You are on page 1of 15

GARIS PANDUAN PEGAWAI PENILAI (PP)

PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) 2011

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN


KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, MALAYSIA.
http://www.dsd.gov.my

KANDUNGAN

KANDUNGAN

SENARAI KEPENDEKAN

ii

SENARAI LAMPIRAN

ii

1.

TUJUAN

2.

LATAR BELAKANG

3.

TARIKH KUATKUASA

4.

TAFSIRAN

5.

PEGAWAI PENILAI PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU


(PP-PPT)

6.

PENILAIAN KETERAMPILAN

7.

PERSIJILAN

BAYARAN HONORORIUM

10

9.

PENUTUP

11

SENARAI KEPENDEKAN
SKM

Sijil Kemahiran Malaysia

DKM

Diploma Kemahiran Malaysia

DLKM

Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia

PPT

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu

SPKM

Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia

PP-PPT

Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu

PPL-PPT

Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu

SKPK

Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan

JPK

Jabatan Pembangunan Kemahiran

PC

Penyata Pencapaian

KPPK

Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran

SENARAI LAMPIRAN
Lampiran A

Panduan Pembangunan Portfolio

Lampiran B

Panduan Pembangunan Bahan Pengajaran & Pembelajaran


Bertulis (WIM)

Lampiran C

Panduan Pembangunan & Pembentangan Projek DKM/DLKM

JPK/PPT/1002A

Senarai Bukti-Bukti Keterampilan Calon PPT

JPK/PPT/1002B

Jadual Perbandingan Standard Dengan Bukti-Bukti Keterampilan


Calon PPT

JPK/PPT/1002

Laporan Aktiviti Dan Penilaian Bukti-Bukti Keterampilan Calon


Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

JPK/PPT/1003(P1) -

Permohonan SKM/DKM/DLKM
Pencapaian Terdahulu (PPT)

Melalui

Kaedah

Pengiktirafan

JPK/PPT/1005(P1) -

Tuntutan Bayaran Penilaian PPT

JPK/PPT/1009(P1) -

Laporan Penilaian Pembentangan Projek DKM/DLKM

JPK/PPT/1014(P1) -

Laporan Pra-Penilaian Teknik Mengajar Program VTO

JPK/PPT/1015(P1) -

Laporan Penilaian Teknik Mengajar Program VTO

ii

1.

TUJUAN

Garis Panduan ini bertujuan memberi penerangan kepada Pegawai Penilai Pengiktirafan
Pencapaian Terdahulu (PP-PPT) mengenai kriteria, peranan dan tanggungjawab serta
prosedur penilaian Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian
Terdahulu (PPT).

2.

LATAR BELAKANG

Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT telah dilancarkan pada 13
September 1996. Kaedah ini memberi peluang kepada pekerja mahir di negara ini untuk
mendapatkan pengiktirafan terhadap keterampilan serta pengalaman terdahulu yang
mereka miliki. Pekerja-pekerja mahir ini yang sememangnya mempunyai kemahiran dan
pengalaman tetapi tidak mempunyai sijil tertentu boleh mendapatkan pengiktirafan
melalui Persijilan Kemahiran Malaysia di mana mereka boleh dianugerahkan Sijil tanpa
perlu mengikuti latihan secara formal.
Pekerja-pekerja mahir ini hanya perlu
membuktikan keterampilan yang telah dimiliki atau diperolehi untuk dinilai dan disahkan
di samping syarat-syarat lain yang telah ditetapkan seperti yang dinyatakan di dalam
panduan ini.
Melalui PPT, PP-PPT adalah bertanggungjawab untuk menilai bukti keterampilan dengan
merujuk kepada Standard sebagai asas penilaian. Pelaksanaan penilaian yang berkesan
akan dapat memastikan pengiktirafan yang diberikan kepada pekerja industri yang
berpengalaman dapat diterima oleh stakeholders dan seterusnya dapat meningkatkan
ekonomi negara kepada masyarakat berpendapatan tinggi.

3.

TARIKH KUATKUASA

Garis panduan ini berkuatkuasa pada 1 Julai 2011.

4.

