You are on page 1of 8

KARANGAN SPM 7 PERANAN IBU BAPA DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA Pendahuluan: Keluarga merupakan satu institusi yang

ng amat penting dalam sesebuah masyarakat. Keluarga juga merupakan wahana kebahagiaan dalam kehidupan seseorang Daripada keluarga, terpancarnya sinar kasih sayang antara ahlinya. Daripada keluarga, lahir rasa menghormati dan saling memerlukan yang tidak terucap. Daripada keluarga, lahirnya insan yang bertanggungjawab terhadap dirinya serta kepada insan lain yang memerlukan. Baiti Jannati atau Rumahku Syurgaku - rumah merupakan tempat terperciknya sinar kebahagiaan dalam kehidupan seseorang. Rumah tangga yang bahagia dan ceria akan melahirkan warga yang juga memiliki ciri-ciri kejiwaan yang sihat seperti gembira, yakin akan kebolehan diri dan sebagainya. Seseorang yang dibesarkan dalam keluarga yang bahagia akan sentiasa dihargai dan diberi sokongan moral dalam apa-apa jua perkara yang dilakukannya. Galakan dan perangsang daripada ibu bapa yang penyayang dan adik-beradik yang memahami akan membentuk jati diri yang sempurna dalam kalangan ahli keluarga itu. Namun begitu, pepatah ada mengatakan bahawa bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi. Kita tidak boleh meletakkan tanggungjawab membentuk kebahagiaan keluarga itu di tangan salah seorang ahli keluarga sahaja seperti ibu, bapa atau anak-anak. Setiap ahli dalam sesebuah keluarga itu perlu bersedia memainkan peranan masing-masing untuk saling bertolak ansur, saling memahami serta saling menghormati di antara mereka. Apabila sifat ini dapat diwujudkan oleh setiap ahli dalam sesebuah keluarga, maka suasana yang harmoni akan dapat diwujudkan. 1. Sebagai suri teladan kepada anak-anak - Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga sakinah adalah amat penting. Ibu bapa perlu menjadi role-model kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak. - Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu sama lain. Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka kerana bapa borek, anak rintik. - Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-anak. Mereka juga akan sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satu sama lain. Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi neraka kepada anak-anak. Apabila kebahagiaan di rumah tidak dapat dinikmati, maka anak-anak akan berusaha mendapatkannya daripada kawan-kawan dengan berpelesiran serta melepak di pusat-pusat beli belah. Adalah lebih malang lagi jika apabila anak-anak itu berumah tangga kelak, mereka akan mengulangi sejarah yang tidak berkesudahan yang telah diwarisi oleh mereka daripada kedua-dua orang tua mereka. 2. Melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan - Ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga

mereka. - Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti kursus-kursus praperkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh pejabat agama daerah masing-masing. Dalam kursus-kursus tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia melalui ceramah dan bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas mendapat ilmu tersebut, perkara yang lebih penting adalah bagi mereka mempraktikkannya untuk melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh dengan sinar kebahagiaan. 3. Memberikan perhatian dan kasih sayang - Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk dengan usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat. - Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. Hal ini merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka. - Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagai cuti umum. Manakala pihak swasta pula , turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan. Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau berekreasi bersama keluarga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan di antara mereka. Sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan. 4. Memberikan didikan agama dan moral - Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan, pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadangkala tidak munasabah. - Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilainilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik bak kata peribahasa, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.

5. Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak - Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Keluarga yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli keluarganya. Anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah kehinaan jika mendapat pemantauan yang rapi daripada ibu bapa kerana perbuatan mereka itu akan menconteng arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan yang dikecapi. Penutup - Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju. Jika pincang keluarga maka pincanglah masyarakatnya. Semoga impian negara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang akan dapat direalisasikan demi kebaikan barsama PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBERIKAN SOKONGAN DAN DORNGAN KEPADA ANAK-ANAK DEMI MEMASTIKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK ANAK-ANAK Keluarga boleh ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang saling mengasihi, mencintai dan bersifat belas kasihan terhadap saudaranya yang lain. Tambahan pula, keluarga merupakan aset terpenting dalam kehidupan setiap insan. Seseorang yang tidak mempunyai keluarga, iaitu hidup sebatang kara, tidak mempunyai tempat bergantung untuk menumpang kasih serta hidup bagaikan layang-layang terputus tali. Pada tahun 2003, Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nur Amalina yang amat membanggakan. Hal ini kerana beliau berjaya mendapat 17A1 sekali gus menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM 2003. Kejayaan ini adalah kerana Nur Amalina mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan sanggup memberikan sepenuh sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau. Jelaslah bahawa faktor kejayaan anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada dorongan dan sokongan daripada keluarga. Terdapat pelbagai jenis sokongan dan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk memastikan kecemerlangan anak-anak kerana keluarga bahagia pemangkin kecemerlangan anak-anak. Antara peranan daripada keluarga ialah kepimpinan melalui teladan. Anak-anak akan lebih terdorong untuk mengikut jejak langkah kejayaan ibu bapa mereka kerana ibu bapa lebih mengenali dan rapat dengan anak-anak . Ibu bapa yang berjaya akan menjadi idola dan inspirasi untuk kecemerlangan anak-anak. Tambahan pula, kejayaan ibu bapa akan menyebabkan anakanak cuba mememotivasikan diri mereka sekali gus merubah kehidupan mereka agar berjaya atau lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan ibu bapa yang berjaya mempunyai anak-anak yang berpotensi untuk berjaya seperti mereka. Buktinya, kajian statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati hampir 50 peratus rakyat Malaysia terlibat dengan gejala negatif lazimnya mempunyai konflik keluarga. Oleh itu, benarlah bahawa kepimpinan melalui teladan merupakan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak.

