You are on page 1of 6

13 Mac sehingga 17 Mac kami telah menjalankan satu tugasan wajib bagi semua

guru pelatih iaitu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Kami menjalankan PBS di
Sekolah Kebangsaan Sembulan, Kota Kinabalu Sabah. Sekolah ini mengandungi komuniti
murid seramai 1163 orang. Sekolah ini juga menjalankan dua sesi persekolahan iaitu sesi
pagi dan petang. Pada sesi pagi adalah hanya murid tahap 2 yang terlibat yang terdiri dari
tahun 4 hingga tahun 6. Manakala, tahap 1 iaitu tahun 1 hingga tahun 3 adalah pada sesi
petang. Guru besar dari sekolah itu adalah ................................................ Kami memperolehi
maklumat sepenuhnya daripada Cikgu Dayang Suzilah selaku Guru Pendidikan Kesihatan.

Merujuk kepada maklumat yang diberikan pihak sekolah telah menjalankan aktiviti
Pemeriksaan Kesihatan dan suntikan Prasekolah dari Tahun 1 dan 6 ianya bertarikh pada
20hb hingga 24hb September 2016. Pada jam 8.30 pagi 3.00 ptg bertempat di Bilik
Kesihatan, S.K Sembulan. Ianya melibatkan Prasekolah seramai 100 murid, Tahun 1
seramai 190 murid dan Tahun 6 seramai 165 murid. Ianya melibatkan seramai 345 murid.

Pada tarikh 20hb hingga 24hb Oktober 2016. Pihak Sk Sembulan sendiri telah
menjalankan kerjasama dengan pihak KKM. Program ini bermula pada pukul 8.30 pagi
hingga 3.00 petang. Setiap kelas terlibat dalam program kesihatan sekolah ini bermula
daripada tahun 1 sehingga tahun 6. Program suntikan ini dilakukan untuk ketahanan badan
kanak-kanak bertempat di bilik kesihatan sekolah tersebut. Program suntikan Measles ini
berdasarkan pada peningkatan jangkitan Measles terhadap kanak-kanak dan sekolah.
Dalam laporan yang dinyatakan oleh SK Sembulan, hanya murid yang mendapat kebenaran
ibubapa atau waris sahaja yang akan di suntikan vaksin Measles. Program ini, dikenali
sebagai Program ADHOC yang hanya disebabkan situasi semasa.

Seterusnya, SK Sembulan juga telah menjalankan program kesihatan seperti


Program Perkhidmatan Pergigian.yang bertarikh 26hb Ogos hingga 09 Sept 2016. Program
yang dijalankan adalah selama 6 jam 30 minit bermula pada jam 8.30 pagi hingga 3 petang.
SK Sembulan menjalankan program ini di Makmal Sains, S.K Sembulan. Program ini
dinyatakan oleh pihak sekolah itu sendiri bahawa merupakan program wajib dan kerap
diadakan. Ianya adalah sebanyak tiga kali diadakan setahun iaitu pada awal semester,
pertengahan dan hujung tahun. Sekiranya terdapat keciciran dalam pemeriksaan pergigian,
Pn Suzila memberitahu kami bahawa murid tersebut akan diperiksa pada hari berikutnya.
Oleh itu program ini kebiasaannya dijalankan selama 5 hari ke satu minggu. Menurut Pn
Suzila, program pemeriksaan pergigian ini diajalankan adalah untuk memberi pendedahan
kepada murid tentang penjagaan gigi mereka dan juga membuat pemeriksaan.

Program Pemeriksaan Gigi ini mengambil masa yang agak lama kerana ramai murid
yang memerlukan perkhidmatan pemeriksaan gigi. Kesemua murid disekolah tersebut di
periksa mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh guru penyelaras Program Program
pergigian. Menurut Pn Suzila, terdapat dua sesi pemeriksaan pergigian. Sesi pagi adalah
untuk murid tahap 2 dan sesi petang adalah untuk murid tahap 1. Hal ini kerana, Sk
Sembulan mempunyai dua sesi iaitu sesi petang dan sesi pagi.

Akhir sekali, maklumat yang kami dapat adalah program yang agak baru bagi kami
sendiri iaitu program pengesanan Murid Cicir Imunisasi Primer. SK sembulan menjalankan
program ini kepada 150 murid iaitu pada murid tahun 4. Program ini adalah bertujuan untuk
memastikan semua pelajar menerima imunisasi ini dengan secukupnya. Program ini
dijalankan sebanyak tiga kali. Pihak kerajaan sendiri memberi maklum balas positif terhadap
program ini. Murid yang tercicir dari mendapat imunisasi lengkap akan disaringkan di
sekolah bagi memastikan ianya lengkap. Program ini dijalankan pada 17hb Oktober 2016.
Pada jam 8.30 pagi 3.00 ptg. Bertempat di Bilik Kesihatan, S.K Sembulan.
LAMPIRAN
Gambar 1 : sesi ceramah kesihatan yang diberikan oleh jururawat.

Gambar 2 : sesi pengesanan buta warna bagi murid leaki


Gambar 3 : murid mendengar ceramah kesihatan dari pihak KKM

Gambar 4: Murid Prasekolah menerima suntikan


Gambar 5 : Murid tahun 6 menerima suntikan Imunisasi

Gambar 6 : Pemeriksaan dan rawatan gigi dijalankan

You might also like