtangga, apa yang sering berlaku ialah semakin
kusut dan semakin tertekan kerana tidak memahami hikmah
di sebalik apa yang berlaku. Kadang-kadang perkara yang
kecil dan remeh menjadi ribut taufan rumahtangga. Perkara
yang sepatutnya dapat diatasi dalam sehari berlarutan hingga
bertahun. Hal yang sepatutnya dapat diselesaikan secara
bisik-bisik menjadi riuh, satu negara pun tahu. Aib yang
sepatutnya disorok menjadi tersebar seluruh dunia. Hal yang
sewajarnya mengambil sikap berdiam diri bertukar menjadi
drama serang menyerang dengan maki hamun dan sumpah
seranah.
Tidak bergerak dan diam setiap sesuatu itu melainkan
dengan izin Allah SWT. Setiap kejadian, setiap peristiwa dan
setiap hal dan keadaan semuanya datang dari Tuhan. Tuhan-
lah segala-galanya. Tuhan yang mengadakan ketentuan,
keputusan dan sukatan akan tiap-tiap sesuatu. Memahami
dan menghayati peranan Tuhan ke atas makhluk khususnya
kepada manusia, hidup akan menjadi indah, tenang, aman
tenteram dan bahagia. Asas untuk memahami dan meng-
hayati peranan Tuhan ialah setiap sesuatu peristiwa, kejadian
dan keadaan yang berlaku kepada makhluk datangnya dari
Tuhan. Sama ada peristiwa, kejadian dan keadaan, sama
ada yang positif mahu pun negatif, sama ada pada diri, ke-
luarga, masyarakat dan alam semesta, semuanya ada maksud
baik dari Tuhan untuk manusia. Maksud baik itu ialah adanya

14
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIA DENGAN TUHAN

hikmah, iktibar, didikan, peringatan dan pengajaran. Biarpun


sesuatu peristiwa, kejadian dan keadaan itu dilihat negatif
oleh manusia, namun ianya tetap ada maksud baik dari
Tuhan. Hanya manusia saja yang lemah, tidak berupaya dan
amat terbatas untuk memahami dan menyelami maksud baik
Tuhan itu. Maha Suci Tuhan daripada menzalimi makhluk-
Nya. Tuhan Maha Baik, Maha Pengasih, Maha Penyayang,
Tuhan Maha Adil. Tuhan membela dan menghiburkan. Amat
luas keampunan, rahmat dan kasih sayang-Nya, manakala
Tuhan menghukum dengan penuh hikmah.
Manusia yang tidak mengenal Tuhan saja yang mengang-
gap perkara negatif sebagai negatif dan rasa menderita
menerimanya. Manusia yang begini sikapnya, menerima mu-
sibah atau malapetaka itu sebagai negatif lantas menderita,
keluh kesah, gelisah, mendongkol, bahkan semakin melupai
dan durhaka kepada Tuhan. Mereka juga menjadi putus asa
dan kecewa lantas bertambah melupai Tuhan. Sedangkan
di sisi Tuhan ada maksud baik. Contohnya dalam Hadis Qudsi
Rasulullah SAW bersabda yang menyebut firman Tuhan
bermaksud:
“Tidaklah seseorang itu tertusuk duri melainkan di-
sebabkan oleh dosanya.”
Sekecil-kecil musibah adalah kerana dosa dan sekaligus
sebagai peringatan Tuhan supaya insaf dan sedar bahawa
itu adalah peringatan Tuhan, kembali ingatkan Tuhan,
bersabar dan bertaubat. Apabila ini dilakukan maka dengan
musibah sekecil itu Tuhan ampunkan dosa, sekaligus itu juga
jalan mendekati Tuhan. Betapalah kalau musibah itu jenis
yang besar dan lebih dahsyat lagi.
Andainya tidak memahami peranan Tuhan maka akan
terjadi di mana dalam kedaan musibah dan kesusahan
manusia menjadi kecewa, menderita dan putus asa. Kalau
Tuhan beri kesenangan, kemewahan, berbagai kejayaan,

15
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

kedudukan status sosial yang tinggi, berpangkat dan popular,


tidak juga dekat kepada Tuhan. Tidak juga ingat kepada
Tuhan. Sebaliknya terus lalai dan melupai Tuhan. Bahkan
ada yang terus sombong dan mendurhakai Tuhan. Kedur-
hakaan yang paling utama dan jahat kepada Tuhan ialah
apabila dia merasakan bahawa semua kejayaan itu adalah
milik mutlaknya kerana hasil usaha gigih, bijak, pandai dan
kepintarannya. Dia lupa yang gigih, pandai, bijak dan pintar
itu adalah anugerah Tuhan. Kesimpulannya, manusia yang
tidak memahami peranan Tuhan kalau peristiwa, kejadian
dan keadaan yang positif dia melupai Tuhan dan kalau
negatif pun lebih-lebih lagi melupai Tuhan. Manusia yang
bersikap begini dalam keadaan mendapat nikmat atau men-
dapat musibah sama-sama hilang bahagia.

BEBERAPA CONTOH PERANAN ATAU KERJA


TUHAN
1. Tuhan angkat menjadi pemimpin.
Kalau hanya nampak kepada habuan dan keuntungan maka
ramai yang berebut untuk menjadi pemimpin. Yang belum
dapat, berusaha untuk menjadi pemimpin. Manakala yang
sudah dapat, berusaha untuk mempertahankan kedudukan
sebagai pemimpin. Sedangkan bukan sebarangan orang yang
boleh dan layak menjadi pemimpin. Kedudukan sebagai
pemimpin bukan soal siapa yang mahu tetapi siapa yang
mampu, siapa yang layak dan memiliki ciri-ciri pemimpin.
Apabila seseorang itu Tuhan angkat menjadi pemimpin,
Tuhan bermaksud agar dia pandai menerima amanah dan
anugerah Tuhan itu. Menerimanya dengan penuh takut dan
bimbang kepada Tuhan. Takut dan bimbang apakah dapat
melepasi ujian Tuhan dalam kepimpinannya. Pada teorinya
memang kelihatan mudah, pada realitinya sudah terbukti
ramai yang kecundang. Ketika sebelum menjadi pemimpin

16
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIA DENGAN TUHAN

berwatak baik dan warak bahkan berikrar kalau menjadi


pemimpin mahu benar-benar mewakili Tuhan. Tetapi apabila
menjadi pemimpin, bertukar watak menjadi ganas dan rakus
seolah-olah seperti tidak pernah berikrar kepada Tuhan.
Sebab itulah setiap pemimpin mesti faham dan meng-
hayati apa maksud Tuhan memilih dan mengangkat sese-
orang menjadi pemimpin. Bukannya berebut untuk menjadi
pemimpin seolah-olah mendabik dada mengaku mampu dan
layak. Sedangkan Tuhan bermaksud agar setiap pemimpin
memikul tanggungjawab menjadi khalifah atau wakil bagi
pihak Tuhan. Mengatur dan menyusun, mentadbir kehidupan
manusia menepati kehendak Tuhan. Wajib bersifat adil,
meratakan kasih sayang, mendidik dan prihatin kepada kehi-
dupan manusia. Kezaliman yang paling besar bagi seorang
pemimpin ialah apabila pemimpin itu tidak membawa manu-
sia kepada Tuhan. Maka sebaliknya keadilan yang paling
utama ialah apabila pemimpin itu merasa benar-benar ber-
tanggungjawab dan bersungguh-sungguh membawa manu-
sia kepada Tuhan.
Rasulullah ada bersabda bermaksud, “Penghulu kepada
satu kaum adalah khadam kepada kaumnya.” Khadam di sini
bermaksud sangat memberi khidmat kepada rakyat. Sangat
menyelamatkan, sangat membela dan sangat menghiburkan.
Dia kena faham bahawa seluruh hal ehwal, Tuhan akan per-
tanggungjawabkan ke atas bahunya. Lantas dia menjadi
takut, bimbang dan cemas di atas kepimpinannya itu. Bukan
mudah untuk melepasi segala persoalan rakyat di hadapan
Tuhan di Akhirat kelak. Dengan sebab itu dia sentiasa muha-
sabah menghitung-hitung dirinya yang bersangkut paut
dengan kepimpinannya. Dan sering bertaubat di atas segala
cacat cela, kekurangan dan kesilapan dalam kepimpinannya.
Bukan keseronokan peribadi, bukan habuan dan bukan ke-
untungan peribadi yang diperolehi tetapi sebaliknya terpaksa
menjadi “khadam” berkorban untuk memberi khidmat

17
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

terbaik kepada “tuannya” iaitu rakyatnya sendiri. Inilah mak-


sud Tuhan yang mesti di fahami dan dihayati oleh mereka
yang Tuhan rezekikan menjadi pemimpin di semua peringkat
kepimpinan.

2. Tuhan beri kekayaan


Antara maksud Tuhan dalam perkara ini ialah agar orang
kaya merasai Maha Kayanya Tuhan yang memberi kekayaan
tersebut kepadanya. Dan seterusnya dia banyak bersyukur
kepada Allah SWT di atas anugerah kekayaan itu. Dari begitu
ramai manusia di atas muka bumi ini, Tuhan pilih dirinya
untuk Tuhan kayakan. Dengan kekayaan itu dia bertambah
merasa kerdil dan dapat merasakan Tuhan yang Maha Kaya.
Dengan kekayaan yang Tuhan anugerahkan itu maka
bertambah alat yang memudahkan dirinya melakukan ke-
taatan dan amal ibadah kepada Tuhan. Sekaligus dapat me-
nabur bakti kepada sesama manusia terutamanya kepada
mereka yang sangat memerlukan. Dia sangat sedar bahawa
Tuhanlah yang menghitam-putihkan kehidupan manusia.
Kekayaan itu adalah milik Tuhan dan semata-mata anugerah
Tuhan, sedangkan usaha ikhtiar hanyalah sebagai penyebab
sahaja. Ramai juga manusia lain yang berusaha gigih namun
tidak mendapat hasil yang sama dengan dirinya. Orang kaya
sepatutnya bimbang kerana ketika hidup susah pernah
merayu kepada Tuhan agar dikeluarkan dari kepompong ke-
susahan, lalu Tuhan tunaikan permintaannya. Tetapi apabila
Tuhan beri kesenangan dan kekayaan dia melupai Tuhan
termasuk melupai seolah-olah tidak pernah berdoa kepada
Tuhan.
Miskin kaya, susah senang, baik buruk adalah di tangan
Tuhan. Maka kekayaan anugerah Tuhan itu hanyalah satu
ujian sama ada dia pandai bersyukur atau kufur. Dalam
kekayaan anugerah Tuhan itu ada hak mereka yang miskin.

18
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIA DENGAN TUHAN

Menyedari itu maka dia dengan mudah menjadi pemurah.


Dia sedar bahawa kekayaan itu sebenarnya adalah satu
saluran Tuhan untuk mengagihkan kekayaan kepada sesiapa
saja yang memerlukan. Itu juga merupakan cara Tuhan mahu
mengikat hubungan orang kaya dengan orang miskin. Orang
kaya merasa bahagia dan terhibur kerana dapat berkhidmat
kepada orang miskin. Manakala orang miskin juga sangat
berterima kasih, terhibur di atas kasih sayang dan sifat pe-
murah orang kaya. Orang miskin tidak merasa tersisih, tidak
iri hati atau hasad dengki kepada orang kaya.

3. Tuhan beri ilmu atau menjadi Ulama


Semua manusia suka memiliki ilmu, menjadi cerdik dan
pandai, kerana ianya adalah fitrah semula jadi manusia.
Sebab itu manusia memburu ilmu walau di mana saja hatta
ke angkasa lepas atau ke dasar lautan. Bahkan manusia men-
cuba ke bulan dan sekarang ke bintang dan planet lain.
Berbagai kajian dan penyelidikan dilakukan dalam aspek
yang tidak terbatas. Berbagai penemuan baru yang meng-
kagumkan terhasil dari penyelidikan dan kajian yang telah
dibuat itu.
Oleh kerana manusia tidak mengenal Tuhan dan tidak
memahami peranan Tuhan, maka manusia tidak tahu apa
maksud Tuhan memberi ilmu kepada mereka. Terdapat di
kalangan manusia yang sangat arif tentang kayu. Seluruh
aspek yang berkaitan dengan kayu diketahuinya. Namun
mereka tidak mengenal Tuhan yang menjadikan kayu
tersebut. Ramai yang mendapat berbagai gelaran dan pujian
kerana kajiannya tentang batu. Mereka juga sangat takjub
terhadap batu batan yang dikajinya itu. Namun mereka tidak
pernah merasa takjub terhadap Tuhan yang menjadikan batu
batan tersebut. Ramai yang kagum dengan gunung ganang,
sungai, lautan, haiwan, pemandangan dan seluruh alam

19
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

semesta ini. Namun mereka tidak pernah kagum dengan


Tuhan yang mencipta seluruh alam semesta.
Tuhan beri ilmu kepada manusia terutamanya kepada
para ulama yang pertama dan utama ialah agar ulama itu
mengenal Tuhan yang sangat berilmu dan menghayati hidup
berTuhan. Dengan ilmu itu para ulama semakin memiliki
rasa berTuhan dan merasa kehambaan. Dapat melihat dan
merasai betapa tidak terbatasnya ilmu Tuhan. Tuhan beri
kelebihan memiliki ilmu kerana Tuhan bermaksud agar me-
reka semakin mengenali Tuhan. Melalui ilmu yang dimiliki
itu dapat melihat Tuhan dengan perasaan penuh kekaguman
dan takjub. Hingga semakin tidak berupaya memperkatakan
tentang betapa hebatnya Tuhan Yang Maha Kuasa itu. Hingga
dengan itu hati merasakan Tuhan itu segala-galanya. Hingga
hati amat susah untuk melupai Tuhan.
Kehidupan orang yang berilmu ini menjadi contoh atau
model kepada manusia lain. Dengan contoh teladan yang
ditunjukkan oleh para ulama, manusia lain akan mudah jatuh
hati dan jinak hati mereka kepada Tuhan. Ulama mesti sangat
berakhlak kepada Tuhan dan kepada manusia. Seluruh
watak, ciri-ciri dan sifat-sifat terpuji jelas dimiliki oleh ulama.
Sangat tawadhuk sehingga orang lain malu lantas memulia-
kannya. Sangat mendidik, memberi tunjuk ajar, mengajar
dan memimpin manusia lain. Tuhan beri mereka ilmu supaya
menjadi obor kepada masyarakat. Manusia yang hidup dalam
kegelapan, terutamanya tidak mengenal Tuhan maka
obornya ada pada ulama. Manusia menjadi kenal Tuhan dan
hidup dalam kebenaran hasil dari ulama yang menjadi obor
menerangi kehidupan dan juga menjadi model pada peri-
badi, keluarga, dan dalam kehidupan terutamanya dalam
ibadah, akhlak pergaulan, sosial, perhubungan dan hidup
bermasyarakat.
Kalau berada bersama masyarakat, akan jelas kelihatan
berbeza wibawa orang berilmu. Kehadiran ulama di tengah-

20
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIA DENGAN TUHAN

tengah masyarakat sangat diperlukan. Kehadiran mereka


ditunggu-tunggu dan tidak menjemukan, ketiadaan mereka
dirindui dan terasa kehilangan. Melihat wajah ulama, hati
manusia teringat Tuhan dan sebahagian masalah sudah te-
rasa selesai. Mereka disegani dan dihormati. Ilmu itu juga
adalah amanah Allah untuk disampaikan kepada manusia
lain. Maka dengan penuh gigih dia berjuang di tengah
masyarakat kerana hendak menyampaikan ilmu Tuhan.
Terkorban segala kepentingan diri. Yang tinggal hanyalah
harapan untuk memperolehi keredhaan Tuhan. Begitulah
serba sedikit maksud Tuhan kepada orang-orang yang Tuhan
beri ilmu dan diangkat menjadi ulama.

4. Tuhan jadikan miskin


Apabila manusia tidak memahami kerja Tuhan dan tidak
memahami maksud Tuhan menjadikan sebahagian manusia
miskin, maka manusia, termasuk sebahagian dari umat
Islam, yang memandang negatif kepada orang yang Tuhan
miskinkan. Bahkan terdapat bangsa-bangsa di dunia ini yang
menghina orang miskin. Golongan miskin di anggap sebagai
golongan bawahan yang hampir hendak disamakan dengan
haiwan. Sikap memandang rendah dan hina kepada golong-
an miskin menjadikan golongan miskin terbiar, tersisih, tiada
pembelaan dan tidak dipedulikan. Mereka tidak diberi pe-
luang untuk mengubah kehidupan miskin mereka itu.
Dalam ajaran Islam, kemiskinan bukan satu masalah atau
penyakit sosial. Ada pihak yang beranggapan demikian ke-
rana sudah sangat terpengaruh dengan pemikiran moden
dari barat. Dalam Islam, kemiskinan bukan membawa ma-
salah kepada masyarakat dan negara. Apa yang menjadi
masalah ialah ketiadaan iman dan taqwa. Apabila manusia
tiada iman dan taqwa maka akan terjadilah berbagai gejala
sosial. Kalau begitu mengapa dikaitkan kemiskinan dengan

21
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

masalah. Sedangkan kalau ketiadaan iman dan taqwa


golongan lain juga bahkan lebih teruk lagi sebagai penyum-
bang dan pencetus kepada masalah dan gejala sosial. Inilah
di antara salah faham dan sikap prejudis sesetengah pihak
kepada golongan miskin. Secara kebetulan golongan miskin
juga turut tidak memahami kedudukan ini lantas mereka
juga turut meletakkan golongan mereka sebagai masalah
kepada masyarakat. Inilah akibat atau kesan dari tidak me-
mahami peranan Tuhan mengapa Tuhan jadikan sebahagian
manusia hidup dalam kemiskinan.
Untuk memahami kerja atau peranan Tuhan dalam kon-
teks ini, mula-mula hendaklah menerima hakikat bahawa
Tuhan memang menjadikan manusia dengan berbagai ke-
dudukan, peringkat, kemampuan, keupayaan, kemahiran,
minat, bidang kepandaian dan kecenderungan. Tiada ma-
nusia yang sempurna dalam semua bidang. Tiada manusia
yang mampu dan berupaya menguasai semua bidang. Tiada
manusia yang dapat bersendiri dan dapat mengatasi semua
hal secara bersendiri. Memahami hakikat ini maka kita
hendaklah pula menerima hakikat bahawa tiada manusia
yang dapat bersendiri dalam semua hal melainkan tetap
saling sandar menyandar, saling memerlukan, saling lengkap
melengkap, saling ada pertalian dan hubungan dan saling
berbudi dan berjasa. Hanya masing-masing dalam bidang
dan aspek yang berbeza. Hanya keegoan saja yang tidak
mahu menerima dan akur kepada hakikat ini.
Umpamanya, betapa kaya pun seseorang itu, dia tetap
memerlukan tukang untuk membina mahligainya, perlukan
petani dan nelayan untuk sumber makanannya, perlukan
buruh untuk mengangkat sampah, perlukan pemandu untuk
kenderaannya, perlukan pembantu rumah untuk uruskan
rumahnya dan dalam begitu juga dalam berbagai urusan
yang lain. Bayangkan kalau tiada golongan lain yang terlibat
memenuhi keperluan hidupnya. Tiada ertinya kekayaan yang

22
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIA DENGAN TUHAN

dimiliki. Kiaskan secara timbal balik kepada golongan lain


seperti antara pemimpin dengan rakyat dan sebaliknya, an-
tara peniaga dengan pembeli dan sebaliknya. Antara pem-
bekal, pemborong, peruncit dan pembeli. Hubungan timbal
balik saling sandar menyandar, saling perlu memerlukan ini
boleh dilihat secara lebih global antara keperluan negara
dengan negara, antara syarikat dengan syarikat, antara ma-
syarakat dengan masyarakat, antara peringkat-peringkat
golongan dengan golongan yang lain. Boleh juga dilihat se-
cara yang lebih kecil umpama antara individu dengan in-
dividu atau pihak lain. Contoh yang paling mudah ialah
antara pengguna pakaian dengan tukang jahit, atau kilang
atau gedung pakaian, perusahaan membuat kain, penanam
kapas atau penternak ulat sutera dan termasuk adanya hu-
bungan dengan sistem pengangkutan seperti kapal.
Setelah memahami serta akur akan hakikat itu, barulah
kita faham bahawa tiada apa yang sia-sia di sisi Tuhan.
Masing-masing ada peranan mengikut bidang, kedudukan,
minat dan kemampuan. Yang utama ialah masing-masing
dapat menerima ketentuan dan sukatan Tuhan terhadap diri
masing-masing. Hendaklah pula bersangka baik terhadap
Tuhan dalam keadaan apa pun. Bahawa Tuhan ada maksud
yang amat baik dengan kemiskinan itu. Di situ pula dapat
dijadikan saluran ibadah kepada Tuhan dan berbakti kepada
manusia. Jangan rasa hina kalau Tuhan miskinkan kita
kerana amat besar jasa dan bakti orang miskin kepada ma-
nusia. Selama ini amat banyak serta berbagai khidmat yang
dicurahkan oleh orang miskin kepada golongan lain. Hanya
manusia saja yang tidak mahu mengakui dan mengiktiraf
jasa orang miskin.
Selain itu, hidup miskin ertinya darjat yang tinggi di sisi
Tuhan. Orang miskin masuk Syurga lima ratus tahun lebih
dahulu berbanding orang kaya. Hisab orang miskin amat
mudah kerana kurangnya harta benda. Tingginya Syurga

23
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

orang miskin umpama penduduk bumi melihat ketinggian


bintang. Rasulullah SAW berdoa untuk hidup miskin, mati
miskin dan masuk Syurga bersama orang miskin. Golongan
fakir miskin juga sangat dikasihi oleh Rasulullah SAW dan
Baginda sering kali duduk-duduk bersama golongan miskin.
Orang miskin sepatutnya bimbang kalau Tuhan kayakan
mereka, takut-takut nanti tidak pandai menerima kekayaan
serta salah menggunakan nikmat Tuhan. Tetapi tidak pula
salah untuk berusaha mengubah kehidupan menjadi kaya.
Harus saja hukumnya untuk menjadi kaya. Bukan wajib atau
sunat dan bukan pula haram atau makruh untuk menjadi
miskin.
Adalah satu kesilapan besar apabila menganggap kemis-
kinan sebagai masalah. Sepatutnya golongan lain tumpang
seronok dan berterima kasih kepada golongan miskin kerana
selain berbagai sumbangan yang mereka berikan, adanya
golongan miskin merupakan tempat untuk menyalurkan se-
dekah dan pertolongan atau dengan lain perkataan sebagai
saluran pahala. Yang menjadi masalah ialah apabila kemis-
kinan tanpa kenal Tuhan dan tidak memahami peranan
Tuhan mengapa Tuhan jadikan kemiskinan. Apabila tiada
iman maka jadilah orang miskin yang tidak redha dengan
kemiskinan. Hati subur dengan sifat-sifat mazmumah seperti
hasad dengki, iri hati, cemburu melampau, rasa hina diri,
kecewa, putus asa, mendongkol, keluh kesah dan gelisah.
Kalau hujah bahawa manusia tanpa iman mendatangkan
berbagai masalah, maka bukanlah kemiskinan boleh diper-
salahkan. Kerana tanpa iman dan taqwa, semua golongan
sama sahaja bahkan dalam banyak hal, lebih banyak dan
lebih besar dalam mencetuskan masalah.

5. Tuhan datangkan sakit


Menurut kelaziman atau lumrah hidup manusia, sakit hanya

24
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIA DENGAN TUHAN

datang sekali sekala. Bukan pula tidak ada manusia yang


sakit berpanjangan tetapi sebagai kes terpencil atau jarang-
jarang terjadi. Apabila mengenal Tuhan dan memahami kerja
Tuhan, manusia akan menerima sakit itu sebagai ketentuan
Tuhan atau sunnatullah. Di situ juga kita akan menjadi orang
yang bersyukur kepada Tuhan akan nikmat sihat sekaligus
tidak mahu mengsia-siakan nikmat sihat itu.
Apabila seseorang itu Tuhan timpakan sakit, mula-mula
sekali Tuhan maksudkan untuk menjadi suis automatik
kepada orang itu. Iaitu suis automatik untuk ingat kepada
Tuhan. Melalui sakit itu Tuhan bermaksud supaya orang itu
ingat bahawa Tuhan memanggil dirinya supaya ingat kepada
Tuhan setelah mungkin terlalu lama melupai atau lalai dari
ingatkan Tuhan. Bagi orang yang memang ingatkan Tuhan,
melalui sakit itu Tuhan bermaksud agar semakin dekat
dengan Tuhan. Bagi orang yang beriman, dia amat faham
bahawa sakit itu sendiri merupakan sebagai tanda atau
isyarat bahawa Tuhan ambil perhatian terhadap dirinya.
Sebab itu para salafussoleh risau sekiranya terlalu lama
Tuhan tidak sakitkan dirinya. Bimbang kalau-kalau Tuhan
sudah melupainya atau Tuhan sudah tidak memberi
perhatian terhadapnya.
Selain itu hikmah sakit juga adalah tanda rahmat Tuhan.
Mengapa dikatakan rahmat atau kasih sayang Tuhan, iaitu
melalui sakit Tuhan bermaksud untuk menghapuskan dosa-
dosa asalkan dia sabar dan redha. Sekiranya seseorang itu
tiada dosa seperti para Nabi dan Rasul serta para wali-wali
Allah, kepada mereka pula Tuhan bermaksud untuk meng-
angkat darjat atau kedudukan di sisi Tuhan. Penghapusan
dosa, darjat dan kedudukan di sisi Tuhan bukan mudah untuk
diperolehi. Inilah yang dimaksudkan dengan sabda Rasu-
lullah SAW, maksudnya:
“Seseorang hamba itu apabila tercatat namanya satu
darjat dalam Syurga dan dia tidak dapat mencapainya

25
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

dengan amal ibadah maka Tuhan datangkan ujian. Lan-


tas dia bersabar di atas ujian itu maka kekallah darjat
itu di dalam Syurga.”
Sebab itu betapa pentingnya kenal Tuhan dan memahami
kerja Tuhan ke atas hamba-Nya. Kalau tiada iman dan tidak
memahami kerja Tuhan maka manusia menerima sesuatu
yang pada pandangan mereka negatif sebagai negatif. Dia
akan bersangka buruk kepada Tuhan. Sangka buruk kepada
Tuhan adalah satu dosa. Dengan sebab sangka buruk itu
sesuatu yang amat positif dari Tuhan natijahnya menjadi
suatu yang amat negatif bahkan berdosa kerana sangka
buruk kepada Tuhannya. Umpamanya sakit. Kita juga kena
faham bahawa Tuhan tidak memiliki perasaan seperti ma-
nusia. Apabila Tuhan mencintai hamba-hamba-Nya bererti
bahawa Tuhan mencintai bukan dengan perasaan. Tanda
Tuhan mencintai seseorang itu ialah dengan cara Tuhan
mendatangkan ujian kepada seseorang. Membalas cinta
Tuhan itu ialah dengan sabar dan redha terhadap ujian-ujian
tersebut. Apabila ini dapat dilakukan maka terjadilah antara
orang itu dengan Tuhannya cinta mencintai.

6. Tuhan timpakan musibah atau bala bencana


Musibah atau bencana di sini maksudnya yang Tuhan
datangkan dan terpaksa ditanggung bersama. Ada yang
datangnya langsung dari Tuhan tanpa campur tangan
manusia seperti kemarau, banjir, gempa bumi, ribut taufan,
tsunami, penyakit berjangkit, hasil taman tidak menjadi dan
seumpamanya. Ada pula bencana yang Tuhan jadikan
melalui sebab musabab dengan adanya campur tangan
manusia seperti permusuhan, krisis, peperangan, gejala
sosial, kezaliman pemerintah, kemerosotan ekonomi, harga
barang dan kos perkhidmatan mahal dan lain-lain.
Para Sahabat apabila mendengar guruh di langit atau

26
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIA DENGAN TUHAN

berlaku angin kencang, wajah mereka bertukar menjadi


pucat ketakutan. Mereka minta perlindungan Allah SWT dari
sebarang kemurkaan-Nya yang Dia datangkan melalui ber-
bagai bencana. Mereka bukan takut kepada guruh petir atau
ribut taufan itu tetapi mereka takut kepada Allah SWT.
Mereka takut kalau dosa-dosa atau maksiat yang mereka
lakukan menjadikan Tuhan murka dan didatangkan bencana
alam. Manusia hari ini kalau berlaku musibah atau bencana
alam, jarang atau hampir tidak dikaitkan dengan dosa dan
maksiat dan kemurkaan Tuhan. Sering kali hanya dikaitkan
dengan fenomena semula jadi seperti perubahan cuaca,
pemanasan global, gempa bumi, dan sebagainya.
Bersangka baiklah terhadap Tuhan. Berlakunya berbagai
musibah itu sama ada yang bersifat langsung dari Tuhan
mahupun yang berlaku melalui ‘angkara tangan manusia’,
semuanya Tuhan bermaksud untuk peringatan, pengajaran,
mendidik, menyedar dan menginsafkan manusia. Terutama-
nya agar manusia dapat melihat dan merasakan betapa
Tuhan itu Maha Kuasa. Dengan cara itu bertambah iman
dan taqwa manusia. Apa yang Tuhan kehendaki berlaku pasti
berlaku dan tiada siapa atau tiada kuasa lain, kepintaran
dan kepandaian manusia dapat menghalangkan. Melainkan
agar manusia penuh akur sahaja kepada Tuhan dan ber-
tambah takut kepada Tuhan. Agar manusia sedar dan insaf
serta segera bertaubat sama ada taubat terhadap dosa, bagi
yang berdosa, mahu pun taubat selaku seorang hamba bagi
yang tidak berdosa.
Musibah angkara manusia pula agar manusia sedar dan
insaf, bahawa begitulah akibat menolak Tuhan serta sistem
Tuhan.
Begitulah natijah hidup tidak menjadikan Tuhan sebagai
modal dan tidak menjadikan Tuhan sebagai matlamat. Kalau
dalam sebuah rumahtangga atau mana-mana institusi yang
anggotanya dalam jumlah yang kecil pun dilanda krisis,

27
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

berpecah belah, berserabut dengan masalah kerana meming-


girkan Tuhan, betapalah dalam jumlah yang besar seperti
negara dan ummah.
Takutkan Tuhan, manusia akan menjadi baik. Cintakan
Tuhan manusia akan berkasih sayang sesama sendiri.
Manusia yang takut dan cintakan Tuhan sudah pasti menjadi
malaikat berwajah manusia, subur benih malaikat dalam diri
mereka. Dan mereka hidup dengan sistem Tuhan. Manusia
yang tidak takut dan tidak cintakan Tuhan akan subur sifat-
sifat syaitan dan cinta dunia. Mereka ini adalah syaitan
berwajah manusia. Hanya manusia pada fizikalnya saja tapi
hati, sikap, perangai dan tingkah lakunya adalah syaitan.
Cinta dunia adalah ibu segala maksiat. Maka berleluasalah
berbagai gejala sosial yang akibatnya terpaksa ditanggung
oleh manusia itu sendiri.
Apabila Tuhan datangkan musibah atau bencana, Tuhan
bermaksud agar manusia berpaling dari kelalaian kepada
kembali kepada Tuhan. Cuba kita lihat kepada sejarah kaum-
kaum di zaman para Rasul. Apabila Tuhan murka kepada
sesuatu kaum disebabkan oleh keingkaran mereka maka
Tuhan datangkan berbagai bencana alam sebagai peringatan.
Umpamanya kaum Nabi Nuh, Tuhan banjirkan seluruh dunia.
Kaum Nabi Soleh, Tuhan datangkan petir serta hujan batu.
Kaum Nabi Lut, Tuhan terbalikan bumi. Firaun serta pengi-
kutnya Tuhan tenggelamkan di dalam Laut Merah. Terhadap
golongan yang memerangi Rasulullah SAW ketika perang
Khandak, Tuhan datangkan taufan sejuk sehingga bertem-
piaran lari musuh-musuh itu dan di antara mereka itu ada
yang terbunuh.
Kalau dalam keadaan beriman dan Tuhan datangkan juga
bencana, maka dalam keadaan itu ada rahmat besar dari
Tuhan agar Tuhan hapuskan dosa mereka secara bersama
dan angkat darjat bagi yang tidak berdosa. Cuba fikirkan,
setelah datang peringatan Tuhan tetapi masih kufur, ertinya

28
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIA DENGAN TUHAN

itu satu laknat dari Tuhan. Bagaimana kalau mati dalam ke-
kufuran?
Begitulah didikan Tuhan melalui musibah dan bencana
yang Tuhan timpakan kepada manusia. Sepatutnya umat
Islam sangat serius memikirkan peringatan Tuhan apabila
Tuhan datangkan banjir, ombak tsunami, kemarau, lumpur
panas, penyakit berjangkit, hasil tanaman tidak menjadi,
tanah runtuh, gempa bumi, ribut salji, taufan dan lain-lain.
Bukannya melihat kepada fenomena alam. Sedangkan
fenomena alam itu juga datangnya dari Tuhan. Kerana Tuhan
datangkan musibah itu melalui sebab. Apabila Highland
Tower tumbang menyembah bumi, kajian yang dibuat hanya
terhenti kepada hujan lebat, struktur tanah yang lemah,
pergerakan air bawah tanah. Itu semua adalah sebab musa-
bab yang Tuhan jadikan supaya Highland Tower itu tumbang.
Tetapi sebab yang tersirat adalah kerana dosa-dosa manusia.
Sama ada mereka yang menjadi penghuni kondo tersebut
atau pihak lain yang berkaitan. Namun kejadian itu adalah
peringatan Tuhan kepada sesiapa saja yang mengenal Tuhan
dan faham peranan Tuhan.

7. Tuhan datangkan masalah


Sama seperti Tuhan timpakan sakit yang datang sekali sekala,
maka masalah dalam hidup manusia termasuk dalam
rumahtangga datang sekali sekala juga. Bagi orang yang
tidak kenal Tuhan dan tidak faham kerja Tuhan, satu masalah
dirasainya seolah-olah seratus masalah. Betapalah kalau
benar-benar dia ada seratus masalah. Lantas dia menjadi
manusia yang kecewa dan putus asa dan menjadikan dia
buruk sangka terhadap Tuhan iaitu dia merasakan tiada erti
hidup ini kerana penuh dengan masalah. Kemuncak putus
asanya ialah melakukan perbuatan membunuh diri. Ini juga
sebagai bukti bahawa manusia yang hidup tanpa Tuhan, jiwa

29
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

mereka amat lemah dan rapuh kerana mereka tiada tempat


bergantung dan tiada tempat bersandar. Apabila menghadapi
masalah, terkapai-kapai, hilang pedoman dan tiada tempat
rujuk, dan tiada tempat mengadu. Jiwa mereka kosong,
pergantungan mereka hanyalah kepada akal semata. Sedang-
kan akal amat terbatas keupayaannya.
Bergantung kepada akal semata-mata tidak sampai ke-
pada Tuhan. Tuhan juga ‘berlepas tangan’ membiarkan manu-
sia bergelut dengan masalah sendiri. Apabila akal semata-
mata cuba mengatasi masalah, bukan saja masalah yang
sedia ada tidak selesai, bahkan akan timbul banyak ‘side
effect’. Maka berkembang biaklah masalah yang kalau cuba
diatasi akan menambah kusut lagi. Telah terbukti dalam
dunia ini sudah berbagai teori, pendapat, idea, buah fikiran,
teknik dah kaedah akal yang telah disajikan untuk mengatasi
masalah manusia, semuanya gagal. Atau mungkin berjaya
mengatasi satu masalah tetapi diiringi dengan timbul sepuluh
masalah baru. Sepuluh masalah baru itu kalau cuba diselesai-
kan dengan kaedah yang sama akan terjadi pula seratus
masalah baru. Sebab itu dunia hari ini manusianya sudah
hilang kedamaian, hilang kesejahteraan, hilang keharmonian
kerana berhadapan atau di kelilingi dengan berbagai ma-
salah.
Sebagai contoh, untuk mengatasi masalah krisis masyara-
kat kecil seperti rumahtangga, sekiranya bermasalah dan
mencari penyelesaian, rata-rata panduan yang diberikan
merujuk kepada kaedah akal. Termasuk para ulama dan
ustaz-ustaz turut merujuk kepada bagaimana masyarakat
Amerika atau Jepun mengatasi masalah rumahtangga. Ter-
dapat motivator yang mengajak ahli keluarga menghilangkan
ketegangan dengan meghayati muzik Kitaro dari Jepun.
Tidak sebut Tuhan dan Rasul serta ajaran Islam. Tidak
mengajak kepada takut dan cintakan Tuhan serta memahami
peranan Tuhan dalam apa keadaan sekalipun.

30
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIA DENGAN TUHAN

Bagi mereka yang kenal Tuhan serta memahami peranan


Tuhan, bukan sahaja masalah tidak dirasakan sebagai ma-
salah, bahkan melalui masalah itu dia anggap mendapat ke-
untungan. Keuntungan yang dirasakan itu bukan bersifat
material tetapi bersifat maknawiyah dan rohaniah. Melalui
masalah itu dia berpeluang mendidik diri untuk lebih ber-
taqwa dan turut mendapat keuntungan rohaniah iaitu
semakin takut dan cintakan Tuhan. Semakin terasa didikan
Tuhan dan memperolehi berbagai hikmah, iktibar dan
pengajaran. Jiwanya bertambah besar, sifat-sifat mahmudah
semakin subur. Melalui masalah itu hatinya semakin tercabar
yang memerlukan kesabaran. Kerana melalui kesabaran itu
Tuhan hendak hadiahkan Syurga ‘bi-ghairi hisab’ (tanpa
hisab), bukan mudah hendak dicapai kecuali hati atau
rohnya mesti tercabar. Apabila tercabar maka semakin kuat
bergantung dan bersandar kepada Allah SWT.
Beberapa keuntungan lain yang diperolehi melalui ma-
salah dan kesusahan yang Tuhan datangkan sama ada dalam
rumahtangga mahupun dalam kehidupan masyarakat,
antaranya ialah:
a) Masalah yang datang itu merupakan kifarah atau peng-
hapusan ke atas dosa-dosa sekiranya Tuhan timpakan
kepada orang yang beriman dan bertaqwa. Sama ada
dosa yang disedari atau tidak disedari. Sebaliknya kepada
menusia yang tidak beriman maka masalah itu merupa-
kan satu hukuman dari Tuhan. Namun ianya juga sebagai
satu peringatan agar manusia itu sedar dan kembali
kepada Tuhan.
Kaum-kaum yang ingkar akan seruan para Rasul,
Tuhan hukum atau beri peringatan dengan Tuhan da-
tangkan bencana alam. Banjir kepada kaum Nabi Nuh,
Tuhan terbalikan bumi bagi kaum Nabi Lut. Tuhan da-
tangkan hujan batu bagi kaum Nabi Soleh. Tuhan da-
tangkan nyamuk yang membunuh Namrud yang

31
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

menentang Nabi Ibrahim. Firaun ditenggelamkan dalam


Laut Merah. Kemarau tujuh tahun sebagai bencana
kerana hasad dengki kepada Nabi Yusuf. Rasulullah SAW
juga ada menyebut yang maksudnya lebih kurang, “Tidak-
lah seseorang hamba itu ditahan rezekinya melainkan
kerana dosa-dosanya.” Kedua-dua bentuk dosa itu mesti
ditaubatkan dan perbanyakkan berbuat kebaikan sebagai
penebus dosa. Tuhan mencintai orang yang berdosa dan
bertaubat. Bahkan rintihan orang berdosa itu lebih baik
daripada zikir para wali.
b) Tuhan Maha Adil. Tuhan tetap membalas segala kesa-
lahan sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Dia akan
merasa beruntung kerana melalui masalah itu Tuhan
membalas dosanya di dunia. Kalau Tuhan beri balasan
di Akhirat maka balasannya amat azab dan tidak ter-
tanggung dengan bakaran api neraka. Sedangkan api lilin
di dunia ini pun tidak sanggup menahan kepanasan
betapalah api neraka yang amat dahsyat itu.
Kalau faham peranan Tuhan tidaklah masalah diterima
sebagai negatif, sebaliknya masalah itu merupakan rah-
mat dari Tuhan kerana Tuhan sendiri hendak selamatkan
dari seksaan Akhirat yang sangat tidak dapat dibayang-
kan dahsyatnya.
c) Tuhan Maha Adil, setiap perbuatan jahat pasti Tuhan
balas. Tetapi Tuhan beri balasan menurut cara Tuhan,
bukan menurut lojik akal manusia. Umpamanya kalau
seseorang pernah mencuri ayam, Tuhan bukan balas
dengan orang lain mencuri ayam kepunyaan dia pula.
Dia mencuri ayam kerana mungkin dia tidak punya ayam.
Kalau tidak punya ayam bagaimana orang lain hendak
mencuri ayam dia pula. Caranya, Tuhan balasi dengan
suatu kesusahan lain yang Tuhan saja yang tahu menilai
tahap kesusahan atau kerugian tuan punya ayam itu.
Mungkin dengan cara Tuhan pancitkan tayar kereta, atau

32
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIA DENGAN TUHAN

anaknya sakit dan terlantar di hospital selama tiga bulan,


atau telefon bimbitnya hilang, dan berbagai kemungkinan
lagi. Bila bermasalah maka terus muhasabah terhadap
serba kemungkinan apa-apa saja kesalahan yang dilaku-
kannya.
d) Manusia serba serbi lemah, liar dan lalai terhadap Tuhan-
nya. Tuhan mendidik secara langsung dengan didatang-
kan masalah supaya hati kembali berjinak-jinak dengan
Tuhan.
e) Ramai manusia yang sering dilanda masalah dalam ke-
luarga seperti isteri atau suami meragam dan anak-anak
degil dan liar dengan berbagai cara. Anggota keluarga
sebenarnya adalah saluran paling dekat dan cepat untuk
Tuhan memberi isyarat terhadap apa saja yang tidak kena,
dosa, maksiat, lalai dan sebarang kedurhakaan kepada
Tuhan. Atau dengan istilah yang mudah, Tuhan jadikan
anggota keluarga sebagai cermin terutamanya kepada
ibu bapa. Anak-anak mereka itu Tuhan jadikan cermin
terhadap sikap ibu bapa. Oleh itu perlu memahami pe-
ranan Tuhan, apabila datang masalah hendaklah cepat-
cepat melihat ke dalam diri sendiri.
Kemungkinan-kemungkinannya ialah ibu bapa itu
suatu ketika dulu pernah meragam, liar atau degil kepada
ibu bapa mereka, guru-guru atau pemimpin. Atau pernah
bermusuh dengan jiran atau kawan, atau adanya dosa-
dosa yang sengaja dilupakan dan tidak mahu bertaubat
terutamanya dosa sesama manusia. Atau pernah menipu,
menzalimi dan menindas orang lain. Setidak-tidaknya
mazmumah dalam diri yang sayang hendak diungkai
kerana melalui mazmumah itu dia dapat untung seperti
kedekut, ego, suka marah orang. Maka di atas kemung-
kinan itulah Tuhan datangkan masalah melalui anak
isteri.

33
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

Kalau ini berlaku, janganlah marahkan atau salahkan


mereka. Tetapi hendaklah membaiki diri. Hendaklah
muhasabah dan mengoreksi diri. Perbanyakan sedekah
sebagai penebus atau kembali berkhidmat kepada kedua
ibu bapa atau kepada masyarakat lain seperti anak yatim
dan ibu tunggal.
Sebagai peringatan tambahan, cuba kita renungkan
tentang kehidupan kita, betapa Tuhan benar-benar
berkuasa serta berperanan mendidik manusia, mentadbir,
mengatur dan mencatur manusia dan sekalian makhluk-
Nya.
f) Masalah atau kesusahan yang Tuhan datangkan kepada
orang yang beriman, Tuhan bermaksud agar orang itu
bertambah kuat hubungan atau tautan hati dengan
Tuhan. Ini Tuhan lakukan sesuai dengan fitrah yang
Tuhan bekalkan kepada manusia. Sudah menjadi fitrah
manusia apabila ditimpa masalah, hati sentiasa merintih
kepada Tuhan untuk bebas dari cengkaman masalah itu.
Inilah didikan Tuhan kepada para hamba-Nya.
Melalui cara itu juga jiwa manusia bertambah kuat
untuk menghadapi cabaran hidup. Akal juga akan
bertambah cerdik kerana sering memerah otak untuk
mencari jalan keluar dari masalah yang sedang dialami.
g) Kalau masalah yang Tuhan datangkan itu dalam bentuk
yang terpaksa di pikul bersama atau ditanggung bersama
atau sama-sama terpaksa menghadapinya, sama ada
dalam keluarga atau dalam satu kelompok masyarakat,
Tuhan bermaksud untuk mereka sama-sama merasai se-
nasib dan berganding bahu mengatasinya, maka natijah-
nya akan bertambah simpati antara satu sama lain. Akhir-
nya akan bertambah jalinan kasih sayang dan bertambah
akrab. Datanglah semangat bertolong bantu, saling pri-
hatin, bela membela seta perpaduan yang lebih utuh.

34
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIA DENGAN TUHAN

Kesimpulannya, barulah kita dapat melihat bahawa punca


tercetusnya berbagai masalah dalam kehidupan manusia
sama ada yang bersifat individu mahupun yang ditanggung
bersama, sama ada yang datang terus dari Tuhan atau yang
di lakukan oleh manusia, adalah kerana manusia tidak
mengenal Tuhan dan tidak memahami peranan Tuhan.
Akibatnya manusia menganggap masalah itu sebagai masa-
lah dan berburuk sangka terhadap Tuhan yang mengizinkan
musibah itu berlaku. Memang sewajarnya umat Islam sendiri
memperjuangkan Tuhan sehingga manusia kenal Tuhan dan
menghayati peranan Tuhan. Sehingga manusia merasa baha-
gia dalam apa keadaan dan situasi. Dalam senang, manusia
memperolehi rahmat Tuhan dan dalam menghadapi masalah
pun tetap baik sangka terhadap Tuhan, sekaligus turut men-
dapat rahmat Tuhan. Inilah erti hidup bahagia dengan Tuhan
dan sekaligus inilah anak kunci utama kepada kebahagiaan
rumahtangga. Mana-mana keluarga yang cita-cita hidup
mereka adalah Tuhan, semua masalah dalam rumahtangga
dirasakan sebagai kecil saja, kerana bagi mereka yang besar
adalah sama ada mendapat Tuhan atau tidak. Mereka tidak
merisaukan masalah lain kerana tenggelam di bawah ke-
risauan terhadap Tuhan. Mereka tidak takut kepada yang
lain kerana sudah tenggelam di bawah takutkan Allah SWT.
Hilang kebimbangan kepada yang lain kerana yang mereka
bimbangkan ialah terhadap Tuhan. Segala masalah dalam
rumahtangga tidak akan sampai melupai Tuhan lebih-lebih
lagi atau jauh sekali dari mendurhakai atau kufur terhadap
Tuhan.

35
www.SayangiKeluarga.com

Perkahwinan Ibarat
2 Membangunkan Masjid

alam masyarakat Melayu Islam memang sering meng-

D ungkapkan bahawa perkahwinan atau berumah-


tangga itu sebagai membangunkan masjid. Tanpa
huraian mendalam pun, sudah ada satu tanggapan atau
persepsi bahawa membina rumahtangga itu punya maksud
yang suci murni dan nilai yang tinggi hingga dikatakan
sebagai membina masjid. Masjid pula adalah satu institusi
yang wajib ada dalam kehidupan masyarakat. Dan sudah
tentu dalam pembinaan masjid bukan boleh dibuat sambil
lewa. Semua aspek yang berkaitan dengan masjid mesti tiada
yang tertinggal. Misalnya masjid mesti tepat arah kiblat. Di-
bina dengan sempurna supaya tiada gangguan dalam peng-
gunaannya. Penjagaan masjid yang berterusan mesti di-
perkirakan dari awal kerana masjid bukan sekadar hendak
dipakai untuk tempoh yang singkat, sebaliknya penggunaan
masjid sampai bila-bila.
Sekarang mari kita tinjau lebih terperinci lagi tentang
konsep dan falsafah masjid dan bandingannya dengan
rumahtangga.

