You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUHIBBAH

BATU 4, JALAN CECILY UTARA,


90000 SANDAKAN, SABAH.
TEL : 089214491 FAKS : 089210488 WEBSITE : http://www.smkmuhibbah.edu.my
______________________________________________________________________
Ruj. Kami : SMKM/100/05/5 ( )
Tarikh : 2 Julai 2019
Kepada

Pegawai,
Jabatan Pengangkutan Jalan,
Cawangan Kota kinabalu,
Sabah

Tuan

MEMAKLUMKAN KEBENARAN MENGGUNAKAN BAS PUSAR KO KURIKULUM FLAT WTG 4476 PADA
16 –19 JULAI 2019 UNTUK LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2019 PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SMK
MUHIBBAH,SANDAKAN

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk:

02. Bagi makluman pihak tuan, pelajar pendidikan khas SMK Muhibbah,Sandakan akan mengadakan lawatan
sambil belajar ke SMK Kolombong, Inanam Kota Kinabalu dan negara Brunei Darussalam pada 15-19 Julai
2019.Rombongan terdiri daripada 10 orang guru dan 30 orang pelajar. Tujuan lawatan ini adalah seperti berikut:-

2.1 Melihat dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan keadah pengajaran dan pembelajaran yang
dipraktikkan dibrunei yang dapat dimanfaatkan di SMK Muhibbah.

2.2 Bertukar pandangan dan mengadakan perkongsian maklumat dalam aspek pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Khas. Aspek yang akan diberi tumpuan ialah cara pengajaran dan
pembelajaran murid bermasalah pembelajaran

03.. Sehubungan dengan itu, kami ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa jabatan pendidikan negeri
sabah dan pusat ko-kurikulum telah memberikan kebenaran kepada SMK Muhibbah untuk bergerak daripada:-

 Kota Kinabalu ke SK Pendidikan Khas ke Negara Brunei Darussalam (Ulang -alik) -16 Julai
2019 – 19 Julai 201

04. Bagi makluman pihak tuan,bersama-sama surat ini kami lampirkan surat kelulusan lawatan daripada
Jabatan Pelajaran Sabah,kelulusan penggunaan bas dari Pusat Ko-kurikulum, lesen pemandu, dan kad bas. (Tiada
lesen PSV kerana bas yang digunakan adalah bas jabatan Pendidikan dan bas tidak mempunyai permit.

05. Kerjasama serta keprihatinan yang pihak tuan berikan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

You might also like