You are on page 1of 3

Ibu bapa/ Penjaga,

Pelajar Tahun 6,
SK Mumiang Sandakan.

Tuan/ Puan,
MAKLUMAN PENYERTAAN KE PROGRAM KECERMERLANGAN UPSR SEKOLAH
SEKOLAH PULAU DAN LUAR BANDAR DAERAH SANDAKAN, DI BAWAH
TRASNFORMASI PENDIDIKAN DAERAH
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa PPD Sandakan mengadakan program khas untuk 90 orang pelajar
Tahun 6 bagi sekolah-sekolah pulau dan luar bandar.
3.
Untuk makluman tuan/puan, program tersebut akan dijalankan selama 3 hari 2 malam yang mana
pelajar perlu dikehendaki tinggal di tempat program diadakan. Perincian program adalah seperti di
bawah:
Tarikh:18-20 Ogos , 2014
Hari:

Isnin- Rabu

Pendaftaran: 2.00 petang (18 Ogos)


Tempat:

Hotel Hsiang Garden, Sandakan

3. Bersama ini disertakan surat kebenaran ibu bapa dan senarai barang yang perlu dibawa oleh pelajar
semasa program diadakan. Pihak sekolah memohon kerjasama tuan/puan untuk melengkapkan surat
tersebut dan memulangkannya pada hari pendaftaran kepada guru sekolah yang bertugas.
4.
Semoga sokongan pihak tuan/ puan terhadap program ini dapat meningkatkan prestasi UPSR
sekolah.

Saya yang menurut perintah,

(Mohamad Mansor Bin Kahar)


Penolong Kanan HEM
SK Mumiang, Sandakan.
__________________

__________________
__________________

Tarikh: ___________

Guru Besar,
SK Mumiang,
Sandakan.

Tuan,
KEBENARAN IBU BAPA/ PENJAGA
Saya ________________________________________________________________* ibu bapa/ penjaga
kepada _______________________________________ Tahun 6, *membenarkan / tidak membenarkan
*anak/ jagaan saya menyertai program pada tarikh __________________ hingga __________________.
2. Saya faham bahawa pihak penganjur dan pihak sekolah telah memberikan segala penerangan dan akan
megmbil langkah-langkah keselamatan dan pegawasan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, pihak
penganjur dan pihak sekolah tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku perkaara yang tidak diingini.
Sekian, terima kasih.

Ibu bapa/ Penjaga,

________________________
Nama: ___________________________________
No. Telefon yang boleh dihubungi: ___________________________________

*potong yang tidak berkenaan

Senarai barang yang perlu dibawa semasa program:


1. Pakaian untuk 3 hari;
2. Alat tulis dan buku nota;
3. Pakaian untuk solat (baju melayu untuk pelajar lelaki/ baju kurung dan telekung untuk pelajar
perempuan);
4. Alat kebersihan diri (tuala, sabun, ubat gigi, berus gigi);
5. Kasut dan selipar

You might also like