You are on page 1of 1

PERATURAN SEMASA PENGAMBILAN JUBAH DAN MORTAR BOARD

1. Jubah dan mortar board diambil selepas raptai di Bilik Jubah Aras 2 Bangunan HEP.
Graduan perlu naik mengikut tangga utama(berhampiran dgn klinik PPD) dan turun
mengikut tangga berhampiran mesin ATM. Sila patuhi jadual pengambilan jubah yang
telah ditetapkan.

2. Graduan perlu serahkan Slip Pendaftaran Konvokesyen (e-konvo), Slip Pengesahan


Kajian Pengesanan Graduan dan Slip Exit Survey (DKA, DKM, DEP, DET, DTK dan DEG)
kepada AJK bertugas untuk mengambil jubah. Tanpa slip ini, graduan tidak dibenarkan
untuk mengambil jubah.

3. Graduan yang tidak mempunyai Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan, perlu ke
Makmal e-Com di Blok A atau Makmal DSK di Blok B dan berurusan dengan AJK
Pengesanan Graduan.

4. Pengambilan jubah boleh diwakilkan dengan syarat, wakil membawa bersama surat
kuasa yang ditandatangani oleh graduan dan menyatakan dengan jelas nama penuh dan
no MyKad wakil serta nama penuh, nombor MyKad dan nombor pendaftaran graduan.
Sila lampirkan satu salinan MyKad graduan. Dokumen yang tidak lengkap tidak akan
dilayan.

PERATURAN SEMASA PEMULANGAN JUBAH DAN MORTABOARD


1. Pemulangan jubah dan mortar board diadakan di ruang legar Mesin ATM Bangunan HEP
Bangunan HEP. Mohon semua graduan patuhi jadual pemulangan yang telah
ditetapkan.

2. Pastikan jubah dan mortar board dalam keadaan baik. Sebarang kerosakan kekal pada
jubah seperti koyak atau kesan terbakar akan dikenakan bayaran RM200. Kehilangan
dan kerosakan kekal pada mortar board akan dikenakan bayaran RM50.

3. Semasa pemulangan jubah dan mortar board, pastikan Slip Kajian Pengesanan Graduat
telah dicop oleh AJK Jubah. Slip ini perlu ditunjukkan kepada petugas Alumni untuk
pengambilan cenderahati alumni dan petugas Unit Peperiksaan untuk pengambilan
skrol/transkrip diploma.

4. Sekiranya graduan ingin memulangkan jubah lewat (tempoh dibenarkan seminggu


sahaja), perlu membayar deposit RM100.00. Pemulangan jubah perlu dihantar terus ke
koperasi PPD untuk mendapatkan semula deposit.

5. Denda tambahan RM10/hari dikenakan sekiranya graduan lewat memulangkan jubah


bermula tempoh seminggu yang dibenarkan.

You might also like