You are on page 1of 1

Muhsin Bin Zakaria

Pelajar Tingkatan 6,

Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak,

Guar Chempedak,

08800,Kedah.

Yang Dipertua,

Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan,

07000,Langkawi kedah. 27 June 2021

Tuan,

Memohon Kebenaran Mendapatkan Maklumat Berkaitan Pelan Pembangunan Pulau Langkawi.

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan,pelajar – pelajar tingkatan 6 semester 2 perlu melaksanakan kajian kerja
Kursus bagi matapelajaran sejarah.Sehubungan dengan itu,saya memilih untuk melakukan kajian
mengenai Sejarah Pembangunan Langkawi dari tahun 1980 sehingga tahun 2010.

3. Kajian ini mempunyai matlamat seperti berikut,

i. Memenuhi komponen pentaksiran yang mempunyai wajaran 20% dalam permakahan


peperiksaan akhir.

ii. Memberikan pendedahan kepada umum mengenai sejarah pembangunan Langkawi.

iii. Memperlihatkan tahap kepenggunaan tanah bagi tujuan pembinaan infrastruktur di Langkawi .

4. Saya juga ingin memohon kebenaran untuk mendapatkan maklumat ini secara temu ramah kepada
pihak berkaitan. Oleh kerana sekarang ini negara masih berdepan wabak covid-19 dan sekatan
pergerakan,saya bercadang untuk melaksanakan kajian ini selepas sekatan pergerakan dilonggarkan.

5. Saya amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan kebenaran kepada saya untuk
mendapatkan maklumat berkaitan kajian saya ini dan kebenaran untuk mengadakan temu ramah secara
bersemuka di bangunan Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan.

6. pertimbangan daripada pihak tuan amat saya harapkan dan hargai.

Sekian,terima kasih.

Muhsin Bin Zakaria

Pelajar Tingkatan 6 SMK Guar Chempedak.

You might also like