You are on page 1of 7

Adab terhadap ibu bapa

ADAB DAN CARA HORMATI IBUBAPA


Posted by aki2004 on Mei 15, 2012 16 Komen

41 Votes

MAKSUD ADAB DENGAN IBU BAPA


Bersopan santun kepada ibu bapa dalam pertuturan, perbuatan dan tingkah
laku.
Ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap kelahiran anak
Ibu mengandung akan melahirkan anak
Ibu bapa juga bertanggungjawab menyara nafkah anak, memberi kasih sayang,
dan pendidikan kepada anak
Oleh itu, setiap anak wajib taat kepada ibu bapanya
Menderhaka kepada ibu bapa hukumnya adalah haram dan berdosa besar
Anak yang derhaka akan dimasukkan ke dalam neraka
CARA MENGHORMATI IBU BAPA
1. Dari Segi Percakapan
Bercakap dengan sopan santun
Bercakap dengan penuh hormat
Merendahkan suara
Menggunakan perkataan yang baik
Menunjukkan muka yang manis
Tidak membantah kata-kata mereka.
Tidak menyakiti perasaan mereka.
2. Dari Segi Pergaulan
Mencium tangan mereka ketika hendak keluar
Meminta izin mereka sebelum keluar
Berdiri untuk memberi hormat kepada mereka
Jagan menghulurkan kaki ke arah mereka
Jangan menjamah makanan sebelum mereka makan
Beradab sopan seperti berlemah-lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan
mereka.

Mengenang pengorbanan mereka seperti ibu mengandung, melahirkan dan


menyusukan.
Bapa pula mendidik, mengasuh dan mencari rezeki.
Menziarahi mereka dan selalu bertanya khabar.
Memenuhi permintaan dan patuh dengan suruhan mereka yang tidak
bertentangan Islam.
SEBAB WAJIB BERBAKTI KEPADA IBUBAPA
Merupakan perintah Allah S.W.T.
Sunnah Rasulullah S.A.W.
Sebagai balasan jasa baik mereka
Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan
Mendapat pahala dan ganjaran di akhirat
CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
1. Semasa Mereka Hidup
Membantu ketika diperluakn terutamanya ketika mereka sakit atau tua
Selalu menziarahi mereka
Mendoakan kesejahteraan bagi mereka
Melayani mereka tanpa membiarkan mereka sedih dan kesunyian.
Memberi sumbangan kebendaan, terutama ketika mereka dalam keadaan
susah.
Merawati mereka ketika sakit.
Menjaga mereka ketika mereka tidak berdaya.
Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga
mempunyai KITA!
2. Setelah Mereka Meninggal Dunia
Mendoakan agar Allah S.W.T.mengampuni dosa mereka
Membayar hitang mereka sekiranya ada
Melaksanakan wasiat mereka yang tidak bercanggah dengan syarak
Berbuat baik kepada rakan mereka
Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga
mempunyai KITA!
AKIBAT DERHAKA KEPADA IBU BAPA

Tidak mendapat keredhaan allah s.w.t


Dibenci oleh allah s.w.t
Tidak selamat hidup di dunia dan di akhirat
Mendapat dosa besar
Institusi keluarga akan hancur
Masyarakat menjadi kucar-kacir
Akan mendapat balasan azab neraka di akhirat

HIKMAH MENGHORMATI IBU BAPA

Mendapat keredhaan, rahmat dan keampunan Allah S.W.T


Dihormati dan dikasihi oleh manusia
Memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat
Dikurniakan pahala yang banyak di sisi Allah S.W.T