Malah, pada realitinya, ibu bapa sanggup memerah keringat, membanting tulang dan bekerja keras dengan tulang empat kerat mereka agar memperoleh pendapatan yang lumayan dan mewah. Hal ini kerana ibu bapa mahu memberikan kemudahan dan keselesaan yang secukupnya kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Semua ibu bapa menginginkan kejayaan daripada anak-anak supaya anak-anak mempunyai masa depan yang cerah. Mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup susah.Sebagai contoh, ibu bapa yang tidak berkemampuan terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang semata-mata untuk membiayai persekolahan anakanak mereka. Dalam era modenisasi ini, pendidikan semakin memerlukan kos yang tinggi. Hal ini menyebabkan ibu bapa terpaksa bekerja dengan lebih kuat dan lebih masa untuk menampung kos pendidikan anak-anak mereka. Buktinya, mantan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah menyatakan bahawa wang ringgit bukanlah pengganti kasih sayang malah semua ibu bapa sanggup mengorbankan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan cahaya mata mereka. Kenyataan ini membuktikan bahawa ibu bapa rela berkorban demi anak-anak mereka sekali pun terpaksa bergadai nyawa. Sudah terang lagi bersuluh bahawa pengorbanan ibu bapa menjadi dorongan untuk anak-anak cemerlang dalam bidang pelajaran. Dorongan lain yang boleh diberikan oleh keluarga adalah dengan memberikan anak-anak didikan agama yang sempurna. Hal ini kerana anak-anak yang mempunyai didikan agama yang sempurna akan terang hati dan lebih mudah untuk menerima pelajaran. Mereka akan mempunyai prinsip hidup yang teguh, sekali gus menyebabkan mereka tidak mudah terpengaruh oleh gejala negatif yang semakin berleluasa seperti kudis dalam masyarakat marcapada ini. Kejayaan Nadia Amira yang cemerlang dalam SPM 2006 menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai didikan agama yang sempurna mampu meraih kejayaan. Albert Einstein pernah mengatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Oleh itu, jelaslah bahawa didikan agama yang sempurna merupakan salah satu dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga demi kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik. Sebagai intiha, dorongan daripada keluarga merupakan faktor terpenting kejayaan anak-anak. Rentetan itu, ibu bapa serta ahli keluarga yang lain wajarlah bersatu padu bagai aur dengan tebing dan sama-sama berusaha seperti hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah untuk merealisasikan impian murni mereka. Dorongan keluarga dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang dilaungkan mantan Perdana Menteri kita yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah". Marilah kita buktikan kepada dunia bahawa pemikiran rakyat Malaysia tercinta ini tidak lagi dibelenggu atau tidak lagi umpama katak di bawah tempurung, malah telah bertamadun dalam menuju era globalisasi untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain untuk negara maju yang lain di seluruh sarwajagat ini. KELUARGA IMPIAN SAYA "Rumahku, syurgaku". Kenyataan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam kehidupan seseorang. Keluarga impian saya ialah keluarga bahagia. Apakah ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah keluarga bahagia? Cuba fikirkan sejenak! Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, setiap individu harus memikul dan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga bahagia. Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Anak diibaratkan sebagai

sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata pepatah ,bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk membezakan yang mana intan, yang mana kaca. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak seperti menatang minyak yang penuh . Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti kapal tanpa nakhoda. Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa janganlah begitu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Hukuma-hakam Arab pernah mengatakan bahawa anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa. Anakanak harus belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya. Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit. Anak-anak janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang mendidik, membimbing, dan menjaga mereka. Kalau bukan ibu bapa, siapakah kita? Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli keluarga saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmani, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Keluarga bahagia banyak memerlukan unsur juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama, toleransi dan sebagainya. Rumahku, syurgaku. Keluarga bahagia ialah keluarga impian saya. nda berada di : Utama > Keluarga Bahagia, Warga Ceria Keluarga Bahagia, Warga Ceria Kejayaan sesebuah organisasi bermula dari rumah kerana keluarga yang bahagia menjadi pemangkin kejayaan sesebuah organisasi dan kecemerlangan keperibadian. Tanpa kita sedari,

