You are on page 1of 2

Rujukan Kami Tarikh Kepada, Ibubapa/ Penjaga Tahun 6, Sekolah Kebangsaan Sri Gaya, Kota Kinabalu. YBhg.

Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan,

: SKSG/06/01/010 ( 3 ) : 21 MAC 2012

MAKLUMAN PENANGGUHAN MAJLIS DISKUSI KALI KEDUA DAN SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR BAHASA MELAYU Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas. 02. Adalah dimaklumkan bahawa majlis diskusi ibu bapa dan guru tahun enam kali kedua yang dijadualkan pada tarikh 24 Mac 2012 ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. 04. Sehubungan dengan itu, satu seminar teknik menjawab soalan UPSR Bahasa Melayu anjuran Didik Berita Harian untuk murid tahun 6 akan diadakan pada ketetapan berikut : Tarikh Masa Tempat : 24 Mac 2012 ( Sabtu ) : 1.30 4. 15 petang. : Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Sri Gaya, Kota Kinabalu.

04. Kehadiran murid-murid tahun enam adalah diwajibkan. Oleh yang demikian, YBhg. Datuk/Datin/ tuan/ puan, diminta agar dapat menghantar anak pada masa yang telah ditetapkan bagi melicinkan lagi perjalanan program tersebut. 05. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak YBhg. Datuk/Datin/ tuan/ puan, amatlah dihargai dan disanjung tinggi, dalam usaha meningkatkan prestasi dan imej sekolah ini. Sekian, terima kasih BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, ( HJ. ABDUL GAHNI BIN HJ. MOHD.KASSIM ) Guru Besar. Sk. fail

TENTATIF SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2012

1.30 petang 2.00 petang 4.15 petang

- Pendaftaran - Ceramah Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu. - Bersurai

You might also like