You are on page 1of 19

MRSM TAIPING

Folio kerjaya

Nama : Saqief Bin Zulkepli

Kelas : 414/514

No. Maktab :13337

Program pengajian : Farmasi


Senarai kandungan
Kandungan Muka surat

1. Penghargaan

2. Pendahuluan tentang minat kerjaya

3. Sebab saya memilih program pengajian farmasi


4. Laluan pembelajaran selepas SPM bagi program
pengajian farmasi
5. Kerjaya dalam bidang farmasi

6. Biasiswa dan pinjaman

7. Pandangan terhadap bidang farmasi


penghargaan
Alhamdulillah, segunung-gunung kesyukuran saya terhadap Allah yang Maha Berkuasa
kerana memberikan saya kesihatan, kesabaran, dan kesempatan untuk menyiapkan tugasan ini.
Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada Pengetua Cemerlang MRSM Taiping, Tuan Haji
Rozali bin Mamat kerana memberikan sokongan kepada para pelajar dalam menyiapkan folio
kerjaya ini secara tidak langsung.

Selain itu, saya ucapkan juga ribuan terima kasih kepada kaunselor yang memberikan
saya tugasan ini untuk mengenalpasti kerjaya yang saya minati, Encik Abdullah bin Kamaruddin
dan Puan Zamzuriana binti Che Hamid.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya yang membantun
saya menyiapkan tugasan ini dari segi kewangan dan sokongan moral. Seterusnya, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang terlibat secara langsung mahupun
secara tidak langsung dalam usaha menyiapkan folio kerjaya ini.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak tertentu yang terlibat
sepanjang saya menyiapkan folio kerjaya ini. Sekian. 
Pendahuluan
Setelah dua kali mengambil ujian Self Directed Search (SDS), keputusan yang saya
peroleh menunjukkan bahawa saya minat dan sesuai untuk memilih kerjaya dalam bidang
investigatif. Bidang ini melibatkan aktiviti-aktiviti berkaitan kejuruteraan, matematik, sains dan
berkaitan dengan perubatan. Bidang ini memerlukan individu yang bersifat ingin tahu, cekal,
logik, rasional dan menggemari fakta. Antara contoh kerjaya yang boleh dikaitkan dengan
bidang investigatif ini ialah doctor, jurutera, ahli forensic, polis dan ahli farmasi.

Kerjaya sebagai ahli farmasi merupakan kerjaya pilihan saya. Kerjaya ini juga merupakan
cita-cita saya dan merupakan salah satu daripada minat yang saya sangat cenderung. Selain itu,
saya turut meminati pelajaran kimia yang berkait rapat dengan kerjaya sebagai seorang ahli
farmasi.

Kerjaya ini termasuk dalam salah satu kerjaya dalam bidang investigatif. Kerjaya ini
memerlukan seseorang yang bersifat ingin tahu, rasional, dan tekun. Memandangkan negara
kita juga masih kekurangan ahli-ahli farmasi sama ada dalam sektor kerajaan mahupun swasta.
Oleh itu, siswazah dalam bidang sains farmasi tidak menghadapi masalah dalam mendapatkan
pekerjaan memandangkan keperluan dan kepentingan yang mendesak.

Antara peluang pekerjaan yang terbuka kepada siswazah sains farmasi ialah sebagai ahli
farmasi, pegawai pendaftaran dan pemeriksaan ubat-ubatan di jabatan-jabatan kerajaan,
pegawai penyelidik di institusi penyelidikan perubatan dan penyakit. Mereka juga boleh bekerja
sebagai pengurus bahagian pengeluaran, kawalan mutu dan pemasaran di firma-firma
perusahaan farmasi, perunding dalam aspek ubatan-ubatan di sampingbekerja sendiri.

Kerjaya di bidang ini mampu menawarkan pendapatan yang lumayan sekitar


RM1,500hingga RM2,000 terutama di sektor swasta, di samping ganjaran lain yang menarik.
Kenapa saya memilih
program pengajian ini?
Saya memilih program pengajian ini kerana bidang ini sesuai dengan kehendak kerjaya
saya iaitu ahli farmasi. Di Malaysia kini, bidang farmaseutikal merupakan salah satu bidang
kritikal kerana negara tidak mempunyai tenaga pakar yang mencukupi untuk menampung
kehendak negara dalam bidang ini.

