You are on page 1of 47

1 | Page

( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

BAHAGIAN A
ISI KANDUNGAN
1.0
2.0
3.0
4.0

5.0

PENGENALAN
LATAR BELAKANG PROGRAM PERMATA NEGARA
LATAR BELAKANG PROGRAM
PRA SEKOLAH MALAYSIA
PERBEZAAN DAN PERSAMAAN
KURIKULUM PERMATA DAN KURIKULUM STANDARD
PRA SEKOLAH KEBANGSAAN
4.1
Matlamat
4.2
Objektif
4.3
Rekabentuk kurikulum
4.4
Prinsip pembelajaran
4.5
Standard Pengajaran dan Pembelajaran
4.6
Pedagogi yang digunakan
4.7
Modul Pembelajaran
4.8
Penjadualan dan Pengurusan Pembelajaran
RUMUSAN

MUKA SURAT
2
3
4
7

18

BAHAGIAN B
6.0

TEMA TAHUNAN
6.1
WEB
6.2
RANCANGAN PENGAJARAN MINGGUAN
6.3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
6.4
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT

24
25
26
36

BAHAGIAN C
7.0
8.0
9.0

1.0

REFLEKSI
RUJUKAN
LAMPIRAN

44
47
48

PENGENALAN
Secara umumnya pendidikan awal kanak-kanak ditakrifkan sebagai pendidikan awal

kanak-kanak yang bermula daripada saat kelahirannya hingga kepada umur lapan tahun.
Pendidikan awal kanak-kanak penting dan perlu diberikan perhatian kerana 90% daripada

2 | Page
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur lima
tahun.
Kajian-kajian di negara maju telah membuktikan bahawa kanak-kanak yang mengikuti
pendidikan prasekolah mempunyai kesan positif terhadap perkembangan kognitif. Kajian di
Malaysia juga mendapati kanak-kanak yang mengikuti pendidikan pra sekolah sama ada
daripada keluarga yang mempunyai latar belakang sosioekonomi tinggi atau rendah
memperoleh pencapaian yang tinggi semasa di darjah satu dan darjah dua (Halim, 1989)
Dapatan kajian ini bersesuaian dengan kajian yang dijalankan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan kerjasama UNICEF (1980-1984) yang mendapati kanak-kanak
yang mempunyai pengalaman pendidikan prasekolah lebih bersedia untuk mengikuti
pendidikan formal di sekolah rendah. Kajian terhadap kanak-kanak yang mengikuti program
Head Start di Amerika juga menunjukkan program pendidikan awal dapat mempertingkatkan
kemajuan kanak-kanak
Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat misalnya menunjukkan bahawa setiap nilai
dolar yang dilaburkan untuk pendidikan awal yang berkualiti tinggi dapat memberikan pulangan
yang tinggi samada dari segi perkembangan ekonomi mahupun perkembangan sosial
kehidupan masyarakat di negara tersebut. Manakala Jepun, negara yang suatu ketika dahulu
pernah lumpuh akibat ledakan bom atom, dalam jangkamasa yang tak sampai setengah abad
mampu bangun menjadi tunggak ekonomi dunia.
Satu kajian yang dilakukan oleh seorang penyelidik Barat mendapati bahawa
pembinaan pemikiran masyarakat Jepun berpunca dari keprihatinan dan kepekaan pemimpin
dan rakyat negara itu terhadap pembentukan generasi awal. Masyarakat Jepun telah
menyediakan generasi mereka dengan daya ketahanan menghadapi cabaran dari aspek fizikal
dan mental, dan mereka juga bertungkus lumus menumpukan perhatian membina daya
keintelektualan dan menggarap potensi semulajadi setiap individu kanak-kanak sejak dari
peringkat awal perkembangan. Justeru itu boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti
pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada
keseluruhan perkembangannya yang akan datang dalam aspek intelektual, sosioemosi dan
kesihatan.

2.0

LATARBELAKANG PROGRAM PERMATA NEGARA

3 | Page
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Idea mengenai program pendidikan awal kanak-kanak yang dinamakan Program


Permata Negara telah dikonsepsi pada tahun 2004/2005 oleh sekumpulan pakar yang diketuai
oleh isteri YAB Timbalan Perdana Menteri pada masa itu sebagai satu pendekatan proaktif
untuk menangani masalah sosial di kalangan remaja dan belia. Idea itu seterusnya
direalisasikan dengan penubuhan Majlis Penyelarasan Dasar Permata Negara dan
Jawatankuasa kerja Dasar PERMATA Negara dan Jawatankuasa Kerja Dasar Permata Negara
pada April 2006.
Pada Mei 2007 Projek Perintis Permata Negara telah dilaksanakan di lima buah Pusat
Anak PERMATA Negara (PAPN) iaitu di Putrajaya, Subang Jaya, Kepala Batas, Chini dan
Mempaga mengunapakai Kurikulum Permata Negara.
Pada 24 oktober 2008, Jemaah Menteri Malaysia telah meluluskan Dasar Asuhan dan
Didikan Awal Kanak-kanak kebangsaan yang memperuntukkan penglibatan pihak-pihak lain
seperti

kementerian

pelajaran,

Kementeriaan

Pembangunan

Wanita,

Keluarga

dan

Masyarakat, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan


Intergrasi Nasional (JPNIN), Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan di
Universiti Pendidikan Sultan Idris (NCDRC), Kementerian Kesihatan, dan Bahagian Pendidikan
Awal Kanak-Kanak (PERMATA) di Jabatan Perdana Menteri untuk mengambil langkah-langkah
yang telah digariskan bagi memastikan pelaksanaan Kurikulum Permata Negara berjalan
dengan sempurnanya.
Program asuhan dan didikan awal kanak-kanak PERMATA merupakan program yang di
bina untuk membantu golongan berpendapatan kurang daripada RM 1500 sebulan dari
kawasan luar Bandar dan pinggir Bandar.
Pengasuhan yang dilaksanakan berbeza dengan taska biasa kerana ibu bapa perlu
memperuntukkan sekurang-kurangnya sejam setiap minggu untuk bersama dengan anak
mereka di pusat itu supaya terdapat kesinambungan pendidikan di Permata dan di Rumah.
Kurikulum Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) disesuaikan mengikut acuan dan keperluan
kanak-kanak di negara ini walaupun konsep asalnya berpandukan amalan pusat asuhan di luar
negara, dengan memberi penekanan kepada modul pendidikan yang sesuai dengan
perkembangan minda kanak-kanak Malaysia. PERMATA mengamalkan konsep asuhan dan
didikan yang bersepadu merangkumi aspek pemakanan, kesihatan, penglibatan ibu bapa dan
komuniti Ini adalah bersesuaian untuk membentuk personaliti anak yang seimbang, yakin diri,

4 | Page
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

bijak bergaul dan ini juga adalah penting untuk pembangunan modal insan yang cemerlang,
sekaligus mengelakkan anak-anak dari terjebak ke dalam kancah gejala sosial apabila mereka
dewasa.
Kajian menunjukkan yang perkembangan otak manusia berlaku paling cepat semasa
awal tahun pertama hingga tahun ke lima dalam kehidupan mereka. Atas dasar ini,
keistimewaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA ialah, ia merupakan
satu program yang menekankan program pembelajaran yang holistik dan berbeza dari corak
pembelajaran sedia ada. Diadaptasi dari konsep learning is fun through play dari Pen Green
Centre, Corby, England, anak-anak PERMATA ditekankan untuk belajar melalui eksperimentasi,
eksplorasi dan pengalaman di Pusat Anak PERMATA Negara.

