You are on page 1of 5

Prasekolah SJK(T) Appar telah menganjurkan Karnival Prasekolah peringkat sekolah

pada 25 November 2016. Seramai 16 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam
semua pertandingan yang diadakan.

Objektif utama program ini diadakan ialah untuk menimbulkan dan memupuk bakat
murid-murid yang belum diketengahkan lagi. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk
meningkatkan kefahaman dan memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai beberapa
aspek berkaitan pertandingan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran dalam menggunakan kemahiran yang sedia ada.

Program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada semua guru dan ibubapa
kanak-kanak Prasekolah. Ibubapa kanak-kanak ini telah berkerjasama dalam menjayakan
program ini dimana mereka telah melatih kanak-kanak mereka dengan bertungkus lumus
untuk mendapat markah yang baik di dalam semua pertandingan yang dipertandingkan.

Murid-murid Prasekolah yang telah mengambil bahagian dalam Karnival Prasekolah

Program telah dimulakan tepat pukul 8 pagi seperti yang dijadualkan. Bacaan doa telah
disampaikan oleh kanak-kanak Prasekolah yang berumur 5 tahun. Perasmian telah dibuat
oleh Guru Besar SJK(T) Appar Pn. K.Peramah. Berikut ialah beberapa gambar yang diambil
semasa perasmian dibuat:
Ucapan perasmian Guru Besar Pn.K.Peramah

Perasmian dibuat oleh Guru Besar dan YDP PIBG Prasekolah

Pertandingan pertama ialah pertandingan bercerita bagi murid-murid berumur 6 tahun


telah diadakan. Pertandingan ini dikategorikan kepada 1 bahagian iaitu pertandingan bercerita
dalam bahasa Malaysia sahaja. Seramai 7/8 murid yang berumur 6 tahun telah mengambil
bahagian dalam pertandingan ini. Kanak-kanak ini telah menonjolkan bakat mereka dalam
tajuk cerita yang dipilih. Setiap kanak-kanak telah memberi persaingan yang hebat kepada
rakan-rakan mereka.
Pertandingan bercerita Bahasa Malaysia

Agenda seterusya ialah pertandingan “action song”. Kanak-kanak yang berumur 5


tahun telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Program ini telah diikuti dengan
Athichoodi bagi murid 5 tahun. Pertandingan seterusnya ialah pertandingan mewarna,
pertandingan susun suai gambar dan pertandingan ‘Lets Count’. Ketiga-tiga pertandingan ini
telah diadakan di bilik darjah Prasekolah untuk keselesaan kanak-kanak yang bertanding..
Semua murid telah mengambil bahagian dalam kedua-dua pertandingan ini.

Murid sibuk mewarna gambar yang diberi.

Agenda terakhir ialah majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi


setiap kategori. Hadiah-hadiah ini telah disampaikan oleh guru besar Pn.K.Peramah dan
semua guru penolong kanan sekolah. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil semasa
agenda pemberiaan hadiah:
Pemenang bagi pertandingan melafaz Athichoodi

Pemenang bagi pertandingan mewarna

Pemenang bagi pertandingan “Puzzle”


Program telah berjalan dengan lancar dengan kerjasama daripada semua pihak.
Program ini telah tamat pada pukul 12.00 tengahari seperti yang dirancang. Karnival
Prasekolah ini akan dijalankan dengan meriah lagi pada tahun-tahun akan datang dengan
bantuan daripada semua pihak.

Laporan disediakan oleh,

………………………………
(PN. PADMANY A/P GONASERAN)
Setiausaha Karnival Prasekolah

You might also like