You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BUANG SAYANG, KINABATANGAN,

W D T 37,
90200 KINABATANGAN, SABAH - MALAYSIA.
Rujukan : XBA2225/
Tarikh
: 15 Oktober 2014

Pegawai Pendidikan daerah


Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan
WDT 22 90200 Kinabatangan Sabah
Tuan

MEMOHON KEBENARAN
JELAJAH ILMU

MENGADAKAN

LAWATAN

PROGRAM

Perkara di atas adalah dirujuk.


2.
Dimaklumkan bahawa SK Buang Sayang akan mengadakan satu
lawatan ke MRSM,Politeknik dan UMS Sandakan pada 5 November
2014(Rabu).
3.
Untuk pengetahuan pihak tuan, waktu lawatan tersebut pada waktu
persekolahan. Oleh itu, pihak kami memohon kebenaran pihak tuan bagi
menjayakan lawatan tersebut. Jumlah murid yang terlibat dalam lawatan ini
ialah seramai 21 orang murid dari tahun5,6 dan guru pengiring seramai 4
orang.
4.
Bersama-sama surat ini, kami sertakan jadual lawatan/ aktiviti dan
senarai nama murid untuk makluman pihak tuan. Kerjasama daripada pihak
tuan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
______________________
(MAJAHIL BIN MAJINGKIL)
Guru Besar
SK Buang Sayang Kinabatangan .
Sk : Fail

SEKOLAH KEBANGSAAN BUANG SAYANG, KINABATANGAN


W D T 37,90200 KINABATANGAN,
SABAH - MALAYSIA.
Rujukan
:
XBA2225/500/DG1704/01(51)
Tarikh
:
15 Oktober 2014

Kepada,
Ibubapa/Penjaga
Murid tahun 6 dan 5
Sekolah Kebangsaan Buang Sayang, Kinabatangan
Tuan/Puan,
Pemberitahuan Menyertai Lawatan Sambil Belajar
Merujuk perkara di atas, anak tuan/puan, _____________________ telah dipilih
untuk menyertai Program Lawatan Sambil Belajar anjuran unit Kaunseling Sekolah
Kebangsaan Buang Sayang Kinabatangan..
3. Berikut saya sertakan butiran lawatan :
Program : Program Lawatan Sambil Belajar
Tarikh : 05 November 2014
Tempat : MRSM,Politeknik dan UMS Sandakan
Masa
: 7.00 am -5.00 pm
4.
Bagi mengesahkan kebenaran daripada pihak tuan/puan, pihak kami telah
menyediakan Surat Kebenaran dan meminta pihak tuan/puan menghantar surat
kebenaran sebelum 2 April 2012.
Kami berharap agar pihak tuan dapat bekerjasama dengan baik dan kerjasama
daripada pihak tuan amat kami hargai.
Sekian.Terima kasih.
Yang benar,
( MAJAHIL BIN MAJINGKIL)
Guru Besar,
SK.BuangSayang

Sk. : Fail

SEKOLAH KEBANGSAAN BUANG SAYANG, KINABATANGAN


W D T 37,90200 KINABATANGAN,
SABAH - MALAYSIA.
Rujukan
XBA2225(K)/800/02
Tarikh

: 16 Oktober

2014

Kepada,
Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatangan,
Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan,
WDT 22 ,90200 Kinabatangan.

Tuan ,
MEMOHON CUTI PERISTIWA SEMPENA MAJLIS SUKAN TAHUNAN 2014
Saya dengan hormatnya merujuk perkara yang tersebut di atas
2.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon cuti peristiwa seperti ketetapan

berikut. Bersama ini disertakan tarikh sukan diadakan dan permohonan cuti peristiwa.
Tarikh Sukan : 12-13 NOVEMBER 2014 (Rabu,Khamis)
Permohonan Tarikh Cuti Peristiwa : 14 NOVEMBER 2014 (Jumaat)
3.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan dalam hal ini amatlah diharapkan dan dihargai.

Sekian Terima Kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

______________________
(MAJAHIL BIN MAJINGKIL)
Guru Besar

SK Buang Sayang Kinabatangan .


Sk

: Fail

You might also like