Kamus Webster mendefinisikan farmasi sebagai "seni atau praktis penyediaan,


pengawalan, pencampuran dan pendispensan ubat-ubatan". Definisi ini tidak tepat. Ia tidak
mengaitkan dengan misi profesion farmasi iaitu "memastikan ubat digunakan oleh pesakit
secara rasional dan ubat tersebut adalah selamat dan berkesan".

Melalui pendidkan asas di peringkat ijazah dan latihan pra-pendaftaran, pelajar-pelajar


akan memperolehi kefahaman berkaitan prinsip-prinsip serta teknik-teknik saintifik dalam
bidang farmaseutikal seperti kimia farmaseutik, fisiologi, farmakologi, teknologi farmaseutik
dan farmasi klinikal. Selain bidang-bidang ini, pelajar-pelajar farmasi juga didedahkan kepada
bidang farmasi sosial yang melibatkan statistik, kemahiran komunikasi, farmakoekonomi,
farmakoepidemiologi, farmakoinformatik, dan perundangan, etika dan polisi farmasi. Di
samping itu, pelajar-pelajar digalakkan mengambil kursus-kursus berkaitan dengan pengurusan
dan pemasaran. Pengetahuan dan kepakaran yang didapati di peringkat asas merangkumi
aspek-aspek yang berkaitan dengan mekanisme tindakan, penyediaan, distribusi, dan
penggunaan ubat-ubatan. Pengetahuan dan kepakaran yang ahli farmasi boleh dipertingkatkan
melalui program-program pendidikan berterusan dan melalui program-program sarjana atau
kedoktoran.

Kebiasaannya bidang ini mempunyai target sukatan yang bercirikan seperti dibawah :
 Fisiologi, iaitu cara badan berfungsi untuk asas memahami tindakan dan kegunaan ubat
yang diambil
 Kimia Farmaseutik, peranan prinsip-prinsip kimia bagi mengkaji ubat-ubatan, sifat-sifat
fizikokimianya dan perhubungan struktur dengan aktiviti biologi ubat, dan kaedah-
kaedah analisis bagi mengawal dan mengenalpasti mutu ubat.
 Teknologi Farmaseutik, belajar cara memfomulasi dan menyediakan ubat dalam bentuk
dos, rekabentuk dos baru, kaedah-kaedah perusahaan farmasi, pengawalan mutu,
pengawalan mikrobiologi, serta aspek-aspek biofarmasi dan farmakokinetik untuk
kegunaan pengguna.
 Farmasi sosial dan pentadbiran, belajar aspek-aspek farmasi sosial, pentadbiran,
pengurusan seperti ekonomi, tingkahlaku dan dasar ubat ubatan.
 Farmakologi, ia lebih melibatkan penggunaan ubatan dalam rawatan termasuk cara
penyerapan, taburan, metabolisme, ekskresi drug, mekanisme tindakan, kegunaan serta
kesan sampingan.
 Farmasi klinikal, belajar kaedah memilih ubat untuk merawat dan mencegah penyakit-
penyakit tertentu.

Kesimpulannya, pengajian sains farmasi ini juga salah satu bidang yang baik untuk pilih.
Sejajar dengan kemajuan dunia serta cara hidup yang rendah kualitinya membuatkan ramai
yang menghidapi penyakit walaupun penduduk yang semakin bertambah. Bidang sains farmasi
ini banyak ditawarkan di universiti awam dan juga segelintir di universiti swasta. Contoh di
peringkat ijazah ialah Ijazah Sarjana Muda Farmasi ( kepujian ). Kebiasaannya kursus ini tempoh
belajarnya adalah 4 tahun.
Laluan pembelajaran
selepas spm bagi
program ini
Terdapat pelbagai institut yang menawarkan program Diploma Farmasi dan juga Ijazah
Farmasi di seluruh Malaysia. Arahan yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Farmasi Malaysia ini
sangat penting untuk memastikan kualiti graduan yang mempunyai kelayakan ijazah farmasi ini
terpelihara dan mencapai standard yang sepatutnya.