36
www.SayangiKeluarga.com

PERKAHWINAN IBARAT MEMBANGUNKAN MASJID

1. Masjid dibina kerana Allah SWT. Dilarang membina


masjid dengan niat-niat yang lain. Begitulah dalam
membina rumahtangga, tidak boleh dengan niat lain.
Terpesong niat akan dengan mudah memusnahkan
rumahtangga. Umpamanya niat berumahtangga hanya
sekadar untuk memenuhi tuntutan naluri atau sekadar
hendak melepaskan nafsu semata-mata. Niat-niat yang
tidak murni ini awal-awal lagi mengundang kemurkaan
Allah SWT. Tuhan tidak pimpin dalam menjalani hidup
berkeluarga. Hilang keberkatan dari Tuhan. Hasilnya
rumahtangga itu tidak akan tenteram. Amat perlu diingat
bahawa tanda sebuah keluarga yang hilang keberkatan
ialah apabila suasana tidak tenteram, sering marah-ma-
rah, sering bertengkar, hilang kasih sayang, mementing-
kan diri sendiri, hidup nafsi-nafsi.
2. Arah kiblat semua masjid adalah tepat. Arah kiblat yang
salah membatalkan sembahyang. Semua anggota
keluarga mesti memiliki niat dan arah kehidupan yang
sama iaitu mencari keredhaan Allah SWT melalui rumah-
tangga dan hidup berkeluarga. Barulah rumahtangga itu
akan melahirkan orang-orang yang mudah sepakat, ber-
muafakat, seia sekata, saling memiliki rasa bersama,
bekerjasama dan bertolong bantu. Andainya niat beru-
mahtangga itu tidak tepat, ibarat masjid salah kiblat. Biar
pun berjaya juga dibendung dari timbulnya krisis, namun
rumahtangga itu hakikatnya sudah berpecah belah.
Untuk sementara waktu mungkin boleh bertahan. Dan
mungkin juga masih boleh bertahan kerana belum ada
sebarang cabaran atau gangguan. Lazimnya sadikit saja
cabaran yang melanda akan mudah rapuh dan terbarai.
3. Masjid adalah tempat membesarkan Allah SWT. Ertinya
rumahtangga adalah saluran anggota keluarga mem-
besarkan Allah SWT. Bukan tenpat membesarkan dunia,
nafsu dan syaitan. Rumahtangga yang sering berkrisis

37
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

adalah berpunca kerana dalam diri masing-masing subur


cinta dunia, subur perangai syaitan, bertunjangkan nafsu
dan tabiat haiwan semata-mata. Cinta dunia, angkara
nafsu dan syaitan adalah punca dunia porak peranda dan
tidak ada noktah dari bermusuh dan berperang. Inilah
juga akibat yang bakal ditanggung oleh rumahtangga
yang memiliki faktor yang serupa. Iaitu rumahtangga
yang Tuhan tidak dipedulikan, Tuhan terpinggir, Tuhan
tidak dibawa bersama dalam kehidupan.
4. Masjid adalah tempat ibadah. Tempat beramal meng-
abdikan diri kepada Allah SWT. Masjid bukan tempat
hingar bingar, bukan tempat kelakar dan lucu dengan
hilai ketawa berdekah-dekah, bukan pasar yang riuh
rendah tanpa haluan dan bukan juga arena konsert atau
tempat menonton sebarang permainan.
Ini bukan bererti tiada kegembiraan dan gurau senda
dalam rumahtangga. Namun semuanya berlaku dengan
penuh berdisiplin, kaya dengan adab sopan, tata susila
dan ketertiban. Suasana yang aman tenteram seolah-olah
dalam suasana menjaga ibadah. Seperti mana dalam
masjid tiada maksiat, kemungkaran pertengkaran, kata
nista, maki hamun, sumpah seranah, bertegang leher,
maka begitulah suasana dalam rumahtangga.
5. Masjid adalah tempat berlakunya pengajian, majlis ilmu,
nasihat menasihati dan peringatan. Secara khususnya
atau rasminya adalah Khutbah Jumaat. Begitulah ke-
adaan yang seharusnya berlaku dalam rumahtangga.
Terutamanya suami, selaku ketua keluarga mesti mampu
menjadi imam sembahyang, mengadakan majlis penga-
jian yang ringan-ringan terutama di bidang fardhu ain,
adab-adab dan membaca Al-Quran. Juga mesti mampu
memberi tunjuk ajar dan peringatan kepada anggota ke-
luarga.

38
www.SayangiKeluarga.com

PERKAHWINAN IBARAT MEMBANGUNKAN MASJID

6. Masjid adalah tempat manusia merendah diri, berkasih


sayang, hormat menghormati dan saling bermaafan.
Demikianlah sewajarnya terjadi dalam rumahtangga.
Hidup dengan ketiadaan ego dan sombong, berkasih sa-
yang, saling selamat dan menyelamatkan, saling meng-
hiburkan, prihatin, setia dan bela membela. Yang tua
mengasihi, manakala yang muda menghormati. Yang
tidak tahu diberi tunjuk ajar, yang bersalah meminta maaf
dan yang tidak bersalah memberi maaf.
7. Bangunan masjid itu merupakan gabungan berbagai
komponen dan bahan binaan. Gabungan yang lengkap
itulah menjadikan sempurnanya sebuah masjid. Ditam-
bah lagi dengan berbagai ukiran yang menambahkan lagi
cantiknya sesebuah masjid. Dalam konteks rumahtangga,
ianya bukan setakat ikatan antara dua orang atau
sepasang suami isteri itu saja. Lebih dari itu bermula dari
ikatan dua orang suami isteri, terjalin hubungan antara
keluarga kedua-dua pihak. Sanak saudara antara kedua
pihak bertukar menjadi ikatan kekeluargaan yang lebih
besar. Termasuk juga selepas perkahwinan itu akan
mendapat anak, seterusnya menantu pula, maka bertam-
bah lagi anggota keluarga. Selepas anak-anak dan me-
nantu-menantu, datang pula cucu-cucu. Cucu-cucu pula
berkahwin maka bertambah lagi jumlah anggota
keluarga. Seluruh ikatan kekeluargaan itu perlu dijaga
agar kekal tidak terungkai bahkan kekal utuh. Begitu
besarnya fungsi rumahtangga.
Cuba bayangkan andainya berlaku perceraian antara
suami isteri. Maka perceraian itu diibaratkan merun-
tuhkan masjid. Selain hilang peranan yang diibaratkan
masjid, putus pula segala ikatan kekeluargaan antara dua
pihak. Seolah-olah seluruh bangunan masjid itu runtuh.
Walaupun bercerai itu tidak berdosa, namun ianya ibarat
runtuhnya sebuah masjid, kesan negatif dari perceraian

39
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

itu amat besar. Perceraian akan memberi kesan kepada


retaknya ikatan dalam keluarga keseluruhannya.
Seperti mana masjid perlu ada penjagaan berterusan
agar kekal berfungsi maka begitulah juga rumahtangga
perlu sangat dijaga agar kekal hingga akhir hayat. Kalau
runtuh masjid maka tiada lagi tempat tumpuan masya-
rakat untuk melaksanakan berbagai aktiviti kepada Tuhan
mahu pun sesama manusia, demikianlah juga sekiranya
runtuh rumahtangga maka akan berlaku berbagai
kepincangan dalam masyarakat.
8. Masjid amat dijaga kebersihan dan kesuciannya. Habuk,
debu, sawang semuanya disingkirkan. Najis memanglah
sangat diawasi. Tahi cicak pun tidak boleh ada. Ini
kesucian yang bersifat lahir. Orang-orang yang memasuki
masjid turut menjaga kesucian batin. Masing-masing
berusaha mengawasi gerak hati agar tidak menjalar sifat
mazmumah sepanjang berada dalam masjid. Ertinya,
sedikit sebanyak berusaha juga membuat penyucian hati.
Kerana hati memang terasa diawasi oleh Allah SWT.
Dengan harapan perasaan atau rasa diawasi oleh Allah
SWT itu dapat dibawa keluar dari masjid.
Sama juga fungsi rumahtangga. Tempat di mana
anggota keluaga menjadikannya gelangang mujahadah
untuk membuang dan membakar sifat mazmumah, se-
kaligus menyuburkan sifat-sifat mahmudah. Juga dengan
harapan sifat-sifat mahmudah dapat di bawa bersama
ketika berada di luar rumah bersama masyarakat. Kalau
setiap keluarga berbuat perkara yang serupa, maka kesan-
nya ialah anggota masyarakat terdiri daripada manusia
yang baik-baik. Aman damailah pula masyarakat dan
negara.

40
www.SayangiKeluarga.com

Hidup Bersama
3 Tuhan

O rang bertaqwa ertinya orang yang hidupnya sentiasa


bersama Tuhan. Orang yang hatinya kuat rasa ke-
hambaan dan rasa bertuhan. Cita-cita dan matlamat
mereka adalah Tuhan. Kerisauannya adalah bimbang
terputus dari Tuhan. Cemasnya adalah kerana tidak tahu
bagaimana kedudukan dirinya di sisi Tuhan. Lebih meng-
gerunkan ialah dia tidak tahu apakah di Akhirat nanti Tuhan
terima atau tidak. Sedangkan Akhirat nanti kekal abadi dan
tiada siapa yang bersimpati serta tiada siapa yang dapat
menolong. Masing-masing sibuk dengan diri sendiri.
Orang bertaqwa ertinya orang yang mendapat Tuhan.
Mendapat Tuhan ertinya mendapat segala-galanya. Hidup
orang bertaqwa ini senang, tenang dan bahagia kerana susah
dan senang sama sahaja baginya. Kedua-duanya tetap men-
datangkan keuntungan. Kalau susah dia sabar kerana
kesusahan itu datang dari Tuhan, serta yakin kesusahan itu
hanya sementara dan akan Tuhan iringi pula dengan anu-
gerah nikmat. Kalau senang pula dia bersyukur kerana itu
adalah anugerah Tuhan. Kalau kita gembira dengan kese-

41
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

nangan, mengapa dukacita di atas kesusahan sedangkan


kedua-duanya datang dari Tuhan. Alangkah bahagianya
orang yang setiap situasi hidupnya sentiasa mendapat Tuhan
yang ertinya mendapat keuntungan. Inilah maksudnya
mendapat segala-galanya. Untung di dunia hidup dalam
ketenangan. Untung Akhirat pula Tuhan tidak sia-siakan
dengan menganugerah ganjaran berlipat ganda tanpa diduga
di Akhirat kelak.
Siapa yang tidak inginkan kebahagiaan kerana kebaha-
giaan adalah fitrah manusia. Setiap manusia berbuat apa
sahaja yang semuanya ingin mencapai tujuan akhir iaitu ke-
bahagiaan, biarpun sedikit sahaja yang berjaya memperolehi
kebahagiaan hakiki. Berbagai cara yang manusia laksanakan
dengan tidak jemu-jemu memburu dan mencubanya. Itu
semua bertujuan untuk merasa bahagia. Majoriti manusia
tidak memperolehinya kecuali hanya sekadar eskapisma
yang bersifat sementara. Hanya sekadar melupakan sekejap
penderitaan batin yang tidak kunjung padam. Manusia hanya
mencapai utopia yang di awang-awangan, tidak berpijak di
bumi nyata, tidak lebih menjadi eskapism, kepura-puraan
dan menipu diri sendiri.
Untuk mengecapi kebahagiaan yang sebenar, terimalah
hakikat kehidupan ini sangat tertakluk kepada sukatan dan
ketentuan Tuhan yang Maha Berkuasa. Hati yang benar-
benar dapat merasai kehendak Tuhan itulah yang berlaku
dan merasa beruntung dalam apa situasi sekalipun, akan
menikmati keindahan hidup yang disebut sebagai Al-
jannatul ‘ajilah, syurga yang disegerakan sebelum Syurga
yang hakiki.
1. Banyak perkara yang kita mahu, yang kita inginkan, yang
kita idam dan menjadi cita-cita kita. Kita berusaha un-
tuk mendapatkannya, memperolehinya atau menca-
painya. Kita pun berjaya atau usaha kita itu berhasil.

42
www.SayangiKeluarga.com

HIDUP BERSAMA TUHAN

Bersyukur dan berterimakasihlah kepada Tuhan yang


menganugerahkan kejayaan itu. Iringilah pula dengan
rasa bimbang kerana dengan kejayaan itu sekaligus
merupakan amanah, tanggungjawab dan ujian. Tuhan
mahu melihat bagaimana hamba-hamba-Nya melak-
sanakan tuntutan syukur itu. Paling utama ialah tidak
merasai kejayaan itu adalah hasil usaha dan kepandaian
diri. Bahkan kekal dengan rasa hina, dhaif, tidak upaya
dan tidak layak memikul amanah.
2. Setiap perkara yang diingini, yang diidamkan, setiap ke-
mahuan, impian dan cita-cita, diusahakan untuk menca-
painya, tidak semuanya akan berhasil atau berjaya mem-
perolehinya. Banyak yang menemui kegagalan. Bersabar
dan terima dengan penuh redha dan rela. Kerana Tuhan
yang lebih mengetahui ke atas tiap sesuatu. Semuanya
tertakluk kepada sukatan dan ketentuan Tuhan. Suatu
kegagalan mungkin dilihat negatif oleh manusia namun
di sebalik itu tersimpan berbagai hikmah yang hanya
Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Terlalu banyak hik-
mah, iktibar, didikan dan pengajaran Tuhan di sebalik
kegagalan itu. Bersyukurlah kerana Tuhan menyimpan
berbagai kebaikan di sisi-Nya. Mudah-mudahan dengan
kegagalan itu akan kekal rasa dan sifat kehambaan, men-
jadi penghapusan dosa kalau pun tidak sampai mening-
katkan darjat.
3. Sering juga terjadi perkara yang kita cita-cita, yang kita
idamkan dan diusahakan untuk mendapatkannya, namun
tersasar dari keinginan asal. Dalam situasi begini, pera-
saan yang wajar ialah terimalah hakikat bahawa kita
manusia ciptaan Tuhan ini tidak memiliki kuasa mutlak.
Yang memiliki kuasa mutlak ialah Tuhan. Lantaran itulah
tidak semua dicapai menurut kehendak dan usaha kita.
Segala usaha itu tidak lebih dari menghadirkan sebab
yang disyariatkan oleh Tuhan. Itu pun dengan maksud

43
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

supaya manusia mendapat pahala dari usaha tersebut.


Yakinlah tiada yang sia-sia dari setiap yang Tuhan anu-
gerahkan serta yakinlah bahawa itulah yang terbaik
untuk kita, cuma kita tidak mengetahui dan memahami-
nya. Setiap sesuatu adalah di bawah takluk dan pentad-
biran Tuhan. Di situ kita mendapat pengajaran bahawa
kalau kita ada kuasa, tentulah kita akan memperolehi
apa yang kita mahukan. Manusia paling berkuasa tetap
tidak terlepas dari mengantuk, sakit, bencana alam, di-
kutuk dan dihina orang, tua, uzur dan mati. Apabila mati,
manusia lain yang menguruskannya untuk disemadikan
di dalam tanah. Selepas itu tidak upaya pula untuk me-
nempuh Padang Mahsyar, Hari Hisab dan akhirnya ke
Syurga atau ke Neraka.
4. Kita juga perlu menerima hakikat bahawa kita juga ber-
usaha menghindari banyak perkara seperti sakit, kema-
langan, kegagalan, ada yang berjaya dan ada yang gagal.
Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang gagal. Di sini
juga kita dapat merasakan bahawa Tuhan mengawal dan
mentadbir tiap-tiap sesuatu. Tuhan Maha adil yang me-
lakukan sesuatu ke atas hamba-hamba-Nya penuh ber-
hikmah. Sedikit sahaja hikmah yang dapat diselami, se-
kadar yang dapat difikirkan oleh akal yang amat terbatas.
Kepelbagaian keadaan yang Tuhan lakukan kepada
manusia itu yang paling utama Tuhan mahu manusia
sentiasa merasa bertuhan, tidak putus hubungan dan
pergantungan kepada yang Maha Berkuasa. Ketika susah
dapat dirasakan didikan Tuhan kepadanya, maka ber-
tambah iman. Ketika senang terasa luasnya rahmat
Tuhan, bertambah pula azam untuk mendekatkan diri
kepada Tuhan. Ketika susah, gagal, sakit, musibah, ben-
cana, terasa pula cubitan kasih sayang dari Tuhan dan
sekaligus sebagai suis otomatik dari Tuhan untuk hamba-
Nya berpaling kepada Tuhan. Andainya memahami

44
www.SayangiKeluarga.com

HIDUP BERSAMA TUHAN

hakikat ini, alangkah beruntungnya kerana setiap situasi


tidak putus dari rasa kehambaan dan rasa bertuhan.
5. Satu aspek yang mungkin amat jarang disedari oleh ma-
nusia iaitu telalu banyak perkara dan peristiwa yang
telah, sedang dan akan berlaku adalah sesuatu yang tidak
pernah terlintas atau terfikir. Sama ada sesuatu perkara,
kejadian dan peristiwa itu berkait secara langsung dengan
kita atau tidak ada kena mengena dengan kita. Keadaan
ini yang paling banyak berlaku. Kalau ada yang mahu
memikirkannya sering terhenti setakat kajian sebab dan
akibat. Sekadar berfikir tentang punca sesuatu perkara
atau peristiwa itu berlaku. Amat jarang bahkan hampir
tiada yang mahu mengaitkan dengan Tuhan. Jarang atau
hampir tiada yang mahu melihat dan merasakan bahawa
Tuhan yang menjadikan tiap-tiap sesuatu.
Sebab akibat memang merupakan ketentuan atau sun-
natullah. Namun apakah sebab itu bukan dari Tuhan?
Sesuatu akibat yang bermula dari sebab, sedangkan sebab
itu Tuhan juga yang datangkan untuk menghasilkan
akibat. Tuhan hendak menghasilkan kesembuhan dari
sebab ubat, ubat itu juga datangnya dari Tuhan. Tuhan
hendak kenyangkan manusia dengan sebab makan, ma-
kanan itu juga dari Tuhan dan Tuhan yang ciptakan ma-
kanan. Tuhan yang tadbir dengan menentukan jenis
benda yang hendak dimakan. Ertinya tidak pula boleh
makan sebarang benda seperti batu, kayu, plastik atau
besi.
Peristiwa atau kejadian yang tidak pernah diduga, yang
berlaku di luar diri atau tiada kaitan dengan diri ber-
tujuan untuk menjadi iktibar teladan dan pengajaran.
Menjadi peringatan bahawa bila-bila masa sahaja ke-
jadian yang sama boleh menimpa diri. Bila-bila masa
tanpa disangka, giliran kita akan menerima nasib yang
sama. Oleh itu bersedia dan waspadalah. Hari ini kita

45
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

mendengar puluhan orang mati mendadak kerana le-


tupan bom. Esok tanpa diduga mungkin giliran kita pula
tetapi dengan punca yang berbeza. Hari ini kita dikejut-
kan dengan peristiwa mati beramai-ramai kerana kapal
terbang terhempas, atau banjir lumpur, atau tsunami atau
tanah runtuh. Esok lusa orang lain pula terkejut men-
dengar berita kematian kita kerana tercekik ikan puyu,
atau jatuh katil, atau dilanggar lori, atau kita langgar
lori dan sebagainya.
Tuhan berbuat tidak mengira siapa. Di sisi Tuhan se-
luruh makhluk itu sama sahaja. Hidup di dunia ini
sementara sahaja bahkan amat sekejap. Akhirat yang
kekal abadi. Bandingan Akhirat dengan dunia dari segi
masa ialah sehari di Akhirat sama dengan seribu tahun
di dunia. Ertinya dinisbahkan Akhirat, kehidupan kita
ini hanyalah sekitar satu jam sahaja.
Apa sahaja yang Tuhan lakukan ke atas makhluk-Nya
kita tidak berhak mempersoalkannya lebih-lebih lagi
tiada hak untuk memprotesnya. Tuhan punya kuasa
mutlak, terpulang kepada Tuhan untuk berbuat apa
sahaja. Hamba hendaklah merasai diri itu adalah hamba
dengan serba-serbi kekurangan, kedhaifan, lalai, leka dan
banyak menderhakai Tuhan. Sekaligus hendaklah me-
rasai bertuhan, iaitu rasa-rasa yang selayaknya bagi
Tuhan. Jangan sekali-kali menyalahkan Tuhan atau buruk
sangka terhadap Tuhan. Dan jangan mengistimewakan
diri sendiri. Ketika gagal dikatakan takdir Tuhan, ketika
berjaya dianggap diri pandai, istimewa, luar biasa. Ini
sangat tidak beradab dengan Tuhan. Hakikatnya kedua-
dua keadaan itu dari Tuhan. Namun sebagai hamba yang
wajib beradab dengan Tuhan, maka ketika gagal dirasa-
kan kesalahan dan dosa diri, ketika berjaya anggaplah
sebagai anugerah Tuhan.

46
www.SayangiKeluarga.com

HIDUP BERSAMA TUHAN

Lima situasi kehidupan inilah di antara maksud hidup


bersama Tuhan. Penjelasan ringkas ini sudah memadai untuk
memahamkan kita bagaimana untuk meletakkan diri sebagai
hamba kepada yang Maha Pencipta. Di situlah nanti bakal
menemui rahsia kebahagiaan yang sebenar. Menjadikan
hidup penuh ceria, optimis, tenang dan senang. Tidak ada
rasa keluh kesah, gelisah, putus asa dan kecewa.

47
www.SayangiKeluarga.com

Semua Manusia
4 Perlukan Kasih Sayang

S iapa sahaja atau setiap manusia memerlukan


kasih sayang. Kerana kasih sayang adalah fitrah
semula jadi semua manusia. Dengan lain perkataan,
semua manusia mahu dikasihi dan mahu mengasihi.
Ketiadaan kasih sayang maka hilanglah bahagia dan hidup
menderita, biarpun kaya raya dan banyak harta. Hari ini
manusia amat pahit untuk menerima kenyataan bahawa
manusia sudah kehilangan kasih sayang. Implikasi atau
akibatnya ialah manusia hidup nafsi-nafsi, ego, sombong,
terlalu mementingkan diri sendiri. Lantaran itu sering ber-
krisis, bermusuh, hasad dengki, iri hati, bergaduh, tindas
menindas, zalim menzalimi, jatuh menjatuh, berbunuhan
bahkan berperang.
Tiada siapa mempedulikan kesusahan dan penderitaan
orang lain, sama ada penderitaan lahiriah mahu pun penderi-
taan perasaan. Yang miskin papa kedana terbiar sendiri
bergelut dengan serba serbi kesusahan. Golongan yang
berkuasa dan berada pula asyik memikirkan bagaimana
untuk kekal berkuasa dan menambah harta. Manusia yang

48
www.SayangiKeluarga.com

SEMUA MANUSIA PERLUKAN KASIH SAYANG

bermasalah tidak tahu di mana tempat hendak mengadu


untuk mengatasi masalah. Andainya terdapat pihak atau
golongan yang serba sedikit ada kesedaran untuk menyele-
saikan masalah, tidak tahu pula memberi jalan penyelesaian.
Apa yang berlaku ialah sama ada masalah tidak selesai atau
dapat menyelesaikan satu masalah, timbul pula side-effect
yang banyak. Akhirnya masalah semakin kronik dan berlapis-
lapis. Contohnya pemberian jarum dan kondom percuma
kepada penagih dadah. Kesan yang amat buruk padahnya
untuk jangka panjang, tanpa disedari ialah anak-anak seawal
usia lapan tahun sudah bertanyakan apa itu kondom.
Puncanya ialah kerana isu itu diperkatakan secara terbuka
oleh beberapa pihak.
Ada pula masalah yang cuba di atasi oleh pencetus ma-
salah itu sendiri. Contohnya masalah pelajar-pelajar yang
terlibat dengan gejala negatif di sekolah. Guru yang menjadi
pencetus masalah pelajar hasil didikan yang salah ter-
utamanya ketiadaan kasih sayang, guru-guru itu pula yang
berusaha untuk mengatasi masalah yang mereka sendiri
mencetuskannya. Kalau guru-guru itu berupaya mengatasi
masalah atau mereka tahu bagaimana masalah itu berlaku,
tentulah masalah itu tidak berlaku kerana mereka berupaya
mencegah lebih awal. Tidak mencegah sama sahaja dengan
tidak tahu mengatasi masalah yang berlaku. Sama juga
dengan ibu bapa yang dari merekalah anak-anak dilanda
berbagai masalah, sikap buruk, tiada akhlak dan ganas.
Kerana berpunca dari ibu bapa yang tidak pandai mem-
berikan kasih sayang, atau salah cara dalam memberi kasih
sayang.
Tuhan jadikan fitrah semula jadi manusia sama sahaja.
Apa sahaja yang fitrah kita sukai, itu juga yang fitrah orang
lain sukai. Apa sahaja yang fitrah kita membencinya, begitu
jugalah yang dibenci oleh fitrah orang lain. Fitrah kita suka-
kan kejayaan, kebahagiaan, kebaikan, kebersihan, kasih

49
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

sayang, dihormati, maka fitrah orang lain pun sama sahaja.


Fitrah kita membenci kejahatan, kekotoran, kekacauan, ego,
sombong, dengki, kegagalan, mundur, jahil dan seumpama-
nya. Maka fitrah orang lain membenci perkara yang serupa
juga. Sifat fitrah manusia juga tidak berubah mengikut
zaman dan tempat.
Namun apabila fitrah itu tidak dijaga, dikawal, dididik,
disuburkan, ianya akan rosak. Apabila fitrah itu sangat ter-
dedah kepada proses didikan dan suasana sekeliling yang
rosak, maka fitrah itu turut rosak. Dalam konteks topik yang
diperkatakan ini, semua manusia amat mendambakan kasih
sayang. Dan sangat benci kepada krisis dan permusuhan.
Kita akan rasa amat menderita dan terseksa andainya kita
dibenci atau tidak dihormati oleh orang lain. Kita amat kesal
andainya kita tahu orang lain iri hati, dengki atau meluat
kepada kita, begitulah sifat fitrah itu. Sama juga dengan
orang lain, akan berperasaan yang sama sekiranya mereka
mengalami atau menerima nasib yang sama.
Begitulah pentingnya kasih sayang sesama manusia. Kasih
sayang mesti berlaku dua hala atau berlaku antara dua pihak.
Saling memberi kasih sayang dan saling menerima dan mera-
sainya. Barulah erti kasih sayang itu benar-benar berkesan
dan bermakna. Sehingga akan terzahirlah natijahnya iaitu
perpaduan yang utuh. Tanpa kasih sayang, laungan perpadu-
an hanya akan tinggal menjadi slogan kosong yang tidak
akan menjadi realiti.
Mula-mula mari kita lihat dahulu orang yang yang me-
miliki ciri-ciri kasih sayang:
1. Lemah lembut
Biarpun dalam keadaan yang tercabar atau keadaan yang
boleh menimbulkan kemarahan, dia tetap mampu
mengekalkan sikap lemah lembut. Kalau pun hendak
menyampaikan teguran, tetap dengan lemah lembut.

50
www.SayangiKeluarga.com

SEMUA MANUSIA PERLUKAN KASIH SAYANG

Mengekalkan sifat atau sikap lemah lembut ertinya


mengekalkan hubungan baik dengan orang atau pihak
lain. Terutamanya dalam mendidik, memimpin dan mem-
beri tunjuk ajar akan berakhir dengan kegagalan
sekiranya berlaku retak hubungan. Selain itu bukankah
fitrah semula jadi manusia menyukai lemah lembut.
Kalau marah sekali pun orang lain tidak dapat
mengesannya kerana marah dalam kelembutan.
Lawan kepada lemah lembut ialah kasar, keras, bengis,
baran, mudah naik berang, menengking, herdik, marah-
marah. Kadang-kadang manusia menolak nasihat dan
tunjuk ajar itu berpunca dari sikap keras dan kasar. Tuhan
memerintahkan kepada Nabi Musa a.s. supaya berlemah
lembut terhadap Firaun dengan harapan hati Firaun men-
jadi lembut dan dapat menerima kebenaran. Berdasarkan
perintah Tuhan kepada Nabi Musa a.s. itu ada dinyatakan
bahawa kebenaran dihubungkan dengan sikap lemah
lembut. Ertinya kebenaran yang juga diingini oleh fitrah
semula jadi manusia itu mestilah juga melalui jalan yang
disukai oleh fitrah iaitu sifat lemah lembut.
2. Lunak dalam berkata-kata
Kata-kata yang lunak dengan bahasa yang indah, ayat
yang tersusun, isi yang padat dan bernas dapat memukau
dan menjinakkan hati manusia. Sayidina Umar r.a.
terbuka hati untuk masuk Islam bermula dari mendengar
keindahan wahyu Tuhan. Begitu juga sabda Rasulullah,
sangat padat dan bernas, disampaikan pula dengan nada
yang lunak.
Lawan kepada perkataan lunak ialah caci maki,
sumpah seranah, menengking, herdik, meninggi suara,
perkataan kesat, lantang dan memperlekehkan. Dalam
keadaan begini orang akan menjauhkan diri. Biarpun
mungkin tidak berani atau tidak berpeluang menjawab

51
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

kembali, namun orang lain akan mendiamkan diri dan


memendam rasa. Mungkin secara lahirnya masih dekat
namun sudah jauh dari sudut hati dan perasaan.
3. Pemaaf
Tuhan amat luas rahmat-Nya berbanding kemurkaan-
Nya. Salah satu rahmat Tuhan ke atas hamba-Nya ialah
melalui sifat Pengampun dan Pemaaf-Nya. Kita sendiri
dapat rasakan betapa seksanya perasaan andainya ada
orang yang tidak mahu memaafkan kesalahan kita. Sebab
itulah ajaran Islam sangat menganjurkan saling meminta
maaf bagi yang bersalah dan memberi maaf kepada yang
bersalah. Biarpun Tuhan menetapkan sebagai syariat-Nya
iaitu bunuh dibalas bunuh namun memberi maaf adalah
lebih baik. Sekiranya ahli waris yang dibunuh itu mem-
beri maaf ke atas pembunuh, maka berhaklah hakim
menggugurkan hukuman bunuh tersebut. Tuhan sebut
dengan istilah ‘lebih baik’ itu menurut baik di sisi Tuhan,
yang tiada bandingan dan tidak dapat difikirkan oleh
akal manusia. Tentulah Tuhan memberi ganjaran yang
amat besar kerana ahli waris terpaksa mengorbankan
perasaan untuk memaafkan si pembunuh. Pembunuh
boleh hidup bebas sedangkan mereka kehilangan ahli
keluarga yang disayangi dan mungkin juga kehilangan
tempat bergantung. Kesan positifnya kepada kehar-
monian masyarakat juga amat besar, sekurang-kurangnya
boleh mengingatkan pembunuh tersebut. Kalau selama
ini kerjanya membunuh orang, mungkin dengan sebab
dimaafkan maka dia insaf, bertaubat dan berhenti mem-
bunuh. Tenteramlah kehidupan masyarakat.
Begitulah indahnya ajaran Tuhan yang menganjurkan
sifat pemaaf, hingga sanggup ke tahap memaafkan orang
yang membunuh, iaitu berbuat baik kepada orang yang
berbuat jahat kepada kita. Ganjaran besar dari Tuhan

52
www.SayangiKeluarga.com

SEMUA MANUSIA PERLUKAN KASIH SAYANG

yang menanti di Akhirat kelak ialah ‘bighairi-hisab’, iaitu


masuk Syurga tanpa hisab.

4. Mengasihi orang lain seperti mengasihi diri


sendiri
Sikap begini amat mudah disebut tetapi amat sukar untuk
dipraktikkan. Ini kerana kita berada di zaman manusia
sudah amat mencintai duniawi. Mencintai duniawi
menjadikan manusia mementingkan diri sendiri. Manusia
yang mencintai Tuhan dan mengutamakan Akhirat sahaja
yang lenyap kepentingan diri dan mengasihi orang lain
seolah-olah orang lain itu adalah sebahagian daripada
dirinya. Bahkan Rasulullah SAW dan para sahabat
bersikap lebih istimewa daripada itu iaitu lebih mencintai,
mengasihi, mementingkan dan mengutamakan orang lain
berbanding diri sendiri.
Sikap ini akan dapat dilihat bila mana seseorang itu
apa yang dia inginkan kepada dirinya begitulah dia
inginkan kepada orang lain. Kegembiraan orang lain
adalah kegembiraan dirinya. Apa yang mendukacitakan
orang lain itu juga perasaannya. Kalau dia mahu berjaya
dan hidup bahagia, maka itu juga yang diharapkan
berlaku kepada orang lain. Kalau dia mahukan iman dan
taqwa, dia juga mengusahakan orang lain untuk turut
beriman dan bertaqwa. Kalau dia mahukan keselamatan
dunia dan Akhirat maka dia juga turut berjuang untuk
keselamatan orang lain.

5. Bela membela
Apabila adanya perasaan kasih kepada orang lain itu
sama seperti mengasihi diri sendiri, maka buahnya ialah
sangat bela membela. Bela membela ini bukan terhenti
kepada aspek-aspek lahir sahaja bahkan menjangkau hal-
hal maknawiyah seperti saling memberi nasihat dan

53
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

peringatan, saling berkongsi perasaan dan saling doa


mendoa. Salah satu doa yang sangat makbul ialah apabila
doa yang kita pohon untuk diri itu dipanjatkan kepada
Tuhan untuk orang lain. Sehingga ada keterangan dalam
Hadis Qudsi yang bermaksud kira-kira:
“Seseorang yang berdoa untuk orang lain, Tuhan mak-
bulkan untuk dirinya sebelum dia mengangkat tangan
untuk berdoa.”
Pembelaan dalam aspek lahiriah, apa yang berlaku da-
lam sejarah, para sahabat sanggup bergalang ganti nyawa
sesama mereka. Mereka merasakan orang lain lebih
berhak untuk hidup berbanding diri sendiri.
6. Saling prihatin
Dalam masyarakat yang berkasih sayang, mereka sangat
peka dengan keadaan orang lain. Sering bertanya khabar,
jenguk menjenguk, saling mengambil tahu situasi dan
nasib kehidupan orang lain. Makanan yang dimakan
setiap hari, pakaian yang membalut tubuh, rumah yang
selesa, kereta yang dinaiki, semuanya menjadikan akal-
nya berfikir terhadap nasib mereka yang terlibat menye-
diakannya. Hati dan perasaan sering diusik oleh rasa
terhutang budi dan jasa. Kalau pun tidak berpeluang
membalasnya, paling kurang didoakan ke atas mereka
semua.
7. Mengenang budi dan jasa
Orang yang memiliki sifat kasih sayang sanggup mem-
balas kejahatan dengan kebaikan. Orang yang memu-
suhinya didoakan agar diberi petunjuk dan pimpinan
Tuhan. Betapalah terhadap orang yang berbudi dan
berjasa, tentu lebih-lebih lagi dikenangnya hingga akhir
hayat. Siapa sebenarnya yang berbudi dan berjasa kepada
kita? Terdapat dua kelompok iaitu yang secara langsung,
diketahui dan disedari dan dapat dirasai yang mereka

54
www.SayangiKeluarga.com

SEMUA MANUSIA PERLUKAN KASIH SAYANG

itu berbudi dan berjasa kepada diri kita. Antaranya ialah


ibu dan ayah, guru-guru, pemimpin, pemandu, tukang
rumah, pembantu rumah, tukang kebun. Satu kelompok
lagi yang tidak terkira ramainya dan berlaku tanpa
disedari, tidak secara langsung dan kadang-kadang tidak
dapat dirasai jasa mereka. Jasa mereka tidak ketara.
Antaranya ialah petani, nelayan, buruh pengangkat
sampah, elektrik dan air yang tersalur ke rumah, pakaian,
kenderaan, kemudahan infrastruktur dan sebagainya.
Lantaran itulah maka amat wajar memberi kasih sayang
kepada semua orang kerana mungkin mereka semua
terlibat berjasa kepada kita secara tidak langsung.

Buah daripada sifat kasih sayang ini maka lahirlah masya-


rakat yang sangat memiliki rasa bersama dan bekerjasama,
bertolong bantu, berlapang dada dan bertolak ansur antara
satu sama lain, tidak menyinggung perasaan orang lain atau
tidak mengguris hati. Tidak mudah ‘merempuh’ sebarangan
terhadap perbezaan pendapat. Tawadhuk, tidak ego, tidak
sombong dan tidak mementingkan diri, kerana merasakan
bahawa tiada siapa dapat hidup sendirian melainkan san-
dar menyandar, saling memerlukan, saling berbudi dan
berjasa.
Untuk dapat memiliki ciri-ciri kasih sayang, setiap anggota
masyarakat perlulah berusaha bersungguh-sungguh melaku-
kan sekurang-kurangnya tiga perkara:

1. Mencintai Tuhan
Apabila mencintai Tuhan, otomatik kasih sayang akan
terjadi. Orang yang mencintai Tuhan termasuk mencintai
setiap ciptaan Tuhan terutamanya manusia. Sedangkan
haiwan, tumbuhan dan benda-benda lain seperti rumah,
kereta, harta benda pun manusia sayangi, betapalah ma-
nusia yang memang memiliki perasaan. Selain itu,

55
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

apabila mencintai Tuhan, sebagai respon daripada-Nya


atau sebagai balasan daripada-Nya, maka Tuhan per-
tautkan hati-hati dengan perasaan saling berkasih sayang.

2. Korbankan Perasaan
Maksud mengorbankan perasaan ialah apa sahaja sifat-
sifat keji atau mazmumah atau sikap negatif hendaklah
ditahan, dipendam atau ditelan. Biarpun sedikit men-
derita, sakit dan terseksa perasaan kerana membendung
perasaan, namun terpaksa dipendam untuk mengelak
daripada terkena kepada orang lain. Sifat-sifat mazmu-
mah itu ibarat racun yang merosakkan masyarakat.
Sekiranya semua anggota masyarakat mampu menelan
kepahitan ini, harmonilah kehidupan keluarga dan
masyarakat.
Manakala semua sifat-sifat mahmudah, sifat-sifat
terpuji atau positif hendaklah dilepaskan. Ertinya yang
terzahir atau yang terlihat pada peribadi ialah tabiat,
sikap, akhlak yang baik-baik sahaja. Andainya sanggup
korbankan perasaan sendiri, nescaya akan berlakulah
saling berkasih sayang sesama anggota masyarakat.

3. Role Model Pemimpin Kasih Sayang


Mesti ada role model terutamanya pemimpin. Siapakah
itu pemimpin? Iaitu sesiapa yang status sosialnya paling
atas. Umpamanya ayah dalam keluarga, guru-guru di
sekolah, penghulu di peringkat mukim, wakil rakyat di
peringkat kawasan pilihan raya, menteri besar di pering-
kat negeri dan seterusnya. Sama jugalah pemimpin dalam
jemaah, persatuan, syarikat dan sebagainya.
Pemimpin mesti menjadi role model dalam kasih sa-
yang. Antara pemimpin dengan pengikut umpama kayu
dengan bayangannya. Apabila bayang kayu itu bengkok,
sudah pasti kayunya bengkok. Oleh itu untuk melahirkan

56
www.SayangiKeluarga.com

SEMUA MANUSIA PERLUKAN KASIH SAYANG

masyarakat berkasih sayang, mesti ada dalam masyarakat


itu pemimpin yang memiliki ciri-ciri kasih sayang dan
sekaligus mendidik, mengajar, membimbing para pengi-
kutnya dengan kasih sayang. Perbandingannya, kalau
pemimpin hendak memberi duit, dia kenalah ada duit.
Mustahil pemimpin yang tiada ciri-ciri kasih sayang hen-
dak memberi sesuatu yang tiada pada dirinya, sebaliknya
mengharapkan wujudnya pengikut yang berkasih sayang.

Persoalan kasih sayang adalah faktor yang amat penting


untuk mewujudkan masyarakat harmoni, termasuklah dalam
kehidupan keluarga dan rumahtangga. Dalam bab ini per-
soalan kasih sayang dihurai secara umum, tidak difokuskan
secara khusus kepada keluarga. Sebenarnya rumahtangga
atau keluarga itu merupakan institusi masyarakat yang
paling kecil. Mengambil panduan ini dan dipraktikkan dalam
masyarakat yang kecil, maka akan lebih mudah pula apabila
hendak dibawa ke dalam masyarakat yang lebih besar. Kalau
ciri-ciri rumahtangga kasih sayang tidak ada, maka akan
lebih sukar untuk dipraktikkan dalam masyarakat yang lebih
besar. Dan panduan yang sama juga boleh dibawa ke pe-
ringkat negara dan seterusnya ke peringkat ummah.

57
www.SayangiKeluarga.com

Ego Menghancurkan
5 Keharmonian

R asulullah SAW bersabda:


Maksudnya: “Sejahat-jahat hamba adalah se-
orang hamba yang sombong dan melupai Tuhan
yang Maha Tinggi.”
Rasulullah SAW bersabda lagi:
Maksudnya: “Sejahat-jahat hamba ialah hamba yang
mengikut hawa nafsunya.”
Dari dua hadis ini, dapat kita lihat ada tiga perkara penting
iaitu:
1. sombong
2. lupa dengan Tuhan yang Maha Tinggi
3. ikut hawa nafsunya.
Inilah penyakit-penyakit masyarakat, penyakit dunia,
penyakit individu, penyakit rumahtangga, penyakit keluarga,
penyakit bangsa, penyakit etnik dan penyakit semua ma-
nusia. Yang menjadikan dunia huru hara, menjadikan ma-
nusia pecah belah, hilang kasih sayang, jatuh menjatuhkan,
menjadikan manusia selalu bergaduh berkelahi, fitnah

58
www.SayangiKeluarga.com

EGO MENGHANCURKAN KEHARMONIAN

menfitnah dan kemuncaknya berlaku peperangan demi


peperangan. Maka jadilah dunia ini neraka sebelum Neraka
di Akhirat. Manusia tidak mahu ini semua sebab ia menyu-
sahkan, mengharu-birukan, menghilangkan bahagia dan
ketenangan, menjadikan manusia takut dan bimbang, tetapi
manusialah yang mencetuskan peperangan itu. Rupanya apa
yang manusia tidak mahu, manusia juga yang melaku-
kannya. Apa yang manusia takut, itulah yang dibuat oleh
manusia. Apa yang manusia tidak hendak, itulah yang
dilakukan mereka setiap hari. Manusia tidak tahu macam
mana hendak menyekat keadaan ini. Benda yang terjadi pada
kita, kita tidak tahu bagaimana hendak menghentikannya.
Perbuatan manusia telah menjerat manusia sendiri.
Rupanya semua itu berlaku kerana tiga penyakit tadi iaitu
ego, lupakan Tuhan dan ikutkan nafsu. Bila ada ego dan
lupakan Tuhan, maka nafsulah yang menjadi Tuhan. Penyakit
ego ini adalah pokok, bukannya buah. Sebab itu Rasulullah
SAW kata sejahat-jahat hamba adalah yang sombong. Dari
pokok sombong ini, lahirlah buah pemarah, hasad, lahir
fitnah menfitnah dan sifat payah hendak menerima ke-
benaran. Lahirlah sifat tidak mampu memberi maaf, tidak
suka meminta maaf dan prejudis dengan orang lain. Ini
adalah buah-buahnya.
Apabila seseorang itu pada dirinya ada ego yakni pokok
mazmumah atau sifat-sifat keji, maka bila ada pokok, ia akan
membuahkan berbagai jenis buah mazmumah. Sama ada
besar atau kecil. Sama ada dia sedar atau tidak. Ego ini ada-
lah penyakit pertama yang lahir di dunia. Ia dari iblis. Siapa
yang ada pokok sombong, ertinya dia bukan ikut kepada
Tuhan tetapi ikut iblis. Dahsyatnya pokok sombong yang
boleh melahirkan bermacam-macam mazmumah, yang
sangat menyusahkan hidup manusia. Bila sudah ikut iblis
kerana ada sifat sombong maka iblislah Tuhannya. Maka
apa yang hadis nyatakan, yang lupa Tuhan yang Maha Tinggi,

59
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

itu sifat iblis. Bila iblis jadi Tuhan, walaupun hatinya tidak
katakan iblis itu Tuhannya, hakikatnya dia sudah bertuha-
nkan iblis maka dengan sendirinya dia lupakan Tuhan yang
sebenar. Dia besarkan iblis, dia agungkan iblis dan lupa
mengagungkan Allah SWT. Begitulah bila pokoknya sudah
wujud, lahirlah macam-macam buah mazmumah.
Kalau tidak ada pokok, mungkin hanya ada satu-satu
bentuk mazmumah sahaja, tetapi kalau pokok yang tumbuh,
ia melahirkan buah yang banyak iaitu buah yang merosakkan
kehidupan manusia, merosakkan sesama kawan dan mero-
sakkan negara. Bila ada pokok ini maka sempurnalah maz-
mumahnya. Maka iblis jadi Tuhannya. Kalau iblis yang dia
ingat, tentulah dia lupakan Tuhan. Jadi bila iblis sudah ada,
dia lupakan Tuhan maka nafsu pulalah menjadi tuhannya.
Apa kata Allah SWT tentang nafsu di dalam Al-Quran:

Maksudnya: “Sesungguhnya nafsu itu sangat menga-


jak kepada berbuat jahat.” (Yusuf: 53)
Nafsu itu bukan sahaja ia jahat bahkan ia sangat mengajak
orang buat kejahatan. Sudahlah nafsu itu sendiri jahat, ia
juga sangat mengajak orang buat kejahatan. Jadi bila orang
sudah bertuhankan nafsu, di samping bertuhankan iblis tadi
maka lahirlah faham individualisma. Orang yang faham
individu ini, dia fikir, “Aku nak senang, orang tidak senang
dia punya pasal. Aku fikir aku, jiran mati, itu dia punya
pasal.” Dahsyatnya bila ada ego, lupa Tuhan maka nafsu
memainkan peranan. Nafsu bukan sahaja jahat bahkan
sangat mengajak orang buat kejahatan. Nafsu itu sifatnya
berkehendak dan merangsang sama ada yang halal atau
haram. Apa yang dia hendak itu dibawa pada diri, hanya
untuk dirinya, tidak dibawa pada keluarga, apatah lagi jiran
dan masyarakat. Padahal kalau dia berfikir, bila bangsa rosak,

60
www.SayangiKeluarga.com

EGO MENGHANCURKAN KEHARMONIAN

dia salah seorang yang akan rosak sama. Tetapi kerana


penyakit individualisma, dia tidak fikirkan itu semua. Sebab
itu Tuhan berfirman:
Maksudnya: “Tidakkah engkau lihat orang yang men-
jadikan nafsu itu tuhannya.”
Tetapi kalau kita cakap, “Awak ni bertuhankan nafsu,”
dia marah, dia tidak terima.
Bala bencana yang berlaku dalam diri hingga orang marah
dan benci adalah kerana nafsu sudah kita jadikan tuhan.
Begitulah bala yang berlaku antara suami isteri kerana sifat
individualisma itu. Isteri fikir isteri dan suami fikir suami.
Sifat individu ini menyebabkan dia tidak fikirkan keluarga
sekalipun anaknya. Kadang-kadang anak-anak diperalatkan
untuk kepentingan diri. Mak ayah diperalatkan, suami atau
isteri diperalatkan untuk kepentingan diri sendiri. Jemaah
diperalatkan untuk kepentingan diri. Begitu juga gurunya,
etniknya dan bangsanya, diperalatkan untuk kepentingan
dirinya. Kemudian bila dapat susah, dia kata, “Macamana
ni?”
Kalau sudah ada sombong, otomatik lupakan Tuhan. Ma-
ka nafsu jadi tuhan. Nafsu lebih dahsyat dari iblis sebab nafsu
dari dalam. Iblis ambil peluang bila nafsu tamak, rakus, maka
ia subur-suburkan lagi. Iblis tidak dapat masuk bila nafsu
sudah baik. Ia hanya dapat berbisik dari jauh. Macam orang
pakai baju besi. Boleh tembak tetapi tidak masuk ke dalam.
Tidak lut. Tapi bila nafsu sudah diutamakan, iblis hanya
meniti saja. Nafsu itu highway kepada iblis dan syaitan.
Tiga perkara inilah punca hancurnya diri, hancurnya ru-
mahtangga, masyarakat, negara dan dunia. Disebabkan oleh
tiga perkara yang disebutkan tadi, inilah yang memainkan
peranan dalam kehidupan individu. Kalau dia duduk dalam
jemaah, dia ambil peluang. Lebih-lebih lagi kalau suaminya
jadi ketua dalam jemaah, maka dia alatkan suami untuk

61
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

kepentingan dirinya sama ada secara langsung atau tidak.