Jiwa tenang dan tenteram


Ikatan kekeluargaan bertambah erat

MONDAY, JANUARY 28, 2013

Etika dan adab terhadap


kedua ibu bapa
Etika dan adab terhadap ibu bapa adalah secara umumnya diketahui oleh
masyarakat bahawa mereka adalah orang yang paling patut kita hormati, sayangi
dan utamakan. Semua orang maklum terhadap perkara ini. Akan tetapi, mengapa
kita masih melihat ramai yang tidak menghormati ibu bapanya pada hari ini? Bahkan
ramai juga yang akhirnya menghantar ibu bapanya ke rumah orang tua atau
menyuruh pula adik beradik yang lain untuk menjaga ibu bapa sedangkan ibu bapa
inilah yang bertanggungjawab menyara, mendorong dan menyuruh anaknya
menuntut ilmu sehingga menjadi seorang yang berjaya.
Di antara faktor yang mendorong kepada seorang anak ini menjadi kurang hormat
kepada ibu bapanya adalah:
1.
Merasa dirinya berjaya dan malu dengan ibu bapa yang kurang berjaya atau
terpelajar. Ini adalah antara faktor yang biasa kita dengar.
2.
Berlainan pendapat atau ideologi. Ini berlaku kerana pertembungan dua
zaman iaitu persekitaran pada zaman ibu bapanya dan pada zamannya sekarang.
Dua zaman ini mungkin mempunyai tatacara hidup sendiri yang kadang kala
mengakibatkan percanggahan ideologi. Apatah lagi jika isu yang panas seperti isu
politik. Zaman dahulu suasana politiknya lain, orang politiknya lain dan zaman
sekarang sudah berubah dan menuntut gaya pemikiran yang baru.
3.
Kurang didikan agama. Ini adalah faktor yang sangat penting. Apalagi didikan
agama kurang, maka anak ini tidak menyedari kepentingan untuk menjaga hak,
etika dan adabnya terhadap ibu bapanya sepertimana yang ditekankan di dalam alQuran dan as-Sunnah yang akan saya bentangkan nanti.
Di dalam permasalahan ini, tidak kurang juga ramai yang berpandangan punca
utama bermula dari didikan di rumah. Mereka berpendapat, jika dari awalnya tidak
dididik dengan betul, maka inilah hasilnya, anak yang tidak hormat kepada ibu
bapanya serta mungkin tidak memberi manfaat juga kepada masyarakat. Akan
tetapi pandangan ini kita boleh terima bulat-bulat hanya sekiranya kita bercerita

mengenai etika anak sekolah rendah atau sekolah menengah awal. Apabila anak ini
sudah remaja dan dewasa, banyak lagi faktor lain yang mendorong anak ini menjadi
sedemikian. Yang paling utama, bagi anak yang sudah baligh dan sudah besar,
menjadi tanggungjawab utamanya untuk memilih jalan mana yang hendak dituju
kerana dia akan mencapai usia kematangan yang membolehkannya untuk berfikir
dan membezakan antara yang baik dan buruk. Dia perlulah fikirkan dan
mengeluarkan dirinya dari kejahilan dan kejahatan kepada jalan yang lebih baik dan
diredhai oleh Allah SWT.

Saya tidak akan membincangkan perkara ini panjang kerana sudah ramai ilmuwan
yang menyentuh mengenai isu ini. Cuma perbincangan yang akan saya bawa adalah
dari sudut perspektif al-Quran dan as-Sunnah berkaitan dengan etika terhadap ibu
bapa. Indahnya agama ini kerana ia turut menekankan tentang betapa pentingnya
untuk menghormati dan berbakti kepada kedua ibu bapa. Insya Allah akan saya
ringkaskan agar mudah dibaca dan difahami.

Konsep ketaatan
Ramai di antara kita hari ini masih kurang memahami konsep ketaatan dan hormat.
Dua perkara ini seakan sama, tetapi hakikatnya berbeza. Saya pernah menulis
artikel mengenai ini iaitu 'Engkau aku hormati, tetapi kebenaran lebih aku cintai'
(klik sini). Saya sarankan pembaca untuk membaca artikel itu supaya lebih faham
dengan konsep ketaatan dan hormat yang sebenar. Di sini saya ringkaskan bahawa
kadang kala kita hormat dan kita taat, tetapi kadang kala pula, keadaan menuntut
kita untuk TIDAK TAAT tetapi kita masih perlu hormat.

Satu contoh yang mudah adalah apabila jika ibu bapa menyuruh kita melakukan
kebaikan, kita wajib taat kepada perintah itu. Akan tetapi jika ada pula ibu bapa
yang menyuruh anaknya untuk membelikan arak, di dalam hal ini, anak ini
DILARANG untuk taat, tetapi anak itu masih perlu untuk hormat ibu bapanya.
Dalilnya adalah firman Allah SWT:

















Maksudnya: "Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku
sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu
mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah
jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu,
maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."
(Surah Luqman 31:15)
Di dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda:


"Tiada ketaatan kepada makhluk di dalam kemaksiatan kepada Allah Azza Wajalla."

(Musnad Ahmad. Isnad sahih menurut Syeikh Shu'aib al-Arnauth)

Maka apabila kita tidak taat di dalam hal maksiat kepada Allah, ini tidak dikira
sebagai menderhaka atau tidak menghormati ibu bapa. Akan tetapi, meskipun kita
tidak taat, kita tetap dituntut supaya mempergauli dan menghormati mereka
dengan baik.
Etika terhadap ibu bapa
Secara umumnya, Allah memerintahkan manusia supaya menghormati ibu bapa
mereka. Firman Allah:

Maksudnya: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah


selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaikbaiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur
lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan
kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan
ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu
terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai
Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik
aku waktu kecil"."
(Surah al-Isra' 17:23-34)
Begitulah yang ditekankan di dalam ayat Quran di atas iaitu menghormati dan
berbakti kepada ibu bapa merupakan satu perkara yang sangat besar di dalam
agama Islam ini demi menjaga keharmonian institusi kekeluargaan. Bahkan ibu
bapalah yang telah membesarkan serta mendidik anaknya sehinggalah ia meningkat
dewasa, maka tidak wajar jika ibu bapa hanya dibiarkan begitu sahaja apatah lagi
apabila mereka mencapai usia tua.
Di dalam sebuah hadis yang kerap kali kita dengar, Rasulullah SAW pernah ditanya:


