You are on page 1of 6

LAPORAN AKTIVITI

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

KATEGORI NAMA AKTIVITI PERINGKAT PENCAPAIAN

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN


MAJLIS
PELAJAR JABATAN TEKNOLOGI TELAH BERJAYA
ANUGERAH JABATAN
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DILAKSANAKAN
PELAJAR
SESI 2 2022/2023

1
BUTIRAN AKTIVITI

Nama Aktiviti : Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar JabatanT maklumat dan


Komunikasi Sesi 2 2022/2023

Tarikh : 26 Mei 2023

Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Jubli Perak, PUO

Peserta : Pelajar ( 150 orang)


Pensyarah ( 57 orang)

Penceramah : tiada

1. PENGENALAN AKTIVITI

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi


diadakan bagi memberi pengiktirafan terhadap kecemerlangan dan komitmen pelajar
kepada jabatan sepanjang sesi pengajian di politeknik.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar yang diadakan pada setiap semester


merupakan satu medium bagi JTMK meraikan pelajar yang menunjukkan potensi dan
kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan diri. Dengan adanya pengiktirafan
seperti ini akan menjadi pemangkin kepada pelajar untuk mencontohi atau mengulangi
kejayaan yang sama atau lebih baik pada semester yang berikutnya. Pelajar akan lebih
bermotivasi untuk tekun belajar dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti jabatan
dan juga politeknik. Ini secara tidak langsung menggalakkan persaingan yang positif di
kalangan pelajar.

Sehubungan dengan itu, perlaksanaan program ini dilihat amat berjaya dalam
meraikan kejayaan dan kecemerlangan pelajar JTMK dan secara tidak langsung
menjadi perangsang kepada pelajar supaya berusaha bersungguh-sungguh agar terus
cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.

2
2. OBJEKTIF

Tujuan majlis ini diadakan adalah seperti berikut:

a. Memberi penghargaan kepada ahli-ahli kelab serta wakil-wakil kelas jabatan


yang telah memberi sumbangan dan komitmen yang tinggi dalam
melaksanakan tanggungjawab mereka.
b. Memberi penghargaan kepada pelajar yang telah menunjukkan
kesungguhan dan komitmen yang tinggi dalam memberi sumbangan
kepada jabatan dan politeknik dengan menyertai pertandingan-
pertandingan sama ada di peringkat politeknik dan juga kebangsaan.
c. Untuk meraikan pelajar JTMK; secara tak langsung mengeratkan silaturahim
antara warga JTMK.

3. KEBERKESANAN AKTIVITI

Seramai 150 orang pelajar telah dianugerahkan sijil dan plague sebagai tanda
penghargaan jabatan terhadap kecemerlangan, sumbangan dan komitmen pelajar
kepada jabatan sepanjang sesi pengajian iaitu bagi Sesi II 2022/2023. Berikut adalah
senarai penyampaian sijil kepada pelajar.

i. Sijil AJK Kelab JTMK Sesi II 2022/2023


ii. Sijil Ketua & Penolong Wakil Kelas
iii. Sijil & Plugue Kecemerlangan Akademik Sesi I 2022/2023

3
4. GAMBAR AKTIVITI

i. Penyampaian Sijil AJK Kelab JTMK Sesi II 2022/2023 disampaikan oleh Ketua
Program DDT Network Security.

ii. Penyampaian Sijil Ketua & Penolong Wakil Kelas disampaikan oleh Ketua
Bahagian Pengurusan Hal Ehwal Pelajar JTMK.

iii. Penyampaian Sijil dan Plugue Anugerah Kecemerlangan Akademik disampaikan


oleh Ketua Bahagian Pengurusan Hal Ehwal Pelajar JTMK.

4
iv. Ketua Jabatan JTMK bersama Penerima Anugerah Kecemerlangan Pelajar JTMK
Sesi 1 2022/2023

You might also like