3.0

LATAR BELAKANG PROGRAM PRA SEKOLAH


Pendidikan prasekolah di negara ini telah bermula sejak tahun 1950an lagi. Pada masa

itu prasekolah dipengaruhi oleh sistem pendidikan British, yang bersifat eksklusif dan peluang
hanya terbuka kepada golongan orang yang berkemampuan sahaja. Dalam tahun 1950an lagi
hingga 1960an tadika di Malaysia ditubuhkan oleh badan-badan agama Kristian dan tadika itu
adalah di antara aktiviti gereja. Prasekolah yang dikendalikan oleh perseorangan dan pihak
swasta selalunya terdapat dikawasan Bandar yang menawarkan pendidikan awal kanak-kanak
bagi golongan pertengahan yang mampu membayar yuran yang dikenakan. Kesannya, hanya
sebilangan tertentu sahaja kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun ini berpeluang untuk
menghadiri kelas-kelas prasekolah tersebut. Ini menyebabkan ramai kanak-kanak dari
golongan kurang berada dan diluar Bandar tidak mendapat pendidikan awal di tadika.
Satu perubahan berlaku pada tahun 1969 Yayasan Asia telah menyumbangkan
peruntukan kewangan kepada pertubuhan pekerja Malaysia bagi membiayai penubuhan model
institusi prasekolah yang mirip kepada projek "Headstart" di Amerika. Kampung Muniandy,
Kampung Manggis dan Kampung Sentosa di Selangor dipilih dan sasarannya pada kanakkanak dari golongan yang kurang berada daripada keturunan Melayu, Cina dan India. Kajian
yang dijalankan di Amerika menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menghadiri projek ini telah
mencapai tahap pelajaran dan sikap yang lebih baik untuk jangka masa yang panjang
dibandingkan dengan pelajar yang tidak menghadirinya. Hasil daripada kajian keciciran 1973
(Ee Ah Meng, 1988), dilaporkan terdapat korelasi positif diantara kehadiran di tadika dengan

5 | Page
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

pencapaian prestasi kanak-kanak. Sembilan puluh peratus (90%) daripada kanak-kanak yang
menghadiri tadika ditempatkan di kelas ekspres apabila mereka masuk ke sekolah rendah.

Ahli pendidik dan kumpulan khidmat masyarakat menyedari pentingnya pendidikan pada
peringkat ini, terutama di luar bandar dengan harapan supaya kanak-kanak tersebut akan
mencapai aras kesediaan yang baik sebelum mereka memulakan pendidikan formal di sekolah.
Ini telah mendorong Kementerian Pertanian, Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
mengadakan rancangan program prasekolah dikawasan luar bandar. Rancangan prasekolah
anjuran KEMAS diberi nama Tabika (Taman Bimbingan Kanak-kanak). Tujuan utama
pendidikan prasekolah ialah memberi peluang pendidikan dan sosial kepada kanak-kanak yang
kurang bemasib baik, dimana persekitaran diluar Bandar ini kurang merangsangkan
pembelajaran. Hingga ke hari ini sebanyak 10,816 buah tabika KEMAS telah ditubuhkan bukan
sahaja diluar bandar malah juga di bandar dan kawasan setinggan (Perangkaan, 2012).

Selain itu terdapat juga agensi kerajaan dan separa kerajaan yang terlibat seperti FELDA,
RISDA, Kementerian Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Negara termasuklah Jabatan
Perpaduan Negara (TADIKA Perpaduan) dan Kementerian Sumber Manusia (Jabatan Buruh).
Manakala agensi-agensi bukan kerajaan yang terlibat termasuklah Persatuan Tadika Malaysia
(PTM), Angkata Belia Islam Malaysia (ABIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Parti Pas
(PASTI), pihak swasta dan universiti. Masing - masing mempunyai objektif mereka tersendiri.

Walaupun jumlah tadika tumbuh bagaikan cendawan tetapi dalam tahun 1990, seramai
lebih kurang 53% orang dari jumlah kanak-kanak yang berumur 5 tahun masih tidak mendapat
pendidikan prasekolah (Kementerian Pendidikan, 1991 ). Keadaan ini mendorong Kementerian
Pendidikan menubuhkan tadika " Annex" di beberapa sekolah rendah untuk memberi
kemudahan pendidikan bagi kanak-kanak miskin dari kawasan bandar dan luar bandar. Kanakkanak ini terdiri daripada mereka yang tidak mampu membayar program pendidikan prasekolah
yang dianggap mahal (Azizah, 1995). Program prasekolah "Annex" ini telah dimulakan pada 5
Januari 1992 di bawah Jabatan Sekolah dan jumlah kelas adalah 1,131 buah (Perangkaan,
1999).
Pengendalian pendidikan prasekolah oleh berbagai agensi yang berasingan ini telah timbul
beberapa masalah. Ini adalah kerana institusi tersebut mempunyai matlamat, orientasi,

6 | Page
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

keutarnaan dan kemarnpuan yang tersendiri dan bahasa pengantar yang berbeza. Ada yang
menggunakan model tradisional atau akademik dan ada yang menggunakan Montessori,
perkembangan menyeluruh, kurikulum terbuka dan carnpuran. Prasekolah anjuran ajensi
kerajaan

pula

menekankan

aspek

sosialisasi,

perpaduan

akhlak

disarnping

aspek

perkembangan kognitif.

Menyedari akan keadaan ini beberapa langkah kawalan telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal piagarn pendidikan 1994. Piagarn ini
menyebut 3 perkara ia itu, memastikan semua kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun
diberi peluang mengikuti pendidikan prasekolah; menyepadukan pendidikan prasekolah yang
dikendalikan agensi kerajaan yang lain dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia; dan
menyelaraskan serta memastikan kurikulum prasekolah dilaksanakan di semua tadika. Perkara
ini termaktub dalarn Akta 550, Undang-undaang Malaysia Akta Pendidikan (1996),

Di antara prinsip-prinsip asas dasar ialah menyediakan kemudahan pendidikan prasekolah


kepada kanak-kanak yang berumur antara 4 dan 6 tahun. Memastikan penggunaan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan. Guru-guru prasekolah hendaklah mempunyai latihan dalam
bidang pendidikan prasekolah. Memastikan kemudahan fizikal dan peralatan bersesuaian dan
berkualiti dibekalkan. Satu mekanisma naziran dan penyeliaan dijalankan. Kerajaan juga
memastikan semua institusi pendidikan prasekolah mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan
Prasekolah 1996 seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 24, Akta Pendidikan 1996.