Sebab itu bagi orang yang bermadu, walaupun dia kata
poligami itu untuk kepentingan perjuangan, tetapi untuk
praktikkannya payah. Setengah orang kata, “Saya tak ada
ilmu tentang madu.” Betul kah? Banyak orang yang ada ilmu
dan tukang syarah tetapi dia sendiri tidak boleh amalkan
ilmu itu.
Sebab itu kerana sombong, tidak takutkan Tuhan, kerana
perturutkan nafsu, bukan sahaja kalau berpoligami tidak
selesai. Bahkan kalau isteri seorang pun tidak selesai. Con-
tohnya, kalau dia fikir tentang makan. Kalau tidak ada atau
kurang makanan, dia akan kata, “Abang ni tak bertang-
gungjawab.” Kalau ada makanan, dia persoalkan, “Asyik ikan
kembung je. Kembung perut saya. Belilah tenggiri sekali
sekala.” Makan pun jadi masalah. Dia tidak bermadu tetapi
dia bermadu dengan kereta, dengan ayam ikan, dengan
kawan suaminya. Kalau hari cuti, suami dia keluar dengan
kawan, dia kata, “Abang ni asyik dengan kawan aje. Tak fikir
saya.” Madu itu bukan dengan isteri sahaja. Kadang-kadang
dengan masa. Suami balik lambat, “Abang ini masa untuk
pejabat saja. Tak ada masa untuk saya.” Kalau ada madu,
bolehlah tampar untuk lepaskan geram. Kalau bermadu
dengan masa, tanggung sendiri perasaan. Berapa banyak
masalah kerana sifat individualistik. Suami baru beli kereta,
patutnya hujung minggu, duduk-duduk dengan isteri, tetapi
suami asyik basuh kereta. Dia kata, “Abang ni asyik dengan
kereta aje.”
Kalau seorang itu tidak ada sombong, tidak lupakan
Tuhan, nafsu tidak jadi tuhannya maka poligami tidak jadi
masalah. Jangan kata masalah itu kerana bermadu. Ada isteri
yang pecahkan cermin kereta suami kerana suami asyik
dengan kereta. Kerana tiga sifat tadi, kalau ada suami, ia
bergaduh dengan suami, dengan anak-anak dan dengan
anggota jemaah. Sebab itu tiga penyakit ini kena dirawat.

62
www.SayangiKeluarga.com

EGO MENGHANCURKAN KEHARMONIAN

Lebih-lebih lagi kalau hendak jadi pejuang kebenaran. Bukan


senang. Siapa yang bertaqwa, besarlah bantuan Tuhan. Bila
ada penyakit individualisma, ia akan menyusahkan keluarga
dan maysarakat.

63
www.SayangiKeluarga.com

Selesaikan Masalah
6 Dengan Taqwa

P ada masa kekhalifahan Sayidina Abu Bakar As-


Siddiq r.a, Sayidina Umar Al-Khattab r.a pula meme-
gang jawatan sebagai Kadhi (hakim). Suatu hari
Sayidina Umar mengemukakan satu usul kepada Khalifah
Abu Bakar r.a. Berkata Sayidina Umar, “Aku memohon
dibebaskan daripada jawatan ini.”
Khalifah Abu Bakar r.a sungguh terkejut mendengar usul
Sayidina Umar tersebut dan bertanya, “Terlalu beratkah
tugas tersebut, ya Umar?”
Sayidina Umar menjawab, “Tidak, ya Khalifah Rasulullah.
Tetapi aku sudah tidak diperlukan lagi untuk menjadi Kadhi
kepada kaum Muslimin. Mereka semua sudah bertaqwa dan
tahu kewajipan masing-masing sehingga tiada yang menun-
tut lebih daripada haknya. Mereka tahu kewajipan sehingga
tiada seorang pun yang merasa perlu menguranginya.
Mereka menyintai saudaranya yang lain seperti menyintai
dirinya. Kalau salah seorang tidak hadir, mereka mencarinya.
Kalau ada yang sakit mereka menziarahinya. Kalau ada yang
tidak mampu, mereka membantunya. Kalau ada yang

64
www.SayangiKeluarga.com

SELESAIKAN MASALAH DENGAN TAQWA

memerlukan pertolongan, mereka segera menolongnya.


Kalau ada yang kena musibah mereka menyampaikan rasa
dukacita. Agama mereka adalah nasihat. Akhlak mereka
adalah amar makruf dan nahi mungkar. Kerana itulah tidak
ada alasan bagi mereka untuk bermusuhan.”
Syariat Islam sahaja yang hendak didaulatkan tanpa ter-
lebih dahulu manusia mengenal Allah SWT, takut dan cinta,
membesar dan mengagungkan Allah SWT maka syariat
Tuhan itu sangat tidak dihormati. Selama ini pun realitinya,
di mana saja terdapat manusia yang mengabaikan syariat
Tuhan puncanya ialah kerana manusia tidak takut kepada
Allah SWT. Berapa ramai yang melakukan pelanggaran
syariat, tidak lain puncanya ialah kerana hatinya tidak
merasa kehambaan dan tipisnya rasa bertuhan.
Tanpa bertunjangkan iman dan tauhid yang mendalam,
walaupun berjaya menegakkan hukuman sahaja, namun
orang ramai tidak bertuhan juga. Dan bila-bila masa saja
sangat terdedah kepada pelanggaran hukum dan syariat.
Tidak berbeza dengan pemerintahan kerajaan ideologi.
Malah dalam kerajaan ideologi yang jauh lebih banyak
undang-undang dan hukuman serta lengkap dengan me-
kanisma perlaksanaan undang-undang dan hukuman, itupun
ramai yang berjaya melepaskan diri dari berbagai hukuman.
Ada seribu satu macam cara orang boleh melepasi hukuman
terutamanya pihak yang berkuasa atau punya harta ke-
kayaan.
Golongan yang jarang terlepas ialah rakyat jelata atau
sering diistilahkan sebagai ikan bilis. Undang-undang Islam
jika berjalan atau dilaksanakan bukan atas dasar iman,
mereka yang sabit kesalahan dan menerima hukuman ertinya
mereka dua kali kena hukum. Di dunia sudah terhukum dan
di Akhirat sekali lagi dihukum dengan bakaran api Neraka.
Mengapa pula mereka tidak terlepas dari hukuman Akhi-

65
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

rat? Sebabnya ialah tanpa iman, hukuman dunia tidak meng-


insafkan mereka dan tidak membawa kepada bertaubat. Ini
amat berbeza sama sekali andainya manusia ini beriman.
Di dunia mereka tidak melakukan pelanggaran undang-
undang kerana mereka hidup berpegang kuat kepada syariat
Tuhan. Kalaupun terlanggar juga yang bukan dari kehen-
dak hatinya maka orang beriman akan segera bertaubat. An-
dainya terhukum di dunia, di Akhirat pula mungkin men-
dapat keampunan dan kasih sayang Allah SWT.
Kita tentu membaca sejarah bagaimana adanya orang
yang menyerah diri kepada Rasulullah SAW, mengaku
berzina dan meminta dihukum. Apa yang mendorong orang
itu dengan penuh rela mengaku dan sekaligus minta di-
hukum? Pendorongnya ialah iman, tauhid, takut kepada
Allah SWT.
Satu perkara lagi ialah bukankah lebih baik manusia itu
tidak melakukan pelanggaran syariat yang mana benteng
paling utuh ialah iman. Berbanding dengan membiarkan
masyarakat melanggar syariat yang kemudiannya dihukum.
Dengan kata-kata lain orang yang benar-benar beriman itu
tidak berzina, mencuri atau minum arak dan lain-lain ke-
mungkaran. Inilah pencegahan paling berkesan dan sem-
purna. Iaitu mencegah daripada melakukan maksiat dengan
kekuatan iman berbanding dengan hukuman yang berjalan
setelah orang melakukan kejahatan. Kesimpulannya, hu-
kuman dalam Islam hanyalah jalan keluar terakhir setelah
dilakukan berbagai cara, kaedah, agenda dan program pen-
cegahan terutamanya keimanan dan ketaqwaan.

66
www.SayangiKeluarga.com

Akibat Tidak
7 Bertaqwa

S emua orang menganggap bahkan yakin bahawa


dunia ini dan manusia ini tidak akan selamat kalau duit
tidak cukup, atau ilmu tidak tinggi, atau jawatan tidak
ada dan tidak tinggi atau pembangunan dan kemodenan
tidak tercapai. Tegasnya kalau tidak tiru apa orang Barat
buat, tidak jadi macam Barat, kita tidak akan selamat. Maka
berlumba-lumbalah kita mengejar Barat. Seluruh jentera
kemodenan dan pembangunan dikerahkan ke arah tujuan
tadi. Semua jadi yakin, kalau kita jadi Barat akan bahagialah
hidup, akan senanglah hidup.
Hingga hari ini sedikit sebanyak kita telah membangun
seperti yang kita kehendaki. Negara kita sudah agak maju.
Ekonomi pun seakan-akan sudah pulih, walaupun masih ba-
nyak gerai-gerai Melayu di tepi-tepi jalan menempah sejarah
pendek umur, walaupun ikan-ikan tangkapan Melayu banyak
yang masih menjadi sumber kekayaan kapitalis yang terus-
menerus menghisap darah para nelayan. Dari segi ilmu pun,
boleh dibanggakan memandangkan para lulusan universiti
yang kian bertambah dan orang berdegri bertambah ramai.

67
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

Namun ilmu-ilmuan tadi tetap tidak boleh hidup kalau tidak


diberi gaji. Yang tidak diberi kerja jadi bebanan pula pada
negara. Mereka tetap tidak berdikari untuk membina pem-
bangunan dan perindustrian sendiri. Di samping itu akhlak
lulusan tinggi tetap tidak jauh beza dengan akhlak yang ada
lulusan rendah. Mungkin juga sama bahkan ada yang lebih
teruk lagi. Soalnya hingga di tahap ini, adakah kita sudah
mendapat masyarakat bahagia yang hidup penuh aman
damai?
Memandang pada masalah sosial yang bertimpa-timpa
dan kian kronik dengan masalah tidak habis-habis, tentu
kita belum boleh mengatakan masyarakat kita sudah ba-
hagia. Memang mungkin ada individu-individu atau ke-
luarga-keluarga yang merasainya, tetapi ini bukan majoriti.
Ini tidak boleh mencorakkan masyarakat.
Secara umum penguasa-penguasa atau orang-orang yang
ada kuasa tidak bahagia disebabkan oleh penyakit gila kuasa.
Orang kaya tidak bahagia kerana sering rindu pada harta.
Ulama-ulama tidak bahagia kerana takut periuk nasi ter-
ancam. Ibu bapa hilang bahagia kerana anak-anak derhaka.
Guru tidak bahagia dengan perangai anak muridnya. Pe-
mudi-pemudi tidak bahagia kerana takut diganggu dan takut
jadi andartu. Pemuda hilang bahagia kerana susah hendak
kahwin. Dan macam-macam lagi penyakit yang sedang
meragut kebahagiaan hidup dalam masyarakat kita.
Dalam keadaan ini apakah peranan pembangunan, ke-
modenan, ekonomi, jawatan dan ilmu tinggi tadi? Mam-
pukah ia menyelesaikan masalah ini? Lihat di Barat! Ke-
modenan hidup menghantar manusia ke kancah kehidupan
yang bergelora. Sebagai contoh, sudah ramai orang Barat
yang hidup berdua dengan anjing atau bertemankan kucing
atau itik atau ayam. Kebahagiaan dengan sesama manusia
sudah tiada. Apa erti dengan segala pembangunan tadi?

68
www.SayangiKeluarga.com

AKIBAT TIDAK BERTAQWA

Kebahagiaan sebenarnya bukan terletak pada mata,


tangan, kaki atau benda-benda lahiriah. Rasa bahagia itu
tempatnya di hati manusia. Kalau hati senang, dalam miskin
pun boleh rasa bahagia. Sebaliknya kalau hati rosak binasa
maka ilmu setinggi mana pun, kaya-raya macam mana pun
dan sebesar mana pun pangkat tetap tidak akan bahagia
hidupnya. Itu bukti yang cukup jelas yang memang jadi
pengalaman semua orang. Kerana itu untuk mencapai ke-
bahagiaan hidup seseorang individu mahupun seluruh
masyarakat amnya, apa yang mesti diutamakan ialah men-
didik individu-individu manusia dengan iman dan taqwa.
Bukan dengan duit, pangkat, ilmu tinggi, kemewahan dan
kemodenan.
Iman dan taqwa boleh membuatkan orang miskin terhibur
dengan kemiskinan. Iman dan taqwa boleh membuatkan
orang kaya pemurah dengan hartanya, terhibur kalau dapat
menderma. Iman dan taqwa boleh membuatkan penguasa
rendah hati dengan rakyatnya serta terhibur kalau dapat
berkhidmat pada rakyat. Iman dan taqwa boleh membuatkan
anak-anak terhibur untuk mentaati ibu bapa, isteri suka dan
terhibur untuk taat pada suami, pengikut terhibur untuk
mentaati pemimpin, anak-anak murid terhibur dan hormat
serta kasih pada guru, si gadis jadi malu serta terhibur tinggal
di rumah dan pemuda jadi sungguh-sungguh bertanggung-
jawab.
Bila manusia hidup dalam keadaan itu, barulah duit yang
banyak membawa bahagia. Barulah pangkat tinggi berguna
dan segala kemodenan dan pembangunan akan menjadi
sumber keselesaan hidup yang bermakna.
Hari ini semua itu belum berlaku. Kerana hanya memikir-
kan negara maju, maka yang terus maju ialah negaranya,
bukan orangnya. Yang membangun ialah negara bukan
orangnya. Masyarakat manusia dibiarkan bermain dengan

69
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

nafsu, tidak dihiasi dengan iman dan taqwa. Nafsulah yang


mengatur kehidupan. Sebab itu masyarakat jadi huru-hara.
Saya suka menyenaraikan nafsu yang bersarang dan men-
jadi ‘tuhan’ dalam diri manusia itu.

1. Ulama tanpa taqwa


Bila taqwa tidak ada, maka para ulama akan dikuasai nafsu-
nafsu:
a. Sombong atau ego
b. Ujub dan riyak
c. Hasad dengki
d. Susah untuk menerima kebenaran orang lain
e. Ingin berlawan terutama sesama ulama
f. Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia,
pangkat dan wang ringgit
g. Pemarah
h. Ingin dihormati (gila puji)
i. Kalau mampu, akan hidup bermewah-mewah
Kalau hati tidak bertaqwa, maka mustahil kita temui
mufti-mufti, tuan-tuan kadhi, ustaz-ustaz, tuan-tuan imam
yang merendah diri, yang merasai dirinya kurang, menya-
yangi orang lain sebagaimana mengasihi diri sendiri, ber-
sedia untuk ditegur walaupun oleh kanak-kanak, tidak suka
menunjuk-nunjuk pandai dan hebat, menggunakan ilmu
untuk kepentingan Allah dan kehidupan di Akhirat, mudah
melupakan dan memaafkan kesilapan orang lain, tidak suka
dihormati dan dipuji kerana yang layak dipuji hanyalah
Allah, serta bersifat zuhud dan warak.
Bila tidak ada ulama sebegini, maka umat seolah-olah
ketiadaan lampu. Tinggallah umat dalam gelap-gelita, tidak
tahu halal haram, tidak kenal Quran dan Hadis, tidak kenal
Allah dan alam Akhirat, tidak faham apa yang boleh dan

70
www.SayangiKeluarga.com

AKIBAT TIDAK BERTAQWA

apa yang tidak boleh, juga yang baik dan yang tidak baik.
Maka hidup mereka tidak menentu. Kadang-kadang ke Barat,
kadang-kadang ke Timur, terlanggar ke sana, terlanggar ke
sini, terjunam ke lembah-lembah, tersungkur di jalan-jalan
dan macam-macam kacau-bilau lagi. Jarang dan mungkin
tidak ada langsung yang selamat.
Maka terjadilah apa yang terjadi hari ini. Umat Islam tidak
bertaqwa dan tidak ikut Islam sepenuhnya, kadang-kadang
jadi macam Yahudi, macam Kristian, macam hippies dan ma-
cam-macam lagi. Budaya dan tamadun Islam tidak ada dan
tidak dapat dibangunkan dan diperjuangkan. Yang ada ialah
budaya campur-aduk dan kacau-bilau.

2. Bila pemimpin tidak bertaqwa


Akibat ulama tidak bertaqwa maka mereka tidak dapat men-
didik pemimpin atau penguasa agar menjadi pemimpin yang
bertaqwa. Bila pemimpin tidak bertaqwa, maka hatinya akan
dikerumuni oleh nafsu-nafsu jahat. Antaranya ego, sombong,
takabur, riyak, ujub, menzalimi (diskriminasi), pilih kasih,
gila kuasa, tidak adil, berburuk sangka, berhasad dengki
terutama sesama pemimpin, menggunakan kuasa dan ke-
dudukan untuk kepentingan dunia semata-mata, meng-
hukum sesuka hati, takut dengan rakyat sendiri, bersifat
pemarah dan bermewah-mewah.
Kalau penguasa tidak bertaqwa, sukar sekali untuk kita
cari seorang menteri atau wakil rakyat atau presiden yang
suka merendah diri dan merasakan dirinya setaraf dengan
orang lain, tidak berbangga dengan kuasa, tidak rasa dirinya
istimewa, berlaku adil dan lemah lembut, berbaik sangka,
berkasih sayang sesama pemimpin, menggunakan kuasa
untuk kepentingan Islam dan kehidupan di Akhirat, berhati-
hati ketika menghukum, suka memaafkan dan hidup ala
kadar, iaitu sekadar keperluan.

71
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

Bila hati pemimpin dan sikapnya telah rosak, kotor dan


jahat sekali, maka tentu pimpinannya berjalan dengan
bentuk dan arah yang sama, sama ada mereka sedar atau
tidak, mahu atau tidak mahu. Memimpin bukan untuk
menyelamatkan umat tapi kerana mempertahankan kuasa.
Buat kebaikan bukan secara rela tapi terpaksa, sebab takut
dihukum dan dikata nista oleh rakyat. Berlaku zalim, kejam,
bermewah-mewah, berfoya-foya dengan maksiat dan mung-
kar. Kalau ada pun pemimpin yang baik, yakni tidaklah ber-
buat semua itu, tapi kalau bukan atas dasar taqwa, nescaya
dia akan mencari kepentingan diri dan tidak tahan diuji.
Dan ini akan membawa kepada 1001 masalah kepada dirinya
dan rakyatnya. Sebagai contoh, lihatlah apa yang berlaku
di hadapan mata kita hari ini. Pemimpin yang tidak bertaqwa
telah menjadikan rakyat berpecah-pecah, bergaduh,
bersengit hati sesama sendiri. Bahkan di kalangan mereka
pun sama, berdendam dan berdengki.
Apa alasan dan penyelesaian pada semua itu? Sebab eko-
nomi kurang, sebab kebodohan rakyat, sebab kemajuan tidak
seberapa? Sebab ilmu tidak ada? Sebenarnya semua itu di-
sebabkan manusia-manusia tidak bertaqwa. Yang mana
kalaulah masyarakat kita bertaqwa, nescaya Allah lepaskan
kita dari sebarang kesulitan dan masalah, dan menjadikan
negara kita negara yang aman, makmur dan mendapat keam-
punan Allah SWT.

3. Kalau orang kaya tidak bertaqwa


Kalau orang kaya tidak bertaqwa, maka jadilah hatinya
penuh dengan sombong, ego, suka membazir, riyak yakni
suka menunjuk-nunjuk. Menyalahgunakan harta seperti un-
tuk mengumpan perempuan cantik, rasuah, suka berlumba-
lumba terutama dengan sesama golongan kaya, dalam pesta
itu masing-masing saling mengata.
Lihatlah hari ini, mereka berbangga dengan rumah besar,

72
www.SayangiKeluarga.com

AKIBAT TIDAK BERTAQWA

dengan perabot dan barang kemas yang mahal lagi mewah.


Mereka bercuti ke sana bercuti ke sini. Beli barang bukan
buatan tempatan tetapi diimport dari London atau Itali. Duit
orang kaya lebih banyak dari duit negara. Walhal mereka
tahu bahawa masyarakat mereka miskin. Tabung perjuang-
an Islam sentiasa kosong malah terhutang-hutang, negara
tidak cukup duit untuk membiayai rakyat disebabkan orang
kayanya berhati kejam dan sangat membazir.
Dalam keadaan seperti ini, sampai bila pun manusia tetap
akan berada di dalam keadaan tidak puas hati. Kecualilah
orang-orang kaya sanggup menjadi bank Akhirat, yang mem-
beri pinjaman tanpa riba dan tidak minta dibayar di dunia.
Sebab mereka faham bahawa kekayaan itu adalah pinjaman
Allah, sekaligus sebagai ujian untuk melihat siapa yang sedar
diri tentang asal-usulnya.

4. Orang miskin tanpa taqwa


Orang miskin kalau tidak bertaqwa maka tidaklah selamat
hatinya dari sifat-sifat yang buruk seperti tidak sabar dengan
kemiskinan hingga sanggup mencuri, menyamun, menipu
dan membunuh. Mereka sangat hasad dengki dan sakit hati
dengan orang yang berada. Keinginan untuk kaya sangatlah
tebal hingga bila tidak kaya-kaya juga, mereka jadi putus
asa dengan Allah. Hal-hal yang demikian itu menyebabkan
berbagai jenayah berlaku dalam masyarakat. Rompak,
samun, ragut, seluk saku dan lain-lain bentuk kecurian telah
menjadi pekerjaan tetap sehinggalah bagi sesetengah mereka
telah mendatangkan pendapatan yang lumayan. Hingga
kerana itu, ramai manusia yang ketakutan kalau-kalau
rumahnya dimasuki pencuri.
Padahal tidak sepatutnya perkara-perkara ini berlaku
dalam masyarakat umat Islam. Kerana orang mukmin yang
bertaqwa, kalau dia miskin, dia redha dengan takdir ke-
miskinan itu. Dia tidak merasa terseksa dengan kemiskinan

73
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

di dunia demi mengharapkan kekayaan yang Allah SWT


janjikan di Akhirat.

5. Kaum ibu atau wanita kalau tanpa taqwa


Kaum ibu atau wanita kalau tidak bertaqwa maka kerja me-
reka ialah mengumpat, bersolek untuk menunjuk-nunjuk
pada orang lelaki, gila dunia yakni gilakan perabot, hiasan
gelang, pakaian, hingga lupa pada Allah dan lupa Akhirat.
Seorang isteri yang tidak bertaqwa tidak akan dapat melayan
dan mentaati suami dengan baik disebabkan tidak ada pada
mereka sifat merendah diri pada suami dan sifat memandang
mulia pada suami. Mereka bebas untuk keluar masuk dan
menyusun program sendiri, tanpa memikirkan sangat apa
kata suami.
Bila kaum ibu berada dalam keadaan ini maka rumah-
tangga bukan lagi gelanggang cinta dan kasih sayang, di
mana suami terasa berada dalam sebuah mahligai yang
penuh kebahagiaan di samping anak-anak yang terdidik
dengan kasih sayang dan akhlak mulia dan ilmu yang
berguna.
Oleh kerana semua manusia ini inginkan kasih sayang
dan kebahagiaan, maka jika rumah tidak dapat menyediakan
itu, tentu mereka cari di luar. Lalu jadilah apa yang telah
dan sedang terjadi. Iaitu disko atau kelab malam, dan tempat
manusia mencari kasih dan kebahagiaan secara keji itu sering
penuh, bahkan merupakan satu perniagaan yang sangat
menguntungkan. Ada yang menagih kasih dan bahagia dari
dadah, dari arak dan dari segala hiburan-hiburan yang kotor-
kotor. Mereka menyangka itu semualah kebahagiaan hidup,
tidak ada yang lain lagi. Walaupun mereka sedar bahawa
melakukan semua itu bererti kehinaan dan kebinasaan
hidup.
Sabda Rasulullah SAW:

74
www.SayangiKeluarga.com

AKIBAT TIDAK BERTAQWA

Maksudnya: “Dunia ini ialah perhiasan. Dan perhia-


san yang paling cantik ialah wanita solehah.” (Riwayat
Muslim)
Semua orang tertarik pada perhiasan. Apalagi kalau alat
perhiasan itu adalah sesuatu yang sangat cantik. Jadi, kalau
dalam sebuah rumah itu ada wanita solehah, maka ahli-ahli
rumah itu akan tertarik untuk sentiasa berada di rumah.
Rumah adalah hiburan dan ketenangan hati mereka.

6. Pemuda dan pemudi tanpa taqwa


Kalau pemuda atau pemudi tidak bertaqwa, maka jadilah
mereka manusia yang suka berfoya-foya, bercinta-cintaan
dan berlagak ke hulu ke hilir dan menunjuk-nunjukkan diri.
Bahkan menjadi kutu jalan. Kalau ada kesempatan mereka
akan mengorat tanpa malu bahkan sudah menjadi per-
mainan yang lumrah. Rasa iri hati, cemburu dan hasad
dengki sesama sendiri bersarang penuh dalam hati mereka.
Dan ini semua dapat kita saksikan dalam lakonan hidup
mereka. Mereka sering berangan-angan, khayal dan lalai dari
tugas-tugas yang sepatutnya. Kes-kes zina di kalangan muda-
mudi yang turut melibatkan pelajar-pelajar sekolah sudah
jadi perkara biasa dan seakan-akan mahu dibiarkan ber-
terusan oleh kita.
Mana ada sekolah yang muda-mudinya sedang memper-
juangkan agama, bangsa, negara dan tamadun umat supaya
kita jadi gagah dan mulia di mata dunia. Tidak ada. Sebagai
gantinya mereka itu sedang membina budaya lucah, gila
harta, gila wanita, gila pangkat dan saling berebutan hingga
membuatkan tamadun dan nilai kita jadi lemah dan lembab
sekali. Mereka tidak kerja kalau tidak makan gaji. Masa

75
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

kosong dibuang ke padang bola, bukan memikirkan projek


pertanian, perindustrian dan lain-lain yang sungguh penting
untuk kekuatan umat. Berapa kerat dari muda-mudi Islam
yang dapat tunaikan sepenuhnya tuntutan sembahyang lima
kali sehari itu? Maka sebanyak itu sajalah dari mereka yang
boleh diletakkan harapan, selebihnya adalah pengganggu,
pengacau dan penghalang perjuangan kebenaran.
Muda-mudi yang bertaqwa ialah orang-orang yang serius
terhadap tanggungjawab pada agama, bangsa dan negara.
Mereka menyediakan tenaga, masa, fikiran dan semangat
untuk tugas khalifah Allah di dunia. Mereka sanggup mening-
galkan budaya liar berfoya-foya dan berlagak-lagak serta
bergaya tidak menentu.

Begitulah jauh bezanya antara umat yang bertaqwa dan


tidak bertaqwa. Kalaulah kita dapat capai maqam ini, insya-
Allah akan jadilah kita bangsa dan negara yang aman mak-
mur, seperti yang kita laung-laungkan dan idam-idamkan,
sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT:

Maksudnya: “Negara yang aman makmur dan men-


dapat keampunan Allah.” (Saba: 15)

76
www.SayangiKeluarga.com

Cukuplah Mati
8 Sebagai Penasihat

D alam Al-Quran Tuhan berfirman:

Maksudnya: “Tuhan yang menjadikan mati dan hidup


supaya menguji manusia siapa di kalangan mereka itu yang
baik amalannya.” (Mulk: 2)
Di sini ada dua perkara yang akan dihuraikan:
1. Tuhan jadikan mati dan hidup
2. Tuhan jadikan manusia di dunia untuk diuji, siapakah
yang baik amalannya.

TUHAN JADIKAN MATI DAN HIDUP


Kalaulah kita yang sebut ayat ini, bukan Tuhan yang
menyebutnya tentu kita berfikir secara lojik akal, kita akan
sebut hidup dahulu baru mati. Memang kenyataannya kita
hidup dahulu baru mati. Tapi Tuhan sebut mati dahulu baru
sebut hidup. Tuhan tidak sebarangan menyebutnya, walau
pun satu huruf ada maksud dan hikmah, ada nilai yang besar

77
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

di sisi Tuhan. Secara lojik akal tentu kita berfikir, tidak


kisahlah yang mana dahulu, hidup atau mati. Menurut lojik
akal, kita tidak kira yang mana dahulu tapi Tuhan tidak
begitu. Satu huruf pun yang Tuhan sebut ada maksud, tidak
secara suka-suka.
Mengapakah Tuhan menyebut mati dahulu dan tidak me-
milih hidup dahulu baru mati. Ini menunjukkan Tuhan
hendak tarik perhatian manusia supaya kita memandang
besar perkara mati, lebih daripada soal hidup. Mengapa?
Sebab hidup di dunia hanya sementara. Hidup di Akhirat
selama-lamanya kekal abadi. Hidup di dunia, sudahlah tidak
lama, masa yang ada pun hanya sekejap sangat.
Cuba kita analisa tempoh hidup kita di dunia. Kita tidak
usah fikirlah masa dalam kandungan, bayi, kanak-kanak dan
sebelum baligh, itu tidak ada erti apa-apa. Kehidupan se-
orang manusia itu sejak lahir sahaja hingga menjelang ba-
ligh, tidak ada erti apa-apa. Sebab masa itu manusia tidak
ada kebebasan, hidupnya betul-betul bergantung pada ibu
dan ayahnya. Sebahagian masa kita sedar, sebahagiannya
tidak. Sejak waktu bayi sampai usia lima tahun kita tidak
sedar. Dari lima tahun hingga baligh baru sedar, itupun tidak
indah, keadaannya terkongkong oleh ibu dan ayah. Masa
yang kita hendak ambil kira ialah sejak mula baligh, secara
puratanya umur 12 tahun.
Kita akan kira dari umur kita 12 tahun. Paling lama berapa
tahun manusia hidup? Katalah hidupnya 100 tahun. Jadi
hidup prime time kita kira 100 kurang 12 tahun, iaitu 88
tahun. Tapi katalah dari umur 80 hingga 100 tahun sudah
nyanyuk, jadi 20 tahun itu sudah tidak di kira. Kita tolak
lagi 88 dengan 20, jadi tinggal 68 tahun sahaja. Hidup selama
68 tahun itu pun jarang dapat, mungkin dalam 1000 orang,
seorang sahaja. Tapi pada umumnya, panjang masa manusia
dapat hidup adalah sekitar 40 hingga 50 tahun sahaja masa

78
www.SayangiKeluarga.com

CUKUPLAH MATI SEBAGAI PENASIHAT

primanya, setelah itu mati. Jadi kita hendak bahaskan masa


yang 50 tahun ini.
Di sini Tuhan hendak mengambil perhatian kita supaya
besarkan Akhirat. Walaupun kita hidup istimewa, sejak lahir
sahaja sudah berada dalam kekayaan, 50 tahun hidup dalam
kekayaan. Nampak hebatlah, rumah besar, makan besar,
pangkat besar dan di besar-besarkan orang sampai ke mati.
Kalau dalam masa 50 tahun ini, kita tidak ikut disiplin Tuhan,
dalam masa itu diuji oleh Tuhan 50 tahun hidup istimewa,
lepas itu kena hidup dalam Neraka selama-lamanya. Bila
kita gagal berhadapan dengan ujian Tuhan walaupun hidup
istimewa, tapi kita akan berhadapan dengan 4 penderitaan.

1. Penderitaan sewaktu mati


Mati ini kita tidak boleh ukur pada pandangan lahir semata-
mata. Kalau di ukur secara lahir, kadang-kala orang berkata,
“Si Polan itu nampaknya senang matinya, bagus matinya,
nampak elok sahaja, mudah sahaja,” itu kata kita yang
menilai lahirnya sahaja sedangkan di waktu itu dia sudah
berada di alam lain, bukan di alam kita. Kita tidak boleh
mengukur alam syahadah dengan alam lain. Penderitaan
yang dihadapi oleh orang yang hendak mati bukan kita tahu.
Rasulullah SAW pernah berkata bahawa orang yang mati
dalam penderitaan itu ada tanda-tandanya, di antaranya
ialah:
– mata terbeliak
– telinga kembang
– berbunyi macam kerbau berdengkur
Itulah di antara ciri-ciri orang yang mati di dalam azab.
Jadi orang yang gagal ujian Tuhan walau dia kaya sekalipun,
hidup senang, dilayan istimewa, tidak pernah susah hanya
sekitar 50 tahun, tapi selepas itu tetap tidak akan terlepas

79
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

daripada penderitaan mati. Itu nisbah seorang yang kaya


raya, kita tidak cakap tentang orang biasa, yang kadangkala
susah, kadangkala senang hidupnya. Ini kita cakap tentang
orang yang 50 tahun hidup dengan penuh istimewa sungguh,
dunianya syurga, tidak pernah sakit, tidak pernah susah tidak
pernah orang kata, tidak pernah orang hasad dengki. Tapi
bila gagal menjalani ujian Tuhan, selepas itu yang pertama
dihadapi adalah penderitaan mati.
Hadis juga ada menceritakan sakit mati itu bagaikan 300
tetakan pedang. Bayangkan kalau sekali orang sembelih kita,
walaupun kita tidak pernah alami, tentu terasa sakitnya,
sedangkan sakit mati itu ialah 300 kali ganda. Walaupun
nampak macam sekejap sahaja hilang nyawa tapi sebenarnya
macam dapat 300 tetakan.

2. Penderitaan di alam kubur


Sewaktu di tanam, Hadis mengatakan, apabila orang yang
mengiringi jenazah sudah balik, setelah tujuh langkah ber-
mulalah penderitaan kubur. Pertama kejahatan kita itu dilem-
bagakan. Kerana busuknya kalaulah tercium, orang di dunia
boleh mati, bahkan akan mati makhluk seluruh dunia. Kemu-
dian orang yang mati itu akan bertanya, “Kau siapa?” Lem-
baga itu akan menjawab, “Aku ini kejahatan engkau.” Lepas
itu barulah malaikat datang, bertanya pula, bila tidak dapat
jawab, disebat hingga terperosok ke dalam tanah 70 hasta,
setiap kali ditanya dan tidak boleh jawab malaikat akan sebat
dan terperosok lagi sampailah kiamat, apakah mampu me-
nanggung azab itu?

3. Penderitaan Padang Mahsyar


Antara penderitaan Padang Mahsyar, bagi orang jahat, mata-
hari berada di atas ubun-ubun. Kerana banyaknya manusia
di Padang Mahsyar, dalam Quran diceritakan betis-beris

80
www.SayangiKeluarga.com

CUKUPLAH MATI SEBAGAI PENASIHAT

bertindih macam rokok dalam kotaknya, rapat, padat, ketat.


Tuhan biarkan beratus tahun dalam keadaan begitu hingga
peluh keluar dan manusia tenggelam dalam peluhnya. Sang-
gupkah?

4. Penderitaan Neraka
Penderitaan paling dahsyat adalah Neraka. Manusia nanti
kena meniti Siratal Mustaqim. Orang yang jahat akan jatuh
ke Neraka. Penderitaan Neraka di antaranya; kaki dengan
tangan diikat, dicantum pada tengkok dan dibelenggu. Api
membakar, menyala, panasnya 90 kali ganda api yang ada
di dunia. Api yang paling kuat di dunia dianggap satu, di
Neraka ditambah power 90 kali ganda lagi panas, apakah
larat? Disebat setiap hari oleh malaikat, bila lapar diberi
makan zakum, iaitu bara api Neraka. Apakah larat? Bagi
orang kafir, kekal selamanya dalam Neraka, bagi orang Islam
yang buat dosa, tidak kekal, tapi mungkin sejuta tahun, 3000
tahun, seribu tahun. Apakah larat?
Jadi orang yang waktu hidup di dunia tidak ikut disiplin
Tuhan kemudian dia tidak tahan diuji Tuhan, maka ada
empat penderitaan tadi yang akan ditempuh. Oleh itu
kalaulah orang tahu hakikat ini, maka kerana Tuhan, susah
di dunia pun tidak mengapa. Kesusahan 50 tahun di dunia
tidak sama dengan susah yang empat jenis tadi itu. Di dunia
ujian paling susah mungkin kena langgar kereta dan mati,
jatuh ke laut, mati lemas, sakit kuat lalu mati. Tapi tidaklah
tersiksa sangat berbanding dengan kesusahan di Akhirat
nanti. Sebab itulah tidak pelik mengapa Tuhan sebut tentang
Akhirat dahulu baru dunia.
Cuba kita lihat realiti yang berlaku hari ini, bila disebut
antara dunia dan Akhirat, manusia lebih cenderung untuk
memikirkan tentang yang dekat iaitu dunia berbanding Akhi-
rat yang jauh. Lebih mengambil berat tentang dunia berban-

81
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

ding Akhirat. Ertinya kalau nisbah dunia dan Akhirat kita


fikir yang dekat iaitu dunia. Tapi kalau di antara dunia
dengan dunia kita tidak fikir yang dekat, kita fikir jauh. Di
dunia seseorang itu akan fikir untuk masa depannya, sang-
gup belajar jauh di luar negara, jual tanah, jual aset, dan
berfikir biar susah dahulu asalkan senang kemudian.
Nisbah kehidupan di dunia, manusia cenderung untuk
fikir yang jauh, tidak fikir yang dekat, tapi nisbah Akhirat
dia tidak fikir yang jauh, padahal itu lagi berat. Akhirat lagi
utama kerana ia kekal selama-lamanya. Untuk masa depan
di dunia orang sanggup susah payah belajar, ambil PhD di
Amerika, pinjam duit merata-rata, tapi tidak mengapa susah
dahulu, nanti senang kemudian. Pandai pula berfikir susah
dahulu senang kemudian. Mengapa tidak buat untuk Akhirat
begitu?
Penderitaan dunia dan Akhirat itu jauh bezanya. Nisbah
penderitaan dunia dengan Akhirat, susah di dunia ini macam
digigit nyamuk, manakala di Akhirat macam dibaham singa.
Walaupun sebenarnya kadarnya bukan sebegitu tapi itu saha-
ja yang boleh kita cuba bandingkan. Yang kita takut sangat
nyamuk gigit sampai sanggup ambil risiko dibaham singa
mengapa? Sebenarnya bandingannya entah berapa ribu kali
ganda.
Nikmat dunia ini apalah sangat? Nisbah makan, apa yang
paling sedap? Katalah durian. Lepas makan durian ke mana?
Tak ke istana tapi ke tandas. Tapi nisbah makanan di Akhirat,
katalah kita makan epal, kita gigit kali pertama, lain rasanya,
gigit lagi kali ke dua sudah lain pula rasa, bertambah sedap,
bertambah sedap lagi, sudahlah bertambah sedap, tidak sakit
perut, tidak ke tandas selepas itu. Tapi orang tidak nampak
itu semua, orang nampak durian di dunia, tidak nampak
durian di Akhirat. Katalah ada 100 jenis buah, dalam sekelip
mata boleh makan 100 jenis itu. Tidak sakit perut, tidak ke
tandas! Betapa indahnya Akhirat!

82
www.SayangiKeluarga.com

CUKUPLAH MATI SEBAGAI PENASIHAT

Di Syurga, orang yang paling lemah iman dapat 50 bandar,


bukan bandar macam Kuala Lumpur atau New York, tapi
tidak dapat digambarkan keindahannya. Kalau di dunia,
katalah orang hadiah kita 50 bandar macam Kuala Lumpur,
itu malah menyusahkan. Yang kedua, bolehkah lawat semua?
Hari ini secara detail kita tidak boleh melawat semua. Tidak
mampu. Kalau mampu pun tentu letih, jemu, fed-up, apa
indahnya lagi? Sedangkan di Akhirat, teringat sahaja sesuatu,
tidak sampai seminit semua dapat lihat. Yang imannya lebih
tinggi lagi banyak dapat bandar. Bila mahu melawat dalam
sekelip mata boleh lawat semua. Ingat sahaja, katalah kita
ingat sesuatu di New York, niat sahaja sudah sampai. Teringat
sesuatu di Kuala Lumpur, niat sahaja sudah sampai. Katalah
hendak lawat dengan kapal terbang, kapal terbang tidak
jatuh. Kalau kita minta dijatuhkan sedap pula dijatuhkannya.
Tak takut.
Kalau isteri, ada seribu, 2000, 3000, di antaranya bidadari.
Walaupun bidadari istimewa, isteri kita besok ketua isteri-
isteri, kalau isteri kita masuk Syurga sama. Kalau tidak masuk
Syurga sama, habislah. Jadi ketua isteri itu isteri kita yang
solehah. Di Syurga kehidupannya tidak pernah bergaduh,
berkasih sayang sepanjang masa. Teringat gaduh pun tak.
Tenggelam dalam nikmat dan tidak jemu.
Di Akhirat penderitaannya dahsyat, nikmatnya pun dah-
syat, sebab itu Tuhan sebut mati dahulu. Sebab ia besar, se-
dangkan dunia kecil tidak ada harga. Sebab itu di sisi Tuhan
dunia ini kalau ada nilai setakat sebelah sayap nyamuk, dan
orang jahat tidak akan dapat apa-apa.
Kerana dunia ini tiada nilai di sisi Tuhan, maka orang
jahat diberi banyak, siapa paling jahat dapat lebih banyak,
yang baik-baik, makin tidak dapat. Macam Rasul-rasul,
Tuhan tidak bagi kekasih-Nya perkara yang tidak ada nilai.
Dunia ini untuk orang jahat, sila ambil. Untuk para kekasih

83
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

Tuhan, Tuhan berkata: “Engkau kekasih-Ku, Aku hendak


simpan di Syurga.”
Setelah kita buat perbandingan dunia Akhirat, munasa-
bahlah Tuhan sebut mati dahulu sebelum Akhirat supaya
kita bagi tumpuan pada Akhirat daripada dunia.

DIJADIKAN HIDUP UNTUK DIUJI


Manusia hidup di dunia tetapi tidak mahu diuji, tidak
kenalah. Sebab itu sudah dasar Tuhan. Manusia kena akur
dengan Tuhan. Setelah manusia diuji Tuhan hendak tengok
siapa di antara manusia yang baik. Ujian itu tapisan, proses
untuk menentukan siapa yang baik, siapa yang jahat. Yang
baik ke Syurga yang jahat ke Neraka.
Kalau mengikut pandangan kita, ujian itu benda yang
negatif sahaja, tetapi sebenarnya ujian itu ada dua bentuk:
1. Ujian yang menyukakan, menggembirakan atau menye-
nangkan (positif).
Contoh: Menjadi raja, Perdana Menteri, pegawai tinggi,
dapat kekayaan, harta banyak, ilmu banyak dan sebagai-
nya. Itu di antara contoh yang besar.
2. Ujian yang tidak menyukakan, mendukacitakan atau
menyusahkan (negatif).
Contoh: Lumpuh, sakit kronik, sakit yang teruk, tidak
boleh jalan, itu paling azab, kalau miskin sangat, itu tidak
azab. Ujian lain sudah ringan, contohnya orang mengata
kita, isteri tidak sayang, suami benci. Luka atau kudis
lagi ringanlah.
Di antara dua ujian ini yang lebih mudah merosakkan
manusia adalah ujian senang. Sebab itu Tuhan sebut yang
banyak masuk Neraka adalah orang kaya, high class tetapi
yang banyak masuk Syurga adalah orang miskin.

84
www.SayangiKeluarga.com

CUKUPLAH MATI SEBAGAI PENASIHAT

Padahal lojiknya kalau orang kaya atau high class tentu


boleh buat baik, ada kuasa tolong orang, bantu orang,
hiburkan orang. Tapi yang berlaku tidak begitu. Bila jadi
kaya raya, jadi megah, sombong, ada kuasa, zalim. Bila ada
yang mencabar, dia akan mencari jalan supaya orang tersebut
dipersalahkan untuk ditangkap. Jadi lojik tidak boleh pakai.
Sebelum dapat, lojik berfikir: “Kalau aku kaya, aku akan
tolong orang, bantu orang, untuk dapat pahala besar.” Tapi
bila sudah jadi kaya, jadi jutawan, dia sudah ‘jadi’ Tuhan
pula. Seperti Firaun, dia raja tapi dia kata: “Ana rabb, ana
Rabb.” Dia mengaku Tuhan.
Jadi dari segi lojiknya, sebelum kaya kita berfikir: “Kalau
aku kaya aku akan buat baik, tolong orang, bantu orang,
banyakkan sedekah. Orang miskin aku tolong, kan baik.”
Bila sudah kaya apa yang terjadi? Sombong, bakhil, makin
megah. Lojik sudah tidak boleh pakai. Sebelum dapat pakai
lojik, “Kalau tak kaya macam mana nak buat baik? Macam
mana nak naik haji?” Tapi bila sudah kaya lain jadinya.
Begitu juga bila ilmu belum dapat, kita berfikir: “Kalau
dapat ilmu banyak boleh khidmat pada orang, boleh ajar
orang, aku boleh tunjuk jalan.” Itu secara lojik. Tapi bila
sudah dapat kita jadi megah, sombong, dan menghina orang
yang bodoh.
Jadi sebenarnya ujian yang positiflah yang banyak
merosakkan daripada ujian yang negatif. Tapi Tuhan Maha
Bijaksana, segala apa yang dilihat di dunia ini Tuhan sudah
siapkan hujah di sini. Katalah ada orang kaya, berkuasa,
diazab oleh Tuhan, kerana derhakanya, dia hendak bahas:
“Wahai Tuhan, aku kena azab ini sebab Engkau juga. Engkau
bagi aku kaya, bagi aku kuasa, sebab itu aku jadi jahat. Kalau
Engkau tidak jadikan aku raja dan kaya, aku taklah kena
azab.” Lalu Tuhan memberi hujah dengan berkata: “Bukan-
kah ada di kalangan orang baik yang jadi raja? Nabi Sulaiman

85
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

jadi raja, Nabi Daud jadi raja, Nabi Muhammad jadi raja
tapi mereka lebih baik dari engkau.” Sebab itu di kalangan
Rasul ada tiga orang yang Tuhan jadikan raja supaya jadi
hujah di Akhirat.
Kalau orang kaya pula kata pada Tuhan: “Saya ini jahat
pasal Engkau jadikan aku kaya. Cuba Engkau tidak jadikan
aku kaya, tentu aku tidak jahat seperti ini.” Lalu Tuhan
berkata: “Engkau mana lebih kaya dari Nabi Sulaiman?”
Orang tersebut tidak boleh menjawab. Kemudian Tuhan
berkata: “Dia lebih kaya dari engkau tapi dia jauh lebih baik
dari engkau.”
Ada juga orang miskin masuk Neraka. Walaupun banyak
juga orang miskin masuk Neraka tapi orang high class lebih
banyak. Orang miskin pun berhujah pada Tuhan: “Macam
mana aku tidak jahat, Engkau miskinkan aku. Aku nak makan
terpaksa mencuri, terpaksa menipu. Kalau aku kaya tidaklah
jadi begitu.”
Lalu Tuhan pun bertanya: “Engkau lebih miskin atau Nabi
Muhammad lebih miskin?” Maka orang tersebut tidak boleh
menjawab.
Jadi Tuhan berkata, “Aku jadikan mati dan hidup untuk
manusia diuji dengan ujian positif atau negatif, dengan mak-
sud siapa di kalangan kamu yang baik.” Rupanya bila diuji,
ramai orang jadi jahat. Jadi nampaknya dengan ujian yang
menggembirakan, orang makin ramai jadi jahat berbanding
orang yang diuji dengan kesusahan. Kalaupun jahat tidak
sebesar yang dibuat orang yang senang.
Jadi hidup di dunia ini ujian. Kalau tidak kuat dengan
Tuhan tidak takut dan cinta Tuhan, tidak pandang besar Akhi-
rat, ujian apa pun sama ada positif atau negatif, kita akan
tewas. Senang pun gagal, miskin pun gagal. Berkuasa pun
gagal, tidak berkuasa pun gagal.

