You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI LANGKAP

36700 LANGKAP, PERAK


KOD SEKOLAH :ABA 5066

TEL : 05-6592003
FAX : 05-6595388

1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


Ruj.Kami :
Kepada :
Tarikh :
Ibubapa/Penjaga Murid,
SK Seri Langkap.
Tuan/Puan,
KESELAMATAN MURID DAN PERATURAN SEKOLAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk,
2. Keselamatan murid-murid dan peraturan sekolah adalah sebahagian daripada
garis panduan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Lembaga
Disiplin Sekolah. Oleh itu, ibubapa/penjaga dan murid-murid dikehendaki mematuhi
peraturan-peraturan berikut :
2.1
Ibubapa/penjaga dilarang memberhentikan kenderaan di hadapan
pintu pagar sekolah ketika menghantar dan mengambil anak kerana boleh
mengganggu lalu lintas dan menghalang laluan guru dan kakitangan sekolah untuk
masuk dan keluar kawasan sekolah serta membahayakan keselamatan murid;
2.2
Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan (termasuk
motosikal dan basikal) ke dalam kawasan sekolah kecuali kakitangan sekolah. Bagi
penjaga anak-anak kurang upaya yang hendak membawa masuk
kenderaan hendaklah memohon kebenaran dengan menulis surat kepada
Guru Besar. Menghantar dan menunggu murid balik hendaklah di luar pagar
sekolah. Sediakan paying atau baju hujan sekiranya hari hujan;
2.3
Murid-murid hanya dibenarkan masuk melalui pintu pagar kecil pada setiap
hari persekolahan. Ibubapa yang ingin mengiringi anak masuk ke kawasan sekolah
juga perlu melalui pintu kecil tersebut;
2.4
Ibubapa/penjaga perlu mendapatkan kebenaran Keselamatan di pintu masuk
kawasan sekolah sebelum berurusan dengan pihak sekolah;
2.5
Ibubapa/penjaga yang ingin menemui murid pada waktu persekolahan /
menghantar barang atau makanan hendaklah berurusan di pejabat atau berjumpa
dengan Guru Besar / Guru Penolong Kanan dan tidak dibenarkan menemui anak di
kelas sewaktu sedang belajar untuk mengelakkan orang yang tidak dikenali berada
di kawasan sekolah;
2.6
Ibubapa/penjaga yang ingin berurusan dengan guru perlulah berurusan di
pejabat melalui Guru Besar atau Penolong Kanan terlebih dahulu;
2.7
Murid-murid hendaklah berada di kawasan sekolah selewat-lewatnya pukul
7.20 pagi setiap hari persekolahan. Waktu persekolahan hari Isnin hingga
Khamis ialah 7.40 pagi hingga 1.00 petang / 2.00 petang bagi tahun 4,5
dan 6 dan Isnin hingga Selasa bagi Tahun 1,2 dan 3 ( mengikut jadual
waktu). Manakala hari Rabu dan Khamis Tahap 1 sehingga pukul 12.30

tengahari / 1.30 petang. Kelas tambahan dan kelas j-Qaf diadakan mengikut
jadual yang telah ditetapkan kecuali jika ada pembatalan. Hari Jumaat semua
kelas berakhir pada pukul 12.00 tengahari;
2.8
Murid-murid yang menghadiri aktiviti sekolah sebelah petang hendaklah
berada di sekolah seawal 15 minit sebelum aktiviti bermula. Tidak
dibenarkan berada di kawasan sekolah terlalu awal. Murid-murid yang tidak
kembali ke rumah atas sebab-sebab tertentu bagi menghadiri aktiviti ini,
keselamatan mereka adalah atas tanggungjawab ibubapa/penjaga mereka. Muridmurid tidak dibenarkan hadir ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum jika
hari hujan.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

( JOHARI BIN SHAARANI )


GURU BESAR

You might also like