Kini pendidikan Prasekolah dianggap penting sebagai persediaan kanak-kanak


melangkah ke sekolah rendah. Peningkatan pelajar juga berlaku mengikut perangkaan
pendidikan di Malaysia 2013. Penambahbaikan kurikulum Pra Sekolah dari KPK 2003 dan
KSPK 2010 ini bertujuan untuk kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran
masa depan.
4.0

PERBEZAAN DAN PERSAMAAN KURIKULUM PERMATA DAN KURIKULUM


STANDARD PRASEKOLAH (KSPK)

7 | Page
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Berdasar latarbelakang dua program pendidikan awal kanak-kanak ini terdapat


persamaan dan perbezaan dalam Kurikulum yang menjadi landasan kepada kejayaan program
inI.
4.1

Matlamat

Matlamat Kurikulum PERMATA Negara ialah untuk menyediakan program asuhan dan
didikan awal yang bersepadu untuk kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun. Kurikulum ini juga
menyediakan peluang kepada Kanak-kanak untuk mendapat pengalaman pembelajaran awal
yang berkualiti untuk melahirkan modal insan negara yang mempunyai sahsiah mulia,
kerohanian yang mantap, kecerdasan intelek yang tinggi, menghargai kepelbagaian budaya,
patritik dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Manakala matlamat Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010 (KSPK)
pendidikan prasekolah bertujuan untuk mengembangkan potensi kanak-kanak berumur 4
hingga 6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek,
dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang
menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam
keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka
berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan
tanggungjawab di sekolah rendah kelak,
Ini menunjukkan bahawa perbezaan matlamat dalam kedua-dua kurikulum ini hanya pada
peringkat umur. Program PERMATA menunjukkan kesinambungan pendidikan awal dari
PERMATA kepada Pra Sekolah. Manakala KSPK dari Prasekolah kepada Sekolah
Kebangsaan.

4.2

Objektif

Objektif kurikulum PERMATA Negara adalah untuk menyediakan garisan panduan


kepada pendidik melaksanakan aktiviti pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak bagi
mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Manakala kurikulum Prasekolah
kebangsaan menyediakan peluang kepada murid berumur 4 hingga 6 tahun untuk mencapai
objektif berikut dari segi Jasmani, Emosi, Intelek, Rohani dan Sosial . Walaupun jika dari aspek

8 | Page
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

objektif kedua-dua kurikulum ini menekankan objektif nilai-nilai murni dari segi Jasmani, EmosI,
Rohani, Intelek dan Sahsiah. Namun ia berbeza mengikut perkembangan umur. Contoh objektif
kurikulum permata dari segi intelek untuk menguasai kemahiran awal berbahasa dan
berkomunikasi manakala objektif di peringkat KSPK adalah untuk kanak-kanak menguasai 4M
iaitu Membaca, Menulis, Menakul dan Mengira.
4.3

Rekabentuk Kurikulum

Kurikulum PERMATA dibentuk hasil penelitian mendalam ke atas pelbagai penyelidikan


yang dijalankan di dalam dan luar negara. Ia juga mengambil kira kajian dan tinjauan yang
telah dilakukan. Di samping itu juga ia juga di Rekabentuk teori dan falsafah yang mantap.
Gabungan dari Kurikulum Montessori, kurikulum Reggio Emilia, Kurikulum High Scope
(Amerika Syarikat) Kurikulum Early Years Foundation Stagee (EYFS) dan Kurikulum Te
Whariki.
Rekabentuk Kurikulum Standard Pra Sekolah adalah berasaskan Standard dan
Kurikulum berbentuk Modular. Kurikulum berasaskan standard terbahagi kepada dua iaitu
standard kandungan dan standard pembelajaran. Manakala kurikulum berbentuk Modular
merupakan satu kurikulum yang kandungannya di organisasikan dan seterusnya di sampaikan
dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Dua jenis modul iaitu Modul Teras
Asas dan Modul Bertema
4.4

Prinsip pembelajaran

Prinsip pembelajaran yang dijadikan fokus bagi kurikulum Permata mengambil kira teori
dan falsafah Teori Psikologi Sosial, Teori attachment, Teori Pembelajaran Sosial, Teori
Perkembangan Intelek, Teori Kepelbagaian Kecerdasan dan Teori sistem Ekologikal dan
pengaruh budaya dari pandangan islam, Confucius, Buddha dan Hindu. Manakala Prinsip
pembelajaran

Kurikulum

Standard

Pra

Sekolah

Kebangsaan

teori

pembelajaran

konstruktivisme. Bagaimanapun terdapat juga Teori Perkembangan awal kanak-kanak turut


diguna di Prasekolah seperti teori Kepelbagaian Kecerdasan

4.5

Standard Pengajaran dan Pembelajaran

Standard Pengajaran dan Pembelajaran di Permata adalah berasaskan kepada konsep


pendidikan secara holistik, pembelajaran adalah menyeronokan, kurikulum dan pedagogi

9 | Page
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

melibatkan penyertaan akitif ibubapa dan komuniti, program asas pengasuhan berkualiti
penaksiran dan penilaian.
Model konseptual kurikulum Permata Negara menunjukkan pengabungan komponen
pengasuhan dan pendidikan yang perlu di upayakan melalui usaha pendidik yang terlatih dan
Profesional, penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan bantuan sistem sokongan yang
mantap dari pihak berwajib.

10 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

11 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Standard Pengajaran dan Pembelajaran menerangkan apa yang perlu diketahui dan dilakukan
oleh guru prasekolah semasa pengajaran dan pembelajaran. Terdapat 6 standard pengajaran
dan pembelajaran yang digunakan iaitu
Standard Pengajaran dan Pembelajaran Pertama: Guru Prasekolah perlu membuat
perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan kurikulum dan
keperluan kanak-kanak. Guru perlu membuat perancangan jangkamasa panjang
(contohnya Rancangan Tahunan) dan jangkamasa pendek (contoh rancangan Harian)
berdasarkan Kurikulum Standard Pra Sekolah dan 6 tunjang kurikulum

Standard Pengajaran dan Pembelanjaran Kedua: Guru Prasekolah perlu menggunakan


pendekatan

yang

bersesuaian

dengan

tahap

perkembangan

kanak-kanak

supaya

pembelajaran berkesan dan membawa makna kepada murid


Standard Pengajaran dan Pembelajaran Ketiga: Guru Prasekolah menjalankan pentaksiran
secara berterusan menggunakan pelbagai kaedah seperti dinyatakan di standard pentaksiran
Standard Pengajaran dan Pembelajaran Keempat: Guru prasekolah perlu mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik prasekolah
Standard Pengajaran dan Pembelajaran Kelima: Penglibatan ibu bapa dan komuniti setempat
amat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Guru memainkan peranan yang penting
dalam membina hubungan antara sekolah dan ibubapa murid.

