You are on page 1of 3

LAPORAN PERJUMPAAN GURU BESAR DENGAN

MURID DAN WARIS TAHUN 6 /2015

TARIKH

01.02.2015

HARI

Ahad

MASA

7.30 pagi-8.30 pagi

TEMPAT

Bilik Tahun 6

ANJURAN

Pentadbiran sekolah

KUMPULAN SASARAN

Waris & Murid Tahun 6

GURU-GURU TERLIBAT

PN.V.KAMALA VALLI ( GURU BESAR )


PN.C.MALLIGA

( PK 1 )

PN.S.KRISHNA KUMARI
Guru-guru yang mengajar Tahun 6

Matlamat

: Memberi kesedaran kepada murid murid tentang kepentingan


pelajaran .

Objektif

1. Memberi motivasi kepada murid -murid.


2. Memberi pendedahan kepada ibu bapa murid murid kedudukan
tahap pencapaian murid-murid .
3.Memberi cadangan bagaimana murid murid boleh membantu dalam

pelajaran mereka.

Jawatankuasa

Penasihat

Pn.V.Kamala Valli

Pengerusi

Pn.C.Maliga (PK1)

Setiausaha

Pn.S.Krishna Kumari

AJK

Aktiviti

: Semua guru yang mengajar Tahun 6

: 1.Mengadakan perbincangan dan motivasi kepada waris murid tahun 6 untuk


meningkatkan tahap pencapaian murid murid dalam akademik .

Latar Belakang :
Seramai 15 orang waris kepada murid murid Tahun 6 telah menyertai
perjumpaan waris kali pertama di bilik tahun 6. Guru Besar,Pk1, guru-guru tahun 6 dan
murid murid tahun 6 juga hadir bersama.
Perjumpaan bermula dengan bacaan doa. Kemudian Pk1 membentangkan
Tov dan ETR setiap murid-murid. Beliau juga membentangkan dashboard tahun
ini.Beliau menerangkan perancangan tahunan untuk murid-murid tahun 6 . Beliau
meminta para waris memastikan anak-anak mereka mengikuti dalam semua aktiviti yang
dirancang oleh pihak sekolah dan pihak PIBG.Beliau juga menasihati ibubapa supaya
mengawasi gerak geri anak mereka dan memberi tumpuan dalam pelajaran anak mereka.
Selepas itu PK1 membentangkan belanjawan untuk murid-murid tahun 6.
Sebanyak RM 50 telah dikutip daripada setiap murid tahun 6 untuk bahan fotostat
modul, kertas soalan tahun lepas dan sebagainya.

Kemudian murid-murid tahun 6 membaca ikrar di hadapan ibubapa mereka.


Selepas membaca ikrar murid-murid mengambil restu daripada ibubapa mereka.

Kemudian sessi soal jawab diadakan diantara waris dengan guru-guru yang
mengajar tahun 6. Dalam sessi ini pencapaian murid dan masalah murid telah
diperbincangkan.

Perjumpaan diakhiri dengan ucapan terima kasih oleh setiausaha .

Laporan disediakan oleh,

( Pn.S,Krishna Kumari )
Setiausaha ,
Perjumpaan waris,
SJKT Ladang Sungai Ular,
Kulim.

Disahkan oleh,

You might also like