You are on page 1of 2

PROGRAM KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI TABIKA DAN TASKA KE

MAS
Latar belakang
Pada tahun 2001, KEMAS dengan kerjasama UNICEF telah melaksanakan Bengkel Kemahi
ran Keibubapaan yang melibatkan seramai 1,300 ibu bapa/penjaga melalui 26 siri b
engkel. Semua bengkel ini dilaksanakan di premis-premis KEMAS, bangunan awam dan
balairaya. Kos perbelanjaan telah dibiayai oleh UNICEF dan pelaksanaanya dilaku
kan oleh pihak KEMAS Negeri. Bengkel ini turut menggunakan khidmat tenaga pakar
sebagai penceramah iaitu pegawai dari Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga
Negara (LPPKN). Ia mendapat sambutan yang baik dari kalangan ibu bapa/penjaga da
n dijadikan aktiviti yang berterusan.
Kejayaan melaksanakan bengkel berkenaan mendorong KEMAS meneruskan bengkel terse
but dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK9) yang dikenali sebagai Program Ke
mahiran Keibubapaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Program ini akan diadakan pada
setiap tahun.
Mulai tahun 2006, program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama KEMAS dan UNICE
F. Pihak UNICEF akan membiayai kos latihan Jurulatih Utama dan percetakan, manak
ala KEMAS sebagai pelaksana program. Dua (2) bahagian di bawah KEMAS akan diliba
tkan untuk melaksanakan program ini iaitu Bahagian Kurikulum dan Naziran sebagai
penyelaras manakala Bahagian Bina Insan sebagai penyelaras peruntukan. Pelaksan
aanya pula dilakukan oleh KEMAS Negeri di Tabika dan Taska masing-masing.
Objektif
Objektif program ini ialah :
Mewujudkan kesinambungan pendidikan awal kanak-kanak di Tabika/Taska dan rumah
Memberi kesedaran kepada ibu bapa/penjaga mengenai kepentingan perkembangan kana
k-kanak berumur 0-6 tahun
Meningkatkan kefahaman ibu bapa/penjaga mengenai peranan dan tanggungjawab ibu b
apa/penjaga terhadap anak-anak
Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada ibu bapa/penjaga dalam bidang pendidika
n anak-anak
Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada ibu bapa/penjaga dalam menyediakan maka
nan sihat dan berkhasiat serta amalan pemakanan yang baik untuk kanak-kanak.
Pelaksanaan
1. Kumpulan sasar :
· Ibu bapa / penjaga kanak-kanak Tabika / Taska KEMAS
2. Tarikh :
· Bulan Mei hingga November
3. Tempat :
· Tabika dan Taska KEMAS
· Premis KEMAS seperti:
a. Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PPAK)
b. Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM)
c. Pusat Latihan KEMAS (PLK)
d. Institut Latihan KEMAS (ILK)
· Lain-lain bangunan awam(balairaya/dewan orang ramai)
4. Masa :
· Tiga(3) jam bagi satu siri
· Jadual (pilihan)

BIL
WAKTU / MASA
MASA
PROGRAM
1
Pagi (bagi hari Sabtu dan Ahad)
8.30 - 11.30 pagi
Ceramah kemahiran Keibubapaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
11.30 pagi
Jamuan
2
Petang (bagi hari Isnin hingga Jumaat)
2.30 - 5.30 petang
Ceramah kemahiran Keibubapaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
5.30 petang
Jamuan
5. Pengisian :
· Menggunakan Modul Kemahiran Keibubapaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS.
· Tajuk ceramah yang akan disampaikan ialah:
a. Perkembangan Awal Kanak-Kanak berumur 0-2 tahun.
b. Perkembangan Kanak-Kanak berumur 2-6 tahun
c. Pendidikan pemakanan kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun.
6. Kaedah :
· Demonstrasi penyediaan makanan
· Ceramah / soal jawab
· Percambahan fikiran
· Latihan terus (tunjuk cara)
Penutup
Harapan KEMAS dengan terlaksananya bengkel ini akan dapat membentuk dan membangu
n manusia dari peringkat kanak-kanak, ibu bapa dan masyarakat. Disamping itu, ia
juga dapat melahirkan insan cemerlang dan berkualiti.

You might also like