12 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Standard Pengajaran dan Pembelajaran keenam: Guru Prasekolah menghadapi keadaan di


mana terdapat murid keperluan khas dalam kelas mereka. Guru prasekolah perlu membantu
mengenalpasti murid keperluan khas ini dan memberi nasihat yang bersesuaian kepada
ibubapa.
4.6

Pemerhatian dan Penaksiran Kanak-kanak


Penaksiran ialah proses mengumpul dan menganalisis maklumat tujuan menilai.
Penaksiran yang ditekankan dalam Kurikulum PERMATA Negara adalah untuk tujuan
mengetahui kemajuan perkembangan kanak-kanak supaya pendidik dan ibu bapa dapat
merancang intervensi yang sesuai untuk membantu atau memperkayakan lagi pengalaman
pembelajaran kanak-kanak.
Penaksiran Kanak-kanak dilakukan melalui pemerhatian, dan bukan secara ujian atau
peperiksaan. Pendidik melakukan pemerhatian kanak-kanak setiap masa sepanjang mereka
berada di TASKA, dan semasa mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran dan rutin.
Penaksiran ini dinamakan penaksiran autentik dan dilakukan berterusan. Ia juga disebut
sebagai penaksiran formatif.
Manakala dalam kurikulum Stadard Prasekolah Kebangsaan terdapat 6 standard
penaksiran yang digunakan dalam proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan
kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaeadah.

Standard Pentaksiran Pertama: Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan tujuan


pentaksiran yang ditetapkan.
Standard Pentaksiran Kedua: Pentaksiran harus dijalankan ke atas pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan.
Standard Pentaksiran Ketiga: Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang masa.
Standard Pentaksiran Keempat: Kaedah pentaksiran harus sah dan sahih, sesuai dengan
perkembangan kanak-kanak dan berasaskan kaedah saintifik
Standard Pentaksiran Kelima: Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang tindakan
susulan demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan untuk membantu
pengajaran.
Standard Pentaksiran Keenam: Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak
asasi kanak-kanak perlu dipatuhi.

4.7

Pedagogi yang digunakan

13 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Kurikulum Permata Negara mengguna pakai pedagogi yang bersesuaian dengan kanakkanak 0-4 tahun iaitu Pedagogi Bermain. Amalan pedagogi ini telah diterima pakai di seluruh
dunia kerana didapati kanak-kanak bukan sahaja bermain tetapi belajar semasa mereka
bermain. Pendekatan ini dinamakan BELAJAR MELALUI BERMAIN Pakar perkembangan
kanak-kanak menerangkan bermain adalah kerja kanak-kanak kerana secara fitrahnya kanakkanak suka bermain dan ia melibatkan pengalaman langsung mengendali dan memanipulasi
alat-alat mainan dan bahan-bahan dalam persekitarannya.
Terdapat 8 jenis Permainan yang boleh digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran

Selain itu juga kaedah pedagogi PERMATA adalah konsep 3E Meneroka (exploring),
Mengeksperimen (Experimenting) dan Mengalami (Experiencing). Pembelajaran berasaskan
konsep 3E melibatkan pembelajaran hands on and aktif. Kanak-kanak diberi peluang
meneroka masalah atau perkara-perkara yang terdapat dalam persekitaran mereka. Kaedah ini
membolehkan kanak-kanak menyiasat perkara yang mereka ingin tahu dan memanipulasikan
bahan-bahan yang mereka ingin terokai.
Teknik-teknik lain yang digunakan di PERMATA adalah membaca dan bercerita . Selain
itu juga menyanyi, berzikir dan bermain muzik juga di gunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di PERMATA.

14 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Manakala pedagogi yang diguna dalam Standard Pengajaran dan Pembelajaran Kedua ialah

terdapat 9 keadah
Pembelanjaran berpusatkan murid
Inkuiri Penemuan
Belajar melalui bermain
Pendekatan bersepadu
Pendekatan Bertema
Pembelanjaran berasaskan projek
Pembelanjaran Masteri
Pembelanjaran Kontekstual
Pembelanjaran berdasarkan kepelbagaian

kecerdasan

(Multiple

Intelligence)
4.8

Modul Pembelajaran

Aktiviti pembelajaran PERMATA disusun dalam bentuk MODUL mengikut umur kanakkanak. Terdapat 6 Modul kesemuanya. Termasuk sebuah modul tambahan bagi kanak-kanak 4
tahun yang telah mencapai perkembangan melebihi umurnya. Modul ini dinamakan Modul
Pengayaan. Senarai aktiviti pembelajaran mengikut enam bidang pembelajaran yang terdapat
dalam Modul Permata dan Objektif Pembelajaran.

15 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Modul Pembelajaran Pendidikan prasekolah dilaksanakan melalui modul asas dan


modul bertema. Modul Asas merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina
(untuk prasekolah yang aliran bahasa Cina), Bahasa Tamil (untuk prasekolah yang aliran
bahasa Tamil), pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik dan permainan Luar.
Modul Bertema ialah menyepadukan kesemua tunjang dalam kurikulum Prasekolah.
Modul ini mengikut keperluan murid, keperluan setempat dan keperluan semasa. Di dalam
Kuriikulum Permata juga Rancangan Pengajaran Aktriviti menggunakan konsep Bertema.

4.9

Penjadualan dan Pengurusan Pembelajaran

16 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Setiap pusat anak permata Negara perlu membuat perancangan tahunan, bulanan dan
Harian di Taska. Perancangan tahunan disediakan bagi memudahkan pendidik merancang
aktiviti dan program yang ingin dilaksanakan sepanjang tahun mengikut tema atau peristiwa.
Jadual Harian Taska disediakan bertujuan untuk memudahkan pendidik dan ibubapa
mengetahui dan memahami proses pembelajaran kanak-kanak sepanjang tempoh mereka
berada di TASKA. Ianya juga memudahkan pendidik menyediakan semua keperluan bagi
aktiviti yang dijalankan.
Komponen-komponen Jadual Harian Taska:
Umur dan tahap perkembangan
Peruntukan Masa aktiviti
Urutan Aktiviti
Keperluan asas kanak-kanak
Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) yang disediakan oleh pendidik mestilah mengikut
perancangan tahuan dan bulanan yang telah dibina. Tujuan menyediakan RPA adalah untuk
dijadikan sebagai panduan bagi:
Melaksanakan aktiviti secara feksibel bersesuaian dengan
kebolehan dan tahap kesediaan kanak-kanak.
Menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai
Menentukan objektif
Memilih teknik melaksanakan aktiviti yang berkesan
Menyepadu bidang perkembangan kanak-kanak mengikut
kesesuaian aktiviti

Manakala jadual pembelajaran di Pra Sekolah telah ditetapkan mengikut cadangan yang
terdapat dalam kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan . Guru akan menyediakan
Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan jadual.

Bil.