TAFSIRAN

Dalam panduan ini, tafsiran yang dimaksudkan adalah seperti berikut:


calon ertinya mana-mana individu yang mempunyai pengalaman kerja dan kemahiran
yang berdaftar dengan Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk mendapatkan
Sijil;
Jabatan ertinya Jabatan Pembangunan Kemahiran;
kaunseling ertinya suatu proses membimbing dan membantu calon bagi
mengenalpasti dan menyediakan bukti-bukti keterampilan berdasarkan pengalaman
terdahulu yang dimiliki oleh calon;

Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT) ertinya pakar


atau personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, ditauliah dan dilantik oleh
Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk menilai pengalaman dan pencapaian
terdahulu yang dimiliki oleh calon;
Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT)
ertinya pakar atau personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, ditauliah dan
dilantik oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk melaksanakan verifikasi
terhadap penilaian yang dilakukan oleh PP-PPT;
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ertinya satu kaedah untuk memberi
pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang
digariskan di dalam Standard berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu
yang dimiliki;
penilaian ertinya suatu proses menyemak, menilai dan menentusahkan bukti-bukti
keterampilan calon memenuhi keperluan Standard termasuklah sesi kaunseling, lawatan
tempat kerja, temuduga dan verifikasi;
program ertinya mana-mana satu tajuk pekerjaan untuk satu tahap yang ditetapkan
dalam daftar Standard;
projek ertinya suatu projek yang dibangunkan oleh calon bagi membuktikan
kekompetenan yang dimiliki kepada panel penilai semasa sesi penilaian dilaksanakan;
Sijil ertinya kelayakan kemahiran yang dianugerahkan kepada seseorang oleh Ketua
Pengarah iaitu SKM, DKM, DLKM atau PC;
Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia ertinya polisi, mekanisme Standard dan
tatacara yang terlibat dalam penganugerahan suatu Sijil oleh Ketua Pengarah
Pembangunan Kemahiran;
Standard ertinya Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang diwujudkan
di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652];
Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) ertinya satu dokumen yang
menggariskan keterampilan yang perlu dimiliki oleh seseorang pekerja dalam sesuatu
bidang pekerjaan serta laluan untuk mencapai keterampilan tersebut;
temuduga ertinya aktiviti penilaian yang dilaksanakan oleh panel penilai (PP-PPT &
PPL-PPT) terhadap calon yang dinilai melalui kaedah PPT; dan
verifikasi ertinya suatu proses menentusahkan penilaian yang telah dilaksanakan oleh
PP-PPT.

5.

PEGAWAI PENILAI PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PP-PPT)

5.1.

PP-PPT ertinya pakar industri atau pakar pengajar yang memenuhi kelayakan yang
ditetapkan, ditauliah dan dilantik oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran
untuk menilai pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon;

5.2.

Kriteria PP-PPT adalah seperti berikut, iaitu:

5.3.

a)

Telah diiktiraf sebagai Pakar Indusri atau Pakar Pengajar;

b)

Memiliki Sijil Kursus Induksi PP/PPD/PPB;

c)

Memiliki Sijil Kursus Induksi PP-PPT;

d)

Memiliki Sijil (SKM/DKM/DLKM) dalam bidang kemahiran berkaitan; dan

e)

Bagi bidang yang melibatkan agensi kawal selia dan penguatkuasaan, PP-PPT
mestilah memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh pihak JPK dan agensi
berkaitan.

Peranan dan tanggungjawab PP-PPT adalah seperti berikut, iaitu:


Terima dan Semak Tugasan
a)

Menyemak arahan penugasan yang diterima dengan meneliti nama/alamat/no.


telefon calon, program, tempoh penilaian dan maklumat-maklumat lain yang
berkaitan; dan

b)

Menghubungi calon bagi menentukan masa dan lokasi perjumpaan.

Pelaksanaan Sesi Kaunseling


a)

Membimbing calon dalam menyedia dan mengenalpasti bukti-bukti


keterampilan bagi pembangunan portfolio. Pembangunan portfolio hendaklah
merujuk kepada Panduan Pembangunan Portfolio seperti Lampiran 1;

b)

Membimbing calon dalam menyenaraikan bukti-bukti keterampilan yang


dimiliki dengan menggunakan borang Senarai Bukti-Bukti Keterampilan Calon
PPT (JPK/PPT/1002A); dan

c)

Membimbing calon semasa penyediaan Jadual Perbandingan Standard Dengan


Bukti-Bukti Keterampilan Calon PPT (JPK/PPT/1002B).

