You are on page 1of 3

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT NAWI


PETI SURAT 1, PEJABAT POS PARIT JAWA,
84150 PARIT JAWA, MUAR, JOHOR
MUAR, JOHOR
Tel: 06-9881892 Email:
Kepada,
Yang Berhormat Zaiton bte Ismail,
ADUN Sungai Balang,
Muar, Johor.
OGOS 2014

19

Yang Berhormat,
MOHON SUMBANGAN PROGRAM ALA ASRAMA & SOLAT HAJAT
UPSR 2014
SK PARIT NAWI, MUAR, JOHOR.
Merujuk perkara di atas, pihak sekolah akan mengadakan Program Ala
Asrama & Solat Hajat UPSR 2014 pada 25-28 Ogos 2014 di Sekolah
Kebangsaan Parit Nawi, Muar, Johor.
2.
Objektif utama program ini adalah untuk memantapkan kesediaan
fizikal, mental dan rohani murid-murid Tahun 6 bagi menghadapi UPSR
pada awal September ini nanti. Program ini juga dapat meningkatkan lagi
kecemerlangan pencapaian murid-murid Tahun 6, SK Parit Nawi sekaligus
mengekalkan pencapaian kelulusan 100% serta melonjakkan SK Parit
Nawi, ke arah sekolah kluster dan berprestasi tinggi.
3.
Sehubungan itu pihak sekolah memohon kerjasama daripada pihak
Yang Berhormat menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program
tersebut.
4.
Sebarang pertanyaan pihak Yang Berhormat boleh menghubungi
urusetia program En. Abd. Rahman bin Rabu ( 0137833556). Sumbangan
boleh disalurkan terus ke dalam Akaun PIBG SEK KEB PARIT NAWI

MBB 001048225539
5.
Kerjasama dan sumbangan ikhlas yang pihak tuan , didahului
dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,

(ENCIK ABDUL KADIR BIN PAICHAN)


Yang Dipertua PIBG,

SK Parit Nawi,
Muar, Johor.

BORANG SUMBANGAN PROGRAM ALA ASRAMA DAN SOLAT HAJAT


UPSR

Kepada,
Bendahari,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Merangkap Bendahari Program Ala Asrama,
SK Parit Nawi, Muar, Johor.
Bersama ini disertakan sumbangan wang tunai/Cek. No................
sebanyak RM (Ringgit:
.... bagi menampung
kos Program Ala Asrama dan Solat Hajat UPSR, SK Parit Nawi, Muar, Johor.
Yang benar,

You might also like