Bidang Pembelajaran

Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah


yang bahasa pengantarnya bukan BM
(minit)

Dijlnkan
dlm BM

Dijlnkan
dlm BI

Dijlnkan
dlm
BC/BT

Jumlah

17 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Rutin pagi *

10

20

20

10 x 5 = 50

Perbualan Pagi

20

40

40

20 x 5 = 100

Rehat

30

90

30

30 x 5 = 150

Refleksi sebelum balik

10

20

20

10 x 5 = 50

Modul asas BM

90

90

Modul bertema** yang


dikendalikan dalam BM

200

200

Modul asas BI

90

90

Modul bertema** yang


dikendalikan dalam BI

140

140

Modul asas BC/BT

90

90

10

Modul Bertema yang


berunsurkan Pendidikan
Moral yang dikendalikan
dalam BC/CT /Pendidikan
Islam

120

120

11

Permainan Luar ( satu


hari dalam BM, satu hari
dalam BI)

40

80

12

Matematik

40

40

400

1200

Jumlah minit seminggu

40

400

400

Masa Pembelajaran yang lebih lama di peringkat Program Permata kerana Kanak-kanak
akan pulang pada pukul 5.30 kerana Program ini mengunakan pendekartan asuhan didikan
awal di sekolah. Ini menunjukkan peranan guru sebagi ibubapa kedua bagi kanak-kanak.

18 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Manakala pendidikan di Prasekolah lebih menekankan aspek pembelajaran

bermula pada

pukul 8.00 hingga 12.00 tengah hari.


5.0

RUMUSAN
Berdasarkan rujukan, kajian dan penelitian KSPK dasar Kurikulum kedua-dua program
pendidikan awal kanak-kanak ini adalah berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
melahirkan modal insan negara.

Bagaimanapun pendekatan yang digunakan terdapat

persamaan dan perbezaan mengikut perkembangan umur kanak-kanak jika kita lihat Kurikulum
Standard PraSekolah Kebangsaan adalah Kesinambungan Kurikulum Permata dimana dalam
bidang Pembelanjaran terdapat 6 komponen yang ditekankan iaitu perkembangan sahsiah
sosio-emosi dan kerohanian manakala di dalam KSPK juga terdapat Tunjang kerohanian, sikap,
Nilai . Perkembangan Bahasa, komunikasi dan Awal Literasi begitu juga KSPK yang
menekankan Tunjang komunikasi. Manakala Pembelanjaaaran seterusnya dalam kurikulum
PERMATA adalah perkembangan fizikal dan Psikomotor dan Perkembangan Kreativiti dan
Estetika. Kedua-dua perkembangan ini telah di satukan di dalam KSPK iaitu dalam Tunjang
Perkembangan Fizikal dan Estetika.

Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik

dijadikan salah satu bidang pembelanjaran dalam KURIKULUM PERMATA begitu juga KSPK
yang dikenali sebagai Tunjang Sains dan Teknologi. Seterusnya

bidang pembelajaran

perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Luar juga turut di beri penekanan sebagai salah
satu pendedahan awal kepada kanak-kanak merangsang perkembangan kelima-lima deria dan
menanam sifat keprihatinan, kecintaan terhadap alam sekitar dan penciptanya bidang
pembelajaran ini juga terdapat dalam KSPK yang dikenali sebagai Tunjang Kemanusiaan.
Jadual pembelanjaran berbeza dengan Kanak-kanak Permata dimana jadual Harian
Permata merangkumi asuhan dan didikan. Masa kanak-kanak di Permata adalah lebih lama
berbanding di Pra Sekolah. Cara pengurusan juga berbeza di mana Pendidik tidak perlu
membuat belanjawan terhadap pengurusan seperti penyediaan makanan.
Manakala di Pra Sekolah guru perlu menyediakan belanjawan terhadap pengurusan
makanan kanak-kanak . Tugas guru Pra sekolah lebih mencabar berbanding guru Permata
kerana guru perlu mengawal dan memerhatikan kanak-kanak yang jumlah lebih besar. Guru di
Permata hanya menumpukan kanak-kanak berdasarkan ratio umur dan bilangan kanak-kanak
yang kecil.

19 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Selain itu juga Pendidik Permata hanya perlu membuat Rancangan Pengajaran Aktiviti
berdasarkan Tema bulanan yang ditetapkan dan mencatat log harian kanak-kanak untuk
pemantauan secara berterusan.
Bagi Guru Pra Sekolah dokumentasi Rancangan Pengajaran perlu melalui banyak
proses. Di mana Guru Pra Sekolah perlu membuat jadual waktu sendiri mengikut masa yang
telah ditetapkan untuk setiap mata pelajaran. Guru perlu membuat Rancangan Pengajaran
Mingguan , Rancangan Pengajaran Harian, Rancangan Pengajaran Slot. Selain itu juga RPS
yang dibuat adalah mementingkan pencapaian objektif berbeza dengan PERMATA yang tidak
mementingkan pencapaian objektif sebaliknya proses aktiviti.
Pedagogi yang digunakan di dalam kedua-dua kurikulum ini menekankan pendekatan
belajar melalui bermain kerana fitrah kanak-kanak adalah sukakan bermain pada peringkat ini.
Kedua-dua program in menggalakan kanak-kanak berfikiran kritis di mana pengajaran
berpusatkan murid, berpusatkan bahan dan bukan lagi semata - mata berpusatkan guru. Di
dalam program pedagogi PERMATA mementingkan kanak-kanak melalui proses 3E di dalam
aktiviti di rancang. Begitu juga di peringkat Prasekolah kaedah ini turut digunakan dalam
pendekatan projek dan penemuaan inkuiri. Setiap aktiviti dirancang mesti disesuaikan dengan
tahap perkembangan umur kanak-kanak supaya aktiviti yang dilakukan menjadi bermakna
kepada kanak-kanak. Pendekatan Bertema juga digunakan didalam kedua-dua kurikulum
PERMATA dan KSPK. Ini adalah kerana pendekatan bertema dapat meneroka pengalaman
manusia dari segi pandangan atau perspektif dan seringkali boleh menimbulkan isu.
Selain itu juga penglibatan ibubapa lebih ditekankan dalam program PERMATA jika
dibandingkan dengan Prasekolah kerana di Permata keingkaran ibu bapa melaksanakan
penglibatan 4 jam seminggu menyebabkan anak tidak dapat meneruskan pembelajaran di
PERMATA. Selain itu juga kanak-kanak di Permata terdiri dari golongan yang berpendapatan
rendah berbeza di Prasekolah yang tidak mengira pendapatan dalam pemilihan pelajarnya.
Pentaksiran juga turut digunapakai di dalam Kedua-dua kurikulum di mana sebagai
intervensi awal untuk mengenalpasti masalah perkembangan pelajar dan potensi pelajar.
Kaedah pemerhatian penaksiran kanak-kanak menggunakan kaedah :

Rekod Anekdot
Log Anak Permata
Senarai Semak Perkembangan
Portfolio anak permata

20 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Manakala begitu juga di peringkat Pra Sekolah Standard Pentaksiran digunakan melalui
pemerhatian berterusan dan hasil kerja . Kaedah yang digunakan adalah
Senarai Semak
Skala Kadar
Rekod Anekdot
Rekod Berterusan
Porfololio

BAHAGIAN B

21 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

6.0

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

TEMA TAHUNAN

Minggu
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.