Terdapat 31 (tiga puluh satu) kolej/ institusi termasuk dua (2) institusi kerajaan yang
telah mendapat kelulusan dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk menjalankan program
Diploma Farmasi. Dari jumlah tersebut hanya lapan (8) kolej/institusi yang telah mendapat
Akreditasi Penuh dari MQA. Berikut adalah kolej/institusi yang menawarkan Diploma Farmasi:

Berikut merupakan senarai university kerajaan dan swasta tempatan yang dibenarkan
menawarkan kursus farmasi:

IPT Program
Bil.
No.
Higher Learning Institution Programme

1. Universiti Sains Malaysia (USM) Sarjana Muda Farmasi (kepujian)*

2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Sarjana Muda Farmasi (kepujian)*

3. Universiti Malaya (UM) Sarjana Muda Farmasi (kepujian)*

4. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarjana Muda Farmasi (kepujian)*

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


5. Bachelor of Pharmacy (Hons)*
(UIAM)

6. UCSI University Bachelor of Pharmacy (Hons)*


IPT Program
Bil.
No.
Higher Learning Institution Programme

Master of Pharmacy (twining 2 ½ + 1 with


University Strathclyde, UK)

7. International Medical University (IMU) Master of Pharmacy (twining 2 + 2 with


University Strathclyde, UK)

Bachelor of Pharmacy (Hons)*

8. AIMST University Bachelor of Pharmacy (Hons)*

University Nottingham Malaysia Master in Pharmacy 2+2 similar programme


9.
Campus (UNMC) of University Nottingham, UK *

Cyberjaya University College of


10. Bachelor of Pharmacy (Hons)*
Medical Sciences (CUCMS)

Asia Metropolitan University (AMU) Bachelor of Pharmacy (Hons)

4+0 with University La Trope, Australia

(dahulu dikenali sebagai Masterskill


11. University College of Health
Sciences (MUCH)
Bachelor of Pharmacy (Hons)
(formerly known as Masterskill
University College of Health
Sciences (MUCH)

Management & Science University


12. Bachelor of Pharmacy (Hons)*
(MSU)

Master of Pharmacy 2+2 twinning with


University of Sunderland, UK
13. SEGI University College

Bachelor of Pharmacy (Honours)

Bachelor of Pharmacy (Hons) similar


14. Monash University Malaysia Campus
programme of Monash University, Australia
IPT Program
Bil.
No.
Higher Learning Institution Programme

15. MAHSA University Bachelor of Pharmacy (Hons)

Bachelor of Pharmacy (Hons)

16. Taylor’s University


Master of Pharmacy (2+2) in collaboration
with Cardiff University, UK

17. Lincoln University College Bachelor of Pharmacy (Hons)

Universiti Kuala Lumpur - Royal


18. College of Medicine Perak (UniKL- Bachelor of Pharmacy (Hons)
RCMP)

19. KPJ Healthcare University College Bachelor of Pharmacy (Hons)

Berikut pula adalah universiti yang terkenal yang menawarkan kursus farmasi di luar negara :
1) Russian State Medical University (RSMU), Russia
2) Univerity of Mansoura, Egypt
3) University Of Alenxandri, Egypt
4) University Of Cairo, Egypt
5) Universiti Gadjah Muda, Yogjakarta
6) Yale University, United State of America
7) Cardiff University, UK
8) Monash University, Australia
9) University of Sunderland, UK
10) University La Trope, Australia
11) University Nottingham, UK
12) University Strathclyde, UK
Terdapat pelbagai lagi university yang menawarkan kursus ini seperti di Amerika Syarikat, Mesir
Kanada, Australia, Jepun dan Britain.
Terdapat beberapa cara untuk inelanjutkan pengajian di bidang mi:

Cara pertama: Pelajar perlu mendapat kelulusan yang baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) aliran sains dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu, kimia, biologi,
fizik, matematik tambahan dan matematik. Kelulusan ini membolehkan pelajar mengikuti
pengajian di peringkat matrikulasi atau asasi sains selama satu setengah tahun. Selepas tainat
pengajian di peringkat ini, pelajar akan ditawarkan mengikuti pengajian farinasi di peringkat
ijazah pertaina untuk tempoh empat tahun.