86
www.SayangiKeluarga.com

CUKUPLAH MATI SEBAGAI PENASIHAT

Sebab itu Tuhan adalah penting dalam hidup kita. Besar-


kan Akhirat itu penting, supaya apa pun ujian, kita tidak
terjejas. Apapun ujian sama ada positif atau negatif, tidak
mengubah kita, tetap Tuhan tujuan kita, kita tidak akan
berubah.
Bahkan orang yang takut dan cinta Tuhan, kalau dia
senang, misalnya dia jadi raja, banyak harta maka banyak
kebaikan yang dia boleh buat seperti sedekah, tolong orang,
bantu orang, selamatkan orang.
Tapi kalau orang miskin, susah, sakit, menderita, kalau
dia takut dan cinta Tuhan, pahalanya lain. Kalau nikmat dia
tidak dapat, kalau dia redha maka dia dapat pahala sabar.
Kalau sabar apa kata Tuhan:

Maksudnya: “Kalau sabar, aku bagi hadiah tidak ber-


kira, bighairi hisab.” (Zumar: 10)
Maka sudah kalah orang kaya. Orang miskin bila nampak
ada orang jual durian, tetapi dia tidak boleh beli hingga
tercicir air liur, maka Tuhan ampunkan dosanya. Itulah
rahmat Tuhan. Kalau orang miskin teringin beli durian tetapi
tidak boleh beli, maka itu adalah penghapusan dosa. Maha
Adilnya Tuhan.
Selama ini kita selalu persoalkan Tuhan. Sebenarnya apa
yang Tuhan buatkan sudah adil. Para Rasul adalah orang
yang paling kenal Tuhan dan kenal kerja Tuhan, apa pun
Tuhan buatkan pada dia, dia faham bahawa itu adalah
keadilan Tuhan. Rasul-rasul sejak lahir sudah diuji tetapi
tidak pernah susah hati. Contohnya, Nabi Ibrahim lahir di
gua, Nabi Musa waktu bayi lagi dihanyutkan di sungai Nil.
Bahkan ada di antara kita beribadah kerana hendak
pahala banyak tetapi mendapat lebih banyak pahala dengan

87
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

tidak ibadah. Ada orang hendak pahala banyak lalu ber-


ibadah banyak, yang lain pula hendak pahala banyak tetapi
ibadahnya tidak banyak. Biasanya orang yang hendak banyak
pahala, dia akan banyak bersolat dan berpuasa, tetapi
pahalanya tidak banyak. Sebenarnya pahala yang banyak
adalah apabila sakit. Bila sakit selalu, itu dianggap banyak
bersembahyang dan berpuasa. Sebab itu para Rasul sakit
pun tidak merasa susah. Bagi mereka perkara itu adalah
kerja Tuhan.
Untuk dapat pahala banyak, apakah kita larat sembahyang
1000 rakaat? Jadi kalau sakit panjang hendaklah redha. Itu
kalau orang faham kerja Tuhan. Jadi bagi orang yang faham
kerja Tuhan, bila ditimpa sakit, dia sabar, redha, kerana di
situ lebih banyak pahalanya.
Bila orang miskin nampak makanan yang banyak tetapi
tidak boleh beli kerana tidak mampu, di situlah keampunan
Tuhan. Selalunya kita kata, “Kenapa Tuhan buat begini?”
Isteri menyakitkan kita itu pahala. Tuhan buat itu untuk bagi
pahala. Lebih baik isteri meragam dan redha dengannya.
Lain kali kalau isteri celupar mulut, kita kata elok-elok, nanti
pahala dicatit. Bila dia berhenti rugilah, “Cakap lagilah
jangan berhenti lagi, ini income aku.” Lama-lama isteri malu
sendiri. Kalau kita faham kerja Tuhan, kita akan seronok
dengan Tuhan.

88
www.SayangiKeluarga.com

9 Mengenal Manusia

T uhan adalah pencipta seluruh alam semesta. Ianya


adalah hak atau milik mutlak Allah SWT. Di sebalik
penciptaan alam semesta itu, terdapat tanda-tanda
Keagungan, Kebesaran, Kekuasaan, Maha Pencipta dan Maha
Bijaksananya Allah SWT. Manusia diutus hanyalah sebagai
hamba yang wajib mengabdikan diri atau menyembah Yang
Maha Pencipta. Sekaligus manusia juga selaku khalifah yang
mewakili Tuhan, memikul tanggungjawab dan amanah
Tuhan untuk mengatur, menyusun dan mentadbir seluruh
alam ini sesuai dengan kehendak dan kemahuan Tuhan.
Sebagai hamba, manusia tidak dibenarkan menyembah
selain Allah SWT. Menjadi hamba dan menjadi khalifah,
kedua-duanya bakal Tuhan minta pertanggungjawabkan di
hadapan Tuhan di Akhirat nanti terhadap kedua-dua peranan
tersebut.
Dalam menjalankan peranan sebagai khalifah, andainya
Tuhan mahu dunia ini dibangunkan atau dimajukan dalam
aspek material semata-mata, maka Tuhan tidak perlu utus
para Rasul. Kerana untuk menjayakan pembangunan dan

89
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

kemajuan material, memadai dengan ahli fikir. Para Rasul


bersifat Fathanah. Tahap akal fikiran atau cerdik, pintar dan
bijaksana para Rasul itu manusia biasa tidak akan mencapai
sifat Fathanah. Fathanah adalah anugerah khusus dari Tuhan
untuk para Rasul. Namun para Rasul tidak dikatakan ahli
fikir. Mereka adalah ahli roh atau pakar tentang rohaniah
manusia. Rasul-Rasul sangat mengenal Tuhan dan mampu
mengendalikan urusan roh manusia. Fathanah itu adalah
kecerdikan dan kebijaksanaan yang tiada tandingan. Kalau
para Rasul itu hendak menyelesaikan masalaah manusia atau
hendak mengeluarkan berbagai teori dan formula untuk
kehidupan manusia, nescaya mereka berupaya berbuat
demikian. Namun tidak pula mereka berbuat demikian,
sebaliknya para Rasul itu menggunakan wahyu dari Tuhan.
Ini bukan bererti para Rasul itu langsung tidak menggunakan
akal. Mereka menggunakan akal tetapi terlalu minima.
Ahli fakir atau ahli falsafah tidak mampu memimpin
manusia kerana kedudukan akal fikiran tidak berupaya
mendidik roh. Berbeza dengan roh kerana roh mampu
mendidik akal. Roh juga sudah pasti berupaya mendidik roh.
Oleh kerana yang menjadi raja dalam diri manusia adalah
rohnya maka roh itulah yang paling utama perlu dididik
dan dipimpin. Tuhan sendiri yang menyebut “Roh itu adalah
urusan-Ku.” Ertinya manusia tidak ada ilmu atau penge-
tahuan tentang roh termasuk ahli fakir atau ahli falsafah.
Oleh kerana Rasul-Rasul ditugaskan mendidik roh manusia
maka Tuhan beri ilmu tentang roh itu kepada para Rasul
melalui wahyu. Manakala ilmu tentang roh itu diberi kepada
para Mujaddid melalui ilham. Sebah itulah hanya para Rasul
dan para Mujaddid berjaya dalam mendidik manusia kerana
Rasul-Rasul dan Mujaddid diberi faham tentang roh.
Di sini perlu difahami bahawa Rasul-Rasul yang dianu-
gerahkan oleh Tuhan dengan sifat Fathanah pun dalam ber-
hadapan dengan masalah manusia tidak menggunakan akal,

90
www.SayangiKeluarga.com

MENGENAL MANUSIA

sebaliknya menggunakan wahyu Tuhan, betapalah manusia


biasa yang tahap kecerdikannya tidak mencapai taraf
Fathanah, lebih-lebih lagilah tidak boleh menggunakan akal
fikiran atau teori-teori akal semata-mata.
Rasulullah SAW diutus oleh Allah SWT bukan untuk kayu
kayan, bukan untuk bangunan, bukan untuk haiwan, bukan
untuk mencipta keperluan material tetapi untuk insan atau
manusia. Kalau untuk kayu kayan, bangunan, haiwan, tidak
perlu diutus Rasul. Cukuplah ahli fikir dan cerdik pandai.
Bahkan orang yang kurang pandai atau yang kurang ilmu
pengetahuan pun boleh mencapai kemajuan kalau dia ada
kemahuan dan berusaha bersungguh-sungguh. Buktinya
dunia hari ini pembangunan materialnya berubah dan
berkembang dengan pesat bukan hasil kerja Rasul-Rasul.
Itu adalah urusan ahli fikir. Sebaliknya juga sebagai mem-
buktikan betapa urusan roh manusia sudah sangat terabai
kerana membelakangkan wahyu Tuhan dan meminggirkan
ajaran Rasulullah SAW, lihatlah akhlak manusia hancur ranap
menyembah bumi. Materialnya ke hadapan, akhlak manusia
semakin mundur. Materialnya sudah menguasai angkasa
lepas dengan berbagai kecanggihan dengan berbagai pene-
muan dan penciptaan baru, kehidupan manusia semakin
ranap dan semakin hancur.
Rasulullah SAW diutus kepada manusia yang mana ma-
nusia itu adalah satu kajadian yang pelik dan luar biasa.
Dalam dirinya ada unsur atau benih malaikat, ada benih
haiwan dan ada benih syaitan. Rasul itu diutus kepada
manusia untuk mendidik manusia, membawa kepada Tuhan,
kepada cinta dan takut pada Tuhan, untuk membesarkan
Tuhan, menyembah Tuhan, mengagungkan Tuhan, mensuci-
kan Tuhan dan hidup secara yang dikehendaki oleh Tuhan.
Dalam aspek apa pun sama ada di sudut kekeluargaan,
pendidikan, politik pentadbiran, ekonomi, masyarakat, per-
gaulan, kejiranan, kebudayaan, hiburan dan lain-lain,

91
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

semuanya wajib berlandaskan syariat Tuhan. Tanggung-


jawabnya membina rumahtangga sebagai asas kemasya-
rakatan adalah berat dan mencabar. Tanggungjawab ini
sangat mencabar kerana hendak mendidik keluarga kepada
Tuhan. Kalau hendak menanam pokok dan membesarkan
pokok, sekiranya tidak tahu hendak tanam, hendak jaga,
hendak baja, pokok pun tidak mampu kita kendalikan, pokok
pun akan menjadi rosak Begitu juga kalau hendak meme-
lihara binatang, sekiranya tidak faham tabiat, makanan,
tempat tinggal, psikologinya, ertinya kita tidak mampu hen-
dak pelihara binatang. Mungkin binatang itu banyak yang
mati atau kurus atau tidak membiak.
Sedangkan yang kita hendak didik ini manusia yang ada
nafsu, akal, roh dan fizikal. Nafsu, akal dan roh seperti yang
sudah disebut sebelum ini iaitu sesuatu yang kita tidak dapat
lihat dengan mata kasar. Kalau buat bangunan tidak sem-
purna, boleh dibaiki atau diubah suai kerana kita boleh
nampak bentuknya. Kalau bangunan itu tidak cantik sama
ada dimusnahkan begitu saja atau diperbaiki atau boleh
dihias. Kalau menanam pokok tidak menjadi, pokok itu tidak
melawan sebab ia tidak ada nyawa dan akal. Begitu juga
dengan binatang. Kalau pun ia melawan, ia tidak boleh ber-
fikir, tidak boleh merancang untuk membalas dendam. Otak
yang ada pada haiwan itu tidak menyimpan ingatan. Yang
berfungsi pada haiwan itu hanyalah naluri kehaiwanan saja.

APA YANG SUAMI ISTERI PERLU BUAT?


Setelah mengikuti huraian berbagai aspek yang berkaitan
dengan rumahtangga, barulah kita faham bahawa bukan
mudah untuk mempastikan kebahagiaan dunia dan Akhirat.
Kalau setakat memberi makan minum, pakaian, tempat
tinggal, orang asli pun boleh lakukan. Orang yang tidak kenal
Tuhan pun boleh lakukan. Bahkan yang paling mewah dalam

92
www.SayangiKeluarga.com

MENGENAL MANUSIA

aspek material ialah orang Barat yang anti Tuhan. Di mana


suami hendak bermula? Bermulalah dengan membawa
keluarga kepada Tuhan.
Tugas untuk sedarkan keluarga kepada Tuhan bukan suatu
tugas yang mudah, kerana hendak membawa keluarga
kepada sesuatu yang tidak boleh dilihat. Kita sebenarnya
mengajak mereka besarkan, sucikan, agungkan Tuhan yang
tidak dapat dilihat, membesarkan Akhirat yang juga tidak
dapat dilihat. Ini bukan kerja mudah. Bila tidak mudah, erti-
nya keluarga terbahagi kepada beberapa kelompok antara-
nya:
a. Ragu atau tidak mahu menerima dan akan memberi
reaksi yang negatif serta mereka akan berhujah dengan
maksud untuk menolak.
b. Mungkin terdapat pula anggota keluarga yang menerima
tetapi dipendamkan begitu saja tanpa kita ketahui.
c. Ada pula yang faham dan menerima tetapi tidak kelihatan
dalam pelaksanaannya.
d. Tidak ketinggalan juga ada yang menerima tetapi masih
terlalu lemah kerana tidak mampu melawan kehendak
nafsunya sendiri.
e. Ada juga yang sudah sangat mahu hidup bertuhan atau
mahu mentaati Tuhan tetapi dalam pelaksanaannya me-
milih bidang-bidang yang diminatinya saja. Yakni tidak
menerima secara total.
f. Ada yang menerima secara total tetapi dalam pelak-
sanannya masih bertangguh.
Begitu susahnya berhadapan dengan keluarga. Tidak
seperti berhadapan dengan haiwan dan tanaman. Tidak
semudah mengendalikan urusan material. Di sinilah betapa
perlunya para suami atau bapa menitik beratkan beberapa
perkara seperti berikut:

93
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

a. Pemilihan jodoh, jangan sekali-kali didorong oleh ke-


inginan nafsu semata-mata. Ini penentu pertama kepada
zuriat yang bakal lahir sama ada baik atau jahat
b. Menjaga keberkatan majlis perkahwinan dengan menjaga
syariat sepanjang majlis berlangsung.
c. Ketika melakukan hubungan suami isteri sangat dituntut
menjaga adab-adab yang diajarkan oleh agama.
d. Mempastikan anak yang masih dalam kandungan men-
dapat suntikan rohaniah dengan cara ibu bapa mem-
banyakkan hubungan dengan Tuhan melalui berbagai
cara seperti wirid zikir, membaca Al-Quran, berdoa dan
juga menjaga kesucian makan minum.
e. Pendidikan anak dari mula dilahirkan terutama menjaga
pendengaran, penglihatan dan makan minum.
f. Amat penting didikan rohaniah seperti perkenalkan
Tuhan dari seawal usia dua tahun dengan kaedah yang
sesuai dengan tahap usia itu. Seperti banyak ajarkan
sebutan kelimah Allah, perdengarkan bacaan Al-Quran,
nasyid-nasyid yang menyebut nama Allah.
g. Beri pendedahan kepada amalan sembahyang di usia lima
tahun manakala umur tujuh tahun bermula mendisiplin-
kan anak tersebut kepada sembahyang.
h. Seluruh suasana dalam rumahtangga itu memperlihatkan
suasana yang Islamik, yang jelas menampakkan anggota
keluarga yang semuanya membesarkan Allah SWT. Ter-
utama sekali ibu bapa mesti menunjukkan contoh atau
menjadi role model kepada anak-anak.
Satu petanda baik dan positif adalah apabila ibu bapa
merasa risau terhadap gejala sosial anak-anak. Merasa risau
itu membuktikan jiwa ibu bapa masih hidup, sudah ada
kesedaran, masih sayangkan anak-anak, biarpun mungkin
sebahagian ibu bapa itu hanya memiliki kasih sayang fitrah

94
www.SayangiKeluarga.com

MENGENAL MANUSIA

semata-mata. Kalau sebaliknya, sudah tidak merasa risau


dengan gelagat negatif anak-anak, maka itu tandanya hati
sudah keras serta tanda hampir kepupusan iman. Namun
satu persoalan yang perlu dicari jawapan, mengapa anak-
anak remaja terlalu mudah terjebak dengan gejala sosial?
Kita kadang-kadang hanya melepaskan rasa terkejut dan
kesal kerana seawal usia baru melangkah ke sekolah
menengah, anak-anak sudah menjadi samseng, membuli
kawan, peras ugut, menguris kereta guru, membakar sekolah
dan seumpamanya. Ini belum lagi kegiatan di luar kawasan
sekolah seperti terlibat dengan dadah, merokok, lepak, hi-
buran melampau, rempit dan lain-lain. Mengapa ini terjadi?
Paling mudah ialah mencari pihak lain yang dijadikan
‘kambing hitam’ untuk dilonggokkan kepada mereka sebagai
punca kesalahan. Selepas itu ibu bapa senang hati dan boleh
berlepas tangan begitu saja.
Berbalik kepada aspek yang sudah disentuh sebelum ini,
iaitu dalam mengatasi masalah berkaitan manusia kenalah
betul-betul kenal manusia supaya mudah untuk mendidik
anak-anak. Pada manusia Tuhan sudah cipta empat unsur
yang merupakan satu pakej iaitu:
a. Jasad
b. Akal
c. Nafsu
d. Roh
Kalau tidak ada empat unsur ini, atau salah satu unsur
itu tiada, maka ia bukan manusia namanya. Daripada empat
unsur yang ada pada manusia, unsur dalaman yang bersifat
rohaniah itulah yang jauh lebih penting. Roh, nafsu dan akal
itulah yang penting kerana ianya dikekalkan oleh Allah hing-
ga akhirat kelak. Jasad atau fizikal, Tuhan akan musnahkan
dan Tuhan bakal gantikan dengan jasad baru. Tetapi roh
dikekalkan. Baik atau buruk kehidupan manusia sangat

95
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

ditentukan oleh faktor tiga unsur itu. Bahagia atau derita,


aman atau rosak, sejahtera atau kecewanya manusia sangat
ditentukan oleh tiga unsur tersebut. Lebih-lebih lagilah di
Akhirat kelak Tuhan sudah beri peringatan semasa di dunia
ini lagi yang mana Tuhan akan hanya menerima mereka yang
bertaqwa sahaja. Atau dengan istilah lain, Tuhan akan hanya
menerima hamba-hamba-Nya yang ‘Qalbun Salim’ yakni hati
yang selamat sejahtera yang sedikit pun tidak ada sifat-sifat
mazmumah atau sifat-sifat keji. Tuhan sebut juga dengan
istilah sekurang-kurangnya ‘Nafsun Mutmainnah’ iaitu hati
yang tenang dan tidak goyah sama sekali atau tidak tergugat
sadikit pun dengan duniawi kerana takut dan cintakan
Tuhan.
Sasaran mendidik anak-anak boleh juga difahami melalui
firman Allah SWT yang bermaksud:
“Allah tidak mengubah sesuatu kaum itu kecuali kaum
itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka.”
Tuhan tunjuk jalan atau beri panduan kalau manusia
mahukan perubahan maka mestilah terlebih dulu mengubah
apa yang ada dalam diri mereka sendiri. Tidak kira sama
ada prubahan itu dalam bentuk positif atau negatif, baik
atau buruk, cerdik atau bodoh, jahil atau berilmu, rajin atau
malas, bahagia atau derita, maju atau mundur, sabar atau
gopoh, bertanggungjawab atau cuai, semuanya ditentukan
oleh ‘apa yang ada dalam diri’ yang sifatnya berubah.
Bersandarkan ilmu tentang empat unsur manusia yang
disebutkan di atas, dapatlah difahami bahawa yang Tuhan
maksudkan dengan ‘mengubah apa yang ada dalam diri
mereka,’ iaitulah tiga unsur roh, nafsu dan akal. Maka inilah
yang menjadi sasaran para ibu bapa yaknu membawa
perubahan kepada roh, nafsu dan akal. Secara ringkasnya
perubahan kepada roh hendaklah diisi dengan iman dan
taqwa. Perubahan kepada nafsu hendaklah mendidik agar

96
www.SayangiKeluarga.com

MENGENAL MANUSIA

kuat mujahadah supaya nafsu atau keinginan tunduk kepada


Tuhan serta keinginan kepada perkara-perkara yang positif
dan kebaikan sahaja. Manakala perubahan kepada akal
bermula dengan mengisi ilmu mengenai Tuhan, ilmu syariat,
ilmu yang tepat dan benar sahaja dan juga ilmu pengetahuan
yang mendatangkan manfaat. Termasuk ilmu alat yang
memberi kebaikan dunia dan Akhirat.

PECAHAN KATEGORI SETIAP EMPAT UNSUR


Roh itu ada empat kategori iaitu:
1. Roh yang bercahaya
2. Roh yang bersih
3. Roh yang kelabu
4. Roh yang hitam pekat

Nafsu ada tujuh peringkat:


1. Ammarah
2. Lawwamah
3. Mulhamah
4. Mutmainnah
5. Radhiah
6. Mardhiah
7. Kamilah

Akal (IQ) ada 6 peringkat:


1. Fathanah
2. IQ genius
3. IQ cerdik biasa
4. IQ biasa
5. IQ lemah
6. IQ bodoh

97
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

Fizikal tidak perlu disebut kerana ia boleh dilihat dengan


mata lahir. Jasad atau fizikal ini bersifat maddi atau berketul
yang hanya mengikut saja.

PERANAN EMPAT UNSUR DALAM DIRI MANUSIA


1. Roh
Roh merasai atau perasaan, seperti rasa kehambaan, rasa
bertuhan, takut dan cintakan Tuhan, merasa tenang, merasa
bahagia, merasa bimbang, cemas, sabar, kecewa, dukacita,
marah, kasih sayang benci, rindu dan lain-lain. Roh merupa-
kan raja dalam kerajaan diri. Raja ini yang memerintah dan
membuat keputusan yang menggerakkan segala anggota
lahir manusia. Misalnya kalau seseorang itu membunuh,
mencuri, merompak dengan tangannya maka yang jahat itu
bukan tangannya, tetapi hati atau roh yang memerintahkan
tangan setelah roh itu dikuasai oleh nafsu. Kalau seseorang
yang bermulut celupar, yang salah bukan halkum, peti suara,
lidah, gigi atau gusi tetapi hati atau roh yang jahat. Untuk
mengatasi masalah manusia, jangan diubati lahiriahnya
kerana fizikal manusia hanya mengikut saja. Mesti didik hati
atau roh manusia itu. Di sinilah kita para ibu bapa sudah
silap selama ini. Kita tidak pernah melihat kepada masalah
roh anak-anak dalam mengatasai gejala sosial mereka. Kita
tidak pernah mendidik hati mereka. Ingatlah pesanan
Rasulullah SAW dalam satu keterangan hadis bermaksud:
“Dalam diri manusia itu ada seketul daging yang
apabila baik daging itu maka baiklah seluruh badan dan
apabila rosak daging itu maka rosaklah seluruh badan.
Ketahuilah sesungguhnya seketul daging itu ialah hati.”
Hinggakan di Akhirat kelak pun kebaikan atau kebinasaan
jasad adalah Tuhan hitung penentuannya pada hati. Sama
ada bertaqwa atau tidak. Tanpa taqwa manusia menjadi jahat
di dunia, ke nerakalah di Akhirat kelak. Begitulah sebaliknya,

98
www.SayangiKeluarga.com

MENGENAL MANUSIA

hati yang bertaqwa akan taat kepada Allah SWT, akan


menjadi baik di dunia dan mendapat Syurga di Akhirat
dengan rahmat Tuhan.

2. Nafsu
Nafsu berkehendak sama ada yang baik atau tidak, kemahu-
an dan keinginan yang positif atau negatif. Namun pada
asasnya sifat nafsu sangat kuat tarikannya kepada kejahatan.
Nafsu ini sifatnya ingkar atau bercanggah dengan kehendak
Tuhan. Apa yang Tuhan mahu nafsu tidak mahu dan apa
yang Tuhan tegah itulah yang nafsu mahu. Terutamanya
kalau masih berada pada peringkat nafsu amarah dan
lauwamah. Peringkat mulhimah ialah tahap peralihan yang
bila-bila saja boleh jatuh kepada lauwamah atau sebaliknya
naik kepada nafsu mutmainnah. Mutmainnah inilah per-
mulaan kehendak, kemahuan dan keinginan yang tunduk,
patuh, selaras dan mengikut kehendak Tuhan, kehendak
yang baik-baik atau positif. Nafsu mutmainnah, bererti
tenang tidak tergugat oleh sebarang pengaruh lain, hanya
tetap mahu kepada Tuhan dan kehendak Tuhan.

3. Akal
Akal menerima ilmu dan menyimpannya mengkaji, memi-
kirkan, menganalisa, menyimpan maklumat, memproses dan
mengeluarkan semula. Akal juga mampu mengeluarkan
berbagai teori atau kaji selidik hingga menghasilkan pene-
muan baru. Mampu juga untuk membuat pertimbangan
sama ada mahu menerima atau menolak sesuatu perkara.
Akal juga berfungsi sebagai guru atau penasihat dalam
kerajaan diri. Akal juga berperanan mengajar atau memberi
ilmu bagaimana hati atau roh untuk berperasaan dengan
tepat. Kalau ilmu yang diperolehi oleh akal itu tepat, maka
akal akan memandu hati atau roh untuk merasai dengan

99
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

betul. Begitulah sebaliknya kalau tiada ilmu atau ilmu yang


salah maka salah pulalah akal mengajar hati atau roh untuk
merasai, atau juga silap dalam berperasaan.
Contohnya, akal yang mengajar bagaimana perasaan yang
tepat terhadap Tuhan. Umpamanya rasa takut, cinta, gerun,
bimbang, cemas dan lain-lain. Rasa yang tepat terhadap
Tuhan ialah apabila akal memiliki ilmu yang tepat terhadap
Tuhan. Contoh lain ialah bagaimana sepatutnya perasaan
yang tepat terhadap Akhirat. Rasa bimbang terhadap nasib
di Akhirat itu bermula dari ilmu yang tepat tentang Tuhan
dan Akhirat itu sendiri. Contoh lain ialah akal yang mengajar
roh atau hati bagaimana perasaan yang tepat terhadap orang
miskin, anak yatim, atau orang susah. Begitu juga akal yang
mengajar berasaskan ilmu yang tepat bagaimana sewajarnya
perasaan hati terhadap orang yang ingkar atau durhaka
kepada Tuhan. Demikian juga dengan ilmu yang tepat akal
akan memandu nafsu. Fungsi nafsu itu sentiasa berkehendak,
maka akal dengan ilmu yang tepat akan mengajar dan me-
mandu nafsu agar keinginannya terkawal terhadap perkara-
perkara yang baik dan positif sahaja. Akal biarpun berfungsi
sebagai penasihat, namun akal juga berfungsi menerima
arahan dari hati dalam berbagai tindakan. Ertinya berlaku
hubungan timbal balik antara unsur-unsur yang ada dalam
diri itu.

4. Fizikal
Fizikal hanya ikut arahan seperti robot. Fizikal tidak pandai
menentang. Seolah-olah rakyat yang taat, hanya mengikut
saja perintah dan arahan raja dalam kerajaan diri iaitu hati.
Manusia ada empat unsur yang merupakan satu pakej,
yang sentiasa bekerjasama. Contohnya bila roh merasa se-
suatu, katalah rasa dendam, maka ia hantar mesej itu kepada
nafsu. Perasaan itu akan bertukar jadi kehendak. Nafsu hanya

100
www.SayangiKeluarga.com

MENGENAL MANUSIA

tahu berkehendak tetapi tidak tahu bagaimana untuk ber-


tindak. Maka ia akan hantar kepada akal, yang akan memberi
pandangan bagaimana untuk membalas dendam. Lalu akal
akan arahkan fizikal untuk bertindak. Itulah caranya manusia
bertugas. Terjadinya tindakan manusia adalah dari empat
unsur itu. Bila roh bersih maka kehendak nafsu pun bersih,
akal pun berfikir secara bersih dan fizikal akan melaksanakan
secara bersih. Sebab roh itu raja yang mentadbir diri. Baik
raja, baiklah semua rakyatnya. Begitulah sebaliknya.
Seorang suami atau bapa, kerjanya adalah untuk men-
didik roh anak isteri sehingga kalau pun tidak dapat sampai
roh orang itu bercahaya, sekurang-kurangnya roh mereka
bersih supaya dari rasa roh yang bersih akan membawa
kepada kehendak nafsu yang bersih. Seterusnya akal akan
berfikir secara bersih dan jasad melaksanakan secara bersih.
Maka untuk mendidik anak-anak itu, ibu bapa perlu kenal
dan faham empat unsur pada diri manusia. Hal ini bukan
mudah. Hanya para Rasul dan para nabi yang sangat pakar
tentang hal ini. Seorang suami atau bapa yang tidak ada
kepakaran tentang manusia, akan membawa lebih banyak
kerosakan dari kebaikan. Jadi bukan mudah mendidik anak
isteri kerana semua unsur itu tidak dapat dilihat kecuali
fizikal. Itulah manusia yang hendak kita didik dan hendak
kita bawa kepada Tuhan.

101
www.SayangiKeluarga.com

Salah Dalam Memberi


10 Kasih Sayang Kepada
Anak-Anak

S emua ibu bapa sayangkan anak-anak. Apa yang


menjadi persoalan ialah apakah kasih sayang itu adalah
kasih sayang iman atau kasih sayang fitrah. Ada per-
bezaan antara keduanya. Juga ada tanda yang berbeza antara
kasih sayang iman dan kasih sayang fitrah. Amat penting
bagi ibu bapa mengetahui dan memahami perbezaan antara
dua jenis kasih sayang itu. Memahaminya akan diikuti
dengan cara bagaimana ibu bapa melayani dan mendidik
anak-anak. Sekaligus agar tidak tersalah dan tersilap dalam
memberi kasih sayang kepada anak-anak.

1. Kasih Sayang Iman


Kasih sayang jenis ini ialah bila mana ibu bapa benar-benar
mahu anak-anak mereka kenal Tuhan, mahu menyelamatkan
anak-anak dari api neraka. Hidup mentaati Allah SWT
dengan mengamalkan syariat Tuhan. Dalam apa keadaan
pun tetap membesarkan Allah SWT, dalam aspek apa pun
tetap membawa Tuhan bersama. Risiko apa pun yang di
hadapi tetap tidak sampai meminggirkan Tuhan dan syariat

102
www.SayangiKeluarga.com

SALAH DALAM MEMBERI KASIH SAYANG

Tuhan tetap tidak terabai. Maka layanan dan didikan ter-


hadap anak-anak menjurus kepada keselamatan dunia
Akhirat
Asas dalam mendidik anak-anak ialah menyuburkan
benih Malaikat, mendisiplinkan benih haiwan dan memus-
nahkan secata total benih syaitan yang ada dalam diri anak-
anak. Sama ada berusaha menyuburkan benih malaikat,
mendisiplinkan benih haiwan mahupun menghapuskan
benih syaitan, anak kuncinya ialah takut dan cintakan Tuhan.
Kejayaan kasih sayang iman ini sangat ditentukan oleh
ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa beriman saja yang akan
terjamin kasih sayang kepada anak-anak adalah kasih sayang
iman. Ibarat peribahasa Melayu, bapa borek anaknya rintik.
Kasih sayang iman dari ibu bapa akan memberi didikan
kepada anak-anak dengan tepat dan benar seperti yang
dikehendaki oleh Allah SWT dan Rasul. Didikan yang mengisi
hati atau rohaniah anak dengan takut dan cintakan Tuhan
atau dengan lain kata, dengan iman dan taqwa. Melalui
didikan hati atau roh ini, akan melahirkan anak-anak yang
sentiasa taat dan mengabdikan diri kepada Tuhan.
Akal anak-anak pula wajib diberi ilmu yang benar iaitu
ilmu wahyu, ilmu syariat atau ilmu mengenai kebenaran
yang datangnya dari Tuhan. Ilmu yang akan dapat memimpin
diri anak-anak itu agar hidup bertuhan dan dalam kebenaran.
Ilmu ini akan mampu memimpin hati bagaimana hendak
meletakkan perasaan yang tepat terhadap sesuatu hal atau
perkara. Umpamanya bagaimana seharusnya berperasaan
apabila melihat alam semesta yang penuh dengan keajaiban.
Ilmu yang benar mengajarkan agar merasai maha hebatnya
Tuhan yang mencipta alam ini. Perasaan yang salah ialah
apabila kagum dengan alam lantas menjadi manusia yang
memuja alam, dan terlupa Tuhan yang menjadikan alam itu.
Contoh lain, apa perasaan apabila melihat petani kampung

103
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

atau nelayan kerdil? Perasaan yang salah ialah memandang


rendah dan hina. Perasaan yang benar ialah terasa besarnya
khidmat, budi dan jasa mereka kepada manusia lain. Hasil
keringat merekalah orang lain mengecapi nikmat hidup.
Sedangkan pulangan yang mereka perolehi amat kecil.
Lantas bersimpati dan ingin membalas budi serta jasa dengan
mendoakan mereka agar mendapat rahmat dan keampunan
Tuhan.
Contoh lain, bagaimana perasaan yang tepat sekiranya
melihat orang yang lalai dan jahat dalam hidup. Sewajarnya
rasa sedih, kasihan, simpati, ingin hendak perbetulkan dan
hendak diselamatkan. Andainya tidak nampak jalan atau
usaha, paling kurang doakan mereka agar mendapat
petunjuk dan pimpinan Tuhan. Cukup sekadar beberapa
contoh. Pokoknya untuk menjadikan hati berperasaan yang
tepat, ianya bertitik tolak dari ilmu yang tepat. Dan ilmu
terletak di akal. Hati hanya berfungsi merasai atau berpe-
rasaan saja. Tidak pula salah akal anak diisi dengan ilmu
untuk kehidupan serta untuk berbakti kepada manusia.
Sekiranya ibu bapa subur benih haiwan dan subur benih
syaitan, hakikatnya ibu bapa itu adalah haiwan dan syaitan
yang bertopengkan manusia. Wajah atau rupa saja manusia,
hakikatnya haiwan dan syaitan. Bayangkan kalau dalam satu
keluarga yang ibu bapa adalah singa, harimau, serigala, be-
ruang, buaya, kerbau, lembu, kambing dan lain-lain haiwan,
manakala hati masing-masing adalah hati syaitan, sudah
tentu tidak akan lahir anak-anak Malaikat. Gambarkan pula
dalam satu keluarga yang anggotanya itu semua berperangai
haiwan dan berhati syaitan, mana mungkin rumahtangga
atau keluarga itu akan aman damai.

2. Kaih Sayang Fitrah


Tuhan sudah bekalkan secara semula jadi ibu bapa memiliki

104
www.SayangiKeluarga.com

SALAH DALAM MEMBERI KASIH SAYANG

kasih sayang kepada anak-anak. Namun perlu diingat


bahawa fitrah menyayangi anak-anak juga Tuhan bekalkan
kepada haiwan. Kita boleh melihat bagaimana haiwan sangat
menjaga dan mengawasi anak-anak dari mula bunting
hingga melahirkan anak dan menjaganya semasa anak-anak
haiwan itu masih kecil dan lemah. Bezanya dengan manusia
ialah haiwan tidak ada tanggungjawab terhadap anak-anak.
Haiwan tidak ada tanggungjawab memberi makan minum,
rumah, tempat tinggal, didikan, keselamatan, keturunan dan
nasab.
Di sini memahamkan kita bahawa kalau ibu bapa hanya
memiliki kasih sayang fitrah semata-mata, maka ibu bapa
itu sudah melayani anak-anak hampir setaraf dengan hai-
wan. Kasih sayang fitrah ini adalah bilamana ibu bapa
menjaga segala perkara yang lahiriah saja. Memberi makan
minum, pakaian, tempat tinggal, wang ringgit, kesihatan dan
keselamatan yang bersifat lahiriah semata-mata. Didikan
pula amat mementingkan aspek duniawi dan terpisah dari
Tuhan dan Akhirat. Kejayaan yang menjadi ukuran dan per-
timbangan terhadap anak-anak hanyalah dalam kehidupan
dunia yang sementara ini. Yang diutamakan ialah berapa
skor A dalam pepereksaan, IPT mana yang menjadi pilihan,
dan berapa besar habuan duniawi yang bakal diperolehi.
Tuhan dan Akhirat tidak pernah diperhitungkan. Bahkan
kadang-kadang hingga terbabas dan terlajak mempersoalkan
fungsi agama dalam kejayaan hidup. Terpesong hingga
menganggap agama sebagai menghalang kemajuan yang
mereka hendak capai. Terdapat juga kerosakan hingga ber-
sangka buruk kepada Tuhan yang kalau mementingkan
agama atau kalau terlalu beragama, hidup akan menjadi
susah. Dalam hal ini kalau kita melihat kepada realiti,
manusia yang berhempas pulas memburu dunia hingga sang-
gup durhaka kepada Tuhan sering mengalami kemiskinan
yang amat parah iaitu kemiskinan jiwa. Kemiskinan jiwalah

105
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

yang menimbulkan berbagai angkara kekacauan, porak


peranda, krisis, pergaduhan, permusuhan dan peperangan.
Kemiskinan jiwalah yang mengakibatkan menjalar dan
berleluasa berbagai bentuk jenayah, kejahatan, tindas
menindas dan kezaliman di atas muka bumi ini dari semenjak
pembunuhan pertama oleh Qabil terhadap Habil, adik kan-
dungnya sendiri. Tuhan utus para Rasul kepada manusia
adalah bertujuan untuk mengkayakan jiwa manusia dengan
misi perjuangan mereka yang pertama dan paling utama,
iaitu memperkenalkan Tuhan kepada manusia atau mem-
bawa hati manusia supaya takut dan cinta kepada Tuhan.

Setelah ibu bapa memahami perbezaan antara kasih


sayang iman dan kasih sayang fitrah, sekarang mari fahami
pula bentuk-bentuk layanan atau pendekatan ibu bapa
terhadap anak-anak dan kesannya kepada anak-anak.

a. Terlalu lembut, terlalu tolak ansur dan dimewah-


kan dengan kebendaan.
Melalui pendekatan ini anak-anak akan menjadi manja, degil
dan sombong kerana mereka tidak pernah merasai takut atau
tidak pernah ditakutkan kepada sesiapa. Kalau gurunya
marah, anak-anak ini akan melawan gurunya dengan alasan
dia tidak pernah dimarah oleh sesiapa pun. Maka guru tidak
berhak memarahinya. Dia merasakan seolah-olah semua
perbuatannya adalah betul. Kesenangan material yang tidak
terbatas melahirkan anak-anak yang berjiwa lemah serta
tidak mengenal erti kehidupan. Sedangkan kehidupan ini
penuh dengan pasang surut, antara susah dan senang.
Sentiasa silih berganti antara tenteram dan musibah. Inilah
hakikat hidup yang mesti diterima. Kesannya ialah anak-
anak ini tidak mampu berhadapan dengan gelombang dan
pancaroba kehidupan. Dia akan menjadi mudah kecewa dan
putus asa.

106
www.SayangiKeluarga.com

SALAH DALAM MEMBERI KASIH SAYANG

Andainya anak-anak jenis ini muncul sebagai pemimpin,


kalau pun tidak bersikap ganas dan zalim, sekurang-kurang-
nya dia tidak mengenal erti keperitan hidup rakyat bawahan.
Ini kerana dia menyangka semua orang hidup senang seperti
dirinya. Mudah sangat dikuasai oleh sifat ego atau me-
mentingkan diri. Tidak ada semangat mahu membela dan
menghiburkan orang lain. Sebaliknya dia mengharapkan
orang lain yang perlu membela dan mengistimewakan
dirinya. Apatah lagi kalau tanpa iman dan taqwa maka dia
sangat mementingkan hidup berfoya-foya, boros, hiburan
yang melampau dan kurang prihatin kepada rakyat.

b. Terlalu keras, kasar, bengis, marah dan mengong-


kong
Pendekatan bagini bakal melahirkan anak-anak yang pe-
rasaannya sentiasa tertekan. Anak-anak yang perasaan
mereka tertekan dan terkongkong akan melahirkan tindak
balas memberontak. Mereka akan sentiasa mencari jalan
keluar dari tekanan dan kongkongan tersebut. Sudah pasti
tabiat dan perangai mereka juga adalah keras, kasar, bengis
dan pemarah. Dalam waktu yang sama mereka juga memiliki
sikap inferiority dan passimis terhadap masa depan. Ini
kerana mereka tidak pernah diberi peluang dan tiada ke-
bebasan langsung dalam melakukan sesuatu. Mereka ingin
mencuba, namun terhalang oleh kongkongan dan peraturan
yang ketat umpama dalam penjara. Kalau mereka terlalu
disusahkan dalam aspek material pula, mereka merasa
tertekan kerana merasakan mereka hidup tidak seperti
kawan-kawan lain yang ada peluang memiliki apa yang
mereka mahu. Kadang-kadang anak-anak begini cuba
memenuhi keinginan mereka dengan kerja mencuri. Tidak
kira sama ada mencuri kepunyaan keluarga sendiri atau
kepunyaan orang lain. Anak-anak begini juga degil dan keras
kepala yang amat sukar untuk menerima didikan dan tunjuk

107
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

ajar. Segala sikap-sikap negatif pembawaan ibu bapa mereka,


akan berpindah kepada anak-anak ini. Apabila mereka
dewasa mereka akan mengulangi sikap yang sama. Maka
anak-anak mereka pula akan menanggung warisan yang
sama iaitu kasar, bengis, pemarah dan suka mengongkong.
Kalau menjadi pemimpin, kemungkinan menjadi diktator
atau kuku besi atau terlalu keras bertindak kepada rakyat.
Bertambah ramailah orang yang menjadi mangsa. Dunia
tidak aman berada di bawah pemerintahannya.

c. Lemah lembut tetapi tegas


Pendekatan ketiga ini paling baik dalam membentuk peribadi
anak-anak dan akan terjamin berjaya.
Lemah lembut adalah lambang kasih sayang yang utama.
Sekiranya bersikap kasar, secara otomatik ternafilah kasih
sayang. Kasih sayang serta sifat lemah lembut adalah fitrah
manusia. Tanyalah siapa saja, mereka pasti akan menyukai
sifat atau sikap lemah lembut. Bahkan orang yang sikapnya
kasar dan pemarah sekalipun tetap menyukai orang lain ber-
lemah lembut terhadap dirinya. Sebab itu Allah SWT meme-
rintahkan Nabi Musa berkata-kata dengan lemah lembut dan
lunak kepada Firaun. Sedangkan sudah maklum bahawa
Firaun ganas, zalim dan kasar. Tuhan perintahkan demikian
adalah untuk mengajar satu pendekatan yang berkesan
dalam mendidik manusia, iaitu dengan membongkar fitrah
rasa bertuhan manusia. Kerana Tuhan itu Maha Pengasih,
Penyayang, dan Maha Lemah Lembut.
Lemah lembut hendaklah bersama dengan sikap tegas.
Apa maksud tegas? Tegas bukan keras atau kasar atau bengis.
Erti tegas ialah berada di atas perinsip. Tegas ertinya perkara
yang boleh maka dibolehkan. Perkara yang dilarang mesti
dihindari. Toleransi dalam perkara-perkara yang memang
diharuskan oleh agama, dan ditegah sama sekali dalam

108
www.SayangiKeluarga.com

SALAH DALAM MEMBERI KASIH SAYANG

perkara yang diharamkan. Gabungan lemah lembut dan


tegas inilah membawa maksud disiplin. Disiplin yang
diterapkan kepada anak-anak semenjak awal usia akhirnya
menjadi sebati dengan kehidupan mereka. Kebaikan sudah
menjadi pakaian mereka seharian. Tegas atas perinsip ini
memang disuruh oleh Allah SWT kepada manusia.

109
www.SayangiKeluarga.com

11 Suami Berwibawa

M enurut kebiasaannya kalau kepala keretapi


terbabas atau tergelincir dari landasan, gerabak
di belakangnya akan turut tergelincir. Begitulah
dalam sebuah keluarga, suami atau bapa adalah diibaratkan
kepala keretapi. Suamilah yang berperanan menjadi peneraju
utama yang menentukan kesejahteraan keluarga dunia
Akhirat. Dalam kontek keretapi, gerabak hanya mengikut
sahaja. Gerabak tidak ada enjin atau kuasa pengerak sendiri
melainkan diheret oleh kepala. Kepala keretapi itu pula mesti
punya kekuatan yang mampu menarik gerabak. Kalau
kuasanya lemah, mungkin keseluruhan keretapi tidak boleh
bergerak atau hanya sekadar boleh bergerak perlahan dan
tidak berupaya untuk membuat perjalanan yang jauh.
Suami atau bapa kenalah melayakkan diri memiliki
keupayaan seperti kepala keretapi yang mampu menarik
gerabak. Pada diri suami atau bapa mesti ada ciri-ciri wibawa
yang membuatkan dirinya dipandang mulia, dihormati,
disegani, dipercayai sepenuhnya. Anggota keluarga malu
kepada suami atau bapa, menjadikan suami tempat rujuk,

110
www.SayangiKeluarga.com

SUAMI BERWIBAWA

memberi kata putus dan tempat bergantung harap, berlin-


dung dan bernaung. Inilah gambaran umum apa yang di-
sifatkan sebagai seorang suami atau bapa yang berwibawa.
Soal rasa atau perasaan bukan boleh dipaksakan kepada
manusia. Rasa atau perasaan adalah fitrah anugerah Allah
SWT. Tiada siap boleh memaksa untuk seseorang itu merasa
cinta, rasa benci, rasa jemu, rasa bosan, rasa sayang, rasa
rindu, rasa meluat, rasa ngeri, rasa takut, dan lain-lain jenis
perasaan. Sedikit sahaja faktor lahiriah sebagai pencetus
sesuatu rasa atau perasaan. Misalnya anak rasa rindu kepada
ibunya, faktor pencetus rasa rindu ialah kerana berjauhan.
Tetapi rasa atau perasaan rindu itu bukan dipaksa-paksa
untuk datang ke dalam hati. Contoh yang lebih khusus
adalah rasa kepada suami atau bapa. Tidak boleh dipaksa
atau diarahkan supaya anak isteri memberi kepercayaan
sepenuhnya kepada kepimpinan bapa atau suami. Melainkan
ada kriteria yang mencetuskan kepercayaan terhadap
dirinya. Bolehlah dikiaskan kepada perasaan lain. Oleh itu
bagi anggota keluarga yang mahu merasakan suami atau
ayah itu berwibawa bukan boleh dipaksa dan diarahkan,
Namun untuk mendatangkan perasaan hormat, segan, malu,
memandang mulia kepada suami atau ayah, perlu suami
atau ayah cetuskan penyebab. Penyebab itu ialah beberapa
cirri yang dibahaskan secara ringkas dalam bab ini.
Wibawa seseorang ada yang memang Tuhan sudah bekal-
kan secara semula jadi bersama dengan kelahirannya.
Mereka yang punya wibawa semula jadi ini Tuhan bekalkan
kepada para Rasul, nabi-nabi dan para mujaddid, Selain
mereka ada juga yang Tuhan beri wibawa secara semula
jadi kepada individu tertentu seperti kepada ulama-ulama
mujtahid, syeikh-syeikh tariqat, pemimpin jemaah, tetapi
tidaklah wibawanya mencapai taraf yang Tuhan beri kepada
para Rasul, nabi-nabi dan para mujaddid. Ada juga wibawa
yang boleh diusahakan asalkan memenuhi cirri-ciri tertentu.

