You are on page 1of 1

Ibu bapa dan penjaga

Murid-murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3


Sesi Petang, SK Pengkalan

Tuan,

MAKLUMAN WAKTU PERSEKOLAHAN RASMI DAN SALURAN ‘TELEGRAM’ MAKLUMAN RASMI BAGI SESI
PETANG SK PENGKALAN TAHUN 2020

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa waktu persekolahan rasmi bagi sesi petang (Tahun 1,2 dan 3) bagi
tahun 2020 adalah seperti berikut :

2.1 Isnin, Selasa dan Rabu : 1:00 petang hingga 6:20 petang
2.2 Khamis dan Jumaat : 1:00 petang hingga 5:50 petang
2.3 Maklumat tambahan : Kelonggaran waktu masuk sekolah sebelum 2:30 petang
pada hari Jumaat kepada murid lelaki Islam yang bersolat
Jumaat bersama bapa/penjaga.

3. Sehubungan dengan itu, mohon tuan/puan menguruskan pengangkutan hadir dan pulang anak-
anak tuan/puan seperti waktu yang telah ditetapkan. Pihak sekolah juga mengambil inisiatif menyediakan
satu saluran ‘telegram’ untuk tuan/puan mendapatkan makluman rasmi dari pihak sekolah. Saluran
tersebut boleh diakses di pautan berikut melalui aplikasi ‘telegram’ dalam telefon pintar tuan/puan.

Saluran ‘telegram’ Makluman Rasmi Sesi Petang SK Pengkalan


https://t.me/skpsesipetang

4. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pejabat SK Pengkalan di talian 05-3226860. Kerjasama
dan kerihatinan tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“MENUJU PANGKOR PULAU BEBAS CUKAI 2020”

Saya yang menjalankan amanah,

( AZMI BIN MAT ADAM )


Guru Besar
SK Pengkalan

“SEJAHTERA RAKYAT PERAK DARUL RIDZUAN”

You might also like