institusi keluarga merupakan pendorong kepada kejayaan dan kecemerlangan organisasi kerana kebahagiaan merupakan permata paling indah dalam keluarga. Kraftangan Malaysia akan mengadakan Hari Keluarga 2010 pada 3 Julai ini di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat. Tema Hari Keluarga bagi tahun ini adalah Keluarga Bahagia, Warga Ceria membawa bersama sebahagian dari ahli keluarga untuk saling mengenal mesra dan menghubungkan silaturahim bersama warga Kraftangan Malaysia. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setia kawan dan muhibah antara warga Kraftangan Malaysia. Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini ialah acara sukaneka yang melibatkan sukan darat dan sukan air. Selain itu, acara memancing, jungle tracking dan interaktif kraf turut diadakan. Kes penderaan Akhir-akhir ini, kejadian mendera atau menyeksa kanak-kanak semakin menjadijadi.Kisah kekejaman yang dilakukan terhadap kanak-kanak sering dipaparkan di media massa sama ada media elektronik atau media cetak. Apabila sesuatu berita penganiayaan itu dipaparkan, perasaan masyarakat akan terusik lalu mengutuk perbuatan tidak berperikemanusiaan itu. Reaksi seumpama ini memang lumrah. Setiap kali kes penganiayaan dipaparkan di surat khabar, setiap kali itu juga masyarakat akan bangun meminta orang yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan. Kanak-kanak sering didera sama ada dari segi fizikal mahupun dari segi mental.Penderaan dari segi fizikal ialah penderaan yang meninggalkan kesan-kesan di tubuh,seperti luka,parut atau lebam sebagai akibat dipukul atau dikenakan benda-benda panas. Manakala penderaan dari segi mental berlaku sebagai akibat dibiarkan atau diabaikan oleh penjaganya.Mangsanya akan mengalami tekanan jiwa,gangguan emosi,dan mental atau proses pembesarannya.Selain itu,terdapat juga kes-kes penganiayaan seks,seperti pencabulan kehormatan dan kes rogol. Kes K.Balasundram yang didera hingga menyebabkan kematian merupakan peristiwa besar yang membuka mata semua pihak.Belum lagi kes ini reda,masyarakat dikejutkan pula dengan kes penyeksaan dua beradik,Aryani Zaini,4 tahun dan Noordina Maryana,3 tahun dari Terengganu.Seterusnya banyak lagi kes yang melibatkan penderaan berlaku hingga hari ini. Kita tidak dapat menafikan,anak seperti kain putih,ibu bapalah yang bakal mencorakkannya untuk menjadikan manusia putih bersih atau hitam legam.Sesetengah kes ,ibu bapa sendiri yang menyeksa anak mereka sebagai jalan melepaskan geram.Perbuatan mendera kanak-kanak merupakan perbuatan yang bertentangan dengan Undang-Undang Kanak-Kanak Malaysia.Ibu bapa seharusnya tahu atau mengambil berat tentang Undang-undang Kanak-kanak Malaysia.Undang-undang ini menyatakan bahawa kanak-kanak harus dihormati sebagai seorang insan.Mereka perlu diberi perhatian sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat.Kanakkanak juga perlu dididik dalam persekitaran yang baik.Sekiranya ada ibu bapa yang mendera