111
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

Memiliki beberapa cirri tertentu sedikit sebanyak akan ada


tempias-tempias wibawa hebat seperti yang Tuhan beri
secara semula jadi. Wibawa kategori ini boleh diusahakan
oleh siapa saja. Tidak pula terlalu sukar untuk memilikinya.
Sekiranya seorang suami atau bapa berwibawa maka sem-
pitlah ruang untuk anggota keluarga mempertikaikan kepim-
pinan suami atau bapa tersebut. Dan akan lebih mudah
berjaya dalam mengendalikan rumahtangga. Isteri akan lebih
taat dan anak-anak lebih mudah menerima didikan dan
tunjuk ajar. Tidak akan berlaku terhadap suami itu seperti
‘cakap tidak serupa bikin’. Juga tidak termasuk ke dalam
golongan yang ditempelak oleh Allah SWT seperti yang
maksudnya lebih kurang “Amat besar kemurkaan Allah bagi
orang yang berkata apa yang dia tidak buat.”
Suami yang berwibawa sekurang-kurangnya memiliki
lima cirri-ciri berikut:

1. BERILMU.
Ingatlah pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Orang jahil itu adalah musuh Allah walaupun dia
ahli ibadah, orang berilmu itu dikasihi Allah walaupun
dirinya fasik.”
Dalam ajaran Islam ilmu terbahagi kepada dua jenis iaitu
ilmu Fardhu Ain dan ilmu Fardhu Kifayah.

a. Ilmu Fardhu Ain


Setiap hamba wajib mengabdikan diri atau mentaati Allah
SWT. Dalam mentaati Allah SWT caranya mesti ikut sebagai-
mana panduan yang Tuhan ajarkan melalui Rasulullah SAW.
Tidak boleh direka atau dicipta sendiri oleh manusia. Silap
cara maka Tuhan akan tolak, atau tidak diiktiraf sebagai
ibadah kepada Tuhan. Fardhu Ain ini terangkum di dalamnya
banyak aspek-aspek hablumminallah, yang bersifat khusus

112
www.SayangiKeluarga.com

SUAMI BERWIBAWA

menghubungkan manusia dengan Allah SWT. Ilmu yang


wajib dipelajari oleh setiap mukallaf. Berdosa sekiranya tidak
melepasi tahap sukatan ilmu Fardhu Ain. Merangkumi semua
bidang ilmu tauhid, feqah dan tasawuf atau ilmu akhlak.
Di bidang ilmu tauhid mesti mempelajari ilmu tentang
Rukun Iman satu persatu untuk mengsahkan iman. Contoh-
nya terhadap Tuhan, mesti kenal Tuhan tepat dengan Tuhan
yang sebenar-benar Tuhan, dan yakin kepada Tuhan itu
dengan sebenar-benar yakin. Untuk kenal Tuhan dan me-
yakini Tuhan, bermula dengan ilmu mengenai Tuhan. Be-
gitulah juga wajib mengetahui Rukun Iman yang lain serta
meyakininya iaitu tentang Malaikat, Rasul, Kitab, Hari
Akhirat dan Qadha dan Qadar.
Feqah pula bermula dengan bab bersuci yang berkaitan
tentang jenis najis, jenis air, kaedah bersuci hinggalah kepada
semua ibadah yang fardhu. Sukatan ilmunya sekira-kira
seluruh ibadah itu tahu syarat rukun dan sah batalnya.
Termasuk Fardhu Ain dalam Feqah ialah serba sadikit perlu
juga ada ilmu mengenai halal dan haram supaya tidak
terjatuh kepada dosa kerana melakukan perkara haram
dalam semua aspek kehidupan. Perkara haram dan dosa
sama ada kecil atau besar bukan dalam soal makan minum
sahaja. Kenalah tahu jenis dosa besar dan dosa kecil.
Tasawuf atau akhlak mesti ada ilmu tentang sifat-sifat
mazmumah atau sifat keji dan tahu pula bagaimana mem-
buangnya. Tahu juga tentang sifat-sifat mahmudah atau sifat
terpuji dan tahu bagaimana untuk memiliki sifat-sifat terse-
but. Mengenal sifat-sifat ini mestilah di tahap mengetahui
apakah ada atau tiada sifat-sifat tersebut pada diri. Bukan
sekadar tahu pada ilmunya sahaja.
Sekali lagi diingatkan bahawa memiliki semua ilmu
Fardhu Ain ini adalah wajib, untuk mengsahkankan iman
bagi ilmu tauhid, mengsahkan ibadah bagi ilmu feqah dan

113
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

menyelamatkan dan memurnikan ibadah serta segala per-


buatan dari cacat cela dan rosak bagi ilmu tasawuf.
Mengamalkan ketiga-tiga cabang ilmu itu akan mem-
bentuk sifat taqwa, dengan syarat semuanya benar-benar
dihayati, ada roh bagi setiap amal. Menghayati atau ada
roh ertinya amalan itu sangat memberi kesan kepada pem-
bentukan peribadi seseorang. Kalau beramal tetapi tidak
berubah perangai jahat kepada baik atau tabiat negatif tidak
dapat dibuang, itu tandanya beramal tanpa roh. Terutama
sekali roh amal itu diukur pada bertambah dekat hati dengan
Tuhan yakni bertambah takut dan bertambah cinta kepada
Tuhan. Hati semakin kuat rasa kehambaan dan mudah
bertaubat terhadap dosa. Nikmat yang sedikit sudah sangat
disyukuri, sabar di atas ujian dan redha apabila ditimpa
musibah.
Seorang suami atau bapa akan terserlah wibawanya
apabila dia berupaya menyelesaikan ilmu Fardhu Ain kepada
anggota keluarganya. Sekiranya suami atau bapa tidak
mampu, maka dia mesti berusaha mencari jalan sama ada
membenarkan anggota keluarganya pergi belajar atau mem-
bawa guru ke rumahnya untuk mengajar anggota keluarga-
nya. Melalui cara ini selesailah Fardhu Ain anggota keluarga
tetapi kuranglah wibawa suami atau bapa. Demi untuk men-
jaga wibawa suami atau bapa maka lebih utama menguasai
ilmu Frdhu Ain untuk menyelesaikan Fardhu Ain keluarga
termasuk ilmu membaca Al-Quran. Di awal Islam dahulu
tidak terdapat pengajian Islam di luar rumahtangga. Penga-
jian ilmu-ilmu Islam diselesaikan oleh suami atau bapa di
rumah sendiri.
b. Ilmu Fardhu Kifayah
Ilmu yang berkait dengan aspek-aspek hablumminannas,
yang menghubungkan antara sesama manusia atau ke-
perluan bersama untuk manusia. Ilmu Fardhu Kifayah ini

114
www.SayangiKeluarga.com

SUAMI BERWIBAWA

adalah ilmu untuk keperluan kehidupan manusia. Ilmu ini


amat luas selagi tidak dalam perkara yang haram atau yang
di tegah oleh syariat. Ilmu Fardhu Kifayah kedudukannya
dalam Islam ialah dituntut ke atas umat sekira-kira dapat
menyelesaikan keperluan hidup umat Islam sendiri tanpa
bersandar atau bergantung kepada orang bukan Islam.
Realiti zaman ini, ilmu Fardhu kiyah diburu ke merata dunia
tetapi sekadar untuk makan gaji atau bekerja bagi keperluan
diri dan bukan untuk umat Islam. Kalau menurut hukumnya,
selagi seseorang itu tidak selesai ilmu Fardhu Ain maka tidak
dituntut untuk mempelajari ilmu Fardhu Kifayah. Atau juga
ilmu yang dipelajari itu tidak dinamakan ilmu Fardhu Kifa-
yah.
Ilmu Fardhu Kifayah ini tidak termasuk sebagai syarat
untuk wibawa suami atau bapa. Kalau kurang menguasainya
tidak mengapa. Cuma kalau memilikinya ada kelebihan. Dan
tidak pula dituntut kepada suami atau bapa menyelesaikan
kepada anggota keluarga. Hanya bertanggungjawab ke atas
keperluan belajar anak-anak. Selain bertanggungjawab ke
atas mereka, perlu juga memberi dorongan dan rangsangan
serta bimbingan di rumah sekiranya berkemampuan.
Setelah memahami dua aspek ilmu dalam Islam, mengua-
sai kedua-duanya akan mendatangkan kesempurnaan hidup
dunia Akhirat. Di dunia selamat, tidak dipermainkan oleh
musuh-musuh umat Islam. Di Akhirat selamat dari api
neraka. Dua bidang ilmu ini tidak boleh dipisahkan. Ibarat
pokok, Fardhu Ain itu ibarat akar tunjang, batang dan dahan-
dahan besar, manakala Fardhu kifayah itu ibarat dahan
ranting, daun, bunga dan buah yang semuanya mendatang-
kan kesempurnaan kepada pokok.

2. BERSIFAT ADIL
Sifat adil itu adalah menghampiri taqwa. Begitulah lebih

115
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

kurang yang Tuhan nyatakan dalam Al-Quran. Kalau ke-


sempurnaan taqwa itu seratus peratus maka separuh dari-
pada sifat taqwa itu terletak pada sifat adil.
Adil di sini yang menghampiri taqwa bukanlah adil seperti
yang difahami oleh kebanyakan orang. Pada umumnya
masyarakat memahami adil itu dengan konsep sama rata
atau sama rasa atau sama dapat. Oleh kerana begitu yang
difahami tentang adil, maka sering timbul isu menunding
kepada pihak lain apabila satu pihak tidak dapat apa yang
dituntut. Atau juga kerana tidak diberi layanan yang sama.
Adil menurut ajaran Islam, iaitu takrif yang tepat ialah me-
letakan sesuatu pada tempatnya. Apabila sesuatu benda atau
keadaan atau keputusan tidak kena pada tempatnya yang
tepat maka itu dikatakan tidak adil atau zalim.
Keadilan menurut Islam amat luas skopnya. Yang di-
katakan sifat adil menurut Islam ialah tiap-tiap sesuatu,
keadaan, dan keputusan mestilah menepati kehendak Allah
SWT, yakni tidak keluar dari syariat Allah SWT. Ianya men-
cakupi keadilan pada diri sendiri, keadilan kepada keluarga,
keadilan kepada harta benda, kepada masa, kepada kerja,
kepada ilmu yang dimiliki dan sebagainya. Contoh keadilan
kepada diri, termasuk dalam aspek penggunaan anggota
badan, akal fikiran, hati atau perasaan, adil pada tenaga,
penggunaan masa, ilmu pengetahuan dan harta benda.
Apabila disebut keadilan kepada keluarga pula yang
paling utama berbanding dengan perkara-perkara lain ialah
bagaimana hendak membentuk keadilan diri bagi setiap
anggota keluarga. Apabila aspek keadilan ini dapat difahami
serta dapat di praktikkan, maka keadilan dalam aspek lain
akan menjadi lebih mudah untuk di laksanakan. Keadilan
kepada anggota keluarga diukur hanya dalam aspek lahiriah,
yakni tidak termasuk dalam soal yang maknawiyah seperti
perasaan yang berbeza kepada anak-anak dan kepada isteri-

116
www.SayangiKeluarga.com

SUAMI BERWIBAWA

isteri bagi mereka yang berpoligami. Secara fitrah semua


menyayangi anak-anak. Kalau ada perasaan yang berbeza
kepada anak-anak maka itu tidak termasuk dalam ukuran
adil atau tidak adil. Ini kerana dalam soal perasaan ianya
bersifat maknawiyah yang tidak dapat dibelah, tidak dapat
dicaing-caing dan tidak dapat diagih menurut peratusan.
Ertinya tidak berlaku kalau ketika anak masih seorang maka
sayangnya seratus peratus. Apabila anaknya dua maka tidak
akan terpecah kepada lima puluh peratus setiap seorang.
Juga tidak akan berlaku kalau anak berjumlah sepuluh orang
maka setiap anak-anak hanya berbaki sepuluh peratus setiap
orang. Tidak mungkin. Sekiranya ada perbezaan dalam pe-
rasaan terhadap anak, maka itu di luar kuasa manusia,
kerana itu adalah fitrah anugerah Tuhan. Apa yang dilarang
ialah menzahirkan perbezaan kasih sayang itu sama ada
dengan kata-kata mahu pun perbuatan.
Namun di sini perlu difaham iaitu yang dilarang atau
dianggap tidak adil ialah dalam aspek memberi layanan dan
tanggungjawab kepada anak-anak. Dalam memberi layan-
an dan tanggungjawab tidak boleh dibeza-bezakan. Masih
tidak menyalahi perinsip keadilan sekiranya berbeza pen-
dekatan dalam memberi didikan. Bahkan itulah yang di-
anggap adil. Ini kerana perbezaan watak dan tahap akal
pemikiran di kalangan anak-anak sememangnya memerlu-
kan pendekatan yang berbeza. Anak yang kuat jiwa berbeza
pendekatan dengan anak yang kuat akal dan berbeza pula
pendekatan terhadap anak yang kuat perasaan. Demikian
juga dalam melayani anak-anak yang berbeza usia sudah
tentu berlaku perbezaan. Ketepatan dalam pendekatan
kepada anak-anak yang berbeza sikap dan tahap akal dan
berbeza usia itulah sebenarnya keadilan kepada mereka.
Sekiranya hendak pertahankan konsep adil itu sama rata
dan sama dapat dalam perkara lahiriah maka itu juga sesuatu
yang mustahil dapat dilakuan. Contohnya bagaimana hendak

117
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

menyamakan kuantiti makan anak yang gemuk dengan yang


kurus. Mustahil juga dalam memberi pakaian antara anak
yang tinggi dengan yang pendek. Antara yang sudah remaja
dengan yang masih kanak-kanak. Sebenarnya konsep adil
sama rata itu hanyalah satu pembohongan dari mereka yang
tidak memahami konsep keadilan menurut ajaran Islam.
Keadilan dalam Islam yang paling adil secara menyeluruh
kepada semua dan bermula keadilan itu pada diri terlebih
dulu hinggalah kepada masyarakat umum dan dalam semua
aspek. Inilah konsep dan prinsip keadilan yang diterima oleh
hati kecil manusia.
Apabila seorang suami atau bapa itu sudah melaksanakan
tanggungjawab dalam memenuhi perlayanan dan keperluan
hidup anak isteri maka itulah yang dikatakan keadilan. Beri-
kan hak kepada setiap anggota keluarga menurut keperluan
mereka yang berbeza, itulah yang dinamakan keadilan
seorang suami atau bapa. Terutama sekali dalam memenuhi
keperluan yang asasi untuk mereka. Akan hilanglah wibawa
seorang suami atau bapa sekiranya perkara asasi pun di-
abaikan dan tidak mahu bertanggungjawab. Untuk mencapai
sifat adil, mestilah kenal Tuhan dalam erti kata takut dan
cinta kepada Tuhan. Tanpa kenal Tuhan maka sifat adil amat
sukar untuk menjadi pakaian diri. Sebab itulah sifat adil
menghampiri taqwa atau dekat dalam pandangan Tuhan.
Dan Tuhan itu Maha Adil.

3. SIFAT SABAR.
Amat banyak disebut oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW
dalam menggambarkan kelebihan sifat sabar. Kemuncak atau
yang tertinggi Tuhan sebut dengan pengertiannya iaitu
tiadalah bagi orang yang sabar itu melainkan masuk syurga
tanpa hisab. Apa erti atau takrif sabar. Sabar ialah menahan
diri untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Berdasarkan

118
www.SayangiKeluarga.com

SUAMI BERWIBAWA

takrif sabar tersebut memahamkan kita bahawa untuk


memperoleh sifat sabar atau penyabar mesti ada hubungkait
dengan Tuhan. Mesti atas dorongan untuk mencapai ke-
redhaan Allah SWT. Sedangkan untuk mendapat keredhaan
Allah SWT bukan perkara yang mudah. Dan kalau seorang
suami atau bapa itu memiliki sifat sabar, dia akan dipandang
tinggi, dihormati, disegani dan dimuliakan oleh keluarganya.
Allah SWT anugerahkan perasaan tersebut kepada keluar-
ganya kerana dia sendiri diredhai oleh Allah SWT. Terlalu
luas aspek yang boleh dibahaskan tentang aspek sabar ini.
Luasnya boleh dijadikan sebuah buku tersendiri. Memadailah
dihuraikan secara kasar atau secara ringkas di sini untuk
serba sedikit dapat memahamkan dalam konteks untuk
membina wibawa seorang suami atau bapa.
Sabar ada tiga kategori sperti berikut:

a. Sabar dalam mentaati Allah SWT.


Ini adalah sabar peringkat paling rendah. Sabar dalam
mentaati Allah SWT ini terdapat dua bentuk iaitu dengan
melaksanakan segala perintah atau suruhan Tuhan secara
lahiriah. Satu bentuk lagi ialah taat secara roh kepada setiap
amal lahir yang dilakukan itu Namun begitu bukan mudah
untuk dapat bersabar dalam mentaati Allah SWT. Bukan
mudah dapat kekal istiqamah atau berkekalan dalam berlaku
taat kepada Allah SWT. Sukar untuk tetap kekal sabar dalam
melaksanakan suruhan Allah SWT dalam semua sudut
kehidupan. Ertinya perkara-perkara wajib hendak di tunai-
kan, manakala perkara-perkara sunat hendak di pertahankan
dan semua perkara harus atau mubah turut hendak di
jadikan ibadah yang turut mendatangkan pahala. Sabar
dalam taat kepada Allah SWT ini kalau tiada cabaran, tiada
gangguan, tiada halangan, tiada rintangan memang agak
mudah dilakukan. Tetapi belum tahu lagi sekiranya bertem-
bung dengan cabaran dan gangguan. Contohnya hendak

119
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

mempertahankan sembahyang. Kalau berada dirumah atau


sekadar ketempat kerja mungkin tiada masalah. Keputusan
terletak pada diri sendiri. Bagaimana agaknya kalau kita
hadir dalam mana-mana majlis yang aturcaranya tiada ruang
untuk sembahyang? Ketika itu akan bertarung perasaan kita
sama ada hendak memilih Tuhan atau urusan. Atau kalau
boleh juga menunaikan sembahyang, namun kita akan ter-
jebak kepada dua kemungkinan iatu sama ada sembahyang
bergopoh gapah hingga hilang roh sembahyang itu, atau
bersenbahyang dihujung waktu yang juga akan hilang roh
sembahyang. Hendak pertahankan sembahyang awal waktu
serta tidak meninggalkan berjemaah, satu cabaran yang amat
berat dalam keadaan manusia zaman ini yang amat sibuk
dengan berbagai urusan.
Cukuplah satu contoh di atas, dan bolehlah dikiaskan
kepada aspek lain. Sedangkan sekiranya hendak dihurai
secara mendalam tentang sabar dalam mentaati Allah SWT,
bukan terhenti kepada dapat berbuat sahaja atau dapat
selesaikan ketaatan lahiriah semata-mata. Tuhan melihat hati
dalam membuat amal lahir. Tuhanmemang wajib kan
beramal namun nilai amal disis Tuhan adalah apa yang ada
dalam hati ketika beramal itu. Erti mentaati Allah SWT itu
ialah hati yang dapat merasai kehambaan yang mendalam.
Iaitu rasa-rasa yang selayaknya bagi hamba kepada Tuhan
seperti merasa takut, gerun, bimbang, cemas, harap, rendah
diri, hina diri, rasa malu, rasa lemah dan berbagai rasa lagi
kepada Alah SWT. Sekaligus turut marasai bertuhan yang
mendalam seperti tasa Tuhan Maha Besar, Maha Agung,
Maha Pencipta, Maha Melihat, Maha mengetahui dan ber-
bagai rasa lagi. Ini juga yang diistilahkan sebagai taat dalam
taat iaitu taat lahir dan batin. Kalau bukan atas rahmat, pim-
pinan dan kekuatan dari Tuhan, terasa amat sukar untuk
sabar dalam mentaati Allah SWT. Perlu berdoa selalu untuk
mendapat rahmat dan pimpinan Tuhan.

120
www.SayangiKeluarga.com

SUAMI BERWIBAWA

Itu baru peringkat sabar dalam taat terhadap diri sendiri


sebagai suami atau bapa. Sedangkan suami atau bapa itu
Tuhan anugerahkan amanah yang perlu di pikul. Beban
terhadap keluarga bukan boleh di abaikan begitu saja. Suami
mesti turut membawa keluarga agar turut sabar dalam
mentaati Allah SWT. Dalam pada itu kena sabar juga untuk
membimbing keluarga dalam mentaati Alah SWT. Tidak
boleh putus asa atau lemah semangat. Sekali lagi amat perlu
meminta pertolongan dan bantuan Allah SWT untu dengan
rahmat, pimpinan dan kekuatan dari Allah SWT akan terus
berusaha hingga berjaya.

b. Sabar dalam meninggalkan maksiat atau dosa.


Terdapat dua bentuk iaitu maksiat atau dosa lahir dan
maksiat atau dosa batin. Sabar peringkat kedua ini lebih
berat berbanding dengan sabar kategori pertama tadi. Ini
kerana Tuhan sediakan nafsu yang sangat menarik manusia
kepada kejahatan. Dibantu pula oleh syaitan yang sudah
bersumpah untuk menyesatkan anak Adam.. Dalam zaman
yang sudah jauh dari Rasulullah SAW, jauh dari rahmat Tuhan
jauh dari iman dan taqwa, jauh dari ajaran Islam maka
maksiat amat berleluasa. Ditambah pula oleh pengaruh
media yang mempromosi segala macam maksiat dari barat.
Ditambah pula oleh budaya rosak dan negatif yang sengaja
dicetuskan oleh musuh-musuh Islam untuk menghancurkan
umat Islam. Kecuali memiliki kesabaran yang kuat demi
untuk Tuhan yang mampu meninggalkan segala larangan
Allah SWT.
Amat sukar untuk terselamat dari dosa lahir yang berlaku
melalui anggota tujuh iaitu mata, lidah, perut, telinga,
tangan, kaki, dan kemaluan. Lebih-lebih amat susah untuk
menghindari dosa batin atau dosa hati. Kadang-kadang
hingga terlajak tidak lagi merasakan dosa hati itu sebagai
dosa. Kalau ini terjadi maka dosanya lebih berat lagi kerana

121
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

berbuat dosa dalam keadaan penih kerelaan dan terus


menerus dalam dosa. Kalau dalam dosa lahir yang nampak
dan dapat dikesan secara lahir pun sukar untuk menghin-
darinya maka dosa bati lebih sukar lagi kerana tidak dapat
dilihat dengan mata kasar. Sebab itu kita terasa amat sukar
untuk bersih dari riya, ujub, sum’ah, sombong, ego, pemarah,
iri hati, dengki, dendam, cinta dunia, benci, memandang
hina kepada orang lain dan banyak lagi. Inilah juga me-
rupakan pintu-pintu laluan kemasukan syaitan untuk meng-
goda manusia. Untuk lepas dari godaan syaitan maka semua
pintu-pintu ini mesti ditutup melalui mujahadah yang tiada
noktah akhir kecuali mati.

c. Sabar dalam menghadapi ujian.


Inilah peringkat kesabaran yang paling sukar. Ujian terbahagi
kepada dua bentuk iaitu ujian kesusahan dan ujian kese-
nangan. Ujian kesusahan di antaranya seperti miskin, sakit,
anak isteri meragam atau degil, pekerja bermasalah, per-
niagaan mengalami kerugian, orang fitnah, kecurian, musi-
bah seperti kemalangan dan bencana alam dan seumpama-
nya. Sabar dalam menghadapi ujian susah ini dalam erti
kata tahan hati, tenang menghadapinya, tidak menderita,
tidak putus asa, tidak kecewa, tetapi tidak emosi, tidak gopoh
dalam mengatasinya. Tidak menunding jari kepada orang
lain, tidak hilang pertimbangan. Melainkan menerimanya
dengan senang hati, bersangka baik terhadap Tuhan bahawa
semua itu ada maksud baik dari Tuhan, ada hikmah, ada
didikan Tuhan, ada peringatan dan pengajaran dari Tuhan.
Hatinya benar-benar dapat merasakan Tuhan hendak mengu-
ji keimanannya apakah dengan ujian itu dapat terus bersabar
dengan mengharapkan Tuhan redha terhadap dirinya.
Ujian kesenangan umpamanya kaya, berpangkat, ada
kedudukan, popular, orang sanjung, orang puji, perniagaan
bertambah maju dengan mudah dan lain-lain lagi. Dalam

122
www.SayangiKeluarga.com

SUAMI BERWIBAWA

kesenangan ini pun satu ujian kesabaran yang amat berat.


Ramai orang berjaya boleh sabar dalam kesusahan, tetapi
jarang boleh tahan sabar dengan ujian kesenangan. Maksud-
nya dalam kesenangan itu seseorang bertahan kerana meng-
harap keredhaan Allah SWT. Tidak lupa diri, sangat bersyu-
kur dengan hati benar-benar merasakan itu semua kurniaan
dan anugerah Allah. Lantas semakin subur sifat pemurah,
semakin tawadhuk, semakin kuat hubungan hati dengan
Tuhan dan semakin kuat membela manusia terutama yang
sangat memerlukan pertolongan. Takut hendak berfoya-foya
dengan kesenangan itu, takut hendak berlaku sombong
kerana yakin Tuhan boleh tarik bila-bila masa saja dengan
sekelip mata. Dia dapat merasakan yang hidup ini hanya
sementara dan sekejap saja. Hidup ini kalau senang pun
hanya sekejap dan sedikit saja berbanding Akhirat. Dan kalau
susah pun sementara dan kecil saja berbanding Akhirat.
Maka dia tidak akan sampai durhaka kepada Tuhan kerana
takutkan kesusahan dunia yang kecil hingga menanggung
azab yang berat di Akhirat. Dan tidak juga durhaka kepada
Tuhan kerana mendapat kesenangan yang sedikit hingga
hilang kesenangan yang hakiki di Akhirat kelak.
Setelah suami atau bapa berjaya memiliki ketiga-tiga
kategori sabar di atas maka dia dianggap sebagai orang yang
sabar. Bertambahlah satu lagi ciri wibawa sebagai seorang
suami. Oleh itu bukti kesabaran yang dimiliki hendaklah
dikongsi dengan anak isteri. Menjadi kewajipan suami atau
bapa mendidik anak isteri mendapat semua kategori sabar
seperti dirinya. Dalam mendidik anak isteri itu kepada kesa-
baran, kena bersabar juga. Dalam mendidik manusia terma-
suk anak isteri, suami akan menempuh ketiga-tiga kategori
sabar tersebut. Ertinya dia perlu sabar untuk mendidik anak
isteri itu supaya taat, meninggalkan maksiat serta meng-
hadapi ujian. Sifat sabar dengan kejayaan mendidik manusia
adalah lazim melazimi. Yakni orang yang sabar saja Tuhan

123
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

beri kejayaan mendidik manusia. Dan kalau hendak men-


didik manusia mesti ada sifat sabar.
Empat tanda orang yang tidak sabar.
i. Cepat marah, baran atau meradang.
ii. Mudah merajuk dan mudah purus asa atau kecewa.
iii. Bergopoh gapah, tergesa-gesa, melulu, tidak berhati-
hati dan tidak usul periksa.
iv. Mudah dikuasai emosi, gelisah, tidak tenteram, tidak
tenang mudah hilang pertimbangan.

4. BERTANGGUNGJAWAB
Takrif pemimpin ialah siapa yang di atas di kalangan satu-
satu kelompok atau institusi masyarakat. Dalam keluarga,
bapa adalah pemimpin. Dalam kampung pemimpinnya di-
panggil ketua kampung atau Tok Empat. Di sekolah pula
Guru Besar dan guru-guru adalah yang lebih atas maka
merekalah pemimpin. Dalam satu mukim dipanggil Penghulu
dan di daerah adalah Pegawai Daerah.
Terdapat pemimpin besar seperti menteri, pengarah, wakil
rakyat. Tidak kira sama ada pemimpin besar atau kecil, tetap
wajib bertanggungjawab terhadap mereka yang berada di
bawah pimpinan. Erti bertanggungjawab ialah seluruh ke-
pimpinannya bakal dipersoalkan oleh Allah SWT di Akhirat
kelak. Manakala mereka yang berada di bawah kepimpinan
bakal menjadi saksi di dunia dan di Akhirat. Di dunia pengi-
kut atau rakyat atau keluarga akan menilai baik buruk se-
suatu kepimpinan manakala di Akhirat dibenarkan membuat
tuntutan di hadapan Tuhan terhadap kezaliman seseorang
pemimpin.
Berbalik kepada suami atau bapa, setiap kali memper-
katakan tentang rumahtangga, soal tanggungjawab suami

124
www.SayangiKeluarga.com

SUAMI BERWIBAWA

kepada anak isteri tidak pernah ketinggalan diperkatakan.


Bahkan sering disenaraikan satu persatu. Tidak lagi timbul
alasan tidak tahu tanggungjawab terhadap anak isteri. Na-
mun apabila berlaku krisis rumahtangga, sama ada kesnya
di bawa ke pangkuan mahkamah atau tidak, isu faktor krisis
majoritinya adalah kerana abaikan tanggungjawab. Kesim-
pulannya di sini ialah bukan lagi soal tidak tahu tentang
tanggungjawab tetapi tidak mahu bertanggungjawab.
Mengapa pula tidak mahu bertanggungjawab? Sedangkan
apabila berlaku ijab dan kabul itu adalah tanda ikrar, sumpah
dan janji untuk mengambil alih tanggungjawab dari kedua
ibu bapa. Suami sudah menjadi pengganti kepada kedua
ibu bapa wanita yang menjadi isteri itu. Di sinilah boleh
dianggap anak kunci tanggungjawab itu yang hilang. Tahu
tanggungjawab hanyalah ilmu yang berada dalam kepala
atau dalam akal. Sedangkan bertanggungjawab atau melak-
sanakan tanggungjawab itu adalah amal perbuatan. Amal
perbuatan mesti didorong oleh iman dan taqwa kepada Allah
SWT. Ringkasnya orang yang takut kepada Tuhan saja yang
akan benar-benar bertanggungjawab. Ertinya anak kunci
kepada sikap bertanggungjawab itu adalah iman atau takut-
kan Tuhan. Tanpa takutkan Tuhan, biar saban hari diasak
dan disuapkan dengan berbagai fomula atau resipi rumah-
tangga, namun krisis tetap saja berlaku.
Sama juga dalam hal isteri yang tidak mahu hormat dan
taat kepada suami. Bukan soal para isteri tidak tahu ke-
dudukan isteri di sisi suami. Untuk hormat dan taat kepada
suami, para isteri kena takutkan Tuhan. Kerana takutkan
Tuhan maka para isteri akan hormat dan taat kepada suami
atas dasar mentaati perintah Allah SWT. Tuhan yang meng-
hendaki supaya para isteri hormat, bersopan dan taat kepada
suami. Iman dan taqwa saja yang menjadikan para isteri
dengan penuh rela, senang hati dan terhibur dalam meng-
hormati dan mentaati suami.

125
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

5. KASIH SAYANG
Kriteria yang mesti ketara dan menonjol yang perlu dimiliki
oleh suami ialah sifat kasih sayang. Dalam buku ini sudah
banyak disentuh dan dihuraikan tentang kasih sayang dalam
bab lain. Di sini hanya perlu ditambah sedikit saja sebagai
pelengkap. Terdapat sembilan puluh sembilan nama dan
sekaligus sifat Tuhan yang diketahui. Semua sifat-sifat Tuhan
itu adalah disukai oleh fitrah manusia. Dan Tuhan izinkan
manusia menghayati atau memakai sifat-sifat Tuhan itu
kecuali yang dilarang ialah sifat sombong. Biar pun manusia
memakai sifat Tuhan, pada sebutan atau istilah atau lafaznya
sama namun hakikatnya tidak sama. Maha Suci Tuhan dari-
pada menyerupai akan sesuatu selain-Nya. Misalnya Tuhan
itu pemurah, tidak sama dengan pemurah manusia. Tuhan
melihat dan mendengar. Penglihatan dan pendengaran
Tuhan hakikatnya tidak sama dengan makhluk. Tuhan pen-
cipta, manusia juga boleh mencipta namun hakikatnya tetap
tidak akan serupa. Sifat Tuhan yang paling popular yang
Tuhan sendiri ajarkan kepada manusia menyebutnya paling
banyak iaitu pengasih dan pemurah. Kalimah yang paling
banyak diungkapkan oleh manusia dalam Basmallah. Tuhan
mahu diri-Nya dikenali dengan sifat pengasih dan pemurah.
Sifat pengasih semua orang menyukainya kerana ia ada-
lah fitrah manusia. Pengganas yang zalim pun hati kecilnya
menyukai kalau orang lain memberi kasih sayang kepada
dirinya. Begitu juga dengan sifat pemurah. Orang yang ke-
dekut pun suka kalau orang lain pemurah kepadanya. Demi-
kianlah Tuhan mendidik manusia agar lebih mengenali diri
Tuhan itu yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah. ‘Maha’
kepada sifat-sifat Tuhan itu ertinga tiada batasan, tiada had,
tiada sempadan atau tidak terhingga serta tidak dapat di-
banding dan ditandingkan dengan sesuatu apa pun. Dengan
cara Tuhan sendiri menonjolkan sifat Pengasih dan Pamurah,
Tuhan mahu agar manusia takut dan cinta kepada Tuhan.

126
www.SayangiKeluarga.com

SUAMI BERWIBAWA

Seorang suami atau bapa yang sangat ketara sifat kasih


sayang, anak isteri akan lebih menyenanginya berbanding
suami yang garang, keras dan bengis ibarat pemimpin dik-
tator. Mungkin anak isteri boleh patuh, kelihatan boleh taat
tetapi bukan dari kerelaan hati. Hanya terpaksa akur dalam
keadaan hati merungut. Bahkan di depan suami atau bapa,
mereka tunjuk pura-pura hormat tetapi di belakang sanggup
umpat keji kepada bapa. Suasana mesra hilang dalam rumah-
tangga, sebaliknya bertukar dengan tegang, rimas, tertekan
dan gelisah. Anak-anak yang dalam usia remaja yang sedang
mengalami alam pancaroba lebih-lebih lagi memberontak.
Ada saja alasan untuk berseronok di luar rumah. Akhirnya
mereka menjadi nakal, degil dan liar. Terus terjebak dengan
angkara dan gejala negatif. Anak-anak yang tiada peluang
untuk berseronak di luar rumah, mereka turut memberontak
dengan cara bersikap kasar, pemarah dan sering bergaduh
sesama adik beradik. Tidak boleh berlebih kurang dan tiada
tolak ansur antara satu sama lain. Maing-masing tunjuk ego.

127
www.SayangiKeluarga.com

12 Persiapan Taqwa

T aqwa adalah tuntutan dari Tuhan kepada setiap


hamba-hamba-Nya. Tidak kira sama ada raja atau
rakyat jelata, pemimpin atau pengikut, pegawai atau
pekerja biasa, bahkan andainya seseorang itu hanya duduk-
duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa pun, Tuhan tetap
menuntut agar orang itu memiliki taqwa. Kedudukan taqwa
di sisi manusia ibarat pakaian dan makan minum yang tidak
boleh dipisahkan. Sebab itu seruan taqwa berlaku setiap
minggu yang merupakan salah satu rukun khutbah Jumaat.
Sayangnya persoalan taqwa yang amat penting itu sudah
tidak difahami oleh manusia termasuk umat di kalangan
ulama. Kalau diibaratkan pakaian dan makan minum kepada
manusia, sekiranya diabaikan maka rosaklah fungsi tubuh
badan atau disebut sebagai sakit atau tidak sihat.
Manusia tanpa taqwa akan hilang kebahagiaan serta
bertukar menjadi ganas kerana dikuasai oleh nafsu dan
syaitan. Nafsu dan syaitan tidak pernah tunduk kepada
sebarang undang-undang dan peraturan. Bahkan Tuhan dan
undang-undang Tuhan pun nafsu dan syaitan sanggup ingkar,

128
www.SayangiKeluarga.com

PERSIAPAN TAQWA

betapalah undang-undang dan peraturan manusia. Sebab


itu manusia sukar untuk didisiplinkan atau didamaikan
dengan undang-undang dan peraturan. Kalau pun manusia
dihukum penjara kerana kejahatan yang dilakukan, itu bukan
bererti nafsu dan syaitan yang menguasai diri telah tewas,
tunduk dan menyerah. Penjara itu hanyalah membatasi,
menghalang atau tidak memberi peluang kepadanya untuk
berbuat kejahatan. Umat Islam patut faham terjadinya
berbagai kejahatan dan kemungkaran di kalangan manusia
tidak lain dan tidak bukan adalah lantaran ketiadaan taqwa
kepada Tuhan.
Tugas penting suami atau bapa ialah mendidik keluarga
agar memiliki taqwa. Sudah pastilah suami itu sendiri sangat-
sangat perlu memiliki sifat-sifat taqwa. Tiada manusia yang
mengetahui tahap taqwa seseorang, kita tidak dapat mengu-
kur peringkat taqwa seseorang bahkan terhadap taqwa diri
sendiri, namun para suami mesti lebih bersungguh-sungguh
berusaha untuk menjadi orang bertaqwa.
Suami atau bapa yang bertaqwa, dirinya seperti magnet
yang menarik keluarga kepada Tuhan. Keluarga akan lebih
mudah terbuka hati untuk menerima didikannya. Keluarga
yang mendengar seruannya akan mudah terbuka hati untuk
takutkan Tuhan, untuk menerima kebenaran, mudah faham
terhadap ilmu yang disampaikan. Keluarga akan lebih mudah
membuat berbagai perubahan dalam berbagai aspek
kehidupan. Umpamanya dari tidak kenal Tuhan kepada kenal
Tuhan. Dari hidup tidak bersyariat kepada bersyariat. Dari
berpecah belah kepada berkasih sayang dan perpaduan. Dari-
pada jumud kepada progresif. Daripada sifat dan sikap
negatif kepada positif dan sebagainya. Allah SWT buka hati
keluarga menjadi lembut, mudah memiliki rasa kehambaan
dan rasa bertuhan dan mudah untuk dibentuk. Terhadap
dosa-dosa mereka bertaubat, terhadap nikmat disyukuri,
terhadap ujian Tuhan beri kesabaran dalam menghadapinya.

129
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

Anggota keluarga akan lebih cenderung melihat cacat cela


dan kesalahan diri berbanding melihat kesalahan orang lain.
Hati keluarga Tuhan jadikan lebih menyukai kebaikan dan
membenci kejahatan lantas mudah berubah kepada ke-
baikan. Inilah antara contoh bentuk-bentuk bantuan, rahmat
dan berkat dari Tuhan kepada suami yang bertaqwa. Ini juga
disebut sebagai karamah maknawiyah yang Tuhan kurniakan
kepada para suami atau bapa yang bertaqwa.
Sebaliknya kalau tidak bertaqwa, seruan dan ajakan suami
atau bapa itu hanya tinggal pada cakap-cakap, panduan dan
ilmu sahaja. Mungkin kerana pandai dalam penyampaian,
olahan bahasa, kalimah-kalimah dan ayat-ayat yang menarik,
disokong pula oleh berbagai alat bantu serta gaya, didokong
pula oleh sistem serta promosi, diperkuatkan lagi oleh pang-
kat serta kelulusan, maka penyampaiannya sedap dan me-
narik. Anggota keluarga turut kagum. Namun realitinya tidak
menghasilkan sebarang perubahan kepada keluarga. Bila-
mana tidak bertaqwa maka tiada bantuan Tuhan, tidak ada
rahmat dan keberkatan. Natijahnya Tuhan tidak buka pintu
hati keluarga untuk membuat perubahan. Atau dengan lain
kata, suami atau bapa yang tidak bertaqwa, akan gagal
membawa keluarga kepada taqwa kepada Allah SWT.
Inilah rahsia kejayaan Salafussolleh. Mereka tidak banyak
bercakap. Tiada alat bantu, tiada gaya. Penyampaian mereka
bersahaja. Namun kesan taqwa mereka cepat membawa
perubahan kepada keluarga. Tanpa bersyarah atau berkuliah
panjang lebar, keluarga mudah terbongkar hati mereka ke-
pada rasa bertuhan. Mereka duduk-duduk sahaja bersama
keluarga, luntur hati keluarga dari membuat maksiat. Me-
lihat wajah suami atau bapa sudah terdetik di hati ingatan
kepada Tuhan. Kehadirannya saja, keluarga sudah merasa
bahagia, hati rasa terhibur. Sebab itu di zaman Salafussolleh,
agama Islam berkembang begitu pesat. kerana roh para
suami itu lebih cepat dan laju memproses hati-hati anggota

130
www.SayangiKeluarga.com

PERSIAPAN TAQWA

keluarga berbanding cakap-cakap atau syarahan mereka.


Inilah yang dimaksudkan dengan magnet. Bukan magnet
yang menarik perhatian kepada diri, tetapi magnet yang
menarik hati keluarga kepada Tuhan, kepada syariat Tuhan,
kepada mahmudah, kepada akhlak dan kepada kebenaran
dan ketaatan.
Betapa pentingnya taqwa kepada para suami, maka
persoalan taqwa itu perlu difahami dan dihayati. Selepas
itu anggota keluarga akan lebih mudah menjadi orang yang
bertaqwa. Andainya tidak difahami dan dihayati, biar pun
disebut atau dilaungkan berulang kali, suami itu sendiri pun
tidak akan bertaqwa. Maka jauh sekali untuk membawa
keluarga kepada taqwa. Contoh yang paling mudah, cuba
kita lihat setiap hari Jumaat diulang-ulangkan dalam rukun
khutbah seruan untuk bertaqwa. Rata-rata umat sudah hafal
takrif taqwa yang dibacakan dalam khutbah iaitu “Buat se-
gala suruhan Allah SWT, dan meninggalkan larangan-Nya.”
Namun begitu, umat Islam tidak juga bertaqwa. Wajar para
suami merasa takut dan bimbang selain kerosakan pada diri
seperti mazmumah akan menjadi subur, mungkin akan
menambahkan dosa. Termasuk kesannya turut ditanggung
oleh keluarga, umpamanya mereka juga akan berdosa. Ini
akan menambahkan lagi kemurkaan Allah SWT.

A: BERBEKAL DENGAN TAQWA


Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Hendaklah kamu menambah bekalan.


Maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa.”
(Al-Baqarah: 97)
Di sini Tuhan menyuruh kita supaya sentiasa menambah

131
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

sifat taqwa. Kerana sifat taqwa itu adalah bekalan kita di


Akhirat. Manakala di dunia Tuhan janjikan bagi orang-orang
bertaqwa mendapat bantuan Tuhan dalam berbagai bentuk.
Bantuan dan pertolongan Allah di dunia bukan bantuan dan
pertolongan biasa. Yakni yang merupakan khawariqul ‘adah,
yang bersifat luar biasa. Kalau khawariqul ‘adah itu kepada
Rasulullah SAW, dikatakan mukjizat. Kalau manusia biasa
yang bukan Rasulullah, dikatakan keramat dan berkat atau
rahmat dari Tuhan.
Seperti yang pernah berlakunya khawariqul ‘adah kepada
orang-orang bertaqwa yang bukan rasul, umpamanya dalam
peperangan, umat Islam yang sedikit boleh mengalahkan
musuh yang ramai, atau mendapat rezeki dari sumber yang
tidak diduga dan lain-lain lagi. Itu di dunia, yang berlaku
tanpa diminta. Tuhan anugerahkan sebagai memenuhi janji
Tuhan kepada orang-orang bertaqwa. Namun janji Tuhan
kepada mereka yang bertaqwa yang paling utama ialah di
Akhirat.
Tuhan sebut dalam ayat di atas tadi, hendaklah kita sen-
tiasa menambah bekalan iaitu sifat taqwa. Ertinya kita
membangunkan aset penting untuk Akhirat dan mendapat
pertologan Tuhan di dunia. Menambah sifat taqwa ini mesti-
lah di atas landasan syariat. Kalau bukan atas landasan sya-
riat, secara otomatik ternafilah sifat taqwa. Kita amalkan
perintah Tuhan asas-asasnya ialah seperti solat, puasa, zakat,
naik haji dan lain-lain dalam apa aspek suruhan. Manakala
tinggalkan segala aspek larangan atau tegahan. Itu adalah
asas, tapak untuk menambah taqwa. Selain yang asas, terlalu
banyak yang lain yang boleh dijadikan bekalan taqwa.
Mungkin di atas landasan fardhu kifayah, di atas landasan
perkara-perkara sunat dan hal-hal yang harus. Dalam per-
kara-perkara yang pada asalnya harus, tetapi kalau kita
pandai mengikut ilmunya atau syarat-syaratnya, perkara
yang harus pun boleh menambah sifat taqwa.

132
www.SayangiKeluarga.com

PERSIAPAN TAQWA

Menambah sifat taqwa mesti di atas landasan syariat.


Perkara-perkara mudah yang dapat dilihat oleh mata sebab
dilaksanakan oleh lahiriah kita ialah seperti bekerja mencari
makan minum atau nafkah hidup. Bekerja itu memang kita
lakukan setiap hari. Di situ kita berpeluang menambah
bekalan taqwa dan sekaligus memperoleh rezeki dalam ben-
tuk harta benda. Seorang nelayan turun ke laut menangkap
ikan. Tempoh masa yang digunakan menangkap ikan itu dan
tenaga yang digunakan, kesusahan yang ditanggung, se-
muanya dikira sebagai menambah bekalan taqwa. Ikan tetap
juga di perolehi.
Contoh lain ialah mambangunkan ekonomi. Mengapa kita
bangunkan ekonomi? Bukan untuk mencari untung, walau-
pun di situ ada untung. Kita berekonomi untuk menambah
sifat taqwa. Rata-rata di dunia hari ini kerana sudah tidak
faham ajaran Islam, maka orang berniaga untuk komersial
atau semata-mata tertumpu untuk untuk mendapat untung.
Orang yang berniaga untuk tujuan keuntungan hanya se-
kadar memperoleh apa yang diharapkan. Itu pun kalau dia
berniaga mendapat untung, bagaimana kalau mengalami
kerugian? Sedangkan kalau berniaga untuk mendapat
bekalan taqwa, melakukan perniagaan melalui kaedah yang
sama dengan mengikut landasan syariat, untung itu datang
sendiri. Dan andainya tanpa diduga perniagaannya menga-
lami kerugian, dia tetap kekal mendapat bekalan taqwa. Jadi
sebenarnya berdasarkan ayat tadi, hendaklah kita sentiasa
menambah bekalan taqwa, dan sebaik-baik bekalan ialah
sifat taqwa. Inilah yang Tuhan tuntut manusia lakukan dalam
apa jua aspek kehidupan di mana manusia yang bertaqwa
itu tidak pernah rugi sedikit pun. Ini juga bererti bahawa
bekalan taqwa itu tidak terpisah dari aktiviti harian asalkan
atas landasan syariat.
Dalam Islam kita berniaga umpamanya, untuk menam-
bahkan lagi bekalan taqwa. Kita berkebudayaan, berhibur,

133
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

membuat perhubungan, adalah untuk menambah lagi sifat


taqwa. Kita bangunkan keluarga, kita berjuang, kita ber-
korban, moga-moga dengan keluarga itu, berjuang dan
berkorban itu dapat membangunkan lagi sifat taqwa. Kita
bekerjasama, mengajar, bangunkan pendidikan, membela
dan menyelamatkan orang, maka di situlah kita dapat me-
nambah sifat taqwa. Kita menziarahi, membuat perhubungan
dan bertolong bantu, semoga dapat menambah sifat taqwa.
Kita nikah kahwin, berkeluarga, beranak cucu, moga-moga
dari situ dapat menambah lagi sifat taqwa. Kalau dicampur-
kan semua apa saja yang kita lakukan setiap detik maka
banyaklah jumlahnya.
Janganlah hendaknya mencari taqwa di atas syariat yang
terbatas. Seluruh tindakan lahir kita walaupun yang harus.
Kedudukan hukum harus itu adalah syariat Tuhan Angkat
tangan, pandang sana, pandang sini, kaki yang melangkah,
duduk, berdiri, bergerak atau baring atau diam saja, itu
adalah syariat. Maka moga-moga dengan syariat itulah kita
dapat menambah sifat taqwa. Kalau sesuatu perkara atau
benda itu di anggap kecil, kecillah sifat taqwanya. Kalau
besar, besarlah sifat taqwanya. Dari situlah Tuhan tulis pada
fail catatan amal kita. Catatan itu yang akan dikembalikan
semula kepada kita di Akhirat kelak, digantung pada leher
di Padang Mahsyar. Setiap orang ada catatan amalnya,
masing-masing akan membawanya. Kita sendiri yang akan
membaca catatan amal milik kita sendiri.
Barulah kita faham, menambah sifat taqwa itu di atas
usaha, aktiviti, pandangan, pendengaran, gerakan tangan,
gerakan kaki, pergi sana, pergi sini. Di situ kita akan dapat
taqwa. Tetapi perlu diingat dan difahami perkara-perkara
atau benda-benda lahir itu adalah syariat. Syariat itu hanya
baru berada di landasan yang betul untuk menambah be-
kalan taqwa tetapi belumlah lagi mendapat bekalan taqwa
sebenar. Ertinya kalau tidak ada kulit awal-awal lagi isi sudah

134
www.SayangiKeluarga.com

PERSIAPAN TAQWA

pasti tidak ada. Maksudnya kalau sudah melanggar syariat


Tuhan, sudah pasti tidak akan mendapat bekalan taqwa.
Syariat dalam ajaran Islam ialah kulit. Kalau syariat di-
ibaratkan kulit yang tidak ada isi maka tidak ada erti. Walau
pun kulit itu perlu untuk menjaga isi namun yang perlu ada-
lah isinya. Umpama kita hendak makan buah, kita mahu
isinya. Contoh lain, kita ambil ubi kayu, ia ada kulitnya.
Kalau tidak ada kulit, isi mudah rosak, namun yang penting
isinya. Oleh itu syariat itu kulit atau rangka manakala isi
adalah rasanya. Kalau kulit atau rangka tidak ada isi atau
rasa, tidak bernyawa, tidak ada roh, tidak ada erti apa-apa.
Sebab itu dalam ajaran Islam makan bangkai haram. Sebab
makan satu benda yang sudah tak ada nyawa. Yang halal
itu waktu ada nyawa dan disembelih. Kalau makan kambing
yang tidak bernyawa walaupun elok lagi dagingnya haram
hukumnya. Itu sindiran Tuhan atau kiasan dari Tuhan.
Dalam Islam ada kulit, ada isi. Kulit dan isi kena diper-
tahankan, tetapi keutamaan adalah pada isi. Ambil contoh
dalam ibadah asas, seperti sembahyang. Dalam berdiri,
rukuk, sujud dan bacaan itu merupakan rangka. Kalau hanya
badan saja yang tunduk, hati tidak tunduk, ertinya kita hanya
bawa kulit. Bawa rangka yang dalamnya bolong. Kalau badan
saja yang sujud, hati tak sujud, ertinya rangka saja yang
sujud. Kadang-kadang meniti di atas syariat pun tidak me-
nambah taqwa. Padahal itu ibadah asas. Kalau kita bawa
rangka saja, tak membawa roh, ibarat membawa kulit sahaja,
tidak menambah taqwa.
Taqwa itu kebanyakannya adalah aspek dalaman. Ia
bersifat rohaniah, paling tidak bersifat maknawiyah. Kalau
tak ada rohaniah, walaupun rukuknya cantik, jadi bualan
orang atau dipuji orang, maka sembahyang hanya bangkai,
haji bangkai, perjuangan bangkai, pendidikan bangkai,
jemaah bangkai, ekonomi bangkai, kebudayaan bangkai.