"'Siapakah orang yang berhak mendapat pergaulan baikku?' Baginda menjawab:
'Ibumu'. Orang tersebut bertanya lagi: 'Kemudian siapa.' Baginda menjawab:
'Ibumu.' Orang tersebut bertanya lagi: 'Kemudian siapa?' Baginda menjawab:
'Ibumu.' Orang tersebut bertanya lagi: 'Kemudian siapa?' Baginda menjawab:
'Ayahmu.'
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hadis di atas menjelaskan bahawa ibu merupakan individu paling utama untuk kita
berbakti dan pergaulinya dengan baik. Bahkan ibu dilebihkan sebanyak 3 kali
berbanding ayah. Di antara hikmahnya adalah kerana ibu lah individu yang
kebiasaannya paling banyak meluangkan masanya bersama anaknya di rumah. Ibu

jugalah yang menyusukan anaknya, yang menyediakan makanan dan kelengkapan


anak di rumah.
Berbakti kepada kedua orang tua juga merupakan antara amalan yang dicintai oleh
Allah SWT. Daripada ibn Mas'ud r.a., beliau berkata:
: . : :
: .
"Aku pernah bertanya kepada Nabi SAW: 'Apakah amalan yang paling dicintai oleh
Allah?' Baginda menjawab: 'Solat pada waktu (utama)nya.' Aku bertanya:
'Kemudian apa lagi?' Baginda menjawab: 'Berbakti kepada kedua orang tua.' Aku
bertanya: 'Kemudian apa lagi?' Baginda menjawab: 'Berjihad fi sabilillah.'"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Daripada ibn Umar r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:

"Sesungguhnya kebaikan yang paling utama adalah seseorang memelihara
hubungan baik dengan orang tuanya."
(Riwayat Muslim)
Tidak diragukan lagi bahawa keutamaan menghormati dan memperlakukan ibu bapa
dengan baik adalah amalan yang sangat tinggi nilainya di sisi agama. Maka seorang
anak tidak wajar mengabaikan tanggungjawab ini. Seandainya si anak adalah
seorang ahli ibadah yang sangat tekun, tetapi tidak menghormati ibu bapanya,
maka dia bukanlah seorang yang benar-benar menjiwai roh agama. Ini kerana
agama ini bukanlah hanya mementingkan aspek hubungan manusia dengan Tuhan
semata-mata, tetapi turut menekankan aspek hubungan sesama manusia. Inilah
keindahan Islam yang syumul (menyeluruh), yang menyentuh pelbagai aspek
kehidupan.
Orang yang tidak menabur bakti kepada kedua orang tua mereka pula diancam tidak
dapat masuk ke syurga sebagaimana disebut diriwayatkan daripada Abu Hurairah
r.a., Nabi SAW bersabda:


"Celakalah, celakalah, celakalah! Iaitu orang yang mendapati kedua orang tuanya
atau salah satunya sehingga sampai usia mereka lanjut, namun tidak boleh untuk
masuk ke dalam syurga (lantaran tidak berbakti kepada mereka)."
(Riwayat Muslim)
Daripada Abdullah bin Amr r.a., Nabi SAW bersabda:

"Dosa besar itu adalah syirik kepada Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa,
membunuh jiwa (tanpa kebenaran) dan sumpah palsu."

(Riwayat al-Bukhari)
Akhirnya disimpulkan daripada semua dalil yang telah dikemukakan, betapa agama
Islam ini mementingkan etika, hak serta tanggungjawab kita untuk hormat dan
berbakti kepada kedua ibu bapa. Bahkan kita juga dilarang untuk menderhara
kepada mereka kerana ia termasuk di antara dosa-dosa besar. Hargailah ibu bapamu
sementara mereka masih ada di dunia ini kerana mereka merupakan di antara
landasanmu ke syurga!

Cth set induksi

1. Guru mengedarkan sehelai kertas kepada semua murid.


2. Murid diberi masa 2 minit untuk menulis nama ibu bapa dan menulis
perasaan mereka kepada ibu bapa masing-masing.
3. Guru memilih 5 orang murid untuk menyebut nama ibu bapa dan
membacakan ucapan yang telah ditulis.

4. Guru bertanyakan beberapa soalan kepada murid.


i. apakah perasaan kamu apabila menyebut nama ibu dan ayah?
ii. adakah kamu sayangkan mereka?
iii. Pernahkah kamu melukakan hati mereka? Apa yang kamu lakukan apabila
menyedari kesilapan kamu itu?

5. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.

You might also like