You are on page 1of 3

Laporan Perkhemahan Unit Beruniform SK Che Latiff

Pada hari Rabu dan Khamis (24 dan 25 Jun) yang lepas, Sk Che Latiff telah
melaksanakan perkhemahan unit berunifrom di Min Camp House , Kubang Kerian.
Perkhemahan ini telah diadakan selama dua hari satu malam yang melibatkan segelintir
murid tahap dua yang terdiri daripada unit berunifrom pengakap, puteri islam, tunas
kadet remaja sekolah dan persatuan bulan sabit merah.

Seramai 4 orang guru praktikal terlibat dalam perkhemahan ini. Antara aktiviti
yang dijalankan semasa perkhemahan termasuklah melawat kawasan madu kelulut, kawad
kaki, pertandingan memasak, membuat kuih tradisional, bermain kayak dan persembahan
kebudayaan. Kami semua terlibat dalam aktiviti tersebut sebagai guru pengiring murid
bersama dengan guru yang lain. Dalam pertandingan memasak, saya dan rakan saya
(Nabilah) telah dilantik sebagai juri yang akan mengadili masakan yang di pertandingkan.

Pada malam Rabu, kami juga mengadakan aktiviti Barbeque bersama dengan guru
dan murid. Saya dan rakan saya secara sukarela telah membantu para guru untuk
membakar makanan untuk dibahagikan kepada murid dan guru. Pada malam itu juga telah
dilaksanakan aktiviti persembahan kebudayaan di mana setiap wakil unit beruniform
telah mempersembahkan persembahan masing-masing. Pelbagai persembahan menarik
telah ditunjukkan oleh semua wakil unit beruniform.

Semasa ikut serta dalam perkhemahan ini, terdapat pelbagai pengalaman dan
ilmu yang saya dapati. Antaranya ialah, semangat kerjasama dalam kalangan guru adalah
amat penting untuk memastikan program yang dirancang berjalan dengan lancar. Selain
itu, semua guru haruslah ikut serta dalam semua aktiviti tanpa ada yang mencuri tulang
agar semua dapat memainkan peranan masing-masing dengan baik bagi memastikan
keselamatan dan keselesaan murid terjamin. Program seperti ini juga memerlukan
komitmen yang tinggi daripada para guru dan juga pentadbir sekolah di mana guru besar
dan para penolong kanan perlulah turut turun padang bagi memantau pelaksanaan
program.

Konklusinya, semua guru dan kakitangan sekolah bertanggungjawab untuk dan


memastikan kelancaran program yang dirancang agar semuanya berjalan dengan baik dan
tersusun. Program perkhemahan seperti ini hendaklah dijadikan sebagai aktiviti wajib
tahunan bagi setiap sekolah agar dapat memastikan para guru dan murid terlibat secara
aktif dalam aktiviti kokurikulum dan tidak hanya berfokus kepada bidang akademik
sahaja.

Disediakan oleh,

Nazira Binti Bahron


Objektif Pembelajaran :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

Kumpulan 1 :

1) Menyebut nombor 1 hingga 5 mengikut urutan menaik dengan betul dalam aktiviti

membentuk tangga (naik tangga menaik).

2) Membilang nombor 1 hingga 5 mengikut urutan menaik dengan betul melalui

aktiviti permainan gelung plastik.

Kumpulan 2 :

1) Menyebut nombor 1 hingga 10 mengikut urutan menaik dengan betul dalam

aktiviti membentuk tangga (naik tangga menaik).

2) Membilang nombor 1 hingga 10 mengikut urutan menaik dengan betul melalui

aktiviti permainan gelung plastik.

Pengetahuan sedia ada : Murid mengenal nombor 1 hingga 10

Tunjang utama : Komunikasi

Tunjang disepadukan : Kerohanian, sikap dan nilai

Elemen merentas kurikulum : Kreativiti dan Inovasi

Penerapan nilai : Kerajinan, bekerjasama, keyakinan, keberanian

Unsur terapi : Motor halus, fizikal, permainan

BBM : Bola bernombor, video nyanyian, bola, tag nombor,

gelung plastik, botol bernombor

KBKK : Menjana idea, menghubung kait,


PERKHEMAHAN
UNIT BERUNIFORM
SK CHE LATIFF
DI
MIN CAMP HOUSE ,
KUBANG KERIAN.

You might also like