135
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

Padahal itu sudah berada pada landasan syariat, tetapi tak


boleh menambah taqwa. Apa kata orang? Mungkin orang
kagum dan memuji. Hebat orang ini, hebat Islam orang ini.
Macam-macam syariat dibangunkan. Tetapi isi tidak ada.
Manusia melihat syariat dibuat, yang sunat pun dibuat. Satu
negara melahirkan kekaguman dan memuji kehebatan orang
yang kuat bersyariat itu. Begitulah yang orang lihat, tetapi
dalamannya atau isinya tidak ada, atau kosong. Tuhan ber-
kata ibadah yang dibawa orang itu ialah ibadah bangkai. Di
sisi Tuhan orang itu membawa bangkai solat, bangkai puasa,
bangkai keluarga, bangkai jihad, bangkai ekonomi, bangkai
pendidikan. Orang tidak boleh persoalkan sebab kelihatan
kulitnya cantik. Tetapi Tuhan memandang yang dalaman.
Syariat lahir itu dinilai sepuluh peratus sahaja, sebaliknya
yang dalaman Tuhan nilai sembilan puluh peratus.
Katakan kita hendak membangunkan keluarga. Tuhan
mahu kita membangunkan keluarga itu untuk menambah
bekalan taqwa. Tetapi kita berkeluarga lebih melihat atau
mahu keuntungan dan keseronokan semata-mata. Biasanya
nikah kahwin belum bermula lagi, di dalam kepala sudah
terlalu memikirkan tentang keseronokan. Seolah-olah ma-
cam angan-angan. Mengapa kita fikirkan tentang seronok
dan bukan taqwa? Sedangkan berkeluarga menurut Islam
bertujuan untuk menambah taqwa, keseronokan tetap akan
turut diperoleh. Sepatutnya berkeluarga diniatkan kerana
Allah dan untuk menambah sifat taqwa. Di setiap apa aspek
yang berlaku dalam keluarga setiap hari dan di mana saja
akan bertambah sedikit sifat taqwa. Akan bertambah dari
perkara-perkara lain yang kita lakukan seperti dalam, makan
minum sedikit, hiburan sedikit, dalam pendidikan dan se-
kolah sedikit, ketika bersama anak isteri sedikit, ketika
bersama kawan-kawan sedikit, dari tidur baring sedikit dan
lain-lain, maka akan banyaklah bekalan taqwa yang di-
kumpulkan. Asalkan apa saja yang kita lakukan itu tidak

136
www.SayangiKeluarga.com

PERSIAPAN TAQWA

bercabang niatnya, hanya semata-mata kerana Allah SWT


yang mana Tuhan perintahkan untuk menambah bekalan
taqwa.
Melihat kepada usaha taqwa itu terletak sembilan puluh
peratus adalah aspek dalaman manakala hanya sepuluh
peratus saja berkaitan dengan syariat lahir, cuba kita fikirkan,
senangkah kita hendak berkeluarga untuk mendapat sifat
taqwa? Ertinya kita hendak beri nyawa kepada keluarga kita
itu. Supaya jangan bangunkan keluarga bangkai. Bukan
senang nak bagi roh. Bila dikatakan hendak memberi roh,
maka suami atau bapa, anak, isteri, semuanya niat mereka
mesti sama untuk Tuhan, fikirannya selari tidak ada sebarang
kepentingan kecuali untuk Tuhan. Barulah kita dapat ber-
kasih sayang. Kalau taqwa yang kita maksudkan dan niatkan,
hidup susah sedikit pun terasa seronok dan bahagia betapa-
lah kalau senang. Walau kita tidak mahu susah dalam be-
rumahtangga, namun kalau terjadi juga tidak rasa kesal atau
tidak kecewa. Sebab usahanya sampai matlamat, atau sampai
maksud untuk dapat sifat taqwa. Kalau senang, kita rasa
syukur dan berterima kasih kepada Tuhan yang memberi
lebihan rezeki, di Akhirat akan dapat balasan lagi.
Punca yang menjadikan kita kecewa dan putus asa,
kadang-kadang terasa letih dan hilang semangat, tak ber-
maya apabila mengalami kesusahan, kerana kita berumah-
tangga terlalu memikirkan untuk mendapat habuan ke-
seronokan. Kita tidak pernah terfikir atau tidak pernah
membayangkan bahawa berumahtangga itu susah lantaran
ianya pengalaman yang belum pernah ditempohi. Apa yang
terlintas sebelumnya ialah keseronokan. Padahal kalau
berkeluarga ada roh, susah pun tidak mengapa sebab dapat
sifat taqwa. Oleh yang demikian walaupun keluarga susah
sedikit, yang penting keluarga itu ada roh, ada nyawa, ada
penghayatan. keluarga yang hidup, yang bukan bangkai,
iaitu keluarga yang ada roh. Bila ada roh atau nyawa kalau-

137
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

pun kita susah, jangan bimbang. Yakinlah Tuhan akan da-


tangkan pertolongan dari sumber yang tidak diduga. Sumber
lain yang kita perolehi itu mungkin sudah banyak kita terima
dari Tuhan tanpa disedari atau kita tidak faham bentuknya.
Tuhan beri rezeki tanpa diduga itu mungkin bukan berbentuk
material, duit atau barang yang kita boleh nampak dengan
nyata. Umpamanya diri kita, isteri dan anak sentiasa sihat
tanpa perlu ke hospital bertahun-tahun lamanya. Kesihatan
adalah anugerah tidak ternilai dan tidak dapat dibayar
harganya dengan duit. Atau mungkin kereta kita tidak rosak
bertahun-tahun lamanya. Kereta yang rosak bukan saja
perlukan perbelanjaan membaikinya bahkan menjadikan hati
kita rusuh serta mengganggu urusan harian. Kiaskan kepada
hal-hal lain dalam kehidupan kita yang berlaku tanpa
disedari.
Dari syariat yang kita bangunkan itu sama ada yang asas
mahupun yang tambahan termasuk yang harus, hendak
disertakan dengan roh sebenarnya bukan mudah. Kalau
boleh diberikan roh, memang terasa seronok ibarat kereta
yang ada injin yang baik. Kereta itu akan dapat berfungsi
dengan baik dan untuk pelbagai guna. Kalau memiliki kereta
tanpa injin biar bagaimana cantik sekali pun akan menyu-
sahkan. Dipandang cantik tetapi tidak dapat berfungsi. Da-
lam keadaan seluruh keluarga kita itu ada nyawa atau roh,
sudah tentu akan kita rasai kebahagiaannya. Terasa indah
dan dapat ketenangan serta tidak pernah jemu, betapalah
kita dapat taqwa. Sebab itu bagi para Sahabat, berjuang dan
berdakwah itu satu hiburan walaupun susah. Berpagi-pagi
mereka keluar rumah meninggalkan anak isteri bagaikan
hari raya, terhibur dan penuh ceria kerana mereka memburu
taqwa. Kesusahan dalam kehidupan, mereka rasakan sambal
bagi hidangan. Kesenangan pula bagaikan lauknya
Benarlah seperti apa yang Tuhan isyaratkan melalui hadis
Rasulullah yang bermaksud lebih kurang, Tuhan tidak

138
www.SayangiKeluarga.com

PERSIAPAN TAQWA

memandang lahir kamu. Perkara-perkara lahir itu hanya


10%, itu pun kalau sempurna. Kalau tidak sempurna, mung-
kin dapat dua tiga peratus sahaja. Tuhan pandang hati atau
roh yakni dalam berbuat itu apa yang hati merasai. Um-
pamanya ibadah mesti mengikut syariat, syarat rukun sah
batalnya. Mengikut syariat itu satu perintah Tuhan, tidak
boleh diubah atau dipinda. Namun yang Tuhan pandang
ialah bagaimana hati dalam bersyariat itu. Atau dengan
istilah lain Tuhan menilai roh bagi setiap pekerjaan itu. Sebab
itu dalam ajaran Islam ini diam pun ibadah, tetapi mesti
ada roh. Diam yang tidak ada roh, tidak ada rasa bertuhan,
tidak ada rasa hamba, diam yang sia-sia. Mungkin diam itu
hanya khayalan atau angan-angan. Kalau nampak diam
tetapi ada roh, mungkin seseorang itu sedang memikirkan
tentang dosa, atau sedang muhasabah atau zikrul maut atau
juga mungkin berfikir mengenai kuliah dan ilmu yang
diperolehinya. Mungkin diamnya dia fikirkan kebaikan apa
lagi yang hendak dibuat untuk dapat menambah sifat taqwa.
Paling tidak dia berniat untuk diam saja bagi mengelakkan
bercakap banyak yang boleh menambah dosa. Sebab ada
faktor dalaman, maka ada roh.
Indahnya hidup dengan Tuhan. Kalau roh ibadah ini dapat
diterapkan, susah pun tidak mengapa, terasa seronok, indah
dan bahagia. Akan mendapat satu kekuatan luar biasa dalam
apa saja yang hendak dilakukan. Seseorang itu tetap gigih
berusaha biar pun tidak dapat hasil yang lumayan. Dia tidak
putus asa dan akan tetap meneruskan berusaha. Sebab itu
bukan matlamat. Yang dibimbangi ialah apakah Tuhan terima
atau tidak.
Untuk melaksanakan syariat lahir adalah lebih mudah.
Yang sukarnya ialah hendak memberi roh dalam setiap
aktiviti kita, usaha kita, tindak tanduk kita, dalam aspek apa
sahaja. Kadang-kadang kita ingat tentang pentingnya roh
setiap aktiviti, kadang-kadang lupa. Sering kali diganggu

139
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

juga oleh memikirkan tentang keseronokan semata-mata,


terpaksa bertarung antara keuntungan duniawi dengan me-
nambah bekalan taqwa. Sering kali juga kita tewas yang
akhirnya nampak keseronokan material saja, nampak duit
saja. Lebih-lebih lagi dapat untung material yang banyak,
mudah lupa hendak bagi roh. Sekali sekala terfikir juga yang
duit itu boleh dapat dengan segera manakala habuan dari
taqwa itu lambat dan tidak nampak. Atau datang pula hujah
iaitu dapat duit nanti boleh juga menjadi alat untuk menam-
bah sifat taqwa.
Untuk lebih selamat, kenalah difikirkan sedalam-dalam-
nya apakah setiap hari dan dalam apa-apa aktiviti yang
dibuat itu sejauh mana sudah dapat menambah bekalan
taqwa. Soalan ini mesti diulang-ulangkan kepada diri sendiri.
Bagi para suami cuba tanya kepada anggota keluarga minta
mereka turut berfikir apakah dapat bekalan taqwa atau tidak.
Perlu diulang peringatan yang sama, hingga nanti akan
membuatkan mereka berfikir tentang itu sampai sukar untuk
padam dari ingatan. Akhirnya akan mendarah mendaging.
Kalau seorang suami yang hendak membawa keluarga
kepada taqwa pun tidak memperolehi taqwa hasil dari kerja-
nya itu, maka jauh sekalilah keluarga akan mendapat taqwa.
Ini memang sudah menjadi ketentuan Allah. Sebab itu Rasu-
lullah SAW bergelar Al-Imamul Muttaqin yakni pemimpin
bagi orang-orang bertaqwa. Dan Baginda adalah hamba
Allah yang paling bertaqwa.
Bagi para suami, perlu faham dan hayati misalnya selepas
sembahyang, atau selepas selesai membuat kebaikan, menga-
pa disuruh istighfar? Kalau selepas membuat kejahatan
melakukan istighfar, itu memang lojiklah serta itulah yang
difahami oleh semua orang. Mengapa? Beristighfar itu
kerana takut-takut tidak dapat taqwa dalam solat tadi atau
amalan baik tadi. Mengapa lepas dakwah, lepas mengajar,

140
www.SayangiKeluarga.com

PERSIAPAN TAQWA

lepas berniaga, tidak istighfar? Sepatutnya kena beristighfar


megenangkan apakah berdakwah, berniaga, mengajar,
bekerja, membuat urusan keluarga itu dapat taqwa ataukah
hanya menjadi bangkai saja. Atau mungkin kita tersalah
cakap atau tersalah dalam memberi didikan kepada keluarga
yang tidak menepati kehendak Allah dan Rasul dan juga
menyinggung hati anak isteri, kita sebut perkataan yang
mengelirukan anak isteri atau juga mungkin perkataan yang
menjadikan anak isteri benci. Boleh jadi juga kita terbawa
anak isteri kepada mengumpat orang lain, atau juga akhlak
kita tidak selaras dengan akhlak Rasulullah SAW. Tidak
mustahil terselit perkataan lucu yang keterlaluan.
Kalau macam inilah yang kita istiqamah dalam aktiviti
harian, Tuhan akan selamatkan kita. Tuhan akan datangkan
bantuan dan berkat-Nya. Sifat taqwa akan bertambah. Diri
kita itu akan menjadi magnet yang mampu memukau ke-
luarga untuk dibawa kepada Tuhan. Tuhan akan pimpin kita
dalam semua urusan untuk menarik manusia kepada Tuhan.

B: HADIAH DARI TUHAN BAGI ORANG BERTAQWA


Besarnya erti taqwa, tetapi amat susah untuk mendapatkan
taqwa. Untuk mendapatkan taqwa perlu mendapat hidayah
dari Tuhan, perlu ilmu. Ilmu itu pula perlu difahami, diyakini
dan perlukan penghayatan. Mesti ada pemimpin yang
bertaqwa yang menjadi wasilah kepada anugerah Allah
untuk mendapat taqwa. Perlukan mujahadah, perlukan ber-
sungguh-sungguh. Oleh kerana taqwa itu anugerah Allah
yang amat bernilai, maka perlu banyak berdoa meminta
Tuhan beri taqwa itu kepada kita. Kita hendaklah faham
bahawa taqwa itu bersifat rohani. Sedikit saja yang berupa
amalan lahir. Jadi berdasarkan taqwa ini susah sekali kita
hendak miliki, terpaksa menempuh jalan yang susah, kerana
ianya merupakan hadiah yang besar dari Tuhan, sebab itu

141
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

orang yang hendak dapatkan taqwa mesti kena berhempas


pulas, mujahadah, struggle dan sanggup menghadapi ber-
bagai rintangan. Kerana itu munasabahlah Allah SWT beri
hadiah yang besar di dunia dan Akhirat bagi mereka yang
bertaqwa.
Siapa yang berjaya menjadi orang bertaqwa, di mana
orang itu sudah bersusah payah, berhempas pulas berjuang
bersungguh-sungguh untuk mendapatkan taqwa, maka
Tuhan bagi hadiah:
1. Dilepaskan dari kesusahan. Orang bertaqwa bukan
bererti tidak ditimpa kesusahan. Rasul-rasul terutamanya
Rasulullah SAW adalah hamba Allah yang sangat berat
ditimpa ujian dan kesusahan. Bahkan pernah Baginda
SAW menerima ujian hingga terpaksa memakan rumput
dan daun kayu. Sedangkan Baginda SAW adalah Imam
bagi orang-orang bertaqwa. Kedudukan darjat dirinya
amat hampir di sisi Allah SWT. Memiliki taqwa paling
tinggi. Namun bagi orang bertaqwa Tuhan lepaskan dari
kesusahan. Kesusahan ada dua bentuk:
• Kesusahan yang lahir: seperti miskin, sakit, bencana
alam dan lain-lain seumpamanya
• Kesusahan yang batin: dari sudut rohani dan maknawi
seperti kebodohan, fikiran berserabut, hati tak tenang,
orang tak simpati, penghinaan, di fitnah dan sebagai-
nya.
2. Diberi rezeki dari sumber yang tidak diduga atau tidak
diketahui dari mana sumbernya. Sedikit saja usaha yang
dilakukan oleh orang bertaqwa. Kalau usaha itu maksima
ertinya baru sepuluh peratus. Kalau tidak maksima
mungkin sekadar beberapa peratus saja tetapi tetap di
bawah sepuluh peratus. Namun oleh kerana sangat
bertaqwa maka Tuhan beri limpahan berkat ke atas
usahanya. Sehingga usaha yang sedikit itu Tuhan beri

142
www.SayangiKeluarga.com

PERSIAPAN TAQWA

lebih dari kadar usaha yang dibuat oleh orang yang tidak
bertaqwa. Betapalah kalau usahanya maksima maka hasil
yang Tuhan anugerahkan tentulah lebih banyak lagi.
Ertinya keberhasilan dari usahanya itu di luar lojik atau
di luar jangkaan. Terdapat dua bentuk rezeki: lahir dan
batin.
• Rezeki yang lahir seperti kekayaan, perniagaan maju
dan berjaya, usaha yang dilakukan membawa hasil
yang lumayan. Sihat badan, tiada penyakit, dapat
harta, dapat barang-barang, orang bagi simpati, orang
bagi sokongan.
• Rezeki yang bersifat rohani dan maknawiyah: dapat
ilmu, aman damai, kasih sayang, perpaduan, kete-
nangan, anak isteri mudah dididik dan taat, dapat
keampunan dari Tuhan, dapat redha Tuhan, dapat
pengaruh yang besar.
3. Pembelaan dari Tuhan. Ini salah satu janji Tuhan bagi
orang yang bertaqwa iaitu pembelaan dunia Akhirat.
Orang yang bertaqwa itu ibarat orang yang memasuki
benteng atau kubu. Bezanya benteng atau kubu Tuhan
ini bersifat maknawiyah. Benteng atau kubu itu bermak-
sud berada dalam perlindungan Tuhan. Tuhan yang
memelihara siapa saja yang bertqwa. Tuhan yang melin-
dungi dalam segala hal dan urusan. Orang bertaqwa itu
di sisi Tuhan seolah-olah haiwan peliharaan. Tuhanlah
yang memberi makan minum, melindungi dari sebarang
perkara yang boleh memudaratkan. Tuhan yang menye-
lamatkan dari sebarang bencana. Bukan sahaja sepanjang
hidup di dunia ini bahkan sampai di Akhirat nanti Tuhan
yang menyelamatkan atau melepaskan dari api neraka.
Amat banyak bukti sejarah bagaimana Allah SWT mem-
bela Rasulullah dan para Sahabat. Terhadap Rasulullah
sendiri memang sudah maklum yang mana Allah sertakan

143
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

kepada Baginda SAW dengan mukjizat. Mukjizat itulah salah


satu bentuk pembelaan Allah SWT kepada Rasulullah SAW.
Bagitu juga dengan pembelaan Tuhan kepada para Sahabat.
Berlaku berbagai perkara luar biasa atau khawariqul ‘adah
dalam kehidupan mereka seharian. Contohnya belum pernah
jumlah anggota tentera dan kelengkapan peralatan perang
tentera Islam mengatasi jumlah dan kelengkapan perang
yang dimiliki oleh musuh. Namun para sahabat dibela oleh
Allah dan mereka menang. Kalau tidak menang pun tidak
pula sampai kalah.
Barangsiapa yang bertawakal pada Tuhan, Tuhan yang
menjamin orang itu, dalam hal kehidupannya dunia dan
Akhirat. Tuhan memberi jaminan kepada siapa saja yang
bertawakal atas jalan taqwa. Terdapat juga orang yang
bertawakal bukan atas taqwa tapi atas dasar malas berusaha.
Tawakal jenis ini segalanya terus diserahkan kepada Tuhan,
kerana tidak sanggup terima risiko dan tidak mahu bersusah
payah. Tawakal begini bukan atas dasar taqwa. Ataupun
mungkin menyerahkan nasib pada manusia, atau bergantung
kepada makhluk tetapi bukan berserah kepada Tuhan,
ertinya bukan tawakal kerana taqwa. Tuhan mahu supaya
tawakal itu berdasarkan taqwa. Kalau bertawakal pada
Tuhan atas dasar taqwa, maka Tuhan berjanji akan menjadi
penjamin dunia dan Akhiratnya.
Tuhan berkata, barangsiapa bertaqwa akan Tuhan lepas-
kan dari kesusahan. Sedangkan, yang paling bertaqwa adalah
rasul-rasul dan nabi-nabi. Tetapi mereka menempuh berbagai
kesusahan, kadang-kadang miskin, adakalanya dimusuhi,
adakalanya diburu bahkan ada yang dibunuh. Keadaan ini
seolah double standard atau seolah-olah bertentangan
dengan janji Tuhan kepada orang yang bertaqwa dan
bertawakal. Adakalanya kalah juga dalam peperangan,
adakalanya luka-luka juga.
Perlu difahami bahawa Tuhan hendak beri anugerah besar

144
www.SayangiKeluarga.com

PERSIAPAN TAQWA

itu ada yang berbentuk lahir, ada yang berbentuk batin. Ada
dunia, ada Akhirat. Apa yang berlaku pada Nabi dan Rasul
sebenarnya ini hadiah Tuhan di Akhirat. Hadiah di Akhirat
itulah hadiah yang yang hakiki. Dalam maksud hadis
dikatakan orang bertaqwa kalau diuji, jika tidak berdosa
seperti nabi-nabi dan rasul-rasul, adalah untuk tingkatkan
darjat mereka. Bagi yang berdosa pula ujian itu adalah untuk
penghapusan dosa. Itu yang dikatakan hadiah yang tidak
tahu di mana datang sumbernya. Ertinya diangkat darjat
itu termasuk rezeki yang tidak diduga. Bagi orang yang
rendah sedikit taraf taqwanya, atau orang bertaqwa yang
ada melakukan sikit kesilapan, terlajak kepada sedikit dosa,
ujian itu untuk penghapusan dosa. Itu juga hadiah. Termasuk
hadiah yang tidak diketahui sumbernya yang merupakan
jaminan dari Tuhan.
Oleh itu bagi orang yang bertaqwa, kalau diuji, disusah-
kan, dia sebenarnya mendapat rezeki yang tidak diduga dari
Tuhan. Tetapi hari ini, mana ada orang sakit yang berkata
‘Saya dapat rezeki tidak diduga, saya sakit’. Atau ada orang
dihina, hari ini tidak ada yang sebut ‘Aku dapat rezeki yang
tak diduga’. Padahal itu rezeki kekal di Akhirat. Kalau diberi
rezeki wang, barang di dunia, elok juga. Tapi habis di dunia.
Oleh itu, bagi orang yang tahu tentang hakikat ini, rezeki di
Akhirat itu yang besar. Sebab itu orang bertaqwa disusahkan
Tuhan, disakitkan Tuhan iaitu untuk dapat rezeki tidak
diduga di Akhirat. Sebab itu Nabi, Rasul tidak merasa resah
atau kecewa dengan kesusahan, sebab itu merupakan hadiah
di Akhirat. Itu hadiah yang kekal.
Berlaku sebaliknya, orang yang tidak bertaqwa dia di-
senangkan Tuhan, kadang-kadang disusahkan juga. Di-
senangkan mengapa, disusahkan mengapa? Adakalanya
orang hidup tidak ikut jalan taqwa termasuk orang Islam,
kerana sudah jauh sangat dari Tuhan, hidup atas dasar
quwwah bukan taqwa. Ertinya hidup hanya usaha guna akal,

145
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

kerja keras, tenaga, wang ringgit dan segala kemampuan.


Dapat senang juga, adakalanya susah juga. Seolah-olah
berlawanan dengan ayat tadi. Seolah-olah tidak ada kena
mengena. Sebenarnya, untuk mereka, waktu senang itu
istidraj. Itu bukan rezeki namanya. Istidraj akan menjadi
bala di Akhirat. Itu satu penipuan dari Tuhan bagi dia. Dia
rasa tiada apa-apa Tuhan nak tipu dia, hakikatnya itu bala.
Tetapi lambat menerima akibatnya, bala di Akhirat nanti.
Adakalanya susah, miskin atau sakit. Bagi mereka, itu
adalah kutukan, itu merupakan hukuman. Jadi kalau jalan-
nya bukan taqwa, dapat kesenangan juga bala. Dengan ke-
kayaan dia sangka senang, sedangkan di Akhirat masuk
neraka. Tapi kalau diuji di dunia lagi, itu kutukan dan hu-
kuman, kehinaan, rugi dunia Akhirat. Di dunia kena hukum,
di Akhirat kena hukuman neraka. Jadi di sini kita faham
orang bertaqwa diberi rezeki dari sumber tidak diduga bukan
utamanya di dunia tetapi di Akhirat. Darjat dari Tuhan. Hari
ini kita anggap rezeki tidak diduga itu dapat duit, barang
atau apa saja yang berbentuk material, itu betul juga, tetapi
itu kecil nilainya. Bila Tuhan uji kita atas dasar taqwa, besar
ertinya. Kalau bukan untuk menaikkan darjat, itu peng-
hapusan dosa. Itu termasuk rezeki tidak diduga yang amat
besar nilainya.
Kita bahaskan lagi supaya tidak macam double standard,
kalau tidak nanti macam pelik. Dalam hadis ada dikatakan:
“Siapa bertaqwa lalu dia mencari rezeki tetapi tidak pernah
senang (makin cari rezeki makin susah), sama nilainya dengan
Jihad Fisabilillah”.
Ini hadiah yang Tuhan bagi pada orang bertaqwa. Susah
dapat rezeki, sama nilainya dengan Jihad Fisabilillah. Kalau
Jihad dengan berperang sama ada kalah atau menang tetap
susah. Ertinya kalau kita kalah, dihina oleh musuh. Kalau
tidak tahan, susah juga. Kalau menang pula susah. Dapat

146
www.SayangiKeluarga.com

PERSIAPAN TAQWA

rasa megah, hilanglah pahala. Jadi yang cari rezeki atas dasar
taqwa tetapi tidak dapat-dapat, itu lebih hebat balasannya
dari yang membunuh dan terbunuh (dalam perang).
Kalau seseorang itu susah payah mencari rezeki tetapi
tidak direzekikan Tuhan, rupanya dia akan dihadiahkan
Tuhan Jihad Fisabilillah, termasuk orang yang dapat rezeki
dari sumber yang tidak diduga.
Andainya dapat 10 juta hari ini, esok mati apa nilainya.
Tapi kalau dapat di Akhirat, kekal abadi. Ada hadis mengata-
kan yang maksudnya: “Seorang (dalam jalan taqwa), dia lihat
sesuatu yang dia ingini, tetapi tidak mampu membelinya, itu
penghapusan dosa.” Umpamanya, lihat orang makan durian
di tepi jalan, cicir air liur sahaja, tidak ada duit untuk mem-
beli durian, itu penghapusan dosa. Itulah yang dikatakan
rezeki yang tidak diduga di Akhirat. Kerana keinginan yang
tidak tercapai, Tuhan simpan di Akhirat untuk kekal abadi.
Yarzuku Minhaisulayahtasib
Tapi kalau orang Islam yang acuh tidak acuh dengan
taqwa, kalau dia senang, itu penipuan, hadiah yang tiada
apa-apa nilai di Akhirat. Kalau kesusahan, itu hukuman di
dunia lagi. Kalau orang tahu hakikat ini, orang akan kata
tidak mengapa kalau tidak dapat di dunia, yang penting
dapat di Akhirat.

147
www.SayangiKeluarga.com

13 Kes-Kes Contoh

T erbukti dalam banyak kes, apabila manusia berpaling


daripada peringatan Tuhan, melupai Tuhan, meng-
abaikan dan meminggirkan Tuhan, tidak memperduli-
kan ajaran Tuhan, maka Tuhan timpakan berbagai kesulitan,
kesusahan dan kesengsaraan. Sama ada penderitaan yang
bersifat lahiriah, mahupun lebih-lebih lagi yang bersifat
maknawiyah atau yang mencengkam perasaan. Bahkan
penyeksaan dalaman ini lebih dahsyat, boleh sampai kepada
kemuncak kekecewaan dan putus asa hingga sanggup
membunuh diri.
Dan telah terbukti juga apabila manusia kembali kepada
Tuhan, kembali merasai bertuhan dan memiliki rasa
kehambaan, kembali mengambil berat terhadap peringatan
dan ancaman Tuhan, maka respons dari Tuhan amat cepat.
Tuhan turunkan rahmat-Nya, lantas dalam tempoh yang sing-
kat, perasaan menjadi tenang, tenteram, mencintai kebaikan,
berkasih sayang dan berbagai sifat serta sikap positif.
Inilah yang dimaksudkan oleh Tuhan dalam firman-Nya
yang bermaksud:

148
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

“Barangsiapa berpaling daripada peringatan-Ku, nes-


caya mendapati kehidupannya sempit.”
Sempit dalam berbagai bentuk dan pengertian. Sempit
dadanya dengan resah gelisah, kecewa dan putus asa. Hilang
sabar dan mudah marah. Buntu akal, kusut fikiran, tidak
dapat melihat jalan penyelesaian. Tertutup jalan keluar ke-
pada apa juga masalah yang timbul, termasuk tidak dapat
mengatasi krisis dalam rumahtangga dan masalah gejala
sosial.
Di sinilah betapa penting dan perlunya memahami dengan
secara meluas dan mendalam apa yang disabdakan oleh Ra-
sulullah SAW dalam sebuah Hadis Qudsi:
Maksudnya: “Apabila hamba itu datang kepada-Ku se-
cara merangkak (perlahan), Aku akan mendekatinya
secara berjalan. Apabila hamba itu datang kepada-Ku
secara berjalan, Aku akan mendatanginya secara berlari.
Apabila hamba itu mendatangi-Ku sejengkal (sedikit), Aku
akan mendatanginya sehasta. Apabila hamba itu menda-
tangi-Ku sehasta, Aku mendatanginya sedepa.”
Biarpun amat banyak kes-kes gejala sosial lain yang telah
ditemui dan dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat,
di sini hanya disenaraikan beberapa contoh kes sahaja.
Banyak lagi kes-kes gejala sosial lain yang dapat diatasi,
namun dalam buku ini dipaparkan kes-kes contoh yang
difokuskan kepada rumahtangga sahaja.

KES 1
Berpisah Tanpa Bercerai

Perkahwinan Amran dan Noriah atas dasar cinta sama cinta.


Turut direstui oleh keluarga kedua-dua pihak. Selepas tujuh

149
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

bulan, rumahtangga mula retak, bermasam muka, berteng-


kar, tuduh menuduh. Kadang-kadang berpunca dari hal-hal
yang remeh-temeh. Usia rumahtangga akhirnya menjangkau
tujuh tahun dan memperolehi tiga cahaya mata. Di tahun
ketujuh, mereka berdua yang diibarat kucing dengan anjing
itu telah duduk berpisah tetapi tidak bercerai. Namun tanda-
tanda ke arah itu sudah semakin ketara. Mereka tidak
mempunyai masalah material dan seksual.
Kes ini selesai dalam tempuh 40 minit sahaja. Isi penye-
lesaian kes ini seperti berikut:
a. Percakapan seperti marah-marah. tuduh menuduh,
bahasa kasar dan kesat, sindir menyindir, tengking
menengking, semuanya adalah manifestasi dari sifat-sifat
dalaman (hati) yang tidak kelihatan. Jelmaan dari hati
yang jahat (mazmumah) itu yang dilihat dalam bentuk
yang dapat dilihat itu. Hakikatnya kita sedang melihat
dua keping hati yang sama-sama jahat dan berpenyakit
(mazmumah), yang hanya dapat diatasi dengan pem-
bersihan hati dengan takut dan cintakan Tuhan.
b. Selepas bercerai, apa yang mereka berdua bakal lakukan?
Mungkin suami akan kahwin lain dan mungkin isteri juga
akan berkahwin lain. Apa jaminan pasangan yang bakal
dikahwini akan lebih baik? Bagaimana andainya berulang
keadaan yang sama? Apakah akan mengambil jalan
keluar yang serupa? Dan selepas itu bercerai lagi?
Kita mesti bawa Tuhan bersama dalam hidup ini. Kena
rasakan bahawa Tuhan yang telah tentukan jodoh. Teri-
malah hakikat bahawa sama ada suami atau isteri, tetap
ada kebaikan dan kelebihan serta memiliki keburukan
dan kekurangan. Terimalah itu semua untuk dikongsi
mengatasinya.
c. Mesti kenal Tuhan dengan hati. Punca kejahatan manusia
ialah kerana tidak takut kepada Tuhan. Takutkan Tuhan

150
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

menjadikan manusia (suami dan isteri) sabar dan ber-


tanggungjawab. Sabar dan bertanggungjawab hanya
berlaku apabila takutkan Tuhan. Tanpa rasa bertuhan dan
rasa kehambaan, sifat-sifat baik dan positif itu tiada
tempat sandaran atau tunjang tempat bertaut.
d. Mesti faham kerja Tuhan. Setiap apa yang Tuhan cipta
atau apa sahaja peristiwa dan kejadian semuanya tidak
sia-sia, ada hikmah, iktibar, pengajaran dan didikan dari
Tuhan. Oleh itu apabila perangai, tabiat, sikap, tingkah
laku suami atau isteri atau kedua-duanya berubah, ianya
merupakan isyarat dari Tuhan bahawa mereka cuai
dengan Tuhan, mengabaikan Tuhan, meminggirkan
Tuhan, lantas Tuhan datangkan ‘isyarat panggilan’ agar
berpalinglah kepada Tuhan. Masing-masing kena ber-
taubat dan bersungguh-sungguh membaiki diri. Apabila
sama-sama sudah berpaling menyahut ‘panggilan’ Tuhan,
maka Tuhan turunkan rahmat-Nya. Tanda rahmat Tuhan
ke atas manusia ialah tenang, damai, berkasih sayang,
lemah lembut dan bertoleransi.
Kini rumahtangga mereka kembali bahagia seperti yang
diidam-idamkan.

KES 2
Cuba Membunuh Diri

Norman dan Azlina, pasangan bergaji besar dan serba berada


ini bergocang rumahtangga mereka selepas memperolehi
anak kedua. Kemuncaknya isteri telah menelan pil tidur
dengan niat membunuh diri. Menurut pendapat doktor,
jumlah pil tidur yang diambil memang boleh membawa
maut. Kekecewaan isteri itu hingga mempertikaikan apakah
Tuhan ada atau tidak. Kalau Tuhan ada, mengapa Tuhan

151
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

biarkan rumahtangganya hancur berkecai. Kalau Tuhan ada,


mengapa tidak selamatkan rumahtangganya yang amat
disayanginya.
Kes ini selesai dalam masa tiga jam. Isi penyelesaiannya
seperti berikut:
a. Bukti adanya Tuhan ialah siisteri sendiri tidak mati seperti
yang diharapkan. Tuhan menzahirkan kuasa-Nya dengan
tidak mematikan diri siisteri itu, dan secara tidak lang-
sung memahamkannya bahawa Tuhan yang menentukan
segala-galanya.
b. Mengajak berfikir dan merasakan bertuhan:
i. Tuhan menjadikan manusia dengan penuh keajaiban,
Maha Baiknya Tuhan dan terima kasih kepada-Nya.
ii. Tuhan jadikan seluruh alam semesta, Maha Suci Tuhan,
tiada suatu pun yang Tuhan ambil manfaat atau Tuhan
pakai sendiri, melainkan semuanya untuk dimanfaat-
kan dan dinikmati oleh manusia sendiri.
iii. Selain kehidupan sementara yang sangat singkat ini,
terdapat kehidupan yang kekal abadi. Di sana hanya
ada dua tempat berakhir. Tidak berbaloi dengan kehi-
dupan yang singkat ini sanggup derhaka dengan Tuhan
hingga terhumban ke Neraka. Tidak berbaloi juga
hanya inginkan nikmat yang singkat hingga terlepas
nikmat yang tiada bandingan yang kekal (Syurga).
iv. Sepatutnya sama-sama mencari dan mengumpulkan
kebaikan melalui rumahtangga. Tiada ertinya rumah-
tangga yang dibina yang sangat disayangi itu kalau
hanya berakhir di dunia ini. Sepatutnya mesti dibina
hingga bersambung di Akhirat kelak.
c. Dalam menyelami hidup ini, kita kenalah menerima
hakikat bahawa Tuhan itu Maha Mentadbir, mengatur,
menyusun, memimpin, memerintah yang kesemuanya

152
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

penuh hikmah, iktibar, pengajaran dan pendidikan.


i. Banyak perkara yang kita mahu, kita usaha lalu mem-
perolehinya, berjaya. Tuhan yang beri – bersyukurlah.
ii. Banyak perkara yagn kita mahu, kita berusaha men-
dapatkannya, tapi gagal. Tuhan yang mentakdirkan-
nya. Bersabarlah, ada hikmahnya. Sekurang-kurang-
nya untuk merasakan kehambaan dan ingatkan dosa.
iii. Banyak perkara yang kita mahu, kita berusaha memi-
likinya atau mencapainya, tapi dapat benda lain. Tuhan
yang menentukannya, redhalah.
iv. Banyak perkara yang kita tidak mahu, kita berusaha
untuk menolak atau menghindarinya, dan kita berjaya.
Tuhan yang anugerahkannya.
v. Banyak perkara yang kita benci atau tidak mahu, kita
berusaha menolaknya, tapi terjadi juga. Tuhan yang
takdirkan. Sekurang-kurangnya kita dapat melihat
betapa Tuhan memiliki kuasa mutlak.
vi. Banyak perkara, peristiwa dan kejadian yang tidak ter-
fikir atau tidak terlintas. Itu yang berlaku. Rasakan
betapa kerdilnya diri kita di sisi Tuhan.
Setelah dapat menerima semua perkara di atas, kehi-
dupan menjadi amat tenang. Jiwa menjadi tenteram. Hu-
bungan suami isteri bertambah erat. Cinta antara kedua-
duanya menjadi cinta suci kerana Tuhan. Suami amat ber-
tanggungjawab manakala isteri memberi ketaatan.

KES 3
Berkrisis 25 Tahun

Suami, En. Alwi, berusia 54 tahun manakala isterinya Puan

153
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

Zawiyah, 51 tahun. Sama-sama berjawatan pengarah. Hanya


berlaku krisis yang ringan-ringan. Tidak sepakat dalam ke-
putusan. Tidak pula sampai berbantahan secara kasar, na-
mun amat meresahkan jiwa, mengkusutkan fikian dan me-
rusuhkan perasaan. Sesekali mengganggu tugas atau kerja
pejabat. Suasana rumahtangga muram atau tidak ceria. Ke-
adaan begitu sudah lama berlaku. Semakin berusia bukan
semakin surut, tetapi hati semakin amat sensitif dan mudah
tersentuh atau mudah terasa, terutama di pihak isteri.
Kes ini selesai dalam tempoh hanya 20 minit sahaja. Isi
penyelesaian adalah seperti berikut:
a. Manusia dengan masalah sama seperti manusia dengan
anggota zahir. Tiada siapa yang meminta kejadian rupa
kita ini seperti yang kita ada. Ertinya bukan kita yang
mahu. Tapi kita boleh terima seadanya.
Tidak ada manusia yang meminta masalah, namun
tiada pula manusia yang dapat lepas dari masalah.
Manusia hanya perlu menghindari dan jangan
mencetuskan masalah. Bukan semua masalah perlu
diselesaikan, oleh itu manusia dengan masalah sangat
ditentukan oleh saiz jiwanya. Seseorang yang berjiwa
lemah atau berjiwa kerdil, maka satu masalah dirasai
seperti seratus masalah. Maka hidupnya keluh kesah,
menderita, kecewa, rusuh, kusut, hilang bahagia,
murung, muram dan tidak ceria.
Orang yang berjiwa besar, kuat jiwanya, seratus
masalah dirasakannya bagaikan tiada apa-apa masalah
dalam hidupnya. Bahkan semua cabaran itu dirasakannya
sebagai suatu keuntungan, maka hidupnya tenang,
bahagia, sejahtera, ceria dan sentiasa gembira.
b. Lemah dan kuatnya jiwa seseorang itu sangat bergantung
kepada faktor lemah dan kuat hubungan hatinya dengan
Tuhan. Bahkan yang paling kuat jiwanya apabila cita-

154
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

cita hidupnya ialah untuk memperjuangkan Tuhan. Orang


yang hidupnya untuk Tuhan, setiap masalah itu dilihat
kepada keuntungannya, antaranya:
i. Apabila berdosa, Tuhan datangkan masalah. Masalah
itu mungkin sahaja datang dari berbagai sumber yang
tidak disangka, antaranya dari isteri, dari suami, dari
anak, dari kawan dan sebagainya.
ii. Sekaligus melalui masalah itu, Tuhan hapuskan dosa.
iii. Untuk mendatangkan rasa kehambaan, bahawa diri
serba lemah dan dhaif.
iv. Untuk mendatangkan rasa bertuhan, betapa hebat,
agung, berkuasa dan Tuhan adalah segala-galanya.
v. Untuk sentiasa muhasabah diri, membaiki diri,
merintih kepada Tuhan, maka hati semakin jinak dan
semakin dekat dengan Tuhan.
vi. Dalam menghadapi hidup ini, perlukan akal yang
sentiasa berfikir dan hidup. Dengan masalah, akal tidak
berhenti mencari jalan penyelesaian dan mengatasi
masalah. Maka akal sentiasa terasuh dan terdidik untuk
berfikir.
vii. Dalam konteks rumahtangga, suami isteri semakin ak-
rab kerana senasib, berkongsi masalah dan berkongsi
mencari jalan penyelesaian – perkongsian maknawi-
yah.
viii. Mana yang kita pilih, antara kita menjadi manusia ber-
iman dan bertaqwa yang ditimpa masalah, yang mana
dari masalah itu terkandung seribu satu nikmat dan
rahmat; atau kita pilih menjadi manusia kufur yang
juga tidak dapat lepas dari ditimpa masalah dan
musibah, yang mana di atas kekufuran itu terkandung
seribu satu laknat dan kemurkaan Tuhan. Sudah
tentulah kita pilih menjadi manusia beriman dan

155
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

bertaqwa. Kalau begitu mengapa kita memperbesarkan


sedikit ujian dari Tuhan yang datang sekali sekala
berbanding nikmat dan rahmat-Nya yang tidak sedetik
pun terputus dari kita. Maka penuhilah ciri-ciri orang
beriman dan bertaqwa, nescaya Tuhan beri jalan keluar
dari sebarang masalah.

