You are on page 1of 2

Rujukan Kami Tarikh

: SKSG/06/01/010 ( 9 ) : 12 April 2013

Kepada, Ibubapa / Penjaga Tahun 6, Sekolah Kebangsaan Sri Gaya, Kota Kinabalu. YBhg. Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan, UJIAN SARINGAN TAHUN 6 2013 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 02. Sukacita dimaklumkan bahawa Ujian Saringan ke 2 untuk murid-murid Tahun 6 akan bermula pada 16 hingga 17 April 2013. Ujian ini diadakan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar untuk penempatan mengikut tahap pencapaian pelajar sebelum UPSR 2013. 04. Oleh sebab ujian ini penting untuk meningkatkan prestasi akademik murid-murid Tahun 6, maka pihak sekolah memutuskan bahawa semua murid diwajibkan menduduki ujian tersebut. Sebarang ketidakhadiran perlulah dimaklumkan berserta dengan sijil sakit atau surat tunjuk sebab. Bersama-sama ini disertakan jadual ujian tersebut sebagai rujukan Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan . Pihak YBhg. Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan juga diminta memastikan anak anak di bawah jagaan mengulangkaji pelajaran dan sebarang rayuan selepas ini tidak akan dilayan. 05. Kerjasama dan keprihatinan pihak YBhg. Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi dan imej sekolah ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak sekolah untuk makluman lanjut. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, ( HJ. ABDUL GAHNI BIN HJ. MOHD. KASSIM ) Guru Besar. sk. fail.

You might also like