atau menyeksa anak-anak,maka mereka ialah orang yang tidak memahami Undang-Undang Kanak-Kanak Malaysia dan patut menerima hukuman yang setimpal. Sewajarnya kanak-kanak diberi kasih sayang secukupnya untuk pertumbuhan mental dan fizikal.Langkah ini bukan sahaja dapat menghindari masalah penderaan,tetapi keluarga yang bahagia dapat melahirkan masyarakat yang ampuh.Sebenarnya tidak semua kanak-kanak bernasib baik dan berpeluang mendapat kasih saying daripada kedua-dua ibu bapa mereka. Ada beberapa perkara yang menjadi punca berlakunya kes penderaan kanakkanak.Pertama ialah tekanan masalah ekonomi atau beban kerja yang dihadapi oleh ibu bapa.Ramai ibu bapa yang menjadi kurang waras kerana tekanan tersebut.Mereka sering melepaskan tekanan tersebut dengan menyakiti atau memukul anak-anak.Aspek ekonomi memang penting untuk mewujudkan keluarga yang sempurna.Kasih sayang yang utuh dan prihatin menggunung sekalipun tidak akan berkekalan tanpa wang.Seseorang ketua keluarga yang baik mesti berfikiran jauh.Perkara yang perlu difikirkan bukan sahaja terhadap keselesaan hidup untuk hari ini,tetapi untuk masa depan yang masih panjang.Daripada kes yang berlaku,kematian ketua keluarga menyebabkan anak-anak terbiar.Kemudian anak-anak ini diserahkan kepada orang yang tidak diketahui latar belakang.Keadaan ini perlu diambil perhatian oleh suami isteri yang bekerja supaya menyerahkan anak-anak mereka di bawah jagaan seseorang yang boleh dipercayai.Pastikan latar belakang pengasuh atau penjaga tersebut sebelum nasi menjadi bubur. Keadaan keluarga yang kucar-kacir mungkin berpunca daripada pendidikan keluarga yang kurang sempurna.Sesetengah belia menganggap jika usia sudah menjangkau 25 tahun dan kewangan mencukupi,wajarlah mereka berkahwin.Mereka tidak terfikir bahawa lelaki tersebut bakal menjadi seorang suami dan ketua keluarga,manakala perempuan pula menjadi seorang ibu.Pengetahuan tentang aspek kekeluargaan dan keagamaan yang mendalam perlu dititkberatkan bagi membendung gejala tidak sihat ini daripada berterusan. Ibu bapa yang ketagih dadah atau arak juga menjadi faktor utama terjadinya kes penderaan kanak-kanak.Ketagihan ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan dan perikemanusiaan.Anak-anaklah yang sering menjadi mangsa mereka.Seperti yang diketahui,kesan dadah atau arak menyebabkan sipenagihnya lupa diri dan khayal.Oleh itu,mereka lupa akan tanggungjawab dan lupa kepada keluarga,malah menyeksa anak-anak yang tidak berdosa. Pendidikan di sekolah harus menekankan soal kasih sayang.Jiwa yang masih bersih jika diterapkan dengan nilai murni akan dapat berkekalan di lubuk hati.Pendidikan awal ini dapat menyemai sikap tanggungjawab dan antipenderaan.Apabila mereka dewasa dan hidup dalam lingkungan masyarakat,perasaan mengambil berat dan ingin tahu kebajikan orang lain akan terus mengalir. Pelbagai kesan atau akibat yang dialami oleh kanak-kanakyang menjadi mangsa penderaan.Deraan merupakan satu paksaan yang diterima oleh kanak-kanak dan mereka tidak dapat membantah.Keadaan ini merupakan satu seksaan atau penindasan. Ibu bapa perlu sedar jika terlalu memaksa anak-anak,ini akan menjejaskan perkembangan emosi mereka.Apabila

emosi mereka terjejas,ini akan menimbulkan kesan yang buruk ke atas perkembangan sahsiah mereka. Selain itu,hukuman deraan rotan seperti merotan dan memukul juga menyebabkan kanak-kanak sentiasa berkeadaan bimbang,menimbulkan rasa kecewa,hilang keyakinan diri sendiri,bersikap agresif,dan fikiran mereka sering terganggu. Ibu bapa yang garang dan bengis akan membentuk kanak-kanak yang kurang baik perkembangan emosinya seperti membenci terhadap sikap ibu bapa,bosan belajar,dan tidak berminat dalam pelajaran.Di sekolah kanak-kanak dilatih oleh guru mereka untuk berfikir.Mereka dibimbing oleh guru untuk perkembangan fizikal, mental, akhlak, kerohanian, dan social yang baik.Sekiranya ibu bapa di rumah membentuk anak-anak bertentangan dengan nilai-nilai di sekolah,maka akan timbullah konflik dalam diri kanak-kanak tersebut. Kerajaan mengadakan kempen antipenderaan untuk mendedahkan kepada masyarakat umum bagi membanteras gejala yang tidak berperikemanusiaan ini.Namun, perasaan tidak takut dan berasa bersalah di kalangan sesetengah masyarakat untuk melakukan penderaan masih berlaku.Keadaan ini berlaku kerana tiada tindakan tegas yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Untuk itu,Akta Perlindugan Kanak-Kanak 1997 perlu diperkukuh bagi menjamin akta ini menjadi undang-undang yang serba lengkap bagi melindungi kanak-kanak. Jenayah penderaan perlu dibanteras dengan berkesan.Kerjasama daripada semua pihak amat penting untuk membendung gejala ini daripada berleluasa.Ibu bapa janganlah bersikap bengis terhadap anak-anak,sebaliknya pupuklah semangat ingin maju dalam diri anak-anak dengan cara psikologi.Bukan dengan cara mendera atau menghukum mereka.Kegembilangan Malaysia di mata dunia tidak akan bermakna jika terdapat sebilangan masyarakat yang masih mengalami kepedihan dan kesengsaraan.

You might also like