Cara kedua: Pelajar akan terus ditawarkan ke peringkat ijazah sarjana muda. Pelajar perlu
meinperoleh sekurang¬kurangnya prinsipal dalam mata pelajaran biologi, kimia dan matematik
di peringat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya. Pemegang
Diploma Farmasi dan Kementerian Kesihatan, Diploma Sains atau diploma lain yang berkaitan
dan institusi pengajian tinggi tempatan boleh memohon untuk mengikuti program ini.

Cara ketiga: Terdapat universiti seperti UKM mengambil calon melalui saluran kedua. Calon-
calon yang memohon melalui cara ini perlu mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu
serta lulus mata pelajaran biologi, kimia dan matematik di peningkat SPM. Calon juga penlu
mempunyai permgalaman kerja sekurang-kurangnya lima tahun di bidang berkaitan. Misalnya
sebagai pembantu farmasi atau jurujual ubat di syarikat farmaseutikal.

Cara keempat: Di bawah Rancangan Persediaan Khas ke Jepun yang dikendalikan oleh Universiti
Malaya, calon perlu lulus SPM/SPMV dengan mendapat kepujian sekurang-kurangnya empat
mata pelajaran terdiri daripada mata pelajaran sains, matematik dan teknikal.

Jadual berikut menerangkan lagi syarat-syarat tersebut dengan lebih terperinci.


Kerjaya?
Tanggungjawab yang dipikul oleh ahli farmasi menjadi semakin penting dengan pembangunan
ubat-ubat baru hasil penyelidikan oleh para saintis. Tanggungjawab ini khusus berkaitan dengan
penggunaan drug secara rasional dan perlindungan masyarakat daripada kemudaratan ubat-
ubatan semasa menggunakannya.

Seorang ahli farmasi boleh bekerja sama ada di hospital, kedai farmasi komuniti, industri
farmaseutikal, unit penguatkuasaan farmasi, Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan,
Universiti atau Bahagian Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia (sila rujuk Jadual 1).
Matlamat utama ahli farmasi di dalam semua organisasi ini ialah memastikan terapi drug yang
optimum dan rasional melalui penglibatan mereka di dalam proses penyediaan, distribusi dan
pengawalan ubat-ubatan dan produk farmaseutikal yang lain serta membekalkan maklumat
kepada mereka yang mempreskripsi (contoh: doktor dan pembantu perubatan) dan
menggunakan (contoh: pesakit) produk farmaseutikal.

Farmasi Hospital :
Terdapat lebih kurang 300-350 ahli farmasi yang bertugas di hospital-hospital seluruh
negara. Farmasi hospital bertanggungjawab membekalkan dan mengurus semua aspek yang
berkaitan dengan penggunaan ubat bagi pesakit dalam wad dan juga pesakit luar (ambulatori).
Ini termasuklah perkhidmatan farmasi klinikal seperti pemonitoran ubat-ubatan terapeutik,
penyediaan nutrisi parenteral, kaunseling pesakit dan lain-lain. Misi Jabatan Perkhidmatan
Farmasi ialah untuk memastikan seluruh masyarakat memperolehi produk farmaseutikal dan
produk pemelihara kesihatan yang berkualiti, selamat dan berkesan termasuk nasihat
mengenai penggunaannya secara rasional. Pemberian terapi drug secara optimum kepada
semua pesakit dalam dan luar akan memastikan penjagaan kesihatan mereka adalah berkualiti
tinggi dan berkesan kos.
Perkhidmatan farmasi yang asas yang dipraktikkan sebelum ini melibatkan
perkhidmatan seperti farmasi bekalan wad, farmasi pesakit luar, perolehan dan iventori. Praktis
farmasi terutamanya di hospital-hospital kerajaan, telah dipertingkatkan dengan pemberian
perkhidmatan farmasi klinikal untuk memperbaiki terapi ubat dan pengurusan semua aspek
yang bersangkutan dengan terapi ubat terhadap pesakit. Justeru itu, ahli farmasi harus
membuat pengkhususan dalam bidang-bidang farmasi klinikal tertentu seperti yang tercatat
dalam Jadual 1. Praktis farmasi di hospital di masa hadapan akan terus berkembang dan adalah
dijangkakan ramai ahli farmasi akan memegang peranan sebagai ahli farmasi klinikal atau
menghabiskan sebahagian daripada masa mereka membekalkan perkhidmatan penjagaan
kesihatan pesakit secara langsung. Penyediaan dan distribusi ubat pula akan dikendalikan oleh
mesin berkomputer dan kerja-kerja teknikal akan dilakukan oleh pembantu farmasi.