Pelaksanaan Penilaian
a)

Menyemak, menilai dan mengesahkan bukti-bukti keterampilan serta sesi


pembentangan untuk program DKM/DLKM/VTO/VTE/VTM dengan merujuk
kepada Standard;

b)

Mengesyorkan Sijil yang layak diterima oleh calon berdasarkan bukti


keterampilan yang dikemukakan;

c)

Menyediakan laporan & maklumbalas kepada JPK dan sentiasa mengikuti


perkembangan JPK melalui laman web jabatan;

d)

Mengemukakan permohonan bagi lawatan verifikasi PPL-PPT; dan

e)
5.2.

5.3.

Mengemukakan tuntutan perjalanan dan bayaran penilaian PP-PPT bagi setiap


permohonan yang dinilai.

PP-PPT adalah dilarang untuk melakukan perkara-perkara berikut, iaitu:


a)

Mengenakan atau menerima sebarang bentuk bayaran/hadiah untuk khidmat


kaunseling, atau apa-apa bayaran perkhidmatan daripada calon;

b)

Mengarahkan calon menggunakan mana-mana perunding bagi mendapatkan


tambahan bukti-bukti keterampilan bagi pembangunan portfolio;

c)

Memaksa calon mengikuti latihan


mendapatkan bukti-bukti tambahan;

d)

Membangun portfolio dan laporan projek untuk calon;

e)

Melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan imej Persijilan Kemahiran


Malaysia;

f)

Menyusahkan calon dengan tindak-tanduk yang sengaja diada-adakan;

g)

Menangguhkan proses penilaian tanpa sebab; dan

h)

Mengemukakan tuntutan palsu.

di

tempat

yang

ditetapkan

bagi

Tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada mana-mana PP-PPT yang gagal


mematuhi peraturan yang ditetapkan. Berikut adalah antara tindakan yang boleh
dikenakan, iaitu:
a)

Meminta penjelasan daripada PP-PPT secara bertulis;

b)

Menggantung pelantikan PP-PPT untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan; dan

c)

Menarik balik atau menamatkan lantikan PP-PPT.

6.

PENILAIAN KETERAMPILAN CALON

6.1.

Penilaian keterampilan calon dilaksanakan oleh PP-PPT dengan menyemak, menilai


dan mengesahkan bukti-bukti keterampilan yang dikemukakan oleh calon. PP-PPT
hendaklah melaksanakan penilaian terhadap portfolio yang dibangunkan oleh calon
dengan merujuk kepada Standard sebagai asas penilaian. Bagi permohonan
program VTO/VTE/VTM/DKM/DLKM, sesi pembentangan menjadi salah satu bukti
utama keterampilan yang perlu dinilai;

6.2.

PP-PPT dan calon hendaklah menentukan lokasi dan masa bagi pelaksanaan
penilaian keterampilan calon;

6.3.

Penilaian keterampilan calon boleh dilaksanakan di tempat kerja calon atau manamana tempat yang dipersetujui oleh calon dan PP-PPT;

5.1

Proses penilaian hendaklah dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan seperti di


Jadual 1 selepas penugasan PP-PPT dibuat;

Jadual 1 Tempoh Penilaian

6.4.

6.5.

6.6.

5.2

Tahap Persijilan

Tempoh Penilaian

Proses Penilaian

SKM Tahap 1 / 2 / 3

2 bulan

Portfolio

SKM Tahap 3 (VTO)

2 bulan

Portfolio + Pembentangan

DKM / VTE

5 bulan

Portfolio + Projek +
Pembentangan

DLKM / VTM

5 bulan

Portfolio + Projek +
Pembentangan

Penilaian terhadap keterampilan calon hendaklah dibuat melalui kombinasi pelbagai


kaedah penilaian seperti:
a)

Pemerhatian;

b)

Temuduga;

c)

Lawatan ke tempat kerja calon;

d)

Menyemak bukti bertulis seperti sijil kursus, lesen, buku log dan lain-lain;

e)

Menilai hasil kerja/projek/produk; dan

f)

Bukti-bukti lain yang sesuai dengan pengalaman yang dimiliki.

