You are on page 1of 1

GURU YANG PALING SAYA SAYANGI

Setiap insan mempunyai guru yang paling mereka sayang.


Begitu juga dengan saya. Guru yang saya paling sayangi ialah Puan
Norimah binti Mohd Talib. Beliau seorang yang berhati mulia, tegas
dan penyayang.
Puan Norimah merupakan guru matapelajaran Bahasa Melayu
di kelas saya. Saya sentiasa faham akan sesuatu topik yang diajar
beliau.
Beliau sentiasa memberi maklumat terkini untuk
menambahkan pengetahuan dan meningkatkan pemahaman saya
dalam subjek Bahasa Melayu. Beliau tidak akan marah jika kami
bertanya mengenai perkara yang tidak faham.
Saya menyukai cara Puan Norimah mengajar. Beliau sentiasa
membuat lawak jenaka, menyanyi dan bersyair.
Suara beliau
sangat merdu. Hubungan saya dengan beliau bagai isi dengan
kuku. Beliau bijak menarik minat kami dalam membuat latihan
Bahasa Melayu dengan memberi pengetahuan yang bernas.
Tidak hairanlah jika beliau pernah mendapat anugerah antara
guru yang paling cemerlang. Selain menjadi seorang guru yang
cekap, beliau juga sentiasa menasihati kami supaya belajar dengan
bersungguh-sungguh. Kami sentiasa mendengar nasihat beliau.
Beliau sentiasa berkata bahawa kami perlu cemerlang dalam
pelajaran di samping aktif dalam kokurikulum.
Saya berharap agar Puan Norimah sentiasa dilindungi Allah
dan dapat mendidik anak bangsa pada masa hadapan.

You might also like