You are on page 1of 9

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : Saberi bin Pendi


PROGRAM : PISMP Pengajian Sosial
NAMA SEKOLAH : SK Melansai, Serian.
NAMA PROJEK : Pertandingan Melukis Poster 2014 Bertemakan :
Malaysiaku Gemilang!
TEMPOH PELAKSANAAN : 14 Julai 2014 ( 1 hari)

OBJEKTIF:
Membuka minda murid-murid supaya suka pada lukisan.
Membentuk sahsiah murid-murid supaya bersama-sama
menghargai lukisan.
Memupuk sifat berbudi bahasa dan sopan santun di kalangan
murid-murid.

STRATEGI PELAKSANAAN:
Pada mulanya, saya telah berbincang dengan guru pembimbing, Cikgu
Livia Tan Eng Lee untuk membuat satu projek pertandingan melukis poster pada
Internship kali ini. Draf kertas kerja disiapkan selepas perbincangan antara saya
dan Cikgu Livia . Saya telah bertemu dengan Penolong Kanan, Cikgu Mohd
Zaid bin Mat Ali untuk berbincang dengan beliau mengenai tarikh dan masa yang
sesuai untuk projek ini. Beliau telah memberi cadangan kepada saya untuk
mengadakan projek tersebut pada 14 Julai 2014 iaitu hari Isnin pada pukul 2.00
petang hingga 3.30 petang. Beliau juga mencadangkan kepada saya supaya
membuat pengumuman kepada murid agar membawa bekal makanan sendiri
untuk makan tengahari . Murid juga dipinta memberitahu ibu bapa mereka dan
pemandu van sewa yang mereka naik untuk balik ke rumah mengenai projek ini.
Melalui draf kertas kerja, saya menambahbaik kertas kerja sebelum
bertemu dengan Guru Besar sekolah, Cikgu Peter Chee Anak Sian. Beliau telah
memberi persetujuan dan membenarkan saya menjalankan projek ini.
Sebelum projek dijalankan, saya telah menampal kertas yang mempunyai
maklumat seperti senarai kumpulan dan ahlinya, syarat dan peraturan dan
panduan melukis poster. Saya telah menampal kertas tersebut pada papan info
di dalam kelas Tahun 5 dan Tahun 6. Melalui cara ini, murid dapat mengetahui
lebih awal mengenai senarai kumpulan dan ahlinya, syarat dan peraturan dan
panduan melukis poster. Saya juga meminta setiap murid membawa alat tulis
sendiri ke pertandingan melukis poster.
Murid diminta memasuki kelas sebelum pukul 2.00 petang iaitu 1.55 .
Murid diminta memasuki kelas lebih awal bagi menjimat masa dan melancarkan
perlaksaan projek pertandingan poster ini.Tepat pada pukul 2.00 petang, saya
menyampaikan taklimat projek dan pembahagian kumpulan. Saya menerangkan
syarat dan peraturan pertandingan, panduan untuk melukis poster bagi
memudahkan murid mendapat gambaran poster yang hendak dilukis oleh
mereka dan tidak terkeluar daripada tema Malaysiaku Gemilang! .




Murid bekerjasama dalam kumpulan melakar poster.


Selesai penyerahan kad manila dan peralatan melukis, murid-murid
dibenarkan mula melukis. Murid diminta bekerja sebagai satu pasukan dan tidak
mementingkan diri sendiri. Saya memantau dan mengawasi murid agar keadaan
terkawal dan mudah untuk murid membuat rujukan apabila ingin mengetahui
sesuatu yang tidak diketahui oleh mereka.








Peserta pertandingan tekun mewarna poster.


Rakan saya, Douvislynda Anak Sumol membantu saya untuk mengambil
gambar sepanjang tempoh pertandingan dijalankan. Murid tamat melukisdan
menghantar poster kepada penyelaras projek iaitu saya pada pukul 3.25 petang.
Murid diberi masa lima minit untuk menyimpan semula peralatan dan menyusun
atur semula kedudukan meja. Tepat pada pukul 3.30 murid bersurai.







Pada minggu seterusnya, hari Isnin (21 Julai 2014) penyampaian hadiah
diadakan pada waktu perhimpunan rasmi sekolah . Berikut merupakan
pemenang bagi kategori Tahun 5 dan Tahun 6 :
Kategori
Tahun 5 Tahun 6
Tempat pertama Preve
K
u
m
p
u
l
a
n

Kenari
Tempat kedua Alza Persona
Tempat ketiga Viva * Inspira dan Wira

*Kumpulan Inspira dan Wira berkongsi mendapat tempat ketiga dan masing-masing mendapat
hadiah secara berasingan.