Bukti-bukti keterampilan calon yang dinilai hendaklah:


a)

Sahih bukti yang menunjukkan tugasan yang dibuat oleh calon dan
menepati keterampilan yang digariskan dalam Standard;

b)

boleh percaya bukti yang diperolehi adalah dari sumber yang boleh
dipercayai; dan

c)

mencukupi bukti keterampilan yang dikemukakan memenuhi keperluan


Standard.

Bukti keterampilan ini boleh diperolehi daripada sumber-sumber berikut, iaitu:


a)

Pengalaman di tempat kerja;

b)

Kursus-kursus dalam bidang berkaitan yang telah dihadiri;

c)

Pengalaman hidup seperti hobi dan kerja-kerja sukarela yang berkaitan; dan

d)

Pencapaian lain termasuk penyertaan dalam pertandingan kemahiran.

PP-PPT hendaklah melaksanakan penilaian terhadap bukti-bukti keterampilan yang


dikemukakan oleh calon. Jenis-jenis bukti yang boleh dikemukakan sebagai bukti
keterampilan adalah seperti di Jadual 2 dan Jadual 3;

Jadual 2 Bukti-Bukti Keterampilan Kategori Bukti Kukuh


Jenis-Jenis Bukti

Sumber Diperolehi /Syarat

A. BUKTI KUKUH
1. Sijil Kursus

Daripada agensi yang diiktiraf sama ada institut awam/swasta.

Disertakan dengan transkrip/ jadual waktu/isi kandungan kursus


dsbnya.

2. Senarai Tugas

Disahkan oleh pegawai atasan.

3. Lesen

Dikeluarkan oleh Badan Pelesenan Kerajaan.

4. Buku Log/Catatan

Rujuk kepada dokumen asal Buku Catatan/Buku Log.

Disahkan oleh pegawai atasan.

Laporan hasil lawatan di tempat kerja calon.

Laporan temuduga [Laporan Penilaian Bukti-Bukti Keterampilan

5. Perakuan PP-PPT

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)]


6. Testimonial

Daripada majikan, Pusat Bertauliah atau agensi awam/swasta


yang diiktiraf.

7. Anugerah

Daripada Pusat Bertauliah atau agensi awam/swasta yang diiktiraf.

8. ROC/ROB/ROS

Daripada agensi yang diiktiraf

Nota:
i.

Semua bukti keterampilan hendaklah disahkan oleh PP-PPT; dan

ii.

Bukti tidak terhad kepada senarai di atas sahaja, calon boleh mengemukakan bukti lain yang
boleh disahkan sahih dan boleh percaya.

Jadual 3 Bukti-Bukti Keterampilan Kategori Bukti Sederhana


Jenis-Jenis Bukti

Sumber Diperolehi /Syarat

B. BUKTI SEDERHANA -

memerlukan bukti tambahan, atau penyemakan melalui siasatan /


temuduga/lawatan ke tempat kerja calon

1. Hasil Kerja

Dihasilkan sebelum permohonan dikemukakan.

Disahkan secara bertulis oleh pelanggan/majikan/pihak ketiga.

Diambil sebelum permohonan dikemukakan.

Disahkan secara bertulis oleh majikan/rakan sekerja/pihak ketiga.

3. Surat Akuan
(Pelanggan)

Merupakan pelanggan tetap kepada calon tidak kurang dari 2


tahun.

4. Kertas Kerja

Telah diterima/diluluskan oleh majikan/pihak ketiga.

5. Laporan

Telah diterima/diluluskan oleh majikan/pihak ketiga.

6. Keratan Akhbar

Dokumen asal dan disahkan oleh majikan/pihak ketiga.

7. Artikel

Dokumen asal dan bertarikh serta disahkan oleh majikan/pihak


ketiga.

8. Bil/Resit/Inbois

Salinan bukti perlu disertakan bersama dokumen asal bagi tujuan


semakan PP-PPT

9. Sampel

Dilihat dan disahkan oleh PP-PPT.

10. Rekabentuk/

Salinan bukti perlu disertakan bersama dokumen asal bagi tujuan


semakan PP-PPT

2. Gambar

Blueprint

11. Video/CD

Salinan bukti perlu disertakan bersama dokumen asal bagi tujuan


semakan PP-PPT

12. Dokumen ISO

Salinan bukti perlu disertakan bersama dokumen asal bagi tujuan


semakan PP-PPT

13. Fail Meja

Salinan bukti perlu disertakan bersama dokumen asal bagi tujuan


semakan PP-PPT

Nota:
i.