Farmasi Komuniti :
Selain klinik, farmasi komuniti merupakan tempat yang paling mudah dikunjungi orang
ramai. Ahli farmasi komuniti membekal ubat-ubatan berpreskripsi dan tanpa preskripsi kepada
pesakit atau pelanggan. Aktiviti professional ahli farmasi komuniti juga melibatkan kaunseling
kepada pesakit semasa mendispenkan ubat- ubatan berpreskripsi dan tanpa preskripsi. Praktis
sistem perubatan di kebanyakan negara adalah berlainan dengan Malaysia. Di negara-negara
seperti Amerika Syarikat, Jerman, Indonesia dan India, proses mempreskripsi ubat dan
pendispensan ubat adalah berasingan. Pesakit akan berjumpa doktor di klinik untuk
mendapatkan diagnosis, nasihat serta preskripsi ubat, dan kemudian berjumpa ahli farmasi
komuniti untuk mendapatkan ubat yang berkenaan. Di Malaysia proses pengdiagnosan
penyakit, mempreskripsi dan pendispensan ubat dilakukan oleh doktor di klinik-klinik. Dalam
hal ini, ahli farmasi komuniti hanya menumpukan aktiviti perniagaan mereka kepada penjualan
ubat-ubatan tanpa preskripsi. Dalam pada itu, mereka juga menjual ubat-ubatan tradisional dan
alternatif, bahan-bahan kosmetik, bahan-bahan penjagaan bayi dan peralatan perubatan
(contoh: kerusi roda, termometer).
Aktiviti-aktiviti profesional ahli farmasi komuniti di Malaysia adalah terhad dan
berkurangan jika dibandingkan dengan praktis di negara-negara maju. Di negara-negara
membangun, aktiviti utama ahli farmasi komuniti adalah:
 memproses preskripsi
 perkhidmatan farmasi klinikal termasuk kaunseling
 pemonitoran pengunaan ubat
 penyediaan dan memformulasi ubat-ubatan (contoh: sediaan salap, krim)
 mempromosi kesihatan
 perkhidmatan lawatan farmasi (contoh: kaunseling) ke tempat tinggal (contoh: institusi
warga tua)
 praktis pertanian dan veterinar
Industri Farmaseutikal :
Industri farmaseutikal di Malaysia adalah terdiri daripada syarikat-syarikat tempatan
dan syarikat-syarikat multinasional. Industri farmaseutikal merupakan salah satu industri yang
paling banyak menghadapi persaingan perniagaan. Kemampuan untuk bersaing banyak
bergantung kepada pembangunan produk-produk baru. Di dalam proses pembangunan produk-
produk farmaseutikal, ahli farmasi dengan pengetahuan dan kemahirannya boleh memainkan
peranan yang sangat penting. Aktiviti-aktiviti utama ahli farmasi di industri farmaseutikal adalah
seperti berikut:
 penyelidikan dan pembangunan
 pengilangan dan jaminan mutu
 pendaftaran ubat dan permohonan
 kajian klinikal dan pengawasan ubat selepas pasaran
 penjualan dan pemasaran
 pengurusan dan pentadbiran

