You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PROJEK MURAL 1 MALAYSIA


PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH : 14 JULAI 2014 18 JULAI 2014


TEMPAT : DINDING BLOK A
Anjuran:
Mahasiswi Pendidik IPG Kampus Pulau Pinang
Program PISMP Ambilan Januari 2011
Dengan Kerjasama :
Kelab Kebudayaan dan Keceriaan
Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam
Butterworth, Pulau Pinang.

1.0 PENDAHULUAN
Selaras dengan hasrat dan cita-cita falsafah pendidikan negara iaitu pendidikan di
Malaysia adalah suatu usaha ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara,kami, mahasiswi Institut Pendidikan Guru
Kampus Pulau Pinang telah merangka Projek Mural 1 Malaysia.
Hal ini kerana kami berhasrat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dalam
pelbagai aspek seperti emosi dan jasmani serta berupaya memberi sumbangan
yang ikhlas kepada pihak sekolah melalui Projek Mural 1 Malaysia. Projek ini
merupakan satu aktiviti yang mendatangkan kelebihan kepada ahli-ahli Kelab
Kebudayaan dan Keceriaan yang terlibat seperti memberi peluang untuk
mempamerkan kreativiti masing-masing, mengurangkan stress serta melahirkan
insan yang sentiasa aktif dan produktif dengan menggunakan tenaga fizikal yang
ada. Malah, Projek Mural 1 Malaysia turut mendatangkan kelebihan kepada
mahasiswi pendidik iaitu memberi peluang untuk merancang dan mengelolakan
projek keceriaan dan kebajikan komuniti sekolah.
2.0 RASIONAL
Kertas kerja ini bertujuan mendapatkan persetujuan daripada pihak pengurusan
Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam mengenai kelulusan untuk peruntukan dan bagi
menjalankan Projek Mural 1 Malaysia ini agar aktiviti ini dapat berjalan dengan
lancar dan jayanya tanpa sebarang kekangan dan halangan.
3.0 OBJEKTIF
Projek Mural 1 Malaysia ini diharapkan dapat mencapai objektif objektif berikut :
i.

Mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid dalam menghasilkan mural.

ii.

Melahirkan generasi murid yang aktif dan produktif serta mampu memberi

iii.
iv.

sumbangan kepada sekolah.


Menggalakkan kerjasama antara murid-murid yang berbilang kaum.
Memupuk perpaduan di antara kaum.

4.0 BUTIRAN AKTIVITI


Tarikh
Hari
Tempat
Masa
Pakaian

: 14 Julai 2014 - 18 Julai 2014


: Isnin - Jumaat
: Dinding Blok A
: 8.00 pagi 10.00 pagi
: Pakaian sukan

5.0 CADANGAN AKTIVITI


5.1

Melukis Mural

Disertai oleh semua ahli Kelab Kebudayaan dan Keceriaan. Aktiviti


dikelola oleh penganjur projek.

5.2

Mengecat Mural

Disertai oleh semua ahli Kelab Kebudayaan dan Keceriaan. Aktiviti


dikelola oleh penganjur projek.

6.0 SASARAN
Guru-guru penasihat serta ahli-ahli Kelab Kebudayaan dan Keceriaan Sekolah
Kebangsaan Bagan Ajam.
7.0 JAWATANKUASA AKTIVITI

Penaung

: Encik Mohd Husni Bin Man (Guru Besar SKBA)

Panel Penasihat

: Encik Jagatheesan A/L Venugopal (Pen. Kanan Kokurikulum)


Puan Hindun Binti Ramli

Puan Noor Haliza Binti Othman


Cik Rosnah Binti Ariffin
Pengerusi

: Nurul Nabilah Binti Nordin

Naib Pengerusi

: Nor Afifah Binti Muhammad Yusof

Setiausaha

: Shangari A/P Sivabalan

Bendahari

: Nur Akma Nawwarah Binti Mohamad Azam

Ahli Jawatankuasa :
AJK Hadiah : Puan Rosmery Binti Hassan
Puan Nor Khorina Binti Md Lazim
AJK Disiplin : Puan Rajeshpury A/P Nagaratnam
Encik Gopal Krishnan A/L Govindasamy
AJK Fotografi: Encik Ahmad Kaber Bin K Ismail
Encik Zabri Zabidi Bin Md. Said
AJK Keselamatan : Puan Jalilah Binti Mohd
Puan Azilawaty Binti Md Rejab
8.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH
14 Julai
15 Julai
16 Julai
17 Julai
18 Julai

MASA
8.00 10.00 pagi
8.00 10.00 pagi
8.00 10.00 pagi
8.00 10.00 pagi
8.00 9.00 pagi

AKTIVITI
Melukis mural
Melukis mural
Mengecat mural
Mengecat mural
Mengecat mural

9.00 10.00 pagi

Pemberian cenderahati dan sesi bergambar

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA

BUTIRAN

KUANTITI

JUMLAH

Cenderahati

Murid ( 43 orang )

(43 X RM5)

RM 215.00

Cat pelaka

Biru tua
Putih
Merah
Kuning
Hitam
Biru muda
Hijau
Coklat muda (beige)

10 tin (10 X RM15)


10 tin (10 X RM15)
10 tin (10 X RM15)
6 tin (6 X RM15)
6 tin (6 X RM15)
6 tin (6 X RM15)
6 tin (6 X RM15)
6 tin (6 X RM15)

RM150
RM150
RM150
RM90
RM90
RM90
RM90
RM90

Berus

20 batang

(20 X RM3)

RM60

Palet

8 keping

(8 X RM4)

RM32

JUMLAH
KESELURUHAN

RM 1207

10.0 SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATAN


Sumbangan diperolehi daripada:
a) Keperluan pembiayaan/sumbangan = Pihak sekolah
b) Jumlah Keseluruhan
= RM 1207.00
11.0 PENUTUP
Kesemua mahasiswi pendidik program PISMP Ambilan Januari 2011 Kampus
Pulau Pinang dan Kelab Kebudayaan dan Keceriaan mengharapkan agar projek
yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat kerjasama
daripada semua pihak.
Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

_________________________
(SHANGARI A/P SIVABALAN)

____________________________
(JAGATHEESAN A/L VENUGOPAL)

Setiausaha,

Penolong Kanan Kokurikulum,

Projek Mural 1 Malaysia,


Institut Pendidikan Guru,
Kampus Pulau Pinang.

Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam,


Butterworth, Pulau Pinang.

Diluluskan oleh,
_________________________
(MOHD HUSNI BIN MAN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam,
Butterworth, Pulau Pinang.

You might also like