You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BAU,

TAMAN MUTIARA,
D/A : PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BAU,
94000 BAU, KUCHING
Tel: 082-763243

Ruj. Kami :
Tarikh : 26 FEBRUARI 2019

Kepada:
Ibu bapa / Penjaga
Calon Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR)

Tuan / Puan,

PERSETUJUAN MENDUDUKI PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR)


TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan akan melaksanakan Pentaksiran Alternatif


Sekolah Rendah (PASR) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI) dan MBK yang menduduki inklusif separa yang berada pada tahun akhir
persekolahan rendah.

3. Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan/puan adalah layak untuk menduduki PASR pada
tahun ini. Dengan itu, kami memohon kerjasama daripada pihak tuan/puan untuk melengkapkan
Lampiran 1 yang disertakan sebagai tanda tuan/puan bersetuju atau tidak dengan pencalonan ini.
Sila kembalikan Lampiran yang telah lengkap diisi kepada Encik Mohd Faiz Bin Ramli, Guru
Penyelaras PASR selewat-lewatnya pada atau sebelum 6 Mac 2019 (Rabu) untuk memudahkan
pihak kami membuat pendaftaran calon.

4. Sebarang maklumat lanjut dan masalah berkaitan bolehlah berhubung terus dengan Encik
Mohd Faiz di talian 013-9395651. Segala keprihatinan dan kerjasama yang diberikan oleh tuan/puan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA“

Saya yang menjalankan amanah,

_____________________________
ABDUL KADIR BIN HAJI MADELI
GURU BESAR,
SK BAU.

s.k: 1. Fail sekolah


2. Fail PASR

HB/mf/Persetujuan PASR 2019

You might also like