You are on page 1of 5

TERMA DAN SYARAT

MUSABAQAH CILIK TaHA


LEMBAGA TABUNG HAJI NEGERI
SARAWAK
1. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
i. Penyertaan adalah dibuka kepada semua murid Islam sekolah-sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia yang berumur 7 hingga 12 tahun.
ii. Mempunyai akaun kanak-kanak TH dan ahli Kelab TaHa
iii. Pertandingan akan dibuat melalui rakaman video.
iv. Peserta dikehendaki memilih salah satu permulaan ayat daripada soalan mengikut kategori
seperti lampiran.
v. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja kepada urus setia di
TH Negeri Sarawak.

2. PESERTA
i. Penyertaan dibuka kepada ahli Kelab TaHa Cilik yang berminat dengan mengisi Borang
Google Form sebelum 23 SEPTEMBER 2022
ii. Setiap peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian menggunakan
aplikasi google form yang disediakan oleh urus setia yang mengandungi maklumat berikut :
i. Nama Penuh
ii. Nombor Kad Pengenalan
iii. Jantina
iv. Nama Sekolah
v. Nama Daerah
vi. Nama Bahagian
vii. Emel untuk dihubungi
viii. Nombor telefon untuk dihubungi
ix. No Akaun Tabung Haji
x. Sisipan Video (attachment)

3. RAKAMAN VIDEO
i. Semua rakaman penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal / media sosial /
blog sebelum keputusan diumumkan secara rasmi oleh pihak TH Negeri Sarawak selaku
penganjur.
ii. Semua rakaman penyertaan yang diterima oleh pihak penganjur akan menjadi hak milik
Lembaga Tabung Haji. Pihak penganjur berhak menggunakan rakaman video tersebut dalam
apa jua bentuk dan tujuan.
iii. Rakaman Video persembahan bacaan al-quran perlu memenuhi kriteria berikut :
a. Rakaman melintang (landscap)
b. Rakaman berkualiti tinggi
c. Durasi rakaman tidak melebihi 8 minit
d. Suara Rakaman hendaklah asli tanpa unsur tambahan seperti gema (echo), lantunan (reverb)
dan seumpamanya.
e. Suntingan (editing) audio dan video tidak dibenarkan
f. Suntingan latar belakang layar hijau (Green Screen) tidak dibenarkan.
g. Rakaman tidak boleh mengandungi pengenalan diri, sekolah, daerah atau negeri
iv. Kriteria di atas adalah bagi mengekalkan keaslian persembahan murid.
v. Penggunaan mikrofon sangat digalakkan bagi mendapatkan kualiti suara terbaik.
vi. Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna dan sopan. Peserta lelaki perlu
berbaju kebangsaan yang lengkap, bersamping dan bersongkok hitam. Peserta perempuan
perlu berbaju kurung, bertudung yang sempurna dan sopan.
vii. Pihak Lembaga Tabung Haji Negeri Sarawak selaku penganjur berhak menolak atau
membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat
pertandingan.

4. PENILAIAN JURI
i. Akan diadili oleh juri hakim yang berkelayakan.
ii. Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian dalam aspek berikut :
BIL PERKARA MARKAH
a. Tajwid 40 markah
b. Tarannum 25 markah
c. Fasahah 20 markah
d. Suara 15 markah

iii. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau bantahan tidak akan
dipertimbangkan.
iv. Pemenang akan dimaklumkan melalui emel dan panggilan telefon oleh urusetia dan dipilih
mewakili Negeri Sarawak ke Musabaqah Cilik TaHa peringkat kebangsaan.
v. Hadiah akan disampaikan kepada pemenang pada tarikh yang akan ditetapkan oleh pihak
Penganjur kelak.
5. PILIHAN AYAT

5.1 Bacaan Peserta Lelaki

5.2 Bacaan Peserta Perempuan


6 HADIAH DAN CENDERAHATI
Setiap pemenang akan menerima hadiah seperti berikut :
6.1 Tempat Pertama : RM300 x 2 kategori
6.2 Tempat Kedua : RM200 x 2 kategori
6.3 Tempat Ketiga : RM100 x 2 kategori
6.4 Cenderahati : Tabung Wang TH dan Sijil kepada semua peserta

You might also like