You are on page 1of 1

CHONG WAI LING

Taman Sitiawan Maju,


32000 Sitiawan,
Perak

Pengetua,
SMK METHODIST A.C.S,
32000 Sitiawan,
Perak Darul Ridzuan
14 Jun 2022

Tuan Pengetua,
PERMOHONAN PENAMBAHAN SUBJEK PENDIDIKAN SENI VISUAL (SPM) BAGI TAHUN 2022

Sehubungan dengan perkara di atas, saya Chong Wai Ling dari kelas 5 Ruby ingin memohon
kebenaran daripada pihak tuan untuk membenarkan saya mengambil subjek tambahan iaitu
Pendidikan Seni Visual (SPM) bagi tahun 2022.
1. Untuk pengetahuan Tuan, tujuan saya mengambil subjek tambahan ini adalah
kerana minat yang mendalam tentang subjek ini dan ingin melanjutkan pelajaran dalam
bidang seni ini.
2. Selain itu, saya akan membahagikan masa dengan bijak supaya pelajaran saya tidak
terganggu dan berusaha untuk mencapai tahap A dalam SPM.
3. Saya juga akan melaksanakan tugasan folio dengan bimbingan guru Pendidikan Seni
Visual, iaitu Puan Norizan dan akan menjalankan kerja kursus mengikut tarikh serta
spesifikasi yang telah ditetapkan.
Diharap Tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan permohonan ini. Keprihatinan
pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian terima kasih,


Yang Benar,

(CHONG WAI LING)

You might also like