You are on page 1of 6

“CYBERHUNT”

KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN


DENGAN KERJASAMA
MALAYSIAN INSTITUTE OF CERTIFIED
PUBLIC ACCOUNTANT (MICPA)

KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN


BAHAGIAN MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KANDUNGAN

A. LATAR BELAKANG

B. OBJEKTIF

C. PENGENALAN KEPADA MICPA

D. KUMPULAN SASARAN

E. MAKLUMAT PERTANDINGAN

F. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

G. HADIAH

H. BORANG PENYERTAAN (PA1)


A. LATAR BELAKANG

Pertandingan Cyberhunt diadakan dengan kerjasama Malaysian Institute of Certified


Public Accountants (MICPA). Pertandingan ini diadakan secara santai di mana ia
melibatkan aktiviti menyelesaikan masalah secara berkumpulan, perbincangan dan
membuat keputusan di dalam kumpulan serta melahirkan persaingan sihat di antara
kumpulan dan memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain.

B. OBJEKTIF

• Mendedahkan pelajar pemikiran di luar kotak.


• Melatih pelajar agar lebih positif dan mempunyai keyakinan diri.
• Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
• Merapatkan hubungan antara pelajar-pelajar matrikulasi seluruh Malaysia.
• Mewujudkan kerjasama antara kolej matrikulasi dengan pihak MICPA.

C. PENGENALAN KEPADA MICPA

Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) telah membangunkan


profesion perakaunan di Malaysia selama lebih enam dekad dengan menyediakan
peluang kepada graduan perakaunan untuk menjadi Akauntan Awam Bertauliah (CPA).
Sejak penubuhannya pada tahun 1958, MICPA telah memainkan peranan penting dalam
penetapan piawaian perakaunan dan nasihat teknikal untuk badan kawal selia Malaysia
yang bertanggungjawab untuk mengukir landskap perniagaan dan kewangan negara ini.

D. KUMPULAN SASARAN

● Pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia


● Jurusan Perakaunan

E. MAKLUMAT PERTANDINGAN

i. Pertandingan Cyberhunt ini dilaksanakan secara atas talian ( Zoom) dan dibuka
kepada pelajar Kolej Matrikulasi KPM Jurusan Perakaunan di seluruh Malaysia.
ii. Pertandingan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak MICPA. Maklumat
pertandingan boleh rujuk “ GUIDELINES BOOKLET”
https://drive.google.com/file/d/1wltQptnXkPVq7qBKtWJoX-
SAIVcm1YkL/view?usp=sharing
iii. Garis masa pertandingan:
TARIKH AKTIVITI
28 Januari 2022 ( Jumaat) Hebahan pertandingan
28 Januari 2022 (Jumaat) – Pendaftaran pertandingan
18 Februari 2022 (Jumaat)
25 Februari 2022 (Jumaat) Pertandingan secara atas talian (aplikasi Zoom)
3:00 – 5:30 petang (Jumaat)
26 Februari 2022 (Sabtu) Pengumuman pemenang

iv. Borang penyertaan boleh dimuat turun di


https://forms.gle/FqpniT4Mt9uWPAny9

F. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

i. Peserta mestilah merupakan pelajar matrikulasi KPM.


ii. Penyertaan dikemukakan secara berkumpulan (4 orang).
iii. Setiap kolej menghantar 4 penyertaan .
iv. Peserta mestilah mempunyai jaringan internet yang kuat, komputer riba, tablet
atau telefon pintar untuk menyertai pertandingan ini. Pautan kepada soalan akan
diberikan pada hari pertandingan
v. Semua keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan sebarang
perbincangan atau surat menyurat tidak akan dilayan.

G. HADIAH

Wang tunai dan sijil disediakan

Borang PA1 – *Diisi oleh pensyarah/peserta


BORANG PENDAFTARAN PERTANDINGAN CYBERHUNT

1.0 MAKLUMAT PESERTA

1.1 Butiran Kolej (Nama Kolej, Nombor Telefon dan Faks)

1.2 Nama Kumpulan:

1.3 Nama Pensyarah Pembimbing No Kad Pengenalan

1.4 Nama Pelajar No Kad Pengenalan


1.
2.
3.
4.

2.0 PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa segala butiran di atas adalah benar dan bersetuju
dengan peraturan serta syarat pertandingan yang ditetapkan oleh pihak
urus setia PERTANDINGAN CYBERHUNT.

Nama Penuh

Jawatan

Tarikh
*Tandatangan & Cop Kolej

*Pengakuan perlu diisi oleh Pengarah

Nota:
Sila muat turun borang ini dan lengkapkan.
Muatnaik borang yang telah lengkap di pautan penghantaran borang pendaftaran.

You might also like