You are on page 1of 2

Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) Prasekolah

Kementerian Pendidikan akan melaksanakan program Pendidikan Kesihatan


Reproduktif dan Sosial (PEERS) Sehari@Prasekolah bagi memberi kesedaran
mengenai kepentingannya kepada murid, ibu-bapa dan masyarakat umum. Timbalan
Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar), Datuk Sulaiman Wak, berkata program itu
menjadi satu daripada usaha pihaknya memberi pendedahan kepada murid prasekolah
bagi mengelakkan diri mereka menjadi mangsa jenayah seksual. Katanya, melalui
program itu murid akan didedahkan kepada jenis sentuhan tidak selamat dan tidak selesa
yang dapat membantu mereka mengenal pasti keadaan dan seterusnya melaporkannya
kepada ibu-bapa atau guru.

PEERS Sehari@Prasekolah akan dilaksanakan secara serentak di seluruh


negara pada 9 Oktober (Isnin) ini, membabitkan lebih 200,000 murid prasekolah
kementerian, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) serta Jabatan
Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Mereka akan mengikuti kegiatan pengajaran dan
pembelajaran, kandungan kurikulum serta bahan bantu mengajar dalam sesi
pembelajaran. Sebelum tamat sesi pembelajaran, guru akan menyerahkan risalah
berkaitan PEERS kepada murid untuk dibawa pulang dan diserahkan kepada ibu-bapa
sebagai rujukan.

Pada 09 Oktober 2017 (Isnin), prasekolah-prasekolah Sekolah Jenis Kebangsaan


Tamil Nibong Tebal telah mengadakan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan
Sosial (PEERS) yang bertujuan untuk mendidik murid-murid prasekolah mengenai
kepentingan menjaga diri dari bahaya gangguan seksual dan mengenalpasti perkara-
perkara yang berkaitan dengan kesihatan reproduktif.

Menerusi program ini, murid-murid prasekolah dan juga ibu-bapa yang ikut serta
turut didedahkan dengan simptom-simptom penderaan seksual, tanda-tanda mangsa
penderaan seksual, peranan ibu bapa dalam menangani jenayah seksual kanak-kanak
dan juga tindakan yang perlu diambil jika berlaku sesuatu pada kanak-kanak.

Laporan disediakan oleh, 16 Oktober 2017


(KOMATHI A/P MUNIANDY)
Guru Prasekolah SJKTNT

You might also like