Semua bukti keterampilan hendaklah disahkan oleh PP-PPT; dan

ii.

Bukti tidak terhad kepada senarai di atas sahaja, calon boleh mengemukakan bukti lain yang
boleh disahkan sahih dan boleh percaya.

6.7.

Sekiranya PP-PPT mendapati bukti tidak sahih atau tidak boleh percaya, PPPPT hendaklah menolak bukti tersebut manakala bagi mana-mana bukti yang
tidak mencukupi, PP-PPT hendaklah mencadangkan kepada calon untuk
mendapatkan bukti-bukti tambahan;

6.8.

PP-PPT hendaklah menyediakan laporan aktiviti dan penilaian bukti-bukti


keterampilan calon setelah semua proses penilaian selesai dilaksanakan dengan
melengkapkan Laporan Aktiviti Dan Penilaian Bukti-Bukti Keterampilan Calon PPT
(JPK/PPT/1002).
Laporan ini perlu mendapat pengesahan calon sebelum
dikemukakan kepada PPL-PPT semasa verifikasi dilaksanakan;

6.9.

Proses penilaian keterampilan calon adalah termasuk:


Sesi Kaunseling
a)

PP-PPT hendaklah menerangkan kepada calon kaedah dan prosedur


pembangunan portfolio, Standard yang digunakan, penyediaan bukti-bukti
keterampilan serta memaklumkan kepada calon berkaitan proses-proses yang
dilaksanakan sepanjang tempoh penilaian;

b)

PP-PPT hendaklah mengesahkan semua bukti keterampilan calon


menggunakan Senarai Bukti-Bukti Keterampilan Calon PPT (JPK/PPT/1002A);

c)

PP-PPT juga hendaklah membimbing calon semasa proses perbandingan di


antara Standard dengan bukti-bukti keterampilan yang dimiliki oleh calon
dengan menggunakan Jadual Perbandingan Standard Dengan Bukti-Bukti
Keterampilan Calon PPT (JPK/PPT/1002B); dan

d)

Proses kaunseling boleh dibuat berulang kali dalam tempoh yang telah
ditetapkan sehingga PP-PPT dan calon bersedia untuk membuat keputusan
tentang kelayakan Sijil.

Sesi Temuduga
a)

Sesi temuduga adalah satu proses penilaian yang dilakukan oleh PP-PPT untuk
mendapatkan maklumat daripada calon bagi memastikan setiap bukti
keterampilan dan pengalaman yang dimiliki memenuhi Standard. Semasa
temuduga dilaksanakan, PP-PPT hendaklah mengenalpasti mengenai:

tahap pengetahuan dan kemahiran memenuhi keperluan Standard;

kemampuan menerangkan setiap tugasan yang dilaksanakan;

b)

penampilan personaliti dan kemahiran berkomunikasi; dan

pematuhan amalan keselamatan di tempat kerja.

Proses temuduga boleh dilaksanakan sepanjang tempoh penilaian yang


ditetapkan sehingga PP-PPT dan calon bersedia untuk membuat keputusan
tentang kelayakan Sijil.

Lawatan Ke Tempat Kerja Calon


a)

Lawatan ke tempat kerja calon perlu dilakukan oleh PP-PPT bagi mengesahkan
setiap kerja/tugasan yang dilaksanakan sesuai dengan program yang dipohon
serta memenuhi keperluan Standard;

b)

Semasa lawatan, PP-PPT hendaklah mendapatkan maklumbalas:

c)

daripada pegawai atasan berkenaan prestasi calon;

tugas-tugas yang dilaksanakan (senarai tugas);

kemampuan calon melaksanakan tugas;

pematuhan amalan keselamatan semasa di tempat kerja;

kerja yang dilakukan sesuai dengan program yang dipohon;

kebolehan mengendalikan peralatan kerja;

kebolehan pengurusan sumber, komunikasi di tempat kerja, penggunaan


ICT, penyelesaian masalah serta pengurusan masa; dan

mendapat pengesahan dari pegawai atasan/penyelia calon.

