You are on page 1of 3

TAHUN 2008

TARIKH : 15 OGOS 2008 HARI : JUMAAT MASA : 8:30 11:30 PAGI TEMPAT : DEWAN AL-HIDAYAH, SRAB, BATU PAHAT

SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU


DAERAH BATU PAHAT, ( KERAJAAN NEGERI JOHOR ) TAMAN BUKIT PASIR, 83000 BATU PAHAT, JOHOR.

Tel: 4352214

Laporan Program Ramah Mesra ( Ibu bapa, Guru dan Murid yahun 6 ) 2008

Pada hari Jumaat bersamaan 15 Ogos 2008, Jawatankuasa Unit Kecemerlangan UPSR dan SDEA di bawah naungan pihak Pengurusan Kurikulum Sekolah Rendah Agama Bersepadu telah berjaya mengadakan Program Ramah Mesra ( Ibu bapa, Guru dan Murid tahun 6 ) 2008. Program ini melibatkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran UPSR dan SDEA, murid-murid tahun 6 dan ibu bapa murid. Program ini bermula lewat iaitu pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.45 pagi keran masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan dan program ini dijalankan di Dewan Al-Hidayah, SRAB. Bagi setiap guru-guru yang terlibat, telah disediakan meja dan kerusi bagi memudahkan ibu bapa berjumpa dengan guru tersebut mengikut kelas dan melancarkan perjalanan program ini. Guru kelas akan menyerahkan slip pencapaian murid kepada ibu bapa sebelum ibu bapa tersebut berjumpa dengan guru mata pelajaran untuk membincangkan masalah murid dan sekaligus mengambil tanda tangan guru tersebut. Semua ibu bapa atau penjaga kepada murid-murid tahun 6 iaitu 6 Al-Baihaqi dan 6 Al-Farabi dijemput hadir. Tetapi terdapat beberapa ibu bapa pelajar yang tidak dapat hadir pada waktu tersebut kerana sebab-sebab yang tertentu. BIL 1 2 3 4 5 6 NAMA MURID Muhammad Firdaus bin Jamil Haziq taqiuddin bin Tugiran Yazid Afiq Syed Alwe Riduan Zul Izham KELAS 6 Al-Baihaqi 6 al-Baihaqi 6 Al-Farabi 6 Al-Farabi 6 Al-Farabi 6 Al-Farabi KENYATAAN Ibu sakit Ibu bapa bekerja Tiada kenyataan Tiada kenyataan Tiada kenyataan Tiada kenyataan

Walaubagaimanapun, ibu bapa Muhammad Firdaus dan Haziq Taqiuddin hadir mengambil slip pencapaian murid terbabit selepas dari hari program ini dilaksanakan. Bagi pelajar yang lain slip pencapaian masih belum diambil oleh ibu bapa masing-masing walaupun telah diberitahu berulang kali oleh guru kelas.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membincangkan tentang pencapaian murid-murid tahun 6 sebelum menghadapi peperiksaan yang sebenar dan memberi suntikan semangat kepada murid-murid untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR dan SDEA. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah dalam pelajaran sebelum peperiksaan. Program ini telah dimulakan dengan ucapan taklimat daripada Guru Besar SRAB iaitu Puan Zainah binti Mohamed Ibrahim pada jam 8.30 pagi. Seterusnya penyerahan slip pencapaian murid-murid tahun 6 dan perjumpaan serta perbincangan di antara murid, guru dan ibu bapa. Program ini telah berakhir pada jam 11.45 pagi. Semua warga SRAB yang terlibat memanjatkan kesyukuran kerana program ini telah dapat dilaksanakan. Kami berharap agar program seperti ini dapat dijalankan pada tahun-tahun akan dating bagi mewujudkan PELAJAR YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG. Disediakan oleh, . (SITI NOORLISA BINTI MOHD YUSOP) Setiausaha Program Ramah Mesra, Kecemerlangan UPSR dan SDEA. Tarikh: 8 Oktober 2008

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

..

You might also like