You are on page 1of 3

SMK BANDAR BARU SERI PETALING

JALAN RADIN, BDR BARU SERI PETALING


57000, KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJA
KEMPEN JOM KE SEKOLAH
2011

ANJURAN BERSAMA:

LEMBAGA DISIPLIN,
JAWATANKUASA GURU TINGKATAN
&
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

WEA 0218
1.0 PENDAHULUAN

Kehadiran ke sekolah merupakan satu kriteria penting dalam menentukan


kecemerlangan sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia menggariskan bahawa
kehadiran murid ke sekolah harus diberi perhatian sepanjang tahun.

2.0 RASIONAL

Kadar kehadiran murid ke sekolah yang semakin merosot khususnya di SMKBBSP


menjadi satu cabaran dalam merealisasikan Visi sekolah iaitu “ SMK Bandar Baru Seri
Petaling Menuju Puncak Kecemerlangan 2013.” Sehubungan itu, kempen ‘Jom ke
Sekolah’ dapat member satu focus dan ha tuju dalam menangani gejala ponteng dan
ketidakhadiran murid ke sekolah.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menimbulkan minat dan daya tarikan supaya murid rajin ke sekolah.
3.2 Memupuk semangat cintakan sekolah.
3.3 Memastikan mesej dalam aktiviti ‘Jom ke Sekolah’ dapat dihayati oleh murid-
murid dilaksanakan sepenuhnya.
3.4 Memastikan kehadiran murid ke sekolah mencapai 90%.

4.0 TEMA

“Saya Hadir Penuh ke Sekolah”


“Saya Suka Pergi Sekolah”
“Di Sekolah Macam-Macam Ada”
“Saya Sayang Sekolah”

5.0 SASARAN PROGRAM

Program ini melibatkan semua murid di SMKBBSP.

6.0 TEMPOH MASA

Perhimpunan rasmi minggu kedua persekolahan


7.0 KAEDAH

7.1 Majlis pelancaran disempurnakan oleh pengetua sekolah pada minggu kedua
persekolahan.
7.2 Pembacaan Ikrar ‘Jom ke Sekolah’
7.3 Anugerah kelas kehadiran penuh setiap bulan.
7.4 Perakuan dan tanda tangan murid.

8.0 ANGGARAN BELANJAWAN

8.1 Sumber Pendapatan:

8.1.1 PIBG
8.1.2 Unit Bimbingan dan Kaunseling

8.2 Anggaran perbelanjaan:

8.2.1 Banner 1 × RM 100.00 = RM 100.00


8.2.2 Kertas Laminate 1 kota = RM 50.00
8.2.3 Anugerah Kehadiran Penuh 100 × RM 1.50 = RM 150.00
8.2.4 Bahan/Alat-alat tulis = RM 50.00
Jumlah = RM 350.00

9.0 PENUTUP

Kempen ‘Jom ke Sekolah’ merupakan satu langkah proaktif sekolah dalam menangani
masalah ketidakhadiran murid ke sekolah yang semakin meruncing. Berkat kerjasama
semua pihak dalam melaksanakan kempen ini diharapkan dapat memberikan satu
impak dalam kehadiran murid ke sekolah pada tahun 2011.

You might also like