Akademia :
Ahli farmasi yang berkecimpung dalam bidang akademik akan melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti pengajaran, penyelidikan, perundingan dan penerbitan. Program farmasi di
peringkat ijazah, lepasan ijazah serta pendidikan berterusan memerlukan pensyarah-pensyarah
yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang farmaseutikal dan sentiasa memastikan
matlamat profesional dan vokasional pendidikan farmasi tidak diabaikan. Mereka juga harus
tahu kepentingan interaksi antara pendidikan dan penyelidikan dengan perkhidmatan farmasi.
Ahli-ahli farmasi boleh menjadi pensyarah dalam bidang-bidang seperti kimia
farmaseutik, fisiologi, farmakologi, teknologi farmaseutik, farmasi klinikal dan farmasi sosial.
Pensyarah-pensyarah dalam disiplin selain farmasi klinikal tidak terlibat secara langsung dengan
pesakit. Sebaliknya, bidang sains asas (contoh: kimia farmseutik, fisiologi, farmakologi,
teknologi farmaseutik) hanya mementingkan penyelidikan dalam makmal yang banyak
bergantung kepada alat-alat atau mesin-mesin yang canggih, kaedah analitis dan model haiwan.
Pensyarah- pensyarah farmasi klinikal mempunyai peranan yang penting terhadap penjagaan
pesakit dan perkhidmatan farmasi klinikal. Pensyarah-pensyarah farmasi sosial pula
menumpukan pengajaran serta penyelidikan dalam hal-hal yang berkaitan dengan sains
tingkahlaku, ekonomi, epidemilogi, polisi, pengurusan dan pemasaran. Penyelidikan farmasi
sosial selalu menggunakan kaedah kajian bukan eksperimental dan penganalisisan statistik
untuk menyelesaikan masalah yang kompleks.
Lain-lain :
Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai satu jabatan yang bertanggungjawab
terhadap perkara-perkara yang bersangkutan dengan farmasi. Pengarah Perkhidmatan Farmasi
Malaysia akan mengetuai jabatan ini. Ahli-ahli farmasi yang bertugas di bahagian farmasi ini
akan berperanan dalam menjaga soal-soal keprofesionalan farmasi (contoh: pendaftaran ahli
farmasi, tenaga manusia, latihan), melibatkan diri dalam membuat perundangan dan polisi
ubat-ubatan dan kesihatan. Mereka berkerjasama dengan ahli akademia serta persatuan
farmasi dalam hal-hal yang berkaitan dengan kurikulum program farmasi di universiti. Mereka
juga menjalankan program pendidikan berterusan bagi ahli-ahli farmasi.
Ahli-ahli farmasi di Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan mempunyai beberapa
bidang tugas yang berkaitan dengan produk farmaseutikal. Mereka menentukan keselamatan,
keberkesanan dan mutu ubat-ubat termasuk keselamatan dan mutu ubat -ubat tradisional. Di
antara aktiviti yang mereka jalankan ialah:
 menilai dan mendaftar ubat-ubat (racun, bukan racun, entiti kimia baru, tradisional) dan
kosmetik sebelum dibenarkan untuk pasaran
 surveilans
 farmakovigilans
 pelesanan (pengilang, pengimport dan pemborong ubat)
 memonitor serta merekod kesan mudarat ubat-ubatan lepas pasaran
 memeriksa kilang-kilang farmaseutikal (Amalan Pengilangan Baik dan komplians)
 perkhidmatan maklumat ubat dan penerbitan
 analisis ubat
Unit Penguatkuasaan Farmasi adalah satu badan yang sangat penting. Unit ini terdapat
di setiap negeri. Di antara aktiviti-aktiviti Unit Penguatkuasaan Farmasi adalah:
 membuat pemeriksaan mengejut ke atas mana-mana premis yang mempunyai lesen
racun
 mengambil bahagian di dalam serbuan ke atas premis-premis yang menjual racun secara
haram
 memeriksa dan menapis aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pengimportan ubat-
ubat/bahan kimia/kosmetik dan bahan-bahan herba
 melakukan pemeriksaan ke atas klinik-klinik dan hospital swasta agar mematuhi
kehendak undang-undang
 membuat pemeriksaan ke atas premis yang memohon lesen borong/import
 memeriksa perkara-perkara yang berkaitan denga pengimportan, penjualan dan;
 bertindak sebagai pegawai pendakwa di mahkamah
Perkembangan industri penghargaan kesihatan dan perubahan dari segi sosio- ekonomi,
teknologi dan politik negara yang mempengaruhi sektor kesihatan menjadikan organisasi
farmasi yang profesional amat penting. Sebuah persatuan farmasi yang dinamik dan progresif
akan memberi kesan yang positif kepada ahli- ahlinya dan profesion farmasi secara
keseluruhan. Di Malaysia, terdapat hanya satu persatuan yang mewakili semua ahli-ahli farmasi
yang dinamakan sebagai Persatuan Farmasi Malaysia. Ia juga mempunyai cawangannya di
setiap negeri. Di antara tugas-tugas yang dijalankan oleh ahli-ahli farmasi yang jawatan dalam
persatuan tersebut ialah pentadbiran dan pengurusan, penerbitan dan dokumentasi,
penglibatan dalam proses penggubalan undang-undang yang berkaitan dengan farmasi,
perhubungan awam dan program pendidikan berterusan bagi ahli- ahli farmasi.
Biasiswa dan pinjaman