Tarikh
2-10/1/14
13-17/1/14
20-24/1/14
27-31/1/14
3-7/2/14
10-14/2/14
17-21/2/14
24-28/2/14
3-7/3/14
10-14/3/14
17-21/3/14
22-30/3/14
31/3-4/4/14
7-11/4/14
14/8-18/4/14
21-25/4/14
28/4-2/5/14
5/5 - 9/5/14
12/5-16/5/14
19-27/5/14
28/5-13/6/14
16-20/6/14

Minggu

Tarikh

Tema
Hari Orientasi
Diri Saya
Anggota Badan
Keluarga Saya
Sekolah Saya
Tahun Baru Cina
Kawan Saya
Jiran Saya
Kebersihan Diri
Keselamatan Diri
Rumah Saya
Cuti Pertengahan Penggal 1
Emosi Diri
Makanan
Air
Pasir
Pakaian & Eksesori
Peralatan
Kenderaan Darat
Kenderaan Udara
Cuti Pertengahan Tahun
Kenderaan Air

Tema

22 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33
34.
35.
36.
37.
38.
39.
40.
41.
42.
43.
44.
45.

23-27/6/14
30/6-4/7/14
7-11/7/14
14-18/7/14
21-25/7/14
28/7-1/8/14
4-8/8/14
11-15/8/14
18-22/8/14
25-29/8/14
1-5/9/14
8-12/9/14
13-21/9/14
22-26/9/14
29/9-3/10/14
6-10/10/14
13-17/10/14
20-24/10/14
27-31/10/14
3-7/11/14
10-14/11
17-21/11
22-31/12

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Kemudahan Awam
Haiwan Jinak & Peliharaan
Haiwan Liar
Haiwan di Air
Serangga
Tumbuh-Tumbuhan
Sayur-Sayuran
Buah-Buahan
Bunga
Kemerdekaan
Perayaan & Hari Istimewa
Sayangi Alam Semestar
Cuti Pertengahan Penggal 2
cuaca
Pekerjaan Beruniform
Pekerjaan Tidak Beruniform
Pembinaan
Lagu & Muzik Traditional
Seni Kraft & peralatan Tradisi
Permainan Moden
Permainan Traditional
Persediaan ke tahun satu
Cuti akhir tahun

23 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

24 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

25 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

26 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

27 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

28 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

29 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

30 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

31 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

32 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

33 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

34 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

35 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

36 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

BAHAGIAN C

7.0

REFLEKSI
Semasa menerima tugasan ini apa yang terlintas di fikiran kesukaran membuat

tugasan 2, 3 dan 4 yang berbeza dengan rancangan pengajaran aktiviti kami di


Permata. Apabila di kaji dan setelah mendapat bahan yang telah diberikan oleh

37 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Pensyarah Puan Norhazian sedikit sebanyak gambaran sebenar cara membuat RPM,
RPH dan RPS dapat merungkai kesukaran yang dirasakan semasa menerima tugasan
tersebut.
Tugasan yang pertama saya perlu membuat perbandingan diantara kurikulum
Permata dan KSPK. Melalui pembacaan buku KSPK dan

Kurikulum kedua-kedua

program ini menekankan pembangunan modal insan selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan pendekatan yang digunakan adalah sama cuma perbezaan
mengikut perkembangan kanak-kanak kerana Kurikulum ini dibuat berdasarkan
peringkat umur. Saya merasa tanggunjawab sebagai guru adalah yang mulia kerana
disinilah letaknya intergriti seorang guru yang melaksanakan amanah yang telah
dipertanggungjawabkan. Segala format dan kaedah yang ditunjuk adalah panduan untuk
semua guru di Seluruh Malaysia. Bagaimana objektif ini dapat dicapai adalah
bergantung kepada pelaksananya.
Seterusnya tugasan microteaching yang perlu dilakukan akan menguji cara saya
untuk menarik perhatian murid-murid yang dalam kelompok yang besar. Berbeza ketika
mengajar kanak-kanak di PERMATA ratio anak seorang guru hanya 7 orang untuk
kanak-kanak berumur 3 tahun. Perasaan teruja untuk mengajar kanak-kanak yang
berumur 6 tahun bagi saya ada kekuatan dan kelemahannya kerana pada umur ini
pandangan saya merasakan perkembangan kognitif dari bahasa adalah sangat baik.
Saya kena bersedia dengan segala jawapan pada setiap soalan yang mungkin tidak
dijangka oleh saya. Sangkaan saya tepat sekali kerana pada sesi pengajaran seorang
Murid bernama Asyraaf telah bertanya kepada saya cikgu ni boleh buat topeng tak?
Saya memberitahu boleh tapi nanti kat mata tak nampak? Lepastu Asyraaf jawab kita
boleh tebuk lubang dekat mata dia tak cikgu? Saya jawab boleh kita boleh tebuk lubang
supaya boleh nampak? Asyraaf bertanya balik tapi tali dia panjang? Saya memberitahu
bahawa tali tersebut boleh dipotong pendek selaras dengan kepala kita? Asyraaf
senyum mengangguk tanda faham. Saya berandaian bahawa sebagai seorang kanakkanak lelaki mereka lebih teruja membuat topeng berbanding hand bag.
Dalam aktiviti ini kelemahan adalah dibahagian mewarna di mana mengambil
masa yang lama untuk kanak-kanak menyiapkan tugasan tersebut. Di samping itu juga
aktiviti terlalu berpusatkan guru dimana murid banyak bergantung pada guru contoh

38 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

apabila mencantum bahan dan menebuk lubang dan mengikat tali. Oleh itu pada masa
akan datang murid tidak perlu lagi mewarna.
Kanak-kanak berlumba-lumba ingin menyiapkan tugasan sehigga cikgu tidak
dapat mengawal keadaan kerana perlu membantu semua murid dalam masa. Saya
akan cuba mengaplikasi aktiviti yang sama tetapi mengubah corak supaya aktiviti
berpusatkan bahan. Di mana kanak-kanak dapat mencantum pinggan dengan double
tape yang telah disediakan oleh cikgu. Begitu juga dengan telinga ini akan memudahkan
tugas guru.
Pada akhir aktiviti kanak-kanak kelihatan gembira dengan hasil kerjanya sendiri
dengan menunjukkan hasil kerja kepada kawan-kawan. Murid-murid dapat memberitahu
semula bagaimana cara membuat beg tangan arnab kerana mereka melalui proses
membuat beg tangan arnab itu sendiri.
Sebagai seorang guru saya akan berasa seronok jika murid-murid berasa
seronok dengan aktiviti yang dilakukan dan ini akan menjadikan saya lebih kreatif untuk
menghasilkan BBM supaya murid merasa pembelajaran itu menyeronokan.
Karier seorang guru menuntut kesabaran, semangat, tekad dan keazaman yang
tinggi dalam menjalankan tanggungjawab dalam mendidik anak bangsa. Bagi saya,
minat adalah perkara kedua dalam menjalankan amanah sebagai seorang pendidik.
Faktor paling utama ialah semangat ingin mencuba dan terus berusaha. Minat akan
datang dengan sendirinya setelah kita mengenali dunia perguruan dan pendidikan ini.
Seorang guru yang berjaya adalah guru yang amanah dalam mendidik anak bangsa.
Amanah di sini membawa maksud menjalankan tugas dengan penuh kesungguhan dan
keikhlasan. Seorang guru yang amanah dan ikhlas berbakti kerana Allah dan demi anak
bangsa akan menghasilkan pelajar yang cemerlang dari segi moral dan rohani.
Guru yang cemerlang akan memikul tanggung jawab dengan penuh amanah dan
sentiasa memperbaiki diri untuk menyelesaikan masalah pelajar alam pembelajaran
mereka. Seseorang guru hendaklah bertanggungjawab dalam setiap apa yang dilakukan
untuk kebaikan muridnya. Mungkin bagi orang lain tindakan itu nampak tidak relevan,
tetapi jika kita percaya apa yang kita lakukan memberi kebaikan kepada murid, maka
teruskan sahaja.
Selain itu seorang guru harus bersedia berkorban masa, kesenangan,
keselesaan, masa rehat dan kewangan demi kesejahteraan murid. Mungkin adanya kita

