You are on page 1of 2

Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan suami

isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Adanya
anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan kepada setiap pasangan yang telah
berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan
tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu
bapa. Namun, sekarang kita telah mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak
berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam
akhbar dan berita di televisyen. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak
berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada
mangsa.

Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini.
Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di
tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka
melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak
yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu
bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak
yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang tidak
masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul,
menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga
diperlakukan sebegitu.

Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan
yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda sesebuah
keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak
meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa
sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak
sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang
dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah
dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan
masalah. Mintalah pertolongandaripada Allah supaya hati kita lebih tenang.

Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga
yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan
pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan
tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan
antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.

Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah
kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di dalam
rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan
keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan
kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu
dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam
melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab
yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-
anak yang merupakan amanah Allah kepada kita.

Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera.
Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia”
bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang
mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita.
Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan
insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak
boleh mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anak-anak.

Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti
mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yangmendera kanak-
kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-
pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri
yang tidak berperikemanusiaan.

Pihak-pihakyang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi


memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan
rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan
mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka
aka:n lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan
suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat
diatasi.

Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras


oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk
menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan
kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Allah yang sangat suci dan bersih.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik
atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa
kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa.
Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak
menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti.

You might also like