Program Universiti Terkemuka


Di bawah program ini pelajar cemerlang akan dipilih untuk mengikuti program persediaan di
dalam negeri selama I hingga 2 tahun. Program persediaan ini dijalankan di kolej-kolej
persediaan yang berwibawa. Pelajar seterusnya akan ditempatkan di universiti terkemuka luar
negara dengan syarat:
 Lulus dengan cemerlang dalam program persediaan
 Diterima masuk oleh universiti terkemuka yang ditetapkan oleh JPA
 Lulus pemeriksaan kesihatan
Penajaan yang diberikan adalah dalam bentuk Biasiswa dan pelajar dikenakan ikatan kontrak
untuk berkhidmat dengan kerajaan. Negara yang menjadi pilihan ialah Amerika Syarikat dan
United Kingdom.

Program Penajaan Dalam Negara


Biasiswa :
Biasiswa adalah ditawarkan kepada pelajar cemerlang di IPTA dalam bidang-bidang seperti
Perubatan, Pergigian, Farmasi, Kejuruteraan, Sains dan Teknologi dan Sains Sosial. Biasiswa juga
ditawarkan kepada pelajar cemerlang di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.
Peringkat penajaan adalah Diploma, Diploma yang bertaraf Ijazah, Diploma Lanjutan dan Ijazah
Pertama. Pelajar tajaan yang telah menamatkan pengajian Ijazah Pertama dan mendapat
keputusan cemerlang boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan
PhD.
Pinjaman :
Kemudahan pinjaman yang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan
membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak
RM200,000.00. Lain-lain kos seperti kos sara hidup dan kos kerugian pertukaran wang asing
adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.Jenis Pinjaman
 Pinjaman Khas Perubatan
Pinjaman ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mengambil bidang perubatan,
pergigian dan farmasi di luar negara. Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan
pinjaman ini boleh dikecualikan daripada membayar balik pinjaman sekiranya pelajar
bersetuju mengikat kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama 10
tahun selepas menamatkan pengajian dengan jaya.
 Pinjaman Biasa
Pinjaman ini terbuka kepada pelajar-pelajar di dalam bidang-bidang lain yang diberi
keutamaan selain daripada perubatan, pergigian dan farmasi. Pelajar-pelajar yang
mendapat kemudahan pinjaman ini dikehendaki untuk membayar balik keseluruhan
jumlah pinjaman selepas menamatkan pengajian.

Biasiswa/Pinjaman Majlis Amanah Rakyat(MARA)


Bantuan kewangan dalam bentuk biasiswa/pinjaman pelajaran merupakan salah satu
daripada aktiviti MARA. Bantuan ini ditawarkan kepada pelajar bumiputera yang berkelayakan
dan berpotensi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi. Bahagian yang
bertanggungjawab melaksanakan aktiviti ini ialah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

Bidang-bidang pengajian yang diberi keutamaan adalah seperti berikut :