39 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

akan rasa apa yang kita lakukan tak berbaloi dengan gaji yang kita terima, tetapi
mungkin Allah akan membaasnya dengan cara lain seperti menganugerahkan murid
yang mengingati kita seumur hidup dan lain-lain lagi.

RUJUKAN

Azizah Lebai Nordin & Zainun Ishak (1999). Pendidikan Pra Sekolah untuk guru. Kuala Lumpur:
utusan publication & Distributors Sdn Bhd
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2009). Dokumen Standard Prasekolah.
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia. Laporan Kajian Kes Pendidikan Prasekolah.
Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan dengan Kerjasama
UNICEF
Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Bahagian
Sekolah dan Pusat Perkembangan kurikulum (1991). Pelaksanaan Program Pendidikan
Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, Persidangan Pegawai Pendidikan
Daerah Bahagian Melaka.

40 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Kurikulum Permata Negara, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak (NCDRC),


(2013) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Percetakan Nasioanal Malaysia Berhad, Kuala
Lumpur.

8.0 LAMPIRAN
JADUAL

PERBEZAAN

KURIKULUM

PERMATA

DAN

KURIKULUM

STANDARD

PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Perbezaan
Tahun

KURIKULUM PERMATA
Idea mengenai Program

pada 2004
Diguna pakai seluruh

KURIKULUM PRASEKOLAH
Mula di kenali pada tahun 1950
Kajian Pendidikan Prasekolah
pada tahun 1981 sehingga

negara pada 2008 di


semua PAPN, KEMAS,

1984.
Berkembang pesat pada tahun

JPNIN, Taska di tempat

1990 dan dan melakukan

kerja, Taska komuniti

penambah baikan pada tahun

dan Taska keluarga

1994

YKPT

41 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )
Dasar yang

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Kurikulum yang

Kurikulum Prasekolah

digunakan

digunakan berdasarkan

Kebangsaan digubal

dalam

Falsafah pendidikan

berlandaskan prinsip

mengubal

kebangsaan dan juga

rukunegara dan falsafah

kurikulum

Dasar Asuhan dan


Didikan Awal kanak

pendidikan kebangsaan.
Akta Pendidikan 1996 dijadikan

kanak kebangsaan 2008.


Di bawah Pemantauan

panduan dalam memenuhi

Jabatan Perdana

panduan kurikulum Prasekolah.


Di bawah Pemantauan

Menteri

kualiti dan sebagai garis

Kementeriaan Pendidikan
Sekolah
Matlamat

Menyediakan program

mengembangkan potensi

asuhan dan didikan awal

kanak-kanak berumur 4 hingga

kanak-kanak yang

6 tahun secara menyeluruh dan

berumur 0-4 Tahun.


Melahirkan modal insan

bersepadu dalam aspek

negara yang seimbang

dan sosial melalui persekitaran

dari segi JERIS.


Persediaan sebelum
masuk Prasekolah.

jasmani, emosi, rohani, intelek,

pembelajaran yang selamat.


Persediaan sebelum masuk

Rekabentuk

Berdasarkan kajian keatas

sekolah rendah.
Perancangan dan pengubalan

kurikulum

Program Asuhan dan Didikan

kurikulum ini juga mengambil kira

Awal yang dilakukan oleh

negara maju.

Kurikulum Montessori
Kurikulum Reggio Emilia
Kurikulum HighScope
Kurikulum Early Years

pandangan dan falsafah serta


teori pendidikan awal kanak-

kanak
psikologi, dan perkembangan

kanak-kanak
pembelajaran terkini.

Foundation stage

Teori pelbagai kecerdasan

(EYFS) united kingdom.


Kurikulum Te Whariki

Konsep e-pembelajaran

(New Zealand)
Ratio kanak-

Mengikut nisbah guru:

Di Prasekolah umur kanak-kanak

42 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

kanak

bilangan kanak-kanak
Di Permata nisbah kanak-kanak

lingkungan 6 tahun nisbah yang


dibenarkan 1 guru : 25 orang murid

mengikut umur:

Umur setahun:
1 guru : 3 orang

Umur 2 tahun
1 guru : 7 orang

Umur 3 tahun
1 guru: 10 orang

Umur 4 tahun
1 guru: 12 orang

Standard

Pengajaran

Skop kurikulum meliputi

4 aspek pengasuhan.
Pemakanan seimbang
Keselamatan kanak-

di gubal dengan memberikan


penekanan standard
Kandungan dan standard

kanak. Penjagaan dan


latihan urus diri bayi dan

kanak-kanak.
Amalan Pengasuhan
6 bidang pembelanjaran
PERMATA telah
membantu
perkembangan kanakkanak dalam enam

aspek:
Perkembangan Sahsiah,
sosioemosi dan

kerohanian
Perkembangan bahasa,

Kurikulum standard Prasekolah

Pembelajaran.
Standard Pengajaran dan
Pembelajaran berpaksikan 6

tunjang
Komunikasi
Kerohanian Sikap dan Nilai
Kemanusiaan
Sains dan Teknologi
Perkembangan Fizikal dan

Estetika
Perkembangan ketrampilan diri.
Tujuan kesinambungan,
tunjang-tunjang pembelajaran
sama dengan tujuan yang

komunikasi dan literasi

difokus dalam pendidikan

awal.
Perkembangan awal

sekolah rendah.

matematik dan pemikiran


logik.

43 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Perkembangan Deria
dan Pemahaman Dunia

Persekitaran.
Perkembangan Fizikal

dan Psikomotor
Perkembangan kreativiti
dan Estetika

Modul

Modul Pembelajaran

Pengajaran

permata
Modul 1: Peringkat umur

0 hingga 6 bulan
Modul 2: Peringkat umur

6 hingga 12 tahun.
Modul 3: Peringkat umur

1 hingga 2 tahun.
Modul 4: Peringkat umur

2 hingga 3 tahun.
Modul 5: Peringkat umur

3 hingga 4 tahun.
Modul 6: Pengayaan
untuk kanak-kanak 4

tahun.
Pendekatan Bertema
juga digunakan di
Permata

Tujuan modul dibina


sebagai panduan untuk
pendidik melaksanakan
RPA berdasarkan
perkembangan kanakkanak mengikut umur. Ini
bertujuan untuk
mencapai objektif
pengajaran dan

Modul asas
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Matematik dan permainan luar.