Sekiranya lawatan ke tempat kerja calon tidak dapat dilaksanakan, PP-PPT


hendaklah memaklumkan kepada Jabatan bagi persetujuan.
PP-PPT
hendaklah memberi penekanan semasa sesi temuduga di mana setiap
pertanyaan yang dikemukakan hendaklah mencerminkan pengalaman dan
keterampilan calon. Surat Kebenaran Jabatan perlu disertakan bersama-sama
Laporan Aktiviti Dan Penilaian Bukti-Bukti Keterampilan Calon PPT
(JPK/PPT/1002).

Verifikasi Bersama Pegawai Pengesah Luaran (PPL-PPT)


a)

Setelah penilaian selesai dilaksanakan, PP-PPT hendaklah mengemukakan


kepada Jabatan permohonan sesi verifikasi PPL-PPT;

b)

PP-PPT hendaklah berbincang dengan PPL-PPT yang dilantik bagi menentukan


tempat, tarikh dan masa verifikasi;

c)

PP-PPT hendaklah hadir bersama-sama


dilaksanakan oleh PPL-PPT;

d)

PP-PPT mesti bertanggungjawab terhadap semua bukti yang dikemukakan


oleh calon; dan

d)

PP-PPT hendaklah memastikan calon mengemukakan dokumen berikut


semasa lawatan verifikasi PPL-PPT, iaitu:

calon

semasa

sesi

verifikasi

Portfolio yang mengandungi bukti-bukti keterampilan yang telah disemak,


dinilai dan disahkan oleh PP-PPT;

Senarai Bukti-Bukti Keterampilan Calon PPT (JPK/PPT/1002A);

Jadual Perbandingan Standard Dengan Bukti Keterampilan Calon PPT


(JPK/PPT/1002B);

Laporan Aktiviti Dan Penilaian Bukti-Bukti Keterampilan Pengiktirafan


Pencapaian Terdahulu (PPT) [JPK/PPT/1002]; dan

Borang Permohonan SKM/DKM/DLKM Melalui


Pencapaian Terdahulu (PPT) [JPK/PPT/1003(P1)].

Kaedah

Pengiktirafan

6.10. Bagi penilaian program Pegawai Latihan Vokasional (VTO), PP-PPT hendaklah
melaksanakan perkara-perkara tambahan berikut, iaitu:
a)

Membimbing calon membangunkan Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) yang


merangkumi Pelan Mengajar, Kertas Penerangan, Kertas Tugasan dan Kertas
Kerja dengan merujuk kepada Panduan Pembangunan Bahan Pembelajaran
(WIM) seperti Lampiran 2;

b)

Menyemak, menilai dan mengesahkan WIM yang dibangunkan oleh calon


serta menilai teknik mengajar (lesson practice) calon di tempat kerja sebenar
calon dengan melengkapkan Laporan Pra-Penilaian Teknik Mengajar Program
VTO [JPK/PPT/1014(P1)];

c)

Menghadiri sesi pembentangan teknik mengajar calon semasa sesi verifikasi


PPL-PPT dan melengkapkan Laporan Penilaian Teknik Mengajar Program VTO
[JPK/PPT/1015(P1)];

d)

Mengesyorkan jenis Sijil yang layak dianugerahkan kepada calon.

6.11. Bagi permohonan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan
Kemahiran Malaysia (DLKM), PP-PPT hendaklah melaksanakan perkara-perkara
tambahan berikut semasa sesi penilaian, iaitu:
a)

Membimbing calon dalam pembangunan projek dan penyediaan laporan


projek dengan merujuk Panduan Pembangunan & Pembentangan Projek
DKM/DLKM seperti Lampiran 3;

b)

Menyemak, menilai dan mengesahkan projek yang dibangunkan serta laporan


projek yang disediakan oleh calon;

c)

Memastikan projek yang dibangunkan serta laporan yang disediakan


memenuhi sekurang-kurangnya 80% daripada keperluan Standard;

d)

Menjadi panel penilai bersama-sama PPL-PPT semasa sesi pembentangan


dengan melengkapkan Laporan Penilaian Pembentangan Projek DKM/DLKM
[JPK/PPT/1009(P1)]; dan

e)

Mengesyorkan jenis Sijil yang layak dianugerahkan kepada calon.

7.

PERSIJILAN

7.1.