 Perubatan
 Pergigian
 Farmasi
 Kejuruteraan
 Sains dan Teknologi (tidak termasuk bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat)
 Senibina
 Perakaunan
 Kursus Profesional
 Bioteknologi
 Bidang-bidang lain (yang akan ditentukan dari semasa ke semasa)
 Kursus-kursus yang diikuti hendaklah kursus yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Lain-lain
Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pembiayaan
pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)
tempatan. Pembiayaan pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau
sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian mereka di
IPT. Sekaligus, membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk
melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi.
Kemudahan pembiayaan pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang
menyambung pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan
Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja. Ianya selaras dengan Seksyen 2, Akta Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) iaitu Institusi Pendidikan Tinggi yang ditubuhkan di
bawah:
 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;
 Akta Institut Teknologi MARA 1976;
 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Politeknik yang ditubuhkan dan
disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta Pendidikan 1996; dan
 mana-mana institusi pendidikan tinggi lain yang ditubuhkan atau disifatkan telah
ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996 dan yang ditentukan oleh Menteri sebagai
suatu institusi pendidikan tinggi.

Skop Pembiayaan Pendidikan


Skop pembiayaan pendidikan mengikut peringkat pengajian bagi IPTA/IPTS/Politeknik adalah
seperti berikut:

KATEGORI IPT YANG


PERINGKAT PENGAJIAN
DIBIAYAI
Diploma Sepenuh Masa IPTA, Politeknik dan IPTS
Diploma Separuh Masa IPTA, Politeknik dan IPTS*
Diploma PJJ IPTA
Diploma Lanjutan IPTA dan Politeknik
Ijazah Pertama Sepenuh Masa IPTA dan IPTS
Ijazah Pertama Separuh Masa IPTA dan IPTS*
Sarjana Sepenuh Masa/ Separuh Masa/PJJ IPTA
Doktor Falsafah Sepenuh Masa/Separuh Masa/PJJ IPTA
Kursus Profesional Sepenuh Masa/Separuh
IPTA
Masa/PJJ

Nota:

* Pembiayaan pendidikan hanya terhad kepada pelajar UNITEM, UNITAR, Wawasan Open
University dan Asia E University.
Pandangan?
Pada pendapat saya, bidang farmasi adalah satu bidang yang amat penting dan perkhidmatan
Farmasi menjadi tulang belakang kepada kesihatan manusia. Kerjaya farmasi menawarkan
pelbagai cabang yang tidak kurang menarik selain perkhidmatan di hospital kerajaan.

Pada masa ini juga, kebanyakan hospital swasta di Malaysia sekadar mempunyai 1 atau
2 orang Pegawai Farmasi yang mengurus semua urusan berkaitan Jabatan Farmasi. Kekosongan
besar ini mungkin menjadi satu peluang buat Pegawai Farmasi untuk berkhidmat di hospital
swasta. Sudah pasti cabarannya berbeza dengan berkhidmat di hospital kerajaan, tapi ia tetap
adalah satu pilihan yang baik.

Selain berkhidmat di hospital, ahli Farmasi juga boleh mencari peluang pekerjaan di
rangkaian Farmasi retail. Pada masa kini, permintaan terhadap ahli Farmasi berdaftar adalah
amat tinggi. Kepada yang tidak meminati Farmasi retail atas alasan-alasan tertentu, mereka
boleh mencabar diri mereka untuk mencari peluang pekerjaan di sektor industri iaitu di kilang-
kilang penghasilan ubat-ubatan.

Khabarnya juga, jumlah pendapatan yang diberikan untuk Pegawai Farmasi di sektor
industri adalah yang tertinggi berbanding di hospital ataupun Farmasi retail. Cuma pastilah,
beban kerja dan ekspektasinya lebih tinggi. Stress juga pasti lebih tinggi.

Namun, sekali lagi pada pendapat saya, bidang farmasi masih lagi adalah satu pilihan
kerjaya yang amat baik untuk diceburi. Apa yang penting bagi anda yang sedang mengikuti
kursus farmasi atau bercadang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Farmasi adalah, anda
perlu mempersiapkan diri anda dengan kemahiran soft-skill/modal-insan yang terkini untuk
membolehkan anda bersaing mendapatkan pekerjaan.

Secara peribadi, saya masih lagi berpendapat bidang farmasi adalah satu pilihan yang baik dan
bidang farmasi memerlukan lebih ramai ahli Farmasi berkualiti yang dapat mengembangkan
perkhidmatan Farmasi di Malaysia untuk sepanjang masa.

You might also like