Modul bertema
Modul bertema menyepadukan
kesemua tunjang dalamm
kurikulum prasekolah.

44 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Pedagogi
yang
digunakan

pembelajaran
Belajar Melalui Bermain
Permainan bebas
Permainan Manipulatif
Permainan Kognitif
Permainan Fizikal
Permainan Bahasa dan

Pembelajaran berpusatkan

Literasi Awal.
Permainan Sensori
Permainan Kreatif
Permainan Traditional
Konsep 3E
Meneroka,

murid
Inkuiri penemuan
Belajar melalui bermain
Pendekatan bersepadu
Pendekatan Bertema
Pembelajaran Berasaskan

Projek
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Kontektual
Pembelajaran berdasarkan
kepelbagaian kecerdasan.

Mengeksperimen dan

Penjadualan

Mengalami
Teknik teknik lain
Pendidik perlu membuat
perancangan

Dan
pengurusan
pembelajara

tahunan
Perancangan

bulanan
Jadual Harian di

Guru di Prasekolah juga perlu


membuat Jadual Tahunan
berdasarkan Tema mengikut
kalender persekolahan ,
Membuat Rancangan

Taska sepanjang

tahun.

Pengajaran Mingguan.
Rancangan Pengajaran
Harian

Jadual Harian disediakan


termasuk dari segi
pembelajaran dan pengasuhan
Rutin harian

Masa

Persekolahan

yang

Masa Pembelajaran dari 7.30 12.30.

panjang dari 7.30 hingga 5.30.

Dasar asuhan kurang diaplikasi. Rutin

Permata

harian juga ada di ajar seperi doa,

sebagai

Rumah

Kedua. Rutin Harian dalam urus

makan, gosok gigi dan main bebas

diri dan tidur yang cukup.

JADUAL

PERSAMAAN

KURIKULUM

PERMATA

DAN

KURIKULUM

PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Perbezaan
Dasar yang

KURIKULUM PERMATA
Kurikulum

yang

KURIKULUM PRASEKOLAH
Kurikulum Prasekolah

STANDARD

45 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

digunakan

digunakan

berdasarkan

Kebangsaan digubal

dalam

Falsafah pendidikan dan

berlandaskan prinsip rukunegara

mengubal

Rukun Negara.

dan falsafah pendidikan

kurikulum

kebangsaan.

Matlamat

.
Melahirkan modal insan
negara

yang

menyeluruh

seimbang

dari segi JERIS.


Persediaan
sebelum

rohani,

bersepadu
dan

sosial

persekitaran

pembelajaran yang selamat.


Persediaan sebelum masuk

Terdapat Persamaan teori

sekolah rendah.
Perancangan dan pengubalan

Pendidikan Awal Kanak-

kurikulum ini juga mengambil kira

kanak
Teori Jean Piaget
Teori Kecerdasan kanak-

pandangan dan falsafah serta teori

kanak
Mengikut Perkembangan

kurikulum

pendidikan awal kanak-kanak.

Pengajaran

Masa Persekolahan yang

kanak
Masa Pembelajaran dari 8.00

panjang dari 7.30 hingga

sehingga 12.00. Dasar asuhan

5.30. Permata sebagai

kurang diaplikasi. Rutin harian

Rumah Kedua. Rutin

juga ada di ajar seperi doa,

Harian dalam urus diri

makan, gosok gigi dan main

dan tidur yang cukup.


6 bidang Pembelanjaran

bebas.
Standard

Pengajaran

Pembelajaran

membantu perkembangan

tunjang
Komunikasi
Kerohanian Sikap dan Nilai
Kemanusiaan
Sains dan Teknologi
Perkembangan
Fizikal
dan

aspek:
Perkembangan Sahsiah,
sosioemosi dan
kerohanian

Estetika

berpaksikan

dan

PERMATA telah
kanak-kanak dalam enam

Teori Jean Piaget


Teori Kecerdasan kanak-kanak
Mengikut Perkembangan kanak-

kanak-kanak

Standard

intelek,

melalui

Rutin harian

dan

dalam aspek jasmani, emosi,

masuk Prasekolah.

Rekabentuk

mengembangkan potensi secara

46 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Perkembangan
komunikasi

bahasa,

dan

literasi

awal.
Perkembangan

Perkembangan ketrampilan diri.


Tujuan kesinambungan, tunjang-

awal

tunjang

pembelajaran

dengan

tujuan

matematik dan pemikiran

dalam

pendidikan

logik.
Perkembangan Deria dan

rendah.

Pemahaman

Dunia

Persekitaran.
Perkembangan

Fizikal

dan Psikomotor
Perkembangan

kreativiti

yang

sama
difokus
sekolah

dan Estetika
Modul

Modul bertema juga

Pengajaran

Modul bertema

digunakan di Permata dan

Modul bertema menyepadukan

berdasarkan

kesemua tunjang dalamm

perkembangan kanak-

kurikulum prasekolah.

kanak mengikut umur.

Pedagogi
yang
digunakan

Belajar Melalui Bermain


Permainan bebas
Permainan Manipulatif
Permainan Kognitif
Permainan Fizikal
Permainan Bahasa dan

Literasi Awal.
Permainan Sensori
Permainan Kreatif
Permainan Traditional
Konsep 3E
Meneroka,
Mengeksperimen

dan

Pembelajaran berpusatkan

murid
Inkuiri penemuan
Belajar melalui bermain
Pendekatan bersepadu
Pendekatan Bertema
Pembelajaran Berasaskan

Projek
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Kontektual
Pembelajaran berdasarkan
kepelbagaian kecerdasan.

Mengalami
Teknik teknik lain
Pedagogi yang digunakan di
Prasekolah ini boleh digunakan
di PERMATA tetapi aktiviti perlu

Pendekatan bermain seperti Permata


juga boleh digunakan pada umur 4-6

47 | P a g e
( PA M 2 1 0 3 )

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

berdasarkan umur.

tahun kerana fitrah kanak-kanak suka


bermain. Berlaku pemeringkatan dalam
Pembelajaran mengikut sukatan umur
kanak-kanak.

Penjadualan
Dan
pengurusan
pembelajaran

Pendidik perlu membuat


perancangan tahunan
Perancangan bulanan
Jadual Harian di
Taska sepanjang
tahun.
Jadual Harian disediakan

Guru di Prasekolah juga perlu


membuat Jadual Tahunan
berdasarkan Tema mengikut
kalender persekolahan ,
Membuat Rancangan

Pengajaran Mingguan.
Rancangan Pengajaran

Harian
Rancangan Pengajaran

termasuk dari segi pembelajaran


dan pengasuhan

Slot.

You might also like