You are on page 1of 4

TAKLIMAT KESIHATAN GIGI OLEH

KLINIK KESIHATAN KUCHAI LAMA

Pada 15 Mac 2017 iaitu pada hari Rabu, Klinik Kesihatan Kuchai Lama telah
memberi taklimat kesihatan berkaitan gigi di sekolah SKP2. Taklimat yang diberikan
berkaitan cara memberus gigi, cara menggosok gigi, berus gigi yang sesuai digunakan,
kekerapan menggosok gigi dan banyak lagi. Jururawat yang hadir adalah seramai enam
orang. Program ini dilaksanakan selepas rehat iaitu pukul 10.00 pagi sehingga 1.30
petang. Tujuan diadakan taklimat ini adalah untuk mendedahkan murid-murid dengan
cara menjaga gigi mereka dan peralatan(berus gigi) yang selamat digunakan. Mereka
turut didedahkan dengan kesan-kesan jangkitan gigi akibat salah memberus gigi dan
kesan menggunakan berus gigi yang tidak selamat.

Jururawat pergigian menunjukkan slaid berkaitan taklimat dan diakhir program


soalan-soalan kuiz diberikan kepada murid-murid tahap 1 dan tahap 2. Murid-murid
diberikan cenderahati sekiranya berjaya menjawap soalan dengan betul. Di akhir
program, murid-murid memberus gigi dibimbing oleh jururawat serta guru yang
bertugas. Murid-murid memberus gigi secara bergilir-gilir mengikut kelas iaitu
bermula dari tahun 1 sehingga tahun 3 sahaja kerana kesuntukan masa.

Perlaksanaan program atau aktiviti :


Tayangan slaid dan taklimat pergigian oleh wakil klinik kesihatan pergigian
Kuchai Lama kepada semua murid SKP2.

Murid mendengar taklimat dan menonton slaid.

En.Hailme, guru disiplin memberi arahan sebelum murid-murid memberus dan


menggosok gigi.
Murid tahap 1 bersedia untuk
memberus gigi.
Murid memberus dan

menggosok gigi.
Murid tahap 2 memberus dan menggosok gigi.

Laporan disediakan oleh, Disahkan oleh,

(Siti Nursyahiirah Binti Hasan) (Mohd Ariffin Bin Othman)

Setiausaha Kesihatan Sekolah P.Kanan HEM

SKP2 SKP2

You might also like