You are on page 1of 1

Yang berkenaan

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia


Hutan Rekreasi Ayer Keroh,
Lebuh Ayer Keroh,
75450 Melaka. 20 Oktober
2022

Tuan,

Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil Belajar

Berkenaan perkara diatas, saya bagi pihak guru -guru Sekolah Kebangsaan Ayer Merbau
ingin memaklumkan bahawa warga sekolah kami bercadang untuk mengadakan lawatan
sambil belajar ke Pusat Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka.

2. Berikut adalah cadangan untuk lawatan tersebut :

Tarikh : 14 November 2022


Masa : 2.30 petang hingga 5 petang
Bilangan peserta : 80 orang murid dan 8 orang guru

3. Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk pelajar pelajar kami menambah
ilmu pengetahuan di samping merasai pengalaman serta aktiviti yang menarik yang tidak
dapat dilakukan di sekolah.

Oleh itu, saya berharap agar permohonan ini akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh pihak
tuan. Segala kerjasama pihak tuan, saya ucapkan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

(HARNINI BINTI ASMAN)


Guru
Sekolah Kebangsaan Ayer Merbau
Melaka

You might also like