Sijil hanya akan dianugerahkan kepada calon yang mencapai tahap keterampilan
yang digariskan di dalam Standard serta syarat-syarat tambahan lain yang
ditetapkan;

7.2.

PP-PPT hendaklah mengesyorkan Sijil yang boleh dianugerahkan dengan


melengkapkan borang Permohonan SKM/DKM/DLKM Melalui Kaedah Pengiktirafan
Pencapaian Terdahulu (PPT) dan mengemukakan kepada PPL-PPT untuk disahkan
bagi tujuan pengeluaran Sijil;

7.3.

Bagi program SKM 1, 2 dan 3, PP-PPT boleh mengesyorkan Sijil (SKM 1, 2 & 3)
kepada calon yang terampil atau PC bagi mana-mana duti yang telah terampil
sahaja;

7.4.

Bagi program VTO/DKM/DLKM, PP-PPT boleh mengesyorkan Sijil (VTO/DKM/DLKM)


bagi calon-calon yang memenuhi syarat berikut, iaitu:
a)

Terampil semua Duti (portfolio);

b)

Terampil sesi pembentangan;

c)

Terampil penulisan laporan projek bagi program DKM/DLKM; atau

d)

Terampil pembangunan WIM (3 set teori dan 3 set praktikal termasuk Pelan
Mengajar) bagi program VTO; dan

e)

Bagi calon yang gagal mana-mana syarat di atas atau tidak hadir sesi
pembentangan, PP-PPT hendaklah mengesyorkan calon gagal.

7.5.

Bagi calon yang gagal, PP-PPT boleh mencadangkan untuk calon memohon semula
dengan mengemukakan bayaran pendaftaran yang baharu;

7.6.

Sebarang perubahan dan pindaan bagi garis panduan ini adalah tertakluk kepada
Jabatan dari semasa semasa.

8.

BAYARAN HONORORIUM

8.1.

PP-PPT adalah layak mengemukakan tuntutan perjalanan dan bayaran penilaian


PP-PPT bagi setiap penilaian yang dilaksanakan dengan merujuk kepada Pekeliling
dan Peraturan Perbendaharaan semasa yang berkuatkuasa;

8.2.

PP-PPT hanya boleh membuat tuntutan perjalanan termasuk makan, minum dan
penginapan bagi:

8.3.

a)

Satu sesi lawatan ke tempat kerja calon; dan

b)

Satu sesi verifikasi bersama PPL-PPT.

PP-PPT hendaklah
mengemukakan
mengemukakan tuntutan, iaitu:

dokumen-dokumen

berikut

semasa

a)

Borang Tuntutan Perjalanan Dalam Negara (TNT) dengan disertakan resit asal
bagi setiap perbelanjaan yang dibuat; dan

b)

Borang Tuntutan Bayaran Penilaian PPT [JPK/PPT/1005(P1)] beserta surat


penugasan dan Laporan Aktiviti dan Penilaian Bukti-Bukti Keterampilan Calon
PPT (JPK/PPT/1002].

10

8.4.

Setiap tuntutan hendaklah dibuat selepas verifikasi selesai dilaksanakan. PP-PPT


hendaklah memastikan setiap tuntutan telah diterima oleh Jabatan selewatlewatnya pada 5hb bulan berikutnya. Bagi mana-mana tuntutan yang diterima
selepas 5hb tidak akan diproses.

9.

PENUTUP

Dengan adanya garis panduan ini, PP-PPT akan lebih memahami prosedur Persijilan
Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT dan seterusnya pengiktirafan yang sewajarnya
dapat diberikan kepada pekerja mahir Negara yang sememangnya banyak menyumbang
kepada pembangunan ekonomi Negara.

Disediakan oleh:
Unit Pengiktirafan Permohonan Terdahulu (PPT)
Cawangan Perakuan Kemahiran
Bahagian MOSQ

11

PROSES KERJA PP-PPT

Mula

Terima Penugasan Penilaian Daripada JPK

Semak Penugasan Penilaian

Buat Persediaan Sebelum Penilaian

Laksana Sesi Kaunseling & Penilaian

Sedia Laporan Penilaian

Kemuka Permohonan Lawatan PPL-PPT

Hadir Lawatan Verifikasi PPL-PPT

Kemuka Tuntutan Perjalanan & Bayaran Elaun


Penilaian PP-PPT
Tamat

12

You might also like