Kategori Tahun 5 Pertandingan Melukis Poster dimenangi oleh
Kumpulan Preve yang dianggotai oleh Anny Anndriana Anne Ak Antony Kantan
, Dave Heathler Giang Ak Stella Eliza ,Haryantie Ak Nyukien (Ketua Kumpulan),
Mohd Aiman Bin Lumai dan Scott Carlos Ak Judi. Tempat kedua dimenangi
oleh Kumpulan Alza yang dianggotai oleh Batsy Ak Banyan, Dennestha Ak
Lusir, Jaspin Ak Muchun (Ketua Kumpulan) , Nicholas manggau Ak Merin dan
Sylvester John Ak Johan Anie. Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh
Kumpulan Viva yang dianggotai oleh Carlos Alberto Ak Juya, Edlan Igang Ak
Robert, Lukas Buda Ak Bujeng , Nick Ferronklyn Ak Taim (Ketua Kumpulan) dan
Willnasia Ak Daiey.
Kategori Tahun 6 pula dimenangi oleh Kumpulan Kenari yang
dianggotai oleh Christine Stai Ak Raden ,Garry Samuel Ak Jeoffrey (Ketua
Kumpulan), Liviana Betsy Ak Abong, Sabrina Ak Rabinsen , Veleri Ak Jalan dan
Viana Idah Ak Robert. Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Persona
yang dianggotai oleh Angelie Binti Abdullah, Cyril Cyprian Ak Patrick, Howard Ak
Ajep, Luciana Ak Mat dan Sharonnina Ak John (Ketua Kumpulan). Manakala
Kumpulan Inspira yang dianggotai oleh Amira Rai Ak Lohew, Crishabell Juwen
Ak Eric Joe ,Hippolytus Ak Justine Alan ,Liz Trissia Ak Audy (Ketua Kumpulan)
dan Ryan Cyprian Ak Draman berkongsi tempat ketiga dengan Kumpulan
Wira yang dianggotai oleh Callistus Mikeson Ak Linchu (Ketua Kumpulan),
Fresilla Mary Ak Sesko ,Joseph Kelvin Ak Jungai , Eleazer Joyce Ak Lingan dan
Swaylin Ak David.
Hadiah disampaikan oleh Guru Besar, Cikgu Peter Chee Anak Sian
diiringi oleh Guru Pembimbing Internship, Cikgu Livia Tan Eng Lee kepada
semua pemenang pertandingan ini. Saya telah memesan kepada setiap ketua
kumpulan yang menang agar dapat membahagikan hadiah secara adil kepada
ahli kumpulannya.
REFLEKSI :

1) Kekuatan Projek / Aktiviti
Kekuatan yang ada pada projek ini ialah saya mampu menyiapkan draf dan
kertas kerja dalam dua hari sahaja dan berbincang serta mendapat persetujuan
daripada Guru Besar, Cikgu Peter Chee Anak Sian. Sebaran kertas maklumat
yang mengandungi syarat dan peraturan, panduan melukis dan senarai ahli
kumpulan tiga hari sebelum pertandingan amat membantu saya dalam usaha
pendedahan awal kepada murid. Alhamdulillah, murid telah faham dan
menjimatkan masa saya sewaktu memberi taklimat pada hari pertandingan
dijalankan.
Saya dapat mengawal murid seramai 71 orang (35 orang murid Tahun 5 dan
41 orang murid Tahun 6) dengan baik. Murid memberi kerjasama yang baik
dalam kumpulan masing-masing. Saya bergerak dari satu kumpulan ke satu
kumpulan bagi memantau aktiviti melukis dan mewarna murid.
Projek dapat dijalankan mengikut tentatif program yang telah dibuat oleh
saya. Hal ini disebabkan murid masuk dan berkumpul di dalam Gabungan Bilik
Darjah Tahun 5 dan Tahun 6 lebih awal. Perlaksanaan projek berjalan lancar
sebagaimana yang dirancang.




2) Kelemahan Projek / Aktiviti
Kelemahan yang terdapat pada projek ini ialah bahan yang disediakan
kepada murid seperti water color tidak digunakan oleh murid kerana majoriti
murid mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran menggunakan
bahan tersebut. Penggunaan krayon agak menampakan ketidakkemasan pada
poster selain daripada teknik mewarna yang salah oleh murid.
Saya juga mendapati masih terdapat murid yang tidak memahami perkataan
poster. Sepatutnya saya dedahkan kepada mereka terlebih awal maksud poster
dan perbandingannya dengan jenis lukisan yang lain.
Masih terdapat murid yang tidak mengetahui produk dan jenama buatan
Malaysia. Hal tersebut menyebabkan kebanyakan mereka hanya melukis objek
yang hampir sama dengan kumpulan lain seperti Menara Berkembar Petronas.
Tahap kekreatifan mereka untuk melakar poster dari segi kedudukan objek yang
hendak dilukis masih lemah.
Sepatutnya saya membawa poster contoh bagi memberi gambaran yang
jelas kepada murid untuk melukis poster . Saya terpaksa memberi lakaran
contoh pada papan tulis bagi menambah pemahaman murid.






CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Projek Pertandingan Melukis Poster ini boleh dijalankan selama dua hari.
Hari pertama murid diberi ruang untuk melakar poster mereka sahaja. Ianya
menjadikan lakaran poster murid lebih teliti dan berkualiti. Manakala hari kedua
pula murid akan mewarna poster mereka. Ini menjadikan murid selesa untuk
mewarna dan tidak tergesa-gesa sehingga menjadikan poster mereka tidak
kemas.


KESIMPULAN :
Secara keseluruhan , Projek Pertandingan Melukis Poster 2014
Bertemakan : Malaysiaku Gemilang! Berjaya dijalankan dengan lancar.
Kerjasama daripada pihak sekolah amat membantu menjayakan projek ini.
Bimbingan daripada guru pembimbing internship, Cikgu Livia Tan Eng Lee
menjadikan kualiti projek bertambah baik dengan cadangan-cadangan yang
bernas.
Projek ini dapat melatih murid melukis dan menanam minat ke dalam diri
murid untuk melukis. Tambahan pula ianya menjadikan pemikiran kreatif pada
diri murid merancang lukisan poster yang hendak dilukis. Semangat patriotik
dapat diserap dalam diri murid. Perasaaan cinta akan negara akan timbul melalui
karya seni yang mereka persembahkan di atas poster.

You might also like