KES 4
Anak Lari Kembali ke Rumah

Tuhan kurniakan kepada pasangan Othman dan Hawa 13


orang anak. Kehidupan keluarga sederhana ini mula dilanda
keresahan kerana dua orang anak mereka melarikan diri
dari rumah. Mokhtar, 13 tahun, dan Ali, 11 tahun, tidak
pulang ke rumah sudah lebih setahun.
Harus juga diakui bahawa hidup di bandar besar seperti
Seremban memang mencabar. Serba serbi memerlukan duit,
seperti ungkapan yang biasa diluahkan oleh penduduk
bandar, “Nak buang air kecil pun kena bayar 30 sen. Kalau
silap buang sampah pula boleh melayang RM500 untuk
bayar denda.” Cabaran kehidupan di bandar membuatkan
isteri Othman terpaksa turut bekerja. Ini membuatkan seba-
hagian masa untuk anak-anak perlu dikorbankan. Peluang
dan ruang untuk bersama anak-anak semakin terbatas.
Apa yang menghairankan, Mokhtar dan Ali meninggalkan
rumah tanpa sebarang pesanan dan tanpa adanya tanda atau
isyarat awal, umpamanya krisis atau kurang duit atau kena
marah. Sudah berbagai usaha dilakukan untuk mengesan
di mana mereka berada. Semua keluarga dan kenalan sudah
dimaklumkan termasuk menggunakan khidmat bomoh.
Mengapa tidak menggunakan khidmat akhbar atau la-
porkan kepada pihak polis? Bukankah rugi dan mensia-

156
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

siakan umur kerana dua beradik itu meninggalkan bangku


sekolah?
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Pasangan Othman dan Hawa lebih-lebih lagi menanggung
derita di atas kehilangan dua anak mereka. Namun tetap
mempertahankan keputusan tidak mahu melaporkan kepada
polis dan tidak mahu menggunakan khidmat media. Alasan-
nya ialah untuk menjaga maruah Othman selaku pemimpin
masyarakat setempat, imam dan sekali sekala memberi
syarahan agama. Dengan status sosial yang dimilikinya itu
walaupun tidak tinggi, sudah cukup merasa aib andainya
masyarakat tahu bahawa anaknya lari. Masyarakat pula
lazimnya akan menokok tambah dengan cerita rekaan yang
dicampur dengan berbagai prasangka negatif.
Panduan yang disarankan kepada suami isteri itu antara-
nya dinyatakan di bawah ini. Panduan-panduan ini adalah
memang diperlukan bagi setiap hamba untuk meningkatkan
rasa bertuhan dan rasa kehambaan. Panduan-panduan ini
perlu diamalkan bukan kerana hendak mencari anak lari,
atau juga bukan kerana lain-lain habuan duniawi, atau bukan
ketika menghadapi musibah dan kesusahan. Ianya untuk
mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Menjadi orang bertaqwa itulah yang lebih utama dalam
apa keadaan sekalipun. Kalau pun tiada sebarang masalah,
sifat-sifat taqwa itu tetap menjadi tuntutan utama dalam
kehidupan manusia. Ini juga adalah sebagai iktibar, didikan
dan hikmah di sebalik kehilangan anak Encik Othman dan
Puan Hawa ini. Bertitik tolak dari kesedaran agar Tuhan
kembalikan anak-anak, mereka memperoleh sebahagian pan-
duan untuk menjadi orang bertaqwa.
Panduan-panduan yang diberikan ini melengkapi usaha-
usaha lahir yang masih diteruskan.
1. Hendaklah sentiasa berbaik sangka terhadap Tuhan serta

157
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

menyakini bahawa di sebalik peristiwa yang menimpa


itu pasti terdapat didikan, pengajaran, iktibar dan hik-
mah. Ada maksud baik dari Tuhan biar pun tidak di-
fahami.
2. Perbanyakan taubat terutamanya menghitung-hitung
dosa yang lepas, terutamanya dosa dan kezaliman ter-
hadap manusia lain. Mana tahu mungkin ada kezaliman
terhadap manusia lain walau pun kecil, Tuhan pandang
besar, maka Tuhan datangkan kifarahnya. Kezaliman ter-
hadap manusia lain itu terutama terhadap kedua-dua ibu
bapa dan guru. Oleh itu perlu sangat kedua suami isteri
ini memohon maaf kepada sesiapa jua yang pernah di-
zaliminya.
3. Setiap dosa memang dituntut untuk segera bertaubat dan
diiringi dengan perbuatan atau amalan menebus dosa.
Amalan menebus dosa ini di antaranya berkhidmat
kepada ibu bapa untuk tempoh tertentu. Zikir, selawat
dan membaca Al-Quran dengan ditentukan jumlahnya
serta ditetapkan jangka masa. Yang paling baik ialah
membanyakkan sedekah. Di samping dapat menghibur-
kan manusia, sedekah juga lebih tajam (mustajab) ber-
banding dengan doa. Maka setiap kali bersedekah,
niatkan agar Tuhan kembalikan anak mereka yang hilang
itu ke pangkuan keluarga.
4. Istiqamah bangun malam untuk solat tahajjud, solat
hajat, merintih, merayu, bermunajat kepada Tuhan. Me-
mohon agar Tuhan ampunkan dosa serta bersihkan hati
dari sifat-sifat mazmumah.
Encik Othman dan Puan Hawa berbuat menurut panduan-
panduan yang disarankan. Usaha menjejaki anak-anak yang
lari itu tetap diteruskan. Hanya satu sahaja dari panduan-
panduan tersebut yang mereka belum lakukan iaitu me-
mohon maaf daripada guru. Mereka merasa sukar untuk

158
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

melakukannya atas dua alasan iaitu tidak tahu apa kesalahan


dan kalau tahu pun tentulah sukar pula untuk menyatakan
kesalahan.
Dalam soal kesalahan kepada manusia lain, Encik Othman
dan Puan Hawa sama saja dengan kefahaman dan tanggapan
umumnya manusia. Kefahaman dan tanggapan yang salah
iaitu apabila hanya melihat kesalahan di sudut lahiriah sa-
haja. Sedangkan kesalahan batiniah iaitu sifat-sifat mazmu-
mah jauh lebih banyak dan lebih besar implikasinya. Dosa-
dosa lahir mudah dihitung kerana sifatnya yang nyata dan
dapat dilihat. Manakala dosa-dosa mazmumah sifatnya ter-
sembunyi, tidak dapat dihitung satu persatu. Kalau dosa maz-
mumah itu dihimpunkan semenjak baligh, mungkin sudah
tidak terkira lagi banyaknya.
Akhirnya Encik Othman dan Puan Hawa akur tentang
dosa mazmumah ini. Mungkin sifat buruk sangka, mungkin
mempertikaikan keputusan guru, mungkin meragui akan
kebenaran dan ilmu yang diberikan, mungkin iri hati ter-
hadap murid yang kelihatan lebih disayangi oleh gurunya.
Mereka akhirnya mengakui memang terdapat dosa mazmu-
mah terhadap guru mereka.
Atas dorongan takutkan Tuhan kerana memiliki mazmu-
mah sekaligus untuk membersihkannya, juga dengan ha-
rapan agar Tuhan gerakkan hati anak-anak mereka supaya
pulang, mereka tekad untuk menghadap guru mereka untuk
memohon maaf.
Di sinilah terbukti betapa perlu kenal Tuhan serta faham
kerja Tuhan. Betapa perlunya dalam setiap aspek kehidupan
bersandar kepada Tuhan, tidak meminggir dan mengabaikan
Tuhan. Kerja Tuhan sentiasa aneh, ajaib dan di luar lojik,
sentiasa berlaku tidak seperti yang akal manusia fikirkan.
Selang dua hari sahaja selepas suami isteri ini memohon
maaf kepada gurunya, mereka dikejutkan oleh panggilan

159
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

telefon dari sebuah hospital di Kuala Lumpur. Pihak ber-


kenaan di hospital tersebut memaklumkan bahawa dua
orang anak mereka ingin menemui mereka. Hari itu juga
mereka bergegas ke Kuala Lumpur. Alangkah gembira ber-
campur sedih apabila mereka menemui anak-anak mereka
di wad hospital. Gembira kerana Tuhan kembalikan anak-
anak ke pangkuan keluarga. Sedih kerana anak-anak mereka
dalam keadaan kurang sihat. Lebih-lebih lagi sedih kerana
anak-anak mereka lari lantaran selama ini mereka terlalu
lalai dengan Tuhan, bahkan dalam kebanyakan masa sudah
tidak lagi ada hubung kait dengan Tuhan. Dunia hanya
semata-mata duniawi yang tidak lagi menjadi ibadah, jauh
sekali daripada menambah sifat taqwa. Selama ini ‘lari’nya
hati mereka dari Tuhan dan juga dari guru mereka, Tuhan
jadikan anak mereka benar-benar lari dari rumah. Tuhan
kembalikan anak-anak mereka setelah hati mereka ‘jinak’
dengan Tuhan dan membaiki hubungan hati dengan guru
mereka.

KES 5
Menjinakkan Anak-Anak Remaja

Encik Salam dan Puan Rokiah memiliki empat orang anak


berusia antara 9 dan 17 tahun. Kes ini hampir sama dengan
kes ke-4. Bezanya ialah anak-anak pasangan Encik Salam
dan Puan Rokiah ini tidak lari meninggalkan rumah. Anak-
anak mereka sebaliknya semakin liar. Dewasa ini soal anak
liar sudah kurang menjadi isu bukan kerana gejala sosial ini
sudah susut. Tetapi tidak menjadi isu itu kerana sudah muak
dengan isu yang sama tanpa penyelesaian yang konkrit.
Encik Salam dan Puan Rokiah tetap memandang serius
terhadap masalah anak-anak mereka. Antara sebabnya ialah
mereka sangat prihatin terhadap gejala sosial. Mereka juga

160
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

faham tentang tanggungjawab di sisi Tuhan terhadap anak-


anak. Selain itu, mereka adalah keluarga berada, intelek serta
sangat menaruh harapan agar anak-anak mereka berjaya di
dunia dan akhirat. Encik Salam yang berjawatan tinggi di
sebuah kementerian sangat merasa malu dengan sikap anak-
anak. Sekurang-kurangnya rasa malu Encik Salam itu mem-
buatkan dia sering bersikap tegas dan keras. Lantaran rasa
malu Encik Salam itu, biarpun hanyalah rasa malu fitrah
dan bukan benar-benar rasa malu dari cabang keimanan,
dia sanggup berbuat apa saja demi untuk menjadikan anak-
anaknya kembali jinak.
Antara usaha yang dibuat oleh Encik Salam dan Puan
Rokiah ialah menghantar anak-anak mengikuti berbagai
program motivasi. Cara ini adalah tambahan kepada pro-
gram yang sedia ada iaitu menyediakan guru mengajar mem-
baca Al-Quran di rumah. Apa yang amat menghairankan
mereka suami isteri ialah anak-anak mereka semakin degil,
tidak taat, tidak mahu mendengar nasihat, suka menipu,
melepak dan berhibur keterlaluan. Pelajaran mereka semakin
merosot terutamanya yang berusia belasan tahun.
Didikan agama yang diberikan termasuk juga kursus-
kursus motivasi yang disertai oleh anak-anak mereka seolah-
olah tidak berkesan membentuk akhlak mulia. Lazimnya
anak-anak pegawai tinggi tidak bersikap demikian. Keadaan
yang sudah di tahap kronik itu menjadi semakin buntu bila
mana hubungan antara mereka dengan anak-anak semakin
merosot.
Encik Salam sendiri mengakui bahawa dia sering marah-
marah terhadap sikap anak-anak mereka itu. Dia sendiri tahu
bahawa kesabaran dan kasih sayang amat penting dalam
rumahtangga terutamanya dalam mendidik anak-anak. Na-
mun Encik Salam mengakui bahawa memang dia gagal
untuk bersabar dan berlemah lembut. Puan Rokiah sering
mengingatkan Encik Salam tentang kesabaran dan berlemah

161
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

lembut namun ingatan Puan Rokiah itu tidak menjadi ubat


untuk menyejukkan hati Encik Salam.

Panduan yang Diberikan Kepada Encik Salam dan Puan


Rokiah:

PERTAMA: Mereka berdua selaku ibu bapa mesti benar-


benar rasa bertanggungjawab terhadap amanah yang Tuhan
serahkan kepada mereka iaitu diri sendiri dan anak-anak.
Mereka sebagai faktor penentu kepada nasib masa depan
anak-anak terutamanya di Akhirat kelak, maka merekalah
yang terlebih dahulu perlu mengubah sikap. Peribahasa
Melayu mengatakan ‘bapa borek anak rintik’ menggambar-
kan betapa anak-anak sangat dicorakkan oleh ibu bapa
mereka.
KEDUA: Langkah pertama dan utama bahkan yang
paling penting ialah bersangka baiklah terhadap Tuhan. Kena
faham dan yakin sungguh bahawa Tuhan Maha Baik, yang
amat luas anugerah dan rahmat-Nya. Siapa pun yang meng-
hadapi masalah dan tidak kira apa bentuk masalah serta
tidak kira sama ada masalah itu ringan atau berat, mudah
atau rumit, yakinlah bahawa Tuhan ada maksud yang amat
baik terhadap hamba-hamba-Nya. Terlalu banyak hikmah,
iktibar dan pengajaran di sebalik setiap masalah. Sebahagian
daripada hikmah-hikmahnya tidak dapat dicapai oleh akal
dan tidak berupaya dijangkau oleh hati.
Namun hikmah yang amat besar ertinya bagi seorang
hamba yang ditimpa masalah ialah Tuhan seolah-olah men-
jentik atau mencubit atau mengetuk hatinya supaya ber-
paling kepada Tuhan. Melalui Tuhan hantarkan masalah
kepada seseorang itu, seolah-olah Tuhan menggoncang hati-
nya yang sedang tidur atau lalai supaya membuka dan men-
celikkan mata hatinya supaya kembali melihat Tuhan dengan
segala kebesaran dan kekuasaan-Nya. Apakah yang lebih

162
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

menumbuhkan rasa indah, nikmat dan seronok selain kepada


kekasih yang dengan tindakannya itu dia akan menerima
tindak balas. Begitulah seolah-olahnya masalah itu Tuhan
memberi satu cubitan supaya hati hamba-hamba-Nya kem-
bali memberi perhatian kepada Tuhan. Melalui cara itulah
nanti manusia akan sedar, insaf dan kembali memiliki rasa
kehambaan. Rasa lemah, dhaif, lalai, leka, berdosa, bersalah,
durhaka dan sebagainya. Sekaligus akan bertambah rasa
bertuhan. Merasai Tuhan Maha Besar, Maha Sempurna,
Maha Pencipta, Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.
Adanya ilmu, kefahaman, kesedaran dan keyakinan
begini, kalau pun masalah belum boleh di atasi, hati menjadi
tenang. Insya-Allah akan diiringi pula dengan tindakan-
tindakan yang juga tenang serta tidak gopoh. Kesabaran akan
meningkat, kasih sayang pula lebih mudah dicetuskan.
KETIGA: Adakalanya masalah anak-anak seumpama
yang berlaku kepada Encik Salam dan Puan Rokiah ini adalah
kifarah dari Tuhan. Ertinya di atas dosa-dosa dan kesalahan
ibu bapa, maka Tuhan turunkan isyarat melalui anak-anak.
Dengan kata lain Tuhan turunkan isyarat bahawa masalah
anak-anak itu sebenarnya berpunca dari ibu bapa mereka.
Andainya ibu bapa dapat merasakan yang demikian itu, ianya
satu petanda awal Tuhan akan lakukan perubahan terhadap
anak-anak mereka.
Sebagai langkah susulan kepada kesedaran tersebut, ibu
bapa hendaklah membaiki diri, seperti:
a. Bertaubat terhadap segala dosa-dosa, sama ada dosa
besar, dosa kecil, dosa dahulu, dosa yang akan datang,
dosa yang diketahui, dosa yang tidak diketahui, dosa yang
disengajakan, dosa yang tidak disengajakan, dosa yang
disedari atau dosa yang tidak disedari. Lebih-lebih lagi
dosa batin yang jauh berganda-ganda lebih banyak.
b. Menebus dosa dengan banyak melakukan sedekah.

163
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

Sedekah pula disertai dengan niat agar Tuhan merahmati


seluruh keluarga terutama anak-anak yang liar itu. Buat-
lah sedekah ini secara istiqamah biarpun dalam jumlah
yang sedikit.
c. Memohon maaf dengan sesiapa yang dirasai pernah ber-
buat dosa atau kezaliman terutama terhadap guru-guru
dan ibu bapa. Sekiranya orang-orang tersebut telah me-
ninggal dunia, maka hadiahkan Surah Al-Fatihah se-
banyak mungkin dan mohon keampunan dari Tuhan
terhadap dosa-dosa mereka. Termasuk mohon ampun
dari Tuhan terhadap dosa-dosa kita kepada mereka itu.
d. Kasih sayang adalah fitrah manusia. Pengganas sekalipun
tetap menyukai andainya orang lain menyayangi dirinya.
Kasih sayang juga adalah salah satu faktor kebahagiaan
hidup manusia. Siapa sahaja yang kehilangan kasih
sayang pasti menanggung perasaan resah, derita dan
tertekan. Tidak hairanlah mengapa manusia kini mudah
bersikap keras, kasar, pemarah, bengis, kurang sabar,
nafsi-nafsi serta mudah bertindak liar. Tidak lain dan
tidak bukan kerana seluruh dunia sudah ketandusan
kasih sayang. Anak-anak liar, selain tiada didikan men-
cintai Tuhan, tiada didikan iman dan taqwa, mereka juga
sudah tidak mengecapi nikmat kasih sayang dari keluarga
dan masyarakat, terutamanya dari ibu bapa dan guru-
guru. Sedangkan kasih sayang adalah senjata yang amat
berkesan untuk menjinakkan hati manusia.
Sikap ibu bapa yang paling ketara yang mesti ditunjuk-
kan ialah kasih sayang. Untuk tempoh tertentu, buat
sementara waktu, lebih baik kurangkan bercakap yang
berbentuk teguran, jauh sekali kata-kata kesat atau ma-
rah. Untuk merapatkan kembali hubungan, adakan pro-
gram bersama di rumah atau di luar rumah. Program di
rumah umpamanya, pada hujung minggu adakan ken-
duri dengan menjemput jiran-jiran dan saudara mara.

164
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

Libatkan anak-anak. Di luar rumah umpamanya, menzia-


rahi saudara mara yang tinggal jauh, melancong atau
makan angin. Elakkan sebarang topik yang berat atau
serius, atau dalam suasana yang tegang. Bercakap per-
kara-perkara yang tiada kaitan dengan hal-hal peribadi
anak-anak yang liar itu.
e. Encik Salam dan Puan Rokiah sudah banyak kali menga-
lirkan air mata dalam menzahirkan harapan yang begitu
tinggi terhadap anak-anak mereka agar berubah. Mere-
ka ingin anak-anak turut dapat merasai betapa prihatin-
nya ibu bapa terhadap masa depan anak-anak. Namun
dengan cara yang demikian rupa, disambut amat dingin
oleh anak-anak mereka.
Kali ini, Encik Salam dan Puan Rokiah diminta supaya
tidak mengulangi lagi cara yang demikian itu. Yang lebih
utama bukan merintih menangis di hadapan anak-anak.
Biar pun anak-anak tidak tahu, adalah lebih baik mereka
merintih banyak-banyak dengan sepenuh hati kepada
Tuhan. Gantungkan sepenuh harapan kepada Tuhan, ke-
rana Tuhan itu segala-galanya. Tuhan tidak pernah meng-
hampakan harapan para hamba. Andainya harapan tidak
juga ditunaikan kerana itu adalah hak mutlak Tuhan, na-
mun hamba-hamba yang bersandar kepada Tuhan tidak-
lah sampai kehilangan Tuhan dalam kegagalan. Tidak
kecewa dan tidak putus asa dalam kegagalan. Dengan
lain perkataan, inilah ciri-ciri orang yang bahagia dalam
semua situasi.

KEEMPAT: Kebanyakan remaja memang suka berkongsi


perasaan, saling meluahkan perasaan, berkongsi masalah
dengan rakan sebaya mereka. Tidak hairanlah mengapa me-
reka lebih intim dengan kawan-kawan berbanding ibu bapa
sendiri. Selain berkongsi perasaan dan masalah antara satu
sama lain, meraka juga amat mudah saling mempengaruhi

165
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

kerana keterikatan sebagai kawan karib. Sering terjadi re-


maja yang asalnya berakhlak baik berubah menjadi liar nati-
jah dari pengaruh kawan yang liar. Yang anehnya, jarang
berlaku remaja yang liar itu dipengaruhi oleh kawannya yang
baik.
Sebagai memenuhi kehendak remaja yang suka berkongsi
perasaan dan masalah, maka ibu bapa mesti mengubah sikap
dengan meletakkan diri mereka sendiri sebagai kawan dan
rakan kepada anak-anak sendiri. Cara ini juga berkesan
dalam menzahirkan kasih sayang kepada anak-anak yang
berusia belasan tahun. Memang diakui agak sukar bagi ibu
bapa mengubah sikap untuk menjadikan anak-anak seperti
kawan. Rata-rata ibu bapa tetap dengan pendirian bahawa
anak adalah anak. Tentulah sukar untuk mengikis ego se-
orang bapa lalu merasakan bahawa dirinya adalah kawan
kepada anak-anak sendiri. Ditambah pula dengan kebim-
bangan akan hilangnya wibawa seorang ayah, ditakuti anak-
anak tidak menghormati ibu bapa.
Sebenarnya itu adalah tanggapan yang salah. Fitrah atau
rasa hati anak-anak terhadap ibu bapa tidak akan berubah.
Ibu bapa tetap dengan status mereka manakala anak-anak
pun demikian juga. Apa yang perlu ibu bapa ubah hanyalah
sikap, iaitu anak-anak dijadikan sebagai kawan. Iaitu anak-
anak belasan tahun itu dibuat pendekatan sebagaimana se-
orang kawan setia terhadap kawannya yang akrab. Caranya
ialah:
a. Mendengar pengaduan, rintihan dan masalah yang me-
reka hadapi.
b. Memahami perasaan remaja dan sedia berkongsi susah
dan senang.
c. Mengajak berunding bersama dalam setiap apa persoalan
dan masalah yang timbul.
d. Memberi mereka peluang mengeluarkan pendapat, atau

166
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

ibu bapa meminta pandangan, cadangan atau buah fi-


kiran mereka.
e. Meminta mereka sendiri yang membuat keputusan,
malah tidak salah andainya ibu bapa berbuat demikian.
Sekiranya keputusan mereka kurang tepat, jangan
dibantah, sebaliknya beri pendapat yang berbeza dengan
hujah yang lebih jitu.
f. Mendorong anak-anak berfikir sendiri terhadap baik bu-
ruknya sesuatu perkara.
g. Menjadikan anak-anak sebagai kawan akan memperce-
patkan proses kematangkan anak-anak itu, dan sekaligus
ibu bapa dapat menyuntik cara berfikir yang betul. Selain
itu, tanpa adanya sebarang jurang, ibu bapa dapat mem-
beri bimbingan, pimpinan, asuhan, didikan dan tunjuk
ajar yang berkesan.
KELIMA: Sifat sabar dengan kejayaan mendidik adalah
lazim melazimi. Memiliki sifat sabar biasanya membawa
kejayaan dalam mendidik manusia. Dan kalau mahu berjaya
mendidik manusia kena memiliki sifat sabar. Rasul-rasul yang
dipilih oleh Tuhan untuk darjat Ulul Azmi adalah kerana
kelebihan mereka pada memiliki sifat sabar.
Sifat sabar hanya akan subur pada seseorang sekiranya
dia memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan yang tinggi.
Dengan menyedari diri adalah hamba yang dhaif serta serba
serbi kekurangan dan dalam waktu yang sama merasakan
benar-benar Tuhan itulah segala-galanya, barulah sifat sabar
itu menjadi kuat. Merasakan bahawa diri hanya ada usaha
ikhtiar dan tidak dapat dipaksakan sesuatu itu berlaku me-
nurut kehendak kita. Hanya Tuhan yang berkuasa, yang
setiap sesuatu itu dalam genggaman Tuhan. Tuhan yang
menentukan setiap sesuatu, tidak bergerak dan diamnya
sesuatu itu melainkan dengan kehendak dan keizinan Tuhan
jua. Kalau rasa bertuhan begini benar-benar dihayati, nescaya

167
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

menjadi seorang yang sabar dan akan berjaya dalam men-


didik.
Mengapa sifat sabar itu amat perlu dalam pendidikan?
Kerana mendidik ibarat mengasah belakang parang atau
ibarat menitiskan air ke atas batu. Tidak sabar dalam men-
didik pula ibarat mencurah air ke atas daun keladi.
Kesabaran itu diperlukan bukan sahaja untuk membentuk
peribadi dan akhlak anak-anak. Kesabaran itu sama perlunya
dalam membaiki diri para pendidik. Ertinya dalam konteks
anak-anak, maka ibu bapa juga sangat-sangat dituntut ber-
mujahadah dalam membaiki diri. Ibu bapa dituntut agar
menjadi role model kepada anak-anak.
Tanpa perlu bersyarah, berleter panjang atau bercakap
banyak, anak-anak hanya perlu melihat contohnya pada diri
ibu bapa. Anak-anak akan mudah meniru bagaimana sikap,
tabiat, tingkah laku dan akhlak yang ada pada ibu bapa.
Percakapan ibu bapa itu hanyalah menterjemahkan sahaja
sikap dan peribadi ibu bapa. Inilah yang diistilahkah sebagai
lisanul hal. Apabila tiada kesabaran, ibu bapa akan mudah
menjadi pemarah, mudah putus asa dan merajuk, gopoh dan
tidak tenang. Apabila situasi ini berlaku dalam proses men-
didik maka pendidikan itu pasti gagal.

KES 6
Setuju Bermadu

Pak Agus, 35 tahun, berasal dari Surabaya, Indonesia. Usia


rumahtangganya sudah menjangkau 10 tahun. Seorang ahli
perniagaan lulusan Jerman. Sangat ingin memiliki seorang
lagi isteri. Pertemuan berlangsung di Hotel Equatorial, Bangi,
Selangor. Isteri Pak Agus turut serta dalam pertemuan terse-
but. Isteri Pak Agus, Ibu Marlina, tidak menentang suaminya

168
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

untuk berpoligami bahkan menerimanya secara positif.


Namun Ibu Marlina inginkan penjelasan dalam beberapa
aspek terutamanya tujuan berpoligami, kasih sayang dan
keadilan.
Sebelum Pak Agus dan Ibu Marlina diberikan penjelasan
terhadap tiga aspek yang menjadi kemusykilan selama ini,
mereka terlebih dahulu dibawa melihat senario umat Islam
masa kini. Umat Islam sudah jauh terpesong dari kefahaman
tentang ajaran Islam yang sebenar. Bukan sahaja dalam soal
poligami yang menjadi momokan masyarakat Islam, bahkan
perkara-perkara asas, pokok dan terpenting dalam ajaran
Islam pun sudah tidak difahami, jauh sekali daripada meng-
hayatinya.
Contohnya dalam soal akidah pokok yang terkandung
dalam Rukun Iman pun tidak lebih dari hanya menghafalnya
tanpa difahami. Dalam soal percaya kepada Tuhan, rata-rata
mempelajarinya melalui ilmu Tauhid, hanya setakat meng-
sahkan akidah sahaja, tidak lebih dari itu. Termasuk para
ulama yang memperkatakan tentang Tuhan hanya di sudut
mengsahkan akidah. Amat jarang bahkan hampir tiada yang
memperkatakan tentang Tuhan di sudut peranan dan kerja-
Nya. Jarang bahkan hampir tiada yang bercakap tentang
rasa bertuhan, cinta dan takutkan Tuhan. Jarang bahkan
hampir tiada yang menghuraikan tentang Tuhan Maha Baik,
Tuhan Pembela, Tuhan segala-galanya dalam hidup manusia.
Tiada yang memahamkan manusia bahawa mendapat Tuhan
ertinya mendapat segala-galanya, kehilangan Tuhan ertinya
kehilangan segala-galanya. Tidak ada yang menjelaskan
tentang janji Tuhan beserta dengan segala yang ada kaitan
dengan janji Tuhan itu. Tidak ada yang mendorong manusia
agar menjadikan Tuhan itu sebagai pemangkin sehingga
melahirkan manusia yang berjiwa besar.
Sebenarnya kalau diperhalusi, di sudut akidah itu sendiri
pun masih boleh dipertikaikan. Umpamanya kalau seseorang

169
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

itu menghayati akidah, tidak adalah orang yang risau tentang


rezeki, tiada yang takut untuk berjuang dan berkorban, tiada
yang hatinya resah, kecewa dan putus asa, tiada yang takut
untuk berlaku pemurah, tiada yang mempertikaikan perkara
dan peristiwa yang sudah berlalu iaitu yang sudah menjadi
takdir Tuhan.
Perkara utama lain, ambil satu contoh iaitu solat. Rata-
rata orang yang solat tidak mengetahui mengapa Tuhan
perintahkan mengerjakan solat. Yang melakukan solat hanya
menyempurnakan gerakan lahir yang tidak beserta dengan
hati atau rasa. Belum terbukti pula solat itu dapat membina
peribadi agung, sehingga Tuhan jadikan manusia lain tunduk
kepada peribadi-peribadi yang sangat dinaungi oleh Tuhan
yang Maha Agung.
Memiliki rasa bertuhan hingga takut dan cinta kepada-
Nya, rasa bertuhan itu disuburkan lagi melalui solat. Natijah
yang boleh dilihat ialah umat Islam berkasih sayang, bersatu
padu, memiliki rasa bersama dan bekerjasama, bertolak
ansur, bersih dari dosa dan mazmumah, berakhlak mulia,
berdisiplin dan berbagai lagi sifat-sifat positif. Selepas itu,
tanpa diasak-asak, tanpa berhabis masa, tenaga dan wang
ringgit, umat Islam otomatik akan maju, membangun dan
bertamadun. Inilah di antara senario umat Islam kini. Nanti
akan lebih mudah memahami aspek-aspek yang berkaitan
poligami.
Barat sudah begitu lama memburuk-burukkan poligami,
sehingga sudah menjadi ‘mind set’ di kalangan umat Islam
sendiri bahawa poligami mesti dihapuskan. Alasannya poli-
gami menzalimi wanita, isteri menjadi hamba seks, tidak
ada jaminan suami berlaku adil, tidak cukup nafkah, ber-
krisis, bergaduh, anak madu adalah anak tiri dan berbagai-
bagai lagi. Akhirnya poligami yang begitu mulia, bermanfaat
dan bermaksud baik, ditolak oleh masyarakat Islam sendiri.
Berbagai akta, undang-undang dan peraturan dikenakan bagi

170
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

mereka yang ingin berpoligami. Syarat-syarat yang ketat itu


sebenarnya bertujuan untuk menjadi batu penghalang ke-
pada poligami. Umat Islam sendiri sudah hilang pertim-
bangan sehingga tidak berupaya menghujah kembali segala
momokan Barat terhadap poligami. Sedangkan kalau berfikir
secara sepintas lalu pun sudah boleh memberi hujah balas.
Umpamanya, bukankah aneh dalam masyarakat Barat yang
sangat anti poligami itu penuh dengan keruntuhan rumah-
tangga, seks bebas, bersekedudukan tanpa kahwin, pela-
curan, perempuan simpanan, homoseks dan lesbian. Poli-
gami ditentang habis-habisan, sebaliknya suami memiliki
berpuluh perempuan simpanan dipersetujui. Kalaupun bu-
kan atas dasar iman dan taqwa, fitrah semula jadi pun tidak
boleh terima suami ‘makan di luar’.
Rumahtangga poligami berkrisis, satu isu yang sengaja
dibesar-besarkan, sengaja diheboh-hebohkan supaya masya-
rakat memandang negatif dan menolak poligami. Persoalan-
nya adakah rumahtangga monogami tidak berkrisis? Boleh-
kah dipakai alasan berkrisis itu untuk menolak poligami?
Kalau begitu monogami juga kena tolak kerana rumahtangga
monogami juga berkrisis.
Pak Agus dan Ibu Marlina sudah dapat menerima senario
umat Islam kini. Mereka turut mengakui bahawa bukan sa-
haja aspek cabang seperti poligami yang sudah disalah erti-
kan oleh umat Islam, bahkan soal Tuhan yang pokok itu
pun sudah terpinggir dan tidak dipedulikan. Ertinya sudah
ramai umat Islam sendiri terputus dari Tuhan. Tuhan sudah
tidak lagi ada kaitan dengan kehidupan. Tuhan sudah tidak
dibawa ke mana-mana. Tuhan sudah tidak dibawa campur
tangan dalam kehidupan.
Ulasan ringkas dari Pak Agus itu membantu memudahkan
lagi mereka memahami poligami yang menjadi persoalan
masyarakat termasuk mereka berdua.
Penjelasan selanjutnya difokuskan kepada poligami.

171
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

PERTAMA: Apabila manusia merasakan Tuhan itu


segala-galanya, yang utama dan paling penting, Tuhan
menjadi cita-cita dan matlamat hidup, menjadi pemangkin
dalam segala aspek. Apabila manusia benar-benar ingin
menjadikan Tuhan sebagai darah daging dan hidup mati,
maka semua urusan kehidupan termasuk poligami adalah
soal kecil dan remeh sahaja. Pengorbanan, risiko, beban dan
cabaran dalam poligami itu kecil sahaja kalau dinisbahkan
kepada pengorbanan nyawa. Sedangkan siapa sahaja yang
cita-cita dan matlamatnya adalah Tuhan, nyawa pun dengan
penuh rela sanggup dikorbankan.
Kesimpulannya ialah bukan sahaja dalam soal poligami,
apa jua masalah, risiko, beban dan cabaran dalam kehidupan
masa kini puncanya ialah melupai Tuhan, tidak dikaitkan
dengan Tuhan. Apabila Tuhan bukan cita-cita dan matlamat,
maka jiwa menjadi lemah dan kerdil. Masalah, beban dan
risiko yang sedikit dan kecil pun dirasakan banyak, besar
dan berat. Orang yang berjiwa besar dan kuat, masalah yang
banyak dan berat pun dirasai sedikit dan ringan. Bahkan
ada kalanya masalah itu tidak dirasainya sebagai masalah
sebaliknya di situ ada peluang untuk mendapat keuntungan.
Keuntungan yang bersifat rohaniah dan maknawiyah iaitu
menambah taqwa.
KEDUA: Tujuan poligami ada yang berbentuk lahiriah
dan ada yang berbentuk maknawiyah (abstrak). Pak Agus
dan Ibu Marlina lebih berminat mengetahui tujuan poligami
yang berbentuk maknawiyah.
a. Gelangang muhjahadah
Untuk mendapatkan Tuhan atau sifat taqwa, seseorang
itu kena menyuburkan segala sifat mahmudah dan
mengikis sifat mazmumah. Untuk menyuburkan sifat
mahmudah itu mesti melalui cabaran. Bila ada cabaran
barulah wujud mujahadah. Cabaran untuk menyuburkan

172
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

mahmudah seperti sabar, redha, syukur, tawakkal, ikhlas,


pemurah, kasih sayang, qanaah, zuhud, tawadhuk dan
lain-lain mesti menghadapi manusia, bukan kepada
haiwan, tumbuhan atau benda mati. Contohnya untuk
berlaku sabar, pemurah, kasih sayang, tawadhuk, bukan
kepada kucing, tiang, dinding, lantai, tikar, pokok balak,
pinggan mangkuk dan seumpamanya. Begitu juga dalam
usaha untuk menghilangkan mazmumah seperti ego,
riyak, hasad dengki, bukan melalui mujahadah kepada
haiwan, tumbuhan dan benda-benda mati lainnya. Ianya
mesti kepada manusia.
Mujahadah juga perlu berterusan hingga akhir hayat.
Di sini jelas bahawa mujahadah kepada manusia yang
berterusan ialah melalui madu sendiri. Apa situasi pun
bersama madu, semuanya sama ada membuang mazmu-
mah atau menyuburkan mahmudah. Menghadapi madu
sentiasa dalam keadaan kena bersabar, kena ikhlas, kena
tawadhuk, kena berkasih sayang, pemurah dan bertolak
ansur. Kalau madu baik macam adik beradik, kena ber-
syukur banyak-banyak. Kalau madu meragam dan banyak
kerenah, kenalah sabar menghadapi kerenahnya dan
sekaligus sabar mendidiknya.
Dalam hubungan yang pasang surut, ada lebih ada
kurang, kena pula terima bahawa begitulah Tuhan
jadikan manusia, sentiasa berubah-ubah hati. Kenalah
pula bertolak ansur, redha dan mengekalkan kasih
sayang, lemah lembut dan lunak. Situasi apa pun yang
datang dalam hidup bermadu, semuanya adalah peluang-
peluang menambah taqwa. Kalau dapat difahami dan
dihayati, indahnya kata-kata Tuhan dalam Hadis Qudsi:
Maksudnya: “Aku malu dengan hamba-Ku yang apabila
diberi nikmat dia bersyukur, apabila diberi ujian dia
bersabar, apabila ditimpa musibah dia redha, apabila
berdosa dia bertaubat.”

173
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

b. Gelanggang rasa bersama dan bekerjasama


Suami milik bersama, anak-anak milik bersama. Da-
tanglah rasa bersama dan seterusnya bekerjasama dalam
segala urusan rumahtangga. Masing-masing dapat ber-
peranan, bantu membantu menurut bidang dan keupa-
yaan masing-masing. Setiap madu merasakan setiap
bidang yang ditugaskan itu, di situlah saluran untuk taat
kepada Tuhan, berbakti kepada suami dan saling lengkap
melengkapi untuk kesempurnaan sebuah rumahtangga
dan keluarga.
c. “Fastabiqul khairaat” dan “Wata’a wanu alal birri wat-
taqwa”
Salah satu peranan isteri yang utama ialah berkhidmat
kepada suami. Dalam konteks bermadu, masing-masing
berlumba untuk memberi khidmat terbaik kepada suami.
Perlumbaan ini adalah sangat digalakkan kerana masing-
masing berharap kepada Tuhan, melalui khidmat terbaik
untuk suami itu mereka memperolehi redha Allah SWT.
Dalam perlumbaan itu, di waktu yang sama, masing-
masing sentiasa mempersiapkan diri untuk mendapatkan
lebih banyak amalan taqwa. Yang agak kurang
mencontohi yang lebih baik, manakala yang lebih mampu
membantu yang lain agar menjadi lebih baik.
Bersama-sama mendoakan suami, dan di waktu yang
sama saling doa mendoakan antara madu. Ketika suami
memerlukan khidmat isteri tertentu yang bukan pada
gilirannya, isteri yang lain dengan senang hati mem-
berikan gilirannya tanpa dituntut sebagai hutang dari
suaminya. Alangkah besarnya pengorbanan perasaan
tersebut yang juga amat besar dipandang oleh Tuhan.
Begitulah antara keindahan hidup bermadu dengan
membawa Tuhan bersama. Bermadu atas cita-cita dan
bermatlamatkan Tuhan.

174
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

KETIGA: Kasih Sayang. Persoalan kasih sayang dalam


poligami memang amat dibimbangi andainya kasih sayang
suami akan berpindah kepada madu-madunya. Walaupun
lazimnya isteri pertama yang paling bimbang kerana dia
sudah mengecapi nikmat kasih sayang suami selama ini,
namun madu-madu juga bimbang sekiranya suami kekal
melekat kasih sayangnya kepada isteri pertama. Dalam soal
kasih sayang ini bukan sahaja kaum wanita, para suami pun
turut merasa bimbang atas dua sebab. Pertama ialah bagai-
mana dia sendiri untuk mengagihkan kasih sayang secara
adil kepada isteri-isterinya. Kedua, tidak tahu bagaimana
mahu memberi penjelasan kepada isteri-isterinya andai
ditanya siapa yang lebih disayangi antara isteri-isteri itu.
Kebimbangan ini juga yang dialami oleh Pak Agus dan Ibu
Marlina.
Sebenarnya kalau tidak memahami persoalan ini, bukan
Pak Agus dan Ibu Marlina sahaja yang merasa bimbang, siapa
pun yang tidak memahami aspek ini akan sentiasa mem-
persoal bahkan mempertikaikan keadilan dalam kasih
sayang.
Terdapat beberapa aspek yang perlu difahami dan di-
terima, antaranya:
a. Kasih sayang bersifat rasa atau perasaan. Rasa atau pe-
rasaan adalah sesuatu yang abstrak atau maknawiyah.
Tidak ada sebarang alat untuk mengukur kasih sayang
sama ada ukuran berat mahupun ukuran jarak. Kasih
sayang juga tidak boleh dibelah, dipecah, dicaing-caing.
Tidak boleh dibelah, dipecah, dicaing-caing itu boleh
diumpamakan kepada volume radio. Andaikan volume
radio itu dari satu hingga sepuluh. Dalam sebuah negara
katakan terdapat sepuluh juta radio. Tidak ada beza bunyi
radio itu kalau hanya sebuah radio sahaja yang dipasang
berbanding kalau semua sekali sepuluh juta radio di-
pasang. Tidak berlaku kalau sebuah radio dipasang maka

175
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

volumenya kuat atau tinggi. Apabila tiga juta radio di-


pasang serentak, volume masing-masing radio semakin
rendah. Kalau tujuh juta dipasang, maka volumenya
bertambah-tambah rendah. Kalau semua sepuluh juta,
maka bunyi masing-masing radio hampir-hampir tidak
kedengaran.
Demikianlah yang berlaku kepada kasih sayang. Bukan
bererti kalau seorang isteri maka dia dapat penuh. Kalau
dua orang isteri maka dapat separuh setiap seorang. Ka-
lau empat isteri maka setiap seorang hanya memperoleh
25% kasih sayang atau satu perempat sahaja.
Cuba kita fikirkan dalam konteks anak-anak pula. Ada-
kah kalau seorang anak, maka dia mendapat kasih sayang
yang penuh dan kalau sepuluh anak, maka setiap anak
hanya mendapat satu per sepuluh kasih sayang. Bagai-
mana kalau suami isteri yang memiliki lima belas orang
anak? Apakah kasih sayang bagi setiap anak itu semakin
nipis atau tiada langsung? Cuba perhitungkan pula se-
orang pemimpin dalam sebuah negara yang rakyatnya
berjumlah tiga puluh juta orang. Kalau kasih sayang itu
boleh dipecah, dipisah, dicaing-caingkan, boleh diagih-
agihkan ibarat seguni garam, maka tiga puluh juta rakyat
itu tidak memperolehi kasih sayang dari pemimpin nega-
ra tersebut.
Bagaimana pula apabila rakyatnya bertambah sekali
ganda menjadi enam puluh juta orang? Kalau kasih
sayang itu sesuatu yang bersifat berketul yang boleh
dipecah dan dicaing-caingkan, maka tiada yang men-
dapat kasih sayang, begitulah yang akan berlaku. Umpa-
manya sepotong kek, kalau seorang sahaja maka dia
dapat semua dan sepenuhnya. Kalau dua orang, akan
dapat separuh setiap orang, saiznya semakin mengecil.
Kalau empat orang maka dapat satu per empat sahaja.
Kalau seratus orang, yang dapat hanya seorang secubit

176
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

sahaja. Kasih sayang bukan bersifat benda yang boleh


dibahagi atau dipecahkan seperti kek.
Suatu ketika isteri-isteri Rasulullah SAW bertanya siapa
di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah
SAW. Baginda minta tempoh selama tiga hari untuk mem-
beri jawapan, dan bukti siapa yang paling disayangi ialah
siapa di antara mereka yang memperolehi sebentuk
cincin. Lalu Rasulullah SAW menunjukkan contoh cincin
kepada isteri-isteri Baginda. Selepas tiga hari semua isteri
Baginda berkumpul untuk menunjukkan bukti siapa yang
paling disayangi iaitu yang memiliki sebentuk cincin.
Alangkah kehairanan isteri-isteri Rasulullah SAW kerana
setiap mereka memiliki sebentuk cincin yang serupa.
Rupa-rupanya Rasulullah SAW menyayangi kesemua
isteri-isteri Baginda.
b. Setelah memahami bahawa kasih sayang itu bersifat mak-
nawiyah atau abstrak, kebimbangan tidak berlaku adil
dalam aspek kasih sayang tidak harus berlaku. Lebih-
lebih lagi dalam syarat berpoligami, keadilan suami tidak
termasuk kasih sayang. Ertinya kasih sayang bukan satu
tuntutan supaya suami berlaku adil kerana mustahil ma-
nusia dapat menyukat kasih sayang itu. Isteri-isteri juga
tidak dapat menuntut hak dari suami dalam soal kasih
sayang. Andainya berlaku juga perbezaan rasa kasih
sayang dari suami terhadap isteri-isterinya, selain tidak
dapat dibuktikan dan boleh dipersoalkan kerana soal rasa
atau perasaan itu adalah anugerah Tuhan, mustahil tidak
berlaku perbezaan kasih sayang antara isteri-isteri itu.
Umpama ibu bapa yang memiliki sepuluh orang anak,
mustahil tidak terjadi perbezaan kasih sayang antara
anak-anak mereka. Ini adalah fitrah dan anugerah dari
Tuhan yang tidak dapat dikawal. Sekali lagi disebut di
sini, sebab itulah Tuhan tidak menjadikan syarat keadilan
dalam berpoligami itu dalam aspek kasih sayang kerana

177
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

Tuhan yang mencipta manusia dan Tuhan tahu tentang


anugerah-Nya terhadap manusia. Dan hati manusia itu
dalam genggaman Tuhan yang sentiasa berbolak-balik.
Perbezaan kasih sayang dari suami kepada isteri itu
tidak salah, yang salah ialah apabila suami mendedahkan
atau menyatakan perbezaan rasa kasih sayang itu. Ia ada-
lah rahsia hati suami. Perbezaan kasih sayang juga tidak
boleh sampai terjadi perbezaan tanggung jawab. Kalau
berlaku juga, itu bukan kesalahan dari perbezaan kasih
sayang, tetapi itu hanyalah kegagalan dalam bertang-
gungjawab. Kalau dalam soal terabainya tanggungjawab,
tidak boleh dihukumkan atau dituduh atas sebab perbe-
zaan kasih sayang. Dalam soal pengabaian atau kecuaian
tanggungjawab terhadap isteri atau anak-anak, dalam
rumahtangga monogami pun turut berlaku. Tidak ber-
tanggungjawab itu adalah kerana jahil dan tidak takut
kepada Tuhan. Orang yang takutkan Tuhan pasti bertang-
gungjawab.

KEEMPAT: Apa erti kasih sayang? Kasih sayang amat


penting dalam kehidupan manusia. Ianya adalah fitrah se-
mula jadi, atau hak asasi atau keperluan bagi semua manusia.
Kehilangan kasih sayang, manusia hilang bahagia biarpun
banyak harta, betapalah kalau miskin papa kedana, ber-
ganda-gandalah perasaan derita. Kasih sayang itu ialah rasa
hati atau perasaan kasih dan sayang terhadap apa saja dan
siapa saja. Kasih sayang lebih mudah subur terhadap orang-
orang yang kita rasa berjasa seperti ibu bapa, guru-guru,
pemimpin, suami isteri. Kalau bukan terhadap mereka yang
berjasa, maka kasih sayang itu tetap berlaku kalau memiliki
rasa peri kemanusiaan yang tinggi. Rasa peri kemanusiaan
yang tinggi hanya tejadi apabila seseorang itu memiliki rasa
cinta kepada Tuhan, secara otomatik tumbuh rasa kasih sa-
yang sesama manusia.

178
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

Orang yang memiliki kasih sayang itu dapat dilihat tanda-


nya pada sifat-sifat berikut:
a. sangat lemah lembut.
b. lunak dalam tutur kata.
c. sangat pemaaf.
d. berlapang dada.
e. bertolak ansur.
f. mengutamakan orang lain.
g. pandai menjaga hati dan mengambil hati orang lain.
h. sangat membela dan membantu.
i. tidak menyinggung dan tidak mengguris hati orang
lain.
Biarpun pasangan Pak Agus dan Ibu Marlina ini belum
berpoligami, namun mereka sudah faham asas poligami. Ibu
Marlina pula sudah bersedia untuk bermadu andainya Pak
Agus mahu. Bahkan Ibu Marlina turut berkata, “Kalau soal
krisis rumahtangga itu bukankah lumrah hidup. Yang mono-
gami pun tidak terlepas dari sedikit-sedikit krisis. Pokoknya
krisis itu bukan soal mono atau poli. Soalnya kerana tidak
takutkan Tuhan.”

KES 7
Menyuburkan Suasana Islam

Menurut Encik Hanafi, memang diakui anggota rumahtang-


ga terdiri dari orang Islam. Atas nama rumahtangga Islam,
tentulah ada topik-topik perbincangan, perbualan, bertukar-
tukar fikiran dan berkongsi pengalaman serta idea. Sudah
tentulah serba sedikit ada agenda bagaimana hendak subur-
nya suasana Islam itu di kalangan anggota keluarga.
Kepada Encik Hanafi khususnya dan kepada umat Islam
seluruhnya, diakui bahawa ajaran Islam terlalu renggang

179
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

jauh dari diri mereka. Sebab itulah bagi sebahagian umat


Islam, topik-topik perbualan dan perbincangan dalam ke-
luarga sudah dirasakan janggal serta sukar untuk dipraktik-
kan. Langkah awal yang perlu ialah setiap anggota keluarga
kena ada cita-cita Tuhan dan Akhirat. Mesti bertitik tolak
dari rasa bertuhan, iaitu rasa takut dan cintakan Tuhan. Baru-
lah akan mendorong untuk menghayati panduan-panduan
yang diberikan seperti di bawah ini.
1. Berbincang tentang Tuhan agar berrtambah rasa takut
dan cinta, sama-sama mahu meningkatkan iman dan
taqwa, dan menjadikan kehidupan Akhirat lebih utama.
2. Berbincang serta berusaha agar ajaran Islam itu dapat
diamalkan dan dihayati.
3. Mencari jalan supaya dapat mendidik anak-anak secara
Islam dengan lebih berkesan. Terutamanya dalam mem-
bawa anak-anak turut sama hidup bertuhan.
4. Bertolong bantu dalam memajukan pelajaran anak-anak.
5. Bagi anak-anak, selepas Allah dan Rasul, maka amat perlu
mereka menghayati ketaatan kepada kedua ibu bapa.
6. Akhlak anak-anak perlu lagi dibimbing agar lebih halus.
Ini perlukan tunjuk ajar, bimbingan, asuhan dengan sabar,
bersungguh-sungguh dan berterusan.
7. Perpaduan dan kasih sayang sekeluarga amat perlu. Me-
nyuburkan dan mengukuhkannya perlu dibincangkan
selalu, seperti melalui sembahyang berjemaah, makan
bersama, saling faham memahami, bertolak ansur, sekali
sekala bermusafir atau makan angin bersama.
8. Menasihati, menunjuk ajar dan mendisiplinkan anak-
anak agar tidak terjebak dengan gejala sosial. Ia mesti
bermula dalam rumahtangga. Iaitu dalam keluarga itu
sendiri mesti bersih dari gejala sosial. Terutama ibu bapa
mesti menjadi contoh. Menurut kajian, anak-anak yang

180
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

ketagihan rokok kerana ayahnya dari kalangan orang


yang merokok.
9. Perlu diperbincangkan bersama dan mencari jalan bagai-
mana hendak menangani anak-anak yang nakal. Umpa-
manya perlu melihat punca kenakalan itu, adakah kerana
kurang didikan atau terlalu kuat pengaruh persekitaran,
atau juga sudah dipengaruhi oleh kawan sebaya.
10. Pergaulan adalah penting bagi perkembangan peribadi
dan minda anak-anak. Namun mereka perlu diberi pedo-
man yang lengkap tentang pergaulan berserta adab-adab-
nya. Ada perbezaan adab bergaul antara kawan-kawan
sebaya, jiran, orang dewasa dan terhadap yang lebih
muda usianya.
11. Amat besar ertinya dalam kehidupan ibu bapa sekiranya
anak-anak mereka dapat memberi khidmat sebaik mung-
kin. Aspek ini perlu diberi faham kepada anak-anak. Ini
termasuk tunjuk ajar agar mereka suka berkhidmat atau
menghiburkan orang ramai.
12. Salah satu jalan keluar untuk menghilangkan tension
ialah melalui hiburan. Ini tidak bererti bebas memilih
apa sahaja jenis hiburan. Ibu bapa perlu mengenal dan
mendisiplinkan mereka dalam memilih hiburan. Bila
disebut hiburan, ianya bukan tertentu kepada nyanyian,
konsert atau filem sahaja. Kalau ini yang menjadi pilihan
maka pilihlah yang bermoral, tetapi zaman ini amat sukar,
tetapi bukan tiada. Oleh itu berilah hiburan berbentuk
lain seperti makan angin, rekreasi, berpiknik, ziarah ka-
wan atau keluarga, melawat tempat bersejarah. Boleh
apa sahaja asalkan halal.
13. Akhlak perlu didisiplinkan dan dibiasakan yang akhirnya
melekat menjadi kebiasaan atau budaya hidup. Begitu
juga dalam melakukan kerja-kerja rutin. Oleh itu ibu bapa
perlu jadualkan atau disiplinkan asuhan menguruskan

181
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

keperluan masing-masing seperti urusan dalam rumah,


kerja sekolah, memasak, menjahit, mengemas rumah,
halaman rumah dan seumpamanya.
14. Berbagai cara membuka minda, maka suami isteri perlu
juga berbual, berbincang dan saling berkongsi idea dalam
isu-isu semasa. Terutama sekali yang ada hubung kait
dengan umat Islam sendiri dalam segala aspek. Umpa-
manya soal gejala sosial, kemungkaran, perpecahan,
krisis, perpaduan, kemajuan dan agama umat Islam.

