You are on page 1of 3

Laporan

Program motivasi bagi Murid Tahun 4,5, 6 Dan Ibu bapa Peringkat
Sekolah
SJKT Ladang Chembong,70300 Rembau, Negeri Sembilan

Tarikh : 09-08-2018 ( Jumaat )

Masa : 2.00pm - 4.00pm

Tempat : Dewan sekolah

Sasaran : Semua Murid Tahun 4, 5, 6 Dan Ibu Bapa

Penceramah : En.Velan ( Pengetua SMK Dato Shamsuddin Nain )

Catatan :

Program motivasi bagi murid tahun 4, 5, 6 dan ibu bapa telah diadakan pada
01-06-2018 bersamaan hari Jumaat. Pihak sekolah telah mengadakan program ini bagi
memotivasikan murd danibu bapa supaya mereka bersama dengan pihak sekolah
memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi sekolah dalam akademik
maupun kokurikulum. Program ini telah diadakan peringkat sekolah.
En.Velan sebagai penceramah dari SMK Dato Shamsuddin Nain telah dijemput
bagi berucap dan memberikan motivasi kepada murid dan ibu bapa. Program ini telah
berjalan dengan lancar. Seramai 77 orang murid dan 30 orang ibu bapa telah hadir ke
program ini. Pada pukul 5.30 program telah berakhir dengan ucapan terimakasih oleh
Guru Besar EN. R.Ramasamy. Beliau dalam ucapannya telah menegaskan bahawa ibu
bapa perlu memainkan peranan penting dalam pendidikan anak-anak mereka. Beliau
meminta ibu bapa supaya hadir ke sekolah bagi mengambil tahu tentang pendidikan anak-
anak mereka.
Pada amnya program ini amat berguna kepada para ibu bapa. Penceramah telah
mengendalikan sesinya dengan baik dan berkesan.

Penganjur : Unit HEM Sekolah

Disediakan oleh

………………………………
(Pn.V.Sunthari )
Penyelaras UPSR
SJKT Ladang Chembong
71300 Rembau, NSDK
Laporan bergambar Program Motivasi Murid Dan Ibu bapa
SJKT Ladang Chembong,70300 Rembau, Negeri Sembilan

Laporan
Program E-Tuition bagi
Murid Tahun 1 hingga 6
Dan Ibu bapa Peringkat
Sekolah
SJKT Ladang Chembong,70300
Rembau, Negeri Sembilan

Tarikh : 09-08-2019 ( Jumaat


)

Masa : 1.00pm - 2.00pm

Tempat : Dewan sekolah

Sasaran : Semua Murid Tahun 1 hingga 6 Dan Ibu Bapa

Penceramah : Pn.Suganthee

Catatan :

Program E-Tuition bagi murid tahun 1 hingga 6 dan ibu bapa telah diadakan pada
09-08-2019 bersamaan hari Jumaat. Pihak sekolah telah mengadakan program ini bagi
memotivasikan murd dan ibu bapa supaya mereka bersama dengan pihak sekolah
memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi sekolah dalam akademik.
Program ini telah diadakan peringkat sekolah.
Pn.Suganthi sebagai penceramah telah dijemput bagi berucap dan memberikan
penerangan tentang E-tuition ini kepada murid dan ibu bapa. Program E-Tuition ini
adalah satu alat uji bagi menilai prestasi akademik murid. Murid boleh menjawab latihan
yang sedia ada di dalam talian ini dan menilai keputusan mereka. Ini adalah satu peluang
yang baik bagi murid supaya mereka dapat meluangkan masa mereka dengan
bermanfaat. Program ini telah berjalan dengan lancar. Seramai 140 orang murid dan 15
orang ibu bapa telah hadir ke program ini. Pada pukul 2.00petang program telah
berakhir dengan ucapan terimakasih oleh Guru Besar EN. R.Ramasamy. Beliau dalam
ucapannya telah menegaskan bahawa ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam
pendidikan anak-anak mereka. Beliau meminta ibu bapa membimbing anak-anak supaya
mereka dapat membuat latihan ulangkaji dalam talian online E-Tuition.
Pada amnya program ini amat berguna kepada murid-murid kerana murid-murid
boleh menilai sendiri peningkatan akademik mereka. Penceramah telah mengendalikan
sesinya dengan baik dan berkesan.

Penganjur : Unit Kurikulum

Disediakan oleh

………………………………
(Pn.V.Sunthari )
Penyelaras UPSR
SJKT Ladang Chembong
71300 Rembau, NSDK

Laporan bergambar Program E-Tuition Murid Dan Ibu bapa


SJKT Ladang Chembong,70300 Rembau, Negeri Sembilan

You might also like