You are on page 1of 2

SJK(T) APPAR

LAPORAN PEMERIKSAAN DAN CERAMAH GIGI


21.01.2014 – 24.01.2014

Pemeriksaan gigi bagi tahun 2014 telah


dijalankan bermula dari 21.01.2014.
Pemeriksaan ini telah dijalankan oleh Klinik
Kesihatan Pergigian Cahaya Suria. Semua
murid termasuk Prasekolah telah diwajibkan
dalam pemeriksaan gigi ini.

Tujuan utama pemeriksaan ini adalah


untuk mengenal tahap kesihatan gigi
murid-murid sekolah rendah dan
mengambil tindakan susulan. Bilik
perpustakaan telah digunakan sebagai
tempat pemeriksaan gigi.

Pemeriksaan gigi bagi murid-murid


Prasekolah telah dijalankan di bilik darjah
Prasekolah. Semasa pemeriksaan murid-
murid yang menghadapi masalah kerosakan
gigi telahpun dikenalpasti.

Setelah tamat pemeriksaan, murid-murid


Prasekolah telah diberi ceramah yang
ringkas mengenai aspek-aspek yang penting yang berkenaan dengan gigi. Mereka
telah dijelaskan mengenai makanan yang berkhasiat untuk gigi dan cara memberus gigi
yang betul.

Di samping Prasekolah, semua murid


tahap satu dan dua diwajibkan untuk
membawa berus gigi untuk aktiviti
memberus gigi bersama jururawat.
Jururawat yang bertugas telah
menunjukkan cara memberus gigi yang
betul dengan menggunakan model gigi.

Setelah tamat aktiviti memberus gigi


dengan jururawat, murid-murid telah diberi
taklimat mengenai waktu-waktu
memberus gigi, makanan berkhasiat dan
punca makanan yang tidak berkhasiat.
Ceramah ini amat berkesan bagi murid-
murid ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………. ………………. …………………


(Pn.G.Padmany)
Guru Program Motivasi

You might also like