KES 8
Matlamat Perkahwinan

Encik Kamarul Ariffin menimbulkan persoalan tentang


mengapa tidak adanya penjelasan tentang apa matlamat
perkahwinan dalam Islam. Kalau dibandingkan dengan du-
nia kehidupan lain, semuanya ada dinyatakan matlamat
masing-masing. Umpamanya, setiap jabatan, badan korporat,
pertubuhan, persatuan, industri, kementerian, semuanya ada
menetapkan satu-satu matlamat. Dalam konteks kehidupan
pun, setiap individu ada matlamat tersendiri. Tentulah tidak
ketinggalan dalam aspek perkahwinan dan rumahtangga ada
matlamatnya. Biar pun tidak lengkap, sekurang-kurangnya
siapa sahaja yang mahu berkahwin perlu tahu matlamatnya.
Mengetahui matlamat perkahwinan itu tentulah sedikit se-
banyak akan membantu membina rumahtangga bahagia.
Penjelasan kepada Encik Kamarul adalah seperti berikut:
Zaman ini kalau ditanya kepada 100 orang, apakah matla-
mat perkahwinan, kita akan memperolehi seratus jawapan
yang tentunya tidak seragam. Dalam ajaran Islam, oleh ke-
rana perkahwinan itu adalah perintah Tuhan, sudah tentulah
ada matlamat yang baik. Tentulah tidak sewenang-wenang-
nya dan boleh buat apa saja matlamat menurut selera dan

182
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

kepentingan masing-masing. Oleh kerana Tuhan mahukan


hamba-hamba-Nya mendapat bahagia dan sejahtera dunia
dan Akhirat, maka Tuhan tetapkan matlamat. Dengan matla-
mat itu diharapkan menjadi modal untuk manusia meng-
abdikan diri kepada Tuhan dengan penuh takut dan bimbang.
Takut dan bimbang kalau-kalau terseleweng dari matlamat
yang diredhai-Nya.

MATLAMAT PERTAMA: Tuhan telah menciptakan


manusia lelaki dan wanita yang sama-sama ada keinginan,
iaitu lelaki inginkan perempuan dan perempuan juga ada
nafsu kepada lelaki. Tiada siapa yang boleh menolak fitrah
semula jadi ini. Bahkan ketika Nabi Adam bersendirian di
dalam Syurga yang penuh nikmat itu, Nabi Adam sudah me-
rasakan ada sesuatu kekurangan dalam hidupnya di tengah-
tengah nikmat Syurga. Biarpun begitu, Nabi Adam tidak tahu
mentafsirkan rasa itu, sehinggalah apabila Nabi Adam Tuhan
pertemukan dengan Hawa. Ketika itulah Nabi Adam men-
dapat jawapannya. Begitulah sifat fitrah semula jadi manusia.
Lantaran itulah maka Tuhan syariatkan agar berkahwin.
Melalui perkahwinan itu maka tersalurlah keinginan itu
secara halal dan sekaligus terhindar daripada zina. Tanpa
syariat perkahwinan, keinginan semula jadi itu mustahil
dapat dibendung. Maka akan berleluasalah perbuatan zina
yang terkutuk itu.

MATLAMAT KEDUA: Perkahwinan akan menjadi se-


bab untuk mendapat zuriat. Zuriat yang lahir dari suami
isteri beriman dan bertaqwa itu diasuh, dididik, dipimpin
dan dibimbing pula secara Islam. Mereka diberi ilmu, iman
dan dididik supaya bertaqwa. Diasuh supaya menjadi hamba
Allah yang cintakan Tuhan dan Islam. Maka melalui zuriat
itulah nanti pejuang Islam akan bersambung dari satu gene-
rasi ke satu generasi.

183
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

MATLAMAT KETIGA: Apabila matlamat kedua tercapai,


sekaligus akan tercapailah matlamat yang ketiga iaitu tujuan
perkahwinan agar lahirlah satu generasi yang benar-benar
menjadi aset kepada keluarga, masyarakat, agama, bangsa
dan negara. Yang mana mereka itu benar-benar memberikan
manfaat kepada keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan
negara. Bukan menjadi beban yang mendatangkan masalah.

MATLAMAT KEEMPAT: Menjadi aset itu ertinya berjasa


kepada agama, bangsa dan negara. Mereka mentaati Tuhan
dan berbakti kepada masyarakat. Mereka akan mewariskan
pula kepada anak, cucu, cicit dan seterusnya sambung-ber-
sambung. Ertinya mereka juga menjadi aset simpanan pahala
di Akhirat kelak. Iaitu jasa dan manfaat mereka itu dunia
dan Akhirat.

MATLAMAT KELIMA: Melalui perkahwinan yang


benar-benar berjalan atas kehendak Tuhan dan Rasul-Nya,
anggota keluarga akan memiliki ciri-ciri hamba Allah yang
beriman dan bertaqwa yang sangat memelihara hubungan
dengan Tuhan serta syariat-Nya. Di situ nanti akan terbinanya
sebuah negara Islam kecil yang menjadi asas kepada negara
Islam sebenar.

MATLAMAT KEENAM: Seorang muslim bukan sahaja


diperintahkan untuk mencari keredhaan Allah SWT sahaja,
tetapi juga dianjurkan untuk berbuat apa yang disukai oleh
kekasih Allah iaitu Rasulullah SAW. Baginda berbangga dan
menyukai ramainya pengikut atau umat Baginda di Akhirat
kelak. Apa kesukaan Rasulullah SAW itu juga yang sewajar-
nya menjadi kesukaan umat Baginda. Oleh itu melalui per-
kahwinan, dapat mencapai tujuan tersebut iaitu meramaikan
umat Baginda.

184
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

MATLAMAT KETUJUH: Perkahwinan dalam Islam ada


maksud besar disebaliknya iaitu meramaikan umat Islam.
Meramaikan umat itu bukan sekadar angka atau kuantitinya
besar, tetapi lebih dari itu iaitu umat yang sangat berkualiti.
Dengan umat yang berkualiti iaitu beriman dan bertaqwa,
maka akan lebih mudahlah terbangunnya cita-cita dan per-
juangan Islam di muka bumi ini. Asas pembinaan umat ber-
kualiti itu mesti berlaku dan dimulakan dari keluarga.

MATLAMAT KELAPAN: Perkahwinan juga dapat men-


jaga keturunan atau zuriat yang benar-benar cintakan Tuhan
dan agama. Melalui keturunan itulah orang kenal asal usul
kita dan generasi penyambung.

MATLAMAT KESEMBILAN: Dalam ajaran Islam,


menghiburkan orang lain itu sangat disukai oleh Tuhan dan
mendapat pahala. Kesan dari sikap atau perbuatan atau per-
lakuan yang menghiburkan orang lain itu, kehidupan akan
menjadi bahagia dan harmoni. Akan terjalin hubungan kasih
sayang antara satu dengan yang lain. Maka dalam Islam,
pasangan suami isteri yang berniat, berazam dan berusaha
saling memberi hiburan maka pahala yang tidak putus-putus
dari Tuhan, sekaligus kehidupan keluarga turut bahagia dan
harmoni. Rumahtangga bahagia dan harmoni melahirkan
anak-anak yang berakhlak dan seterusnya masyarakat yang
harmoni.

Demikianlah di antara matlamat perkahwinan dan beru-


mahtangga dalam Islam. Matlamat yang murni dan mulia.
Matlamat yang menjamin kesejahteraan rumahtangga. Mat-
lamat yang bukan sahaja menjamin rumahtangga bahagia
di dunia, bahkan melalui rumahtangga itu dapat mengumpul
bekal untuk Akhirat kelak. Kalau pun mungkin tidak kaya
dari sudut material, namun kehidupan penuh rahmat dan

185
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

berkat. Tuhan jadikan kehidupan keluarga itu penuh kasih


sayang, aman damai, tenang dan bahagia.

KES 9
Tanggungjawab Suami Isteri

Encik Hanafiah melahirkan kemusykilan terhadap banyaknya


berlaku keruntuhan rumahtangga, khasnya dalam soal tidak
bertanggungjawab. Apa yang menghairankan Encik Hanafiah
ialah setiap pasangan yang hendak bernikah terlebih dahulu
disyaratkan mengikuti kursus pra perkahwinan. Sebagai
bukti menghadiri kursus, pehak penganjur mengeluarkan
sijil. Sijil itu pula mesti disertakan apabila membuat per-
mohonan untuk berkahwin. Tanpa sijil sebagai bukti menyer-
tai kursus, permohonan akan ditolak oleh kadhi atau juru
nikah.
Dalam kursus pra perkahwinan tersebut, topik utama yang
disampaikan ialah mengenai tanggungjawab suami isteri.
Suami isteri sudah memiliki senarai tanggungjawab masing-
masing. Namun apa yang berlaku, panduan yang diberikan
ketika kursus seolah-olah tidak dipraktikkan dalam berumah-
tangga. Mengabaikan tanggungjawab menjadi punca
kehancuran rumahtangga. Sama ada suami mahu pun isteri
sama saja tidak bertanggungjawab. Sebaliknya saling me-
nunding antara suami dan isteri. Kadang-kadang terjadi tidak
bertanggungjawab itu hanya tidak sampai setahun mendiri-
kan rumahtangga. Atau ketika baru memperolehi seorang
anak.
Penjelasan yang diberikan kepada Encik Hanafiah lebih
kurang seperti berikut:
Kemusykilan Encik Hanafiah ialah tentang faktor utama
yang mencorakkan sebuah keluarga atau rumahtangga Islam

186
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

iaitu suami dan isteri. Faktor-foktor lain itu hanya mengiringi


atau mengikut sahaja. Yang utama ialah ciri-ciri suami dan
isteri yang ingin diketahui, atau boleh juga disebut sebagai
peranan, sikap dan ciri-ciri suami isteri menurut ajaran Islam.
Perlu difahami bahawa apa saja hal dan urusan, apa jua
aspek dan apa situasi sekalipun, apabila disebut ajaran Islam,
ianya mesti dikaitkan dengan Tuhan. Sesuatu yang tidak ada
hubung kait dengan Tuhan, otomatik menjadi ideologi biar-
pun dalam melakukan amalan ibadah khusus seperti sem-
bahyang, wirid zikir, doa dan sebagainya. Umpamanya, sese-
orang itu bersembahyang dengan tertib, sopan dan kelihatan
bagus kerana hendak mencari pengaruh atau niat-niat lain
yang bukan lagi murni kerana Tuhan, maka otomatik sem-
bahyang itu menjadi ideologi. Itu adalah ibadah khusus se-
perti sembahyang yang memang pada permulaan niat awal
itu disertakan dengan kerana Allah, masih lagi bercampur
dengan kerana-kerana yang lain. Betapalah dalam pekerjaan
umum yang hendak dijadikan ibadah, tentu lebih sukar
untuk menjaga niatnya.
Oleh itu rumahtangga terutamanya suami isteri mesti
dibina atas taqwa yang kukuh. Menjadikan Tuhan sebagai
cita-cita dan matlamat, rasa bertuhan iaitu rasa takut dan
cinta mesti mendalam dan tidak lekang. Apabila menjadikan
Tuhan sebagai cita-cita dan matlamat, maka jiwa pun men-
jadi besar dan kuat. Suami isteri yang berjiwa besar, kalau
ada masalah bukan sahaja tidak dirasai masalah itu, bahkan
dengan masalah itu mereka merasa amat beruntung, kerana
mereka merasakan dapat perhatian dari Tuhan. Hidup
menjadi tenang dan bahagia, mendapat sakinah serta qalbun
salim. Rumahtangga atas taqwa ini barulah suami isteri akan
bersikap, berperanan dan bertanggungjawab sesuai dengan
kehendak Tuhan. Di atas taqwa itulah Tuhan datangkan rah-
mat, berkat, pertolongan, rezeki, jalan keluar dan kemenang-
an. Inilah rahsia kebahagiaan perkahwinan dan keluarga.

187
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

Ciri-Ciri, Sikap, Peranan dan Tanggungjawab Suami


1. Sangat bertanggungjawab ke atas isteri, anak-anak serta
orang-orang yang di bawah jagaannya termasuk ibu bapa
yang sudah tua dan orang gaji sekiranya ada. Tanggung-
jawab dengan takutkan Tuhan adalah lazim melazimi.
Orang yang takutkan Tuhan sangat bertanggungjawab.
Orang yang benar-benar bertanggungjawab adalah
kerana takutkan Tuhan.
2. Memberi ilmu dan didikan agama kepada isteri dan anak-
anak.
3. Menyediakan nafkah lahir seperti makan minum, pa-
kaian, tempat tinggal dan kesihatan kepada isteri dan
anak-anak. Pemberian nafkah lahiriah ini tidak termasuk
barang mewah (luxury) yang tidak boleh dituntut atau
dipaksakan kepada suami terutamanya dalam keadaan
tidak mampu. Namun dalam nafkah yang asasi itu se-
kiranya suami cuai boleh dituntut. Begitupun kalau ada
tolak ansur adalah lebih baik dan lebih utama.
4. Suami tidak berkasar terhadap isteri dan anak-anak. Se-
laku ketua keluarga, suami lebih utama menonjolkam
sikap kasih sayang dan prihatin. Kalau dalam sebuah
institusi kecil rumahtangga, ketua keluarga tidak mem-
beri kasih sayang, di mana pula anggota keluarga itu
hendak mengadu dan bersandar. Lebih-lebih lagi suami
selaku pendidik, pendidikan hanya berjaya dengan kasih
sayang dan sabar.
5. Sekiranya isteri atau anak-anak membuat salah, hendak-
lah diberi tunjuk ajar. Secara fitrahnya anak isteri tentu-
lah tidak suka berbuat salah. Kalau terjadi juga kenalah
ayah atau suami memberi tunjuk ajar kerana kemung-
kinan mereka membuat salah itu kerana kecetekan ilmu,
kurang bimbingan, terleka, terlupa, dorongan perasaan
dan nafsu.

188
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

6. Suami hendaklah bertimbang rasa kepada isteri. Amat


jarang tetapi bukan tiada langsung di kalangan wanita
yang kuat jiwa dan akal, melainkan mereka lebih di-
dorong oleh perasaan. Sebab itu wanita amat mudah
marah, merungut, mendongkol, merajuk, membebel. Ini
semua adalah bentuk-bentuk luahan perasaan mereka.
Lebih-lebih lagi bagi isteri sepenuh masa yang menjalani
rutin kehidupan yang sama setiap hari. Situasi mereka
itulah yang memerlukan suami bertimbang rasa.
7. Ketika isteri kesedihan, suami hendaklah menghiburkan-
nya. Tumpang simpati memang disuruh, tetapi jangan
turut terbawa-bawa dengan kesedihan isteri. Akibatnya
akan bertambah menjadi-jadi dan berpanjangan kese-
dihan isteri. Kesedihan yang berpanjangan sedikit seba-
nyak boleh menjejaskan urusan rumahtangga. Suami
perlu menghiburkan isteri dengan berbagai cara, umpa-
manya bawa berjalan-jalan, makan angin, ziarah kawan
dan lain-lain.
8. Suami sentiasa memberi kerjasama terhadap isteri. Erti-
nya dalam urusan rumahtangga, karier kerja, anak-anak,
perlu mendapat kerjasama yang baik dari suami. Jangan
dibebankan sepenuhnya kepada isteri. Secara otomatik
berlakulah perkongsian dalam kehidupan berumah-
tangga.
9. Suami tidak memandang kepada wanita lain. Meman-
dang di sini ada dua maksud iaitu memandang dengan
mata kasar secara lahiriah dan memandang dalam erti
kata memberi perhatian atau memberi perasaan terhadap
wanita lain. Di antara hikmah larangan ini ialah supaya
hati suami tertumpah kepada isterinya sahaja. Sekaligus
suami tidak membanding-bandingkan wajah isteri dan
perangai isteri sendiri dengan wanita lain. Isteri itu ada-
lah anugerah Tuhan yang sudah menjadi ketetapan se-
menjak azali lagi, terimalah seadanya.

189
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

10. Berbincang bersama. Sama ada dalam soal masalah atau


perancangan keluarga, elok dibincangkan bersama su-
paya terjamin memperolehi penyelesaian yang tepat dan
memuaskan. Setiap aspek difahami bersama supaya
sama-sama dapat menerimanya.
11. Kejahatan, kelemahan dan kesilapan isteri tidak dide-
dahkan kepada orang lain. Dalam kes hendak membuat
pengaduan sekalipun kena juga dibatasi, sekadar mema-
hamkan hakim atau orang tengah. Tidak sampai men-
cemarkan maruah isteri.
12. Sentiasa merendah diri kepada isteri, atau dengan istilah
lain sebagai tawadhuk. Merendah diri bukan bererti me-
letakkan diri hingga boleh dihina oleh isteri. Tawadhuk
ertinya tidak ego, sombong dan merasa diri segala-gala-
nya. Perlu diingat, tiada manusia yang benar-benar sem-
purna dalam segala hal. Sebab itu perlu tawadhuk kepada
isteri kerana dalam banyak aspek, seorang suami memer-
lukan isteri dan banyak perkara suami tidak upaya ber-
buat dan bersabar seperti yang dilakukan oleh isteri.
Tawadhuk juga bermaksud berlapang dada serta boleh
bahkan bersedia menerima teguran, nasihat dan ingatan
dari isteri.
13. Suami perlu bertolak ansur dengan isteri. Suatu ketika
seorang rakyat Sayidina Umar hendak mengadu sesuatu
masalah tentang isterinya kepada Sayidina Umar. Ketika
berdiri di halaman rumah, dia terdengar kata-kata
rungutan dari isteri Sayidina Umar sedang Sayidina Umar
sendiri hanya senyap berdiam diri. Lantas rakyat itu pu-
lang saja dan berkata seorang diri, “Sedangkan Sayidina
Umar sebagai khalifah pun isterinya merungut.” Ke-
esokan hari, dia bertanya kepada Sayidina Umar menga-
pa mendiamkan diri sahaja. Sayidina Umar menjawab,
“Aku sangat bertimbang rasa kepada isteriku kerana dia
berkhidmat untuk aku, menjaga rumahtangga aku, men-

190
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

jaga makan minum dan pakaian aku, dan dia menjaga


anak-anak aku.”
14. Suami sentiasa kasih kepada isteri. Fitrah semula jadi
manusia lebih mudah mengasihi orang yang ada pertalian
dan orang yang berjasa. Contohnya ibu bapa mengasihi
anak-anak dan sebaliknya. Antara keduanya ada pertali-
an. Pengikut lebih mudah mengasihi ketua atau pemim-
pinnya kerana pemimpin banyak berjasa, begitulah seba-
liknya. Suami dituntut supaya sentiasa mengasihi isteri
atas dua sebab tersebut sekaligus. Iaitu ada pertalian yang
Tuhan lakukan melalui pernikahan yang sah, serta atas
sebab jasa. Dalam hidup seorang suami, isteri adalah
orang yang amat berjasa. Jasa isteri itu mewajarkan se-
orang suami mengasihi isteri. Inilah satu bentuk menge-
nang jasa seorang isteri.
15. Suami sentiasa belas kasihan terhadap isteri. Dalam ke-
hidupan wanita moden, mereka mendakwa ada segala-
galanya yang mereka perlukan. Bahkan apa sahaja yang
mereka mahu, mereka mampu memikirkannya. Namun
sebenarnya mereka tidak boleh menafikan fitrah semula
jadi iaitu mereka perlukan suami tempat berlindung, me-
ngadu, berkongsi perasaan, tampat merintih dan tempat
memperolehi dan menumpahkan kasih sayang. Ketiadaan
suami dalam hidup seorang wanita, kekosongan tetap
dirasainya terutama perasaan. Ini adalah fitrah semula
jadi. Menyedari dan memahami hakikat inilah maka sua-
mi perlu sentiasa belas kasihan kepada isteri. Mereka
adalah golongan yang perlukan perlindungan, maka
lindungilah mereka dengan penuh belas kasihan.
16. Sebagai menyempurnakan wibawa sebagai suami maka
suami hendaklah mampu menjadi imam sembahyang
jemaah dalam keluarga. Dan perlu berkumpul bersama
dan sembahyang berjemaah bersama.
17. Biarpun peranan ini diletakkan sebagai yang terakhir,

191
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

namun inilah yang paling penting. Iaitu suami perlu


memperlihatkan dirinya orang yang sangat membesarkan
Tuhan, mengutamakan Tuhan, bercita-cita dan bermat-
lamatkan Tuhan. Ini mestilah diperlihatkan di dalam
setiap aspek kehidupan. Jelas memperlihatkan dirinya
hidup bersama Tuhan.

Ciri-Ciri, Sikap, Peranan dan Tanggungjawab Isteri


1. Bertanggungjawab dalam urusan dan bidang sebagai
seorang isteri terutamanya terhadap suami.
2. Keutamaan seorang isteri ialah melayan suami dengan
ikhlas atau murni kerana Allah semata-mata.
3. Mentaati suami selagi dalam perkara yang dibolehkan.
Hanya boleh ingkar dalam perkara-perkara maksiat dan
dosa.
4. Sentiasa merendah diri atau tawadhuk kepada suami.
Melalui bersikap tawadhuk, bimbingan, teguran dan tun-
juk ajar dapat berjalan lancar. Merendah diri juga agar
tidak berlaku satu kapal dua nakhoda. Maka akan harmo-
nilah kehidupan keluarga.
5. Isteri mesti sentiasa berusaha menghiburkan suami dalam
layanan, sikap, percakapan dan ketaatan.
6. Sebaik-baiknya isteri menyambut kepulangan suami.
Dengan cara ini akan menyejukkan hati, menyenangkan
hati, menenangkan perasaan dan menambahkan kemes-
raan.
7. Isteri tidak menuntut sesuatu yang tidak termampu oleh
suami kecuali dalam hak yang asasi. Tuntutan yang mem-
bebankan suami boleh menganggu perasaan suami, boleh
mengeruhkan hubungan. Kalau keterlaluan mendesak,
suami boleh terjebak kepada perbuatan dosa.
8. Isteri sentiasa memberi kerjasama kepada suami dalam

192
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

apa aspek rumahtangga. Sikap suka membantah, ingkar


dan kurang memberi kerjasama mudah meretakkan
hubungan, boleh berlaku krisis dan membantutkan ba-
nyak perancangan keluarga.
9. Mesti berusaha agar dapat bersembahyang jemaah ber-
sama suami. Dari situ nanti akan banyak memperoleh
rahmat dan berkat dari Tuhan dan mengeratkan lagi hu-
bungan hati.
10. Isteri mesti menjaga maruah diri sama ada sewaktu di
rumah lebih-lebih lagi di luar rumah.
11. Keperluan suami dalam lingkungan rumahtangga hen-
daklah disediakan oleh isteri. Dalam beberapa hal dan
aspek, tidak pula dituntut sebagai wajib, namun di situlah
ruang dan peluang bagi seorang isteri mengumpul se-
banyak-banyak darjat taqwa di sisi Tuhan. Seorang ham-
ba itu hanya dapat mendekatkan diri dengan Tuhan
melalui saluran yang bukan perkara fardhu atau wajib,
melainkan dalam perkara-perkara lain yang dibuat
sebagai usaha mencari bekalan taqwa.
12. Sedangkan lidah lagi tergigit, maka apabila timbul seba-
rang masalah, cuba dibawa kepada perbincangan ber-
sama. Elakkan dari retak dahulu baru hendak dibin-
cangkan. Kalau retak dahulu, bincang kemudian, keadaan
begini kurang berkesan untuk mengatasi masalah.
13. Berpuas hatilah di atas apa sahaja pemberian suami. Perlu
berkorban perasaan sekiranya kurang berpuas hati.
Jangan korbankan kepentingan kebahagiaan rumahtang-
ga hanya semata-mata mahu memenuhi perasaan sendiri.
14. Kesalahan suami hendaklah dilupakan. Anggaplah jasa
dan khidmat suami itu jauh lebih besar berbanding ke-
silapan yang dilakukan oleh suami. Lebih-lebih lagi lazim-
nya kesalahan suami itu berlaku sekali sekala. Kadang-
kadang bukan disengajakan atau hanya salah faham, atau

193
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

kerana menghadapi tekanan. Bila gagal melupakan ke-


salahan suami akan subur dendam kesumat yang boleh
mencetuskan huru hara dalam rumahtangga. Ini umpama
sumbu mercun yang gagal dipadamkan. Sumbu mercun
itu hanyalah sekadar keluar percikan bunga api. Bila tidak
dipadamkan, letupan mercun amat kuat bunyinya.
15. Memberi semangat kepada suami. Sesekali berlaku juga
lemah semangat kepada suami, bukan lemah jiwa. Dalam
situasi demikian, maka isteri hendaklah bersikap seperti
Sayidatina Khadijah ketika Rasulullah SAW mula mene-
rima wahyu. Sayidatina Khadijah menyelimutkan Bagin-
da dan memberi semangat serta perangsang dengan tugas
besar yang baru diterima oleh Rasulullah SAW.
16. Ketika suami bercakap, tidak kira dalam apa topik dan
aspek, maka isteri perlu mendengar dengan teliti dan
sepenuh hati. Ini juga sebagai tanda hormat, memulia-
kan suami serta tanda merendah diri kepada suami.
17. Cacat cela, kelemahan, aib, kejahatan suami tidak di-
dedahkan kepada sesiapa pun, hatta kepada ibu bapa
dan kawan sendiri.
18. Isteri juga hendaklah berusaha membesar dan menguta-
makan Tuhan. Hendaklah sama-sama menjadi hamba
yang hidup bertuhan dalam apa jua aspek kehidupan.

KES 10
Rumahku Syurgaku

Puan Maryati musykil tentang ‘Rumahku Syurgaku’. Ianya


sering disebut dan dicanangkan. Namun bukan sahaja belum
menemui hasilnya atau hakikat rumahku syurgaku itu, ciri-
ciri dan pemahamannya pun belum ditemui lagi. Puan

194
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

Maryati amat risau bahawa satu aspek yang penting dalam


kehidupan manusia iaitu rumahku syurgaku itu hanya tinggal
menjadi slogan kosong semata-mata.

Penjelasan yang diberikan:


Untuk pengetahuan Puan Maryati dan orang lain yang
turut serius tentang rumahtangga syurga, bahawa dalam
banyak hal manusia sanggup menggadai nyawa untuk men-
capainya. Contohnya sudah ramai yang mati terjatuh ketika
mendaki Gunung Everest dan gunung-gunung yang lain.
Dalam waktu yang sama, masih ramai yang menunggu
giliran untuk mendaki. Mereka yang sudah berjaya ke puncak
Everest tidak membawa pulang apa-apa untuk dikongsi oleh
orang lain.
Banyak lagi pemburuan manusia yang berakhir dengan
penderitaan. Sebab itu penjara, pusat serenti dan pusat sakit
jiwa sesak dengan penghuni. Cukup sekadar contoh, ertinya
manusia gigih, bersungguh-sungguh, cekal dan tabah dalam
memburu cita-cita yang tidak dipastikan sama ada positif
atau negatif. Ertinya dalam konteks membina rumahtangga
syurga perlukan kegigihan, bersungguh-sungguh, cekal dan
tabah dalam mencapainya. Kalau dalam aspek lain yang tidak
dipastikan hasilnya positif atau negatif, itu pun manusia sang-
gup sampai tergadai nyawa, maka dalam membina rumah-
tangga syurga perlukan komitmen sepenuhnya juga. Bukan
sambil lewa atau acuh tak acuh. Segala resipi mesti diikuti
sepenuhnya. Kerana antara satu dengan yang lain saling
lengkap melengkapi. Gabungan seluruh resepi itulah akan
terjamin hasil yang memuaskan. Perlu juga difahami bahawa
sesuatu yang bernilai tinggi lebih sukar diperolehi. Syurga
tentulah amat bernilai biarpun sekadar syurga dalam kehi-
dupan berumahtangga. Sudah menjadi pengalaman manu-
sia, untuk memperolehi sesuatu yang bernilai, umpamanya
gaji RM10,000 sebulan, atau untuk menjadi profesor atau

195
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

doktor, memerlukan kerja keras dan berhempas pulas.


Begitulah juga untuk menjadikan rumahtangga syurga.
Suasana rumahtangga syurga itu penuh dengan kebaha-
giaan, rasa tenang dan tenteram, aman damai dan harmoni.
Penuh keceriaan dan kegembiraan. Di dalam rumahtangga
syurga mestilah ada hal-hal seperti berikut:
1. Rumahtangga itu dibina atas nama Tuhan, cita-cita dan
matlamat Tuhan, atas tujuan agama Islam, mengamalkan
syariat Tuhan. Atau dengan lain perkataan, ada iman dan
taqwa yang mana kalau susah pun mendapat keuntungan
dan dalam keadaan senang pun mendapat keuntungan.
2. Subur kasih sayang iaitu lemah lembut, lunak, bertolong
bantu, pemaaf, rasa bersama, bekerjasama, berkongsi
susah dan senang, sepakat dan muafakat, seia sekata,
berlapang dada, bertoleransi, tidak menyinggung dan
tidak pula tersinggung, tidak mengguris hati dan tidak
pula terguris hati.
3. Akhlak mulia sangat ketara dan menonjol di kalangan
anggota keluarga.
4. Suami sentiasa tenang bersama isteri yang setia.
5. Isteri pula merasa bahagia bersama suami yang sangat
bertanggungjawab.
6. Anak-anak merasa tenang dan jiwa terisi melihat ibu bapa
yang bertanggungjawab dan berkasih sayang.
7. Antara sesama anggota keluarga, ketiadaan salah seorang
antara mereka dirasai kehilangan dan kekosongan, rindu
merindui, bertemu tidak jemu, berpisah diserang gelisah.
Kehadiran bersama terasa selesai masalah.
8. Ibu ayah melihat anak-anak sejuk hati kerana berakhlak,
mendengar kata dan hormat ibu bapa.
9. Dalam rumahtangga syurga tidak ada elemen negatif
iaitu:

196
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

a. kata nista
b. perkataan atau perbuatan yang menyakitkan hati
c. berdebat, bertengkar, dan bertegang urat
d. sindir menyindir dan menghina
e. tuduh menuduh dan menfitnah
f. maki hamun dan adu domba
g. cerca mencerca dan menghasut
h. perkataan atau cakap kotor dan lucah
i. pukul memukul, bertumbuk, bersepak terajang, ten-
dang menendang.
10. Anggota keluarga membesarkan Allah melalui:
a. sembahyang berjemaah
b. qiamullail
c. mengajar, belajar dan membaca Al-Quran
d. wirid zikir seperti takbir, tasbih, tahmid, tahlil, istighfar
dan doa
e. kuliah-kuliah pengajian, motivasi dan fardhu ain
f. nasihat menasihati.

KES 11
Rumahtangga Idaman

Encik Jamaluddin melahirkan rasa terkilan melihat banyak-


nya berlaku keretakan, pecah belah, krisis bahkan perceraian.
Banyak akibat buruk hasil dari rumahtangga yang haru biru
dan kacau bilau, terutama yang menjadi mangsa ialah anak-
anak. Bukan itu sahaja, kesan buruk jangka panjang ialah
banyaknya berlaku gejala sosial, kerana asas masyarakat ia-
lah rumahtangga. Apa yang menghairankan Encik Jama-
luddin ialah setiap umat Islam yang hendak mendirikan

197
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

rumahtangga sentiasa mengidamkan terbinanya mahligai


bahagia hingga ke anak cucu. Idaman hanya tinggal idaman.
Harapan hancur di tengah jalan. Kadang-kadang bercinta
macam Remeo dan Juliet, majlis perkahwinan berbelanja
besar, ribuan orang turut meraikannya. Kadang-kadang ter-
pampang di media massa. Anehnya baru satu atau dua anak
dah mula timbul krisis hingga hendak atau hampir bercerai.
Sebelum berkahwin, panduan sudah diberikan, mengapa
masih banyak rumahtangga yang terbarai.
Jawapan kepada persoalan yang diajukan oleh Encik
Jamaluddin adalah seperti berikut.
Sebagai perbandingan, bolehlah diumpamakan seperti
orang yang hendak menjadi askar. Ada syarat asas atau syarat
minima, seperti kelulusan, berat badan, ketinggian, sihat
tubuh badan, penglihatan dan pendengaran. Memiliki syarat
minima itu bukan bererti otomatik dia sudah boleh diiktiraf
sebagai seorang askar. Proses melayakkan diri sebagai askar
masih panjang dan banyak peringkat yang perlu ditempuhi.
Sudah dilalui dengan penuh gigih pun masih ada yang
kecundang, betapalah dalam keadaan acuh tak acuh.
Berbalik kepada rumahtangga, kalau sudah ada calon,
kemudian sudah bersedia untuk berumahtangga, maka di-
ikutilah kursus atau bimbingan rumahtangga itu untuk dua
atau tiga hari. Di akhir kursus, setiap peserta menerima sijil
pengesahan menghadiri kursus. Dan dengan sijil itu pula
adalah sebagai syarat tambahan untuk layak berkahwin.
Semua yang diperoleh itu hanyalah sebagai syarat minima,
termasuk isi sukatan kursus itu juga adalah minima. Itu be-
lumlah menjadi faktor penentu bakal wujudnya rumah-
tangga idaman. Belum tentu dalam berkursus dua atau tiga
hari itu peserta dapat memahami sepenuhnya panduan yang
diberikan. Kalau pun faham belum tentu dapat memprak-
tikkan panduan tersebut. Lebih-lebih lagi selok-belok dan
liku-liku rumahtangga amat jauh berbeza daripada apa yang

198
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

diperoleh dalam dewan kuliah, lebih-lebih lagi kalau pene-


kanan kuliah itu banyak kepada aspek hukum hakam, hak
dan enakmen.
Apabila benar-benar berumahtangga, pasangan sedang
berhadapan dengan manusia yang memiliki jasad, akal, nafsu
dan roh. Yang kalau tidak mengenal setiap unsur itu ertinya
sudah nerupakan satu kegagalan dalam rumahtangga. Begitu
juga pada manusia itu Tuhan sudah bekalkan dengan benih
malaikat untuk disuburkan, benih haiwan untuk dididik dan
didisiplinkan dan benih syaitan untuk dicantas dan ditum-
paskan sepenuhnya. Awal-awal lagi kalau ilmu tentang aspek
ini tidak dimiliki, tentulah amat sukar untuk mengemudikan
rumahtangga. Umpama askar yang tidak cukup ilmu pepe-
rangan, tiba-tiba dihantar operasi ke hutan, tentulah dia me-
rasa amat sukar kerana dia sendiri tidak pernah mengenal
hutan.
Fahamlah kita bahawa untuk tercapainya rumahtangga
impian, tidak memadai atau tidak terhenti setakat anggota
dalam rumahtangga itu beragama Islam, tetapi mestilah ada
cita-cita Tuhan, berjiwa Islam, hidup mati untuk Tuhan dan
Islam serta menghayati syariat Tuhan. Oleh itu perkara-per-
kara berikut perlu diambil perhatian serta perlu dipraktikkan:
1. Suami isteri mestilah faham segala aspek tentang ajaran
Islam. Memahami ajaran Islam amat penting kerana yang
hendak dibangunkan itu adalah rumahtangga Islam. Bah-
kan ajaran Islam itu juga memang perlu direalisasikan
dalam kehidupan harian yang bermula dari rumahtangga.
Dalam kehidupan sebagai seorang Islam kenalah faham
hablumminallah dan segala yang terangkum di dalamnya,
dan juga hablumminannas dan segala yang terangkum
di dalamnya. Dengan itu barulah ajaran Islam yang di-
praktikkan itu syumul atau menyeluruh.
2. Suami atau ayah selaku pemimpin atau ketua keluarga,

199
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

yang bertanggungjawab dunia dan Akhirat, perlu ada


ilmu pendidikan isteri dan anak-anak, serta faham bagai-
mana mendidik isteri dan anak-anak. Terutama sekali
dalam mendidik isteri dan anak-anak untuk takut dan
cintakan Tuhan. Juga mendidik mereka hidup berkasih
sayang.
3. Suami kena serba sedikit memahami saikologi isteri dan
anak-anak. Sekurang-kurangnya mengenali isteri dan
anak-anak dalam aspek berikut:
a. Tahap IQ.
b. Peringkat nafsu.
c. Jenis kekuatan mereka sama ada jenis kuat akal, pera-
saan atau jiwa, atau sebahagian atau semua sekali.
d. Kesukaan dan kebencian mereka.
e. Bakat, minat, hobi dan bidang kecenderungan mereka.
f. Perubahan pada perasaan mereka yang terzahir pada
wajah, perangai atau tingkah laku.
g. Perkembangan mereka mengikut perubahan usia.
4. Isteri juga perlu serba sedikit memahami saikologi suami
dan anak-anak. Memahami saikologi ini amat diperlukan
dalam konteks mendidik serta menjaga hubungan. Iaitu
suami terhadap isteri dan anak-anak, juga isteri terhadap
suami dan anak-anak perlu mengadakan pendekatan
yang sesuai dengan keadaan (saikologi) mereka.
5. Suami isteri perlu bersungguh-sungguh mempraktikkan
sikap dan akhlak Islam serta syariat Islam. Terhadap anak-
anak pula kenalah berupaya memberi ilmu untuk mereka
memahami, tidaklah mereka menurut secara membuta
tuli tanpa ilmu dan kefahaman.
6. Kena bersabar dalam menghayati ajaran Islam terma-
suklah kena bersabar dalam mendidik dengan lemah
lembut dan penuh kasih sayang.

200
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

KES 12
Pendidikan Yang Berkesan

Encik Azhar Abu melihat anak-anaknya yang sepuluh orang


membesar di depan matanya sendiri. Sebagai seorang bapa
yang bertanggungjawab, dia rasa musykil kerana sepuluh
orang anak-anaknya tidak semuanya berperangai baik. Encik
Azhar memang mengharapkan anak-anaknya berjaya dalam
kehidupan dunia dan Akhirat. Dia juga sedar andainya tidak
cemerlang dalam duniawi, biarlah anak-anaknya menjadi
manusia yang baik. Ini kerana dia juga insaf bahawa kehi-
dupan Akhirat yang kekal abadi itu tiada bandingannya, iaitu
jauh lebih utama berbanding kehidupan sementara ini.
Encik Azhar tahu bahawa untuk mencapai tujuan tersebut
mestilah melalui didikan yang tepat. Diakui oleh Encik Azhar
bahawa dia kurang masak dalam mendidik anak-anak.
Lantaran itu anak-anaknya membesar seperti orang lain iaitu
mengikut saja arus perdana yang lebih cenderung kepada
kejayaan duniawi dan mengabaikan sama sekali kehidupan
kekal abadi. Kalau ada yang memperkatakan aspek ukhrawi,
itu tidak lebih sekadar pelengkap percakapan dan bahan
untuk penghayatan.
Penjelasan dan jawapan kepada kemusykilan Encik Azhar:
Pendidikan adalah aspek yang amat luas. Tentulah tidak
dapat diperkatakan melalui ruang yang terbatas ini. Kalau
pun jauh dari sempurna, penjelasan yang lengkap mungkin
memerlukan sebuah buku. Melalui ruangan ini cukup seka-
dar dinyatakan asas-asasnya. Namun pengetahuan asas pen-
didikan itu seandainya dipraktikkan, boleh juga dilihat
hasilnya yang positif.
Selama ini kita memahami pendidikan itu ialah memasuki
alam persekolahan. Ini adalah tanggapan yang tersasar atau
kurang tepat. Apabila kita memperkatakan tentang pendi-

201
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

dikan, ertinya kita mestilah fokuskan kepada manusia itu


sendiri. Dalam mendidik manusia, kita kena mengenali
manusia itu. Siapa sahaja yang terlibat dalam mendidik
manusia, sama ada ibu bapa, guru-guru, para ulama, pen-
dakwah atau pemimpin, mereka mesti memiliki ilmu yang
berkaitan dengan manusia. Barulah pendidikan itu tepat
kepada sasaran yang sebenar.
Bersama penciptaan manusia, Tuhan sudah bekalkan
dengan tiga benih:
1. Benih malaikat, iaitu benih kepada sifat-sifat baik, positif,
terpuji atau juga disebut dengan istilah mahmudah. Benih
malaikat ini hendaklah disuburkan. Hendaklah dididik,
diasuh, dipimpin, dipupuk hingga menjadi tabiat, tingkah
laku atau akhlak.
2. Benih haiwan, iaitu segala sifat-sifat tamak, rakus, me-
mentingkan diri, berkrisis, hidup dikuasai nafsu semata-
mata, melanggar peraturan, tiada disiplin, tiada berpera-
saan. Kehidupan haiwan hanyalah makan, minum dan
hubungan kelamin. Tidak bertamadun dan hanya me-
nunggu mati. Benih haiwan ini perlu dikawal, dikekang
dan didisiplinkan dengan syariat, undang-undang dan
peraturan.
3. Benih syaitan, iaitu segala sifat-sifat jahat, negatif, sifat
keji, sifat buruk atau disebut mazmumah. Benih syaitan
ini seperti ego, sombong, menghasut, hasad dengki, iri
hati, mengadu domba, menzalimi, pemarah, buruk
sangka, bakhil, cinta dunia dan lain-lain. Benih syaitan
ini hendaklah dibakar dan dimusnahkan sepenuhnya,
dikikis dan disingkirkan hingga tidak berbaki.
Ada lagi unsur-unsur manusia yang dibahaskan dalam
konteks yang berbeza iaitu mengenai akal, nafsu dan roh.
Penulis sengaja tidak memasukkannya dalam ruangan ini
kerana hendak terus menjelaskan tentang pendidikan.

202
www.SayangiKeluarga.com

KES-KES CONTOH

Apa yang perlu dilakukan agar subur benih malaikat, ter-


kawal benih haiwan dan tuntasnya benih syaitan? Ja-
wapannya mudah sahaja iaitu kenalkan manusia kepada
Tuhan. Rasulullah SAW mengambil masa 13 tahun mem-
perjuangkan Tuhan yang satu (Esa) berbanding sepuluh
tahun memperjuangkan syariat Tuhan yang beribu-ribu.
Tempoh yang panjang itu agar manusia kenal Tuhan iaitu
memiliki rasa berTuhan terutamanya takut dan cinta kepada
Tuhan.
Takut dan cinta kepada Tuhan itu menjadikan manusia
kuat dalam menyuburkan benih malaikat. Hasil dari takut
dan cinta kepada Tuhan itu manusia sangat menjunjung
syariat dan perintah Tuhan. Hidup menurut syariat dan
peraturan Tuhan itu otomatik bermaksud terdisiplin segala
benih haiwan. Syaitan pula tidak takut kepada manusia
bahkan menentang Tuhan. Namun Tuhan yang memberi
jaminan kepada sesiapa yang bertaqwa, iaitu orang yang
takut dan cinta kepada Tuhan, bahawa makar syaitan gagal
menggoda mereka. Sekaligus musnah semua benih syaitan
yang ada dalam diri manusia.
Bagi ibu bapa, memperkenalkan Tuhan kepada anak-anak
bermula sejak dari pertemuan benih. Takut dan cintanya
ibu bapa kepada Tuhan itu ada kesan atau ada contact dengan
roh benih yang bakal Tuhan pilih untuk dijadikan janin.
Begitulah seterusnya ketika janin dalam kandungan, sangat
dipengaruhi oleh ibu bapa yang takut dan cinta kepada
Tuhan. Ianya ada kesan kepada roh janin atau bayi dalam
kandungan. Ketika dalam kandungan itu, ibu bapa perlu tubi
bayi itu dengan ketaqwaan mereka. Ditubi melalui berbagai
amalan taqwa kepada Allah SWT. Perlu ditubi dengan segala
akhlak-akhlak yang mulia.
Selepas lahir, bayi itu perlu ditubi lagi dengan memper-
dengarkan kalimah Allah. Dalam tempoh anak itu membesar,
hendaklah dikaitkan dengan Tuhan dalam apa aspek pun.

203
www.SayangiKeluarga.com

BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?

Melalui cara ini anak-anak tersebut akan dapat melihat dan


merasai kebesaran Tuhan. Jadilah mereka sebagai orang
yang hidup bersama Tuhan. Inilah namanya proses didikan
yang berlaku umpama menitiskan air di atas batu.
Kalau sudah dewasa, lebih-lebih lagi sudah tua, baru hen-
dak bermula, atau baru berpeluang mendengar tentang
Tuhan, ketika itu baru hendak mengenal Tuhan, maka me-
mang sukar untuk memulihkan rasa takut dan cinta kepada
Tuhan itu. Keadaan ini seperti mencurang air sebaldi ke atas
batu. Tidak berkesan apa-apa kepada batu tersebut.
Setelah usia remaja atau dewasa, ketika itu perlu kepada
guru yang boleh mendidik hati supaya takut dan cintakan
Tuhan, maka perlu mendapatkan guru, ulama atau pendidik
yang takut dan cinta kepada Tuhan. Barulah ada keberkatan
dan akan berkesan kepada hati. Kalau pendidik tidak ber-
taqwa, bukan sahaja tidak berkesan bahkan boleh menjadi
hijab atau terdinding dari memperoleh rasa takut dan cinta
kepada Tuhan. Inilah anak kunci kejayaan dalam mendidik
manusia.
Kejayaan mendidik manusia menjadi bertaqwa, buahnya
ialah manusia itu akan menjadi selamat dan menyelamatkan,
banyak memberi manfaat kepada manusia lain, menjadi
penyelamat, penghibur dan pembela kepada manusia lain.
Tidak kira bidang atau profesion apa, bagi orang bertaqwa,
semuanya dibuat atas nama Tuhan, bermatlamatkan Tuhan.
Lenyap segala cinta dunia dan kepentingan diri. Semuanya
terarah kepada mentaati Tuhan dan berbakti kepada ma-
nusia. Inilah yang dimaksudkan dengan manusia yang
berjaya di dunia dan di Akhirat.

***

204

You might also like